Perolehan Peluru Berpandu BrahMos Perkukuh Keupayaan Strategik Pertahanan Negara

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemu bual dengan stesen NDTV India pada 12 September 2026.

NEW DELHI, 14 Sep – Kemungkinan Malaysia untuk memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos India, disifatkan satu perkembangan baik bagi memperkukuhkan sistem pertahanan negara bagi jangka masa sederhana.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun tiada keputusan muktamad setakat ini, namun opsyen pertahanan demikian amat baik dalam memastikan keupayaan pertahanan negara berada dalam keadaan siap siaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri India, Naredra Modi di Hyderabad House, New Delhi pada 12 September 2026.

Dalam satu temu bual dengan stesen NDTV India, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan mengenai perkara itu dibuat semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, namun pihak yang berhak membuat keputusan adalah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“(Kami) telah berbincang, namun lazimnya kedudukan saya adalah melibatkan jabatan atau agensi yang berkenaan, mereka yang mempunyai kepakaran dalam tentera udara, mereka sepatutnya meneruskan perbincangan.

“Mereka telah mengadakan perbincangan awal dan saya memberitahu Perdana Menteri Modi yang saya sangat menyokong kerana hubungan ini dibina atas kepercayaan dan kami ingin mengukuhkannya dalam semua bidang,” katanya sambil mengakui keupayaan pertahanan India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri India, Naredra Modi di Hyderabad House, New Delhi pada 12 September 2026. Foto PMO

Perbincangan itu menjurus kepada mengupayakan kemampuan aset pertahanan negara memandangkan kawasan luas perlu diberi kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan dalam melindungi kepentingan negara.

BrahMos adalah peluru berpandu krus supersonik berkuasa ramjet jarak jauh yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, pesawat pejuang atau pelancar mudah alih (TEL).




Kenyataan Umno Jejas Kestabilan Politik Negara – Anthony Loke

 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir pada Majlis Perasmian Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh pada 14 September 2026. Foto Carsome Malaysia

SUNGAI BULOH, 14 Sep – Kenyataan agresif pihak tertentu dalam parti komponen Kerajaan MADANI yang dilihat tidak sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan, dikhuatiri menjejaskan kestabilan politik negara, keyakinan pelabur dan orang ramai.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu dipandang serius Pakatan Harapan (PH), khususnya susulan cabaran Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi supaya parti itu dikeluarkan daripada kerajaan.

Dakwaan bahawa Umno mampu mentadbir negara dengan lebih baik berbanding Perdana Menteri turut menimbulkan persoalan mengenai kesepakatan parti-parti komponen dalam kerajaan yang meresahkan rakyat akar umbi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hadir pada Majlis Perasmian Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh pada 14 September 2026. Foto Carsome Malaysia

“Beberapa kenyataan yang dibuat sudah tentu tidak baik dari segi kepastian politik dan kestabilan politik di negara ini.

“Parti-parti komponen dalam kerajaan nampaknya tidak menuju ke arah yang sama. Ini sesuatu yang tidak memberi keyakinan kepada pelabur dan orang ramai.

“Justeru, ini perkara yang saya fikir Perdana Menteri mesti jelaskan kepada semua parti komponen,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh, hari ini.

Ahmad Zahid tidak wajar menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyegerakan PRU16 kerana mandat Kerajaan MADANI hanya akan berakhir pada Disember 2027.

Anthony berkata, beliau akan mencadangkan supaya satu mesyuarat khas PH diadakan sebaik sahaja Perdana Menteri selesai dari lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan perkembangan politik terkini.

“Sudah tentu kami memandang semua perkembangan ini dengan serius.

“Saya pasti akan meminta Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dalam PH untuk meneliti dan membincangkan perkembangan terkini ini,” katanya.





Penyatuan Melayu jangan jadi slogan politik, AMANAH ungkit skandal Tabung Haji

 


Usaha Pas dan Umno mengangkat agenda penyatuan Melayu tidak seharusnya sekadar berteraskan keinginan mendapatkan kuasa politik, sebaliknya perlu berpaksikan agenda yang jujur dan kepentingan orang Melayu.

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, kuasa semata-mata tidak mampu menyatukan orang Melayu kerana ia akhirnya menjadi agenda politik yang boleh menyebabkan parti-parti terbabit kembali bercakaran selepas memperoleh kuasa.

Menurutnya, gendang penyatuan Melayu yang sekali lagi dipalu Pas dan Umno dilihat lebih menjurus kepada usaha membolehkan Melayu menguasai politik negara.

“Pas dan Umno terdesak untuk mendapatkan kuasa, tetapi bercakaran sesama sendiri apabila berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faiz berkata sejarah kerjasama kedua-dua parti, termasuk ketika Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 dan pembentukan Muafakat Nasional pada 2019, sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Menurutnya, kedua-dua episod itu merupakan antara pengalaman yang memberi kesan buruk kepada hubungan sesama orang Melayu sehingga, dakwanya, mewujudkan sikap takfiri, ekstremisme dan penindasan sesama sendiri.

Dalam pada itu, Faiz menegaskan agenda penyatuan Melayu bukan hak eksklusif Pas atau Umno, sebaliknya perlu diperjuangkan bersama tanpa mengira latar belakang politik.

Katanya, AMANAH berpendirian bahawa penyatuan Melayu mesti berasaskan prinsip yang jujur, termasuk memastikan institusi yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu tidak disalahgunakan.

Beliau kemudian mempersoalkan pendirian Pas dan Umno berhubung isu Lembaga Tabung Haji, khususnya desakan supaya satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.

Faiz berkata RCI sebelum ini telah dibentuk dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai individu yang diberi amanah untuk meneliti isu terbabit secara bebas.

“Menuntut RCI kedua hanya kerana dapatan pertama tidak menepati naratif politik pihak tertentu seolah-olah mempertikaikan kewibawaan dapatan panel RCI,” katanya.

Beliau mendakwa laporan berkaitan Tabung Haji mendedahkan kelemahan dalam pentadbiran institusi yang memegang amanah jutaan pendeposit Islam, termasuk keputusan pelaburan bermasalah, kerugian besar serta kegagalan mematuhi piawaian pelaporan kewangan Malaysia.

Faiz turut berkata pendakwaan terhadap beberapa individu berkaitan isu tersebut, seperti yang dilaporkan RCI, dibuat berdasarkan siasatan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, perkara yang lebih penting ketika ini ialah memastikan semua dapatan RCI disusuli tindakan mengikut undang-undang, bukannya dijadikan bahan percaturan politik.

“Seharusnya orang Melayu bersatu mempertahankan Tabung Haji daripada skandal kewangan.

“Wang Tabung Haji bukan modal percaturan politik dan bukan dana yang boleh diurus sesuka hati,” katanya.

Faiz mengeluarkan kenyataan itu pada 14 September 2026, ketika isu penyatuan Melayu dan masa depan kerjasama antara parti Melayu kembali menjadi perhatian politik semasa.




Umno ‘King Maker yang hebat’? Annuar pesan: Jangan sampai kesombongan bawa keruntuhan

 


Kedudukan sebagai parti besar tidak semestinya menjamin kekuatan politik tanpa kerjasama, demikian peringatan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, ketika mengulas kedudukan Umno dalam landskap politik semasa.

Annuar berkata Umno merupakan parti kedua terbesar dari segi jumlah bahagian dengan 191 bahagian di seluruh negara, manakala Pas mempunyai 199 kawasan.

Dari segi penguasaan kerusi Parlimen pula, Umno mempunyai 27 kerusi dan menjadi antara parti utama dalam Dewan Rakyat.

Menurut Annuar, saiz dan kedudukan itu memberikan Umno ruang untuk menentukan pendirian serta haluan politiknya sendiri, termasuk kemungkinan bergerak secara solo tanpa bergantung kepada pihak lain.

Beliau berkata pendirian sedemikian turut kedengaran dalam kalangan pemimpin Umno pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, termasuk pandangan bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk menjadi “King Maker yang hebat”.

Bagaimanapun, Annuar secara tidak langsung mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah parti tidak seharusnya diterjemahkan kepada keengganan untuk membina kerjasama dengan pihak lain.

Katanya, Pas dan Perikatan Nasional (PN) pula mengambil pendirian terbuka dan sederhana dalam usaha membina kekuatan politik, termasuk melalui agenda perpaduan ummah.

“Pemimpin Pas mendapat mandat Muktamar untuk mengusahakan perpaduan ummah sebagai jalan membina kekuatan bagi kelompok teras iaitu Melayu Islam serta pihak lain yang tidak ekstrem,” katanya.

Dalam masa sama, Annuar berpandangan era politik yang hanya bertujuan mendapatkan perhatian atau sokongan kelompok tertentu sudah berakhir.

“Waktu untuk ‘play to the gallery’ sudah tamat. Kita berdepan realiti politik dan berpijak di bumi nyata,” katanya.

Beliau berkata realiti politik semasa memerlukan parti-parti mengambil pendekatan yang lebih pragmatik, terutama apabila kekuatan politik tidak hanya bergantung kepada jumlah kerusi atau struktur organisasi.

Menurutnya, muafakat merupakan antara jalan untuk membina kekuatan yang lebih kukuh, berbanding bergantung semata-mata kepada kelebihan sesebuah parti.

“Muafakat adalah satu-satu jalan membina kekuatan. Kesombongan hanya membawa keruntuhan,” katanya.

Kenyataan Annuar itu hadir ketika kedudukan Umno sebagai parti besar dan pilihan untuk menentukan haluan sendiri kembali menjadi perhatian, khususnya selepas perbahasan mengenai masa depan kerjasama politik antara parti Melayu.

Beliau turut mengakhiri kenyataan bersempena Hari Muafakat Nasional pada 14 September dengan seruan supaya kepentingan muafakat diberi perhatian dalam usaha membina kekuatan politik yang lebih besar.






@thekapitanMY SEDARLAH DIRI ZAMAN KAMU PERINTAH


 

@thekapitanMY PADAN MUKA DAPAT PEROMPAK GILA


 

Zahid cabar singkir Umno atau bubar parlimen - Saya percaya sesuatu bakal berlaku, ini sebabnya


 

APA KAU NDAK SEBENARNYA



 Che Ibrahim


Sekejap puji Madani, sekejap kutuk/sindir Madani... Sekejap desak bubar segera, sekejap akan kekal sampai habis penggal.... UMNO nak gapa sebenarnya??








KAYA KAYA KAYA


 EM JAY






Orang UMNO bangga dan orang PAS berpuas hati  dengan kekayaan anak bekas pengerusi TH…. Takbirrrrr




KENAPA UMNO HIPOKRIT

 



Fawaz Fadtil


Kenapa UMNO berdegar-degar dalam PAU 2026 mahu mandat baharu, tetapi masih tidak berani keluar daripada Kerajaan Perpaduan?






Jawapannya boleh dilihat melalui kira-kira mudah.


Jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan ketika ini dianggarkan sekitar 150 kerusi. 


Angka ini sudah mengambil kira tiga kerusi yang kosong, iaitu Pandan (Rafizi Ramli), Setiawangsa (Nik Nazmi) dan Subang (Wong Chen).


Dalam jumlah tersebut, BN mempunyai 30 kerusi Parlimen.


Jadi, sekiranya BN/UMNO benar-benar menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan, kiraannya adalah:


150 − 30 = 120 kerusi.


Majoriti mudah Dewan Rakyat pula ialah 112 kerusi.


Ini bermakna, walaupun BN/UMNO keluar daripada kerajaan, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai kira-kira 120 Ahli Parlimen iaitu lapan kerusi melebihi majoriti mudah.


Dengan kata lain, kerajaan tidak semestinya tumbang hanya kerana UMNO menarik diri. 


Jawatan menteri dan kelebihan lain sebagai contoh MARA (Asyraf Wajdi) dan banyak lagi yang ditinggalkan oleh BN juga boleh diberikan kepada blok lain yang masih menyokong kerajaan, seperti GPS, GRS dan parti-parti lain.


Daripada kira-kira ini, timbul persoalan politik yang lebih besar:


Siapa sebenarnya yang akan rugi jika UMNO keluar? 😏


Kerajaan? Belum tentu.


Kerajaan Perpaduan? Belum tentu.


Mandat kerajaan? Belum tentu.


Sebaliknya, UMNO sendiri mungkin berdepan kerugian kerana kerusi, pengaruh dan jawatan dalam kerajaan yang dilepaskan boleh diisi oleh rakan-rakan lain yang masih mahu kekal bersama kerajaan.


Jadi, selepas semua angka dikira, jawapannya mungkin mudah:


Anak muridlah yang rugi 🤣🤣


Sebab itu jangan derhaka pada guru 😝


Kadang-kadang guru tak perlu marah. Cukup sekadar buka buku rekod dan buat kira-kira matematik 😝




TIBA UNTUK SIDSNG KEMUNCAK BRICS

 









Pagi tadi ke Bharat Mandapam untuk menghadiri pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Ketibaan saya disambut sahabat, Perdana Menteri India Narendra Modi, sebelum bersama-sama mendengar ucapan para pimpinan BRICS. 





#MalaysiaMADANI 

#DiplomasiMADANI 

#YakinMADANI




SUPA PELAQ OOO...

 


Zamzuri Ardani








SABARNYA SEORANG GURU.

 






Sabarnya seorang guru mengajar anak murid yang nakal, bernafsu 47 kali ganda dan masih banyak masalah disiplin


Guru itu memang kena banyak sabar.


Kadang-kadang murid yang masuk kelas bukan semuanya datang dengan rekod cantik.


Ada yang dah berkali-kali kena rotan.


Ada yang selalu masuk bilik disiplin.


Ada yang rekod keluarganya pun penuh cerita lama, termasuk perangai suka ambil barang yang bukan hak sendiri.


Tapi itulah sikap seorang guru.


Dia tak terus buang murid keluar.


Dia cuba didik.


Dia cuba pulihkan.


Dia bagi peluang kedua.


Dia percaya budak bermasalah pun masih boleh berubah kalau dibimbing dengan betul.


Sebab itu guru yang baik sanggup terima murid-murid macam ni masuk dalam kelas.


Walaupun rekod panjang.


Walaupun kuat melawan.


Walaupun baru belajar beberapa bab, dah mula rasa diri lebih pandai daripada cikgu.


Guru tetap kena ajar satu-satu.


Ajar disiplin.


Ajar tanggungjawab.


Ajar integriti.


Ajar cara urus amanah.


Ajar juga bahawa bila diberi peluang kedua, jangan ulang perangai lama.


Masalahnya, ada murid yang baru siap satu kerja rumah dah mula rasa layak jadi pengetua.


Belum habis kelas disiplin, dah sibuk nak pegang sekolah.


Belum lulus bab integriti, dah mula cakap dia boleh buat lebih baik.


Ada yang dulu sampai “47 kali kena rotan”, tapi nafsu nak jadi nombor satu masih 47 kali ganda.


Tapi guru tetap guru.


Bukan tugas guru untuk simpan dendam.


Tugas guru ialah mendidik, membaiki dan cuba memastikan murid yang masuk dengan rekod bermasalah keluar sebagai orang yang lebih baik.


Nak mengajar murid baik memang senang.


Nak mengajar murid nakal, rekod panjang, kuat melawan dan masih sibuk nak jadi pengetua, itu baru betul-betul menguji kesabaran seorang guru.


#unofficialinfo





KELEBIHAN POLITIK NASSARUDDIN







Menteri Besar Kelantan, Nassaruddin Daud, ada kebijaksanaan politiknya sendiri. Bagaimana beliau mempertahankan Pas di Kelantan, pada masa yang sama menyekat pengaruh pembangkang PH di negeri itu, merupakan sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.


Padahal, beliau dilihat tidak begitu berkebolehan untuk memegang jawatan Menteri Besar, memandangkan latar pendidikan dan pengalaman profesionalnya yang agak terbatas. Dari segi iktisad wakil rakyat lain lebih kompentesi.


Kalau tidak silap Nassaruddin hanya lulusan empat Thanawi Arab sebelum melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di Mesir. Namun, beliau pulang tanpa menyelesaikan pengajiannya apabila diminta bertanding di DUN Meranti pada pilihan raya 2004 bagi menggantikan Allahyarham Haji Zakaria Ismail.


Antara orang yang bertanggungjawab mencadangkan Nassaruddin bertanding di DUN Meranti ialah Haji Abdul Fatah Haron, merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang.


Walaupun Nassaruddin tidak mempunyai ilmu dalam bidang pengadbiran, kewangan, apatah lagi hubungan antarabangsa, beliau mempunyai satu kelebihan lain — beliau pandai memposisikan dirinya selepas menjadi Menteri Besar. Sementara kelebuhan menjadikan popular dalam politik kerana syarahannya, yang “memekah.”


Pendekatan yang diambilnya cukup menarik. Beliau tidak lagi menyerang Anwar Ibrahim seperti sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, Nassaruddin mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Anwar. Penerimaannya terhadap Anwar berbeza dengan pemimpin lain termasuk oleh presiden partinya.


Anwar pula nampaknya senang dengan pendekatan tersebut, inilah menguntungkan Nassaruddin.


Sebab itu, apa sahaja yang diminta oleh Menteri Besar Kelantan itu mudah mendapat perhatian dan pertimbangan kerajaan Persekutuan. Peruntukan untuk Kelantan diera Anwar ini bertambah berlipat ganda. 


Anwar juga dilihat tidak mengambil hati sangat terhadap cercaan politik masa lalu, termasuk kritikan dan serangan Nassaruddin terhadap dirinya, kerana mengutamankan kebajikan rakyat dan merealisasikan tanggungjawabnya sebagai PM untuk semua rakyat tanpa melihat warna politik.


Tanpa disedari sikap terbuka dan layanan Anwar itu pula digunakan sebaik-baiknya oleh Nassaruddin untuk mencapai dua tujuan serentak, kemajuan Kelantan dan menyekat pengaruh pembangkang di Kelantan. Mungkin mengenai tujuan keduanya tidak disedari Anwar.


Apabila berhadapan masalah kewangan negeri, beliau tidak segan untuk datang menemui Anwar dan merayu supaya Kelantan diberikan bantuan. Rayuan itu pula diselang-seli dengan pujian dan sanjungan kepada Perdana Menteri ini menjadikan Anwar bercongik ekor.


Anwar, dengan sifatnya yang mudah menerima orang dan tidak suka menyimpan dendam, akhirnya menjadi begitu lunak terhadap Kelantan, apa dipohon semua dilunasi.


Di sinilah saya melihat satu kelebihan politik Nassaruddin., yang mana Anwar terpedaya dengan dasar politik terbukanya untuk Kelantan yang tidak membawa laba kepada pembangkang, PH yang mendokongnya.


Tanpa disedari sikap terbuka Anwar dengan Pas Kelantan itu seperti menutup pintuk kepada parti pembangkang yang juga merupakan parti pendokongnya. Cara Anwar leka melayani Nassaruddin itu menyebabkan PH terasa segan untuk menyerang Pas. Bukan itu sahaja Anwar lebih mudah untuk ditemui Nassaruddin berbanding dengan pemimpin parti pembangkang dari Kelantan, yang perlu menunggu berbulan bulan belum tentu dapat menemuinya.


Akibatnya, dari pendekatan Anwar itu menyebabkan PKR dan PH di Kelantan bergerak seperti anak yatim piatu — tidak banyak dibantu dan jauh sekali diberikan motivasi dan dorongan dari pusat. Ahli bawahan pula tidak dapat untuk merasai aura PM daripada pemimpin utamanya itu. Nassaruddin gunakan tikit G to G untuk menemui Anwar.


Perkara ini boleh diperhatikan daripada kurangnya program-program parti yang dihadiri Anwar di Kelantan. Orang parti, sama ada daripada PKR, Amanah atau DAP, juga tidak begitu mudah untuk bertemu muka dengan beliau. Lantaran itu apabila Anwar kerap bertemu dengan Nassaruddin menyebabkan timbul rasa cemburu dari kalangan ahli parti PH.


Anwar perlu menyedari situasi ini sebelum terlambat. Jangan kera dihutan disusukan anak diribaan kehausan. Trims.

Foto: Kunjungan Nassaruddin ke pejabat PM hari ini.






BIJAK

 




Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 masih hangat dengan pidato, kiasan dan polemik politik, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ambil langkah yang agak berlainan.


Naib Presiden UMNO itu berangkat meninggalkan PAU lebih awal demi menemani Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke New Delhi, India.


Bukan sekadar melancong.


Johari ke sana atas tiket Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengiringi PMX menyertai siri rundingan penting termasuk bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.


Antara topik yang dibincangkan merangkumi semikonduktor, perdagangan, eksport serta kerjasama ekonomi Malaysia-India.


Hal sebegini memang kepakaran Johari.


Apabila PMX buka ruang di peringkat tertinggi, pihak MITI pula mesti pastikan peluang itu diterjemahkan menjadi pelaburan, pekerjaan dan pulangan ekonomi yang nyata.


Sebab itulah tindakan Johari kelihatan agak tersendiri.


Ketika sebilangan pemimpin UMNO sibuk bersaing nampak paling tegas terhadap Anwar, Johari sebaliknya terus berganding bahu dengan Anwar menguruskan hal ehwal negara.


Tak perlu terlampau banyak drama.


Tak perlu setiap detik mahu kelihatan garang di sebalik pembesar suara.


Apabila tiba isu ekonomi, dia sedar tugas pentadbiran wajib diteruskan.


Mungkin sebab itu jugalah di kalangan pimpinan UMNO masa kini, jenama Johari tetap ada nilai tersendiri.


Berpengalaman dalam dunia korporat.


Celik ekonomi.


Paham selok-belok pelaburan.


Dan paling utama, tahu membezakan antara gelanggang parti dengan amanah sebagai menteri kabinet.


Betul ke?


Jika mahu mencari siapa yang “boleh diharap” dalam UMNO bagi urusan kerja dan ekonomi…


Dato’ Jo barangkali jadi antara nama terawal yang disebut orang.


Orang lain khusyuk berpolitik.


Dia sudah pun terbang ke luar negara mencari peluang demi Malaysia.




TENTERA TROLL, MALAYSIA CUBA IMBANGI KUASA EKONOMI DUNIA BARAT, HENTIKAN POLITIK SEMPIT.




1. Cari Guru dalam gambar memang tak jumpa lah! Tu gambar 11 Negara BRICS awal-awal lagi.


2. Malaysia belum Ahli Penuh. Malaysia ialah BRICS Partner Country sejak 1 Januari 2025.


3. Tapi credit pada PMX Anwar Ibrahim lah, tahun 2024 Malaysia mula mohon menyertai BRICS. Sebelum PMX, Malaysia pernah hadir BRICS Plus, tetapi tiada rekod permohonan rasmi menyertai BRICS.


4. BRICS ada 11 anggota penuh yang telah menyertai. Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Mesir, Ethiopia, Iran, UAE, Indonesia dan Arab Saudi.


5. BRICS sekitar 40% ekonomi dunia berdasarkan PPP, berbanding sekitar 28% bagi G7.


6. BRICS mewakili hampir separuh penduduk dunia dan sekitar 24% perdagangan global.


7. BRICS menguasai sekitar 44% pengeluaran minyak dunia; kuasa ekonomi dan geopolitik yang bukan kecil.


8. BRICS memperluas dagangan dan pembayaran menggunakan mata wang tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Dolar AS.


9. Dunia sedang bergerak ke arah multipolar; BRICS menjadi antara pengimbang kepada hegemoni ekonomi AS/Barat, bukan lagi satu kuasa tunggal menentukan semuanya.


11. Sebab itu PMX ke India, jumpa Modi, Putin dan pemimpin dunia; bawa perdagangan, pelaburan dan kepentingan strategik Malaysia.


12. Guru nampak perubahan dunia jauh ke depan. Murid troll masih sibuk cari Guru dalam sekeping gambar? 


Jauh langit dengan bumi antara murid dengan guru.


Syam Ghaz




GURU..SABAR GURU..JANGAN MENDONIA.

 











Di sela-sela majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi, saya sempat berbicara dengan beberapa sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, antaranya Presiden Mesir, Presiden Indonesia, Presiden Kazakhstan, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Setiausaha Agung PBB serta Ketua Pengarah WTO.


Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat. Keadaan ini menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya para pemimpin dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan.


Insya-Allah, beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam tatkala Presiden Abdel Fattah El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan hadapan.


Bersama Presiden Prabowo Subianto pula, kami turut menyentuh isu kebakaran hutan serta perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama. Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin agar beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh dapat dibincang dan dimuktamadkan.


🇲🇾 🇪🇬 🇮🇩 🇰🇿 🇺🇿 🇺🇳 


#MalaysiaMADANI 

#DiplomasiMADANI 

#YakinMADANI






NI KATA HEBAT... DIA TAK PERNAH DOK LOKAP SEHARI PUN SEMBANG PANDAI...TAK ZAMPAI MASA LAGI


 

GURU.. JANGAN BERHENTI DULU.. TANGKAP PENYAMUN KASI CLEAR

 


Tak lama selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyindir Anwar Ibrahim dengan ayat “cukuplah menjadi guru kepada kami”, Perdana Menteri pula muncul dengan satu hantaran yang cukup mencuri perhatian.





Dalam hantaran terbarunya selepas tiba di New Delhi, India, Anwar menulis:


“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.”


Beliau kemudian menyambung lagi:


“Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan.”


Siap hujung sekali tulis, “Slayyy 💅”.


Memang tak sebut nama Zahid.


Tak sebut UMNO.


Tapi timing hantaran tu memang buat orang terus teringat ucapan Zahid pagi tadi yang meminta Anwar berhenti menjadi “guru” dan memberi peluang kepada UMNO pula untuk melakukan lebih baik.


Nampaknya “guru” tak berhenti lagi.


Terus terbang ke India bawa Malaysia ke pentas BRICS, sambil tinggalkan sedikit homework untuk “anak didik”.


Aduhai, cikgu ni nampaknya baca ucapan murid pagi tadi. 😅


#unofficialinfo




Kata peguam tertuduh ....



Abdul Manaf  Syafie







⬆️ 1SEN DUIT TH tertuduh tidak SAKAU 

⬆️ Anak² ada >RM 4,000,000.00 setiap seorang , sekurang² nya....


Teringat 1 kes yang sama suatu ketika dulu....

"Saya tidak curi 1SEN pun duit rakyat" - Ayahanda Tun M. Anak² semua BILIONAIRE, maksudnya ada DUIT>RM 1,000,000,000.00. Negara Malaysia makmur tempat TOKOH² UMNO SAKAU.




APA NABI PESAN SEBELUM WAFATNYA BELIAU WAFAT. .


 

SAMPAI BILA NAK JADI BARUA... TU DIA... HERO MANA SATU KATA LAGU TU


 

SAMPAI BILA KERAJAAN PERLU TANGGUNG KEROSAKAAN


 

Yang ni aku setuju dengan Zahid Hamidi .



Pakcu Dulu Pas





PMX tak pandai ilmu SAKAU. Ilmu tunggang agama dia jahil.


PMX tak sesuai jadi guru kamu. Carilah guru yang expert tentang SAKAU menyakau seperti Najib. Nak tunggang agama,pergilah menuntut dengan Abdul Hadi Awang . Tanyalah dalil apa, semua ada dalam kepala dia.

Jangan tanya Tax, nanti dia jawab Taxi.😜

Lagi satu...,. Selalulah ratib DAP.




GURU TERUS MENDONIA. INI SKILL ANAK MURID TAK BOLEH LAWAN.

 





Kadang-kadang ukuran pemimpin bukan sekadar berapa kuat dia berucap di pentas atau berapa banyak sorakan yang dia dapat di dalam negara. Ada satu lagi kelas kepimpinan yang lebih sukar dibina — kemampuan duduk semeja dengan pemimpin dunia dan bercakap sebagai rakan setara.


Gambar ini nampak biasa. Tiga orang berdiri, berbual beberapa minit selepas sesi rasmi. Tetapi dalam dunia diplomasi, pertemuan seperti ini bukan sekadar sesi sembang tepi dewan.


Anwar Ibrahim dilaporkan meluangkan masa berbincang secara tertutup bersama Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi ketika Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi. Perbincangan menyentuh isu serantau serta kerjasama ekonomi.


Yang menarik bukan sekadar siapa yang ditemui. Tetapi tahap akses dan penerimaan yang dimiliki seseorang pemimpin apabila berada dalam kalangan pemimpin antarabangsa.


Diplomasi memang tidak boleh dibina dalam sehari. Ia datang daripada pengalaman, jaringan hubungan, kemampuan berkomunikasi, memahami geopolitik dan paling penting, kebolehan meyakinkan pihak lain bahawa Malaysia mempunyai sesuatu yang bernilai untuk dibincangkan.


Suka atau tidak kepada Anwar dari sudut politik domestik, satu perkara agak sukar dinafikan — beliau selesa berada di pentas antarabangsa. Bukan nampak kekok, bukan sekadar hadir untuk bergambar, tetapi boleh masuk dalam perbincangan dengan pemimpin negara lain.


Malaysia sebenarnya tidak mempunyai terlalu ramai ahli politik yang mempunyai profil sebegini. Ramai boleh menjadi jaguh di pentas ceramah dalam negara. Ramai juga petah bercakap soal politik tempatan. Tetapi apabila masuk gelanggang diplomasi antarabangsa, permainannya jauh berbeza.


Pemimpin bertaraf dunia bukan bermaksud semua keputusan mereka mesti kita setuju. Tetapi apabila pemimpin negara mampu membawa Malaysia masuk ke dalam bilik perbincangan penting, membina hubungan dengan pelbagai blok dan bercakap terus dengan pemimpin negara lain, itu adalah aset kepada negara.


Sebab akhirnya dunia tidak menilai Malaysia berdasarkan ceramah politik kita di kampung atau siapa paling kuat bergaduh di media sosial. Dunia melihat siapa yang mewakili negara, apa yang dia bawa ke meja rundingan dan sejauh mana suaranya didengar.


Gambar ini mungkin hanya beberapa minit perbualan. Tetapi ia menggambarkan sesuatu yang lebih besar: diplomasi memerlukan kelas, pengalaman dan jaringan. Benda itu tidak boleh dibuat-buat — dan bukan semua pemimpin Malaysia memilikinya.


#nadidaily





MCA KAWAN KITE...



Che Ibrahim




 Ambo jumpa status ni dlm rumah Aman Muhammad. Walaupun ambo bukan ulama' Pas atau Pan atau UMNO, ambo nak jawab :


"Mengundi calon kafir dalam prn/pru takdak kaitan dengan ayat 28, Surah Ali Imran...." 


Larangan mengambil orang kafir sebagai wali ( لا يتخذ المؤمنون الكافرين أولياء من دون المؤمنين.... ) dalam ayat tersebut bukan merujuk kepada proses memilih wakil rakyat secara mengundi dalam pilihanraya di Malaysia. 


Sila rujuk ulama' yang muktabar atau rujuk sendiri kitab kitab tafsir berkenaan tafsiran ayat di atas. Jangan sekali kali bergantung kepada tafsiran ulama' Pas mengikut selera politik mereka. 


Calon pilihanraya yang bakal menjadi wakil rakyat jika menang tidak termasuk dalam senarai maksud "auliya' yang Allah larang melantiknya dari kalangan orang bukan Islam. 


Takkan kamu dah lupa arahan Haji Hadi dan Tuan Ibrahim mengarahkan ahli Pas undi cina MCA berbanding bekas imam yang bertanding atas tiket PH dalam PRK Tanjong Piau yang terkenal dengan pantun:


... Undilah MCA kawang kita.





TU DIA AIHHH..

 Tok Mat cabar PAS PN: "Buat PRN Terengganu kalau betul ikhlas nak satukan Melayu, mari kita tengok formula apa mereka pakai." - 






#PAU2026 #tokmat #SG4 #terengganu #pas





Tok Mat bijak, dia cabar PAS Hadi bubar Dun di salah satu negeri SG4.

 


Ahmad Husin


Tok Mat bijak, dia cabar PAS Hadi bubar Dun di salah satu negeri SG4. 






Ya, bijak kerana kesan kata-kata Tok Mat itu boleh membawa kepada pembubaran DUN Perlis kini yang dikuasai BERSATU.


Mungkin Perlis menjadi taruhan PAS untuk sahut seruan Tok Mat Hassan. 


Maka cerah harapan UMNO bertanding bersama PAS rampas Perlis sekali jalan jer


Silap² PRN Perlis-Melaka diadakan serentak akibat PAS sahut cabaran Tok Mat ni 😆


Ya, saya fikir itu motifnya,

Maka hati-hati MB Abu Bakar Hamzah, jangan termakan umpan. Kerana itu hari kamu sendiri gertak mahu bubar DUN jika pentadbiran kamu diapa-apakan oleh Adun PAS Perlis. 


Maka saya fikir kali ini PAS akan bertindak cari jalan bubarkan DUN Perlis kerana sahut seruan UMNO Tok Mat Hassan. 


Bijak sungguh pemimpin kamu wahai Wan Mahussin, patutlah parti UMNO dapat survive dalam tekanan.


Wahai Sanusi Md Nor, tunggu apa lagi? 

Kayuh lah gerek lekaih pi Jeti Perlis untuk makan kenduri ramai-ramai..