𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔
PERATURAN JPA.
PASUKAN KHAS OP TIRIS 4.0 BERSEPADU - SABAH, SARAWAK & LABUAN.STESEN MENCURIGAKAN DISEBU
GANG KESELAMATAN NEGARA
PASUKAN KHAS OP TIRIS 4.0 BERSEPADU - SABAH, SARAWAK & LABUAN
PKR TIDAK SEPATUTNYA TERUS MENYERANG RAFIZI DALAM PROGRAM PARTI
OWWHHH RAMAI YA JADI CEPLOS.
NORSHIDAH MD DAUD
Takziah Man Toba sebab ditamatkan kontrak awal dari JKOM asbab bekap RR
Iran Tunai Janji, Kapal Malaysia Pertama Selamat Lepasi Selat Hormuz

Sebuah kapal tangki minyak sewaan firma Petronas, yang membawa minyak mentah Iraq, telah merentasi Selat Hormuz berhampiran perairan Iran menuju ke Pengerang, Johor. Foto X Kedutaan Iran di Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Apr – Kapal pertama yang dikaitkan dengan Malaysia telah merentasi Selat Hormuz berikutan pergolakan terbaru di rantau itu, menurut kedutaan Iran di Malaysia.
Satu hantaran di platform media sosial X oleh kedutaan Iran memaparkan gambar yang dikatakan kapal tersebut beserta kapsyen: “Kami sudah tegaskan bahawa Republik Islam Iran tidak lupakan sahabatnya. Kapal Malaysia yang pertama telah melalui Selat Hormuz.”
Walaupun identiti kapal tersebut tidak didedahkan, Reuters melaporkan semalam, sebuah kapal tangki minyak sewaan firma Petronas, yang membawa minyak mentah Iraq, telah merentasi selat tersebut berhampiran perairan Iran menuju ke Pengerang, Johor.
Data dari LSEG dan Kpler memaparkan bahawa kapal tangki Ocean Thunder tersebut memuatkan sekitar satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy pada 2 Mac lepas, dan dijangka menurunkan muatannya pada pertengahan April.
Kapal itu dipercayai antara beberapa buah kapal berkaitan Malaysia yang mendapat kebenaran Iran untuk melepasi selat tersebut selepas ketegangan awal yang menyebabkan laluan itu seakan-akan ditutup ekoran serangan udara Amerika Syarikat dan Israel pada penghujung Februari.
Pelayaran tersebut dilakukan sehari selepas Iran mengumumkan bahawa Iraq dikecualikan daripada sebarang sekatan laluan merentasi laluan maritim kritikal itu, yang menyumbang kepada hampir satu perlima daripada pergerakan minyak dan LNG dunia.

Bulan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Iran akan membenarkan kapal-kapal Malaysia melepasi selat itu, hasil perbincangan bersama para pegawai Iran.
Menteri Luar Mohamad Hassan kemudiannya memaklumkan, terdapat tujuh buah kapal yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat Malaysia, termasuk Petronas, Vantris Energy Bhd dan MISC Bhd, sedang menanti giliran untuk melalui laluan air berkenaan.
BUDI95: Tiada Sekatan Buat Rakyat Beli Petrol Subsidi Selagi Ikut Undang-Undang – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelskan berhubung isu salah faham mengaitkan penggunaan kad pengenalan dalam kalangan ahli keluarga menggunakan inisiatif BUDI95, yang turut dikira satu kesalahan.
KUALA LUMPUR, 6 Apr – Tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Demikian penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan kecoh di media sosial, berhubung salah faham mengaitkan penggunaan kad pengenalan dalam kalangan ahli keluarga menggunakan inisiatif BUDI95, yang turut dikira satu kesalahan.
Memperbetulkan kenyataan asal dikeluarkan Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias pada Sabtu berhubung penyalahgunaan kad pengenalan, JPN berkata, ia berkait siasatan terhadap penyalahgunaan empat MyKad oleh individu selain pemiliknya.

Katanya, tindakan diambil selaras dengan bidang kuasa JPN dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumen pengenalan diri.
“Dalam konteks kes yang dilaporkan, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyalahgunaan empat keping MyKad oleh seorang individu di Kelantan.
“Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bukan bertujuan menyekat mana-mana pihak daripada menikmati subsidi yang disediakan kerajaan.

“JPN juga akan terus komited memastikan MyKad yang dikeluarkan berfungsi dengan baik sebagai instrumen pengenalan diri yang sah dan diyakini, termasuk dalam menyokong pelaksanaan inisiatif kerajaan seperti BUDI95,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, JPN menggesa semua pihak merujuk kepada sumber rasmi dan memahami konteks sebenar sesuatu isu sebelum membuat sebarang tafsiran.
Ia juga bagi memastikan perbincangan awam dapat berlangsung secara lebih berhemah dan berfakta.
Menyentuh isu penyalahgunaan kad pengenalan termasuk dalam pelaksanaan BUDI95, jelas JPN penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi yang berkenaan.
Pada masa sama, JPN kekal komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan sistem pendaftaran negara terus terpelihara serta diyakini oleh rakyat.
“Orang ramai turut diseru agar menggunakan MyKad masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain bagi sebarang urusan, termasuk berkaitan pembelian bahan api bersubsidi bagi mengelakkan implikasi undang-undang serta risiko penyalahgunaan identiti, ” katanya.
DULU ADA AYAH BOLEH LA ...SEKARANG TIDAK LAGI

Asnida Abdul Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 April 2026 atas kesalahan gagal mematuhi notis mengisytiharkan pegangan saham di lima buah syarikat.
KUALA LUMPUR, 7 Apr – Asnida Abdul Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan pegangan saham di lima buah syarikat, tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
“Minta bicara,” katanya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepadanya oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023.
Kegagalan tidak mematuhi notis berkenaan adalah dengan tidak mengisytiharkan harta iaitu pegangan saham di lima syarikat.
Syarikat terbabit adalah Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada 13 Disember 2023.
Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.


