Kes 1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion


 

1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada Najib Razak bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa, dan penjara lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi kes 1MDB.

Ketika memaklumkan hukuman tersebut, hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun memerintahkan agar tempoh penjara dijalankan serentak, bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya.

Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas dia menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya.

Sequerah juga memerintahkan Najib untuk membayar denda keseluruhan berjumlah RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan jika gagal berbuat demikian, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan sehingga 40 tahun.

Hakim tidak mengenakan sebarang denda ke atas Najib atas 21 kesalahan pengubahan wang haram, dengan menyatakan bahawa ia "bukan mandatori".

ADS

Namun, bekas Ahli Parlimen Pekan itu diperintahkan membayar RM2.08 bilion lagi jumlah yang boleh dituntut semula di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Jika gagal membayar jumlah tersebut, Najib boleh dihukum penjara sehingga 30 bulan.

Dengan keputusan itu, Najib hanya akan memulakan hukuman penjara 15 tahunnya selepas tamat tempoh hukuman penjaranya sekarang pada 2028.

ADS

Menurut pengumuman Lembaga Pengampunan sebelum ini, Najib dijadualkan untuk menamatkan hukuman penjaranya bagi kes SRC pada 23 Ogos 2028.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan beberapa faktor untuk pertimbangan mahkamah berhubung hukuman Najib, termasuk penyesalan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan dia sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa serta tidak pernah campur tangan dalam sebarang siasatan berkaitan 1MDB.

“(Najib) pada setiap masa yang penting, telah bekerjasama sepenuhnya dan secara sukarela dengan SPRM dan polis, bermula seawal tahun 2015, ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Semasa pentadbiran tertuduh, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberi kuasa untuk menyiasat perkara berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya.

“Walaupun terdapat sensitiviti politik dan penelitian awam yang berkaitan dengan siasatan ini, tidak pernah ada sebarang dakwaan atau bukti mengganggu saksi, campur tangan terhadap siasatan, atau halangan keadilan yang boleh dikaitkan dengan tertuduh,” katanya.

Menyangkal kenyataan ini, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa skandal 1MDB, yang digelar di peringkat antarabangsa sebagai 'kleptokrasi paling teruk', merupakan salah satu jenayah kewangan paling serius yang pernah dilakukan di negara ini.

"Besarnya kerugian yang dialami, beban kewangan berterusan yang ditanggung oleh kerajaan, dan kerosakan teruk yang menimpa reputasi negara menuntut hukuman yang secara tidak langsung mencerminkan kecaman masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Apa-apa sahaja yang kurang daripada itu akan gagal menegakkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan dan akan menjejaskan prinsip asas bahawa tiada sesiapa pun, tanpa mengira status atau kedudukan, berada di atas undang-undang," katanya.

ADS

Pihak pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan denda tinggi yang berjumlah RM11.39 bilion, jumlah akhir yang diperintahkan oleh hakim.

Pecahan denda adalah seperti berikut:

RM303,149197.15 untuk pertuduhan penyalahgunaan kuasa pertama

RM454,499,636.40 untuk pertuduhan kedua

RM10,407,384,630 untuk pertuduhan ketiga

RM222,854,603.50 untuk pertuduhan keempat.

Hakim, dalam keputusannya yang dibacakan awal hari ini, mensabitkan Najib dengan keempat-empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana 1MDB RM2.3 bilion selepas mendapati bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.



SEMUANYA PALESU

 


Ketika membacakan keputusan mahkamah pagi ini, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata pengkisahan Najib sendiri berkaitan dana itu sebagai derma Arab menjadikannya tidak munasabah.




“Naratif derma dari Arab Saudi tiada merit. Surat-surat derma dari Arab merupakan pemalsuan,dan keterangan jelas menunjukkan wang tersebut sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.




Mohon DS Anwar Ibrahim bawa balik Tuan Sirul Azhar semula ke nagara kita.



Norman Daud






Ada isu yang belum selesai.


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengakui dia menerima RM1 juta daripada sumber yang tidak boleh didedahkan supaya ‘tutup mulut’ berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa ditahan di Australia.


Dia mendakwa, seorang peguam terkemuka yang ada kaitan politik dan pemimpin tertinggi Kabinet terlibat dalam pembayaran itu.


“Saya mangsa keadaan, saya kambing hitam dan saya bercakap benar. Mereka menggunakan saya sebagai kambing hitam,” katanya dalam wawancara itu.


Malah, dia mendakwa tidak bertanggungjawab atas pembunuhan model Mongolia Altantuya walaupun disabitkan dengan jenayah itu.


“Selama bertahun-tahun, orang di negara saya telah menunggu untuk mengetahui siapa yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya, tetapi saya tidak boleh mendedahkannya,” katanya.


Bagaimanapun, arahan untuk membunuh Altantuya dibuat oleh seorang ahli politik terkemuka.


Rakyat nak tahu siapa ahli politik terkemuka tu.




PERLUKAH SEMUA INI ???????

Dr Mohd Izhar


Lapar projek dan kuasa. 


Orang politik ni tak fikir ke rakyat sedang susah sekarang ni? Ekonomi negara baru nak dipulihkan .... Anak-anak muda pula sedang berusaha cari rezeki, cari kerja tetap, cari pendapatan lebih dan banyak lagi... 


Orang politik, kalau nak gaduh pun tunggu la PRU 16 nanti... Setahun je lagi.... ermmm🥺




Sepatutnya waktu yang berbaki utk PRU 16 ni hampa FOKUS KERJA la bantu ekonomi rakyat, negeri dan negara... Kos PRK ni bukan kecil anak bohhhhhh..!!!! Rugi duit negara je macam ni..... Tolonggggggg laaaaaaaa.... Kesihani la RAKYAT.... 😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤😤




BETUL JUGAK... NAK JAGA UMNO PASAI?


Norshidah Md Daud



Bazir data aku p tgk video Harun Mohd Shah sembang pasal Najib & UMNO


Ni semua salah Ustaz Al-Asri la p share video dia 


Aku ni kalau yg wat video tu hensem, cakap merapu2 pun aku xde la nak marah sangat. 


Ni rupa pun hurm...

Sembang lak mcm bangang


Kita ni lawan Najib Razak dah lama (nak tag pun xleh, lama dah admin dia block aku)

Kau tu lainla baru muncul 😏


Xyah sembang bab jaga hati la

Ni soal duit rakyat


Dia salah, UMNO patut buang je dia

Pekejadah xleh nak attack Najib sebab takut UMNO terasa?


Sama gak kalau UMNO nk attack Shamsul Iskandar 

Aku x terasa pun

Sket pun x sentap


Kalau ada pemimpin UMNO yang masih pertahankan Najib, tu maksudnya dia pertahankan perompak & pengkhianat negara

Kesah ape pulak aku nak jaga hati dia?


Jenis2 bodo camni PH dok angkat

Zaman2 kita dulu xde bodo2 camni dok dlm cyber

Tukang pacak bendera pun cerdik lagi zaman dulu



BUAT SI BAHLOL AKMAL....TAK BACA KA BUAT OEKAK ?

 


ADA YANG PERCAYA NAJIB TAK TAU DUIT MASUK AKAUN. NOHHH..




 Macamana ada orang boleh percaya cerita yang Najib tak tahu ada orang masuk duit dalam akaun bank dia tu..?





Puluh juta masuk bank dia tak tahu.. Walhal coklat dalam peti ais hilang masa serbuan pun dia tahu.. Patutlah ramai mengamuk Najib tak dapat tahanan rumah kelmarin..



SURAT OALESU PUN UMNO PERCAYA KAH?.. UPPPPSSS... AKHMAL TU LA CAYA.... KIOK DIA TU DEPA KATA.

 


TU DIA PERANGAI PAS.

 


MB Perlis Letak Jawatan: Politik Machiavelli PAS dan PN Pusat



Syam Ghaz








Shukri Ramli Disingkirkan Tanpa Perikemanusiaan oleh PAS Pusat, PN Pusat dan Pas Perlis.


Ini Nasib bekas MB Perlis yang disingkirkan secara terancang oleh PAS Pusat, PN Pusat dan PAS Perlis. 


Dilantik oleh PAS dan Perikatan Nasional, kemudian dikudeta oleh PAS dan PN juga.


Ia bermula dari dia kalah pemilihan Yang Dipertua PAS Kawasan dia sendiri bertanding. 


Shukri hanya menerima 43 undi dan Solahudin menerima 128 undi pemilihan Pas Kawasan Arau, waktu dia ada jawatan ADUN Sanglang, dalam Parlimen Arau.


Kemudian kalah bertanding Ajk Pas Pusat, kerana tidak masuk dalam “cai Hadi”


Hari yang sama dia digugurkan dari Persuruhjaya Pas Perlis, lihat poster langsung tiada lantikan.


Kemudian dia digugurkan sebagai Pengerusi Nasional (PAN Perlis). 


Dilantik Shahidan Kasim yang memang diketahui monster dan dinosour besar politik Perlis


Wujud gerakkan guling MB dengan buat SD ke Istana tidak percaya kepada Mb, termasuk 3 Yb Pas dan 5 YB Bersatu.


Hadi Awang pecat 3 orang YB Pas, w/pun asalnya dikatakan Mursyidul Am Pas Konoha pun terlibat dalam modus operandi gugurkan Shukri ni kan?


Ia langkah Sumbang Hadi. Speaker terpaksa gugur kan 3 Adun Pas. 


Akhirnya semalam 25 Disember 2025. Syukri Ramli gugur sebagai MB Perlis


Team Hadi Awang dan PAS Tebuk Atap Kerajaan Perlis

w/pun Besan dia jadi MB? 


Team Hadi Awang kini ingin menebuk lagi MB kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Yang tahu rentak dan pergolakkan dalaman Pas tahulah. Tunggu masa ja.


Sebelum ini kaedah ini pernah digerakkan oleh Hadi bersama pimpinan Pas Kelantan untuk singkir arwah Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU13. Juga berjaya.


Hadi Awang ni akan kena doa arwah Ustaz Fadzil Noor bersama Mahathir agaknya.




AKAI TAK DAK..

 



Mal..Woiii... KOK... . Mahkamah takleh buka semula kertas siasatan, tu kijaan SPRM dan AGS. 







Kisah Addendum tu kalau betul kamu hormati mahkamah, terimalah keputusan mahkamah, tak payah dan meraung raung. Kalau tak puashati juga, buat la rayuan.




HADI AWANG PEMBOHONG



 Desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan dan unsur penyelewengan serta rasuah didakwa merupakan faktor utama krisis politik di Perlis.





Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat tekanan berkaitan projek yang tidak mengikut peraturan, menyebabkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak boleh menuruti perbuatan yang salah.


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761836/berita/politik/unsur-penyelewengan-tuntut-jawatan-punca-krisis-politik-perlis---abdul-hadi


#SinarHarian #BeritaSemasa #Perlis #MBPerlis #politik




JANGAN KATA NAJIB KENA TIPU... NAJIB YANG TIPU

 



Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kuasa


ADS
3

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketika mengumumkan keputusan, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

“Pihak pendakwaan telah membuktikan melampaui keraguan munasabah kes terhadap tertuduh berhubung pertuduhan pertama.

“Oleh itu, saya mensabitkan tertuduh atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” katanya di Istana Kehakiman, Putrajaya.

ADS

Seksyen 23 Akta SPRM berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk memperoleh suapan (salah guna kuasa).

Mahkamah juga memutuskan Najib bersalah atas tuduhan, kedua, ketiga dan keempat salah guna kuasa kerana menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan.

Najib, 72, didakwa pada 2018 atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. Perbicaraan kes itu bermula pada tahun berikutnya.

Bekas perdana menteri itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014 di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon.

ADS

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, dia dituduh melakukan kesalahan di bank yang sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Pertuduhan salah guna kuasa difailkan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Pertuduhan pengubahan wang haram pula difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib diarahkan membela diri terhadap pertuduhan berkenaan pada 30 Oktober 2024 selepas Collin memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya



SERONOK HASUT MAK AYAH SOH BERCERAI... APA PUNYA BODO ANAK ANAK NI.

 Che Ibrahim


Terhibur juga hati tengok perbincangan budak budak dok hasut mok pok dia bercerai....







KAMI NAK MERAZA JADI KERA JAAN... KIOK MALAYSIA

 


PATUT BAGI ANUGERAH.. TEBUK ATAP PARTI SENDIRI