KABUR ATAU DIKABURKAN?



Kabur. Tidak memeranjatkan langsung dan telah dijangka.  Ertinya,  pengakuan Haziq sebelum ini juga kabur.  Video semburit kabur.  CCTV hotel pun kabur.  Buku rekod keluar masuk hotel pun kabur.  Siapa yang kata kabur sebenarnya?  Pakar dari Universiti ke atau Peguam Negara atau mamak bendahara? Kita tahu, semua tu akan jadi terang benderang kalau dlm video itu adalah Anwar.  Video hitam putih pun mereka tetap nampak itu adalah  Anwar.  

Katanya fail tidak ditutup.  Kalau ada bukti baru, kes ini boleh dibuka semula.  Mudah untuk dibaca.  Fail akan disimpan rapi, kalau kamu lawan aku atau kamu gagal tarik seramai mungkin MP sokong aku, aku akan buka balik fail kamu.  Bertambah ligat la si Kitol ini mencari sokongan dari MP-MP Umno kerana terhutang budi dan fail masih ada.  

Reformasi masih jauh.  Anwar perlu segera selamatkan negara ini sebelum semua sistem dan institusi dlm negara ini hancur.  Mei 2020, angkat Anwar jadi PM dan kita tamatkan semua mimpi buruk selama dua tahun PH  memerintah sejak Mei 2018.  Takkan Majlis Presiden masih tunggu dan lihat? 

WFAUZDIN NS

Pendedahan SPRM: Siasat Najib, Dzulkifli kerana sabotaj negara






Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad atas dakwaan mensabotaj negara. 

Ia susulan pendedahan oleh pihak SPRM semalam mengenai sembilan set rakaman percakapan didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Salah satu rakaman tersebut memuatkan percakapan didakwa membabitkan Dzulkifli membocorkan maklumat siasatan mengenai kes 1MDB kepada Najib pada 2016. 

“Adalah jelas daripada rakaman tersebut bahawa beliau adalah seorang pengkhianat kerana membocorkan maklumat daripada Pejabat Peguam Negara kepada Najib Razak yang 
merupakan suspek siasatan kes 1MDB. 
“Ini adalah salah laku jenayah yang serius dan tindakan harus diambil segera terhadap Dzulkifli,” tegas Poay Tiong dalam kenyataan, hari ini. 

“Malah jelas bahawa Najib Razak memberi habuan kepada Dzulkifli Ahmad dengan melantik dia sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016.

“Oleh itu, Najib dan Dzulkifli telah menjejaskan kredibiliti dan kemampuan SPRM untuk berfungsi sebagai sebuah badan pencegah rasuah yang efektif,” tambahnya yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka. 

Najib kini menghadapi perbicaraan selepas diperintah membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd pada November tahun lalu. 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Kepelbagaian budaya sumber kekuatan Malaysia



Oleh Quratulain Atiqah 
(Ketua Biro Undang-undang DAPSY Selangor)
Kebelakangan ini, isu perkauman dan agama semakin rancak dimainkan. Mungkin kerana dua sentimen ini adalah yang paling dekat dengan jiwa orang ramai, yang paling mudah dicucuk, paling mudah dihembus rasa kebencian dan ‘minyak’ paling berkesan untuk memarakkan api kemarahan. Mungkin. Belum reda satu isu, akan timbul pula isu-isu lain, dan yang terbaru, aduan kepada Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) mengenai hiasan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1. 
Pertama, bagaimana dengan mudah PUTRA mengelirukan fahaman orang awam berkenaan Perkara 3(1) dan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan, tanpa terlebih dahulu memahami apakah sebenarnya perayaan Tahun Baru Cina ini? 
Dua, bagaimana pemahaman PUTRA terhadap perayaan Tahun Baru Cina sehingga ianya boleh dianggap sebagai dakyah penyebaran agama lain? 
Tiga, apa yang cuba disampaikan oleh PUTRA, selain menanam rasa kebencian dan salah faham dalam kalangan orang awam berkenaan isu ini? 
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai amalan beragama di negara Malaysia dengan menggariskan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi tidak menghalang amalan agama-agama lain bagi penganutnya. 
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menggariskan amalan kebebasan beragama di Malaysia, tetapi undang-undang negeri atau persekutuan (bagi negeri-negeri persekutuan), boleh mengawal atau menyekat pengembangan fahaman agama lain kepada penganut Islam. Yang tidak dibenarkan adalah penyebaran ajaran fahaman agama lain dengan bertujuan untuk mengajak seseorang meninggalkan Islam dan menganuti agama tersebut. 
Manakala Perkara 12(3) menjelaskan, dalam mengamalkan hak mendapatkan pendidikan, tiada sesiapa pun boleh dipaksa menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama selain daripada agamanya sendiri. 
Jadi persoalannya, adakah perhiasan atau sambutan Tahun Baru Cina di sekolah ini melibatkan paksaan amalan dan upacara keagamaan sehingga menggugat iman dan pegangan agama seseorang individu? 
Perlu untuk kita fahami bahawa Tahun Baru Cina ini bukanlah satu amalan keagamaan, sebaliknya adalah satu perayaan meraikan dan menyambut kedatangan tahun baharu dengan semangat dan suasana positif, penuh kasih-sayang serta merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. Ianya bukanlah satu perayaan yang berdasarkan upacara keagamaan, malah tidak sedikitpun menggugat status agama Islam yang diperincikan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. 
Apa yang dikesalkan adalah tindakan PUTRA yang mencampuri urusan pentadbiran sekolah sehingga dengan angkuh memberi kata dua kepada pihak sekolah untuk menurunkan perhiasan di sekolah tersebut. Malah, tanpa merujuk kepada mana-mana rujukan yang jelas, PUTRA dengan mudah menyatakan perhiasan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ya, perhiasan yang tiada kena mengena dengan urusan dan amalan keagamaan, perhiasan yang bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dalam Malaysia ini. Warna merah dan tanglung sememangnya sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina dan tiada kaitan dengan unsur keagamaan. 
Sudah menginjak tahun 2020, sudah-sudahlah dengan isu berbaur perkauman dan agama sebegini. Cukup-cukuplah dengan hasutan api kebencian sebegini, janganlah kita turunkan dan hembuskan rasa kebencian dan prasangka sebegini kepada generasi akan datang. Anak-anak generasi akan datang, mereka ini tidak berdosa untuk menerima tempias api kebencian ini. 
Hanya kerana saya makan menggunakan chopsticks, tidak menjadikan saya Cina.
Hanya kerana saya mempelajari seni kolam, tidak menjadikan saya seorang Hindu. 
Hanya kerana saya sukakan tarian tradisi etnik Sabah dan Sarawak, tidak menjadikan keimanan saya terhadap Islam tergugat. 
Dan hanya kerana rakan-rakan bukan Islam memakai baju kurung, tidak menjadikan mereka Islam dan Melayu. 
Kerana ini semua adalah kepelbagaian budaya yang ada dalam negara kita yang seharusnya difahami dan diraikan bersama. Selama berpuluh-puluh tahun kita bersama, kita sentiasa gembira mengharmonikan pelbagai perayaan yang ada di Malaysia, mengapa hari ini dengan mudah api kebencian ini dimarakkan?
Kepelbagaian budaya ini adalah kekuatan kita, dan kekuatan ini hanya akan terus kuat sekiranya kita bersatu dan tidak mudah melatah dengan api kebencian sebegini. Setiap kebudayaan, perayaan dan perbezaan adat adalah keunikan yang membentuk kita, dan kita adalah Malaysia.

Usah jadikan perbezaan punca kita bersengketa’




Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk meraikan kepelbagaian dan memupuk semangat saling hormat-menghormati. 

Katanya yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, perbezaan yang wujud antara kaum dan agama tidak harus dijadikan punca persengketaan. 

“Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

“Malah pengenalan tiga muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama. Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya. 

“Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau turut menitipkan pesanan tentang perpaduan menerusi empat rangkap pantun yang termuat dalam Antologi Gema Sepi Gadis.

Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan, 
Untuk membina bangsa yang padu. 

KEKALKAN KEHARMONIAN, JANGAN EKSTREM – ANWAR

SHAFIE AFDAL MAHU SAMAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Iltizam 2020, gandakan usaha menuju Malaysia baru




0
24

Masih ada sinar harapan jika ramai orang berganding bahu melawan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi, ketaksuban dan ekstrimisme, tulis Prema Devaraj.

Apakah azam tahun baru kita? Bagaimanakah kita mahu mencorakkan jalan perubahan menuju Malaysia baru yang mengiktiraf peranan setiap warganya?
Penelitian-penelitian sepanjang tahun lalu memperlihatkan beberapa pencapaian penting kerajaan Pakatan Harapan dalam melakukan perubahan. 
Namun, ia juga tidak terlepas daripada kritikan khususnya berkenaan kekurangan-kekurangan yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan segera atau tidak sepatutnya berlaku.
Pada masa yang sama, kita juga mendapati bahawa wujudnya peningkatan ketegangan dalam soal kaum dan agama, yang selanjutnya semakin memisahkan masyarakat.
Tahun 2020 yang baru membuka tirai ini menuntut kita untuk berfikir dengan lebih serius akan perubahan-perubahan yang terbaik buat negara dan masyarakat. Sudah tentu, wujudnya pelbagai aspirasi tentang bentuk Malaysia baru yang diidamkan.
Justeru, timbul beberapa persoalan penting yang perlu diangkat dalam perbahasan seputar Malaysia baru.
Adakah wawasan ini akan menolak penekanan terhadap keunggulan satu-satu etnik atau kepercayaan berbanding yang lainnya? Adakah kita dapat menghapuskan sikap cauvinisme budaya dan bahasa serta mengembalikan rasa hormat terhadap nilai-nilai pelbagai yang wujud dalam masyarakat?
Adakah Malaysia baru yang kita idamkan ini akan membuka ruang-ruang rundingan dan perbahasan yang sebenar-benarnya? Mampukah kita untuk selesa berbeza pendapat, berdamai dengan pemahaman yang berbeza, dan berkompromi? Mampukah kita untuk melangkaui perbezaan-perbezaan kepercayaan, pemikiran, dan amalan, serta meraikan kepelbagaian ini?
Bagaimanakah kita dapat menyingkirkan rasa kebimbangan dan mula mengiktiraf ‘kemanusiaan’ yang ada pada setiap warga tanpa mengira latar belakang mereka?
Adakah wawasan yang cuba kita angkat ini dapat mendedahkan kebobrokan dasar-dasar yang mengutamakan ketamakan berbanding kepentingan masyarakat dan pemeliharaan ekosistem selama puluhan tahun ini? Bagaimanakah kita dapat memasukkan pembangunan mampan serta isu perubahan iklim, dengan turut mengambil kira faktor global, ke dalam gagasan Malaysia baru yang diidamkan?
Adakah wujudnya jaminan kepada rakyat terbanyak dalam soal perumahan mampu milik dan kos penjagaan kesihatan yang berpatutan? Adakah segenap golongan pekerja dapat menikmati gaji minima serta pemeliharaan hak-hak mereka selaku pekerja?
Adakah gagasan Malaysia baru ini mempunyai iltizam untuk mengiktiraf kedudukan orang asal, di samping memelihara kebajikan golongan terpinggir dan pelarian di Malaysia, timur dan barat?
Mampukah kita untuk berlaku adil dan jujur dengan masa lalu kita? Mampukah kita untuk mengiktiraf dan menerima naratif-naratif pelbagai yang wujud dalam sejarah negara kita?
Adakah seluruh warga, terutamanya anak muda, akan mempunyai kebebasan (dan digalakkan) untuk berfikir secara kritis di sekolah dan universiti?
Adakah jalan menuju perubahan kita turut memikirkan cara untuk mengurangkan sikap toksik di laman-laman media? Adakah siaran-siaran berbaur menghasut, tidak bertanggungjawab, dan penyelewengan maklumat akan berkurangan? Bagaimanakah kita dapat mendidik masyarakat untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan peka dalam soal perkongsian mesej dan maklumat di laman media?
Adakah kata ‘integriti’ akan beroleh makna sebenarnya dalam Malaysia baru? Akan wujudkah junjungan terhadap profesionalisme dan rasa bangga dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, baik dalam perkhidmatan asas kepada masyarakat mahupun pembangunan industri dan projek? Justeru, apa pula kayu ukur yang akan digunakan untuk memantau satu-satu projek tersebut?
Mampukah kita untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengadakan agensi-agensi penguatkuasa yang dapat dipercayai dan dihormati?
Jika kesemua ini menjadi harapan kita terhadap Malaysia baru, maka kita selaku warga harus turut serta menggalas tanggungjawab dalam membentuk dan mencitrakan gagasan Malaysia baru yang kita idamkan. Benar, tugas ini maha berat dan mencabar, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik semasa.
Namun, kita tidak boleh terus berpeluk tubuh dan terus dipesongkan oleh drama-drama politik yang dimainkan oleh individu-individu berkepentingan. Sebaliknya, kita harus lebih tegas dan menumpukan kepada perubahan-perubahan yang signifikan.
Kerja-kerja mengkritik sememangnya mudah. Namun, penting untuk menggalas tanggungjawab yang sukar ini bagi memperbetulkan penyelewengan yang sudah berlaku berdekad lamanya. Hal ini termasuklah menyumbang secara konstruktif kepada prinsip-prinsip tadbir urus yang baik, memastikan wujudnya semak dan imbang, mempertemukan kumpulan-kumpulan yang berseberangan pendapat, dan membina masa depan yang mampan untuk Malaysia.
Walaupun sukar, kita tidak harus cepat mengalah dengan cabaran yang maha besar ini. Masih ada ramai individu yang benar-benar peka dan berhasrat untuk melaksanakan perubahan demi melihat Malaysia baru yang lebih makmur dan mengiktiraf kesemua warganya. Apatah lagi dalam keadaan politik semasa yang tebal dengan unsur-unsur perpecahan, maka penting untuk kita yang datang daripada pelbagai latar belakang untuk bekerjasama dalam melawan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi, ketaksuban, dan ekstrimisme.
Tahun 2020 ini menjanjikan harapan untuk kita terus membina gagasan Malaysia baru yang dapat dikongsi secara bersama. Justeru, kita haruslah berganding bahu dalam menggalas tugas perubahan bagi mencapai Malaysia idaman kita semua.
Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
1 Januari 2020
Diterjemahkan oleh Razan Rose

PERBUALAN NAJIB TEKS



*Berikut ialah teks penuh perbualan antara Najib dan Rosmah*

Najib: Ya?
Rosmah: Hai

Najib: Hai
Rosmah: Apa cerita? Boleh saya nasihatkan awak? Boleh saya nasihatkan awak tentang sesuatu (tinggikan suara)?

Najib: Sebentar... Ya, ada apa-apa?
Rosmah: Awak, jangan. Dengar cakap saya, mereka beritahu awak untuk jaga (slow down) Abu Kassim. Dan Abu Kassim buat kenyataan di merata-rata tempat (tak jelas), ambil gambar dengan Pak Lah apa semua.
Mereka buatnya, jadikannya seperti wira, dan awak pula jadi penjahat. Dan semua lima orang ini, bolehkah mereka lihat keutamaan mereka adalah awak, bukan orang lain?

Najib: Siapa mereka?
Rosmah: Pejabat awaklah. Shahlan dah yakin, Tengku dah yakin, Amhari dah yakin. Macam kita dah jadi penjahat.

Najib: Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan membuat kenyataan, kesannya dah bagus dah.
Rosmah: Tidak, Azwan okey. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah.
Dan ada muka dia nak bercakap tentang Pak Lah dan semua orang lain kecuali awak. Ini tidak adil.

Najib: Hmm, hmm.
Rosmah: Tolonglah, darling.

Najib: Tidak, saya sudah tandatangani surat pelantikan Dzul.
Rosmah: Dan Abu Zahar boleh buat kenyataan, oh, mesti (tak jelas) sebab mereka dah melobi, tahu? Mereka tahu mereka dah melobi.

Najib: Abu Zahar jangan buat kenyataan, biarlah.
Rosmah: Ya, tapi Abu Zahar dalam Berita Harian. Dia tahu ke dia cakap apa?

Najib: Itulah dia. Okey, okey.
Rosmah: Saya tak suka ni. Darling, awak PM, awak patut kawal, bukan orang lain.

Najib: Ya. Saya faham.
Rosmah: Dan awak ada orang-orang bodoh (goons) di sekeliling awak untuk nasihatkan awak. Sebab saya beritahu Shahlan, kalau nak tolong, kenapa tak tolong minggu lepas bila benda itu terjadi? Kamu (Shahlan) sepatutnya datang pada saya ‘Datin, bagaimana saya boleh bantu?’ (tak jelas) Lepas satu minggu, saya kata, kamu tak patut cakap (tak jelas).
Saya tak faham. Sebab ada orang buat aduan ke atas Abu Kassim, dia dalam masalah, oh baru kamu nak datang nak bercakap. Kenapa kamu tak cakap seminggu sebelum tu?

Najib: Hmm hmm...
Rosmah: Yang kita ni dah satu minggu sakit hati, sakit badan, sakit kepala.

Najib: Hmm hmm...
Rosmah: Hmm...

Najib: Hmm...
Rosmah: Jadi saya dah beritahu Amhari, perkara ni tak susah pun. Tarik sajalah arbitration (timbang tara) (tak jelas). Mereka perlu percayakan kita sebagaimana kita percayakan mereka.

Najib: Betul. Sebab tu Amhari beritahu saya. Saya kata, kamu pergi cakap dengan Khaldoon, cuba yakinkan dia. Tak guna buat arbitration. Saya kata, kamu buat arbitration, semua orang sakit. Nampak? Saya boleh cakap dengan putera mahkota. Putera mahkota (tak jelas) akan ulang cakap “Oh, saya kena runding dengan Khaldoon”. Balik pada kat situ.
Rosmah: Awak tak boleh salahkan dia, itu budaya dia. Jadi kita kena buat kerja sekitar budaya itu.
Mungkin Khaldoon patut datang sini dan bercakap dengan awak, dengan Amhari, untuk selesaikannya.
Itu apa saya rasa, bukan setakat bercakap di telefon, tak jadi.

Najib: Kita boleh jemput dia. Ya, sudah tentu.
Rosmah: Jemput dia dan selesaikan semuanya sekaligus. Dia kenal kita, bukan tak kenal kita. Kau dah makan minum rumah kita semua. Tolonglah jemput dia.

Najib: Itu idea yang bagus, kita boleh jemput dia ke sini. Sudah tentu, saya akan beritahu dia.
Rosmah: Awak dan Amhari, duduk untuk selesaikannya (tak jelas).
Dan sementara tu, kita boleh selesaikan Riza. Riza punya masalah, bukan payah. Masalahnya hanyalah, ada benda dalam proses tu (along the line) yang tak lengkap. Itu saja.

Najib: Sudah tentu. Sudah tentu.
Rosmah: Saya fikir jalan terbaik adalah beritahu Khaldoon. Dia boleh bawa peguam dia datang sini. Saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan. Berbanding Amhari cakap dengan dia dekat LA, dia nak tunggu siang, tunggu malam. Awak tahu?

Najib: Saya boleh cadangkan kepada Amhari, jemput dia ke sini.
Rosmah: Kemudian kita beritahu putera mahkota, Khaldoon ada di sini bercakap dengan kami, untuk selesaikan semuanya sekaligus. Kita dah bazirkan satu minggu dah.

Najib: Ya, ya. Kita boleh jemput dia ke sini. Tak bazir, banyak benda dah bergerak dah. Mereka ni, dia nak tengok ada pergerakan di belah sana, belah China. Belah China sudah bergerak, tahu?
Rosmah: Itulah sebabnya, darling, tak banyak benda boleh kita cakapkan di telefon.

Najib: Kita boleh jemput dia ke sini.
Rosmah: Jemput dia ke sini segera, kemudian kita boleh beritahu putera mahkota, beritahu dia yang Khaldoon datang sini kita selesaikan (tak jelas). Saya tahu dan pasti Sheikh Mansour mahu selesaikan ini (tak jelas). Saya tahu putera mahkota mahu selesaikan ini. Tapi mereka bukanlah jenis orang yang duduk dan bercakap dengan awak, tahu?

Najib: Hmm.. Ok. Kita boleh buat itu.
Rosmah: Dia (tak jelas) ada duit saja.

Najib: Saya akan cakap dengan Amhari selepas ini, saya akan beritahu dia untuk jemput Khaldoon.
Rosmah: Atau awak cakap dengan Khaldoon. Tak apalah, darling, kita tak payah nak (tak jelas).
Selesaikan perkara ini. Tolonglah datang sini, selesaikan semuanya sekaligus (tak jelas). Ini siang tunggu malam, malam tunggu siang, kamu tahu? Siang ke malam, ada senggang 24 jam.

Najib: Ok, ok.
Rosmah: Please darling.

Najib: Saya akan cakap dengan Amhari. 

PERLAKSANAAN MAHKAMAH KHAS NAFKAH DAN HADANAH



Perlaksanaan Mahkamah Khas Nafkah dan Hadanah adalah satu dari usaha pentadbiran Islam di bawah Pakatan Harapan bagi memastikan nasib wanita yang terpaksa menghadapi kes-kes mahkamah syariah terlalu lama, melibatkan isu nafkah dan hadanah, terbela serta masa dapat disingkatkan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta dilaksanakan kepada mereka, ini sebahagian daripada RAHMAH yang kita hendak bawa.

- Dr. Mujahid


PESTA MEREBUT JANDA KEDAH TAHUN 2020



Aku tak tau benda ni fake ka atau saja saja di war warkan kerana belum ada lagi pesta gila macam ni...walau bagaimana pun cerita lucu ni kadang jadi betul...bab nak meraba tu kalau tak kena penyepak atau tumit kasut tak tau la gamaknya....apa pun kita enjoy membaca kisah lucu ini...harap maklong...😅


Pada 25 & 26/01/2020 ini akan diadakan satu pesta merebut janda, bertempat di DEWAN INDERA KAYANGAN, BALING, KEDAH.
Para lelaki dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

AMARAN KERAS!!
Dilarang membawa isteri kerana risau akan merosakkan majlis.

Bagi yang ingin menyertai pertandingan-pertandingan yang dijadualkan berlangsung, sila hubungi NUR YANA NASIR, Setiausaha Kelab Janda Kedah (KJK) di talian 016.....untuk mendapatkan borang pendaftaran.

Untuk pendaftaran secara online, sila layari laman sesawang berikut;  {www.merebutjandakedah.com.my.}
Tarikh tutup menghantar borang penyertaan ialah pada 20.01.2020.

Antara aktiviti yang akan berlangsung pada hari tersebut ialah:

1. Pertandingan Merebut Janda

Pertandingan akan dijalankan secara bidaan.
Pembida tertinggi akan memenangi JANDA MUDA PALING LAWA yang dipertandingkan.

2. Cabutan 25 Nombor Bertuah

Nombor-nombor kehadiran peserta akan dicabut secara berperingkat-peringkat. Nombor-nombor bertuah yang terpilih akan memenangi 25 JANDA MISTERI berserta PAKEJ PERKAHWINAN dan TIKET BERBULAN MADU. (Hadiah Tidak Boleh Dikembalikan)

3. Pertandingan Meraba Janda.

Janda-janda lawa akan berlegar di ruang yang disediakan. Para peserta lelaki yang ditutup mata dengan kain hitam akan meraba-raba mencari janda dalam kawasan tersebut. Setelah dapat menangkap janda yang berlegar itu, peserta lelaki boleh meraba-raba tubuh janda tersebut.

Jika berkenan untuk dinikahi:
Bawa keluar dari kawasan pertandingan.

Jika tidak berkenan untuk dinikahi:
Boleh dilepaskan dan teruslah meraba-raba untuk melengkapkan pencarian.

Semua lelaki dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang akan berlangsung selama 2 hari ini.
               
#Nota:
MAJLIS Perkahwinan Secara Beramai-Ramai Akan Diadakan Pada Petang 26/01/2020.
( Hari Terakhir Pesta )

Yang benar:

Nur Asliana Harun
Pengerusi
Kelab Janda Kedah


BEGINI LANGKAHNYA JIKA AZMIN NAK JADI PM...



Benarkah Azmin Ali ada cita-cita mahu jadi Perdana Menteri dan memintas konsensus PH yang telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-8?
Jika benar, ini cara dan kaedahnya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia ‘memberi laluan’ kepada mana-mana pemimpin dalam parti itu termasuk Azmin kiranya benar beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 menggantikan Anwar.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak salah bagi mana-mana ahli politik untuk mempunyai keinginan sedemikian tetapi ia perlu dilakukan secara tertib.
Menurutnya, langkah pertama ialah Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu membawa nama beliau ke mesyuarat parti supaya dapat mengubah keputusan sebelum ini yang telah menamakan Presiden PKR, Anwar sebagai calon Perdana Menteri Ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
“Jika Azmin ada cita-cita hendak jadi Perdana Menteri, beliau mesti berterus-terang.
“Pertama, dia kena zahirkan keinginannya itu.
“Kedua, dia kena bawa perkara itu ke dalam PKR untuk ubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan calon Perdana Menteri ke-8 ialah Anwar.
“Jadi, untuk Azmin ada keinginan hendak jadi Perdana Menteri, itu tidak salah.
“Hendak ada cita-cita boleh. Orang politik boleh ada cita-cita itu, tidak salah,” katanya dalam wawancara bersama sebuah akhbar.
Seterusnya, tambah Saifuddin, selepas keputusan parti itu berubah, maka ia boleh dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Majlis Presiden PH akan membincangkan tentang keputusan PKR yang sudah ada calon lain sebagai Perdana Menteri itu,” katanya.
Tegas Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, hanya dengan cara itu sahaja boleh memastikan cita-cita Azmin menjadi Perdana Menteri akan terlaksana.
Macam mana Azmin, sedia melakukannya? (ShahbudinHusin 08/01/2020)

MALAYSIA KINI JADI NEGARA BISU DAN BAKAL LUMPUH, KP SPRM WAJIB LETAK JAWATAN




Satu kesan paling ketara dan menakutkan berikutan pendedahan sembilan rakaman audio oleh SPRM semalam ialah Malaysia akan menjadi negara yang lumpuh dari segi komunikasi mulai sekarang hingga beberapa bulan akan datang.

Jika nasib tak baik, komunikasi itu akan terus lumpuh selagi Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini berikutan pendedahan rakaman perbualan Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri, antaranya dengan isteri sendiri, Rosmah Mansor, dengan pegawai tinggi kerajaan dan dengan Putera Mahkota UAE, Mohammad bin Zayed Al Nahyan itu dengan sendirinya telah menimbulkan ketakutan kepada semua orang untuk berkomunikasi.

Kebimbangan itu bukan saja kerana kemungkinan perbualan telefon akan dirakam secara curi, bahkan tidak mustahil perbualan secara langsung pun ada alat rakaman dipasang di mana-mana seperti di bawah meja, pada dinding, siling dan sebagainya tanpa diketahui.

Selepas ini, bukan saja pegawai kerajaan jadi takut berhubung melalui telefon atau bercakap dengan sesiapa, malah rakyat biasa juga jadi fobia untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Logiknya, kalau Perdana Menteri pun boleh dirakam curi perbualannya, apatah lagi rakyat biasa yang tiada apa-apa keistimewaan.

Pemimpin negara-negara luar pula akan secara automatik menamatkan sebarang komunikasi dan perbualan dengan pemimpin negara kerana bimbang ia juga dirakam secara curi dan didedahkan kepada umum suatu hari nanti.

Akhirnya, berikutan tindakan Latheefa Koya mendedahkan rakaman audio itu, negara kita akan menjadi negara yang bisu untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Bukan saja komunikasi dalam negara terhenti, bahkan juga komunikasi dengan negara luar turut mati.

Apabila negara jadi bisu, bermakna tiada urusan atau perniagaan akan berjalan dengan lancar dan Malaysia akan menjadi lumpuh kerananya.

Apabila negara lumpuh, yang paling susah dan terbeban tentulah rakyat biasa kerana tiada urusan dapat dijalankan dengan sempurna.

Keadaan ini menambahkan lagi sengsara yang ditanggung negara berikutan bermusuh dengan Arab Saudi kerana menganjurkan Sidang Kemuncak KL baru-baru dan susulan tindakan pemboikotan minyak sawit oleh India lantaran komen Tun Mahathir berhubung undang-undang Imigresen negara tersebut.

Meskipun rakaman audio itu berlaku sewaktu era BN, tetapi oleh kerana pendedahannya dilakukan sekarang, kesan buruknya tidak dapat tidak akan menimpa kerajaan yang ada sekarang.

Lebih buruk lagi ia juga menimbulkan tanggapan bahawa oleh kerana kerajaan sekarang seolah-olah menggunakan rakaman itu untuk menghancurkan musuh politiknya, tidak mustahil perlakuan merakam curi perbualan lebih berleluasa dilakukan pada era masa kini dalam pelbagai sektor.

Dengan yang demikian, tindakan SPRM mendedahkan rakaman audio itu telah meletakkan masa depan negara dalam bahaya dan menuju kehancuran.

Lebih buruk lagi apabila Latheefa Koya dilihat tersenyum-senyum ketika memperdengarkan rakaman perbualan perbualan Najib dengan Rosmah kepada pihak media yang seperti memberi tanggapan tujuan pendedahan itu semata-mata bermotifkan politik dan mahu mengaibkan.

Maka itu, atas kerosakan kepada negara dan sengsara yang bakal ditanggung rakyat, Latheefa Koya wajib meletakkan jawatannya dengan segera.

Kiranya beliau enggan, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri harus mengutus surat, setidak-tidaknya sepanjang 18 atau 19 perenggan dengan arahan kepadanya agar berhenti serta-merta.

Tetapi, jika tindakan Latheefa Koya membuat pendedahan rakaman audio itu adalah dalam pengetahuan dan dengan restu Perdana Menteri, tiada pilihan, Tun Mahathir sekali wajar berundur daripada jawatannya. (ShahbudinHusin 09/01/2020)