𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐑𝐌𝟐 𝐉𝐮𝐭𝐚, 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐤𝐮: 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫.









Ketika rakyat terus diminta berjimat dan berintegriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mendedahkan sisi lain kehidupan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lengkap dengan hotel bernilai jutaan ringgit dan puluhan akaun bank.


Dalam siasatan berkaitan kes rasuah perolehan TLDM, SPRM membekukan 21 akaun bank melibatkan individu dan syarikat, selain menyita dua buah hotel dianggarkan bernilai RM2 juta. Semuanya dilakukan atas nama siasatan, kerana jumlah harta yang dimiliki dilihat tidak selari dengan pendapatan rasmi.


Lebih menarik, akaun yang dibekukan merangkumi 14 akaun individu dan tujuh akaun syarikat, dengan nilai ratusan ribu ringgit. Bukan setakat simpan duit, malah perniagaan hospitaliti juga berjaya diusahakan mungkin sekadar "pelaburan sampingan", siapa tahu.


Seorang pegawai kanan TLDM dan seorang pengarah syarikat kini direman bagi membantu siasatan, sementara SPRM meneruskan usaha menjejak aset lain yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini.


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, sekali gus menambah satu lagi episod dalam senarai panjang kisah integriti yang sering dilaungkan, tetapi sukar dipraktikkan.


#skandalrasuahtldm #kesrasuah #PecahAmanah #hapusrasuah #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang Credit: Mihar Rahim




No comments: