Exco Kerajaan PAS Kedah menipu atau Majlis Perbandaran Alor Setar MENIPU?
1. Kelmarin 30 Okt 2025 Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria (PAS)
“Beliau mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, kerajaan negeri setakat ini masih BELUM memutuskan permohonan tersebut. Katanya, walaupun cadangan kenaikan cukai itu dikemukakan oleh PBT, namun ia hanya akan diputuskan oleh kerajaan negeri…”
2. Dia juga mengesahkan memang ada PBT minta kenaikan cukai pintu sampai 245%
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ada memohon agar kerajaan Kedah menaikkan cukai taksiran dan cukai pintu kediaman domestik serta premis komersial sebanyak 245 peratus.”
3. Bila kita semak Notis MBAS hantar ke pemilik rumah, sah sah disitu tulis mmg ada dah KEPUTUSAN mesyuarat Exco pada 1 Okt 2025 yang buat keputusan untuk menggunapakai Senarai Nilaian Baru dan Kadar Baru mulai 01 Januari 2026.
4. EXCO Pas Kedah dibawah MB Sanusi takkan nak menipu kot?
5. Sila dedahkan hasil keputusan mesyuarat penuh Exco Kerajaan Pas Kedah berkaitan cukai pintu ni, ramai dah rakyat Kedah nak tahu perkara sebenar
Syam Ghaz





No comments:
Post a Comment