BELANJAWAN 2022 SELESAI BEBERAPA PERKARA MOU


MINUM ARAK TIMAH: HENTI SERANGAN PERIBADI KEPADA RUSNAH


GULA GULA BAJET

 


GULA - GULA BAJET & PANDORA!

Please Share.

More cartoons @ www.zunar.my

EDISI KHAS MINGGUAN 046 | PANAS!!! PRN MELAKA: 4 ADUN BERSAMA PH, RAKYAT...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 046 1. TOLAK EMPAT ADUN BERTANDING ATAS TIKET PKR 2. PELEPASAN PASPORT NAJIB ‘DOUBLE STANDARD’, HINA RAKYAT 3. HUTANG KERAJAAN DIJANGKA MENINGKAT, RISIKO TERPAKSA DIPIKUL RAKYAT



RENTASAN 998 | PANAS!!! PENDEDAHAN LKAN: BEKAS PM-8, MENTERI BAKAL DISIA...


MENARIK DALAM RENTASAN 998
1. HUTANG MENINGKAT, PETANDA KERAJAAN GAGAL 2. LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, MENTERI WAJAR DISIASAT 3. AKHIRNYA UMNO U-TURN 4. SOP PELBAGAI DARJAT



PRN MELAKA - PAS MAIN DUA KOLAM BERSAMA BN DAN PN?



Penyokong-penyokong Pas semakin keliru dengan Pas. Di mana prinsip Pas apabila berhadapan dengan dua puak. Satu puak yang Pas katakan 'bersih' iaitu PN. Satu lagi puak yang Pas katakan 'kleptokrasi"? Pas sokong kedua-duanya?



JANGAN FITNAH DAN JANGAN KOMPAUN NAJIB – BELIAU DI MELAKA KERANA BERCUTI, BUKANNYA BERKEMPEN!!


 Dikesan setakat ini sebagai pemimpin yang paling sibuk bertemu pengundi menjelang PRN Melaka 20 November depan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak rupa-rupanya sedang bercuti di negeri tersebut.

Hari ini beliau dilaporkan berada di kawasan Tangga Batu dalam sessi percutiannya itu sambil mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN turut membeli barangan basah seperti ikan dan sayur di Pasar Terbuka Pantai Puteri sebelum minum pagi bersama peniaga serta penduduk kawasan berkenaan.

Beliau yang diiringi Timbalan Speaker Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Hasan Abd Rahman kemudiannya menikmati juadah asam pedas ketika makan tengah hari bersama nelayan dan masyarakat Kampung Hailam, Tanjung Kling di jeti nelayan kampung terbabit.

Najib berkata, beliau memilih Melaka sebagai lokasi percutiannya kali ini kerana negeri itu mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati, selain mempunyai ramai kenalan lama.

“Saya bercuti dan bertemu masyarakat di sini dan ia bukanlah boleh ditakrifkan sebagai berkempen untuk pilihanraya.

“Saya cuma nak tengok sendiri keadaan di jeti nelayan, di samping memenuhi undangan Mohamad Ali untuk menjamu selera di sini,” katanya.

Najib juga dijadual menikmati cendol di Kampung Tengah, Bukit Rambai petang tadi serta membeli-belah di sebuah pasar raya di Taman Nirwana, Klebang.

Pada sebelah malam pula, beliau akan makan malam bersama penduduk di Batang Tiga serta beramah mesra dengan pengunjung `Down Town’ Dataran 1Malaysia, manakala pagi esok, beliau akan bersarapan pagi bersama penduduk Sungai Udang.

Woww…walaupun bercuti, tapi nampaknya begitu sibuk dan padat jadual Najib di Melaka.

Jarang-jarang ada rakyat Malaysia bercuti seperti dilakukannya itu.

Berdepan penguatkuasaan larangan berkempen oleh KKM berikutan kebimbangan wabak Covid19 boleh menular semula, apakah setiap kali Najib turun ke Melaka, alasannya tidak lain ialah semata-mata untuk bercuti?

Kalau begitu, jika beliau setiap hari berada di Melaka sehingga hari pengundian pada 2 November nanti, apakah alasannya juga untuk bercuti?

Apakah ini bermakna percutian Najib ke Melaka akan bersambung-sambung sehingga 20 November depan?

Jika itu yang berlaku, sementara orang lain yang biasanya bercuti ke Melaka atau mana-mana destinasi dalam negara hanya melakukannya selama dua tiga hari atau paling lama sehingga seminggu, apakah Najib akan mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia paling lama pernah bercuti ke Melaka?

Sejak zaman Parameswara, pernahkah ada sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur, tetapi menghabiskan percutian di Melaka selama lebih 20 hari seperti Najib?

Apa pun, jangan fitnah Najib dan KKM juga jangan keluarkan apa-apa kompaun kepadanya walau didapati semacam berkempen untuk pilihanraya.

Meskipun sibuk ke sana sini dan berjumpa ramai orang di Melaka, beliau sebenarnya bukanlah berkempen.

Beliau hanya bercuti….cuti-cuti untuk Keluarga UMNO. – ShahbudinHusin 30/10/2021.




LAWAK PAGI AHAD- SERIUS LAWAK BESAR

 May be an image of one or more people, people standing and text that says "30 OKT 30OKT2021 2021 wuntm YAM astro AWANI MALAYSIA Pahang tubun pasukan 'komando' bersenjata api tangani penerokaan tanah secara haram"

KOMPROMI DALAM PAS

 


Kompromi dalam Pas


Oleh HANIPA MAIDIN / October 31, 2021

Pemimpin parti ehem nampaknya berbangga dengan dasar parti dia khususnya dasar muafakat politik parti ehem.

Dia habaq “kita punya pengalaman panjang dalam politik negara dan saya tengok tak ada parti yang ada pengalaman muafakat politik sehebat Pas”

Saya tak mahu ulas lah sama ada dakwaan dia tentang pengalaman muafakat politik yang dia dok rasa hebat dan berpengalaman panjang tu betul atau tidak. Depa sedang bermuktamar bagilah depa happy.

Ya, parti ehem memang agak kerap adakan muafakat politik atau dalam lingua franca parti depa dipanggil “tahaluf siyasi” supaya nampak islamik sikit kot sebab guna bahasa arab.

Jika lihat pada sejarah mana-mana pihak yang adakan muafakat politik dengan parti ehem biasanya ia bermula dengan indah sebelum ia bergegar dan berakhir dengan berantakan dan punah ranah seperti dipanahi petih dan halilintar.

Bermula harum seperti sekuntum mawar tapi berakhir busuk seperti….

Ya, setuju dasar kompromi parti ehem memang luar biasa. Sebab itu parti depa boleh tak ada masalah dalam isu rasuah dan salah guna kuasa dalam isu 1MDB.

Tak kisah judi dari 8 kali ke 22 kali. Tak kisah temberang dalam banyak isu seperti isu arwah Adib, isu arak Timah. Isu pakaian pramugari MAS dan lain lain.

Bila dapat kuasa melalui khianat mandat rakyat via Langkah Syairaton!

NAMPAK TAK !!!!- PAS AKAN MENDABIK DADA KONONNYA MENJADI REBUTAN ANTARA PN DAN MN- PAS TAK SEDAR DIRI SATU KERUSI PUN DIA TAK MENANG..MAKNA KATA PAS HANYA DI PERGUNAKAN OLEH KUDUA DUANYA

 


Pas akui jadi ‘rebutan’ UMNO, Bersatu – Tuan Ibrahim

By

 Haslina AR Kamaludin





 31 October 2021

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pas mengakui menjadi rebutan di antara UMNO dan juga parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menerusi mesyuarat yang diadakan malam tadi, kedua-dua parti itu sudah menyatakan hasrat untuk bersama parti itu.

“Malam tadi, kita mengadakan mesyuarat bersama UMNO dan Bersatu. Insya-Allah dalam bicara soal persiapan menghadapi PRN Melaka, nampaknya sekarang Pas dikehendaki oleh semua parti.

“UMNO buat keputusan untuk bersetuju bersama-sama Pas. Pas merakam ucapan terima kasih kepada UMNO kerana merasai perlunya muafakat politik ini dikekalkan.

“Pada waktu sama, Bersatu juga mahu bersama Pas. Lalu saya cadangkan gunakan sahaja lambang Pas,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-62 hari ini.

Beliau berkata, Pas melihat cabaran hari ini sangat besar berbanding soal kerusi.

“Tidak ada parti yang mempunyai pengalaman panjang dalam politik seperti Pas. Kita sanggup kompromi luar biasa yang jarang parti lain lakukan demikian.

“Kita pernah bagi kerusi kepada Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang keluar UMNO dan juga kepada Tan Seri Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti Semangat 46,” katanya.

Beliau berkata, jiwa besar Pas harus dilihat dalam kerangka lebih strategi.

“Pemuda Pas perlu menyantuni 5.8 juta pengundi baharu nanti yang rata-rata mereka tidak mahu mengikut mana-mana parti dan dasar parti.

“Pemuda perlu meneropong anak-anak muda di institusi awam atau di sekolah-sekolah.

“Ini bukan perkara baharu, UMNO sudah lakukan, pegang anak muda, hantar ke luar negara dan akhirnya balik ke Malaysia jadi pemimpin, itulah Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, agenda muafakat yang dibawa oleh Pas bukan hanya untuk agenda politik dan perebutan kerusi, malah ia lebih besar di mana membawa negara dan dunia keluar daripada kemurkaan Allah.

“Tindakan beberapa pemimpin UMNO Terengganu sebelum ini yang isytihar tidak mahu bekerjasama dengan Pas. Mereka isyithar dan anggap perlawanan persahabatan dalam politik.

“Saya kata muafakat kita jauh lebih besar. Bukan kerangka politik dan tidak ada perlawanan persahabatan dalam politik,” ujarnya.- MG


MAIN DUA KOLAM LEBIH UNTUNG BUAT PAS- KALAH MENANG UNTUNG JUGA ...MACAMANA NAK MEMERINTAH KEADAAN PUN BERKECAMUK ?

 

Apa pun keputusan Pas, itu hak mereka – Muhyiddin

By

 Nizam Zain

MGF16012021_-MINUM-PETANG-BERSAMA-ABAH-0110


Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Majlis Minum Petang sambil Sembang Santai bersama Profesional Negeri Melaka di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 29 OKTOBER 2021.

AYER KEROH – Perikatan Nasional (PN) tidak akan mencampuri urusan parti komponennya Pas yang akan memuktamadkan usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terpulang kepada rakan politiknya itu untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan ia tidak memberi menjejaskan PN dalam menghadapi PRN Melaka.

“Saya serahkan kepada Pas untuk membuat keputusan apa, kami sudah bincang dengan panjang dalam mesyuarat. Apa pun Pas nak putuskan itu adalah hak mereka, saya harap mereka akan memberikan pertimbangan yang semasaknya.

“Ia supaya strategi kita menghadapi pilihan raya ini tepat, tidak timbul satu situasi ketidaktentuan yang mungkin akan membawa kesan kepada penyertaan kita di Melaka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pas dijangka membuat keputusan getir sama ada mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama UMNO atau sebaliknya dalam Muktamar Pas Tahunan ke-67 bermula dengan ketiga-tiga sayap hujung minggu ini.

Ia susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam yang sebulat suara mahu meneruskan persefahaman dengan Pas bagi menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pendirian itu selaras ketetapan perhimpuan agung parti itu tahun lepas, antara lain untuk memperkukuhkan MN yang dibentuk antara dua parti itu. – MG


Asam Pedas Kopi O - Siaran Langsung Dari Melaka

((PANAS)) PENDEDAHAN DATO ZAHARIN: PH SUDAH DAPAT 60% SOKONGAN? UMNO/BN ...


((PANAS)) PENDEDAHAN DATO ZAHARIN: PH SUDAH DAPAT 60% SOKONGAN? UMNO/BN SUDAH KALAH 8 DUN MELAKA? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk

EDISI KHAS MINGGUAN 046 | PANAS!!! PRN MELAKA: 4 ADUN BERSAMA PH, RAKYAT...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 046 1. TOLAK EMPAT ADUN BERTANDING ATAS TIKET PKR 2. PELEPASAN PASPORT NAJIB ‘DOUBLE STANDARD’, HINA RAKYAT 3. HUTANG KERAJAAN DIJANGKA MENINGKAT, RISIKO TERPAKSA DIPIKUL RAKYAT


KAH..KAH TERUS GASAK SAMPAI DAPAT

 May be an image of 1 person and text that says "BERITA YANG RAKYAT HARAP BAJET 2022 BERITA YANG RAKYAT DAPAT BAJET 2022 CITRA Gaapar @2o21Hakaptatarpelhaa MENTERI UMUM SEPULOH RIBU.. MENTERI MINUM SEBELAS KALI.."

ANALISIS MENARIK UNTUK PRN MELAKA- SILA BACA DAN KAJI

 

4%-5% UNDI ANAK MUDA MELAYU UNTUK SELAMATKAN MELAKA


NORMAN RADZUAN


ADA PELUANG, PERLU KERJA KUAT SIKIT SAJA LAGI

Balik shopping lepas Maghrib keluar lagi jumpa rakan2 politik. Lepas tu balik masuk bilik letak barang terus keluar cari makan cz perut rasa lapar tapi rasa penat sgt so cari yg simple je la. Patut ada jumpa rakan jam 10... minta cancel cz letih sgt, alhamdulillah kawan seperti memahami. Malam ni biskut dan air mineral je lah utk dinner. Sepi seorang perantau😪
Esok kita cuba ulas tentang bajet. Tentang PRN Melaka kita ada peluang
jika A peluang kita - 60%
jika B peluang kita - 47%- kena kerja kuat sikit di kwsan Melayu utk dptkan 4%-5%.
Cuma kita kena pasang strategi yg betul cz UMNO or BN sengaja mempergunakan SOP Pandemik utk jerat maklumat. Mereka pula akn gunakan RTM, TV3, Astro dan Jkom2 di medsos.
So kawan2 kita kena mainkan peranan masing2.... start minggu depan paling kurang sekali sehari berkempen dgn cara anda sendiri seperti FB dan Whatsapp. Anak2 muda gunakan Tik Tok utk kita sampaikan maklumat agar Melayu tidak ditipu lagi.
Kita skg ni berlawan tangan kena ikat di belakang. Jika mereka menang mereka kata rakyat tolak kita. Tahu tak negara kita sistem demokrasi telah rosak serosak rosaknya.
Sebagai semakan dn panduan bagi PRN Melaka
Peratus pengundi Melayu dan Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka
N.1 : Kuala Linggi.
Melayu = 74 % peratus.
Cina = 22 %.
N.2 : Tanjung Bidara.
M = 94 %.
C = 4 %.
N.3 : Ayer Limau.
M = 91 %.
C = 4 %.
N.4 : Lendu.
M = 78 %.
C = 16 %.
N.5 : Taboh Naning.
M = 80 %.
C = 12 %.
N.6 : Rembia.
M = 67 %.
C = 19 %.
N.7 : Gadek.
M = 61 %.
C = 22 %.
N.8 : Machap Jaya.
M = 45 %.
C = 39 %.
I = 14 %.
N.9 : Durian Tunggal.
M = 69 %.
C = 22 %.
I = 8 %.
N.10 : Asahan.
M = 64 %.
C = 22 %.
I = 11 %.
N. 11 : Sungai Udang.
M = 80 %.
C = 8 %.
I = 3 %.
N. 12 : Pantai Kundor.
M = 80 %.
C = 17 %.
N.13 : Paya Rumput.
M = 62 %.
C = 29 %.
I = 7 %.
N. 14 : Klebang.
M = 67 %.
C = 30 %.
N. 15 : Pengkalan Batu.
M = 65 %.
C = 28 %.
I = 5.
N. 16 : Ayer Keroh.
M = 41 %.
C = 49 %.
I = 8 %.
N. 17 : Bukit Katil.
M = 65 %.
C = 30 %.
I = 4 %.
N. 18 : Ayer Molek.
M = 88 %.
C = 7 %.
I = 4 %.
N.19 : Kesidang.
M = 37 %.
C = 57 %.
I = 4 %.
N. 20 : Kota Laksamana.
M = 17 %.
C = 79 %.
I = 3 %.
N. 21 : Duyong.
M = 61 %.
C = 33 %.
I = 4 %.
N. 22 : Bandar Hilir.
M = 13 %.
C = 76 %.
I = 5 %.
N. 23 : Telok Mas.
M = 74 %.
C = 23 %.
I = 2 %.
N. 24 : Bemban.
M = 62 %.
C = 21 %.
I = 16 %.
N. 25 : Rim.
M = 67.
C = 19.
I = 13.
N. 26 : Serkam.
M = 90 %.
C = 6 %.
I = 3 %.
N. 27 : Merlimau.
M = 70 %.
C = 17 %.
I = 11 %.
N. 28 : Sg. Rambai.
M = 84 %.
C = 13 %.
I = 2 %.
Jumlah kerusi majoriti Melayu melebihi 50 peratus di Melaka ialah 23 kerusi bukannya
19 kerusi.
Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka bagi PRN Negeri Melaka 2021
Parti Keadilan Rakyat ( PKR )
DUN Ayer Molek
DUN Klebang
DUN Paya Rumput
DUN Sungai Udang
DUN Lendu
DUN Tanjung Bidara
DUN Rembia
DUN Machap Jaya
DUN Rim
DUN Sungai Rambai
DUN Asahan
Parti AMANAH Negara ( AMANAH )
DUN Teluk Mas
DUN Bukit Katil
DUN Durian Tunggal
DUN Taboh Naning
DUN Ayer Limau
DUN Kuala Linggi
DUN Serkam
DUN Merlimau
DUN Pantai Kundur
Democratic Action Party ( DAP )
DUN Bandar Hilir
DUN Duyong
DUN Pengkalan Batu
DUN Kesidang
DUN bemban
DUN Ayer Keroh
DUN Kota Laksamana
DUN Gadek
Berdasarkan pemberi kerusi DUN ini Amanah boleh memenangi 4-5 DUN kerana mereka byk mendapat DUN yg mempunyai lebih 17% pengundi Cina seperti di Teluk Mas, Rim, Merlimau, Durian Tunggal dan Kuala Linggi.
Begitu juga dgn PKR byk Dap bertolak ansur hasil permuafakatan yg baik di dlm PH. Apa yg perlu PKR dan Amanah lakukan ialah kena bekerja keras utk menyakinkan pengundi Melayu.
Tapi ia perlu strategi apa isu yang popular di kalangan orang Melayu. Jangan complicated atau teknilal sangat sebab orang Melayu tak suka.
Undi anak muda adalah penentu utk PRN Melaka. PH atau BN sendiri tidak tahu apa keputusan dari undi mereka kali ini. Yg pastinya apa sahaja keputusan di Melaka menjadi penanda aras utk PRU15 kpd PH, BN dan PN.



TAKUT JUGA UMNO NI YA..INGAT KUAT SANGAT....

 

PRN Melaka: UMNO masih dalam perundingan elak bertembung tiga penjuru





MGF301021_HARI-BELIA-NEGARA_11

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih peringkat perbincangan dengan rakan parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengadakan rundingan itu, bagi mengelakkan bertembung dengan mana-mana parti dalam kerajaan.

“Sebenarnya keputusan daripada UMNO adalah berhasrat untuk mengelakkan pertembungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan. Ada tiga parti yang menyokong kerajaan sekarang ini.

“MKT telah berikan mandat kepada saya untuk berunding dan berbincang dengan parti ini untuk mengelakkan pertembungan

“Kita tahu, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang akan dapat keuntungan,” katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihak musuh iaitu pembangkang ketika ini memang menunggu peluang sahaja untuk melihat tiga parti dalam kerajaan itu bertembung sesama sendiri pada PRN ini.

Katanya, kalau bertembung juga yang mendapat keuntungan itu ialah PH.

“Ini samalah seperti peribahasa mengatakan, ‘jong pecah, yu yang kenyang’ atau ‘antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang kenyang’. Kalau boleh, perkara ini kita cuba elakkan,” katanya. – MG

Adly buktikan komitmen PH tinggi, tingkatkan mutu perkhidmatan awam

 



Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap menjadi agenda utama

Oleh MALAYSIA DATELINE / October 30, 2021

Usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan awam di Melaka tetap menjadi agenda utama bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Walaupun usaha ini katanya telah terbantut ekoran pertukaran kerajaan namun ia membuktikan komitmen tinggi kerajaan Pakatan Harapan negeri untuk meningkatkan mutu penerbangan dan pengangkutan awam di Melaka.

Adun Bukit Katil itu juga berkata, antara yang menjadi fokus utama ketika menerajui Melaka selama 22 bulan ialah perkhidmatan bas awam.

Ini kerana katanya perkhidmatan bas awam amat penting kepada rakyat yang berpendapatan rendah di mana kerajaan PH negeri ketika itu telah melaksanakan projek perintis bas percuma Melaka (2 unit) untuk laluan utama Melaka Sentral-MITC.

“Kadar anggaran penggunaan adalah 300,000 orang (Ogos 2018-Feb 2020) bersamaan 16,000 penumpang sebulan.

“Syarikat bas negeri yang menanggung banyak hutang dan hanya 4 unit bas sahaja dapat berfungsi setelah disusun semula.

“Hasilnya, pada tahun 2019/2020, kerajaan PH berjaya meningkatkan bas berfungsi kepada 14 buah,” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

Sehubungan itu, katanya kemudahan bukan sahaja tertumpu kepada pengangkutan darat, malah kerajaan PH negeri juga berusaha meningkatkan mutu pengangkutan udara.

Misalnya kata beliau Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM) yang tahap penggunaannya sangat rendah kerana gagal menarik minat syarikat penerbangan komersial, diberi perhatian khusus.

“Di bawah pentadbiran PH, kerajaan negeri telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malindo Air untuk membawa masuk laluan baharu.

“Tambahan penerbangan baharu Melaka-Kota Bharu, Melaka-Langkawi juga laluan ke Sabah/Sarawak dan antarabangsa telah dirunding dan diterokai,” ujarnya lagi.


KAU CUTI LA NAJIB..PAS NI LAGI LAMA BERCUTI.

 

Dengan ini Najib mungkin mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama sejak zaman Parameswara yang bercuti paling lama di negeri Melaka - bermula hari ini hingga 20 November.


Ingat tau, Najib hanya bercuti di Melaka, bukannya berkempen….🤪🤪




PENYOKONG HARAP GETAH SKRAP JA NAK DOK KEDAI KOPI SEMBANG POLITIK.,....TU PUN JANGAN...SOKONG LAGI UMNO


 

KENA CAMPOR TANGAN LAH...NAK MAKAN DUIT BUTA SAJA MANA BOLEH....BAGI PEGANG DUIT BANYAK BANYAK BUKAN RETI....

 


Tak perlu campurtangan tuntutan RM100 juta Kedah, Sanusi beritahu Chow



Permohonan Kedah ini bukan urusan Ketua Menteri Pulau Pinang, menurut Muhammad Sanusi Md Nor.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meminta kerajaan Pulau Pinang tidak campur tangan terhadap tuntutan negeri itu bagi mendapatkan royalti pajakan berjumlah RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan.

Sanusi berkata, tuntutan tersebut juga bukanlah urusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

“Saya tak perlu komen banyak berkenaan kenyataan Kon Yeow. Permohonan Kedah ini bukan urusan beliau.

“Selama ini, bayaran royalti RM10,000 dan sumbangan khas berjumlah RM10 juta setahun kepada Kedah sejak 2018 itu pun kerajaan Persekutuan yang bayar,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Rabu lepas media melaporkan Kedah menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” tanah di Pulau Pinang.

Sanusi menegaskan bayaran RM10 juta oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula.

Bayaran berkenaan adalah untuk pajakan tanah di pulau dan Seberang Perai di negeri itu.

Dalam kenyataan balas, Pulau Pinang dilaporkan tidak akan melayan tuntutan Sanusi berhubung bayaran pajakan tanah kepada negeri itu yang dinaikkan kepada RM100 juta setahun.

Chow berkata, pihaknya juga tidak mahu Putrajaya melayan tuntutan Sanusi dan meneruskan pembayaran RM10 juta setahun seperti sebelum ini.