APA LA PARPUKARI ...KOMAN SEPANA BETUL MINTA DUIT KAT ORANG ...HANGPA TAK DAK CARA KA NAK CARI DUIT


 

PMX ZIARAH MAKAM IMAM BUKHORY


 

SEBELUM BERANGKAT PULANG KE MALAYSIA

 


Sempat makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama Uzbekistan, Achilbay Jumaniazovich Ramatov dan pimpinan lain tidak jauh dari Kompleks Kalon Minaret sebelum berlepas pulang ke tanah air.












Sebelum berangkat ke lapangan terbang, pimpinan Kerajaan Uzbekistan menghadiahkan sepersalinan pakaian tradisi rasmi khusus buat pemimpin tertinggi Bukhara dikenali sebagai Chapan Bukhara.


Achilbay dan Penasihat Kepada Presiden Uzbekistan, Muzaffar Komilov kemudian mengiringi saya dan delegasi Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bukhara. 


Saya zahirkan ucapan penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa sepanjang kami berada di Uzbekistan sejak Jumaat lalu. Berat hati untuk melangkah meninggalkan Uzbekistan selepas hubungan erat yang terjalin meskipun hanya dalam tempoh singkat.


Saya juga amat menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin dengan Presiden Shavkat. Terima kasih atas keikhlasan yang dihulurkan sepanjang pertemuan dan perbincangan kami.


Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi, dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai.


Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis.


Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan juga berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, yang bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi ini yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah.


Xayr va yana ko'rishguncha Uzbekistan!

🇲🇾🤝🇺🇿


#MalaysiaMADANI



KEH KEH KEH.. MB KAMI SEMPOI


Pak Ya Siam


 Depa tanya Pak ya,ohh mana la Pak Ya tau..



Tanya la MB dia dapat idea dari mana,mungkin kebetulan saja kut sama !!


😄 


Sawadee




BUKAN ISU KERAJAAN TAK BOLEH KRITIK, TAPI KO MAIN DAN FITNAH ISU RAJA RAJA TERUTAMA YDP AGONG



 

Dalam 𝗶𝘀𝘂 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗻𝗼 ni, yang buatkan si Badrul didakwa di mahkamah adalah kerana ia ada 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Bukan sebab kritik kerajaan pun.


Tapi permainan naratif oleh 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 seolah-olah kerajaan tak boleh dikritik. Aku amat yakin tajuk berita ini akan dimanipulasi mereka untuk mendakwa 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮.


Kalau setakat sentuh kerajaan, sentuh PMX, setakat yang aku nampak, tiada tindakan 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴! Tengoklah cerita 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮 yang kini sahih fitnah. Ada sesiapa yang didakwa ke? Tiada!


Begitu juga fitnah-fitnah lain yang melibatkan peribadi DS Anwar. Semua bebas. Kita penyokong ni yang sakit hati sangat tengok.


Tapi bila melibatkan 3R, ia tak boleh dibiarkan. Sudah terpateri kukuh dal masyarakat kita 𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻-𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗷𝗮-𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵. Kalau berani buat, beranilah tanggung.


Malangnya mereka suka 𝘴𝘱𝘪𝘯 cerita. Aku yakin sekejao lagi boleh nampak di media sosial kerajaan ini akan dituduh 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺. Padahal mereka yang 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX UCAP TAKHZIAH KEPADA SELURUH RAKYAT IRAN



 Terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat di wilayah utara Iran melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan delegasi kepemimpinan Iran, termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian. Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan semalam, dan pasukan penyelamat telah mengumumkan bahawa Presiden Raisi, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dan delegasi ditemui maut dalam nahas tersebut. 


Saya sempat ketemu almarhum Presiden Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara. Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat. 


Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin.  


Malaysia lantas berduka atas tragedi ini dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran. Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya. 


‎اللهم اغفر لهم وارحمهم, وعافهم واعف عنهم


ANWAR IBRAHIM

Perdana Menteri



JKR DIARAH PILIH KONTRAKTIT JANA WIBAWA

 



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menerima arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) pada akhir 2020 berhubung cadangan kontraktor untuk program Jana Wibawa.


Dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, bekas pengarah kanan bahagian kontrak dan unit ukuran bahan JKR, Zulkipeli Yamat, menjelaskan prosedur pemilihan kontraktor yang dicadangkan untuk projek pembinaan di bawah skim tersebut.


Semasa dalam pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya Rasyidah Murni Azmi, Zulkipeli berkata arahan MOF mula datang ke JKR susulan mesyuarat pada 8 Dis 2020.


Berita penuh: https://mk.my/MNxLe5j



KEH.. KEH.. KEH...

 

Mukhlis Eddie


Fatwa Johor: Penyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu dikebumi jauh dari kubur lain, mayat tak boleh dibawa ke masjid - mkini.




WANG EHSAN KE T’GANU, KELANTAN TANDA KERAJAAN MADANI ADIL






Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti, bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak mendapat sumbangan 5% tersebut dalam carigali 3 batu nautika dari pantai negeri masing masing.

Namun Kerajaan Madani tetap berlaku adil dengan meneruskan pemberian Wang Ehsan kepada kedua dua negeri sebanyak RM786 juta untuk kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan pada 2023 biar pun petroleum dicarigali di luar 3 batu nautika.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kemurahan Kerajaan Madani itu sepatutnya menjawab tuduhan ahli politik Pas Terengganu kononnya kerajaan pusat zalim menyekat royalti.

Sebaliknya, beliau mengingatkan Pas yang tidak meminda undang undang berkaitan royalti semasa memerintah pada 2020 – 2022 kerana itu pembayaran masih kekal sebagai Wang Ehsan berdasarkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan memenuhi permintaan negeri.

“Penyaluran Wang Ehsan khusus kepada negeri Terengganu dan Kelantan bukti Kerajaan Persekutuan bersifat adil

“Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan penyaluran Wang Ehsan petroleum khusus kepada Terengganu dan Kelantan, bagi manfaat rakyat di dua negeri tersebut, membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap adil dan tidak menzalimi kerajaan Terengganu atau Kelantan di bawah pimpinan Pas seperti mana tuduhan yang dilemparkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Nadhir, penyokong Pas Terengganu juga perlu menyedari pada 2024 Kerajaan Madani telah pun meluluskan bayaran Wang Ehsan khusus petroleum sebanyak RM172.3 ke negeri itu dan RM58.6 kepada kerajaan Kelantan, serta tambahan sebanyak RM103.1 juta kepada Terengganu bagi obligasi Kerajaan Negeri kepada kontraktor mereka.

“Hal ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sangat mengambil berat terhadap kebajikan serta tidak mengabaikan nasib penjawat awam dan juga kontraktor yang mengambil tender dengan Kerajaan Negeri.

“Justeru itu, KEADILAN Kemaman menggesa supaya polemik dan juga tuduhan liar pihak pembangkang terhadap Kerajaan Persekutuan dihentikan serta merta,” katanya.

Selain itu KEADILAN Kemaman juga, kata Ahmad, berharap agar wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri digunakan secara telus dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan oleh undang-undang di samping menggesa pihak Jabatan Audit Negara berperanan memastikan bahawa wang yang disalurkan ini tidak disalahgunakan

Beliau turut menyarankan agar Pas di kedua dua negeri menghentikan budaya fitnah Kerajaan Madani zalim terutama pada hari Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan bulan seterusnya berhubung isu royalti.

 

DENGAR INI


 

SENARIO SOKONGAN ANAK MUDA DALAM POLITIK NEGARA HARI INI

UMNO DICADANG GUGUR AZALINA SEBAGAI KETUA PENERANGAN

 


UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketuanya, Amin Shukor berkata, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) dilihat tidak fokus kepada tugas Ketua Penerangan parti yang seharusnya perlu bersikap lebih proaktif.

Menurutnya, pihaknya beranggapan akar umbi UMNO memerlukan perlaksanaan strategi, gerak kerja dan hala tuju drastik yang lebih jelas agar setiap tindakan tidak tersasar.

“Disebabkan itu, kita memerlukan seorang individu atau figura yang mungkin boleh lebih fokus untuk bertindak sebagai Ketua Penerangan dan mempunyai masa untuk merencana usaha-usaha serta tindakan yang sifatnya tidak bermusim.

 “Satu pelan naratif masa depan UMNO yang lebih praktikal perlu segera digerakkan oleh Ketua Penerangan serta segala usaha perlu digembleng kepada usaha yang bersangkutan portfolio penerangan,” katanya menerusi usul berkait perkembangan mutakhir akar umbi UMNO.

Ia susulan akar umbi dikatakan kurang pendedahan serta kurang penerangan secara dalaman khususnya dari unit atau pasukan terbabit.

Justeru Amin berkata, UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk menggalas tugas Ketua Penerangan baharu dan berharap usul itu dipertimbangkan kepimpinan tertinggi UMNO.

“Melalui kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dimiliki beliau, ia dilihat satu kelebihan yang boleh diguna pakai untuk kebaikan UMNO.


 “Selain itu, UMNO Cawangan SS9A juga beranggapan beliau mempunyai masa untuk lebih fokus merencana, bergerak dan bertindak sebagai Ketua Penerangan yang baru,” katanya.

Katanya, cadangan diusulkan itu selepas melalui pertimbangan rasional demi kebaikan UMNO dalam mendepani situasi semasa politik tanah air.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/665630

 


PANDANGAN SEBELUM PILIHANRAYA KKB - 7 'katak' Bersatu: Kalau PRK diadakan Bersatu akan menang - KJ



Khairy Jamaluddin menjangkakan Bersatu akan menang mudah sekiranya Pilihan Raya Kecil diadakan. Bercakap pada sesi podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata kemenangan mereka adalah kerana sentimen politik semasa yang dilihat menyebelahi pembangkang. Tambahnya lagi, prestasi Kerajaan Madani dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan persepsi yang positif dalam kalangan orang awam.




[panas] HABISLAH CHEGUBAD! TERKINI KEPUTUSAN DARI MAHKAMAH TINGGI JOHOR!

PMX DI UZBEKISTAN



 

BONGKAR SEMASA KERAJAAN PN PAS & BERSATU! APA MEREKA BUAT BERSAMA DENGAN...

ZAMAN KAMU JADI PEMERINTAH PUN KAMU GAGAL UNTUK IKUT....


 

PEMBOHONG


 

PN PAS Menafikan Mereka Pelampau

 

Zuwairi Mohd Yusof


PN PAS Menafikan Mereka Pelampau






Masya Allah.Ini lagi satu bukti.Abu Afghan.Dulu Exco Pemuda PAS Kedah.Kita tak fitnah.Kita bagi bukti.Nilailah sendiri.


Benda ni bukan baru.Kami tau lama dah.Jika kamu baru nak kenal PAS hati hati.Mereka ini menternak Extremist Pelampau Militan




MALAS BACA JADI BODO


 Jani Daud



Yang duk buat isu ni jadi besar ni orang bodo. Jenis malas membaca. Malas kaji isu. Sebar fitnah je pandai. Tapi ngaku pejuang Islam dan Melayu..sebar sentimen perkauman..



APABILA DUNIA SUDAH MEMERHATI



MSO


Seseorang untuk diangkat jadi pemimpin seharusnya mempersiapkan diri sebaik mungkin. Seorang pemimpin bukan sahaja bergantung kepada populariti, kecekapan berbicara tetapi ada hubungan antrabangsa.


Paling penting iuga mampu memacarkan idealisma bangsa dan menghayati sejarah kemanusiaan sejagat.


Salah seorang pemimpin masa depan ialah Nurul Izzah Anwar, beliau dilihat mampu menghadapi cabaran zaman dan juga mengekang cabaran yang harus dilalui oleh seorang bergelar pejuang berdasarkan pengalaman dan track rekod. 


Anak sulung Perdana Menteri ke 10 ini memiliki ciri ciri seorang serikandi dan telah lulus ujian peringkat pertama sejak remaja lagi. Gelaran yang saya beri sebagai Puteri Reformasi menjadi simbol keulitan seorang wanita dalam melangkahi denai denai perjuangan.


Baru baru ini Nurul Izzah diundang sebagai salah seorang penal untuk bercakap mengenai masa depan global negara negara Selatan, jemputan itu menunjukkan mantan ahli parlimen ini sudah mula diperhatikan dunia. Trims.



CUKUP LAH DENGAN APA YANG AKU ADA.

 

Che Ibrahim


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI


Bila umur dah mencapai 6 Siri, apa yang kita kejar dan cari bukan lagi jawatan, pangkat dan harta, apalagi wanita. Cukup cukup lah apa yang sudah kita ada, itulah pencapaian kita, terimalah sebagai satu ketentuan dari Yang Maha Kuasa. 


Di usia ini, apa yang kita cari ialah ketenangan, kegembiraan... healing healing kata budak zaman sekarang. Jauh dari sebarang kekalutan, perebutan atau apa apa yang menyerabutkan. 


Maknanya kalau ada anak anak muda atau siapa saja yang berdengki dengan apa yang kita ada untuk menghabiskan sisa sisa kehidupan ini kerana seolah olah mencabar atau menghalang mereka... Katakan pada mereka, ambillah, aku sebenarnya taksir dah, tapi malangnya kamu tidak cukup persiapan untuk mengambilalihnya....



BAIK DEKAT DENGAN ANWAR IBRAHIM DARI BAIK DENGAN ANNUAR MUSA






Hebat Pas Tumpat sanjung barang lupus dalam politik Umno Annuar Musa sampai merai haji jadinya, siap belah kek. Yang turut rai Ahmad Yakob dan ketua Pas Tumpat. Tidak dipasti Annuar turun ke Tumpat dalam rangka apa.


Dalam majlis itu iuga terdengar Annuar syarah Pas satu-satunya parti tidak ada idealogi berbanding parti lain. Annuar nak tunjuk jubur yang konon pandangannya hebat dan futuristik, dengan cuba meletakkan perjuangan Pas berdadasarkan wahyu Allah.


Orang Pas, khususnya Ahmad Yakob jangan mudah terpancing dan terpesona dengan kelicitan Annuar Musa ini. Baru tahun ini, setelah berdekad main politik baru dia nak puji dan kata Pas parti terbaik.  Kalau dia masih dalam Umno "tobat lilah" buh karak jjubur pun dia tak kata begitu.  Dia akan caci dan cincang hancur Pas. Jadi sejauh mana keikhlasannya dapat dinilai. Sejarah dah ada. Dia mengubah segala kata-katanya apabila sudah dibuang dari Umno. Barang dah dibuang tidak ada faedah Pas dikutip dan hias. 


Harap Nassaruddin Daud tidak ikut tergoda dengan silat gayung Annuar Musa ni. Segala dosa dosanya tak hilang setakat tubuhnya diselimut bendera Pas. Bunyi khabar dia nak cuba tackle jawatan penting dalam kerajaan Kelantan. 


Agenda peribadinya tidak pernah tamat walaupun dimana dia berada. Harap hati hati dan beringat anjing tak pernah lupa kepada tahi, walaupun dia tak makan tetapi dihidu juga. Pas dah ada banyak tok guru, takkan nak dengar mualaf. Annuar adalah mualaf Pas. 


Dan sebaiknya untuk pasti segala anasir jahat ini tak ceroboh masuk ke dalam Pas, orang Pas tidak mudah teruja dengan syarahan mualaf ini, elok Ahmad Yakob lepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan kepada Nassaruddin, lagi pun jawatan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai MB. Dengan jawatan itu baru Nassaruddin tidak kekok untuk uruskan parti.


Dengan apa yang ditunjukkan MB itu ke belakangan ini nampak dia lebih matang, dan berpandangan jauh serta ikhlas demi untuk kemajuan Kelantan.


Bagi Pas lebih baik mereka dekati Anwar Ibrahim daripada mempercayai Annuar Musa. Cuba tilik dan hitung siapa lebih berdosa untuk negeri Kelantan, Anwar Ibrahim ke atau Annuar Musa. Siapa lebih menguntungkan rakyat dan negeri, Anwar Ibrahim ke Annuar Musa? Trims.



# PDRM- DIA KATA PADA YDP AGONG..



Desa HM





 Jom ramai2 kita pakat bagi dia tengok,... lagu mana rupa 'palat' ....


Pekat tak campoq ayaq langsung..

🙄🙄🙄🙄


https://www.facebook.com/share/p/BEZsAsstyUsXoemZ/?mibextid=oFDknk




ALAH DAH TAK LAKU.. ORANG TAK MAU DENGAR PUN FITNAH KO....

 


Gelak besar aku tengok video 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗚𝗼𝗺𝗼 yang Man Toba 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 tadi. Boleh tengok video tu di 𝘭𝘪𝘯𝘬 ni:


https://tinyurl.com/ycycpuxs


Banyak benda yang tak masuk akal dia sebut. Pertama sekali, dia masih tak 𝘮𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯 dari cerita 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Walaupun setelah 6 orang MP Bersatu menyatakan sokongan terhadap DS Anwar.


Kedua, dia kata kisah serangan balai polis, kisah orang ditangkap 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 cuba masuk ke istana tu 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 untuk menutup 𝗶𝘀𝘂 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗻𝗼. Sebab kasino tu 𝗶𝘀𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 katanya,


Pada dia je besar. Isu tu memang dah tutup. DS Anwar dah nyatakan di atas pentas antarabangsa Malaysia 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗻𝗼 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮 untuk gerakkan ekonomi. Ada banyak perancangan lain yang telah dibuat.


Ketiga dan yang paling kelakar + paling bodoh, Gomo kata DS Anwar 𝗻𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁. Agaknya kat manalah otak Gomo ni tercicir. Sebab dia punya bodoh tu tak tertanding. Kalau ada pertandingan, gerenti dia juara selama-lamanya.


Saat ini, ekonomi kita 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴. Dalam segala aspek, kita senang menjadi lebih baik. Dan DS Anwar dah habis pusing satu dunia 𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 sebagai destinasi pelaburan serta bentuk kerjasama.


Kalau isytihar darurat, ekonomi akan merudum semula macam masa Mahiaddin memerintah dulu. Apa Gomo ingat orang lain 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮?


Alasan untuk buat darurat sebab DS Anwar nak kekal berkuasa, kata Gomo. Sekali lagi Gomo tunjuk bengap. Sekarang ni ada 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶. Dengan akta tu, DS Anwar tak perlukan darurat untuk elakkan jatuh.


Kalau tak sebab akta tu, aku rasa 𝗪𝗲𝗲 𝗞𝗮 𝗦𝗶𝗼𝗻𝗴 dan 𝗛𝗶𝘀𝗵𝗮𝗺𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 dah lama menyeberang. Tapi tak berani sebab takut hilang kerusi. Jadi terpaksalah jadi 𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗺. 𝘚𝘰 Gomo mengarut apa ni?


Sebenarnya Gomo ni tak bodoh. Dia pandai. Dia tahu ada orang bodoh yang dia boleh 𝘮𝘢𝘯𝘪𝘱𝘶𝘭𝘢𝘵𝘦 sebab tu dia berani keluarkan cerita yang 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 begini.


Gomo tak bodoh. Cuma dia 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 orang yang percayakannya. Untuk apa? Itu kena tanya dia. Mungkinkah sebab 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮? Cerita la apa pun janji boleh burukkan nama DS Anwar. Mungkin!


Kesimpulannya mudah. Siapa percaya cerita Gomo ni, dia tak layak jadi manusia sebab tak tahu fungsi akal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Ada beberapa fakta menarik dlm data ini;

 

Che Ibrahim


Ada beberapa fakta menarik dlm data ini;



1. Jumlah penduduk lelaki lebih ramai dari wanita, tapi mengapa masih ramai wanita yang tidak bersuami?... Adakah ianya satu trend baru dalam kehidupan? 

2. Jumlah warga emas mewakili 2/3 penduduk negara, selain mereka yang ada pencen, apa sumber pendapatan mereka? 

3. Jumlah penduduk melayu hanya sikit sahaja melebihi separuh penduduk, relevankah kita mendakwa bumi ini tuannya adalah melayu???



MELAWAN KEBODOHAN HAJI HADI- MANA ADA ORANG MASUK OOLITIK TAK MAHU JADI PM- JOM DENGAR PAK YUS HENTAM


 

TIADA TEKANAN UNTUK HENTI BICARA KES NAJIB – PMX

 

PERBICARAAN kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan akan diteruskan kerana tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk menghentikannya, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, lapor New Straits Times.

Anwar berkata, walaupun Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, tiada tekanan untuk campur tangan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Najib masih menjalani perbicaraan besar sekarang atas tuduhan rasuah. (Sebahagian daripada kerajaan perpaduan) gabungan dari partinya, tetapi tiada tekanan kepada saya untuk menghentikan perbicaraan kes yang sedang berjalan,” katanya dalam temu bual dengan Sami Zeidan dari Al Jazeera.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Anwar menjawab kritikan bahawa reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaannya telah perlahan tetapi memberi tumpuan kepada menstabilkan gabungan itu daripada menyiasat orang berkuasa kerana rasuah.

Katanya, bukan mudah untuk membetulkan isu berdekad-dekad dengan hanya berkuasa selama setahun setengah.

“Kita telah melihat percubaan pada masa lalu, malah di Eropah Timur, di mana negara-negara berkobar-kobar untuk menjejaskan pembaharuan pantas, akhirnya menjadi bencana kepada ekonomi dan persediaan politik.

“Dalam kes kita, bertentangan dengan hasutan pembangkang ini, apa yang paling penting ialah tadbir urus.

“Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan oleh pemimpin dan anggota kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, tender bernilai berbilion-bilion dolar. Kami telah menghentikannya,” katanya. – 19 Mei, 2024.

 

PMX DI UZBEKISTAN..



 

PENJARAH HARTA RAKYAT DIBURU SEHINGGA KE LUBANG CACING!



Menurut laporan, suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman membabitkan projek pembangunan di sekitar ibu negara, antara tahun 2019 dan 2021. "Suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan," kata sumber SPRM, dipetik media.




[gempak] RAKYAT BALUN KAW KAW PARTI PAS! SEAKAN SOKONG PIHAK EKSTREMIS!

SEKOLAH PEDALAMAN..

 

Pendakwah Teknologi


10,000 sekolah akan menerima sambungan Internet laju dan murah bermula 1 Julai 2024.



PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI

 


KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH NASIONAL




18 Mei 2024


PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI


Pemuda Amanah ingin menyatakan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang telah mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang lagi cedera. 


Pemuda AMANAH berpendirian bahawa tindakan ini adalah manifestasi sikap ghuluw (ekstrem) akibat tafsiran salah terhadap nas agama. 


Kumpulan seperti ini merasakan perbuatan  membunuh adalah wajar dalam usaha menegakkan negara Islam mengikut fahaman mereka walaupun ia merupakan dosa besar disisi agama.


Kumpulan ekstrimis menggunakan isu akidah untuk mencapai objektif politik mereka. Mereka bermula dengan amalan takfir dan akhirnya sampai satu tahap mereka merasakan tindakan membunuh adalah halal.


Ketaksuban dan fahaman ekstrem ini semakin berkembang dengan menarik individu yang  jahil tentang agama dan politik untuk menanamkan fikrah ghuluw dan takfiri.


Pemuda Amanah menggesa semua pihak, terutama pihak berkuasa dan masyarakat umum, untuk bersama-sama menangani dan membanteras ideologi ekstremis ini dari terus berkembang di negara kita. 


Pemuda AMANAH juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku serangan ini.


Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada keluarga mangsa dan melindungi negara kita dari sebarang ancaman ekstremisme. 


SHEIKH KHUZAIFAH

Pengarah Strategi Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AmanahProgresifPeduli 

#KerajaanMadani 

#MalaysiaBersamaPalestin



EKONOMI DAN SIMPANAN NEGARA

 



Aku bukan mahir pasal ekonomi. Tapi bila baca tajuk ada perkataan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 (𝙨𝙪𝙧𝙥𝙡𝙪𝙨) 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮, aku dah boleh agak ia berita yang baik. Setidaknya indikasi bahawa ekonomi kita 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗵.


Bila baca berita penuh di https://tinyurl.com/3jbu462x pun memang nampak 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 kita untuk suku pertama ini. Hampir semua meningkat atau paling tidak, 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴.


Inilah hasil 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang dicapai pasca PRU 15 setelah disabotaj oleh kumpulan pengkhianat. Yang tak suka berita positif begini, kalau tiada masalah otak, sah mereka 𝘁𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂𝘁 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SAMBUTAN NEGARA DI UZBEKISTAN




 

PMX DI UZBEKISTAN

 









Memulakan hari kedua di Tashkent, Uzbekistan hari ini dengan mengunjungi Kompleks Hazrati Imam, yang juga pusat keagamaan Islam di bandar ini.


Ketibaan saya bersama barisan menteri dan delegasi Malaysia disambut oleh Timbalan Mufti 1 Uzbekistan, Sahibus Samahah Hamid Bahrom yang langsung membawa kami ke sebuah perpustakaan seliaan Lembaga Muslim Uzbekistan di dalam kompleks ini.


Alhamdulillah, berpeluang melihat sendiri naskhah Al-Quran yang dihasilkan atas perintah Khalifah Saidina Uthman bin Affan antara tahun 644 hingga 646. Imam Hamid memaklumkan ini adalah satu-satunya daripada enam Al-Quran yang masih kekal.


Imam Hamid turut maklumkan bahawa inilah juga Al-Quran yang dibaca Saidina Uthman tatkala beliau dibunuh. Bahkan masih ada kesan titisan darah Saidina Uthman di halaman surah Al-Baqarah di dalam Al-Quran ini.


Menurut Imam Hamid, Kerajaan Uzbekistan ketika ini sedang membangunkan Pusat Ketamadunan Islam dan apabila siap, Al-Quran ini dan kandungan lain dalam perpustakaan akan dipindahkan ke sana.


Saya kagum dengan kesungguhan Kerajaan Uzbekistan dan penduduknya memelihara artifak-artifak sejarah yang begitu penting bagi dunia Islam.


Saya kemudian terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk ke Samarkand sambil diiringi Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov. Saya ucapkan terima kasih atas layanan baik di Tashkent sebelum berlepas.


#MalaysiaMADANI



TERKAWAL TAPI JANGAN BIARKAN IANYA TUMBUH



Mohd Norazlan


 Sewajarnya kerajaan tidak ambil mudah dokrinisasi ideologi ekstremis agama.


Ianya tidak hanya ideologi sebuah pertubuhan tetapi meresapi melalui pemikiran peribadi seseorang yang dirangsang oleh tokoh dan pertubuhan mengguna nama agama, termasuk pertubuhan politik.


Perlu pertimbangan pengharaman penggunaan nama kaum dan agama oleh parti politik.


Jika perlu, ISA (Internal Security Act - Akta Keselamatan Dalam Negeri) wajar dikembalikan.


Sebagaimana ISA diwujudkan untuk melawan pengganas komunis dahulu, ia juga diperlukan untuk melawan pelampau kaum dan agama kini.



WAJAH PMX DAN NEGARA TERPAM0ANG DI SKRIN NEGARA UZBEKISTAN