BERI PELUANG MAT SABU TERUS PIMPIN AMANAH, LAGI PUN PEMILIHAN TAHUN INI ADALAH PENGGAL TERAKHIRNYA
Parti Amanah Negara atau Amanah akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya pada hujung minggu ini.
Sebagaimana dilaporkan media, seramai 124 calon menawarkan diri untuk merebut 27 tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi 2023-2026.
Mengikut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden Amanah akan ditentukan secara konsensus oleh 27 pemimpin yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional itu.
Ertinya, sama ada Mohamad Sabu mampu kekal lagi atau tidak untuk memimpin Amanah adalah bergantung kepada siapa 27 pemimpin yang terpilih itu.
Secara lebih mudah untuk difahami, jika sebahagian besar daripada 27 pemimpin yang terpilih itu nanti terdiri daripada mereka yang pro Mohamad Sabu, peluangnya untuk kekal tentu saja secerah langit tanpa awan di waktu tengahari.
Tetapi, jika sebaliknya, maka bakal gelap masa depan belayar malamlah Mohamad Sabu dalam pemilihan kali ini.
Walaupun tiada kepastian yang benar-benar sahih siapa yang bakal mencabar beliau, tetapi sudah menjadi bualan yang bukan lagi rahsia bahawa Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden Amanah sekarang, merupakan calon yang disebut-sebut berminat untuk menerajui Amanah.
Beliau malah dilaporkan pernah menyatakan kesediaannya untuk memikul tangggungjawab lebih besar dalam parti jika memperolehi sokongan tertinggi dalam pemilihan kali ini.
Kenyataan itu menunjukkan Mujahid memang ada keinginan untuk mengambil alih kerusi peneraju Amanah yang sekarang sedang disandang oleh Mohamad Sabu.
Mengikut perlembagaan Amanah, selain pemegang lima jawatan tertinggi akan ditentukan oleh 27 orang yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional, seseorang itu juga hanya boleh memegang jawatan Presiden selama tiga penggal saja.
Dalam hal ini, Mohamad Sabu sudah memimpin Amanah selama dua penggal dan jika terpilih lagi kali ini, ia adalah penggal terakhir baginya.
Pada pemilihan tahun 2026 nanti, beliau tidak boleh lagi menawarkan diri untuk menerajui Amanah, sekaligus menjadikan perebutan jawatan Presiden parti itu adalah terbuka kepada sesiapa saja.
Jadi, kenapa perlu Mohamad Sabu dilawan kali ini?
Tidak bolehkah ditunggu pada pemilihan 2026 nanti di mana ketika itu beliau secara automatik berundur pergi?
Apatah lagi, jika dinilai daripada sejarah panjang perjuangan Mohamad Sabu sejak daripada Pas dan kemudian menubuhkan Amanah, selain kesetiaannya kepada PH tidak perlu dipertikaikan lagi, sumbangannya berceramah serta berkempen ke sana ke sini dalam menyokong untuk memastikan kejayaan PH dan Anwar Ibrahim, amatlah besar sekali.
Dengan itu, adalah lebih baik dikekalkan lagi Mohamad Sabu untuk memimpin Amanah untuk mengisi penggal terakhirnya.
Kepada Mujahid, jika benar ada keinginan untuk menyaingi Mohamad Sabu, lebih baik dibatalkan saja hasrat tersebut.
Beri peluang kepada Mohamad Sabu meneruskan kepimpinannya sebagai peneraju parti tanpa ditandingi bagi penggal terakhir agar Amanah kekal harmoni, bukan saja kepada parti itu, tetapi juga untuk menyumbang keharmonian kepada PH serta kerajaan perpaduan yang sedang mentadbir negara.
Bukan apa, jika pemimpin baru dipilih menerajui Amanah, pemimpin tersebut sudah tentu mahukan sama jawatan menteri yang sedang disandang oleh Mohamad Sabu selepas ini.
Tak ke kacau jadinya nanti? – ShahbudinHusin 19/12/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/12/19/beri-peluang-mat-sabu-terus-pimpin-amanah-lagi-pun-ini-adalah-penggal-terakhirnya.html
SELESAIKAN
Semasa jadi pembangkang, PH adalah pihak yang paling kuat dalam membela dan memperjuangkan nasib buruk keluarga Altantuya.
Sekarang PH sudah jadi kerajaan, maka eloklah ditunaikan apa saja permintaan keluarga mereka, sekurang-kurangnya menunjukkan ada ihsan kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim ini dalam memgubati derita yang mereka tanggunflg selama ini….
CAI DARI TANGAN SYAITAN
Pagi tadi ana terbaca posting dari seorang sahabat, Sumardy Abdul Sani namanya.
Ana terkejut kenapa beliau berani menyebarkan benda yang tidak sahih. Lalu ana wasap kepada beliau untuk mengetahui sumbernya.
Alasan beliau, dia dapat dari group wasap. Ana desak lagi, 'ada nombor yang sebar tu..?' akhirnya dia kalih ke cerita lain.
Tapi ana akan tetap tuntut sampai bila² dari mana sumber yang dia dapat, selagi dia tak mampu bawa bukti, selagi itu ia tergantung. Dan ana akan mintak..
Perangai 'cai' atau tuduh kem itu dan ini buat cai adalah perkara yang sangat menjijikkan.
Pernah dulu arwah Salahuddin suarakan perkara ini di telinga ana untuk menggambarkan tahap kebimbangannya kepada budaya cai yang akan merosakkan parti dan ahlinya.
Tapi hari ini, telahan itu benar² berlaku. Senjata cai sudah menjadi pedang syaitan untuk membunuh dan menuduh mana² kem yang tidak sehaluan dengan mereka.
Ana tahu ramai di kalangan sahabat² ana yang pro kepada Abg Mat, dan ada juga yang pro kepada Dr.Mujahid.
Nasihat ana,
Bersederhanalah.
Jangan melampau sehingga kita memilih jalan putus tali ukhuwwah disebabkan untuk mendapat kepuasan nafsu kita supaya selalu menang.
Jangan begitu..
Uruslah perbezaan dengan baik, dan saling berlapang dada bila keputusan sudah ada.
Adapun ana, ana ingin melihat parti AMANAH diterajui oleh ketua baru. Tidak kira siapa, semua layak untuk diangkat sebagai presiden.
Jadi,
Masing² ada hak untuk bersuara.
Adakah ana anti abg mat..? Tidak..!! Seperti mana ana tidak anti mana² pemimpin sebelum ini.
😁😁
Miqdad Zakaria
Mantin, Negeri Sembilan
BINCANG DALAM PH DULU SEBELUM BERCAKAP ISU P/RAYA PBT, PKR TEGUR DAP
DAP perlu mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan bukan sekadar melontarkan idea berhubung cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di ibu negara.
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata cadangan itu idea menarik namun apa yang lebih penting adalah libat urus dengan pihak berkepentingan.
“Maksudnya, mengapa tidak bawa bincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH), kemudian adakan libat urus untuk yakinkan mereka yang tidak percaya atau yang cuba menghantui orang lain, semua ini perlu ditangani.
“Bukan sekadar lontar idea, tetapi wujudkan libat urus dengan pihak berkepentingan kerana konsep yang baik kalau dimomokkan atau orang lain tidak terima, maka jadi usaha yang sia-sia,” katanya, menurut Utusan Malaysia.
Chean Chung berkata, libat urus berkepentingan itu perlu dibuat oleh individu yang menyarankan cadangan tersebut.
“Kena buat peringkat dalaman dan kemudian dengan PH, kerajaan perpaduan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat,” katanya.
Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai semasa berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur Ahad lalu mencadangkan supaya kerajaan memulakan pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu negara.
Ahli Parlimen Cheras itu berkata, pengenalan pilihan raya berkenaan bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.
Bagaimanapun, Umno dilaporkan menegaskan, partinya tidak akan sesekali bersetuju dengan cadangan DAP itu kerana menyifatkan ia tiada keperluan untuk dilaksanakan, sebaliknya fokus menangani ekonomi rakyat dan memakmurkan negara.
Manakala Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa pula berkata ia bukan keutamaannya ketika ini kerana terdapat perkara lebih penting untuk diselesaikan seperti pemilihan ahli jawatankuasa dan tata kelola bagi jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) atau syarikat pengurusan bagi bangunan strata di Wilayah Persekutuan.
Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/21/bincang-dengan-ph-adakan-libat-urus-cadangan-pilihan-raya-pbt-wakil-pkr-beritahu-dap/
[LANGSUNG] Majlis Perasmian Anugerah Buku Negara dan Sesi Temu Anwar | ...
𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗬𝗚 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗞 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚
#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham
1) SEBELUM ni saya tak perasan shbt kita brader 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗜𝘇𝗵𝗮𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 dah TAG saya tentang peruntukan undang-undang syariah di Kelantan berkaitan jenayah 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝘆𝗮𝗸𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗱𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗪𝗔 𝟰 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗬𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗞. Sebenarnya ia telah wujud di bawah 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟳 & 𝟭𝟴 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗜𝗜 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟵𝟯 (𝟮𝟬𝟭𝟱).
2) Saya pernah berbincang dgn seseorg yg berautoriti dlm bidang ini dan dimaklumkan bahawa pindaan perlu dibuat dalam undang2 Syariah bagi memasukkan 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 "𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧" dalam Klausa tertentu. Proses telah dimulakan utk dibentangkan di Parlimen. Tapi itu bagi Wilayah Persekutuan.
3) Sila baca posting bro 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗜𝘇𝗵𝗮𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 yg juga merupakan seorang lawyer :
**********************
𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗡𝗔 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧
والذين يرمون المحصنات ثم لم يٱتوا باربعة شهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة ابدا.... أولئك هم الفاسقون - سورة النور أية ٤
(Dan mereka yang menuduh seorang mukmin yang baik dengan tuduhan zina atau liwat, kemudian mereka gagal membawa 4 saksi lelaki yang melihat sendiri perbuatan tersebut untuk membuktikan tuduhan tersebut, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan dan jangan lagi terima kesaksian mereka selama lamanya, mereka adalah golongan orang orang fasik)
- 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝟰.
Menuduh orang lain 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁, dalam apa keedaan sekalipun, orang yang menuduh itu wajib mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang melihat sendiri perbuatan zina/liwat tersebut. Itulah hukum Allah, itulah ketetapan Allah, kecuali kalau kamu menolak hukum Allah atau kamu tidak mahu menerimapakai hukum Allah.
Itulah syariah Islam, kecuali kamu tidak mahu beramal dengan syariah Islam dan memilih untuk beramal dengan syariah toghut dan tidak lagi takut kepada Allah.
Manakala, antara peruntukan yg berkaitan 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 & 𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 yg telah diqanunkan terdapat di bawah 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟳 & 𝟭𝟴 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗜𝗜 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟵𝟯 (𝟮𝟬𝟭𝟱).
Peruntukan tersebut yang mudah difahami tetapi hari ini sering diputarbelit oleh glgn yang pada zahirnya dan awalnya kuat mendokong enakmen ini.
Fikir2kanlah
- 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗜𝘇𝗵𝗮𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
**********************
4) Cuba baca 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟳 (𝟭) (𝗮) 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝟭𝟯 - 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗜𝗜 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟵𝟯 (𝟮𝟬𝟭𝟱). Anda akan dapati sudah wujud perkataan "𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧" di dalam peruntukan undang-undang itu.
5) Untuk Tabayyun dan mendapatkan kepastian, saya bertanya kpd seseorg yg berautoriti dalam bidang ini di peringkat pusat tentang 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟳 (𝟭) (𝗮) 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝟭𝟯 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗜𝗜 dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan tentang 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗟𝗜𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝟰 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗬𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗦𝗜𝗞 di negeri Kelantan. Berikut jawapan beliau :
𝙒𝙖𝙖𝙡𝙖𝙞𝙠𝙪𝙢𝙪𝙨𝙨𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙬𝙗𝙩𝙝 𝙏𝙪𝙖𝙣 𝙕𝙪𝙨. 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙌𝙖𝙯𝙖𝙛 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙙𝙪𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙗𝙜 𝙥𝙚𝙡𝙞𝙬𝙖𝙩.
𝙎𝙤 𝙙𝙜𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙜 𝙏𝙣 𝙕𝙪𝙨 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙙𝙪𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙨𝙗𝙜 𝙥𝙚𝙡𝙞𝙬𝙖𝙩 𝙨𝙥𝙩 𝙮𝙜 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣 𝙙𝙞 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙋𝙈𝙓 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙙𝙞 𝙗𝙝𝙜𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙖𝙩𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙅𝘼𝙃𝙀𝙄𝙆 𝙪𝙩𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙖𝙨𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙚 𝙠𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙛𝙖𝙞𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙠𝙨𝙮𝙚𝙣 17 𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙪𝙙𝙪𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩.
6) 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗛𝗕𝗧𝟮 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚-𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗛𝗨𝗦𝗨𝗦𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡-𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗚 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗣𝗗 𝗕𝗛𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗘𝗜𝗞.
7) Tolg sebar luaskan maklumat ini supaya ramai faham kerana 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮 kerana puak 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗗𝗘𝗦𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗘 mahu menjatuhkan PMX, Kerajaan Perpaduan MADANI sebelum YDPA baru mengangkat sumpah.
Semoga bermanfa'at. InsyaAllah.
- Zus Din
21122023
Nampaknya dunia Islam juga gagal fahami Hadi Awang.
Mohd Fairul Al-Qasas
Nampaknya dunia Islam juga gagal fahami Hadi Awang.
Benda yang baik dan bermanfaat untuk negara dan dunia Islam, tapi ditolak oleh PAS, malah sanggup bekerjasama dengan Mahathir dan sebarkan fitnah berterusan kepada Anwar Ibrahim termasuk jenayah Qazaf.
Apa sebenarnya terbuku dalam hati Hadi Awang?
PMX TEGAS LAWAN ISRAEL, APA FAKTANYA ?
Di zaman Mahathir, tahun 2002, kapal Israel boleh berlabuh di semua pelabuhan di negara kita. Kemudian, di zaman Pak Lah tahun 2005, peluang semakin diberikan kepada Israel apabila kapal Israel dibenarkan mendarat pula. Wah....hebat Mahathir dan Pak Lah !!
Kebenaran ini diteruskan di era2 PM seterusnya, dan paling hebat di era Muhyidin tahun 2021, pesawat pejuang Israel diberi kebenaran lalu di ruang udara Malaysia. Lebai Hadi bisu ketika itu dalam kerajaan. Lagi hebat Din Cirit ini !!
Akhirnya, di era PMX sekarang, semuanya ditamatkan sertamerta. Tapi, lebai Hadi tetap kata PMX tidak lantang lawan Israel. Itulah "lebai kelarah."
WFAUZDIN NS
Modus operandinya adalah sama semenjak berzaman;
1. Pohon tanah dengan kerajaan atas nama syarikat bumipetra (syarikat A, biasanya ada back up politik yang kuat).
2. JV dengan agensi/anak syarikat kerajaan negeri, tanah didaftarkan atas nama agensi/anak syarikat kerajaan negeri/Badan Kebajikan)
3. Jual surat kelulusan kepada syarikat B, syarikat B ambilalih syarikat A dan tukar pemegang saham serta lembaga pengarah(biasanya dah jadi 80-95% share dipegang oleh non bumi)
4. Syk B majukan tanah, keluar balak, bersih kawasan, buat teres dan tanam sawit/getah atau lain lain spesis ladang hutan. Runner Syk A yang mendapat kelulusan merayau rayau cari tanah lain pula.
5. Selepas 3-4 tahun syk B jual pula kepada syk C, D, E dan seterusnya sehingga kadang kadang syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh warga asing.
6. Status tanah kekal hakmilik atas nama agensi/anak syarikat/badan kebajikan. Namun tanah dan proses pemajuannya telah dikuasai sepenuhnya oleh pemilik syarikat secara pajakan sehingga 99 tahun.
ZAKAT KUTIP DUIT LAJU BAGI LAMBAT
Asyraff Jeffry
"Kenapa Lembaga Zakat kutip duit laju tapi bila minta bantuan lambat? Persatuan Agama lain lagi cepat dalam agihkan bantuan!"
.
Saya tolong jawab.
.
Pertama sekali,kita kena faham bahawa tim yang kutip Zakat dan yang agihkan Zakat adalah tim yang berbeza. Sudah tentu SOP dan KPI mereka juga berbeza.
.
Yang kedua,nak kutip Zakat lagi senang berbanding agihkan Zakat. Ada database sudah cukup. Tapi untuk agaihkan Zakat, banyak proses perlu dibuat. Antaranya permohonan perlu dinilai dengan teliti. Ramai yang suka ambil kesempatan.
.
Pernah kita digemparkan dengan sebuah keluarga di Kota Bharu yang tiada elektrik di rumah selama 16 tahun. Tapi bila disiasat,sebenarnya keluarga itu sudah terima bantuan tetapi tidak ingin berubah. Adakah mereka masih layak menerima Zakat?
.
Disebabkan golongan sebeginilah proses agihkan Zakat menjadi susah.
.
Yang ketiga,kita kena faham yang Zakat bukan diberikan kepada orang susah,fakir dan miskin semata-mata. Ada bantuan perubatan, bantuan Mualaf, bantuan rumah sewa, pengurusan jenazah, pendidikan dan banyak lagi. Jadi,ianya perlukan masa untuk diteliti satu per satu.
.
Yang keempat, kita juga kena faham yang bilangan Umat Islam di Malaysia lagi ramai dari penganut Agama lain. Jadi tidak pelik kalau bantuan dari persatuan Agama lain lagi cepat sampai kerana jagaan mereka lebih kecil berbanding Majlis Agama kita.
.
Saya nak kongsikan beberapa cerita;
.
Saya pernah ikut bagi bantuan kepada seorang Nenek Cina Non-Muslim yang kudung kaki disebabkan kencing manis. Sebelum ini dia bergantung kepada adiknya tetapi ketika saya pergi,adiknya sudah meninggal dunia. Dia hidup sebatang kera. Kalau Majlis Agama Islam Kelantan tidak bantu bayar sewa rumahnya, di mana patut dia tinggal?
.
Saya pernah ikut bagi bantuan kepada pesakit Bedridden. Untuk makluman anda,kos jaga pesakit Bedridden adalah sekitar RM900. Kos paling tinggi dekat Susu dan Pampers. Katil pun biasanya disponsor. Bayangkan kalau pendapatan isi rumah keluarga itu RM1500 sahaja.
.
Saya pun pernah ikut bagi bantuan kepada seorang Makcik yang tinggal seorang diri. Dia tunjuk atap rumahnya yang baru dibaiki oleh Majlis Agama dan zahirkan kegembiraannya,sekarang air hujan tidak masuk ke dalam rumahnya lagi.
.
Apa yang saya cuba sampaikan,sebenarnya Lembaga Zakat di mana-mana Negeri memang buat kerja tapi mereka tidak cerita satu per satu kepada orang ramai. Cuma,bila ada sedikit masalah,itulah yang orang highlight.
.
Bagi saya,Majlis Agama dan Lembaga Zakat tidak bersalah secara total dalam kegagalan agihkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Mungkin pekerja mereka tidak kompeten dan efisyen. Cuma,apa yang mereka boleh buat ialah nilai semula SOP dan perbaiki sistem supaya lebih cepat.
.
Saya doakan kepada semua yang mohon bantuan tetapi bermasalah dipermudahkan. Dan saya sarankan anda semua untuk cuba ikut sekali program-program yang dianjurkan oleh Majlis Agama dalam agihkan Zakat,baru anda tahu sebenarnya kerja ini berat dan penat.
.
Sekali lagi,semoga yang bermasalah dipermudahkan.
SENDIRI GAGAL HALA ORANG LAIN
Besarkan kegagalan orang lain adalah satu cara yang berkesan untuk menutup kegagalan sendiri. Guane boh?
Raja Gelap II
PUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAEL
KENYATAAN MEDIA
20 Disember 2023
07 Jamadil Akhir 1445H
PUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAEL
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang didaftarkan dengan syarikat berpengkalan di Israel untuk berlabuh di Malaysia.
Pendirian tegas ini amat diperlukan dalam keadaan di mana Israel terus melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan agar mereka menghentikan serangan ke atas Gaza.
PUM turut memandang serius kegagalan Israel untuk melakukan genjatan senjata dan menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera serangan yang dilakukan.
PUM juga ingin menggesa agar tindakan tegas yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia turut dilakukan oleh negara-negara lain yang perlu bertindak di atas kesedaran kemanusiaan dan pembelaan kepada hak asasi manusia yang sedang dicabuli dengan rakus oleh Israel.
Pendirian tegas pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap perlakuan zalim Israel ke atas Palestin sejak dari dahulu hingga kini amatlah dihargai dan sesuatu yang amat wajar dihormati oleh semua.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR
Setiausaha Agung
MENYANGGAH HUJAH PENGERUSI BERSIH KONONNYA MELAYU ADALAH MAJORITI DI KL
Bersurahlah Pengerusi Bersih yang baru, Muhammad Faisal Abdul Aziz bahawa orang Melayu tidak perlu binbang daripada sudut perkauman jika pilihan raya di PBT diadakan di Kuala Limpur.
Ini kerana, menurut beliau, meskipun penduduk Kuala Lumpur adalah berbilang kaum, tetapi Melayu masih merupakan penduduk majoriti.
Malah, kata beliau lagi, dengan trend pertambahan jumlah kelahiran kaum Melayu yang tinggi, kadar peratus Melayu di Kuala Lumpur dijangka mencecah sehingga 50 peratus.
“Justeru, melihat kepada perangkaan ini, sudah pasti mana-mana pihak yang berminat meletakkan calon untuk pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan mempertimbang untuk meletakkan calon utama dari kaum Melayu,” katanya lagi.
Selain itu, Faisal yang juga bekas Presiden Abim, turut memetik Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di Kuala Lumpur yang mencatatkan penduduk Melayu adalah sejumlah 41.5 peratus, Cina 36.2 peratus, India 8.9 peratus dan lain-lain 1.1 peratus serta (bukan warganegara 12.3 peratus).
Selanjutnya, sebagai tanda sokongan kepada perlaksanaan pilihan raya PBT, beliau menegaskan, ia mampu memperkasa suara rakyat dalam membawa isu setempat, di samping memastikan peningkatan nilai kebertanggungjawaban pihak berkuasa.
“Ia juga secara tidak langsung akan meringankan kerja Ahli Parlimen yang sebelum ini terpaksa menyelesaikan semua isu setempat melibatkan sampah sarap, longkang tersumbat dan sebagainya, sedangkan tugas mereka adalah untuk menggubal serta menyemak undang-undang dan dasar penting negara.
“Daripada sudut yang lain, pilihan raya PBT turut mampu menghidupkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat di sesebuah lokaliti,” tambahnya lagi.
Dalam hal ini, saya tidak ingin bersurah panjang untuk menyanggah hujah Pengerusi Bersih itu, tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa fakta di atas kertas tidak selalunya sama dengan realiti di lapangan.
Bahkan, pakar ekonomi yang hafal segala macam teori pemasaran juga belum tentu boleh berjaya jika menceburi dunia perniagaan.
Fakta semasa untuk difahami mudah saja, di Kuala Lumpur ini ada 11 kawasan Parlimen – Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Pertama, daripada 11 kawasan tersebut, berapa kawasan dihuni oleh majoriti Melayu dan berapa kawasan lagi oleh bukan Melayu?
Kedua, daripada 11 kawasan Parlimen yang ada di Kuala Lumpur, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon daripada parti Melayu seumpama UMNO atau Pas misalnya?
Ketiga, berapa kerusi pula yang dimenangi oleh calon daripada parti campuran seperti PKR, tetapi diketahui mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi bukan Melayu?
Seterusnya yang keempat, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu dan daripada parti bukan Melayu?
Dengan segala fakta di atas, jika diadakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur, bolehkah Faisal memberi jaminan orang Melayu masih boleh mendapat tempat atau mereka bakal merempat? – ShahbudinHusin 20/12/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/12/20/menyanggah-hujah-pengerusi-bersih-kononnya-melayu-masih-majoriti-di-kl.html
PENGKHIANAT SELUDUP BARANG KE NEGARA JIRAN
Che Ibrahim
KPDN perlu buat tinjauan mengejut dan mengenalpasti mengapa barangan kawalan ini boleh berada di pasaran terbuka di negara jiran (Indonesia dan Thailand)????
PEDIH MENIKAM HATI. KATANYA KEJUTAN TAHUN BAHARU
Zusdin
ADEH, PEDIH ULU HATI LEBAI, WALAUN & UNTIT. MENUNGGU HARI "BAHAGIA"...hahaha 🤣🤣🤣
******
Seven PN MPs ‘waiting for the right time’ to support Anwar: Bersatu MP https://newswav.com/A2312_aCbThu?s=A_zWcZUDu&language=en
Kenyataan Media Perdana Menteri 20 Disember 2023
Kenyataan Media
Perdana Menteri
20 Disember 2023
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.
Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.
Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.
Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
KELOMPOK EKSTRIM MENCETUS KITARAN GANAS YANG TIADA HUJUNGNYA.
Jamzuri Ardani
Di zaman kerajaan Abbasiyah, golongan Khawarij bukan sahaja memberontak ke atas kerajaan, tetapi juga berperang sesama sendiri kerana berebut kuasa kepimpinan di kalangan mereka.
Pengkalan kekuatan mereka waktu itu berada di sekitar Mosul, utara Iraq (wilayah Al Jazira antara Sungai Furat dan Sungai Tigris) dan sebahahian wilayah Syam.
Waktu itu golongan Khawarij diketuai oleh Musawir Al Shari. Selepas kematian Musawir, berlakulah pertempuran sesama kelompok Khawarij untuk menjadi ketua sehinggalah Harun Al Bajali berjaya membunuh pencabarnya serta menyatukan semula kelompok Khawarij di bawah kepimpinannya.
Kemudian Harun bergabung dengan kelompok Arab Syiah diletuai oleh Hamdan Al Taghlibi menawan Kota Mosul mengalahkan Ibn Kundajiq, gabenor Mosul yang dilantik oleh kerajaan Abbasiyah.
Tidak lama selepas itu berlaku pula pemberontakan dikalangan Khawarij ke atas Harun Al Bajali yang diketuai oleh Muhammad Ibn Ubaydah yang berpengkalan di Sinjar. Maka berlakulah pula pertempuran diantara dua kelompok Khawarij. Harun Al Bajali berjaya menawan Sinjar dan memenggal leher anak kepada Muhammad Ibn Ubaydah.
Harun terus memburu Muhammad dan membunuh pengikutnya dalam jumlah yang besar hinggalah akhirnya Muhammad ditangkap pula oleh gabenor kerajaan Abbasiyah dan akhirnya dihukum mati di Baghdad dengan cara siksaan yang sangat menyakitkan.
Kemudian khalifah Abbasiyah mula melakukan serangan besar-besaran ke atas Khawarij dan berjaya menangkap ketuanya, Harun Al Bajali.
HALA TUJU AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA
Saya perhatikan ahli parlimen pembangkang (terutamanya dari BERSATU) sering bertanya mengenai agenda ekonomi Bumiputra yang dibawa Kerajaan Perpaduan.
Saya faham lenggok pertanyaan mereka, konon untuk menunjukkan mereka membela Melayu. Ikut hati, saya ingin jawab mudah sahaja:
“Insya-Allah kami tidak akan menunggang nama Melayu untuk beberapa kerat rembat duit Jana Wibawa yang akhirnya di-Ali Baba-kan kepada syarikat bukan Melayu”.
Semua pentadbiran Kerajaan Persekutuan mengaku ada agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra. Soalnya ialah bagaimana, supaya ia mencapai matlamat dan membawa kebaikan kepada negara keseluruhannya.
Apa matlamat agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra?
Orang lain mungkin melihatnya dari lensa politik semata-mata. Sebagai Menteri Ekonomi, fokus saya ialah meningkatkan sumbangan ekonomi Bumiputra memandangkan jumlah perusahaan Bumiputra adalah besar tetapi sumbangan ekonominya (secara relatif) masih ada jurang.
Daripada lebih sejuta entiti perniagaan di negara ini, hanya 3% adalah syarikat-syarikat besar, sementara sekitar 2% adalah syarikat bersaiz sederhana.
Sekitar 15% adalah syarikat kecil, sementara 80% entiti perniagaan adalah perniagaan mikro.
Majoriti pemilik entiti perniagaan mikro dan kecil ini (iaitu sekitar 95% dari entiti perniagaan berdaftar) adalah dari kalangan peniaga Bumiputra.
Oleh itu, usaha menskalakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana agar mereka naik ke takuk lebih atas, dan usaha memperkasakan perniagaan Bumiputra, adalah satu usaha yang bertindih dan boleh digerakkan seiring.
Sebab itu, pandangan saya, dalam merangka dasar-dasar baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputra, kita perlu menggunakan pendekatan-pendekatan baru.
Perniagaan Bumiputra mestilah berdaya saing dan boleh berdiri sendiri. Program kerajaan perlu berhati-hati untuk mengelakkan pergantungan kepada bantuan kerajaan yang boleh mengikis daya saing.
Itulah mesej saya kepada penerima-penerima geran bantuan Teraju dalam satu majlis baru-baru ini.
Mesej saya kepada perniagaan Bumiputra yang mendapat bantuan agensi kerajaan - fokuskan kepada 3P: “product, problem, people”.
Hanya perniagaan yang membangunkan produk (atau perkhidmatan) yang menyelesaikan/memenuhi kehendak pelanggan (“problem”) yang akan berdaya tahan dan ada kemampuan untuk diskalakan.
Hanya perniagaan yang mempunyai bakat yang berkemahiran (“people”) yang mampu membangunkan produk yang memenuhi tuntutan pelanggan.
Sementara agensi kerajaan terus membangunkan program untuk membantu ekosistem perniagaan Bumiputra, pengusaha Bumiputra pula mestilah membangunkan perniagaan berasaskan 3P yang saya sebut.
Barulah kita boleh mengelakkan tragedi Jana Wibawa berulang kembali.
Usah pelihara babi di kawasan Melayu- MOHD SAYUTI OMAR
ULASAN DISEMBER
BEHAVIOUR atau sifat
pembangkang di Malaysia adalah menjadi penyerang kerajaan tanpa kira masa dan
suatu kelumrahan. Meminjam istilah seorang tok guru, yang memperumpamakan
kerajaan hari ini seperti Zionis, maka pembangkang juga boleh disamakan dengan
perangai Zionis terhadap Palestin dalam melayani kerajaan hari ini.
Mereka tidak akan
berhenti menyerang Palestin, pantang ada ruang dan sedikit isbab saja akan
diserang dan dibom. Nah, begitu juga dengan pembangkang di negara ini terhadap
kerajaan.
Mereka akan buat serangan
tubi untuk menganggu kerajaan. Mereka tidak akan kompromi langsung dengan
kerajaan yang dilihat kerajaan adalah musuh abadi mereka seperti Zionis
terhadap Palestin itu. Mereka tidak akan ikhtiraf mandat rakyat kepada pihak
yang membentuk kerajaan. Semangat demokrasi mereka ke lautkan. Seolah-olah
kalau pembangkang tidak menyerang kerajaan politik negara ini tidak hidup.
Paling mendukacitakan serangan itu dibuat dalam keadaan mengigau, tidak waras.
Meskipun demokrasi ada
tempoh atau had valid (penggal) selama lima tahun sekali, yang
kemudian diadakan pemilihan semula, namun masa senggang itu tidak dihormati dan
tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pembangkang tidak pernah mengira
masa senggang itu. Kerajaan akan diganyang bagaikan ilalang di ladang getah.
Bagi mereka kerajaan bahaya perlun di ditebang dan diracun. Kerana itu mereka
sanggup mengonatasikan kerajaan dengan seribu kejelakan.
Persefahaman langsung
tidak ada. Walaupun prinsip pembangkang itu sama dengan kerajaan; punya tanggungjawab
dan amanah untuk membangun rakyat dan negara; pembangkang menjadi pengkritik,
penegur dan pemantau kerja kerajaan. Namun falsafah itu tidak direalisasikan.
Semacam pembangkang sudah hilang roh demikian, falsafah itu sudah di liang
lahadkan.
Di Malaysia ini sukar
untuk kita lihat pembangkang bertindak menjadi pembangkang yang konstruktif,
menjadi jurubicara rakyat yang baik, bijak sesuai dengan semangat demokrasi.
Situasi ini suatu yang malang kepada bangsa dan negara kita. Ia juga malang
kepada pencantu politik demokrasi. Apakah ini suatu kepincangan kepada
demokrasi kita?
Keadaan ini kian ketara
sejak dua sedekad ini. Memang dahulu lagi sejak pilihan raya diperkenalkan,
(1955) pembangkang tidak sebulu dengan kerajaan, kerana jika pembangkang akur
kepada kerajaan tiadalah peranan memantau dan mengkritik tadi. Namun cara dan
sikap mereka ketika itu masih boleh dimaafkan. Pembangkang masih relevan dan
berperanan molek. Walau bukan disemua aspek pembangkang membantah kerajaan,
tetapi dalam hal-hal tertentu pembangkang bekerjasama dan membantu
kerajaan. Esprit de crop di antara kerajaan dengan pembangkang
sangat kuat.
Keadaan buruk itu berlaku
sejak BN kehilangan hegemoni apabila hilang kuasa majoriti dalam parlimen
selepas pilihan raya umum 1999. Ia bertambah kalut lagi apabila BN terus hilang
kerajaan dalam Piraum tahun 2018. Kerajaan BN yang berdiri selama lebih 60
tahun musnah, seolah-olah kemusanahan itu menjadi tanda kepada kehebatan dan
kekuatan pembangkang.
Kemuncak kehebatan aksi
pembangkang ialah apabila berlaku kudeta tahun 2020, apabila kerajaan PH
dirampas oleh orang-orangnya sendiri. Pengkhianatan politik itu bermulanya
serangan hebat pembangkang kepada kerajaan dan pembangkang dilihat sebagai hero
apabila berjaya menumbangkan kerajaan.
Pengkhianatan itulah
menjadi semangat dan pendorong kepada pembangkang. Selepas kejadian di Sheraton
hotel tu, dicuba pula dengan usaha-usaha lain berterusan sehingga kini tanpa
henti. Kejayaan tindakan di Sheraton hotel itu menjadi muqadimah kepada pembangkang
dan warga politik kita juga yakin dengan setiap movement (gerakan)
pembangkang terhadap kerajaan.
Jika pembangkang yang behavior begitu serang
kerajaan tidak pelik dan aneh kerana kita sudah kenal dan arif dengan ulah
pembangkang di Malaysia ini. Tetapi yang mengkagetkan kita kerja-kerja atau
sifat untuk menganggu kerajaan juga dilakukan pihak mendokong kerajaan sendiri.
Sedar atau disengaja itulah yang sedang berlaku sekarang ini sedikit
mengalaukan jiwa.
Apakah pihak ini sengaja
untuk memberi bola tanggung kepada pembangkang kerana mereka juga ada cita-cita
terpendam sendiri? Atau ingin menumpang tui di sebaliknya? Ini menimbulkan rasa
pelik dan aneh.
Dirujuk sahaja kepada
sikap atau kerenah dilakukan pemimpin DAP yang membuat kenyataan yang boleh menganggu
kedamaian kerajaan apabila ia menyentuh naluri Melayu. Kenyataan beberapa orang
pemimpin DAP seperti disengajakan dengan sesuatu tujuan tidak jelas yang harus
dibongkarkan.
Misalnya kenyataan atau
pernyataan dikeluarkan oleh Lim Kit Siang berhubung orang Melayu boleh jadi PM
negara ini sesuatu yang tidak enak didengar orang Melayu fanatik dengan sifat
Melayunya. Kenyataan itu boleh menimbul kekeruhan dalam minda orang Melayu
terhadap kerajaan hari ini. Kenyataan Kit Sing itu sebenarnya sudah basi, ia
laksana nasi basi yang tidak pun perlu dipedulikan. Tetapi atas sifatnya ia
boleh diperangatkan maka ia boleh dimakan lagi.
Secara akademiknya
kenyataan penasihat DAP itu berdasarkan kepada pentafsiran Perlembangaan,
memang orang bukan Melayu boleh jadi perdana menteri kerana tidak ada larangan
tegas dalam Perlembagaan. Syarat menjadi perdana menteri di negara ini
seseorang ahli parlimen yang mengikut hemat Yang diPertuan Agong mendapat
majoriti. Malahan bekas PM Mahathir Mohamad pun pernah menyebtunya. Jadi
kenyataan Kit Siang itu bukan sesuatu yang baru tetapi Melayu jadi terjungkil
dengan pernyataan Kit Siang tersebut.
Kenyataan Kit Siang ini
cepat pula disambar oleh ahli parlimen Machang yang mendesak perdana menteri
Anwar Ibrahim melakukan pindaan undang-undang untuk menjamin kedudukan Melayu.
Walaupun ahli parlimen itu faham dengan kuasa dan "kekuatan" yang ada
dalam perlembagaan, tetapi beliau sengaja membuat desakan itu untuk menjadikan
hal itu isu dan bahan polemik.
Rasanya Melayu cerdik
faham dan maklum dengan "maknawi" pernyataan Kit Siang itu.
Selagi Yang diPertuan Agong dipegang oleh Raja Melayu tidak mungkin
beliau akan bersetuju memberi perkenaan melantik mana-mana ahli parlimen
menjadi perdana menteri, melainkan ada raja yang hilang kewarasan dan sirna
semangat Melayu. Perlembagaan ada menyebut soal perlantikan Perdana Menteri
namun hakikatnya institisi Raja-Raja ikut bertanggungjawab. Dalam konteks
negara kita konvensyen dan amalan mengatasi Perlembnagaan. Kena faham.
Orang Melayu maklum akan
kekuatan dan perlindungan itu dan mereka tidak khuwatir apa disebut Kit Siang
itu. Namun disebabkan kepentingan politik maka ia sengaja dimainkan dengan
tujuan mahu melihat kehormonian kerajaan khasnya Anwar terkacau.
Begitu pun apabila ia
dinyatakan untuk kesekian kalinya serta diulang-ulangi oleh Kit Siang maka
timbul kecurigaan. Bukan sekali Kit Siang melontar atau memberi pesan tentang
perkara itu, sudah acap kali. Lim Kit Siang seolah mahu menyekolahkan orang
Melayu. Justeru itu tidak salah kalau timbul rasa bimbang dari kalangan Melayu
dan mengira Kit Siang bukan sahaja-sahaja melontarkan hal itu.
Ia tentu ada tujuan
sehingga ada yang nakal mengira Kit Siang atau DAP sedang menggoda kuasa dalam
kerajaan. Mereka (pembangkang) membuat perkiraan mungkin kehendak DAP lebih
mudah dipenuhi kini berbanding dahulu kerana kini mereka (DAP) sudah jadi
sebahagian kerajaan.
Tidak dapat dinafikan
dalam konteks politik kenyataan Kit Siang atau polemik itu ada kebaikan buat
DAP alias bukan Melayu. Ia menyebabkan masyarakat terfikir akan benar dan
logiknya. Kesan dari tindakan atau kesimpulan itu jika ia diambil kira
menguntung mereka.
Jadi kalau Melayu panik
tidak pelik, bah wajar. Dalam hal ini tidak boleh disalahkan pembangkang.
Apa lagi tidak cukup
dengan keyataan Kit Sing itu ia turut diikuti kenyataan Pengerusi DAP Kuala
Lumpur Tan Kok Wai yang mendesak diadakan pilihan kerajaan tempatan (PBT) Kuala
Lumpur. Kenyataan itu semacam ada kesenimbungan. Situasi inilah kepada
sesetengah pemikir Melayu khasnya pembangkang membuat kesimpualn DAP terus
bermain dengan cita-citanya menerusi kerajaan.
Persoalannya, untuk apa
bermain dengan kenyataan seperti itu yang boleh mengusik naluri orang Melayu?
Apakah ia dapat membantu memperkuatkan sokongan Melayu dari kalangan Melayu
atau tidak? Saya berpandangan dan yakin jika tidak ada sesuatu maksud, untuk
apa yang ditimbulkan. Jika tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah.
Kenyataan Kit Siang dan Kok Wai bahaya kepada kerajaan kerana ia boleh
menganggu kerajaan.
Sebab dikatakan, selain
daripada pembangkang yang tidak tidur malam dan siang terus menganggu kerajaan,
kerana pihak dalaman (DAP) juga nampak seperti tumpang sekaki. DAP semacam
sehaluan dengan pembangkang dalam hal ini untuk ganggu kerajaan. Jadi kalau ada
yang curiga dan bimbang kepada DAP jangan terkilan.
Setiausaha Agung DAP
Anthony Loke Siew Fook harus lebih peka, serius dan menyeluruh lagi
menutreliskan pemikiran DAP sesuai dengan kedaan sesama. Sikap
"chauvenism" DAP wajar diredakan. Pemikiran political will sesetengah
pemimpun DAP yang diwarisi daripada PAP perlu dileburkan. Ini tugas berat
Anthony Loke dan pimpinan milleniun DAP kini.
Dalam konteks ini saya
ingin menyebut begini kepada DAP, ada setengah orang dalam parti itu ingin
mencapai fahaman politik yang liberal, tetapi mereka perlu mengerti selagi
masyarakat negara ini hidup bersendikan ethnik dan fahaman agama, cita-cita itu
tidak dapat dicapai. Usaha sebegitu tidak ubah, usaha begitu seperti cuba
menternak babi dalam kawasan Melayu.
Bukan mudah untuk Melayu
menerima baik ternakan itu kerana menurut kitab mereka ia dihramkan. Doktrinasi
hukum itu menghalang penerima mereka ke atas makhluk Allah yang satu itu.
Walaupun peri kemanusiaan dan hak haiwan itu sama nilai di sisi Allah namun
kuasa syariah membatasi mereka. Jadi hasrat mahu membuka ladang haiwan terharam
itu padamkan perlu dipadamkan, jika mahu melihat Melayu kolot tidak diadu
gelisah. [wm.kl. 12:56 pm 19/12/2023]
Kerajaan salur peruntukan RM9.4 juta bantu pekebun getah
Felda dalam satu kenyataan pada Selesa berkata, peruntukan bagi
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) itu diberikan kepada penerima yang layak di
seluruh negara.
Ia jelasnya disalurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun
Kecil Perusahaan Getah (Risda) berjumlah RM800 bagi setiap peneroka tanaman
getah dan diberikan dalam tiga fasa bermula pada Disember 2023 sehingga
Februari 2024.
"Bayaran fasa pertama melibatkan nilai RM400 manakala fasa
kedua dan ketiga masing-masing melibatkan nilai RM200. Kesemua bayaran ini akan
dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat.
"Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini ialah
mereka dengan lot utama getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah
Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok
getah, serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda,"
menurut kenyataan Felda.
Felda turut berkata, kerajaan berharap bantuan itu dapat
meringankan beban peneroka tanaman getah terutamanya dalam menghadapi musim
tengkujuh.
Agensi itu turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan
kerajaan menyediakan peruntukan BMT untuk peneroka Felda yang sebelum ini
ditanggung sepenuhnya menggunakan dana dalaman Felda.




























