ANTARA HALAL DAN HARAM.SIAPA PENENTUNYA ? www.zunar.my


 

TIMAH vs RASUAH!

Please Share.

More @ www.zunar.my


PENGUNDIAN SEMULA PERLU DILAKUKAN DI BALAI POLIS MASJID TANAH


Cikgu Rafee disenangi masyarakat setempat...

 




Cikgu Rafee disenangi masyarakat setempat...


NORMAN RADZUAN


CALON AIR MOLEK SGT POPULAR DI MELAKA
Di media sosial Cikgu Rafee sgt popular berbanding calon2 PKR yg lain. Saya sendiri tidak tahu kenapa tetapi itulah pandangan peribadi saya kerana cerita mengenai calon DUN Air Molek sering melintas di wall FB saya. Ia juga dipersetujui oleh beberapa rakan penganalisis politik yg lain.
Mungkin faktor karimastik yg ada padanya. Beliau disenangi oleh masyarakat setempat dan bekas anak2 muridnya sebagai pendidik. Ini hasil dari perbualan saya dgn beberapa anak2 muda sebentar tadi.
Terima kasih Tuan Madon Mislan yg melayani kami lebih sejam memberi penerangan terutama mengenai data di DUN Air Molek. Kami juga sempat berbual mengenai perkembangan semasa di kawasan Air Molek, Melaka.
Tuan Madon ini memang terkenal sebagai pakar tektikal dan merupakan sukarelawan parti yg berkampung di Air Molek ini menjelaskan Cikgu Mohd Rafee B. Ibrahim sgt disenangi oleh penduduk tempatan.
Cuma kekecewaan PRN Melaka ini mengunci maklumat2 yg ingin disampaikan kpd masyarakat setempat. Walaupun beliau yakin akn berlaku kejutan PRN ini di Air Molek.
Insyallah bersiar2 lagi di beberapa kawasan sebagai 'pelancong. Chk in rehatkan badan sebelum ke Umbai menikmati Ikan Bakar.



APA PUN TAK BOLEH...


 PN vs BN, apa hasilnya?

Please Share

More @ www.zunar.my 

#prnmelaka



VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

SAYA BUKAN PENGIKUT AZMIN

No photo description available.



Saya membaca daripada media kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa saya digugurkan konon kerana menyokong beliau. Jelas Perikatan Nasional sudah kehabisan modal politik dan wajib ditolak apabila cuba mengalihkan fokus daripada isu rakyat. 

Kesetiaan seorang aktivis Reformis adalah pada prinsip perjuangan parti, bukan kepada individu. Saya menolak dengan tegasnya tindakan “Langkah Sheraton” kerana bersekongkol dengan kuasa kleptokrat dan perasuah yang telahpun ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum. Meskipun Azmin pernah menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, namun amat menyedihkan bagi seorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan melawan rasuah lebih 20 tahun tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada acuan parti perkauman dan perasuah. 

Adalah lebih baik Azmin menyedari partinya Parti Pribumi Bersatu tidak lagi relevan untuk masa depan tanahair kita. Sepatutnya beliau kembali ke halatuju yang betul daripada membiarkan dirinya terus menjadi alat perasuah. Walaupun saya tidak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan PH, serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam politik tanahair di bawah pimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya meminta agar semua pengundi Melaka mengambil pendirian yang tegas, demi kemajuan dan keharmonian negeri kesayangan kita. Tolong keluar mengundi pada 20 Nov untuk kembalikan pentadbiran kerajaan yang stabil dan prihatin. Pertahankan mandat rakyat sepertimana dalam Pilihan Raya Umum 2018. Itulah hasrat kita. Ginie Lim 17/11/2021

KEH..KEH....KEH.....MULUT PENUH SAGON...


MOHD MUKHLIS

Sebab itu lebai bagi penaik special draw dari 8 kali ke 22 kali.
Demikianlah Bobobobo mulut penuh sagon..


 May be a cartoon of one or more people and text that says "You SETUTU KE KALAU JUDI? SUAM YOU KAK! YOU YSIAN ARE RIGHT? MALA CAKAP MELAYU BAHASA LAH! PERIKATAN NASIONAL PRN 2021 IDRIS MELAKA HAJI"

DEFINISI KHADAM

 May be an image of 1 person and text

Khadam

.May be an image of 8 people, people standing, outdoors and text



Definisi : Ar hamba, orang suruhan (gajian),pelayan: beberapa tahun lamanya ia menjadi seorang ~ yg setia dan menurut perintah tuannya; mengkhadamkan menjadikan khadam: ~ diri kpd perpaduan umat Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


MOHD MUKHLIS

UMNO BERMIMPI PAS, MENGIGAU BERSATU…..

 

Walaupun Pas bertanding atas lambang PN yang diketuai Bersatu dalam PRN Melaka, UMNO secara umumnya masih berharap dapat meneruskan hubungan dengan parti Islam tersebut di masa depan.

Bagi UMNO, tidak mengapa Pas bersama PN dalam PRN Melaka ini, yang penting asalkan parti itu dapat bersama mereka dalam PRU15 nanti.

Sebab itu, bagi UMNO dan BN, penting untuk mereka memenangi PRN Melaka 20 November ini.

Hanya dengan BN menang di Melaka ini saja UMNO dapat membuktikan kepada Pas bahawa pilihannya untuk bersama Bersatu dan PN adalah suatu keputusan yang salah.

Dengan demikian, mereka berharap Pas akan kembali bekerjasama dengan UMNO dan mengukuhkan semula Muafakat Nasional atau MN bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Dalam erti kata lain, harapan UMNO ialah Pas akan meninggalkan Bersatu terkontang-kanting sendirian selepas tewasnya PN dalam PRN Melaka ini.

Ada juga pemimpin UMNO menjangka bahawa Bersatu akan dibubarkan sebaik PRN Melaka jika kemenangan yang terhasil nanti memihak kepada BN.

Konon kata sesetengah pemimpin UMNO, jika Bersatu tewas, maka parti itu tidak ada pilihan lain lagi selain membubarkan partinya dan kembali semula kepada UMNO.

Mungkinkah itu yang akan berlaku?

Pertama, jika UMNO masih berharap dapat bersama dengan Pas dan mengukuhkan semula MN, waima jika BN menang sekali pun di PRN Melaka, ia sebenarnya hanyalah bermimpi di siang hari saja.

Dalam banyak keadaan, Pas ternyata lebih selesa bersama dengan Bersatu berbanding bersama UMNO.

Dengan bersama Bersatu dan PN, Pas akan kekal bertanding di kerusi-kerusi dominan di mana ia kuat sebagaimana sekarang, selain tiada masalah untuk kekal menguasai Kelantan, Terengganu dan juga Kedah.

Menguasai tiga negeri itu dan memperolehi beberapa kerusi Parlimen sudah memadai buat Pas untuk memastikan ia kekal relevan serta bertahan dalam kerajaan yang dijangka selepas PRU15 juga tidak terkecuali memerlukan sokongan pelbagai parti.

Jika bersama UMNO, adakah Pas akan dapat mengekalkan apa yang dimilikinya sekarang atau terpaksa berbahagi serta berkongsi dengan mereka?

Sama ada BN menang dan lebih-labih lagi PN menang, percayalah, Pas akan tetap kekal bersama Bersatu untuk sehidup semati dengan PN kerana ia lebih menguntungkan mereka berbanding bersama UMNO.

Kedua, Pas sudah terlalu banyak terhutang budi kepada Bersatu yang bukan saja membawanya berada dalam kerajaan, malah memberi laluan dalam mengecapi pelbagai nikmat tak terhingga dalam kehidupan.

Ada maklumat memberitahu, gelaran Tan Sri yang diperolehi Hadi Awang baru-baru ini juga adalah cadangan yang dikemukakan oleh Mahiaddin sebelum beliau meletakkan jawatan lagi.

Untuk itu, setia Pas bersama Bersatu dan PN sukar digugat oleh UMNO.

Yang ketiga, jika berharap Pas akan kembali kepada UMNO adalah suatu mimpi, mengharapkan Bersatu dibubarkan selepas PRN Melaka pula barangkali lebih tepat dianggap igauan di waktu tengahari.

PRN Melaka bukanlah penentu kepada hidup mati Bersatu atau PN kerana ia cuma pilihanraya negeri saja.

Mereka tidak terjejas apa-apa, waima jika tidak menang walau satu kerusi sekali pun.

Yang mungkin lebih risau hati selepas PRN Melaka ini ialah Ismail Sabri, bimbang kalau-kalau Bersatu menarik sokongan serta menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Penentu masa depan Bersatu dan PN ialah PRU15, oleh itu, jika kalah sekali pun di PRN Melaka ini, perjuangan sebenar mereka belum lagi berakhir.

Selagi ada Pas dalam PN dan selagi keyakinan Bersatu kepada Pas tidak goyah, Bersatu bukan saja tidak mungkin dibubarkan, malah akan terus menerajui PN memacu pertempuran yang lebih sengit melawan UMNO dalam PRU15 akan datang.

Lagi pula, melibat cara PN dan Bersatu berkempen serta berbelanja dalam PRN Melaka ini, ia sama sekali bukan petanda mereka akan menghentikan perjuangan dalam waktu terdekat ini.

Kepada sebilangan pemimpin UMNO, kalau pun penat berkempen di Melaka, elakkan tidur di siang hari – nanti bermimpi dan mengigau yang bukan-bukan.


 ShahbudinHusin 16/11/2021.


PENGUNDI MELAKA JANGAN SIA-SIAKAN ISYARAT KEHADIRAN BEKAS TYT DALAM KEMPEN PH

 

Sudah sudah hari berturut-turut bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob hadir dalam program kempen PH dalam PRN Melaka ini.

Semalam, beliau bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu hadir dalam program kempen PH di DUN Kuala Linggi dan hari ini pula di DUN Ayer Molek.

Kehadiran beliau hari ini disertai sama antaranya oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa.

Jika semalam, Mohamad Sabu tanpa berselindung menyebut kehadiran Tun Khalil yang juga bekas Menteri Besar Pahang dan menteri kerajaan persekutuan sebagai tanda sokongannya kepada PH dan memberi harapan cerah untuk mereka mencapai kemenangan pada 20 November nanti, hari ini Mujahid juga melahirkan keyakinan yang sama.

“Ini menandakan satu isyarat yang positif kepada PH,” ujar beliau.

Sebagai bekas TYT atau Gabenor Melaka antara 2004 hingga 2020, kehadiran beliau bersama PH tentu juga menunjukkan betapa besar isyarat yang ingin dihantarnya kepada rakyat negeri itu menjelang hari pengundian pada 20 November ini.

Difahamkan juga, sehingga tempoh kempen berakhir pada malam Jumaat ini, beberapa lagi program kempen PH bakal dihadirinya.

Adalah tidak diragui bahawa kehadiran beliau dalam kempen PRN Melaka ini, apa lagi jika sehingga tempoh kempen berakhir beliau terus menunjukkan komitmennya, adalah semata-mata untuk melihat PH muncul mentadbir semula negeri tersebut.

Sekaligus juga bererti, Tun Khalil mahu Adly Zaharia kembali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Memandangkan Tun Khalil adalah Gabenor Melaka ketika Adly menjadi Ketua Menteri selama 22 bulan sebelum ini, beliau tentu sedar tentang kemampuan dan kepimpinan baik yang ditunjukkan Pengerusi PH Melaka itu dalam mentadbir negeri tersebut.

Jika Adly bukan pemimpin yang baik, sebaliknya penuh dengan skandal, pasti mustahil beliau sanggup menyusahkan dirinya turun berkempen untuk PH dalam PRN Melaka ini.

Maknanya, walaupun berasal dari Pahang, tetapi kerana pernah menjadi Gabenor Melaka, rasa cinta dan keinginannya melihat rakyat negeri Hang Tuah itu terbela sentiasa ada dalam jiwanya.

Kepada pengundi Melaka, fahamilah maksud kehadiran Tun Khalil bersama PH dan jangan sia-siakan usaha murni beliau itu. –


 ShahbudinHusin 16/11/2021.



CILAKA- KITA KENA KENCING KAH

 May be an image of 1 person and text that says "BH critaHaria Berita Harian Online Favourites 14h #BHDunia #Amerika Banyak penduduk negara miskin belum dapat dos pertama vaksin. https://bit.ly/3CbFT8h BERITA HARIAN ONLINE Pemberian dos penggalak COVID-19 satu 'skandal'- -WHO Berita Harian"

ORANG LAIN MASUK BERTANDING, MUKA ABAHKAU JUGA YANG PENUH


KHAIRUL BAHRI

 Yang paling menarik PRN Melaka kali ini adalah perang poster. Poster dari Harapan lebih segar dengan penceritaan dalam gambar yang memberi makna. Setiap poster calon bertanding diberikan nafas baru dengan naratif yang sesuai untuk setiap kawasan bertanding.

Tahniah Harapan. Manakala poster dari BN masih belum berubah, tapi poster dari BN lebih baik dari poster yang dinukilkan oleh team PN.
Setiap ceruk simpang jalan yang ada hanyalah poster "Abah". Nak jumpa poster calon PN sangat sukar. Malah ramai yang belum kenal calon PN di kawasan mengundi mereka. Seolah olah Abah yang bertanding di seluruh negeri Melaka. Memualkan!


May be an image of 4 people, tree and road

Walaupun jadi punca banjir, Rauf terus pertahan projek tambakan laut di Melaka

 

Pengerusi badan perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh terus mempertahankan projek penambakan laut di perairan Melaka walaupun ia menjadi punca utama masalah banjir di Melaka.

Menurut laporan Malaysiakini, Ab Rauf menegaskan nelayan masih boleh menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa kerana kawasan laut luas dan tidak hanya terhad di kawasan projek-projek penambakan.

Beliau turut menyatakan penambakan laut di negeri bersejarah itu merupakan perancangan kerajaan negeri, yang bertujuan untuk menarik para pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

Rauf ketika ditemubual oleh Malaysiakini berkata, “Jadi, dengan adanya tambah nilai penambakan laut ini, banyak pelabur yang datang untuk melabur dalam industri perhotelan, dalam bentuk perindustrian dan ia telah memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan negeri.

“Tetapi nelayan boleh lagi meneruskan kehidupan sebagai nelayan kerana laut tu luas, bukan sahaja di dalam kawasan ditambak ini.

“Walaupun ada kesan, tetapi kerajaan negeri akan memberikan perlindungan untuk mereka ini supaya pembangunan itu boleh dimajukan dan pendapatan mereka tidak terjejas.”

Sebelum ini, nelayan di kawasan projek penambakan melaporkan rungutan bahawa akibat dari projek tersebut, ia telah memusnahkan ekosistem dan persekitaran, mengusir hidupan marin pantai dan menjejaskan kehidupan mereka.

Susulan itu, calon DUN BN Tanjung Bidara mengulas mengenai isu nelayan yang terjejas dengan projek tambakan, di mana rata-rata daripada mereka lebih bimbang dengan nasib mereka sebagai nelayan di negeri itu berbanding parti politik yang bakal mengambil alih kerajaan baru tidak lama lagi.

“Saya nak menjawab soalan ni supaya kita lebih terbuka. Isu tambak laut ini bukan zaman kita (BN) yang tempoh 19 bulan ni, tambak laut ni dah berlaku sejak 20 tahun terdahulu oleh perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi menjadikan kawasan koridor tambakan ini sebahagian daripada sumber ekonomi negeri untuk tarik pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan,” katanya.

Raja Thailand larikan diri ke Jerman, bawa 30 anjing Diraja


Raja Thailand yang sering mencetuskan kontorversi, Maha Vajiralongkorn telah lari ke Jerman ditengah-tengah desakan dari penunjuk perasaan yang mahu pembaharuan di negaranya.

Menurut The Guardian, ini merupakan perjalanan pertamanya ke luar negara sejak protes pro-demokrasi pertama kali meletus tahun lalu di Thailand.

Raja Thailand larikan diri ke Jerman, bawa 30 anjing Diraja

Tabloid Jerman Bild melaporkan Vajiralongkorn tiba pada hari Isnin di Bavaria, dengan rombongannya seramai 250 orang dan 30 anjing diraja.

Difahamkan bahawa beliau telah menempah seluruh lantai hotel lapangan terbang Hilton Munich selama 11 hari.

Terdahulu, beliau pernah tinggal lama di sebuah vila di Tasik Starnberg di Bavaria pada kemuncak protes antikerajaan tahun lalu sehingga ia mencetuskan masalah diplomatik di Jerman.

Ketika itu menteri luar negeri, Heiko Maas memberi amaran bahawa hal ehwal negara tidak boleh diuruskan dari Jerman.

“Kami menjelaskan bahawa politik Thai tidak sepatutnya dilakukan dari Jerman,” kata Maas kepada Bundestag pada Oktober 2020. “Jika ada tetamu di negara kita yang menjalankan urusan negaranya dari tanah kita, kita akan sentiasa mahu bertindak. Menentang cara itu.”

Apa yang berlaku di Thailand?

Tuntutan reformasi bukanlah sesuatu yang baharu di Thailand, ia sudah berlangsung sejak awal tahun lalu lagi. Mereka menuntut reformasi sistem monarki kerajaan yang kini diperintah oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Mereka juga menentang keputusan mahkamah bahawa tuntutan pembaharuan adalah percubaan rahsia untuk menggulingkan kerajaan.

Mahkamah dalam keputusannya beberapa hari lalu memutuskan bahawa tuntutan untuk mereformasi kerajaan, yang telah disebarkan secara meluas sejak Ogos 2020, adalah tidak berperlembagaan dan direka untuk menggulingkan institusi itu.

Protes itu diketuai oleh gerakan pro-demokrasi, yang menggesa penyingkiran Perdana Menteri Prayut Chan-ocha sejak tahun lalu.

Penunjuk perasaan berbaris di hadapan polis pencegah rusuhan yang membawa plakad bertulis “Tiada Raja Mutlak” dan “Reformasi bukan Mansuhkan (Kerajaan)”.

Selain itu, rakyat Thailand juga mendakwa bahawa raja menguasai kekayaan negara yang dianggarkan mencecah puluhan bilion dolar AS.

Sejak diangkat menjadi Raja, aset bernilai berbilion dolar yang dipegang oleh Kerajaan Thailand telah dipindahkan ke Vajiralongkorn.

Kekecewaan juga meningkat selepas pada permulaan COVID-19, Raja Thailand banyak menghabiskan sebahagian besar masanya di luar negara dan tidak memimpin negara ketika Thailand sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Pas perlu hentikan politik fitnah, perguna agama, tak hormati wartawan - Fahmi (VIDEO DERIS KOYAK DIDALAM )

 


Pas diminta menghentikan politik yang sering mentohmah parti lawan dengan perkara yang tidak berasas.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, taktik lapuk Pas itu semakin tidak diyakini oleh rakyat yang kini terbuka kepada pelbagai maklumat.


Katanya, dakwaan terbaharu oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad kononnya PH terkait dengan perjuangan komunis dilihat hanya untuk mengelirukan pengundi di Melaka dan Pas dinasihatkan agar menggunakan taktik yang lebih bermaruah untuk menang pilihan raya


"Kalau kita lihat kenyataan yang dibuat Kamaruzaman ini memang betul betul ditujukan kepada pengundi di Melaka.


"Juga kita dengar di Kedah misalnya berlaku tindakan tidak lagi akan memperbaharui lesen perjudian. Persoalan yang saya pohon pengundi Melaka fikirkan, adakah Pas berniat untuk melakukan perkara yang sama di Melaka kalau Pas pegang kuasa?


"Jadi Pas perlu henti menggunakan agama sebagai gimik politik. Hentilah menyebarkan fitnah dan maklumat palsu," katanya dalam sidang media di Parlimen, tengah hari tadi.


Selain itu, Fahmi turut membacakan beberapa nama pemimpin Pas yang kalah saman fitnah bagi membuktikan parti berkenaan sering menggunakan politik tohmahan dalam perjuangan mereka.


Antara nama yang disebut adalah Hassan Ali yang kalah saman terhadap Khalid Samad pada 2017, Pesuruhjaya Pas Perak kalah saman fitnah terhadap Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Ulama Pas kalah saman finah terhadap Husam Musa pada 2018 dan terbaharu Mahfuz menang saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.





Menjawab soalan wartawan mengenai sikap Menteri Agama dari Pas Idris Ahmad yang kasar terhadap wartawan dalam isu polisi tidak menyambung permit premis judi di Kedah, Fahmi mendakwa mungkin itulah 'wajah sebenar' pemimpin Pas yang selama ini tidak kelihatan.


"Saya kesal kenyataan yang dibuat oleh menteri dan timbalan menteri, ini adalah kenyataan yang angkuh dan riak dan tidak sepadan dengan kedudukan agama serta timbalan menteri yang memperjuangkan Islam.


"Bila dengar rakaman audio dia seolah-olah menggunakan kuasa dan kedudukan ke atas wartawan. Mempersoal seakan-akan memperlekehkan kredibiliti wartawan. Saya kenal wartawan ini, dia berdedikasi dan tidak main politik.


"Saya harap Pas akan meninjolkan ketrampilan yang lebih baik, tidak bermain politik. Bagi saya saat itu (insiden memperlekeh) telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia wajah sebenar pemimpin bila berkuasa dan berjawatan tinggi.


"Maka kita perlu muhasabah adakah mereka ini seperti yang mereka sebut selama ini atau adakah wajah lain di sebalik kedudukan mereka sekarang," katanya.

 

Larangan kedai judi faktor muncul lebih banyak premis haram, kata Saravanan

 

M Saravanan berkata, secara peribadi beliau turut berpendapat bahawa penutupan kedai judi akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

PETALING JAYA: Penutupan kedai judi berlesen akan menjadi faktor kemunculan premis judi haram di negara dan juga berisiko menyebabkan masalah pengangguran, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Saravanan memberi maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang membangkitkan isu tersebut dengan berkata, secara peribadi beliau turut berpendapat penutupan kedai judi akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

Namun ujarnya, larangan penutupan kedai judi berlesen yang berlaku di Kedah adalah keputusan kerajaan negeri dan di pihak persekutuan masih belum ada ketetapan untuk mengharamkan premis judi di negara ini.

“Ini tidak akan menghapuskan judi. Judi haram akan muncul sebab kita tidak pernah mengharamkan judi di negara ini, walaupun ada lesen pun masih ada judi haram.

“Apabila kedai judi haram bertambah, kerajaan akan hilang pendapatan daripada cukai,” katanya di Dewan Rakyat.

Rayer mempersoalkan adakah Kementerian Sumber Manusia menyedari bahawa langkah penutupan kedai judi akan memberi impak yang serius memandangkan ramai individu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam bekerja di tempat tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan larangan pengoperasian premis perjudian di negeri itu.

Sanusi berkata, pihak berkuasa tempatan tidak akan memperbaharui lesen premis kedai perjudian sekali gus melarang operasi pengendali nombor ramalan seperti Magnum 4D, Sports Toto dan Damacai.

Dalam pada itu beliau menggesa pengendali kedai perjudian supaya kreatif dan mencari jenis perniagaan lain.

(KEMASKINI) PN guna ‘soalan perangkap’ untuk paksa ADUN Amanah sokong henti kedai nombor ekor?

 

Ketua Pembangkang Kedah, Phahrolrazi Zawawi, berkata, ADUN Amanah di Kedah menyokong rancangan kerajaan PN menghentikan operasi kedai nombor ekor disebabkan ‘soalan perangkap’. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Perikatan Nasional didakwa menggunakan ‘soalan perangkap’ untuk menyebabkan ADUN Amanah di Kedah menyokong rancangan kerajaan PN menghentikan operasi kedai nombor ekor di Kedah dalam satu pengundian di Dewan Undangan Negeri semalam.

Ketua Pembangkang Kedah, Phahrolrazi Zawawi, difahamkan para ADUN ditanya adakah mereka setuju atau menyokong judi diharamkan dalam usaha penyokong kerajaan cuba menarik sokongan wakil rakyat kepada rancangan pentadbiran Muhammad Sanusi Md Nor itu.

“Kalau ditanya soalan begitu siapa pun sebagai seorang Islam kena bangun menyokong,” kata Phahrolrazi kepada FMT, sedangkan undang-undang Islam lebih terperinci, tambahnya.

“Kenyataan itu terlalu umum…sebenarnya ia perlu pada suatu penjelasan…apakah judi itu boleh diharamkan untuk semua orang? Tidak boleh. Hanya untuk orang Islam sahaja.”

Phahrolrazi berkata dua ADUN Amanah yang bangun selepas ditanya ‘soalan perangkap’ itu akan diminta untuk memberikan penjelasan.

Semalam, Mohd Azam Abdul Samad (PN-Sungai Limau) memberitahu ADUN beragama Islam bahawa mereka harus menyokong langkah PN itu kerana tuhan memerintahkan mereka mencegah kemungkaran.

“Asasnya untuk dapat pahala adalah dengan melaksanakan perkara itu kerana perintah Allah. Jadi saya mengajak ADUN-ADUN semualah yang menyokong tindakan kerajaan negeri ini untuk sama-sama kita bangun bagi kita melahirkan kejituan kita dalam usaha kita ‘amar makruf nahi mungkar’,” katanya.

Semua ADUN pemerintah bangun menyokong langkah itu, serta dua wakil rakyat Amanah, Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) dan Mohd Asmirul Anuar Aris (PH-Kubang Rotan).

Di Kedah, PAS mempunyai 15 kerusi dan Bersatu 6. Umno mempunyai 2 kerusi. Amanah pula 4 kerusi, PKR 5, dan DAP 2. Pejuang mempunyai 2 kerusi.

“Soalan-soalan seperti itu tidak dibenarkan kerana ia boleh ‘memerangkap’ ADUN,” kata Phahrolrazi.

Beliau menambah pengundian semalam juga menyalahi peraturan Dewan, kerana hanya Speaker boleh meminta pengundian diadakan.

Malah, Speaker pun tertakluk kepada peraturan yang menetapkan kerajaan atau ADUN mesti membuat usul, yang kemudian perlu dibahas, sebelum undian boleh diadakan.

Undi awal: Agen calon PH DUN Lendu dihalang masuk ke pusat mengundi

 


Pengundian awal hari ini di DUN Lendu dicemari insiden agen calon Pakatan Harapan (PH) dihalang masuk oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) biar pun telah menunjukkan dokumen dikehendaki


Menurut Calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim, tindakan tidak membenarkan agen calon masuk ke tempat mengundi di Balai Polis Alor Gajah itu dan pengundian diteruskan tanpa agen calon merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Saya calon bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka, DUN Lendu membuat laporan polis terhadap Ketua Tempat Mengundi kerana tidak membenarkan Ejen Tempat Mengundi yang mewakili saya masuk bertugas di pusat mengundi awal, di Balai Polis Masjid Tanah bermula jam 8 pagi.


"Sedangkan agen saya telah membawa dokumen mencukupi, iaitu surat lantikan yang ditandatangani oleh agen atau wakil calon, Borang A atau Borang Sumpah Kerahsiaan yang ditandatangani oleh Pengurus Pilihan Raya dan Pas Ejen Tempat Mengundi.


"Walaupun wakil calon datang memberi penjelasan kelayakan ejen tersebut untuk bertugas namun KTM masih enggan membenarkan. Pengundian tetap diteruskan tanpa agen saya. KTM meminta satu lagi dokumen iaitu surat lantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang mana surat itu sebenarnya tidak perlu," katanya


Asri menunjukkan laporan polis KTM tidak membenarkan agen calon masuk ke pusat mengundi awal

Asri menunjukkan laporan polis KTM tidak membenarkan agen calon masuk ke pusat mengundi awal


Sehubungan itu, Asri mendakwa beliau telah dikhianati oleh KTM dan mahu pihak polis melakukan penyiasatan segera serta membawa pihak yang melakukan kesalahan ke muka pengadilan.


"Kita tak mahu SPR jadi alat pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa.


"Ini penting untuk SPR ambil sebagai perkara penting kerana proses undi awal ini amat penting kepada pasukan beruniform mempunyai kesedaran, tetapi kalau proses (pengundian) diganggu maka akan terjadi penyelewengan dan sebagainya.


"Saya pun pernah jadi KTM, saya pernah jadi wakil calon. Tolong jangan jadi pekakas dan diperalatkan dengan perkara macam ini. Saya berharap isu ini tidak berlaku pada 20 November nanti," kata Asri lagi.


Dalam pada itu, wakil calon, Rosli Ali yang membuat laporan polis berkenaan insiden terbabit kesal dengan sikap KTM tidak membenarkan agen calon bertugas selepas menunjukkan dokumen yang sah.


"Pada pagi ini kita menghadapi masalah berkenaan petugas kita tidak dibenarkan masuk ke tempat mengundi awal di Balai Polis Masjid Tanah di mana petugas kita mengatakan KTM pegawai SPR tidak membenarkan masuk atas alasan kita tak ada watikah atau kebenaran untuk petugas


"Situasi sama juga berlaku di Depoh Gudang Peluru di Sungai Udang akan tetapi kita telah menyerahkan watikah dan KTM di sana membenarkan PACA kita masuk, tetapi di balas polis ini tidak dibenarkan


"Pagi ini kami membuat laporan polis berkenaan hal tersebut," katanya.


Rumah PPR Kelebang terbengkalai: Tanya Menteri BN jangan salahkan PH - Gue Teck

 

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Kelebang, Gue Teck mengingatkan calon BN, Datuk Lim Ban Hong agar bertanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan projek perumahan rakyat (PPR) yang terbengkalai di DUN itu serta tidak menyalahkan kerajaan PH di atas perkara berkenaan.


"Berkenaan Datuk Lim mengatakan rumah PPR adalah kesalahan atau kesilapan kerajaan PH, saya beri sedikit hujah


"Faktanya projek PPR Kelebang ini dijalankan semasa BN berkuasa pada 2016 dan disambung pula pada 2018 oleh PH


"Sebelum PH diambil alih oleh PN ia ditangguh selama 6 bulan. Tetapi selepas PN ambil alih sampai sekarang hampir 20 bulan tiada apa-apa tindakan berlaku kepada projek ini.


"Saya menyeru pihak MCA beritahu penduduk di Kelebang kenapa projek ini terbengkalai semasa pemerintahan PN. Kementerian Perumahan yang bertanggungjawab dan menterinya dari BN, YB Reezal Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas.


"Saya harap Datuk Lim boleh tanya menteri BN dan jangan salahkan PH. Ini projek Persekutuan dan bukan projek negeri," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.




Sidang media itu juga, menurut Gue Teck, untuk mengumumkan pelancaran kempen stiker PH di motorsikal


Katanya, kempen itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada pengundi yang tidak boleh dilakukan seperti biasa kerana larangan berceramah yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Berkenaan pertanyaan pengundi mengenai Prosedur Operasi Piawai (SOP) keluar mengundi yang ketat, Gue Teck menasihatkan mereka agar tidak khuatir kerana SPR telah bersedia menguruskan pengundi pengundi pada 20 November ini.


"Baru-baru ini terdapat banyak panggilan telefon dari orang ramai berkenaan hari menundi. Mereka bimbang dengan pandemik yang melanda Melaka masih belum reda, maka kita bimbang peratusan mengundi tidak tinggi berbanding PRU.


"Pada masa sama banyak pengundi Melaka yang bekerja di Singapura tidak dapat balik menundi. Maka sekiranya orang tempatan juga tak ambil berat maka memang akan menjejaskan peratusan mengundi.


"Kita juga difahamkan SPR mengambil berat (SOP) hal ini. SPR juga mengambil langlah sepatutnya, di mana jika pengundi bersuhu 37.5 atau ada selsema dan batuk-batuk mereka akan diasingkan ke bilik khas mengundi.


"Kedua, kalau kita buat carian di google kita boleh dapat masa mengundi digalakkan SPR pada pukul 10 hingga 12 tetapi bukan bermaksa selepas itu tidak boleh mengundi. Itu adalah masa terbaikyang disyorkan


"Saya juga difahamkan semua pengundi diberi sarung tangan untuk jaga keselamatan. Maka saya menyeru orang ramai agar keluar mengundi beramai-ramai," katanya lagi


Pada sidang media yang dipengerusikan oleh ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing itu juga diperkenalkan seorang anak muda Young Jie Yu (gambar, kanan) yang bekerja di Singapura dan mengambil keputusan untuk bercuti agak panjang demi tidak terlepas peluang mengundi yang menentukan masa depan Melaka.


Young menyeru anak rantau Melaka yang bekerja di luar negeri agar pulang pada 20 November menunaikan tanggungjawab masing masing.