Kerajaan bakal umum tarif baharu elektrik minggu ini.Terbaik untuk uncai dan walauns....

 

Ridauddin Daud
Kerajaan bakal umum tarif baharu elektrik minggu ini
Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Begitupun, beliau tidak memberitahu tarikh tepat dan hanya memberi bayangan akan mengumumkannya sebelum Krismas.
“Tarif elektrik kita akan umumkan dalam minggu ini...minggu ini. Tunggu,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), di sini, pada Isnin.
Tambah beliau, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebelum ini dalam usaha untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat.
"Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun elektrik telah dinikmati 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung dengan peruntukan RM1.9 bilion," ujarnya.
Pengumuman tarif baru itu pasti ditunggu-tunggu rakyat yang pastinya berharap kadar tidak meningkat berikutan ramai terjejas akibat COVID-19.
Pada Jun lepas, kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik kekal tanpa sebarang surcaj bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.
Justeru, kadar surcaj sebanyak dua sen/kilowatt-jam (kWj) diturunkan kepada 0 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik, iaitu pengguna komersial dan industri.


JANGAN SOMBONG JIKA BARU TERIMA HIDAYAH

 Image may contain: 3 people, people standing

GAMBAR SEKADAR HIASAN


Tabligh mengajar diri kita sebagai hamba

DARI BENCI/TAKUT JADI SUKA

'Assalamualaikum'... salam yg menakutkan buat umat Melayu apabila melihat sekelompok lelaki memakai pakaian serba putih dan berjanggut panjang. Ada yg menyorok, ada yg pura2 konon tiada penghuni di dlm rumah dan ada yg kerana terpaksa membuka pintu.

Sebelum ini saya dpt mengenali Jamaah Al Arqam samada dari segi amalan kpd ahlinya dan cara jamaah ini berdakwah. Kali ini saya cuba mengenali jamaah yg saya takuti waktu alam pembelajaran. Waktu study dulu hati saya lebih suka dgn jamaah Al Arqam kerana konsepnya seperti tidak memaksa dan rata2 ahli jamaahnya org Melayu.

Ia berbeza dgn Tabligh. Kebetulan saya ada mengambil anak angkat di sebuah pusat Tahfiz. Selalulah saya ke sekolah tersebut membantu Mudirnya. Mudirnya adalah ahli jamaah Tabligh.

Sedikit demi sedikit saya dgn rela hati cuba mendekati dan mengenali jamaah Tabligh. Akhirnya saya suka terutama mendengar bayan ( ceramah ).

Mereka sentiasa menceritakan mengenai kebesaran Allah. Ayat2 Masyallah, Subhanallah, Allah... sentiasa kedengaran di bibir jamaah yg terkesan dgn bayan yg disampaikan. Terubat rasa rindu kpd jamaah Al Arqam yg diharamkan kerajaan dahulu.

Ada persamaan jamaah ini dgn Al Arqam. Persamaan ketara mereka tidak memandang serong dgn org lain. Sukar mendengar mereka mengumpat org di luar jamaah. Sentiasa diajar berbaik sangka. Itu secara umumnya walaupun tetap ada segelintir yg bersifat sebaliknya. Itu fitrah sejak zaman Nabi lagi tetap ada perilaku manusia2 seperi golongan khawarij.

Disebabkan itu saya tidak pernah berminat memasuki 'Jamaah/Parti syurga' walaupun ramai kawan dan menyokong mereka atas dasar wadah politik. Sebabnya ia bukan tempat saya mencari kedamaian dlm mencari ilmu.

Saya tidak suka ceramah2 mereka penuh dgn maki hamun.... org itu kafir, keluarga org itu tak terdidik, tak boleh pergi kenduri dan skg semakin jelas mereka sekadar memperdagangkan agama apabila hukum hakam bertukar2 dalil mengikut kepentingan mereka.

Jika ada dlm jamaah Tabligh yg menulis atau bila kamu duduk dgnnya mereka bercerita tentang keburukkan rakan2nya ( yg tidak bersama jamaah ) fahamilah kebanyakkan baru berhijrah sudah melihat dosa2 org lain atau hatinya benar2 hitam.

Selalunya penyakit org baru berhijrah ini mcm 'lebai' baru dpt jadi Menteri...Kaduk naik junjung. Begitulah juga baru berkopiah dan mula menyimpan janggut mereka akn sentiasa menceritakan keburukkan org lain samada tingkah laku dan pekerjaan seseorang.

Pelbagai Maulana saya temui... dari Mesir, Pakistan, India, Bangladesh, Fililina, Indonesia tidak sebutir kata2 keluar dari mulut mereka menghina org lain. Kerja mereka keluar berdakwah atau mereka panggil khuruj berbulan malah ada bertahun ke sana sini.

Ada org kata ia kerja sia2. Yg tak kenal akn berkata demikian. Tapi pergilah ke Brazil, Argentina, Chile jika bertemu org Islam di sana tanya mereka dari mana mereka mengenali Islam...? Tabligh.... jamaah ini seperti anai2... nampak sahaja begitu tetapi akhirnya mampu merobohkan sebatang pokok yg besar.

Bagi saya keluar khuruj 3 malam, berbulan dan ada hingga setahun lamanya itu bukan bermakna kita ini dikira sudah hebat dgn ilmu di dada. Ia sebenarnya utk memperhambakan diri kita kpd Allah. Bayangkan pernah dlm team saya ada Doktor, Pensyarah dan seorang Pilot pergi ke kawasan pendalaman yg rumah pun nak roboh... sombongnya tuan rumah dan marah2 kami.Ketika itulah kita diuji tentang nilai2 penghambaan.

Sebenarnya keluar berdakwah itu bukan utk menarik org ke dlm jamaah tetapi lebih kpd memperhambakan diri kpd Allah dan merasai derita sahabat2 dlm berdakwah.

Ia bukan diuji di situ sahaja tetapi dlm masa sama kita diuji dgn pelbagai ujian tentang penghambaan. Kadang2 bila kita ditugaskan atau dipanggil 'khidmat' utk memasak... dlm team kita itu ada mereka yg mungkin sekadar tukang kebun sahaja... kita akn diuji tentang sifat2 keegoan diri. Begitu juga jika ditugaskan utk mencuci bilik air dan sebagainya.

Lebih dari itu kpd Ustaz yg bersama. Ketika bayan adakalanya anak remaja seusia 16 tahun memberi bayan tersebut. Ustaz ini akan duduk di depan anak muda mendengar bayan yg diberi. Sukar kita mahu melihat Ustaz mahu duduk bersila 30 minit mendengar kata2 indah tentang Islam di hadapan seorang budak biasa.

Dlm jamaah ini tetapi ia bukan arahan rasmi tetapi dua kali dlm satu bayan (ceramah) saya mendengar sendiri Maulana2 menasihatkan jamaah agar cuba elakkan dari mengambil gambar sepanjang khuruj.

Katanya amalan yg mulia di sisiNya adalah amalan yg manusia tidak mengetahuinya. Hanya dirinya bersama Allah dan tujuan amalan kita bukan diketahui manusia tetapi kpd penciptaNya. Maulana bimbang niat yg ikhlas akan terpalit rasa ingin menunjuk2 nunjuk....bimbang amalan akn menjadi sia2.

Yg bagusnya hasil didikan jamaah, saya yg aktif dari tahun 2011 hingga 2017 tetap mesra dgn jamaah ini. Kadang2 kami terjumpa di mana2 lokasi masjid. Mereka yg 100% dgn jamaah ini tetap tersenyum, berborak dan melayani kita seperti biasa. Tidak langsung memperlihatkan rasa janggal dan sebaliknya.

Lucu cerita kawan saya dari Lumut yg meninggalkan 'jamaah syurga'. Katanya kpd saya baru2 ini..." Man kau tahukan xxxxxxxx bila aku keluar parti yg dah 20 tahun aku bersama terkejut aku tgk perangai dia. Umur dah pencen...jiran depan rumah... usah kata bersembang pandang aku pun dah tak mahu."

Itulah saya katakan jamaah Islam bukan diajar dgn rasa benci. Jika ada perasaan benci, ada perasaan sombong, ada perasaan rasa kami lah jamaah syurga... bagi saya ia sudah lari dari ajaran Islam yg sebenarnya.

Sdgkan tanyalah kpd sesiapa pun termasuk diri saya. Dlm kita bersama jamaah pun sentiasa ada sahaja dosa yg kita lakukan... cuma keaiban kita itu Allah sembunyikan... jadi jgn sombong dan kenalilah kita ini HAMBA...kita ini pendosa.

Antara sb utama saya menjarakkan dgn jamaah ini bila saya mula aktif kembali dgn politik. Saya tidak mahu ada kelakuan atau penulisan kritis saya akn terpalit nama jamaah ini sb saya pernah disindir mengenainya.

Jadi bila org mahu kritik saya.. kritik sahaja tubuh ini bukan jamaah itu. Ini kerana dlm jamaah itu langsung tidak mengajar tentang politik. Saya tidak mahu ada penulisan kritis kadangkala keterlaluan...saya simpan dlm jubah putih.

Bisik Ustaz Ismail ( lelaki berdiri di tengah ) kpd saya yg juga bekas org kuat Al Arqam di Sabah..." Dari nilai akhlak tidak boleh lawan kehebatan Ustaz Ashaari mendidik jamaah Al Arqam dahulu. Lembut sekali..".

 



TAKDIRRRRR...INILAH YANG KAMI MAHU..BMF DAH BRRJALAN DENGAN KENAIKAN HARGA..KINI KENAIKAN TARIF LETRIK....

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Inilah yang walaun idam idamkan sebenarnya. Tak cukup harga bawang naik, harga minyak masak naik, nak buat pernaik pula harga elektrik. Demi Melayu Isle, Demi Arak Lembut! Ibab pun ibablah. Janji tiada DAP.

Jangan persoal tuan-tuan, kalau SSST kata rahmat, kita terima aje walau hakikatnya pedih yakmat.

 Tarif elektrik 2021 diumum minggu ini

malaysiakini.com
Tarif elektrik 2021 diumum minggu ini
Kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan industri bagi 2021 akan diumumkan minggu ini, kata menterinya.


PKR DAH BUKTIKAN MEREKA TIDAK TERIKUT-IKUT DENGAN RATIBAN "GRAND COALITION" OLEH #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA.



1) SAYA dah kata dah, DSAI dan PKR dah tentu taknak ikut cadangan "Grand Coalition" (GC) ni. Parti itu tidak akan termakan dengan desakan nak buat "Grand Coalition". Utk apa? Sdgkan PH dah wujud. Ia satu gabungan besar. DSAI dan PKR pasti tidak akan ikut GC ni. Tu pasal kami dok cabar puak yg asyik dok melaung GC silalah UMUM SKRG "Grand Coalition" tu. Kenapa NATO??

2) Nak buat GC tanpa PKR tak berani ke? Sbb kesannya tersgt besar? Percaya tak Amanah akan melingkup, DAP pun belum tentu dapat kekalkan 100% seat skrg? Kalau DAP nak uji kesetiaan pengundi Cina...sila kerjasama dgn PT95 dan tinggalkan

DSAI. Cuba lah. Kita tengok siapa yg kena?

3) Kelebihan DSAI dan PKR ialah mereka TIDAK GENTAR utk terus jadi PEMBANGKANG jika sudah tiada pilihan lain andai PH gagal diselamatkan. Itu lebih mulia drpd menggadai prinsip dan Agenda REFORM demi mengejar kuasa, pangkat dan ghanimah. DSAI dan PKR BUKAN Kelompok Kemaruk Kuasa meskipun DSAI sering dituduh gila nak jadi PM.

4) Puak #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA tu sedar atau tidak PH yg didaftarkan secara sah selepas PH jadi Kerajaan adalah sebuah Organisasi yg tersusun dgn Struktur Organisasinya. Oleh itu "Grand Coalition" ini apa? JIKA nak daftar pun puak tu ingat KERAMITA PN nak bagi? Mejah Z nak benarkan ke? Lupa ke yg sebelum PRU14 PH pun dinafikan pendaftaran oleh Najib dan Zahid UMNO BN, menyebabkan semua parti pembangkang terpaksa bertanding di bawah logo Keadilan di PRU14?

5) PKR pun tahu ini adalah tekanan terhadap DSAI dan PKR sekaligus bertujuan bagi "hijack" kedudukan DSAI dan mengambil alih PH. Ini bukan perkara baru. Dulu pun ada usaha utk merampas kedudukan Ketua Pembangkang sebelum DSAI disahkan sbgai Ketua Pembangkang.

6) Dan...telah byk kali saya sebut, muafakat 3 parti iaitu PKR, DAP dan Amanah dalam PH perlu diperkuatkan sebelum kita mampu punyai "bargaining power" dan mampu berbincang dgn SETAN sekalipun utk "ELECTORAL PACK". Tidak perlu GC pun yg tetiba nak mengubah hieraki PH. "Electoral Pack" adalah kerjasama yg mencukupi utk kita harung PRU15. JIKA dulu Warisan pun tak teringin nak join PH kenapa pula tetiba beriya2 nakkan GC?

7) Seperti yg saya sebut di atas, ini hanya taktik utk "hijack" PH dan singkirkan DSAI. Ia tidak akan dibenarkan berlaku. Kak Wan dari PKR adalah Presiden sewaktu PH didaftarkan. Ada mereka fikir tak kesannya kpd PH itu sendiri jika DSAI disingkirkan atau rampasan kuasa dibuat?

8) Saya yakin, PKR tidak akan mengizinkan "Org Luar" masuk ke dalam PH yg kemudiannya menuntut hak sama rata sebagai parti komponen lalu mencetuskan krisis kepimpinan. Itu semua PUNCA...cari masalah. Tak belajar kah dari apa yg dibuat oleh Bersatu dulu? Ini adalah species yg sama cuba dibawa masuk oleh #K3 Amanah dan DAP ke dalam PH Plus utk "Grand Coalition" KUNUNnya, tapi guna bagi menenggelamkan PH yg asal itu sendiri.

Wallahualam.

- Zus Din

19 Disember 2020

************************

PKR SELESA SEKADAR KERJASAMA POLITIK

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu gabungan besar yang baharu sebaliknya cukup sekadar persefahaman politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu selesa hanya sekadar adanya pemahaman politik.

“Supaya tidak perlu ada isu kepimpinan dan sebagainya. Cukuplah sekadar persefahaman politik,” katanya menerusi satu wawancara bersama Sinar Harian di ibu negara pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata PH tidak perlu membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang, sebaliknya memerlukan satu anjakan politik baharu untuk membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu.

Menurut mereka, PH perlu mengetepikan bebanan lampau bagi membentuk PH Plus sebagai pakatan yang mantap.

Mengulas lanjut, Saifuddin bagaimanapun berkata, Guan Eng dan Mat Sabu perlu menjelaskan cadangan itu dengan lebih lanjut berhubung bentuk gabungan yang dimaksudkan.

"Apakah ia satu gabungan berdaftar dengan struktur yang jelas atau sekadar persefahaman politik?," katanya.

 

BERSATU, PARTI TAK CUKUP KERUSI….


 Sebagai parti yang mengetuai kerajaan dan Presidennya, Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri, keadaan Bersatu pada ketika ini boleh dikira sangat malang.

Ini kerana Bersatu bukan saja tidak berada dalam kedudukan boleh menentukan jumlah kerusi yang munasabah untuk ditandingi dalam PRU mendatang, malah berapa kerusi yang bakal ditandinginya juga sangat bergantung kepada belas kasihan parti lain, terutamanya UMNO dan Pas.

Berbeza dengan UMNO, parti itu sehingga ini sudah pun mencapai kata sepakat dengan Pas untuk masing-masing mengekalkan 55 dan 18 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa minggu lalu berkata, berdasarkan persetujuan awal itu, UMNO tidak akan bertanding di kerusi di mana dipersetuju Pas akan bertanding dan begitu juga sebaliknya.

“Kita juga setuju bahawa 18 kerusi PAS tidak akan ditandingi UMNO dan kawasan yang kedua-dua parti gagal pertahankan, jika undi UMNO lebih, maka UMNO bertanding dan PAS tidak akan bertanding, begitu juga dengan PAS, jika undi mereka lebih, maka UMNO tidak akan bertanding.

“Perbincangan antara BN dan Perikatan Nasional atau PN pula akan menyusul kemudian,” katanya lagi.

Dalam erti kata lain, perbincangan dengan Bersatu hanya akan berlaku di peringkat kedua iaitu selepas selesai pembahagian kerusi antara UMNO dengan Pas.

Keadaan ini benar-benar menunjukkan UMNO mengotakan kata-katanya bahawa kerjasamanya dengan Bersatu dalam kerajaan PN hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan saia.

Selebihnya, hanya Pas rakan kerjasama UMNO.

Pembahagian kerusi ini memperlihatkan UMNO ingin kembali dominan dan Bersatu harus jadi “peminta sedekah” kepadanya.

Kalau sanggup terima kerusi lebihan UMNO itu, terimalah tapi kalau tidak, mungkin terpaksalah Bersatu memilih jalan sendiri.

Dalam perkembangan terbaru pula, Annuar berkata, kedudukan BN sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan PN perlu dihormati ketika rundingan pengagihan kerusi diadakan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab terhadap sebarang rundingan berhubung isu agihan itu, selagi prinsip perjuangannya dihormati.

“Kita mahu parti-parti dalam PN hormat kedudukan kita sebagai sebuah parti yang bukan sahaja lama, tapi juga besar dan memberikan kita peranan yang bersesuaian dengan kedudukan kita,” tambahnya.

Mengambil kira semua keadaan ini, berapakah agaknya kerusi yang bakal diperolehi oleh Bersatu?

Daripada 55 kerusi yang dimenangi BN pada PRU14 lalu yang mana setakat ini UMNO dan Pas setuju ia diperuntukkan kepada BN, di dalamnya juga terdapat 16 kerusi yang sudah berpindah kepada Bersatu.

Mereka itu adalah Geng Hamzah Zainuddin dan kumpulan Ahli Parlimen daripada Sabah yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU lalu.

Satu kerusi lagi iaitu Labuan, Ahli Parlimennya telah melompat menyertai Warisan.

Oleh kerana UMNO nampaknya bertegas mahu semua kerusi itu dikembalikan semula kepada BN dan ia pula disokong dan dipersetujui oleh Pas, di manakah sebenarnya pelompat-pelompat UMNO yang menyertai Bersatu itu mahu bertanding kelak?

Apakah UMNO sedia berkompromi jika dipujuk oleh Muhyiddin?

Bagaimana jika UMNO enggan bertolak ansur walau seinci pun daripada menyerahkan kerusi-kerusi tersebut?

Apakah akhirnya akan berlaku pertandingan tiga penjuru di 17 kerusi itu?

Selain mungkin hanya 13 kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU lalu akan dikekalkan kepada parti itu, apakah kerusi-kerusi lain yang akan diserahkan kepada Bersatu adalah terhad kepada kerusi-kerusi yang UMNO dan Pas kalah kepada PH saja?

Tetapi, dengan kerusi-kerusi tersebut saja yang bakal ditandingi Bersatu, berapakah jumlah yang boleh Bersatu menangi dan akhirnya dalam keadaan itu mampukah Muhyiddin mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri?

Dalam hubungan ini, apakah Pas sedia memainkan peranannya membantu Bersatu memperolehi banyak kerusi atau sediakah parti itu sendiri menyerahkan sebahagian kerusinya kepada Bersatu?

Selain 18 kerusi yang dimenanginya, sediakah Pas hanya bertanding sekitar 30 kerusi saja semata-mata untuk memberi laluan kepada Bersatu memperolehi lebih banyak kerusi?

Apa pun, realitinya berkongsi kerusi antara tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu- bukanlah sesuatu yang mudah, apalagi dalam kedudukan UMNO sedia memiliki banyak kerusi, sementara Bersatu pula, walau memegang banyak kuasa, namun hanya penumpang saja.

Bersatu – malang sungguh nasibmu dan UMNO, rakanmu sendiri, lebih ingin “membunuh” daripada membantumu. 

(Shahbudindotcom 21/12/2020)




Kaum Cina tidak terima kerajaan PN, sokongan masih kepada PH


Biar pun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuba menggambarkan Belanjawan 2021 dan program bantuan semasa pandemik Covid 19 diterima semua kaum namun hakikatnya, kaum Cina masih tidak menerima bentuk pemerintahan yang mengutamakan satu kaum semata-mata.

Bagi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Hee Loy Sian, masyarakat Cina masih tidak berpuas hati dengan pembelaan yang ditunjukkan oleh PN meski pun ada agensi tinjauan pendapat baru-baru ini mengatakan sokongan kaum itu mula condong kepada kerajaan.

"Umumnya kaum Cina tak suka kerajaan PN kerana lantikan menteri kabinet tidak saksama. Di mana ia tidak ikut bilangan kaum Cina di Malaysia.

"Di bawah kerajaan PN hanya seorang menteri kaum Cina. Ini memang masyarakat Cina tidak boleh terima. Mereka tidak puas hati terhadap keadaan ini.

"Juga banyak perkara yang menunjukkan PN ini tidak pelbagai. Mereka hanya fokus isu tertentu dan mereka macam give up sokongan Cina. Mereka tumpu kepada masyarat Melayu.

"Hal ini tidak boleh kerana negara ini negara majmuk. Perlu dapat sokongan semua pihak kalau kita mahu kerajaan yang stabil," katanya.

Dalam pada itu, Hee menegaskan sokongan Cina di Selangor kekal pada tahap melebihi 80% kepada Pakatan Harapan walaupun dua menteri PN yang mengkhianati KEADILAN, cuba untuk meraih sokongan di negeri itu.

Katanya, sokongan masyarakat Cina terhadap DAP, Amanah dan KEADILAN masih mantap seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

"Saya masih yakin, di mana 90% sokongan Cina terhadap PH. Di Selangor, sokongan itu tidak pernah turun. Kita yakin sokongan kaum Cina akan kekal sehingga PRU 15," katanya lagi.

Sokongan Cina terhadap PN menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila terdapat kajian kononnya kaum itu mula mencari tapak politik baharu dan mula cenderung kepada Umno dan PN berdasarkan trend kemenangan pilihan raya kecil (PRK) sepanjang 2019 dan 2020.



TEDIAAA AIHHHH.....RASUAH??? DUIT HARAM...MAKAN JADI HARAMJADAH

 Image may contain: 3 people, text that says "14 5DN-21DSEMBER2020 UTUSANMALAYSIA MALAYSIA Rencana MUKADIMAH P ANDANGANDat tentang asuahdi pejabatnya kemudian Ahli Parlimen Dahulu paling ramai rasuah politik Sekarang kekal jawatan terpaksa bagi jawatan trade Ftrading. Selagi benda jadi kesalahanj jenayah akan terus buat.""

LOGO KEADILAN ATAU PH?

No photo description available.


1) Dari sini, dari kenyataan AWAN kita dah tahu Oren Masam sgt takut jika PKR jalan solo atau PH dibubarkan. Nasib baik Fahmi Fadzil keluarkan kenyataan yg PKR pun mahu PH diperkukuhkan.

2) Puak tu mesti la nak guna logo PH sbb no choice kalau guna logo Amanah sape nak sokong? Logo pejuWANG pula parti haram? Lagi le. Jika logo Warisan...ghuyub!! Kalau guna Logo Keadilan, rakyat memg dah kenal sgt sbb ia mencipta sejarah di PRU14. Logo DAP tu utk parti dia ok la, utk parti2 komponen lain boleh melingkup la sbb ramai pengundi Melayu allergic dgn Roket. Itu hakikat yg perlu diakui. Jangan marah.

3) Tapi busuknya hati puak Oren Masam yg bersetongkol dgn AtokSakaTua yg jelas akan menolak logo Keadilan / PKR, depa pastinya akan menolak jika DSAI kekal mahu menggunakan Logo Keadilan / PKR. Sbb AtukSakaTua taknak logo Keadilan lah maka Oren Masam tentu akan tolong jadi jurucakap dia bukan? Mudah sgt nak baca. Niat mereka jelas, mahu Logo PH digunakan supaya puak AtukSakaTua, pejuWANG dan pujaWANG boleh perkuda atau tumpang toi. Mungkinkah Amanah akan bg watikah pd calon2 puak PENGKHIANAT yg TERANG-TERANG menolak kepimpinan DSAI tu?

4) Saya harap DSAI akan TEGAS menggunakan logo Keadilan / PKR sepertimana di PRN Sabah seperti mana dia telah "dinasihatkan" sebelum itu. Jgn lupa "Data Analysis" sedang diteruskan oleh Rafizi Ramli dan Invoke. Tanya Rafizi...nak guna lagi logo PH yg WARNA pun HAMPIR SERUPA dgn Bersatu dan UMNO, yg dah dijahanamkan oleh AtukSakaTua sampai rakyat meluat?? Na mungkin, nehi kabhie nehi...!!

5) Logo PH dah berapa kali diguna dan menang PRK? Harapkan PRK Port Dickson shj kot? DAP bertanding di Cameron Highland guna logo PH atau DAP? Berjaya tak?

6) Kenapa di PRK Sandakan DAP taknak guna logo PH? Ye lah, betul sbb di sana parti DAP atau PKR pun ada kuasa autonomi. Tapi apa maksudnya? Maksudnya pengundi Sandakan tak kenal atau tak minat dgn logo PH.

7) Anyways....Kita tunggu shjlah MP PH decide nanti, AWAN Oren Masam tak payahlah dok desak kat luar, hgpa ada "channel" so cadangkan dlm mesyuarat MP PH lain lah jika hgpa takde saluran nak bg cdgan mcm kami nih.

8) Tapi ingat, Rakyat dah kenal dgn logo dan bendera Keadilan sbb PRU14 itulah yg Majoriti rakyat sokong dan pangkah sehingga tumbangnya UMNO BN. Ia adalah catatan sejarah yg Free Thinker si perakam sejarah tu pun tak mampu nak nafi. Description: 😁

Wallahualam

- Zus Din

21 Disember 2020

 

ISLAM TERANCAM ADALAH HUJAH PALING LEMAH DAN MENGHINA KEBIJAKSANAAN PENUDUH

 

Sebenarnya bermain sentimen Islam terancam adalah hujah tahap paling rendah yang boleh hina kebijaksanaan penuduh (jika masih berbaki).

Tapi bila kita berlawan hujah dengan golongan yang paling malas berfikir, rendah daya cognitif dan tinggi sentimen bias; hanya dengan pulangkan paku buah keras adalah jawapan yang paling sesuai. Sebab itu mereka dulu yang macam singa rimba kini sudah jadi kucing paddlepop bila semua tajassus mereka berbalik pada empunya diri.

Sebenarnya pendapat terkuat berdasarkan hujah, orang yang murtad sendirian kerana hilang keyakinan pada Islam tidak dihukum apa2 selain drp nasihat dan dakwah. Kerana tiada paksaan dlm menganut agama. Yg Khalifah Abu Bakar pergi perangi zaman dulu itu ialah segolongan ramai orang murtad yang memerangi Islam dan berkempen utk abaikan kewajipan zakat.
Tetapi aku setuju juga netizen upkan isu gadis Melayu kawin Sikh tu sebab dgn cara itu sahaja mungkin walaun, lebai, tok guru dan mufti rasis belajar ilmu baru dlm bernegara majmuk. Juga supaya depa belajar diam drp menyalahkan dan memaki menteri agama 😁

MUDAH JADI MENTERI AGAMA ZAMAN PN...YANG PENTING DIAM


Image may contain: text that says "Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al- Bakri 10hrs Akan bersiaran di www.ikim.my www. LIVE YouTube IKIM n APNI Google tvlKIM 20 Disember 2020 (Ahad) jam 9.00 malam AMWERAMPDICITANASYDKM2020 AH ENCINTA ANUDER IKIMfm was live. ANUGERAH PENCINTA NASYID IKIM 2020 (APNI 2020) APNI 2020 adalah sebuah program pertandingan mencipta lagu- lagu Nasyid berpandukan 7 nilai-nilai penting dalam.. .See More 101 Like Comments 20 Shares Comment Share"


MOHD MUKHLIS


Mudah kerja jadi menteri agama zaman PN.

Yang daging import haram masuk Malaysia dia senyap,

Yang kawin dalam kuil ikut cara orang bukan islam dia senyap,

Sajat pakai bikini dia senyap,

Melayu murtad menang di mahkamah untuk tukar agama dia senyap,

Buat buku fiqh covid tapi dia sendiri hipokrit langgar SOP,

Duit zakat Wilayah zaman dia jadi mutfi kena tegur dengan jabatan audit adalah berbunyi sedikit.

Zuhud dengan selekeh pun tak tahu beza, pakai selipar masuk parlimen, duduk bersila atas sofa di kala tetamu lain semua beradap.

Padan boleh sailang bab terjemahan hadis sampai terciduk geng PHD.

Tapi paling tak mehanan, bab nasyid dan bola liverpool yang memang tak ada portfolio, itu nombor satu. ( maybe itu sahaja yang terjangkau oleh akal)

Kami bukan apa, kalau nama tadi di tukar pada Mujahid, walaun ruwaibidhah pasti akan terpekik terlolong kata Islam terancam, mohon berdemo dari Marang ke padang merbuk. Tapi dalam di hina macam itu itu, Dr Mujahid dapat pulihkan Tabung Haji, dapat selaraskan mahkamah syariah.

Jangan di hairan pada tebalnya kopiah, pada labuhnya jubah, pada manisnya tulisan sebut nama Nabi dan Tuhan

Kalau bersama pengkhianat, pasti ada benda yang kurang.



 

MANA SEMUA NI...

 No photo description available.

DAP SETUJU ANWAR KEKAL KETUA PEMBANGKANG

 DAP setel.. Amanah camna pulak?

Image may contain: 2 people, text that says "DAP mahu Anwar kekal sebagai ketua pembangkang December 20, 2020 11:35 am"

Notting To Loosed, Di Perak Kita Tak Jadi Kerajaan Tak Rugi Apa, Mereka...

Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta


Firdaus Azil
Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
Tengku Adnan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini disabitkan bersalah atas pertuduhan menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan ketika menyampaikan keputusan berkata pihak pembelaan yang diketuai Datuk Tan Hock Chuan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan itu.
Dalam ringkasan penghakimannya, Mohamed Zaini berkata tiada bukti kukuh yang menyokong alasan Tengku Adnan bahawa beliau menerima wang itu bagi pihak Ibu Pejabat UMNO dan wang itu digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 14 Jun 2016.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes bermula pada 2 Julai tahun lepas dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.