Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Projek Litar Lumba Sungai Petani – Saifuddin Nasution

 


Keadaan tapak litar lumba antarabangsa Sungai Petani ketika dirakam pada 8 November 2025. Foto Sym Bike Tour

BANDAR BAHARU, 4 Mei – Isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa berhubung projek terbabit yang diumumkan pada 2022, sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas pihak berkaitan.

“Saya difahamkan ada pihak yang sudah membuat laporan, kalau betul ada (penyelewengan), saya serah pada autoriti berkenaan.

Keadaan tapak litar lumba antarabangsa Sungai Petani ketika dirakam pada 8 November 2025. Foto Sym Bike Tour

“Pada peringkat ini saya tak mahu beri sebarang komen, walaupun hakikatnya saya ada banyak maklumat berkaitan, tetapi saya pilih tidak bercakap dulu.

“Kadang-kadang apa yang saya cakap akan diberi tafsiran wujudnya motif politik dan sebagainya, jadi biar proses siasatan dilakukan dahulu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sentuhan Budi Mangsa Ribut Bandar Baharu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi AMANAH Kedah mencabar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan audit ke atas Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani.

Ia bagi memastikan tidak berlakunya penyelewengan selepas wujud dakwaan berlakunya ketirisan dalam projek terbabit apabila RM10 juta dikatakan sudah dibelanjakan bagi kerja penyediaan tapak sebelum ini.

Muhammad Sanusi tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab apabila mengumumkan projek terbabit secara besar-besaran pada 2022, tambah beliau kerana terdapat perbezaan apabila projek berkenaan diumumkan ketika beliau mentadbir negeri dan mempunyai tanggungjawab di atas setiap pengumuman yang dibuat.

“Saya tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik projek berkenaan. Sampai masanya saya akan sebut beberapa maklumat menarik di sebalik projek demikian.

Projek litar lumba antarabangsa Sungai Petani didakwa mengalami masalah hingga mendorong pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Cuma yang nak saya sebut bahawa, tak sama masa jadi pembangkang berucap dan diberi tanggungjawab sebagai kerajaan yang bercakap. Apabila jadi kerajaan, kita ada tanggungjawab dan pertangungjawaban.

“Kalau sudah umum, bukan satu, bukan dua, bahkan tujuh ke lapan projek… jadi rakyat akan mula melihat setelah sekian lama tak akan satu pun tak siap, takkan semua orang salah,” katanya.

Anwar arah penguatkuasaan lebih ‘keras’, sasar penyeludupan


 


Kerajaan memberi amaran tegas bahawa ketirisan dan penyeludupan tidak akan lagi dikompromi, dengan penguatkuasaan lebih ketat dan konsisten di semua peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata integriti dalam penguatkuasaan perlu diperkukuh bagi memastikan setiap dasar kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat.

“Ketirisan dan penyeludupan tidak boleh dikompromi. Tindakan mesti lebih tegas dan konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Menurut Anwar, pelaksanaan subsidi bersasar termasuk diesel dan elektrik merupakan antara langkah penting bagi mengelakkan ketirisan yang selama ini membebankan kewangan negara.

Katanya, pendekatan itu memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar layak, termasuk pengangkutan barangan, nelayan dan sektor agri-komoditi.

Dalam masa sama, kerajaan turut memperketat penguatkuasaan terhadap kartel dalam sektor makanan, khususnya ayam dan telur, bagi memastikan harga kekal stabil tanpa manipulasi pasaran.

Langkah itu dilaksanakan melalui gabungan rundingan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif.

Anwar menegaskan semua langkah diambil berteraskan keseimbangan antara melindungi rakyat dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan dalam keadaan global yang tidak menentu.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan kerajaan bertindak lebih tepat, telus dan berkesan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Undang dulu ‘dihalau’, kini dibela? Peguam persoal layanan berbeza


 



Seorang peguam mempersoalkan dakwaan wujud layanan berbeza terhadap institusi Undang di Negeri Sembilan, dengan membandingkan insiden lampau dan perkembangan semasa.

Liyana Marzuki mendakwa pada 2016, seorang Undang di Johol bukan sahaja dipecat, malah didakwa dihalau dari kediaman rasmi serta berdepan tindakan memalukan.

Menurutnya, situasi itu berbeza dengan naratif semasa yang dilihat mempertahankan kedudukan Undang sebagai setara dengan Yang di-Pertuan Besar.

“Ketika berkuasa, layanan terhadap Undang berbeza. Bila hilang kuasa, naratif pula berubah,” katanya dalam kenyataan.

Liyana turut mendakwa terdapat pihak yang mempertahankan tindakan seorang Undang dalam isu terkini, termasuk dakwaan cubaan menurunkan Yang di-Pertuan Besar secara tidak berperlembagaan.

Katanya, tindakan tersebut sepatutnya diteliti dari sudut perlembagaan dan adat, bukannya disokong secara membuta tuli.

Beliau mempersoalkan mengapa tiada kecaman terhadap tindakan tersebut, sedangkan dalam konteks lain ia boleh dianggap sebagai penderhakaan kepada institusi raja.

Menurutnya, rakyat kini lebih peka dan mampu menilai perbezaan layanan terhadap institusi berkenaan berdasarkan situasi politik semasa.

Kenyataan itu hadir di tengah polemik melibatkan peranan Undang dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan, yang kembali menjadi perhatian umum.

Liyana menegaskan sebarang tindakan melibatkan institusi diraja perlu dilihat secara berhati-hati dan berlandaskan perlembagaan serta adat yang sah'



𝗞𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮...?


M. Asri M. Jamil



 𝗞𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮...? 




Apabila Menteri Besar mengumumkan keputusan Dewan Keadilan dan Undang, mereka kata beliau masuk campur urusan adat.


Sekarang, orang yang sama pula kata Menteri Besar gagal menyelesaikan krisis adat.


Jadi, sebenarnya kau nak apa?


Kalau MB bercakap, dikatakan campur tangan. Kalau MB menghormati proses adat dan tidak melangkaui bidang kuasa, dikatakan gagal pula.


Ini bukan lagi soal mempertahankan adat. Ini soal naratif politik yang berubah-ubah ikut keadaan.


Urusan adat Negeri Sembilan ada saluran dan institusinya sendiri. Dewan Keadilan dan Undang ada peranan serta kedudukannya. Kalau benar mahu hormat adat, hormatilah prosesnya.


Jangan bila keputusan tidak memihak kepada kehendak politik sendiri, semua orang hendak disalahkan.


Yang jelas gagal bukan Menteri Besar. Yang gagal ialah naratif yang tidak konsisten.


Hari ini kata jangan campur. Esok kata gagal selesai.




KRISIS POLITIK N9; SIAPA UNTUNG ,SIAPA RUGI


 

BOLEH JADI 1 BAG BERAS RM 80

 

Che Ibrahim Mohamed



Berdasarkan harga padi yang dicadangkan ini, harga beras akan naik ke rm8-rm10 sekilo @ rm80 satu pek 10kg (harga sekarang rm26)

1 Tan padi bersamaan 1000kg, bila dah jadi beras sekitar 600kg. Maknanya harga beras di sawah dah rm5 sekilo + kos pengangkutan, proses, packaging dll jadi la rm8 sekilo.







PN janji harga lantai padi RM3,000 lepas jadi kerajaan.hangpa percaya la depa ni. dia ni dulu nak penaik harga latrik. jaga jaga hangpa. jamgan kena muhong banyak kali'

 




HANG NAK JUAI PADA KAMI SEKAMPIT BERAPA PULOH PULAK



TAKIYUDDIN Hassan berucap pada Himpunan Aman Pesawah di Kampung Alor Setoi di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) menjanjikan harga lantai belian padi kepada RM3,000 bagi setiap tan metrik sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, janji itu mampu dilaksanakan kerana harga semasa ketika ini iaitu RM1,500 per tan metrik tidak banyak berbeza dengan tuntutan dimahukan para pesawah. Beliau berkata, penetapan harga yang lebih stabil akan berupaya memperhebat aktiviti penanaman…


PN masa ada kuasa 33 bulan kenapa tak buat harga padi 3k satu tan? Sebab harga tak munasabah. Hanya auta janji pilihanraya aja.PMX dah ejas harga lantai beberapa kali sesuaj dengan keadaan semasa.
Pesawah wajib undi MADANI pertahankan PMX..






[Kini Jelas] Tindakan Umno N Sembilan bakal cetus murka istana? Penganalisis dedah risiko besar!


 

LAAA.MESIN MINTA SEDEKAH TAK JALAN KA NUSI...GEREK TAK BOH MINYAK DIESEL KA ?







 

INI BUDI SEGALA BUDI DALAM MINYAK PETROL DAN DIESEL.


 

UMNO KALAU TAK CAYA KE AKU...NAK CAYA KE SIAPA?


 

BN GERAK SOLO TAPI PERLU BERPAKAT DENGAN PARTI LAIN. GERAK LA SOLO NAK TENGOK UMNO JADI KERA SUMBANG. PMX BAGI BANYAK JAWATAN PADA UMNO


 

PENIAGA KECIL MENGELUH. DIMANA SAYA TAHU..SEBAB SAYA TURUN TANYA SENDIRI


 

TERKINI ZRA


 

SAYA TIDAK MAHU KOMEN


 

Pelakon, Pelawak Jalil Hamid Kembali Ke Rahmatullah

 

Berita pemergian Jalil Hamid disahkan anaknya, Afiqah jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026. Foto Danial Al Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak veteran Jalil Hamid yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengahari, Isnin.

Berita pemergian tersebut disahkan oleh anaknya, Afiqah Jalil yang menyedari ayahnya sudah tidak bergerak.

Kata Afiqah, bapanya yang berumur 69 tahun itu disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya.

“Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia.

Allahyarham Jalil Hamid dipercayai mengalami masalah jantung bengkak dan menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026.

“Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada,” katanya.

Ditanya mengenai penyakit yang sedang dihidapi oleh arwah, Atiqah memaklumkan bapanya sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak.

“Ayah saya memang ada masalah jantung bengkak,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.



Cadangan Penyelarasan Bajet Tak Jejas Pengambilan Doktor, Jururawat – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Pengambilan kakitangan kesihatan termasuk doktor dan jururawat tidak akan terjejas susulan cadangan langkah penyusunan semula perbelanjaan kerajaan.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat kekeliruan berhubung cadangan penyelarasan bajet yang disalah tafsir seolah-olah menjejaskan sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan.

“Saya nak jelaskan pengambilan doktor baharu, jururawat itu tak terjejas, tak terkesan. Pembinaan klinik tak terkesan, cuma skop hospital yang mewah itu kurang,” katanya.

Kenyataan media Kementerian Kewangan pada 29 April 2026. Foto Kementerian Kewangan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Isu berkenaan timbul ekoran kekeliruan kononnya kerajaan ‘memotong’ perbelanjaan kepada beberapa kementerian tetapi Kementerian Kewangan menjelaskan, panduan telah dikeluarkan kepada Kementerian dan Agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimakan sumber Kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan.

“Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi,” katanya.







Kekangan Fiskal Negara, Kerajaan Tampung Subsidi RM5 Bilion Sebulan – PM Anwar

 






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 4 Mei – Berikutan kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kerajaan kini menanggung beban subsidi mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan, dengan jumlah itu berpotensi meningkat kepada lebih RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan situasi itu, Perdana Menteri berkata, jumlah subsidi ditanggung kerajaan itu terus meningkat berbanding sekitar RM700 juta pada Januari lalu, sekali gus memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara.

“Kalau harga (subsidi ditampung kerajaan) setakat sekarang, RM5 bilion sebulan, bayangkan 10 bulan RM50 bilion daripada dana kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026.

“Penjawat awam harus tahu ya. Kadang-kadang ada yang tidak tahu, di bawah, di luar lain, ada yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tak turun? RM1.99 patutnya turun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Untuk itu, Perdana Menteri menggesa agar penjimatan terus dilakukan seperti pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang menjimatkan perbelanjaan hampir RM2 juta dalam tempoh 10 hari pertama pelaksanaan.

Justeru, beliau meminta sokongan semua pihak agar dapat melaksanakan langkah berkenaan ketika kerajaan berusaha memenuhi keperluan bekalan tenaga negara biarpun harganya terus meningkat.




PAS TOLAK AZMIN PENGERUSI PN SELANGOR: KEDUDUKAN KETUA PEMBANGKANG DUN TERGUGAT?


 

Pendedahan: 12 dari 14 ADUN NS rupa-rupanya mahu kekalkan kerajaan perpaduan


 

Pakaian terkena Percikan Air Kencing, Boleh buat solat ?”


 

“Nak kritik macamana, masih menaruh harapan cintanya berbalas”

 


Dakwaan ahli Umno yang diterima masuk semula Khairy Jamaludin bahawa parti itu kurang dikritik berbanding PH ada sebabnya, kata Naib Pengerusi AMANAH Kelantan.

Che Ibrahim Mohamed dalam komennya terhadap kenyataan Khairy itu berkata, Umno kurang dikritik kerana pengkritik utama negara, Pas, masih berharap untuk bersama Umno.

“Kurang dikritik tu sebab Pas masih menaruh harapan cintanya berbalas,” kata Che Ibrahim ringkas ketika mengulas kenyataan Khairy itu.

Khairy mendakwa, Umno lebih kuat dan kurang dikritik berbanding PKR dan Bersatu.

Bagi Che Ibrahim, parti-parti dalam Pakatan Harapan merupakan rakan yang setia.

“PH ni rakan yang setia dan menghormati rakan perpaduan, tak guna dok main serang sama sendiri,” kata beliau kepada Khairy.

Sebelum ini, pemimpin Umno khasnya Ketua Pemudanya, Akmal Salleh sentiasa mengkritik PH dan juga Kerajaan Perpaduan yang turut disertai Umno.

Terbaru, Umno Negeri Sembilan mengambil tindakan menikam Kerajaan Negeri itu dari belakang apabila membuat sidang media tidak lagi menyokong kerajaan negeri.


Dulu dikecam, kini terbukti: 10,000 CCTV ubah wajah keselamatan Kuala Lumpur


 


Naratif lama pernah bermain di ruang awam apabila ada yang mendakwa “Menteri DAP Cina jadi Menteri Wilayah, habislah Kuala Lumpur.”

Namun beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan gambaran yang berbeza apabila pelaksanaan projek keselamatan bandar mula menampakkan hasil. Dengan pelaburan sekitar RM500 juta, lebih 10,000 kamera litar tertutup atau CCTV telah dipasang di seluruh ibu negara bagi memperkukuh pemantauan dan respons keselamatan.

Pemasangan CCTV ini bukan dilakukan secara rawak, sebaliknya tertumpu di lokasi strategik seperti jalan utama, simpang sibuk, kawasan perniagaan serta kawasan tumpuan orang ramai.

Lebih penting, sistem yang digunakan bukan sekadar merakam visual, tetapi dilengkapi dengan keupayaan analitik pintar.

Ia mampu mengesan situasi mencurigakan, menganalisis data secara masa nyata, dan seterusnya menghantar isyarat kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera. Ini menjadikan tempoh respons lebih pantas berbanding kaedah konvensional sebelum ini.

Satu lagi perubahan ketara ialah integrasi antara pihak berkuasa tempatan dan pasukan keselamatan. Jika dahulu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia beroperasi secara berasingan sehingga menyebabkan kelewatan maklumat, kini sistem pemantauan telah diselaraskan.

Perkongsian data secara langsung membolehkan tindakan diambil dengan lebih cepat dan efisien, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan bandar secara menyeluruh.

Selain itu, teknologi yang digunakan turut merangkumi ciri-ciri moden seperti geo fencing, pengecaman wajah, pengesanan tingkah laku mencurigakan serta penggunaan pembesar suara automatik yang mampu memberi amaran dalam pelbagai bahasa.

Keupayaan ini bukan sahaja membantu menangani jenayah, malah berperanan dalam pengurusan kecemasan seperti kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas, dan amaran awal banjir.

Inisiatif ini memperlihatkan satu anjakan dalam pendekatan pengurusan bandar yang lebih berasaskan teknologi dan data.

Pengiktirafan juga wajar diberikan kepada pemimpin dan pihak yang terlibat, termasuk Hannah Yeoh, dalam memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.


LANGKAH JALAL! INI KOMEN TERKINI PMX DAN MAKLUMAN DARI UMNO!


 

WOOOIHHH NAMPAK PEHA TEW



 Bila nak lebih islam dari orang lain..

Ini lah jadi nya...

Nampak bodoh sikit.. 😅😅




RAIN RAVE, ANTARA LONJAKAN EKONOMI DAN TANGGUNGJAWAB MORAL(NERACA ISLAM)








1. Kebaikan kepada kerajaan & rakyat (sudut ekonomi)


Dari sudut pembangunan ekonomi negara, kesan gandaan ekonomi berlaku apabila wang beredar daripada pelancong kepada hotel, kemudian kepada peniaga kecil dan seterusnya kepada pekerja.


Sokongan kepada PKS, vendor kecil dapat manfaat terus, bukan hanya syarikat besar. Peluang pekerjaan sementara, industri event, kreatif, F&B, pengangkutan

Tarikan pelancong meningkatkan imej bandar sebagai destinasi aktif


Dalam kerangka Islam, aktiviti ekonomi yang halal dan memberi manfaat kepada masyarakat adalah digalakkan. Prinsip usaha dan produktiviti selari dengan konsep ikhtiar dan maslahah.


2. Sudut moral & agama (perlu ditapis, bukan ditolak total)


Di sinilah perlu lebih jujur dan seimbang. Acara besar seperti ini tidak neutral sepenuhnya. Ia boleh membawa dua kemungkinan:


Potensi positif


Interaksi sosial yang sihat, Aktiviti komuniti & keusahawanan, ruang kreatif untuk anak muda, membina keyakinan diri dan budaya bekerja keras (fastabiqul khairat, berlumba dalam kebaikan)


Risiko negatif (jika tiada kawalan)


Unsur hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas, pengabaian nilai agama (solat, adab, aurat) dan normalisasi budaya yang bercanggah dengan akhlak Islam.


Islam tidak menolak hiburan, tetapi meletakkan garis panduan. Seperti diajar oleh Nabi Muhammad SAW, keseimbangan antara kegembiraan dan ketaatan itu penting bukan ekstrem menolak dunia, dan bukan juga tenggelam dalam hiburan.


3. Sudut keyakinan umat & “fastabiqul khairat”


Kalau diurus dengan betul, acara seperti ini boleh mendorong budaya rajin bekerja dan berniaga, membina daya saing sihat, memberi inspirasi kepada anak muda untuk terlibat dalam ekonomi halal


Tetapi jika naratifnya hanya “hiburan + duit”, tanpa nilai, maka umat akan melihat kejayaan hanya pada material

bukan pada keberkatan dan akhlak. Jadi di sinilah pentingnya memasukkan nilai Islam dalam ekosistem, bukan meminggirkan atau menolak terus.


4. Analisis melalui Maqasid Syariah


Dalam kerangka Maqasid Syariah (tujuan syariat), kita nilai secara menyeluruh:


Menyokong (jika diurus baik). Hifz al-Mal (memelihara harta) ekonomi berkembang. Hifz al-Nafs (memelihara kehidupan) peluang pekerjaan dan kesejahteraan


Berisiko (jika tiada kawalan). Hifz al-Din (memelihara agama) terjejas jika unsur maksiat dominan. Hifz al-Aql (memelihara akal) jika budaya melalaikan berleluasa.

Hifz al-Nasl (memelihara keturunan) jika pergaulan bebas tidak dikawal


Maksudnya acara ini bukan automatik haram atau automatik baik, ia bergantung pada bagaimana ia diurus dan dikawal.


Kesimpulan 


Rain Rave boleh memberi pulangan ekonomi yang signifikan serta manfaat kepada rakyat. Tetapi penilaiannya perlu seimbang tidak boleh dianggap sepenuhnya positif tanpa pertimbangan moral, dan tidak wajar juga ditolak bulat-bulat tanpa melihat faedah sosial dan ekonominya.


Pendekatan Islam bukan ekstrem menolak atau menerima bulat-bulat, tetapi menilai dengan hikmah dan keseimbangan. Hiburan boleh diterima selagi ada batas, sensitiviti agama dihormati, ruang ibadah dijaga, dan akhlak tidak diketepikan. Barulah kemajuan ekonomi benar-benar membawa keberkatan.


IBNU ALI..




BERTABAHNLAH BILA OTAK TAK JALAN.

 


SeEkoq lagi WalaOn telah di tangkap. Syukur Alhamdulillah




KELANTAN PUN ADA..KEDAH PUN ADA..JANGAN KATA SIAM JA PI TENGOK...MELAYU PUN RAMAI TENGOK.

 

Qin Alif



Yang bermasalah nya bila tang dia orang ko senyap kan je bila tang orang lain ko bising pulak .. sepatut nye jgn nak pilih2 bulu .Tak payah HIPOKRIT la PAA.






KONSERT BILLIE EILISH, MANA SUARA LEBAI PAS MASA TU.


Mohd Zaid Ali







Masa konsert Billie Eilish yang sering dilabel ikon LGBT berjaya berlangsung di Malaysia, sunyi sepi pula suara yang hari ini paling lantang konon jadi benteng moral.


Pengumuman dah dibuat berbulan lebih awal, promosi berjalan terang-terangan, tiket dijual terbuka. Waktu itu siapa dalam kerajaan? Siapa pegang kuasa? Siapa ada akses kepada kementerian dan saluran rasmi?


Kalau benar isu ini sebesar “murka Tuhan” dan ancaman moral negara, mana bantahan yg dibuat , desak pembatalan, himpunkan bantahan dan tekan kementerian berkaitan.


Masa ada kuasa diam, bila hilang kuasa baru teriak seolah-olah langit nak runtuh. bila jadi pembangkang semua benda jadi modal agama dan panik moral. Kalau nak bercakap soal maruah agama, konsistenlah.


Bukan tunggu acara selesai, baru keluar kenyataan  macam baru terima wahyu . Jangan jadikan agama macam suis on bila menguntungkan politik, off bila sedang memegang kuasa.






BILA TANGAN TANGAN BERNIAT BURUK

 


APABILA TANGAN² SETAN BUAT KOMEN..




LIVE..PMX BERSAMA WARGA KEMENTERIAN


 

PAK DOLLAH MAI LAGI


 

ANWAR PI ZIARAH HANG DI HOSPITAL KOT. TU PUN HANG NAK KATA LAGI. APA PUNYA MURSYIDUL AM.