MOTIF POLITIK RAJA PEMBERI RASUAH! DAN HUBUNGAN ERAT PEMANGKIN SELESAI 4...


Pengerusi DAP Sabah Phoong Jin Zhe sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, kerana mengaitkannya dengan skandal lesen perlombongan negeri itu, di sebuah rancangan audio siar baru-baru ini. Phoong berkata dia "jijik dan marah" terhadap tuduhan ke atasnya dan menyifatkan kenyataan Tei sebagai "pemesongan fakta sepenuhnya." "Saya telah segera mendapatkan nasihat peguam saya dan sedang bersiap untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mempertahankan reputasi dan integriti saya. "Kenyataannya tentang apa yang dibincangkan ketika satu-satunya perbualan kami adalah pemesongan fakta sepenuhnya, sama sekali tidak berasas, dan sangat mengelirukan. Kenyataan sedemikian menjurus kepada tindakan pembunuhan karakter yang sangat berniat jahat dan fitnah melalui pemalsuan maklumat. "Saya perlu menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah memulakan sebarang pertemuan dengannya, dan saya juga tidak pernah membuat kenyataan seperti 'siapa yang tidak suka wang?' atau seumpamanya," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut laporan China Press, Tei berkata dia telah dijemput untuk bertemu Phoong oleh setiausaha politiknya, Chan Long Wei, didakwa untuk bertanya mengenai skandal perlombongan Sabah. Tei mendakwa Phoong telah bertemu dengannya secara peribadi untuk membincangkan isu lesen perlombongan dan menuduhnya tidak melaporkan perkara itu kepada SPRM, walaupun sedar ia melibatkan rasuah.
“Apabila Phoong baru sahaja memegang jawatan sebagai menteri Sabah, dia tahu tentang peruntukan tersebut. (Ketua Menteri Sabah Hajiji MD Noor) akan memberikan setiap menteri atau wakil parti lesen perlombongan yang relevan dan dia tahu tentang ini, jadi dia panggil saya untuk bertemu dengannya dan bertanya tentang peruntukan ini. “Saya bersumpah kepada Tuhan, dia berkata kepada saya, ‘siapa yang tidak mahu wang?’ Jika dia tidak berkata demikian, dia boleh saman saya. “Saya kemudian mencari maklumat dan dapati Hajiji enggan beri lesen kepada DAP kerana dia tidak mahu parti itu tahui proses penuh atau cara sistem itu berfungsi. Dia takut DAP mungkin dedahkannya. Saya tahu Hajiji tidak beri lesen kepada DAP, jadi saya tidak lagi menghubunginya," kata Tei seperti dipetik. Tei bagaimanapun berkata dia tidak memberikan wang kepada Phoong—seperti yang dilakukannya kepada sejumlah ahli politik lain. ‘Tei cuba pujuk’ Phoong yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata dia hanya bertemu Tei sekali iaitu pada 22 Mac 2023 dan menegaskan ia bukanlah pertemuan yang diatur lebih awal, tetapi Tei sendiri yang tetap ingin bertemunya. Phoong juga berkata dia tidak mengenali Tei secara peribadi. Semasa pertemuan itu, dakwanya, Tei cuba memujuknya untuk meluluskan penubuhan sebuah syarikat konsesi bagi menguruskan eksport besi buruk Sabah. "Setelah dengan cermah mengesahkan garis masa pada hari itu dan menyemak rekod mesej saya dengan setiausaha politik saya, faktanya jelas - Tei tetap ingin berjumpa saya walaupun tiada janji temu ditetapkan, dengan menyatakan yang pertemuan singkat pun sudah memadai. "Semasa pertemuan itu, selain membangkitkan perkara berkaitan perlombongan, Tei juga cuba memujuk kami untuk meluluskan penubuhan syarikat konsesi bagi secara eksklusif menguruskan eksport besi buruk Sabah," dakwa Phoong. Selepas pertemuan itu, kata Phoong, persetujuan sebulat suara dicapai yang cadangan Tei tidak dapat diterima, dan tiada tindakan susulan dibuat selepas itu. "Kebenarannya adalah seperti yang Tei sendiri nyatakan dengan jelas, saya tidak pernah ambil wang daripadanya. Saya mahupun DAP tidak pernah terlibat dalam sebarang proses yang berkaitan dengan hal perlombongan Sabah dan kami juga tidak pernah setuju dengan penubuhan mana-mana syarikat yang bertujuan untuk memonopoli eksport besi buruk Sabah,” katanya lagi.







PAS Terciduk PAS Berkecamuk


Syam Ghaz







Insiden demi insiden melibatkan APMM,FELDA,UUM dan sebagainya membuktikan PAS tidak mengamalkan politik Islam sebenar seperti sepatutnya.


Mereka hanya menunggang agama untuk kelangsungan politik lapuk,kuno dan Dinosaur PAS zaman berzaman.Anda semua harus bangkit dan melawan PAS sampai bila2 itulah Jihad anda semua yang sepatutnya.


Link post twitter



TU DIA JANJI SANUSI... KIOK


 

TAK SANGKA


 

MP PADANG SERAI. KIOK


 

PERANGAI PAS.. NI LA PERANGAI PAS.


 

SANUSI DAN FOBIA PENAFIAN


 

TEGUR BUKAN BODEK MEMANJANG



Norshidah Md Daud



 Rafizi sembang pasal cukai dgn Trump Tg Zafrul bla bla bla, bape orang je yang sambut kata2 dia tu


Aku sendiri pun x like post dia isu tu

Memang x paham pape

Pekejadah nk support 


Tapi bila Rafizi Ramli up isu SST, E Invois, refund tax dll...

Ramai yang sokong dia


Sebab apa?

Sebab ramai terkesan 


Aku bukan nak nafikan yang Anwar Ibrahim ni bagus

Dia bagus, tapi dia suka dikipas

Sebabtu Dr Wan Azizah Wan Ismail kena bawak kipas p mana2

Suaminya suka diampu


Kita bukan sokong Rafizi sebab dia lawan Anwar

Kita sendiri kenal & sokong Anwar sebelum kewujudan Rafizi dalam politik la glitter(RAFIZI MEMANG LAMA WALAU SEDANG BELAJAR DI ENGLAND) 


Tapi  kita sokong Rafizi sebab dia bawak suara rakyat ke atas

Benda tu yg Anwar xde & penjilat2 di sekeliling dia x mampu buat

"Dengar suara rakyat"


Memang bagus pun Rafizi tegur direct camni setelah teguran sebelum ni dibakulsampahkan


Teguran tu semua untuk rakyat jugak

Kalau x, xkanla Anwar uturn beberapa isu sejak beberapa hari ni kan


So lantakla diorang bergadoh untuk rakyat


Pasni kalau Rafizi buat benda yang sama, dia pun akan kena benda yang sama


Simple




NAK MALU BUAT APA. PAS PUN LAMA PELUK DAP. TAK PAYAH SEMBANG LA.. MCA DAN GERAKAN LAGI EKSTREM.

 


UMNO TIDAK PATUT MALU BERKAWAN DENGAN DAP


15 December 2025


UMNO nampaknya masih malu untuk mengakui hubungannya dengan DAP.


UMNO dan DAP kata Ahmad Zahid Hamidi, tiada hubungan secara langsung.


Kenyataan Presiden UMNO itu yang mengatakan hubungan yang terjalin hanyalah antara BN dan PH dan bukan antara UMNO dan DAP bolehlah digambarkan sebagai suatu pendirian yang tidak sepatutnya dikeluarkan.


Bukankah lebih bertanggungjawab jika UMNO boleh bersikap jujur mengakui bahawa bila BN bekerjasama dengan PH, ia juga bermakna UMNO bekerjasama dengan DAP?


Kenapa UMNO harus malu?


Lagi pun, dalam PH, parti yang kuat dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai ialah DAP.


Cuba lihat DAP, mereka lebih jujur dan tidak pernah malu untuk mengaku ada hubungan dengan UMNO.


Menteri DAP, Nga Kor Ming ketika berkempen dalam PRK Ayer Kuning tidak lama sebelum ini, dengan ikhlas hati dan bangga melaungkan kata-kata “UMDAP Mantap” beberapa kali.


Pernahkah kita dengar DAP berkata yang mantap itu BN/DAP?


Ertinya, DAP mengakui yang mereka ingin berkawan ialah UMNO, bukan BN.


Ini bermakna DAP, selain ikhlas dan bertanggungjawab, tetapi juga tidak malu mengaku berkawan dengan UMNO.


Jadi, UMNO juga sepatutnya tidak malu berkawan dengan DAP.


Lagi pun, bukankah ketika UMNO menang dalam PRK Pelangai pada Oktober 2023 lalu, beberapa pemimpinnya secara terbuka menyebut kemenangan itu adalah dengan bantuan, kerja keras serta sokongan DAP dalam menarik sokongan pengundi-pengundi Cina?


Apakah UMNO sudah lupa jasa DAP itu?


Hakikatnya, tiada istilah hubungan tidak langsung antara UMNO dan DAP, meskipun dikatakan kerjasama yang yang terjalin ialah antara BN dan PH.


Ini kerana, dalam kerajaan dan ketika mesyuarat kabinet misalnya, pemimpin UMNO dan DAP sentiasa duduk bersama serta membuat keputusan juga secara bersama.


Nak selindung apa lagi?


Sangat tak elok sebenarnya sikap UMNO yang masih enggan mengakui secara terbuka wujud hubungannya dengan DAP itu.


Ingatlah bahawa dalam PRU16 akan datang, UMNO amat memerlukan DAP di banyak kerusi yang ditandinginya.


Di kerusi yang memiliki pengundi Melayu melebihi 80 peratus, UMNO barangkali sukar untuk menang kerana pengundi Melayu, sebagaimana ditunjukkan pada PRU15 lalu, mereka lebih condong kepada PAS dan PN.


Hanya di kerusi yang terdapat pengundi Cina yang agak ramai saja ada harapan untuk UMNO memenanginya, itu pun jika cukup dibantu serta ditolong oleh DAP.


Lantaran itu, UMNO sepatutnya menerima DAP sebagai kawan sejati.


Tambahan lagi, MIC dan MCA lebih cenderung untuk keluar meninggalkan BN berbanding terus kekal dalam gabungan itu.  


Selain hanya DAP yang sesuai sebagai pengganti, parti itu juga jauh lebih kuat dan lebih diterima oleh pengundi bukan Melayu berbanding MIC dan MCA.


Biarkanlah MIC dan MCA pergi, sucikanlah hati terima DAP sebagai pengganti. – ShahbudinHusin 15Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/umno-tidak-patut-malu-berkawan-dengan-dap/I’m



LEMAH JKOM DAN K9

 

MAT SAMAN KATI


JKOM #1





Aku nak cakap pasal JKOM ni pun susah sikit sebab dua-dua yang buat podcast tu kawan-kawan jugak. Kepada Haizal, I have nothing against him. Dia cuma hos dan kena cakap ikut skrip. Kalau dibiarkan dia bebas bertanya soalan, rasanya lepas satu siri dah kena tendang.


Haji Mail pun kawan lama. Tapi demi kepentingan negara, aku kena cakap jugak.


JKOM sudah dianggap gagal dan ini bukan aku yang cakap sebab aku tak ambik pot pun. Tapi disebut oleh MP Kota Melaka dalam Dewan Rakyat dan disokong oleh penyokong PH sekali.


Kesilapan pertama  JKOM ialah menternak ceplos seperti yang disebut oleh Rafizi. Aku sebut K9 JKOM. Tugas K9 ini ialah masuk kedalam page orang dan menyalak tak tentu hala. Hangpa ingat dengan serangan K9 ni orang akan takut atau mati? No, ia macam main video game. 


Setiap posting aku, purata 10-15 K9 yang aku tembak setiap hari. Sekarang depa tukar taktik pulak, hanya masuk kedalam posting aku selepas dua tiga hari sebab takut kena tembak. Bila posting tu dah basi, baru depa masuk ramai-ramai.


Kalau akaun real, setiap orang yang komen akan keluar notification tapi K9 ni masuk senyap-senyap dan buat kenduri kat posting lama. Tapi terima kasih la, lagi banyak depa menyalak, lagi banyak idea aku nak tulis.


Semalam aku buat posting pasai JKOM beli view. Hari ni aku tertanya, nak buat apa? Aku terpaksa buat analisis sebab ramai yang mempertikaikan posting aku. Aku akan bagi data dan fakta, siap dengan geraf sekali.


Bila JKOM nak buat podcast, apa tujuan nya?


Orang PAS dan Bersatu dah gerenti tak mau tengok. Orang yang tak suka PH pun tak mau tengok. Yang tinggal hanya orang PKR, Umno dan Amanah. Dalam PKR pun, geng Rafizi pun dah tak mau tengok. Habis, untuk siapa?


Aku berpendapat, tujuan JKOM buat podcast hanyalah untuk melawan Rafizi sebab Rafizi lebih bahaya dari penyokong PN. Kalau Rafizi berjaya  tarik separuh dari penyokong PH untuk memberontak, PH lingkup. Lagipun, Rafizi jauh lebih baik dari pembangkang untuk mengulas satu-satu isu.


Cuma masalahnya, Rafizi bercakap dengan data dan fakta. Manakala Hj. Mail masih dengan cara lama. Sebagai bekas Pegawai Biro Tata Negara, dia masih lagi menggunakan propaganda. Tahun 80an boleh pakai la.


Keputusan dibuat, JKOM kena buat podcast juga macam Rafizi buat, tapi apa platform yang nak digunakan? Kalau baru nak buka channel JKOM, nampak teruk la. Nak dapat 1000 subscribers, setahun pun belum tentu dapat. So, JKOM menggunakan channel yang dah ada subscribers yang banyak. 


Channel Borakdaily digunakan sebab dah ada 34k subscribers. Start saja dah ada 34k subscribers. Tapi bukan free la. Dengan lain perkataan, beli subscribers.


Sekali tengok, tak la teruk sangat perbandingan antara JKOM dengan Rafizi. Subscribers ada 34k. Total views ada 9.6 juta. Video ada 1478. Cuma tarikh dibuat tu 11 tahun dulu. K9 JKOM boleh la hangpa kelepet.


Rafizi pun buat channel dia 10 tahun dulu,  Dah ada 86k subscribers dan 27 juta views. Subscribers dia pulak organic. Memang real subscribers…bukan beli kat Lazada.


First round, JKOM 0.  Rafizi 1.




SIJIL UEC TIDAK LAYAK DIIKTIRAF - TOK MAT



Sebagai sebuah negara yang berdaulat, sistem pendidikan mestilah di bina selaras aspirasi nasional. Ia mesti di sandarkan pada misi, nilai, kepentingan dan cita-cita nasional. 


Dan ia mesti dilaksanakan dalam bahasa ibunda bagi memperkukuh identiti kebangsaan. 


Namun bagi meraikan kepelbagaian dan meraikan kepentingan kaum berlainan,  Kerajaan tidak pernah menghalang UEC di laksanakan. 


Ia telah di laksanakan oleh Dong Zong semenjak 1975 lagi. Dan ia tidak menghadapi apa jua masalah pelaksanaan. 


Yang menjadi isu ialah pengiktirafan kelayakan tersebut. 


Kerajaan tidak ada masalah mengiktiraf jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan di gubal menepati aspirasi nasional. 


Selagi ia tidak menepati ciri tersebut, maka, ia tidak boleh di setarakan dengan kelayakan nasional. 


Sebagai sebuah negara yang pelbagai kaum, bukanlah mudah untuk mengukuhkan perpaduan nasional. 


Kerana itu kita percaya, satu-satunya jalan bagi membentuk identiti nasional ialah melalui pendidikan dalam bahasa kebangsaan dan kurikulum yang direka bersumber kearifan tempatan dan diimbangi dengan standard antarabangsa. 


Kita lakukannya dengan mengambil kira agar standard kita tidak tersasar dari amalan terbaik antarabangsa. 


Pendidikan jangan lah kita politikkan. 

Ia adalah satu-satunya arena untuk anak-anak kita, dari pelbagai bangsa, belajar bekerjasama antara satu sama lain dalam semangat yang muhibbah. 


Tetapi jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional itu, maka mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC. Itu tiada siapa akan menghalang. 


Tetapi janganlah kerajaan di paksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional. 


Bagi tujuan kemasukan ke universiti, ia tidak menjadi masalah. Ia di terima di kebanyakan universiti di Malaysia dan diluar negara. 


Selagi tiada usaha mereformasi sistem UEC agar diharmonikan dengan aspirasi nasional, maka ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan dan akan tidak perlu untuk diiktiraf dengan selayaknya.


Mohamad bin Hj Hasan


Sumber - https://www.facebook.com/share/p/1GUK41W1hR/?mibextid=wwXIfr



SANUSI JANGAN INGAT RAKYAT KEDAH BOLEH DIBODOHKAN DENGAN DONGENG “TAK TAHU”


 KENYATAAN MEDIA 






Saya mengikuti kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa beliau “tidak tahu apa-apa” mengenai dakwaan rasuah melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai ketika menjadi Pengerusi Kedah Agro.


Terus terang alasan itu bukan sekadar lemah, ia memalukan, menghina akal rakyat, dan boleh dianggap sebagai satu percubaan menutup kelemahan pentadbiran sendiri dengan cerita kartun.


1.Tarikh jelas. Kalau Sanusi masih keliru, itu masalah dia bukan masalah rakyat.


Sanusi angkat sumpah MB pada 17 Mei 2020.

Perbuatan yang membawa kepada pertuduhan terhadap MP Padang Serai berlaku pada 23 Jun 2020.


Ini bukan sebelum jadi MB.

Ini SELEPAS JADI MB.


Tak ada siapa pun rakyat Kedah yang ingat Sanusi jadi MB pada 2024.

Hanya dia seorang yang buat-buat lupa.


Kalau seorang MB pun tak boleh beza tarikh dia sendiri jadi MB,

patutlah negeri tunggang-langgang.


2.MP Padang Serai kekal menjawat jawatan Pengerusi Kedah Agro sampai syarikat tersebut di tutup tapi Sanusi kata dia tak tahu?


Ini bukan cerita budak intern kuat tidur.


Ini PENGERUSI syarikat kerajaan negeri:

Kedah Agro, bawah MBI.Sanusi juga selaku Pengerusi MBI.


Bukan syarikat tepi jalan.

Bukan kedai runcit belakang rumah.


Pengerusi pegang jawatan sampai mesyuarat Lembaga putuskan tutup operasi.

Dan Sanusi nak beritahu rakyat:


“Saya tak tahu apa yang Pengerusi syarikat bawah saya sendiri buat.”


Kalau betul dia tak tahu, maknanya selama ini MBI dan GLC negeri jalan sendiri tanpa MB, macam kapal tak ada kapten.


Ini bukan alasan. Ini pengakuan dia tak layak memimpin.


3.Dua pilihan untuk pilihan rakyat: Sanusi tipu, atau Sanusi tak buat kerja.


Dua-dua pun memalukan. Tak perlu pusing jauh.


Pilihan A: Dia tahu, tapi dia cuba cuci tangan.


Atau


Pilihan B: Dia memang tak pantau apa-apa.


Rakyat Kedah boleh pilih sendiri mana yang mereka rasa nak yang lebih memalukan.


4.Bila serang orang lain, depan kamera Sanusi bukan main garang. Bila kena batang hidung sendiri, terus pura-pura bebal.


Sanusi paling laju serang kerajaan pusat, tuduh campur tangan, tuduh itu ini.


Tapi bila Pengerusi GLC bawah dia sendiri kena dakwa?


Terus jadi MB paling tak tahu apa dalam sejarah Malaysia.


Garang depan musuh,

tapi hilang berani bila kawan sendiri terpalit.


Ini bukan kepimpinan.

Ini politik pengecut


5.Negeri lain MB tanggungjawab penuh. Di Kedah, MB cuci tangan setiap kali tersudut.


Rakyat Kedah dah sedia maklum:


Isu air — tak tahu siapa salah,


Isu REE — tak tahu bagaimana berlaku,


Isu pelaburan — tak tahu kenapa lembab,


Isu banjir — tak tahu sebab,


Isu projek terbengkalai — tak tahu proses,


Isu 10 projek di umum dan 10 tak siap - saya tak tahu, saya tukang baca


Dan sekarang, isu Pengerusi Kedah Agro kena dakwa juga tak tahu.


Kalau semua dia tak tahu,

apa sebenarnya yang dia tahu?

Selain berdrama depan kamera?


6.Jangan rendahkan rakyat Kedah dengan alasan bodoh.


7.Jangan memalukan Tuanku Sultan Kedah


Saya tidak menuduh sesiapa bersalah, biar mahkamah tentukan.


Tetapi saya menuduh secara terbuka bahawa:


Alasan “saya tak tahu apa-apa” adalah alasan paling menghina rakyat Kedah sejak negara merdeka.


Tarikh jelas.

Struktur MBI jelas.

Peranan MB jelas.

Kedudukan Pengerusi Kedah Agro jelas.


Yang tak jelas cuma satu:


Kejujuran Sanusi bila jawab soalan mudah.


Kalau benda terang-benderang pun dia cuba pusing,

bagaimana rakyat nak percaya dia urus hal yang lebih besar?


8.Sanusi boleh tipu penyokong tegar,

boleh tipu pentas ceramah,

boleh tipu kamera TikTok,


tapi dia tak boleh tipu tarikh.


23 Jun 2020 berlaku selepas dia jadi MB.


Kedah Agro berada di bawah MBI yang dia sendiri ketuai.


Pengerusi syarikat (MP Padang Serai) kekal sampai syarikat tutup operasi.


Kalau semua itu pun dia “tak tahu”,

lebih baik dia berhenti jadi MB,

dan serah pada orang yang sekurang-kurangnya tahu tarikh dia sendiri mengangkat sumpah.


MAHFUZ OMAR

Naib Presiden

Parti Amanah Negara

Jumaat 13 Des 2025

Pokok Sena, Kedah





SOAL EKONOMI NEGARA JOM DENGAR


 

BERITA TERKINI MENGENAI SHEIKH WAZIR

 


BERITA TEEKINI MENGENAI PONDOK DI KELANTAN


 

Penjual buah muslim jadi hero tangkap penembak rambang


 


Seorang peniaga Muslim dipuji sebagai hero selepas bertindak berani merampas senjata dari salah seorang lelaki bersenjata dalam insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney.

Lelaki yang dijulang sebagai wira itu dikenal pasti sebagai Ahmed al Ahmed, 43, seorang penjual buah.


Video kejadian itu berlegar di media sosial dan mendapat liputan meluas media antarabangsa.



Dalam video tersebut, Ahmed bersembunyi di belakang kereta sebelum meluru ke arah suspek dan bergelut merampas senapang patah yang digunakan.


Dia kemudian mengacukan senjata kembali ke arah penyerang sebelum meletakkannya dengan selamat di sisi sepohon pokok ketika penyerang terbabit melarikan diri ke arah sebuah jambatan berhampiran, lokasi seorang lagi lelaki bersenjata sedang menyerang.


Ahmed, yang ketika kejadian memakai kemeja-T putih, ditembak dua kali dan kemudiannya dikejarkan ke hospital, di mana dia dijadualkan menjalani pembedahan. 


Sepupunya, Mustafa, memberitahu media Australia bahawa keluarga mereka sedang menunggu perkembangan terkini mengenai keadaannya.






Platform media sosial dianggap berlesen automatik mulai 2026 – SKMM


 


Semua platform pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) tanpa perlu melalui proses pendaftaran biasa (melalui Peruntukan Deeming).

(ASP(C) – kerangka pelesenan di bawah Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, langkah ini untuk memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan. 



Pendekatan ini juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.

“Inisiatif ini bagi memastikan semua platform terlibat untuk memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga,” maklum SKMM dalam kenyataan.

Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini dilaksanakan terhadap penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. 

Penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, dan pelaksanaan ini hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.

Penyedia perkhidmatan yang terlibat akan terus beroperasi menerusi platform  global mereka seperti biasa. Pendekatan ini sejajar dengan amalan  antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar.

SKMM akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memperkukuh keselamatan dalam talian terutamanya kanak-kanak serta keluarga demi manfaat semua pengguna di Malaysia.

Maklumat terperinci tentang pelaksanaan Peruntukan Deeming boleh diperoleh melalui laman sesawang MCMC di. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/FAQ_Pelaksanaan-Peruntukan-Deeming_15-Disember-2025.pdf. 





Tekanan warga pondok desak tindakan terhadap dua tuan guru ditarik balik


 


Surat penamatan kontrak terhadap Tuan Guru Syeikh Wazir Al Makki serta surat pertukaran melibatkan Tuan Guru Syeikh Aziz Che Man didakwa telah ditarik balik susulan tekanan kuat daripada institusi pondok dan masyarakat Islam di Kelantan.

Aktivis, Syam Ghaz, dalam satu catatan menyatakan keputusan itu dibuat selepas bantahan meluas khususnya daripada jaringan pondok di seluruh Kelantan yang mempertahankan peranan dan kewibawaan dua tokoh berkenaan.

Anwar menyantuni Syeikh Wazir Al Makki semasa Program Mahabah MADANI Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok YIK di Kota Bharu pada 8 Ogos lalu.

Untuk rekod, Syeikh Wazir Al Makki merupakan ulama besar Kelantan yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan serta Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan.



Sementara itu, Tuan Guru Syeikh Aziz Che Man yang merupakan mudir atau pengetua Pondok Moden Kandis, Bachok, Kelantan dikenali kerana pendekatan sederhana dan terbuka dalam pentadbiran pondok, serta hubungan baik dengan pelbagai pihak demi pembangunan institusi dan kebajikan pelajar.

Menurut Syam, kedua-dua tokoh berkenaan sebelum ini didakwa dikenakan tindakan penamatan kontrak dan pertukaran oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) selepas mereka menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pondok Moden Kandis, Bachok.

Lawatan PMX pada Ogos lalu turut menyaksikan pengumuman peruntukan RM2.3 juta bagi kerja-kerja naik taraf kemudahan pondok termasuk pembaikan masjid, pembinaan rumah guru, pondok pelajar serta kemudahan asas lain.

Tiada agenda politik

Syam menegaskan, lawatan Perdana Menteri itu tidak mempunyai sebarang agenda politik malah turut dihadiri Menteri Besar Kelantan dan Exco Pendidikan YIK.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (kiri) turut hadir semasa kunjungan PMX di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu pada 8 Ogos lalu.

“Tiada agenda politik pun PMX dalam pondok.

“Yang berpolitik sekarang adalah Pas, yang tergugat sebab PMX lebih terbuka dengan semua Tuan Guru pondok seluruh Kelantan dan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Syam memaklumkan para pelajar Pondok Moden Kandis berasa amat sedih dengan perkembangan tersebut, lebih-lebih lagi ketika projek pembangunan hasil peruntukan kerajaan Persekutuan hampir siap dilaksanakan.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar mempertahankan institusi pondok daripada diperalatkan untuk kepentingan politik sempit serta terus menyokong usaha memperkukuh pendidikan Islam di Kelantan.




Sorang pun tak datang, pemimpin Bersatu merajuk macam budak kecik



Seorang YouTuber yang juga aktivis politik Bersatu, Papa Berry mempersoal ketidakhadiran pemimpin tertinggi Bersatu ke Konvensyen 153 anjuran Sekretariat Orang Melayu (SOM) diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad 

Papa Berry atau nama sebenarnya Nurpais Ismail naik angin kerana tiada seorang pun pemimpin parti itu hadir dalam konvensyen yang membincangkan soal Melayu dan Perkara 153.

Dia mendakwa ketidakhadiran itu kerana pemimpin Bersatu merajuk susulan dakwaan Mahathir bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mencuri wang parti.

“Soalan saya pimpinan tertinggi Bersatu, mana korang?! Disebabkan video Tun tersebar konon-konon disebabkan kau, langsung sorang tak nak datang.

“Apa salah hari ini datang, jumpa depan-depan Tun tanya betul-betul, Tun apa cerita Tun. Betul ke Tun cakap macam itu. Tanya depan-depan lah. Merajuk macam budak kecik.

“Ni cerita Melayulah bukan cerita parti. Merajuk sangat pasal video tu. Tun ada tadi. Relaks je dia. Datang, jumpa depan-depan tanya. Mahiaddin siap keluar kenyataan nafi, ok Alhamdulillah baguslah. Tapi tanyalah Tun depan-depan,” katanya.

Dia berkata, yang hadir hanyalah dua tiga orang ahli Bersatu di peringkat bawahan.




Sanusi naik angin pasal UUM, Pemimpin Umno pulak berlebihan , aiii ada a...

MANA MARUAH YIDDIN & THIR? SALING TUDUH TAPI MASIH BEKERJASAMA! MAHATHIR...

MANA MARUAH YIDDIN & THIR? SALING TUDUH TAPI MASIH BEKERJASAMA! MAHATHIR...

APA HUBUNGAN FARHASH DENGAN ANWAR BIN IBRAHIM ? Djebat Cannel


 Djebat Cannel


PKR yang sudah berubah, bukannya Azam - Rafizi


Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mengkritik apa yang disifatkannya sebagai perubahan sikap parti itu terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki selepas menjadi kerajaan.


Bagi Rafizi, pendirian PKR pada masa ini terhadap Azam tidak lagi mencerminkan pandangan rakyat, yang menurutnya sebagai sederhana dan “bukan berpandukan politik semata-mata”.


"Pendapat rakyat jelas bahawa Azam patut meletak jawatan. Tetapi kini, PKR dan (presidennya) Anwar Ibrahim memuji tindakannya (Azam) sebagai keberanian. 


“Orang yang berubah bukan Azam tetapi PKR dan ini berbahaya," katanya melalui rancangan audio siar Yang Berhenti Menteri, malam tadi.


Rafizi membangkitkan pendirian PKR, khususnya Anwar sendiri, yang sebelum ini menuntut Azam meletakkan jawatan.


"Pada 2020, demonstrasi kecil menuntut Azam letak jawatan. Bukan saya yang mengetuainya, tetapi Datuk Seri Anwar…


"Pandangan PKR pada 2020 adalah Azam terlibat dengan akaun saham yang dikatakan milik adiknya, tetapi siasatan Suruhanjaya Sekuriti jelas menunjukkan dia yang menggunakannya (dan maka) melanggar peraturan dan patut letak jawatan.


"Pendapat ini sepatutnya tidak berubah. Namun kini,  Anwar memuji tindakan Azam sebagai keberanian," katanya lagi.


Pemuda PKR pada Januari 2022 pernah mengadakan himpunan di luar Parlimen dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung isu pemilikan saham tersebut.


Semasa himpunan di luar Parlimen, Anwar hadir untuk menerima memorandum yang diserahkan peserta dan menyuarakan komitmen untuk membangkitkan tuntutan mereka kepada Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, selain menggesa agar tindakan segera diambil.


Mengulas lanjut, Rafizi membangkitkan budaya “politik lama” dan menekankan  gejala rasuah bukan terhad kepada hanya satu parti.


"Kuasa (membawa) rasuah dan kita datang daripada budaya politik lama. Mana-mana parti bila berkuasa, mesti ada yang ‘tewas’. Ini kerana orang yang bagi rasuah tetap ada.


“Rakyat ingin melihat tindakan setara…rakyat sokong anda tangkap sesiapa saja. 


“Tapi kalau cuma lawan dua tiga orang ‘jerung’ rakyat rasa ia serangan terpilih,” katanya lagi.


Risiko hilang wibawa


Menurut Rafizi, prestasi kerajaan dalam soal menangani rasuah semakin dipersoalkan rakyat walaupun kerajaan sering menegaskan ia lebih baik berbanding pentadbiran terdahulu.


"Kalau setahun daripada sekarang kontrak Azam disambung atau persepsi rakyat terhadap SPRM tak berubah, PKR-PH akan diletakkan sama dengan parti-parti lain. Bila PKR-PH hilang kredibiliti antirasuah, apa lagi kredibiliti kita?


"Kelemahan (parti) lain kita boleh terima .Kita letakkan harapan bahawa kamu (PKR) lebih bersih dalam hal rasuah. Jadi bila tiba kontroversi demi kontroversi setakat ini, ia akan bawa malapetaka kepada PH dan PKR," katanya lagi.


Bagaimanapun Azam baru-baru ini memberi bayangan dia tidak akan lagi memegang jawatan ketua pesuruhjaya SPRM selepas tempoh khidmatnya tamat tahun depan, selepas dilanjutkan tiga kali sebelum ini.


Mengakui lanjutan itu mengundang kritikan, dia malah turut memetik nama Rafizi dalam kenyataan tersebut.


"Sudah tiga kali sambung, orang pun dah tak suka dengan saya. Rafizi tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung (kontrak) Azam Baki dan sebagainya," katanya tiga hari lalu.


Rafizi membangkitkan kontroversi melibatkan Farhash Wafa Salvador - individu yang dilihat rapat dengan Anwar dan juga bekas setiausaha politiknya - dan mengingatkan ia boleh menjejaskan PH sendiri.


"Dia kena buktikan macam mana dalam tempoh yang pendek boleh ada kekayaan begitu. Ini semua boleh dibuat dalam masa dua tahun untuk yakinkan rakyat bahawa PH serius.


"Sama ada Anwar ada political will atau tidak, itu soalan besar,” katanya.


Dia berkata dua tahun adalah tempoh yang panjang untuk kerajaan “menunjukkan keikhlasan” dalam melawan rasuah.


“..Rakyat akan menilai keikhlasan. Kalau tindakan diambil dengan adil, rakyat yakin PH serius.


"Kalau tidak, semua usaha bertahun-tahun boleh hilang begitu saja. Kita bina kredibiliti, dan ia boleh hilang dalam sekelip mata," katanya lagi.


Sebelum ini, Farhash turut dikaitkan dengan skandal lesen penerokaan mineral di Sabah, termasuk dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Hajiji Noor menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.


Lembaga Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) kemudian menafikan mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan Farhash telah diberikan lesen penerokaan di negeri itu.


SPRM kemudian membersihkan nama Farhash daripada dakwaan itu selepas siasatan mendapati tiada lesen dikeluarkan kepada syarikat miliknya dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati tiada sebarang pertuduhan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak.


AMAT PELIK

TETAPI

AMAT BENAR

JENG JENG JENG


APA HUBUNGAN

FARHSAH

DENGAN ANWAR

BIN IBRAHIM

JENG JENG JENG


APA HUBUNGAN 

FARHASH

DENGAN

AZAM BAKI

JENG JENG JENG


A 6 68PAKAH2 MEREKA

INI SEMUA AHLI

PERSATUAN

CABUT SAT

NAK KENTUT

KAH KAH KAH




MAAF NAK HABAQ MAI KAT HANG...



 MAAF NAK KATA, INI KENYATAAN BODO'





Malaysiakini menulis (komen saya di bawah):


Dalam sidang media selepas prosiding di mahkamah, MP PN itu menyifatkan pertuduhan terhadapnya dibuat tergesa-gesa.


"Jangan gunakan kuasa untuk menekan orang lain, tetapi pada masa sama menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Tuduhan ke atas saya seolah-olah dibuat untuk mengalihkan perhatian daripada kes melibatkan bekas setiausaha politik perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini.


------------


Ini, pada hemat saya, adalah kenyataan yang cukup bodo'. Sebabnya:


1. Bila kena kat batang hidung pemimpin PN, depa selalu jaja alasan 'pendakwaan politik'.


2. Tapi bila kena kat batang hidung orang berkait kerajaan (contoh: Shamsul), depa melonjak-lonjak, menyerang sana sini, menuding sana sini.


3. MP PN yang didakwa berkata pendakwaan terhadapnya 'tergesa-gesa' untuk 'mengalihkan perhatian daripada kes melibatkan bekas setiausaha politik perdana menteri.'


4. Tapi, saya masih ingat, sebelum Shamsul didakwa, naratif yang dimainkan di media sosial oleh persekitaran pembangkang (merangkumi juga laskar siber, aktivis, pemimpin bawahan tertentu) ialah Shamsul akan dilindungi.


5. Namun, bila Shamsul ditangkap, semuanya 'terkejut badak' dan terus tukar naratif di media sosial, kononnya penangkapan Shamsul sekadar 'wayang kulit' untuk alih perhatian daripada PMX.


6. Kemudian, bila Shamsul didakwa, mereka 'terkejut buaya' dan tukar naratif lagi, kali ini kononnya Shamsul 'dikambing hitamkan' untuk lindungi PMX, walaupun saya difahamkan oleh sumber yang boleh dipercayai, bahawa SPRM menemui bukti 'incriminating' terhadap Shamsul dan Albert Tei.


7. Kini, apabila MP PN didakwa, naratif baru yang dimainkan ialah 'pendakwaan tergesa-gesa untuk 'mengalihkan perhatian daripada kes Shamsul'.


8. Tukar tiang gol dan persekitaran pembangkang berpisah tiada.


9. Pokoknya, tergesa-gesa atau tidak, sudah ada charge sheet (kertas dakwaan) dan dakwaan Mahkamah, dan ianya bersandar hasil siasatan SPRM.


10. Jika MP PN yang didakwa boleh kata pendakwaan terhadapnya 'tergesa-gesa' untuk alih perhatian daripada isu Shamsul, bukankah saya boleh berkata bahawa MP berkenaan sedang cuba alih perhatian daripada  hakikat bahawa ada charge sheet yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah.?


RJ Rithaudeen





Mmmmm...KIOK



 Pemuda Bersatu (Armada) Johor mendakwa pihak tertentu telah “memanipulasi” rakaman video pertemuan mereka dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya awal minggu ini.






Ini susulan tularnya satu klip berdurasi dua minit di WhatsApp, yang memaparkan Mahathir skononnya menuduh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mencuri wang parti.


Ketua Armada Johor Alias Rasman menafikan perkara itu dan mendakwa Mahathir sebenarnya merujuk kepada individu lain, bukan Muhyiddin.


Dakwanya, video tersebut telah “disunting” demi kepentingan politik pihak tertentu. 


Berita penuh: https://mk.my/0bCEdvP




KENA WALAQ BARU SESUAI HARFINNYA.

 Che Ibrahim


Antara dua terjemahan...secara "harfin"nya terjemahan penyokong Pas lebih betul di sisi mereka.





ZAHID HAMIDI JANGAN BIMBANG, PARTI YANG KELUAR BN SUKAR UNTUK MASUK SEMULA




15 December 2025


Semacam memberi amaran kepada MIC serta MCA, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana parti yang keluar daripada gabungan itu tidak akan diterima semula jika mereka ingin kembali suatu hari nanti.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka agar jangan menyesal jika memilih keluar meninggalkan BN.


“Jangan buat keputusan hanya kerana ‘mabuk kuasa’ dan tanpa mengira kita adalah kawan lebih daripada 70 tahun.


“Saya bimbang ada pihak yang akhirnya berada dalam keadaan gantung tidak bertali,” katanya lagi.


Sebagaimana dilaporkan sebelum ini, MIC sudah pun menulis surat kepada PN menyatakan hasrat menyertai gabungan itu.


Ini menggambarkan MIC sudah memulakan langkah keluar BN dan mahu bersama PN.


MCA pula memberi amaran akan meninggalkan BN jika gabungan itu bekerjasama dengan DAP pada PRU16 akan datang.


Ini memperlihatkan MCA juga akan meninggalkan BN, tapi masih mahu menunggu dulu sehingga PRU16, walaupun pada hakikatnya sudah boleh dijangka, DAP adalah kekasih baru yang lebih menarik hati berbanding MCA bagi BN.


Bagi UMNO dan BN, dulu No Anwar No DAP, tapi sekarang, seDAP bersama DAP.


Pun begitu, Zahid Hamidi sebenarnya tidak perlu memberi apa-apa amaran atau peringatan kepada MIC dan juga MCA.


Parti yang ingin keluar daripada BN sudah tentu telah memikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan demikian.


Setelah tiga tahun sejak berkawan dengan PH/DAP, MIC dan MCA sudah tentu telah menyaksi dan merasakan bagaimana mereka semakin tidak dipedulikan dalam gabungan itu.


Seperti isteri yang tidak dipeduli dan diabaikan selama bertahun-tahun lamanya, pilihan yang terbaik demi kehidupan yang lebih baik ialah memohon perpisahan.


Dalam hal berkaitan, bila MIC khususnya telah membuat pilihan untuk berpisah,  berpatah balik tiada lagi dalam kamus pilihan.


Begitu juga jika MCA turut keluar BN nanti, pilihan keluar daripada rumah BN dan masuk ke rumah PN adalah pertimbangan yang munasabah lantaran melihat kepada kedudukan semasa kerajaan yang ada.


Selepas keluar, tidak mungkin mereka ingin kembali semula kerana BN pun selepas itu akan menjadi gabungan yang semakin kecil.


Kiranya menjadi kenyataan MIC dan MCA keluar BN, gabungan itu hanya tinggal UMNO dan PBRS saja lagi.


Dalam keadaan sebegitu, rasa-rasanya tidak mungkin BN mampu beroleh keputusan yang lebih baik berbanding pencapaian mereka pada PRU15 lalu.


Pendek kata, Zahid Hamdii jangan risau memikirkan kemungkinan MIC dan MCA menyesal dan mahu kembali semula kepada BN setelah keluar nanti.


Takut nanti, selepas keputusan PRU16 akan datang, BN pula yang datang mencari PN untuk memastikan mereka kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan. – ShahbudinHusin 15Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/zahid-hamidi-jangan-bimbang-parti-yang-keluar-bn-sukar-untuk-masuk-semula/



MANUSIAWI

 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mendermakan RM120,000 kepada Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq, atau Medina, dua tahun, yang sejak lahir menghidap penyakit hati serius, biliary atresia.



Sumbangan itu melengkapkan jumlah RM180,000 yang diperlukan bagi pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Shanghai, China.


Menurut bapa Medina, Ikmal Haziq Mazlan, 24, dana tersebut datang daripada simpanan haji Akmal dan isterinya, yang sepatutnya digunakan untuk menunaikan ibadah itu tahun depan. 


Berita penuh: https://mk.my/vh1UxT3




HONGGAQ JANGAN TAK HONGGAQ... SAMPAI OATAH TIANG BESI.. TUUU DIAAA NOH