[penyamar] KONON SOKONG DS ANWAR !RUPANYA GENG PAS & BERSATU!
KALAU TAK REPORT MEMANG LEMBIK MACAM FAHMI
Pak Ya Siam
Satu ja nak kata..
Kalau AMK atau geng Madani tak buat report memang HAMPA xboleh pakai…
Lembik !! Madani Lembik !!
MOHON WALAUN BODOH HADAM YA..JANGN TAU NAK BUAT FITNAH JE!!
Ariana Rina
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor
1. Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru, Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.
2. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa Forest City akan diberikan nafas baru dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
3. Semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan sedang giat berusaha untuk merancak dan mempertingkatkan ekonomi Johor agar memberikan impak positif seperti peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi buat Bangsa Johor. Justeru, khabar angin yang tular ini dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
4. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor juga tidak pernah menerima jemputan bagi sebarang perbincangan berhubung perkara ini, apatah lagi terlibat atau dirujuk mengenainya. Kerajaan Negeri juga tidak menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara yang sama.
5. Sejarah jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di Johor telah ditutup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa Baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di negeri Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini.
6. Dengan penegasan ini, Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak lagi diperpanjang dan dimomokkan sehingga menjejaskan kerukunan dan nama baik negeri dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor
26 April 2024
Rujuk
ððð
https://www.facebook.com/share/p/GvbDnNPNsdXnDGqX/?mibextid=oFDknk
FUHYOO
Guru Yaya.
Ada Tak Pemimpin Pembangkang Yg Akan Kata PMX Tak Boleh Berucap Di World Economic Forum Sebab Boleh Mempengaruhi Pengundi DUN KKB.. ððPN&Walaun Makin Panas Tengok Video Nie..ð€£ð€£ð€£
JANGAN SEBAR BERITA PALESU.. PATUT KAU KENA KUAT TURUN BAGI PENERANGAN..
FAHMI SEBAR BERITA PALSU
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan madani membayangkan, Anwar Ibrahim mungkin tidak turun berkempen di PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) yang tarikh pengundiannya pada 11 Mei depan.
Fahmi mendakwa, sudah menjadi “tradisi” dalam beberapa siri PRK sebelum ini Perdana Menteri tidak turun berkempen.
“Berhubung bila Perdana Menteri turun di KKB saya tak tahu lagi. Saya tak berhubung dengan beliau.
“Beliau kini di luar negara. Kebiasaanya, untuk PRK dalam banyak siri sebelum ini Perdana Menteri tak turun.
Ini bukan sahaja amalan dalam pentadbiran sekarang, tetapi pentadbiran-pentadbiran sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu.
Sebenarnya fakta yang dikemukakan Fahmi dalam hal tradisi Perdana Menteri ini adalah salah dan tidak betul sama sekali.
KKB adalah PRK ketujuh yang diadakan sejak Anwar mengetuai kerajaan madani.
PRK pertama yang diadakan ialah Kuala Teregganu yang diadakan bersekali dengan PRN negeri tersebut pada Ogos 2023.
Pada 9 Ogos, Anwar dalam rangka kempen PRN turut berkempen di Kuala Terengganu dalam Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Hiliran yang turut dihadiri calon PH kawasan tersebut, Azan Ismail.
Kemudian, dalam PRK Pulai yang diadakan berikutan kematian Salahuddin Ayub, Anwar telah datang berkempen bagi calon PH, Suhaizan Kaiat pada 3 September dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, Johor Bahru.
Pada tarikh yang sama, 3 September, Anwar juga turut berceramah bagi membantu calon PH di PRK Dun Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman.
Pada PRN Dun Pelangai, Anwar tidak ketinggalan turun berkempen dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai pada 2 Oktober 2023.
Turut bersama dalam ceramah bagi membantu calon BN, Amizar Abu Adam itu ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Seterusnya pada PRK Kemaman, Anwar sekali lagi tidak memencilkan diri dengan turut datang berkempen bagi membantu calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Beliau hadir dalam Ceramah Mega Perpaduan MADANI PRK Kemaman di Dataran Restoran Cahaya Mesra, Geliga yang turut dihadiri beberapa pemimpin kerajaan perpaduan.
Anwar hanya tidak turun berkempen pada PRK Jepak di Sarawak yang diadakan pada 4 November 2023.
Dengan itu, untuk Fahmi membayangkan bahawa Anwar mungkin tidak turun berkempen di KKB atas sandaran ia adalah tradisi PMX dan amalan Perdana Menteri-Perdana sebelum ini adalah tidak benar dan seolah-olah menyebar berita palsu.
Berita benarnya ialah PMX mempunyai tradisi turun hampir semua PRK yang diadakan sebelum ini.
Tun Mahathir Mohamad ketika berkuasa di era BN selama 22 tahun memang tidak pernah turun berkempen di mana-mana PRK dan menyerahkan mandat mengetuai jentera kempen kepada Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi bila berkuasa buat kali kedua atas nama PH pada 2018, Tun Mahathir telah memecahkan tradisi dengan turut berkempen dalam PRK Port Dickson dan Semenyih.
Calon PH bagi PRK Port Dickson ketika itu ialah Anwar (menang), manakala Semenyih ditandingi oleh Muhammad Aiman Zainal (tewas).
Hanya Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang benar-benar tidak pernah turun berkempen dalam mana-mana PRK ketika mereka memegang jawatan Perdana Menteri.
Ketika Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri pula, tiada PRK pernah diadakan, kecuali PRN Sabah, Melaka dan Johor.
Bagi PMX, memang tiada keperluan sebenarnya untuk beliau turun berkempen dalam PRK kerana ia sepatutnya diketuai oleh timbalannya saja.
Lagi pun, Anwar sekarang ada dua Timbalan Perdana Menteri, tak perlu pun beliau turun berkempen.
Sebaliknya, di kalangan menteri-menteri dan bagi membantu Timbalan Perdana Menteri, Fahmi selaku Menteri Komunikasi adalah yang patut paling kerap turun memberi penerangan dan berkomunikasi dengan pengundi jika ada PRK diadakan.
Namun, sebelum bercakap, pastikan fakta yang dilafazkan itu betul dan tepat, bukan komunikasi yang tak ada isi. – ShahbudinHusin 30April2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/30/fahmi-salah-fakta.html
CALON PN NI ADA UTANG AH LONG KE?
Jamzuri Ardani
Aaah ... sudah. Kalau hutang along pun dia berani skip ... janji-janji masa kempen pilihanraya ni boleh ke percaya???
ALIRAN APA PUN WAJIB BAHASA MELAYU.. KO DAPAT BAHASA MELAYU BERAPA?
Iswardy Morni
Kah kah kah. Takut dia netizen tanya berapa dia punya SPM, dia pusing sekolah vernacular. Sekolah vernacular pun spm dia BM A. Cuba spill jap hang punya SPM berapa? Amacam?
ANTARA PEMBANGANG DAN PEMBANGKANG, SIAPA LEBIH EGO??
Che Ibrahim
Semasa DSAI memimpin ABIM, ramai pemimpin Pas termasuk arwah ust Fadhil Nor dan Haji Hadi bersama Anwar dalam ABIM.
Apabila Anwar memilih untuk masuk UMNO/BN, Pas mula menyerang Anwar kononnya terjun jamban tahi untuk cuci tahi.
Apabila Anwar dipecat dari UMNO, Pas antara parti pertama yang sokong dan pertahankan Anwar.
Apabila pembangkang membentuk pakatan baru atas nama Barisan Alternatif, Pas dengan suci hati menerima Anwar untuk mengetuai gerakan menentang BN.
Apabila rakyat mula menolak BN dan menyokong pembangkang (PKR, Dap, Pas), Pas tanpa ragu ragu bersama Anwar dan Dap membentuk Pakatan Rakyat Dan melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Apabila Anwar dipenjara, Pas tidak menuntut untuk menjadi ketua pakatan pembangkang, sebaliknya bersetuju melantik Wan Azizah sebagai Ketua kerana menghormati kepimpinan Anwar.
Arwah Ust Fadhil, arwah Tok Guru Nik Aziz, Arwah Ust Yahya Othman, Arwah Ust Azizan Razak, arwah Ust Haron Din antara pimpinan tinggi Pas yang amat mengkagumi Anwar.
Anehnya apabila Anwar jadi PMX, Pas membenci Anwar melebihi kebenciannya kepada Mahathir sebelum ini. Mengapa??... Adakah kerana Pas sebagai pembangkang atau politik bangang telah menguasai Pas??
DARI NAK BUAT MRT DI LANGKAWI, BAIK BAGI AYAQ ADA DULU... BANYAK NGAT UMUM..SATU APA PUN TAK SIAP.
.
Bila Kedah umum nak buat LRT maglev (magnet levitation) di Langkawi, aku husnuzhon dulu. Terus mesej member yang memang tinggal di sana.
Aku dah lama takpi Langkawi. Aku dok ingat kot la ni tahap jem dia macam di Penang.
Ya la, Penang memang tahap jem dia gila punya. Logik la nak buat LRT.
Tapi, laaa rupanya Langkawi pada hari biasa tak jem langsung.
Jadi, untuk apa sebenarnya LRT ni?
Apa masalah Langkawi la ni? Kurang pengunjung/pelancong.
Rakyat Malaysia lebih suka masuk Siam sekarang ni.
Tapi, takkan cara nak tarik pengunjung datang ke Langkawi adalah dengan bagitau ada LRT?
Ada ka orang yang sebut, "kami nakpi melancong ke UK/Turkiye/Korea sebab nak naik LRT."
Kalau ada orang sebut camtu, kita pun macam....haaa?
Berapa anggaran kos maglev train ni? Dalam lingkungan USD50 juta ke USD100 juta untuk 1km.
Boleh Google sendiri projek maglev yang dah wujud di negara lain.
Kedah umum LRT tu dari Jeti Kuah ke Pantai Cenang, yang berukuran lebih kurang 20km.
Jadi, anggaran kos, amik paling murah USD50 juta darab 20km, bersamaan USD1 billion, atau 4.7 billion ringgit!
Mahai bang maglev ni, sebab dia laju.
Tapi hang takat 20km nak laju-laju pi mana?
Belanjawan Kedah pulak berapa? 1.24 billion ringgit.
Nak buat LRT di Langkawi yang 20km tu saja dah makan semua siap berhutang belanjawan Kedah.
Logik ka tak logik?
Bila pulak nak dapat pulangan, ROI? 500 tahun? Kos nak maintain pulak macam mana?
Syarikat mana nak operate kalau ROI macam haram?
Last sekali dok nampak suruh kerajaan pusat amik alih dan tanggung.
Adalah lebih menjimatkan jika Kerajaan Kedah tengok pilihan lain, seperti trackless tram, keretapi tanpa rel.
Ia beroperasi guna elektrik, boleh muat 150 penumpang sekali jalan.
Jauh lebih cost effective untuk cover sebuah pulau macam Langkawi.
Takpun, buat ja flyover di Langkawi tu.
Kerajaan Kedah juga boleh saja buat survey untuk penduduk Langkawi, dan aku yakin bukan LRT yang jadi keutamaan depa.
Pulau pelancongan seperti Bali yang jauh lebih besar dari Langkawi pun tak ada LRT.
Jadi, apa gunanya idea LRT maglev Langkawi ni selain nak memuaskan nafsu khayalan sendiri, konon negeri paling hebat?
Dey, litar lumba paling simple punya projek pun gagal.
- Najib Bakar
BODO JUGA.. TANYA DENGAN TUDUH LAIN.
Bekali dia ingat ##pdrm ni dipenuhi dengan pegawai pegawai kurang cerdik serupa pembangkang lo ni juga....
DIA TAKUT NAK DEDAHKAN KEPUTUSAN PMR, SRP ATAU SPM DIA....DAN LEBAI NI DIA MEMANG TAK CERDIK. SELALU BAGI BOLA TANGGUNG. TAK PERCAYA LIHAT SAJA SOALAN SOALAN DIA DALAM DEWAN RAKYAT.
Fadli Shaari. Otak kemetot.
Saya mohon maaf kerana bangkitkan isu pendidikan peringkat UPSR dan SPM calon PRK KKB. Secara tidak langsung mendedahkan calon tersebut mendapat pendidikan di sek vernakular. Dengan permohonan maaf ini, semoga isu ini berterusan sehingga pilihanraya kecil nanti.
https://harakahdaily.net/index.php/2024/04/29/masalahnya-anda-cepat-koyak-mudah-melenting-fadhli/
Ada yang cabar saya dedahkan sijil saya pula, isunya bukan saya yg bertanding kali ini. Nanti saya bertanding saya dedahkan ye, dari pendidikan rendah sehingga ke peringkat tertinggi, itupun jika calon lawan saya nanti juga dedahkan sijil akademiknya. :D
[mahkamah] CHEGUBAD KAKI PEMFITNAH! DIDAKWA MEROSAKKAN NAMA BAIK AGONG!
ADAKAH DEGREE YB INI IKUT STANDARD MQA??
ADAKAH DEGREE YB INI IKUT STANDARD MQA??
(Jangan koyak, ambo tanya jah)
Che Ibrahim
Setahu ambo YB ini menyambung pengajian di Tahun Akhir Kuliah Dakwah di Universiti Al Azhar cawangan Tonta menggunakan Diploma Dakwah Wal Qiadah dari KIAS.
Isunya adakah mengikut Dasar Pengajian Tinggi Negara seperti yang ditetapkan oleh MQA, seorang pemegang diploma layak menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda terus di tahun akhir pengajian??
Maknanya lepasan diploma hanya belajar setahun sahaja di peringkat sarjana muda dan terus dianugerah ijazah sarjana muda sedangkan syarat MQA memerlukan sekurang kurangnya 2 tahun pengajian. Maksima perpindahan kredit yang dibenarkan bagi program diploma ke program ijazah sarjana muda ialah 30 jam kredit...Adakah situasi ini telah memenuhi kriteria/standard MQA??
FADLI SHAARI.. SILA TUNJUK SIJIL PMR, SRP, SPM KAMU.... KAMI NAK TENGOK.... BIASA KALAUBOTAK KEMETOT SEKOLAH RENDAH DULU DOK KELAS TERKEBELAKANG SEKALI... MAK AYAH HANTAR SEKOLAH AGAMA... YELLEK...
KALAU KAIL PANJANG SEJENGAKAL
MSO
Calon PH Pang Sock Teo dah sahut cabaran seorang politician ubi kayut agar dedahkan keputusan peperiksaanya. Pang suda dedah keputusan exzamnya sangat cemerlang A dalam Bahasa Melayu A- dalam Bahsa Cina.
Keputusan ini menunjukkan Pang lebih terror dalam bahasa Melayu berbanding bahasa ibundanya.
Sekarang giliran individu yang cabar Pang pula kena dedahkan keputusan peperiksaanya. Silap silap individu berkenaan periksa SPM pun tak ambil. Kalau setakat gi Mesir, saya pun pernah ke negeri padang pasir itu.
Itulah kalau kail panjang sejengkal jangan lautan cuba diduga. Kalau tak pandai berenang berpuas hati saja dengan air sungai Kelantan yang verearna itu jangan cuba nak bercakap soal sungai Kelang. Trims.
MASTER DIA TAK DIIKTIRAF KOT.
La Jo Ir
Kena ambil ijazah (degree) dahulu, LPs itu Baru sambung ke sarjana (master) ??? Berkatalh Jujur wlupun kebenaran itu pahit..

[panas] PU SYED KATA “HARAP MB DIGANTI BARU” SELEPAS PU SYED TEGUR TAPI ...
DAP TAK TERKESAN PENDIRIAN MCA, PUJUK PENGUNDI LEBIH PENTING DARIPADA PUJUK PARTI
DAP nampaknya tidak terkesan dan tidak peduli
dengan keputusan MCA enggan membantu mereka dalam PRK Kuala Kubu Bharu ini.
Malah, DAP juga tidak berhasrat untuk memujuk
MCA.
Ini kerana kerana bagi DAP, yang penting ialah
memujuk pengundi, bukan memujuk parti.
Berikut penegasan DAP mengenai keputusan MCA
untuk terus memboikot PRK Kuala Kubu Bharu:-
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook
menegaskan keutamaan yang harus diberikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu adalah memujuk pengundi, bukan
mana-mana parti untuk menyokong mereka.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata,
pihaknya juga menghargai mana-mana parti atau individu yang menyokong calon
Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.
“Pilihan raya bukan soal parti sebaliknya
tumpuan kepada rakyat. Jadi, pada saya paling penting pujuk pengundi, bukan
mana-mana parti.
“Yang datang membantu kita amat hargai. Yang
tidak membantu kita tak paksa. Kalau tak sanggup membantu itu hak dia.
“Saya tak perlu gaduh dengan mereka. Paling
utama adalah soal pengundi sebab mereka yang akan membuat keputusan dan memilih
wakil rakyat mereka, bukannya soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita
selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu
Selangor di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama
ada DAP sedia memujuk MCA turun membantu calon Kerajaan Perpaduan susulan
tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memboikot kempen kali ini.
Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA sebelum
ini dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK
DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.
Sementara itu, Anthony Loke memuji komitmen
diberikan BN dalam pilihan raya kali ini.
Saya nampak komitmen sangat tinggi daripada
BN, terutama Presiden UMNO sendiri
“Wanita UMNO juga sudah digerakkan bersama,
selain jentera PH, kita yakin dapat jalankan kempen dengan baik,” katanya.
TERBAIK- BERJAYA COPR TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMFITNAH!
TERKINI! Calon PH straight A | Cikgu Bard fitnah, rosak nama Agong | Ber...
BAIK PENJARA, SEBAB KENA PENJARA BARU PEJUANG SEJATI
LEBAI BERKOPIA PUTIH CABAR CALON PH DAN AKHIRNYA MEMALUKAN DIRI SENDIRI!
CALON PH MENJAWAB SOALAN LEBAI FADLI SHAARI...LEBAI DAPAT BERAPA A PULAK.
WOIII... TAK MAU TEBUK ATAP LAGI KA.
Che Ibrahim
Habis dah bab nak tebuk atap... Cari kunci pintu pula....
Kunci ke Putraya jaya ialah cukup jumlah... Wat ada dalam poket pun dah 6 MP lari...
ANAK MUDA BANGSA CINA TAMAT SEBAGAI KOMANDO
Leftenan Muda Chan Satu-Satunya Penuntut Berbangsa Cina Tamatkan Kursus Asas Komando GGK 2024.
Artik
NEGARA LUAR BUAT DUIT BILLION DENGAN UBI KAYU- DI MALAYSIA MALAS MENJADIKAN OTAK TAK BERFUNGSI.
ANTARA UBI KAYU DAN KEBODOHAN
Che Ibrahim
Ubi kayu bukan sahaja menjadi makanan utama orang asli di pedalaman, namun ianya menjadi makanan popular orang melayu yang cerdik dalam berbagai bentuk.
Antara kuih ubi kayu yang amat laris di Kelantan ialah:
1. Bekey/boko ubi kayu
2. Buku manis (Poli ubi kayu)
3. Putu halba (barang dlm kain yang amat popular musim hujan)
4. Tapai ubi kayu (digoreng lagi sedap).
Tu tak kira lagi ubi kayu rebus dimakan dengan nyiur muda atau sambal goreng, ubi kayu bakar dimakan dengan ikan kering bakar atau daging/ikan pekasam.
Kesian ke budak budak diupah/dihasut untuk menghina makanan tradisi orang melayu semata mata kerana politik yang sempit. Hanya orang bodoh yang menghina ubi kayu.
SAKAW DENGAN SYARIKAT BAWAH KAWALAN
Iswardy Morni
Dia berkata projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin berkenaan dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.
INGAT ANAK... BAPAK PUN SAMA.
Najib BKar
Ingatkan anak ja, pak dia pun kena siasat sama. Kes sakau projek bernilai ratusan ribu.
Walaupun pemimpin kanan tu tak disebut namanya, tapi orang boleh teka.
Meh kita tengok klu yang diberi.
1. Pemimpin tu lantik beberapa syarikat untuk kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan membabitkan peruntukan Pejabat MENTERI BESAR bernilai RM 1 juta.
Syarikat-syarikat itu ada link dengan ANAK pemimpin tersebut.
2. Syarikat-syarikat tersebut kemukakan DOKUMEN PALSU untuk claim kerja-kerja tersebut.
Dan ada pihak yang dapat komisyen 5% dari kerja-kerja itu.
3. Sejumlah 15 syarikat dikenali pasti dikawal oleh ANAK pemimpin itu.
Antara aktiviti syarikat yang dijalankan adalah bekal AIR MINERAL, dan cenderahati.
.
Kerja tak jalan, claim palsu tuntut semua. Haram tak bawak keluar modal. Untung dah kat situ. Pastu pau lagi 5% komisyen.
Ish ish ish. Pemimpin parti mana la agaknya yang best dan bersih sangat ni?
Budak tu menantu siapa la agaknya?
Hmmmm, ada dipetik MENTERI BESAR, ANAK, DOKUMEN PALSU, dan AIR MINERAL.
Jadi, boleh tau dah kan siapa pemimpin kanan di utara yang disiasat tu? ð
AWAS KAKI PUKAU
Nazrul Fahmi
Sesiapa yang pernah nampak 2 ekor ni jgn bagi masuk kedai mahu pun rumah ye...dah 3 kes kat taman teratai skudai kena pukau dengan 2 ekor ni 1 nasi kukus noni 1 restoren ibu anas lepas tu 1 lagi dlm econsave taman teratai kedai pakaian...
Kereta 2 ekor ni sentiasa bertukar2 cakap english pura2 tak paham bahasa melayu...ada yg disuruh tgk mata dia ada yg salam terus x blh buat ape2...
Target yg paling mudah kedai yang pintu sentiada terbuka jadi senang utk melarikan diri.
TAK KENA SELERA NAK PINDA AKTA LAUT.... YA AMPU SALAM..
YB TS Abdul Hadi Awang masa kamu berkuasa kamu tak reti pula nak pinda Akta Laut Wilayah dan tukar Istilah nama Wang Ehsan kpd Royalti?
Sekarang baru kelam kabut. Time ada Kerajaan 18 YB Pas jadi tunggul kayu.
RUU355 & Royalti Kelaut waktu kamu jadi Kerajaan Pusat!
ADA ORANG TIDUR TAK LENA....
Najib Bakar
Semalam aku pi IPD Gombak selepas dihubungi Inspektor A**** untuk update kes Suffi Kamari.
Pihak polis nampak status aku di FB bertanya soalan tentang update kes tersebut.
Gambar kedua tu adalah asas laporan polis aku pada 3 Mac 2023, di mana Suffi mempertikai dan merendahkan Istana Negara dan YDPA.
Semalam baru aku tahu, rupanya sehari selepas laporan aku, iaitu pada 4 Mac 2023, seorang pegawai polis di Kuala Lumpur juga membuat laporan ke atas Suffi di atas isu yang sama.
Maksudnya, pegawai polis pun beranggapan twit si Suffi ni melampau.
Ya lah, pihak Polis mestilah jaga Institusi Diraja, nama pun Polis Diraja Malaysia. Bila ada jenis melampau macam Suffi ni, depa pun geram dan cemus.
Najib. Bakar
Susulan itu, Suffi dipanggil beri keterangan di Bukit Aman (kes melibatkan YDPA akan disiasat unit D5 Bukit Aman) pada 23 Mac 2023, telefon Redmi Note 11 dia dirampas.
Oleh sebab siasatan polis berdasarkan laporan dari pegawai polis pada 4 Mac 2023, bukan berdasarkan laporan aku, pihak polis tak perlu update aku status siasatan.
Kalau tanya aku, apa yang akan terjadi pada Suffi mengenai kes ni, terus terang aku tak tau.
Ia bergantung kepada Pejabat Peguam Negara, kalau nak caj di Suffi ni di mahkamah atau tidak.
Cuma bagi aku, satu kepuasan juga bila dapat tahu pegawai polis sendiri buat laporan ke atas Suffi.
Adan uke.
MASTER YANG TIADA MQA
EKSEKUTIF
Calon PN KKB walaupun terdiam semalam dan respon “No comment” kepada wartawan, ketika ditanya mengenai kelayakan beliau. Kemusykilan menerima Master sejurus lepas Diploma kurang dalam masa 3 tahun.
Hari ni telah buat kenyataan FB katanya memang betul beliau grad siap bagi Transkrip dan sijil.
Rupanya Master yang dia ada, bukan Master biasa. Master ini yang tiada pengiktirafan MQA, ini seperti sijil mengiktiraf pengalaman yang ada. Namun tidak boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran dalam trek biasa.
Bila CV seorang calon pelik2, Pengundi harus bertanya. Seperti dalam kes ini, kita heran kenapa dia boleh dapat Master sebegitu mudah bila orang lain punya teruk lanjutkan pelajaran. Jawapannya, kerana ni sijil Master yang tidak setaraf dengan Master di luar sana. Tiada pengiktirafan MQA jua.
Maknanya, boleh lah pengundi paham kelayakan sebenar seorang calon itu. Tidak adalah misrepresentation (atau salah anggapan).
Satu lagi yang beliau tidak selesaikan, yang dibangkitkan netizen, ialah isu menjadi Eksekutif Kewangan Bursa Malaysia. Bolehkah beliau menjadi Eksekutif Bursa Malaysia hanya guna SPM?
Takpun beliau hanya broker saham, tapi ditulis bekerja dengan Bursa Malaysia? Itu perlukan penjelasan.
Banyak persoalan CV beliau ini. Kalau kita, orang nak mencari kerja, pening sgt CV nya dan tak jelas pula, memang susah lah kita nak ambil bekerja.
Namun, bila tang mengundi dan memilih Yang Berhormat atau Wakil Rakyat kita, ramai orang hanya pilih ikut kaum dan agama. Kelayakan itu, dipejamkan mata.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
SERANG PERIBADI
Ada kerja kosong di tempat kita. Kita perlu pilih calon yang sesuai untuk isikan. Tak kisah lah berdasarkan pengetahuan atau pengalaman.
Kita kaji resume calon yang diberi. Banyak yang kita sangsi:
1. Master dibuat masa PKP, kurang 3 tahun dari dia dapat Diploma.
2. Dia mengaku jadi Eksekutif Bursa Malaysia, tanpa apa2 sijil lain kecuali SPM.
3. Dia mengaku dia bekerja sebagai Pengurus Besar syarikat.
Kita (wartawan dan netizen) pun mula bertanya soalan. Sebagai logiknya untuk kita buat keputusan.
Mulanya dia taknak komen. Lepas kena pressure dia pun tunjuk sijil dan transkrip. Betul ada sijil, tapi sebenarnya sijil tak diiktiraf Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA), terjawab persoalan kita, Master Exec dia dapat cukup senang dan dalam masa singkat dari Diploma. Tak diiktiraf rupanya. No wonder.
Bila kita pressure isu lain, tambah bila kerjaya dia pun jadi persoalan, jadi Eksekutif di syarikat GLC Bursa Malaysia guna SPM saja. Katanya jadi Managing Director sekarang tapi syarikat tutup pula.
Dia jawab, “eh apa ni, saya nak buat kerja. Jangan lah serang peribadi”.
Geng2 terpaling menyokong dia cakap, apa ni serang peribadi calon kami? Takkan itu pun nak jadi modal calon kami cari kerja?
Hello dey…. Dia nak jadi wakil rakyat kita kot, of coz la wartawan dan netizen akan tanya. Kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Elok bertanya sekarang, dari terlepas jadi wakil rakyat tanpa kita tahu latar belakang.
Ingat dulu, tiada orang bertanya pun politicians ni sebelum pilihanraya. Lepas dah jadi Menteri baru tahu depa menipu. Tapi itu zaman dulu Bhai…
Sekarang dah macam2 perangai politicians kami jumpa, pasrah lah kalau kena tanya. Bab pendidikan dan pengalaman. Ini bukan PERIBADI punya serangan.
Serangan peribadi tu ialah serang isu personal, seperti status kahwin, dia janda atau duda, berkahwin dua tiga? Atau apa yang dipakai: bertudung, berkopiah atau tidak. Serang keluarga dan anak2 dia. Itu barulah serangan peribadi.
Taknak la awak nak mintak kerja dengan kita, kita persoalkan kelayakan dan pengalaman, dia kata “go fly kite”. Hello… It’s totally within our rights!
Ajaran sesat mana kata pengundi dan wartawan tidak boleh bertanya kelayakan anda. Ia satu bentuk serangan peribadi. Kalau macam tu, kami nak nilai pakai apa? Takkan la hanya tengok kaum dan agama?
Kalau di luar negara, nak jadi wakil rakyat dan Menteri, siap kena lalui ujian saringan, kena IQ test lagi. Due Diligence punya teruk. Di sini, calon kita panas bila kita persoal resume yang dia sediakan.
Ini contoh2 Menteri yang kita terlepas pandang. Nak kerja piun dengan Kerajaan pun punya banyak tapisan. Takkan lah anda nak jadi Wakil Rakyat, senang2 lah pulak dilepaskan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
TENANG LA SANGAT
Kelakar pulak baca. Mahathir ðð²ð»ð®ð»ðŽ dia kata? Dah menggelupur macam ð¶ðð¶ðž ðžð²ð»ð® ðð²ðºð¯ð²ð¹ð¶ðµ bila anak anaknya dipanggil SPRM, tenang dia kata?
Kenyataan dia baru-baru ni kata kerajaan gunakan mahkamah untuk ð®ð»ð°ð®ðº ð¿ð®ðžðð®ð (baca: anaknya) bukti yang sang tua ini ðð®ðž ðºð®ðºðœð bertenang lagi.
Jujurlah pada diri sendiri. Semua walatok pun boleh nampak ðŽððð®ð¿ð»ðð® ð·ð¶ðð® ðŒð¿ð®ð»ðŽ ððð® ð¶ð»ð¶. Bila berpura pura macam ni, nampak kelakar la. Guane boh?
Raja Gelap II
.
RAMALAN TUN M SEKADAR PSIKOLOGI TERBALIK
Pelbagai pihak tampil memberi reaksi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meramalkan calon calon PH daripada akan menang dalam PRK Kuala Kubu Bharu, 11 Mei depan.
Beliau adalah paling awal membuat ramalan berkenaan PRK Kuala Kubu Bharu iaitu hanya beberapa jam selepas proses penamaan calon selesai.
Bekas Perdana Menteri dua kali itu meramalkan demikian berdasarkan hakikat bahawa undi Melayu berpecah berbanding pengundi Cina yang solid kepada PH/DAP.
“Jumlah pengundi di situ lebih ramai Melayu daripada Cina tetapi Melayu berpecah. Cina bersatu.
“Jadi kemungkinan ialah DAP menang,” katanya di sebuah majlis hari raya semalam.
Walaupun ramalan Tun Mahathir itu mungkin ada benarnya, sekurang-kurangnya pada ketika ini, namun setelah tempoh kempen berjalan selama 14 hari, pelbagai kemungkinan lain boleh berlaku.
Begitu pun, seperti semua maklum, sejak terpelanting daripada jawatan Perdana Menteri pada 2020 lalu, Tun Mahathir tidak pernah lagi suka kepada PH dan DAP.
Dengan itu, ramalannya bahawa PH/DAP kemungkinan besar akan menang bukanlah petanda sokongan, gambaran keyakinan atau keinginannya mahu PH/DAP menang di Kuala Kubu Bharu.
Kalau ditanya, baik secara berdepan atau sembunyi-sembunyi, jawapan Tun Mahathir adalah pasti mahu PH/DAP yang dibantu UMNO kalah di Kuala Kubu Bharu.
Ramalan beliau itu sebenarnya sekadar “reverse psychology” atau psikologi terbalik agar pengundi Melayu segera bangkit dan keluar beramai-ramai memberi undi kepada calon PN/Bersatu.
Jangkaan beliau, pengundi Melayu tentu lebih selesai diwakili wakil rakyat Melayu berbanding bangsa lain, terutama di kawasan di mana mereka adalah pengundi majoriti.
Dengan ramalannya itu, harapannya tidak lain agar pengundi Melayu yang merupakan majoriti di Kuala Kubu Bharu tidak mensia-siakan undi mereka dan keluar beramai-ramai.
Berdasarkan hakikat pengundi Melayu agar majoriti, jika peratusan keluar mengundi mereka adalah tinggi, keadaan itu boleh menewaskan pengundi Cina yang bukan majoriti yang didakwanya solid kepada PH/DAP itu.
Harapan lain di sebalik ramalan itu ialah barangkali Tun Mahathir berharap PN akan segera mengundangnya untuk turut sama berkempen kerana dalam hatinya berasakan beliaulah pejuang Melayu tulen di negara ini.
Jika beliau diundang berkempen dan berjaya memusingkan sejumlah pengundi Melayu dan akhirnya calon PN beroleh kemenangan, bererti “hidup baliklah” nyawa politiknya selepas ini.
Yang penting bagi Tun Mahathir, melalui kemenangan PN di Kuala Kubu Bharu nanti, beliau telah berjaya mencalarkan imej PMX yang akan digambarkan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
Tetapi, jika calon PH/DAP benar-benar menang pula, Tun Mahathir juga sudah sedia dengan jawapannya.
Jawapannya – saya dah kata awal-awal lagi!!
Dia tidak rugi apa-apa, cuma laba besar dapat dikutipnya jika melalui psiklogi terbalik ini calon PH/DAP berjaya dikalahkan pada 11 Mei nanti, sama tarikh dengan hari ulang tahun kelahiran UMNO. – ShahbudinHusin28April2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/28/ramalan-tun-m-sekadar-psikologi-terbalik.html






























