MINYAK NAIK LAGI..BULAN HADAPAN ELEKTRIK PULA NAIK ....RAKYAT PUN NAIK MINYAK JUGA...TENGOK JALAN SESAK..APA YANG RAKYAT PERLU BUAT???

INI ADALAH HADIAH PALING BERMAKNA KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEJAK 50 TAHUN MERDEKA BUAT RAKYAT MALAYSIA





Mula-mula berita ini diketahui jam 2.30 petang dari seorang teman yang bertugas di sebuah syarikat minyak terkenal.Aku mulakan sms kepada rakan-rakan yang pada mulanya tidak mengambil kisah.sms kedua muncul jam 5.20 petang menyatakan harga minyak akan naik RM2.70 sen seliter....ha...ha.....dan yang pastinya esok akan ada lagi komen lama berbentuk baru



Malam tadi banyak yang sangkut di jalanraya kerana minyak...minyak...minyak...




RAKYAT MALAYSIA ...MINTA BERSABAR...31 OGOS ATAU 16 SEPTEMBER PENDERITAAN INI AKAN BERAKHIR...INSYAALLAH

...komen dari tukang angguk....Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak kerana harga global minyak seluruh dunia naik...jadi kerajaan tidak mampu untuk menanggung kos yang tinggi...dari dulu..kini...dan selamanya..macam itu juga.......


Jadi apa tindakan kita sebagai rakyat dalam sebuah negara pengeluar minyak......

LAWATAN KERJA YB HAMDAN DAN WAKIL PUZ DI DUN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH 3 Jun- Lawatan kerja YB Hamdan DUN Permatang Pasir di kawasan Permatang Pauh telah berjaya membawa perubahan dan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.Lawatan kerja bersama wakil PUZ negeri Pulau Pinang ini dianggap berjaya kerana telah berjaya membantu 7 keluarga yang menghadapi masaalah dalam menguruskan kehidupan seharian dan juga bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan dan bantuan agar saudara-saudara kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih sempurna.Atas inisiatif pihak YB Hamdan dan pejabat DUN Permatang Pasir dan orang ramai, keluarga ini dibantu dengan bantuan dari pihak PUZ negeri.Ribuan terima kasih kepada pihak PUZ negeri Pulau Pinang kerana tidak putus-putus membantu dan bekerjasama dengan pihak wakil Pakatan Rakyat di sekitar Parlimen Permatang Pauh.


KES 1.





Puan Fatimah Osman, 45 tahun, ibu tunggal ,yang tinggal di kampung Sungai Semambu menghadapi masalah penjagaan anaknya Mohd Noor yang menghadapi masalah "downsindrom".Mohd Noor 14 tahun juga menghadapi masalah jantung,paru-paru,serta kencing manis dan juga memerlukan rawatan berlanjutan.Pihak PUZ memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan sebagai bantuan berterusan untuk membantu adik Mohd Noor.




KES 2




Kes bantuan kepada warga tua yang dijaga oleh menantu yang bekerja sebagai buruh kontrak.En Ahmad Bin Azam 72 tahun dan Puan Romlah Binti Idris 70tahun diberi bantuan barang keperluan harian sebanyak RM200 sebulan.Mereka tinggal di kampung Petani.Bantuan berupa beras,bawang,minyak masak,gula,garam, akan diberikan sebagai sumbangan PUZ kepada warga tua dan membantu keluarga ini untuk kehidupan yang lebih sempurna.beliau yang mempunyai 4 orang anak, namun masing-masing tidak mampu untuk membantu yang lebih baik.Selain itu pihak jabatan kebajikan masyarakat turut membantu dengan memberi bantuan sebanyak RM300.Beliau yang gembira dengan bantuan tersebut turutmelahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan usaha YB Hamdan dan juga bantuan dari pihak PUZ."Saya berpuas hati kerana sebelum ini tidak ada usaha untuk melakukannya,kini tidak di sangka,kerajaan pembangkang baik(Pakatan Rakyat).beliau adalah ahli UMNO Permatang Pauh.



KES 3




YB Hamdan dan wakil PUZ melihat keadaan adik Sakinah dan dibantu oleh ibunya Azizah Binti Abd halim 49 tahun.



Bantuan perubatan kepada adik Noor Sakinah Salim. Adik Noor Sakinah adalah anak kepada En Salim bin Abd Hamid yang berkhidmat di Yayasan Aman yang menghadapi masaalah jantung.Beliau yang menghadapi kekejangan selepas pembedahan yang dilakukan di Hospital Seberang Jaya di bekalkan dengan pampers dari pihak hospital .Anak ke 6 dari 8 beradik ini dibantu dari segi bantuan kewangan berterusan sebanyak RM200 sebulan dari pihak PUZ.Menurut Puan Azizah, pihak hospital menyatakan kepada beliau bahawa adik Nor Sakinah akan sembuh tetapi memerlukan masa.Keluarga ini tinggal di kampung Petani.

KES 4



Kes ini yg paling menyayat hati.Ibu tunggal ini membuang air dan najisnya dimerata tempat kerana kemudahan tandas yang agak jauh.Sudah ada usaha untuk mengubahsuai tandas untuk kemudahan beliau.
Siti Ros binti Abd Hamid 73 tahun.Wanita ini tidak berkahwin.tidak ada tempat mengadu dan pihak kebajikan masyarakat memberi sebanyak RM 200 sebulan.Ianya di jaga adik iparnya,Esah bt Awang 49 tahun yang menjaganya.Beliau tinggal di Permatang Pasir.Permatang Pauh

KES 5

Bantuan kepada ibu tunggal Haripah Bt Mohd Rashid.Anak bersekolah 3 orang,tidak bekerja kerana terpaksa menjaga orang ibubapanya yangtelah tua.bantuan segera sebanyak RM100 dan bantuan berterusan dari PUZ sebanyak RM200 sebulan.beliau tinggal di Tanjung Putus, Permatang Pasir, berhampiran rumahnya adalah rumah ketua pemuda UMNO Permatang Pauh.

KES 6





Kes ibu tunggal kematian suami.Puan Sabirah binti Md taharin 39 Tahun .Beliau yg bekerja sebagai jaga di sekolah berpendapatan RM 600 sebulan.Pihak PUZ telah memberi bantuan makanan bulanan sebanyak RM200.Pn Sabirah mempunyai 3 orang,berasal dari Gopeng, Perak.Sebelum ini pihak PUZ telah memberi bantuan makanan,dan simpatisme bersetuju untuk menukar bumbung rumah dan memperbaiki sedikit sebanyak rumah beliau yang reput dimakan anai-anai.Beliau tinggal di Permatang Pasir.


KES 7




Siti Raziah binti Md Noor, 52 tahun dari pekan Permatang Pauh merupakan Mangsa barah usus ini tidak dapat bergerak ,beliau telah menjalani ujian kimoterapi setiap dua kali sebulan di hospital Kepala Batas.Beliau yang baru menjalani pembedahan mempunyai 4 org anak 2 anaknya masih bersekolah manakala suaminya Encik Ismail Bin Zakaria yang bekerja sendiri dan berpendapatan RM 300 sebulan.PUZ menyampaikan bantuan segera RM200 dan akan meguruskan bantuan bulanan yang sepatutnya untuk membantu keluarga ini.
Dengan peristiwa ini , maka wajiblah kita umat islam menunaikan zakat supaya ekonomi yang dijana ini dapat membantu saudara kita yang ditimpa kesusahan dan musibah dalam kehidupan seharian.Jutaan terima kasih kepada PUZ kerana menguruskan wang zakat umat islam untk membantu umat islam yang memerlukan.

KIRANYA UNTUNG PETRONAS NI BANYAK JUGA 600 BILLION,TAPI DUIT PI KE MANA????



Jumlah ini banyak ,bila dikaji keuntungan sebelum cukai, yala lah cukai pun kembali ke pada siapa?bukan kepada kerajaan???juga???jadi begini jumlahnya sebelum dicukai,dividen,dan juga duti eksport ..jumlah lebih kurang RM570 Billion....fuyoooo...banyaknya..itu dari 1974 hingga 31 mac 2008 .....sahaja.......tak ke ketua UMNO cawangan ambil pa...tah ke...penyokong UMNO ...rakyat biasa dapat.....


tetapi jika anda membuat kajian secara menyeluruh dari 31 mac 2008 dan kemudian bandingkan dengan RM700 billion diketika harga melambung tinggi....


Petronas’ RM600 billion profit: Where has it all gone?
So the figure has been revealed. Petronas’ group profit before taxes, royalties, dividends and export duties amounted to RM570 billion for the period from its establishment in 1974 to 31 March 2007.
If you include the figure for the period until 31 March 2008, then you are probably looking at a figure closer to RM700 billion, with the higher oil prices.
Let’s see the breakdown of that RM570 billion:
Payments to the government (royalties, export duties, taxes and dividends) - RM359 billion
Allocations for shareholders, royalties and taxes abroad - RM41 billion
Profits re-invested in Petronas operations - RM170 billion
Total RM570 billion
(In case you are wondering where I got these figures from, they are from an oral response in Parliament to a question put forward to the Prime Minister by the MP for Bagan, Lim Guan Eng.)
So the government has received RM359 billion from Petronas over the years. If we include the year ended 31 March 2008, the figure would be in the RM400 billion range.
The big question is has the government made the best use of all that money? You and I know the answer to that. If the money had been used effectively, we could have provided affordable housing for everyone in this land, invested in an excellent public transport system and come up with a first class public health care system providing universal access to all Malaysians.
But have we? How much has been wasted? How much has been squandered over the years? It is truly a lost opportunity, considering that we will soon become a net importer of oil in a few years’ time.
Why, very few Malaysians have access to Petronas’ detailed accounts. Where is the accountability and transparency in the use of these massive amounts of public funds?

PEMILIHAN UMNO:5 WARLORD PERMATANG PAUH AKAN BERTANDING



Imam duit dan Dato Jalil

Permatang Pauh-3 Jun Panglima perang Warlord UMNO di Permatang Pauh akan muncul dan bertanding sesama sendiri dalam pemilihan kutua bahagian Permatang Pauh. Antara yang muncul kembali ialah Dato'Mat Saad orang kaya baru setelah tanah di empangan mengkuang diambil oleh PBA, dan beliau antara yang kaya raya di Permatang Pauh dan ahli UMNO lama.keduanya ialah Dato Abdul Jalil,Abd Razak,Ariff Shah dan tidak ketinggalan pula ialah Imam Duit aka Firdaus.





Walau apa pun yang berlaku,kita tidak mahu mengulas panjang, cuma adakah selama ini masyarakat Permatang Pauh terbela dengan kemenangan UMNO.Jika sama juga , lebih baik bersama Pakatan Rakyat.Terkini ialah bagaimana sudah banyak yang kelihatan di kedai-kedai kopi untuk berkempen dan bersembang bagi mendapatkan simpatisme,terutamanya Dato mat Saad yang kini sudah mula cergas kembali di kedai-kedaimkopi seolah-olah beliau begitu mesra dengan rakyat.....kononnya...laaa.

MUNGKIN TIDAK....MUNGKIN YA.....PERALIHAN KUASA????



GAMBAR INI GAMBAR BARU.TIDAK LAMA JUGA.AKAN TETAPI IANYA MENJADI BANYAK TEKA TEKI DENGAN KEMASUKAN EZAM KEDALAM UMNO.MAHAZALIM PUN ULAS JUGA........




RAKYAT MALAYSIA BERI KOMEN ANDA

KADANG -KADANG CAKAP KARPAL SINGH DITERIMA PAKAI PULAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL????


Sabah kekal dalam BN - Karpal


KUALA LUMPUR 1 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan 'diumpan' oleh pembangkang untuk melompat parti.
Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menawan' Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.
Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.
''Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?
''Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,'' jelasnya.
Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.
Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.
Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan 'manisan' kepada ahli-ahli politik negeri itu.
Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai 'hadiah' daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.
''Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,'' katanya.
Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.
Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.
''Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,'' kat



Besar pulak berita macam ini di ulas oleh akhbar yang sepatutnya diboikot.Tetapi inilah caranya kerajaan menerima pandangan yang bertentangan dengan keinginan hasrat pemerintah.Jika sebelumnya Karpal di belasah yang bukan-bukan ,,kini kenyataan beliau menjadi popular asalkan memenangkan pihak pemerintah.Tak apa Tuan YB Karpal..mulai hari ini kenyataan anda akan berterusan keluar dalam akhbar jika anda memberikan pendapat yang menyenangkan pihak pemerintah.Anda juga boleh menggancam kenyataan Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang ,Abdul Hadi atau sesiapa sahaja yang dibenci pemerintah Barisan Nasional dan anda akan jadi popular malahan akan diberi gelaran Dato' oleh pihak pemerintah....


Namun sedarkah anda bahawa perbuatan pihak pemerintah sebenarnya menyedarkan masyarakat bahawa anda sebenarnya betul dalam mengkritik kerajaan.Namun seperti biasanya rakyat akan terus berfikir dan mengadili lidah pengarang kerajaan dengan memboikot akhbar utusan Malaysia.


Mungkin juga dengan menyekat pengedaran sebagaimana yang berlaku sebelum ini di mana akhbar Harakah di sekat dibanyak kawasan.Atau pun jangan terus membeli akhbar ini yang cuba memporak perandakan hubungan kaum....betul atau tidak fikir-fikirkan.


oh..ya.....terlupa.pula........


elok juga membeli akhbar Harakah,Suara keadilan,Watan,Siasah, selain dari Utusan....

BERJALAN UNTUK KEBEBASAN



Para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin hari ini menyertai satu perarakan spontan menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.Perarakan tersebut - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - berlangsungnya selepas selesai majlis antara pihak media dan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi.


Majlis itu anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI), Benar and All-Blogs. Kira-kira 150 orang menyertai perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka dekat situ.


Mereka berkumpul menyanyikan lagu Negaraku, melaungkan slogan dan mengambil gambar. Kelihatan 15 polis anggota polis mengawal keadaan. Kira-kira jam 11:40 pagi, ASP Chan Teck Paing yang mewakili OCPD Dang Wangi memberikan masa sehingga jam 12 kepada orang ramai beredar daripada Dataran Merdeka.Menurut beliau, perhimpunan yang melebihi lima orang, tidak boleh diadakan di di tempat awam. Perhimpunan itu berakhir tanpa sebarang insiden.
Pada mulanya, kumpulan reform media- Benar - merancang untuk mengadakan perarakan dari Dataran Merdeka kepada NPC sebagai tanda perpaduan wartawan dalam memperjuangkan kebebasan media.Bagaimanapun, Jumaat lalu, Benar mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan tersebut, kerana tidak dibenarkan oleh pihak polis atas alasan ia boleh mengganggu kelancaran lalulintas di kawasan tersebut.Benar berkata, beberapa wartawan dan editor juga bimbang perarakan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.
Zaid kritik wartawanSebelum itu, dalam ucapannya, Zaid berjanji untuk memberikan komitmennya untuk terus bekerjasama dan mendengar pandangan dan wartawan. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkara itu bukan di bawah bidangkuasanya. Terdapat empat kementerian lagi yang terlibat dengan akta-akta yang dituntut dihapuskan oleh wartawan, katanya hari ini. "Saya bukannya orang yang tepat untuk bercakap tentang soal ini, dalam program yang akan datang, saya mencadangkan supaya menteri yang tepat dapat dipanggil untuk menjelaskan keadaan. Saya datang hanya untuk mendengar pandangan," katanya. Dalam ucapannya, Zaid menekankan perlunya wartawan membuat penglibatan betul dengan menteri yang terlibat dan bersatu menuntut apa yang dimahukan. Tuntutan itu lagi, katanya, perlu turut menawarkan suatu penyelesaian dan mekanisme baru yang perlu dipakai. Beliau mengkritik wartawan yang berkata "kami mahu sesuatu" tetapi di majlis itu, katanya: "Saya tidak melihat 'kami' yang dikatakan itu.


Lihatlah kepada diri anda sendiri, ada berapa ketua editor yang hadir? Saya hanya nampak seorang saja." Zaid juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tuntutan penubuhan jawatankuasa pilihan di peringkat parlimen untuk kebebasan undang-undang media."Saya tak boleh komen pada apa yang tidak saya baca dan halusi. Kemukakan cadangan anda dahulu," katanya. Zaid bagaimanapun menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya permit penerbitan akhbar hanya perlu dipohon sekali sahaja dan tidak perlu membuat pembaharuan setiap tahun."Jika Syed Hamid mengemukakan cadangannya kepada kabinet, saya akan sokong," katanya sambil kedengaran beberapa orang membuat bunyi "boo". Penulis blog Haris Ibrahim dan Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, turut hadir.


MALAYSIAKINI.

BLOGGER POWER DRIVES PENANGITES FOR TRAMS CAMPAIGN



Blogger Power drives Penangites for Trams Campaign
The campaign to bring back the trams to Penang is picking up momentum as more bloggers join in the action.
So far 22 bloggers have joined in the campaign. That’s brilliant! Click here to see the full list. If you are a blogger and you want to join in the campaign, just add one of the campaign icons to your blog and leave a comment here, and you will be added to the list.

YB HAMDAN LANCAR MAJLIS TILAWAH AL QURAN










YB HAMDAN LANCAR MAJLIS TILAWAH ALQURAN .

Oleh: Amiruddin Ahmad


PERMATANG PAUH 30 MEI- Majlis tilawah Al-Quran peringkat III zon tengah telah dirasmikan semalam di perkarangan masjid Tuan Hj Abdullah Tanah Liat.Majlis yang dirasmikan oleh YB Hamdan Abd Rahman.Majlis yang dumulakan pada jam 9 malam, disertai oleh 6 perserta 3 peserta Qari dan 3 Qariah.Turut serta ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan juga wakil-wakil pejabat Daerah.


Antara peserta yang menyertainya ialah Mohd Ghazali Bin Md Shuib,Abd latif B Darus,Mohd fadzil B ismail, manakala peserta Qariah pula ialah hajjah maimunah Binti Awang,Hajjah Habshah Binti Osman,dan Siti Rogayah Binti Abu Bakar.

Dalam ucapan pembukaan YB Hamdan menjelaskan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mengambil inisiatif meneruskan majlis pertandingan ini kerana ia adalah perbuatan yang baik dan pihak kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meneruskannya demi mendaulatkan Al-Quran.

“Al Quran adalah wajib dibaca dan dihayati oleh ummat Islam.Jika kita tinggalkan Al Quran maka kita terpesong dari landasan.Kita perlu membaca dan memahaminya” jelas YB Hamdan Lagi.

Sementara itu dalam ucapan selanjutnya beliau menegaskan bahawa kerja mengimarak kan masjid akan di lakukan bersama Tuan YB Mohd Fairoz dan program kerajaan negeri dimana beliau dan Timbalan Ketua Menteri akan melawat dari masjid ke masjid bersama penduduk Qaryiah bersama-sama bersolat berjemaah dan membaca Quran bersama-sama.Ini adalah program bulanan wakil rakyat bersama penduduk.

“malah ada rancangan dari pihak kerajaan negeri untuk mengkaji bantuan kepada SAR di negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, demikian jelas YB Hamdan lagi.

EZAM ......SELESAIKAN KES 18 INDIVIDU BERPROFIL TINGGI





Kemasukan Ezam ke dalam UMNO haruslah dilihat betapa permainan politik semuanya berkemungkinan berlaku.Namun sebagai seorang pejuang yang mendakwa beliau adalah anti rasuah dan antara individu pertama yang mendakwa Rafidah Aziz memberi saham kepada anak menantunya...maka tugas beliau kini untuk membongkar kes 18 individu yang berprofil tinggi sebagaimana yang didakwa Dato'Rais Yatim.......silakan Ezam........ MAMPU KAH ANDA ATAU ANDA SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG BERTAKHTA DI ATAS SANA TANPA BERBUAT APA-APA...JIKA INI BERLAKU ANDA AKAN DITENTANG AKHIRNYA

ALANGKAH PELIKNYA KITA-SEKADAR RENUNGAN PAGI JUMAAT





1. Pelik ya, duit RM50,kelihatan begitu besar apabila di bawa ke tabung derma masjid,tetapi begitu kecil bila di bawa ke supermarket

2. Pelik ya..kita sanggup berkorban dan bersusah payah untuk dunia yang sementara tetapi tidak sanggup berkorban dan bersusah payah untuk akhirat yang KEKAL ABADI

3. Pelik ya, betapa lama berada 1 jam di masjid ,tetapi cepatnya 2 jam berlalu masa menonton wayang di paggung atau TV di rumah.

4. Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tidak pernah rasa puas dengan lagu kesukaan kita walau pun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

5. Pelik ya, dengar iklan jualan murah tawaran sitimewa,rasa tak sabar nak pergi membeli belah,tapi dengar tawaran istimewa dari Allah SWT,iaitu bulan Ramadhan pahala di lipat kali ganda, dosa diampun dan sebagainya tetapi buat biasa sahaja.

6. Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,tetapi masjid dekat rumah terasa berat pula kaki untuk berjalan.

7. Pelik ya, susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa dan solat,tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

8. Pelik ya, betapa suruan dan teriakan berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosan bila imam solat tarawikh bulan Ramadhan bacaannya panjang.

9.Pelik ya , rasa susah untuk menghabiskan bacaan al-quran walau satu halaman,tetapi surat khabar dan novel best-seller seratus halaman habis ditatapi.

10. Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh keluar cepat.

11. Pelik ya, kita mengaku mengikut sunnah-sunnah nabi Muhammad SAW, tetapi abaikan kerja Dakwah yang dibuat Nabi Muhammad SAW dengan bersusah payah.

12 Peli Ya, kita begitu percaya pada apa yang dikatakan di email yang di layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan dalam Al-Quran.

13Pelik ya, kita sedih dengar berita kematian orang , tapi tak sedar kita sendiri pasti suatu hari nanti akan (mati )kembali pada Allah

Pelik tak kita......?????tepuk dada...tanyalah hati dan iman...

NORA TIDAK AKAN SERTAI EZAM MASUK UMNO


Nora tidak akan sertai Ezam untuk masuk UMNO.menurutnya lagi, walau pun tidak berapa sehaluan dengan perjuangan PKR namun tidak sekali-kali menyertai UMNO,demikian jelas Nora apabila dihubungi di kota Bharu sebentar tadi

IKUTI LIVE DI PARLIMEN 330 PTG INI.EZAM SERTAI UMNO



update 232 ptg GAMBAR MALAYSIAKINI


Maka kini Ezam telah membuat keputusan bahawa beliau akan menyertai UMNO.Parti yang pernah beliau sertai dan kini sertai semula.Memang tujuan beliau menyerang Mahathir adalah kerana untuk membebaskan Anwar.kini setelah Anwar dibebaskan dan mahathir telah keluar dari UMNO, maka Ezam kini menyertai semula UMNO.

INGAT LAH PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT...TEGURAN BUKAN MEMBENCI



Diambil dari kata-kata Cikgu Bard-


Mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang.... Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......
Selepas Ezam suara pemuda hampir tidak kedengaran.......Roslan Kassim pernah mengambilalihnya.....malah banyak lagi pimpinan ...namun hilang ditelan gelombang..malah hampir-hampir memusnahkan keredibiliti suara pemuda diera Ezam.Kebangkitan cikgu Bard boleh dikatakan banyak meningkatkan pergerakan pemuda khasnya di Negeri Sembilan khasnya dan di Malaysia amnya......Pemuda keadilan tidak boleh dilambung gelombang bangga diri,riak takabur, kerana hakikatnya pergerakan ini nampak cantik tapi tidak tersusun......nak gantung bendera pun kalut....ingat kemenangan ini adalah akibat dari kebangkitan rakyat..bukan kebijaksanaan berkerja...contohi pergerakan ahli-ahli PAS....belajar dari mereka...semua setiausaha dan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan YB-YB juga perlu menunjukkan profesionalisme,ramah,kuat bekerja,kerana diluar sana berjuta yang memandang dan menegur anda..jadi perbaiki jika sedar akan kesilapan....dan terima teguran..jangan jadi macam parti racist yang mana suara rakyat dicampak ke tepi..dan akhirnya rakyat pula mencampak mereka...jika gagal 4 tahun ini..maka 50 tahun lagi juga belum tentu akan berlaku semula kebangkitan seperti ini. SALAM.

PILIHANRAYA MENGEJUT?????BACA INI

AKAN ADA PRU MENGEJUT?mStar semalam melaporkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberitahu para pegawainya bersiap sedia menghadapi kemungkinan adanya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.Berita tersebut oleh akhbar The Star hari ini. Berita selanjutnya adalah seperti berikut:BE PREPARED FOR SNAP POLLS, OFFICERS TOLDPUTRAJAYA: The Election Commission (EC) has informed its officers to be prepared for a snap election, said chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.Stressing that he was not one to speculate, Abdul Rashid said the EC was prepared “for anything” and was capable of handling a snap election as it had all necessary infrastructure in place.In an interview with mStar Online yesterday, he revealed that after the post-mortem of the 12th General Election, he had instructed all returning officers (RO) to be prepared for any eventuality.Similarly, the 140,000 people involved in the general election have also been advised to not refuse when called upon again for duty in the event of a snap election.“But I don’t want to speculate, and it is not for us to speculate, but we are prepared for anything. In the past two months of meeting with the ROs, I’ve already told them to be prepared as it may be called anytime,” he said.

ISLAM HADHARI DIHARAMKAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG




MALAYSIA 27 MEI-ISLAM HADHARI yang diperkenalkan Abdullah Ahmad Badawi telah diharamkan oleh Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Pulau Pinang. Menurut EXCO Kerajaan negeri Selangor yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama dan juga Adat istiadat Melayu Dato'Dr Hassan Ali, berkata bahawa Islama Hadhari tidak wujud dalam dunia ini kecuali di Malaysia sahaja.Di Timur Tengah pun tak pernah dengar Islam Hadhari kecuali di Malaysia.Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan tak perlu lagi islam Hadhari.


Turut mengikut jejak langkah Selangor ialah Pulau Pinang.Menurut Timbalan Ketua Menteri 1, Tuan YB Mohd Fairos, langkah Selangor turut di ikuti oleh Pulau Pinang, negeri PM sendiri.Sebarang khutbah yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam hadhari tidak akan terpakai.-amin





------------------------

BOIKOT UTUSAN MELAYSIA@UTUSAN MELOYA




Rakyat di negeri Pakatan Rakyat diminta memboikot akhbar Utusan Melaysia aka Urusan Meloya kerana laporanya sejak akhir-akhir ini dilihat berbau perkauman. Akbar parti racis UMNo ini dilihat cuba memporak perandakan negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana memutarbelitkan kenyataan YB Tuan Karpal Singh diatas kenyataan berbentuk perundangan yang diulas berhubung dengan pihak istana.Namun oleh kerana rakyat semakin bijak dan cerdik ulasan dan adu dumba yang diamanlkan akhbar ini nampaknya tidak menjadi.Jika tidak ianya boleh membawa kepada suasana tidak tenteram diantara pentadbiran kerajaan negeri dan pihak istana.



JOM BOIKOT UTUSAN

JANGAN KUTUK UMNO...DULU PROJEK MAT JENIN TANAM PADI ATAS BUMBUNG RUMAH MACAMANA???



Sanusi: Umno 'pupus' jika Abdullah kekal
YANG AKAN MEMUPUSKAN UMNO IALAH ORANG SEPERTI SANUSI,RAHIM TAMBI CHIK,HISHAMUDDIN HUSSEIN,RAFIDAH AZIZ,ZAINUDDIN MAIDIN,HAMID OTHMAN,ZAID HAMIDI,NAZRI AZIZ, AZIZ REMPIT,PEMIMPIN PEMUDA,DAN SEANGKATAN DENGANNYA,KETUANYA MAHATHIR MOHAMMAD.

May 26, 08 11:30am

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu. Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti. "Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. "Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka. "Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.
Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu. "Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata. Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

ELOK JUGA KELUAQ KEADILAN KALAU JASA TIDAK PERNAH DIKENANG


KETIKA MULA ERA REFORMASI..AKU BERSAMA WEB RN REFORMASI NASIONAL YANG MENDUDUKI RANGKING KE 3 SELEPAS MAHAZALIM DAN JUGA HARAKAHDAILY DARI SEGI HITS KUNJUNGAN PARA REFORMIS..EZAM PENGGERAK PERJUANGAN GERAKAN REFORMASI..KEMUDIAN ERA CIKGU BARD MENAMPAK KAN GAYA EZAM..YANG LAIN MENYEBABKAN PEMUDA KEADILAN LESU HINGGA SEKARANG .....


Badrul sertai Umno bersama Ezam?



Muda Mohd Noor May 26, 08 3:47pm


Ahli Majlis Pimpin Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor."Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam."Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".


"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya. "Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.
RAKYAT MALAYSIA BERI KOMEN ANDA