YB HAMDAN LANCAR MAJLIS TILAWAH AL QURAN










YB HAMDAN LANCAR MAJLIS TILAWAH ALQURAN .

Oleh: Amiruddin Ahmad


PERMATANG PAUH 30 MEI- Majlis tilawah Al-Quran peringkat III zon tengah telah dirasmikan semalam di perkarangan masjid Tuan Hj Abdullah Tanah Liat.Majlis yang dirasmikan oleh YB Hamdan Abd Rahman.Majlis yang dumulakan pada jam 9 malam, disertai oleh 6 perserta 3 peserta Qari dan 3 Qariah.Turut serta ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan juga wakil-wakil pejabat Daerah.


Antara peserta yang menyertainya ialah Mohd Ghazali Bin Md Shuib,Abd latif B Darus,Mohd fadzil B ismail, manakala peserta Qariah pula ialah hajjah maimunah Binti Awang,Hajjah Habshah Binti Osman,dan Siti Rogayah Binti Abu Bakar.

Dalam ucapan pembukaan YB Hamdan menjelaskan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mengambil inisiatif meneruskan majlis pertandingan ini kerana ia adalah perbuatan yang baik dan pihak kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meneruskannya demi mendaulatkan Al-Quran.

“Al Quran adalah wajib dibaca dan dihayati oleh ummat Islam.Jika kita tinggalkan Al Quran maka kita terpesong dari landasan.Kita perlu membaca dan memahaminya” jelas YB Hamdan Lagi.

Sementara itu dalam ucapan selanjutnya beliau menegaskan bahawa kerja mengimarak kan masjid akan di lakukan bersama Tuan YB Mohd Fairoz dan program kerajaan negeri dimana beliau dan Timbalan Ketua Menteri akan melawat dari masjid ke masjid bersama penduduk Qaryiah bersama-sama bersolat berjemaah dan membaca Quran bersama-sama.Ini adalah program bulanan wakil rakyat bersama penduduk.

“malah ada rancangan dari pihak kerajaan negeri untuk mengkaji bantuan kepada SAR di negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, demikian jelas YB Hamdan lagi.

No comments: