Iswardy Morni.
Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan terdahulu kerana membiarkan golongan mulia (atasan) yang mencuri daripada dihukum, sedangkan jika golongan marhaen (rakyat bawahan) mencuri, mereka dihukum dengan hukuman hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya.
Riwayat Tirmizi (1430)
------
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
PEJABAT AGUNG
KENYATAAN MEDIA
PAS MELAFAZ SYUKUR DAN JUNJUNG KASIH DI ATAS PENGAMPUNAN DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK
PAS melafaz setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas ampuni perkenan Baginda memberi pengampunan bersyarat kepada Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sejumlah Ringgit Malaysia 50 juta.
Perkembangan ini amatlah bermakna bukan sahaja kepada keluarga Dato' Sri Mohd Najib, tapi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengenang dan menghargai jasa serta khidmat bakti beliau sebagai pemimpin yang telah membawa pembangunan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat.
PAS seterusnya memdoakan agar Dato' Sri Mohd Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman terhadapnya di rumah dan yakin beliau masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara.
Terima kasih.
TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 18 September 2026
No comments:
Post a Comment