
Penjara Kajang kekal menjadi ‘kediaman rasmi’ Najib Razak sehingga bayaran denda RM50 juta tidak dilunaskan kepada mahkamah mewakili rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR, 20 Sep – Para penyokong Umno khususnya bekas presiden mereka, Najib Razak perlu menunggu lebih lama untuk melihat beliau keluar dari Penjara Kajang dan menjalani tahanan rumah seperti tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.
Ini kerana bekas ahli parlimen Pekan itu akan kekal dalam penjara itu selagi denda RM50 juta yang disyaratkan ke atasnya untuk menjalani baki hukuman berkenaan, belum dilunaskan kepada mahkamah.
Ia juga mesti mematuhi syarat-syarat tahanan rumah yang digariskan dalam kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang mewakili Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Peguam mewakili Najib, Tetuan Shafee & Co, memaklumkan pengampunan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke atas Najib adalah pengampunan bersyarat, justeru pelaksanaan tahanan rumah bagi anak guamnya itu bergantung kepada pematuhan syarat yang ditetapkan.
“Sementara itu dan sehingga denda itu dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal berada dalam Penjara Kajang.
“Anak guam kami dan pasukan peguamnya kini sedang meneliti syarat itu serta implikasi praktikalnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 dan 87 sebatan atas beliau pada tahun penjara serta denda RM210 juta atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn. Bhd.
Namun, Najib menerima lega hukum apabila tempoh pemenjaraan dikurangkan kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta.
No comments:
Post a Comment