KENA KE DIA...
Tok Lal gak bijak. Dia awal² lagi tolak jadi exco. Padahal dia yg mulakan haru biru ni. Tarik sokongan bagai. Sekarang? Hadap laa ekau MB eeh. Den tak campur. Baik den pi jalan² naik basika, tongah hari, tongah paneh, apo dayo motong gotah, apo nak dikatooo...
ORANG MISKIN BANTU BEBASKAN ORANG KAYA
.N.RADZUAN
Hikmah Najib di rumah, rakyat mula bangkit
NAJIB BERI KELEBIHAN PADA PH & BORNEO
Sesuatu itu ada hikmahnya. Pandangan manusia sangat terbatas, tetapi ketetapan Allah menyimpan hikmah tersembunyi.
Apa yang kita label sebagai musibah, mungkin sebenarnya adalah cara Allah melindungi kita dari sesuatu yg lebih buruk.
Dlm Al Quran Allah beritahu kita,”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Apabila UMNO menang dan khianat Raja di N9, bila Najib diletak tahanan rumah…respon pengundi atas pagar di kalangan org Melayu,bukan Melayu serta Borneo…mula bangit utk serang UMNO.
Gelombang tercipta dari UMNO sendiri. Dari Najib punca kejatuhan UMNO, kepada Najib UMNO dijatuhkan kembali.
Kajian menunjukkan medsos dipenuhi kencaman kpd UMNO yg memulakan ona ketidakstabilan politik bermula dgn membubarkan DUN Johor, derhaka kepada Raja dan menyokong pembebasan Najib sebagai tahan di rumah.
Ia menimbulkan wave kebangkitan rakyat tanpa kita sedari. Rakyat yg sebelum ini ambil pendekatan diam, tidak ambil tahu tiba2 keluar dan bersuara.
Petanda yg baik utk PH dimana samada PH, BN dan PN sebenarnya bergantung kpd keputusan pengundi atas pagar.
UMNO dilihat menggunakan kuasa utk menyalahkan gunakan kuasa demi kepentingan ahli2 mereka.
Buat penyokong PH anggaplah ini gelombang yg baik, di mana sebelum ini sukar kita dapati sepanjang hampir 4 tahun kerajaan Madani.
Warning bahawa Najib akan dibebaskan tahanan di rumah, Tuanku Mukhriz akan diturunkan takhta semua menjadi realiti. Bukan lagi fitnah atau persepsi politik.
Rakyat mula sedar bahaya jika UMNO diberikan kembali kuasa. Bukan mudah utk membangkitkan wave.. dgn izinNya sesuatu hikmah yg berlaku ada di depan kita.
Ketika ini di mana2 rakyat berkata,”Kita berada di zaman, di mana orang miskin beri derma kepada orang kaya, untuk bebaskan orang kaya yang curi duit orang miskin."
Inilah dilakarkan org seni era zaman kapitalis dahulu. ‘Org miskin menjadi hamba kpd org kaya’ (gambar). Org miskin yg kebanyakkan kurang pendidikan dijajah pemikiran mereka utk menjadi hamba kpd org kaya.
Lebih teruk di Malaysia, wang rakyat org miskin disakau, tiba2 org miskin gunakan wang bantu bebaskan penyakau dari penjara.
FADLI MANA TAU APA..DIA PAKAR CARI NAJIS BABI JA.
Harakatdaily
Fadhli Shaari kecewa rombongan Tan Sri Abdul Hadi gagal masuk perkarangan Istana Negeri Sembilan bersama konvoi Ismail Lasim, Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
"Kami mahu angkat sumpah bersama," ujarnya menyibuk.
Krisis N9 membawa semua dalam keadaan tidak selamat::
Krisis N9 membawa semua dalam keadaan tidak selamat::
1. Panyandang takhta dimakzulkan.
2. Raja yang baru ditabal tidak dapat bertakhta.
3. Exco dilucutkan jawatan.
4. MB kata pelucutan jawatan exco tidak berpelembagaan.
Selepas ini mungkin tercetus pula krisis MB - Istana mengulang episod lama zaman Tok Min yang membawa kepada pembubaran Dun.
Gelombang biru UMNO Pas dah jadi haru biru...
PM Tiba Menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan
PM Tiba Menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki perkarangan Istana Negeri Sembilan dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.
Foto: AIZAT ZAINAL
#malaysiagazette #TuankuMuhriz
KONON PAKAR....TAPI MERUNTUHKAN.
Kedua-dua, tapi peranan berbeza.
APA DIA BUAT ? BENDA DSH ADA..SAMBUT JA..SEMBANG KUAT.
*Idea & dana asal: Kerajaan Persekutuan*
- 1989 Kabinet Malaysia luluskan penubuhan hi-tech park di Malaysia sebagai strategi nasional Wawasan 2020
- Dokumen KTPC sendiri tulis: KHTP adalah _initiative of the Federal Government (1992)_ dan _national project funded by the Government of Malaysia_ 355aac61
*Pemaju & pengurus: Kerajaan Negeri Kedah*
- Pemaju & pengurus dilantik adalah *Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC)*
- KTPC adalah syarikat milik penuh *Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)* / Kedah State Development Corporation
- Dibangunkan dan diuruskan oleh KTPC, anak syarikat PKNK ac61884ee6d7
Senang faham macam ni:
> Persekutuan yang bagi idea, bagi duit, dan bawa pelabur masuk melalui MIDA. Negeri Kedah yang sediakan tanah dan bangunkan/uruskan taman tu melalui KTPC.
Sebab tu Menteri Fahmi Fadzil pernah jelaskan isu pelaburan RM25 bilion Infineon dulu - tanah libat kerajaan negeri tapi pelaburan yang masuk tu di bawah Kerajaan Pusat (MIDA). f8ca
KALAU RAJA RAJA MELAYU MACAM INI DITENTANGNYA...MACAMANA RAKYAT..???
Nazri Hamdan
Menteri Besar Ismail Lasim menolak pembatalan pelantikan semua Exco oleh Tuanku Muhriz.
Ismail menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah kerana beliau tidak pernah menasihati Yang di-Pertuan Besar supaya menamatkan pelantikan mereka.
Beliau juga tidak bercadang mengemukakan senarai Exco baharu seperti yang diminta pihak istana.
Pertikaian ini berpunca daripada tafsiran berbeza terhadap Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Pihak istana menekankan bahawa seseorang Exco memegang jawatan selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.
Ismail pula berhujah bahawa pembatalan pelantikan hanya boleh dibuat atas nasihat Menteri Besar.
Kedua-dua pihak merujuk peruntukan yang sama, tetapi sampai kepada kesimpulan yang bertentangan.
Kesannya, Negeri Sembilan kini seolah-olah mempunyai dua versi pentadbiran.
Menurut pihak istana, kesemua Exco sudah ditamatkan dan perlu digantikan.
Akan tetapi! menurut Menteri Besar, mereka masih memegang jawatan dan boleh terus menjalankan tugas.
Keadaan ini boleh menyebabkan sebarang keputusan Exco mengenai tanah, pelaburan, perumahan atau projek pembangunan dipersoalkan dari segi kuasa dan kesahannya.
Ismail mungkin mempunyai hujah perlembagaan yang perlu dinilai.
Akan tetapi, beliau tidak boleh membiarkan pertikaian ini tergantung terlalu lama kerana rakyat dan pelabur memerlukan kepastian.
Jika rundingan dengan pihak istana gagal, jalan paling selamat ialah membawa persoalan tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan tafsiran muktamad.
Lagi lama dua pihak mendakwa mempunyai kuasa yang sah, lagi besar risiko pentadbiran negeri menjadi lumpuh.
KEH KEH KEH...
Harakatdaily
Akmal nafi enggan bersuara berkenaan isu penderhakaan bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan.
“Saya tercekik makan kek birthday Dato Raof semalam,” ujarnya syahdu.
KELAM KABUT SEBAB KUASA.
Mohd Mujahid
Secara asasnya kuasa Raja dalam hal pentadbiran (Bahagian Kedua UUTKNS) adalah Kuasa atas nasihat MB dan EXCO.
Kuasa Raja dalam Perkara 38(5) UUTKNS perlu dibaca sekali dengan Perkara 38(4).
Kuasa Raja memperkenankan tempoh perjawatan EXCO dalam Perkara 38(5) UUTKNS ni adalah hanya terpakai sekiranya Menteri Besar telah kehilangan sokongan majoriti (Undi tak percaya), atau berhenti sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 38(4).
Jika tidak berlaku keadaan yang dinyatakan dalam Perkara 38(4) tersebut maka Raja tidak boleh menjalankan kuasanya sepertimana dalam Perkara 38(5).
Dalam keadaan MB masih ada, kedudukan EXCO adalah ditentukan atas nasihat MB. Maka pemecatan EXCO tersebut jika dibuat tanpa nasihat MB, maka secara undang-undangnya adalah khilaf dan tidak berpelembagaan serta tiada kuatkuasa.
c/p fb Lawyer Amir Azmi
NEGERI SEMBILAN MUNGKIN PERLU PRN SEKALI LAGI
PERMOHONAN DITOLAK
“Bukan hanya pendekar, malah mahu pulangkan lanun Bugisnya sekali ,” ujarnya.
MUZAKARAH ULAMA TURATH PERKASA DAN ARUSPERDANAKAN INSTITUSI PONDOK
Bolehkah Najib kini dapatkan Netflix, Facebook dan caramel macchiato?
Aliran memandang 'pengampunan bersyarat' dan 'tahanan rumah' bagi Najib dengan penuh kebimbangan.
Berita ini telah menjadi tajuk utama di dalam dan luar negara, dan atas sebab yang wajar. Bagi ramai pihak, keputusan ini telah melangkaui garis merah.
Kepentingan politik keputusan Lembaga Pengampunan sukar untuk terlepas daripada perhatian pelbagai golongan masyarakat.
Kebimbangan rakyat biasa seharusnya mendapat tempat dalam sebuah negara demokrasi seperti negara kita, terutamanya bagi mereka yang menghargai kedaulatan undang-undang dan keadilan. Kerajaan mesti memberi respons kepada kebimbangan ini.
Aliran percaya perjuangan kerajaan yang didakwa memerangi rasuah kini akan dipandang dengan sinis. Ini mungkin memberi gambaran kepada pemerhati antarabangsa bahawa negara telah kehilangan kompas moralnya.
Ini menimbulkan persoalan sama ada perkara ini boleh membawa kepada dua piawaian dan ketidakadilan dalam cara sistem keadilan kita ditadbir – satu laluan untuk golongan kaya dan berkuasa, satu lagi laluan untuk golongan yang terpinggir.
Nampaknya golongan kaya dan berkuasa kini boleh mengelak keputusan kehakiman dan mempermainkan keadilan, di bawah dalih ‘belas kasihan’.
Mungkin Jabatan Peguam Negara boleh menjelaskan kepada kita apa yang akan berlaku terhadap kes-kes lain Najib yang masih tertunda, sekiranya keputusan itu memihak kepada pendakwaan?
Kita perhatikan beliau masih terhutang RM1.7bn cukai yang belum dijelaskan, belum lagi kira berbilion ringgit dana awam yang telah hilang akibat jenayahnya.
Jabatan Peguam Negara juga wajar menjelaskan asas undang-undang bagi tahanan rumah, memandangkan kes Najib telah mewujudkan preseden. Bagaimanakah ia akan dikuatkuasakan dan apakah syarat-syaratnya? Perkara ini perlu dijelaskan secara terperinci, sekurang-kurangnya untuk memberi sedikit kredibiliti kepadanya.
Bagaimanapun, dikurung di dalam sebuah rumah mewah, pada zaman ini, masih bermakna dapat menikmati hampir semua keselesaan rumah dan akses kepada dunia luar melalui teknologi komunikasi.
Bagaimana pula dengan ahli-ahli politik terkemuka lain yang disabitkan kesalahan, atau sedang menjalani hukuman kerana rasuah yang serius?
Bagaimana pula dengan mereka yang dipenjarakan kerana kecurian kecil dan kesalahan-kesalahan lain? Adakah mereka juga layak memohon tahanan rumah atas alasan belas kasihan?
Negara sudah pun berpecah belah akibat politik perkauman dan agama. Keputusan ini boleh memperdalam lagi perpecahan tersebut dalam sebuah masyarakat yang sering diingatkan tentang pentingnya bersikap beretika.
Kesemua ini berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai masalah, seperti polarisasi kaum dan kos sara hidup yang tinggi.
Sebuah kerajaan yang menjanjikan reformasi dan penamatan rasuah kini terhutang jawapan kepada rakyat, bukan kesenyapan.
Sekiranya susunan seperti ini boleh dibuat dalam kes ini, rakyat berhak bertanya sama ada perkara ini boleh berulang dan atas dasar apa. Kerajaan tidak boleh lepas tangan daripada isu yang membawa implikasi dan akibat yang begitu serius.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
19 September 2026
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme















