SAMAN SAMPAI JIRAT : Ahli Parlimen Segambut bakal saman pemimpin Pas

 


Panas! Ahli Parlimen Segambut bakal saman pemimpin Pas


Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, ahli politik Perikatan Nasional (PN) yang berkongsi poster palsu di media sosial akan menerima notis tuntutan daripada peguamnya dalam masa terdekat.

Yeoh berkata, pejabatnya telah membuat laporan polis pada 31 Julai mengenai poster palsu yang didakwa direka oleh ahli politik parti itu dan dikongsi beberapa kali di media sosial.

Poster itu memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp yang kononnya antara Yeoh dengan individu tidak dikenal pasti, merancang untuk menghantar maklumat kepada “kumpulan Zahid”.

“Susulan laporan polis itu, saya dan peguam hari ini telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Sentul. Saya harap polis akan menyiasat perkara ini dengan secepat mungkin.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada ahli politik PN kerana menyebarkan poster palsu itu,” katanya di Facebook selepas memberi keterangan kepada polis pagi tadi.

 poster

Beliau, yang tidak menamakan ahli politik terbabit berkata, mereka adalah daripada PAS dan MCA.

Peguamnya Muhammad Khairil Khalid dan Athari Bahardin berkata, notis akan dihantar menuntut agar mereka yang terlibat menarik balik kenyataan berbaur fitnah itu dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Kita akan beri masa tujuh hari,” kata Khairil.

Keterangan polis daripada bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan masyarakat itu disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

JILAKE Panas! Dzulkefly dakwa Muhyiddin tak dengar cakap penasihat kesihatan

 

Panas! Dzulkefly dakwa Muhyiddin tak dengar cakap penasihat kesihatan


Kenyataan Dr Jemilah Mahmood bahawa kekurangan ujian besar-besaran di negara ini sebagai kelemahan utama dalam strategi pengurusan wabak, membuktikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak mendengar cadangan penasihatnya itu, kata bekas menteri kesihatan.

Dalam catatan di Twitter, Dr Dzulkefly Ahmad menjawab kenyataan Jemilah itu yang dibuat dalam wawancara kesihatan.

“Satu hal syor-syor kami STFC (Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor) tidak didengari. Tapi pendedahan Tan Sri Jemilah Mahmood ini bukti PM-8 (Muhyiddin) juga tidak dengar penasihatnya.”

Bagaimanapun, Jemilah menjawab pada ciapan itu bahawa isu berkaitan FTTIS (cari, uji, kesan, asing, sokong) tidak perlu dipolitikkan.

“FTTIS memang dalam proses diperbaiki. Tidak semua negara termasuk di barat mempunyai sistem yang baik dan saya yakin (sistem kita) akan diperkuatkan lagi,” katanya.

“Harap semua pihak bekerjasama menentang Covid”.

Ujian saringan besar-besaran Covid-19 digesa untuk dilakukan oleh pelbagai pihak sepanjang gelombang ketiga wabak, iaitu tempoh Muhyiddin menjadi perdana menteri sehingga peletakan jawatannya minggu lalu.

Sejak sebulan lalu, dalam pada kes harian meningkat, hampir 10% semua ujian dilakukan menunjukkan positif, jauh melebihi 5% yang ditetapkan sebagai nilai ambang maksimum Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Ini seterusnya membayangkan banyak kes yang tidak dikesan dalam komuniti.

“Masakan boleh beliau (Muhyiddin) dakwa telah lakukan yang terbaik?” soal Dzulkefly sambil berkata sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga akan melakukan perkara sama seperti Muhyiddin.

Dalam wawancara itu Jemilah berkata, semakin ekonomi dibuka, pelan ujian, pengesanan, pengasingan dan sokongan yang lebih berkesan mesti dilaksanakan.

Katanya, ini penting dalam pada negara beralih kepada pendekatan mengurangkan kesan virus berbanding pembendungan.

Ini juga akan membolehkan pihak berkuasa kesihatan hanya memperkenalkan strategi pembendungan secara bersasar dan apabila diperlukan.

KHEMAH BESAR TAMBAH KUKUH, UPKO SERTAI PH

 

Bagi pihak Majlis Presiden Pakatan Harapan, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada 105 Ahli Parlimen Pembangkang dari WARISAN, PEJUANG, UPKO, PSB, MUDA dan Bebas yang telah mencalonkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri minggu lalu.

Dalam semangat ‘Khemah Besar’ yang dinyatakan di dalam Ketetapan Port Dickson, Pakatan Harapan akan meneruskan serta memperkukuh kerjasama dengan WARISAN, PEJUANG, UPKO, PSB, MUDA dan Bebas demi memastikan blok Pembangkang bertambah berkesan dan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Seperti yang telah diumum sebelum ini, satu pertemuan ketua-ketua parti Pembangkang akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan isu-isu politik semasa termasuk persiapan menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula pada 6 September nanti.

Pintu Pakatan Harapan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti Pembangkang yang lain, malah kami juga mengalu-alukan sekiranya parti-parti ini membuat permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pada waktu ini, sukacita saya umumkan bahawa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah membuat permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan.

Mesyuarat Majlis Presiden hari ini telah membuat keputusan untuk menerima UPKO sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan percaya penyertaan UPKO ini akan terus memperkukuh kerjasama terutama dalam persiapan menuju PRU15.

Saifuddin Nasution Ismail

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan

26 Ogos 2021.



Imej ahli politik sudah buruk, jangan salahkan rakyat! Kata Zambry

 


Imej ahli politik sudah buruk, jangan salahkan rakyat! Kata Zambry


Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana rakyat sedang memerhatikan gerak kerja kerja ahli politik.

“Kita semua maklum, kini imej ahli dan parti politik sangat buruk pada mata rakyat. Kita dilihat sebagai mereka yang pentingkan kuasa, pentingkan diri, tiada rasa empati dan tidak serius atau bersungguh-sungguh dalam menyelamatkan bangsa dan negara. Acapkali parti politik akan dilihat bertelagah tidak mengira tempat. Sampaikan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

“Jadi, kita tidak boleh salahkan masyarakat sekiranya mereka mempunyai persepsi yang negatif seperti itu. Kerana mereka memang memerhatikan kita dan cara kita bekerja,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, pada Khamis.

Justeru Zambry menasihatkan agar semua ahli politik dapat menukar cara bekerja selain membawa amalan atau budaya baharu dengan mempamerkan kematangan dan profesionalisme yang lebih tinggi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) meminta agar semua pihak dapat mengenepikan sebentar ketaksuban dan ideologi politik masing-masing sebaliknya memberi fokus kepada rakyat serta tanah air.

“Carilah persefahaman yang membawa kepada kebaikan. Buka ruang kerjasama tanpa prejudis. Raikan perbezaan pendapat dengan penuh keterbukaan. Berlapang dadalah dengan cara kerja yang berbeza. Pupuklah perpaduan dan rasa kekitaan dalam budaya kerja yang inklusif.

“Yang pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk masyarakat, dan dalam konteks semasa, tiga perkara utama mesti kita berikan perhatian iaitu memerangi COVID-19, membina semula ekonomi dan mempersiap masyarakat dan negara ke arah PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakan-rakan yang berhormat untuk membawa amalan dan budaya politik aras tinggi ini di negeri Perak,” katanya.

Katanya ianya perlu dilaksanakan kerana cabaran kesihatan dan ekonomi yang dihadapi di Perak amat mencanar dan memerlukan penglibatan semua pihak yang merentasi politik kepartian.

“Kita tidak lagi boleh duduk mengesampingkan diri kita antara kelompok itu dan kelompok ini atau parti itu dan parti ini.

“Kerana cabaran dalam konteks Negeri Perak memerlukan penglibatan semua pihak seperti dalam beberapa bidang-bidang termasuk dalam konteks ekonomi, pendidikan, kesihatan mental masyarakat dan lain-lain,” tambah Zambry.


Apa khabar #kerajaan17bulan ?

 

Haaa...ha, ajer gampang! 

Maaflah Tuanku, selit lawak jenaka sikit. Dahulu kami di gelak dan di ketawakan, hari ini segalanya terkena hidungnya balik.

Terdahulu kami tertanya, apa rasionalnya Mahiaddin letak jawatan semalam kemudian di lantik sbg PM caretaker tetapi sekali lg rakyat ni terdengar bahawa dirinya masih nak jadi PM semula? Cukuplah dgn segala masalah, kerosakan dan kebejatan yg PN lakukan.

Kerajaan PN dah jatuh terbungkam apatah lg tersembab, Mahiaddin hilang majoriti hasil umno sendiri tarik sokongan. Kini ahli umno yg sama masih lg nak calonkan Mahiaddin jadi PM sekali lg?

Haduiii, pening kepala rakyat. Dah jahanamkan Malaysia, nak naik semula semata si milah menangis ? Dan paling menakjubkan, ada prof kangkung yg asyik kena saman kata PH rakus sebab tak mahu terima rasuah yg di buat terus melalui kaca televisyen.

Barangkali Tuanku, mungkin inilah benarnya dgn watak yg di lakunkan oleh seniman P.Ramle suatu ketika dahulu.

Tuanku, kita ini hanya ada 2 cara saja, pertama selamatkan Malaysia dgn mengatasi masalah pandemik & pembaikan ekonomi serta pemulihan pelbagai institusi di sebabkan kekotoran politik melayu elit korup dlm Malaysia.

Kedua, kita biarkan ahli politik elit korup itu berterusan bersendawa kenyang dan hanya menjadikan Parlimen sbg melampias sendawa kunun dirinya bekerja sedangkan agendanya memperkayakan diri dgn projek kerajaan.

Apakah Malaysia perlu sekali lg pilih hat yg nombor dua ? Jika begitu, bila semua masalah dan kebejatan itu perlu habis?

Kita ini wahai Tuanku, perlu mencari seorang Perdana Menteri baru yg betul2 buleh perbaiki masalah ini. Tuanku kenal sosok tersebut, tp acapkali di gagalkan oleh penguasa yg memelihara konglomerat demi membantu perbelanjaan parti politik utk hadapi pilihanraya. Itulah situasi yg berlaku puluh tahun lamanya. Sampai bila rakyat harus menelan kedangkalan sebegini ?

Malaysia perlu keluar dr kepompong jijik sebegini. Negara kita saban hari lemah di mata dunia, amat mudah di permainkan. Dgn kebejatan kleptokrasi yg memalukan Malaysia, masalah bertambah lebih teruk di tangan sdra Mahiaddin saat rakyat di kurung selama berbelas bulan tanpa pekerjaan, kewangan, makanan, isu kesihatan dll. Apakah perlu sekali lg Mahiaddin naik sbg PM setelah beliau sendiri meletakkan jawatan semalam?

Bukan mudah nak pulih negara ini Tuanku. Terlalu banyak kerosakan dan kerja pembaikan yg nak di buat. Bukan sikit...kebobrokan & kesenjangan itu lebih jauh membarah.

Ekonomi, kesihatan, masyarakat perlu di susun semula. Persoalannya, siapa yg mampu... siapa yg ada kebolehan utk melakukannya. Apakah Mahiaddin ? Semasa PN di bawah tangannya pun beliau GAGAL utk mentadbir. Najib & Zahid Hamidi ? Di era mereka Kleptokrasi mengganas & mereka kini sdg dalam pendakwaan mahkamah. Ismail Sabri ? Di sebabkan beliaulah pandemik ini merebak tidak terkawal berpunca dari Sabah. Sdra Mahathir ? Beliau telah di beri 2x peluang menyusun dan memperbaiki tp di sebabkan agenda peribadi...hari ini dan dgn kesan yg PN lakukan adalah kesannya rakyat terpaksa hadapi.

Bukan sdra Mahathir itu tidak bagus, beliau buleh lakukannya tetapi gilirannya dh tamat dgn peluang 2x. Dgn faktor umur, situasi itu tidak lg menjadi layak untuknya. Anaknya Mukhriz pun 2x telah rakyat Kedah berikannya laluan, tetapi gagal.

Jadi siapa... hanya ada 2 nama saja lg. Tengku Razaleigh & sdra Anwar Ibrahim.

Tengku Razaleigh di pihak umno. Dan umno juga sebahagian dr pemerintahan PN di bawah tangan Mahiaddin. Apakah perlu umno baru keluar dr PN hingga jatuh pentadbiran Mahiaddin, kemudian masuk sekali lg tetapi sbg kerajaan pemerintah cuma Bersatu pula jadi khadamnya demi cukupkan sokongan ibarat tukar baton ?

Jika begitu jadinya, wajarlah rakyat melihat bahawa umno baru itu hanya lahap & gila kuasa sahaja. Dah serupa jadi keluarga 69!!! Rakyat jadi kambing hitam.

Jadi yg tinggal, hanyalah individu di perairan tersebut.

Bagi kami yg bekerja di lapangan ini Tuanku, jika di beri pilihan siapa ketua yg wajib di pilih...beliau adalah orgnya yg mampu menguruskan dgn semua masalah yg dh berlaku. Bukan kami ini taksub kepada sosok tersebut, sekiranya kelak Allah mencabut rohnya...tetapi di luar sana punyai individu yg punyai karisma sprt beliau walaupun hanya baru mendirikan parti baru hanya terdiri 2 ahli kelak...org itulah yg kami akan pilih menjadi ketua menguruskan situasi dalam Malaysia.

Sdra Rafizi? Beliau bukan berada di arena politik. Ya beliau ada karisma, tp belum terasah sebegitu matang sebagaimana sosok di tepi perairan tersebut.

Sekali lg Tuanku...kita terutama Malaysia ini perlu hadap beban dan melepaskan kebuntuan dgn pelbagai isu dan masalah.

Suasana baru, pemerintahan baru serta kemampuan keberolehan yg baik utk negara saat sdg berhadapan di situasi sukar.

Dan dgn kejadian iklim politik hari ini, jelas menunjukkan institusi Majlis Raja Raja & Agong berada di tahap teratas. Mereka ahli politik itu tidak buleh berbuat apa2 yg menjatuhkan institusi ini walau apa jua acara sekali pun. Itulah namanya yg terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Tapi sayang, dgn apa yg berlaku di sesi dewan Parlimen baru2 ini jelas melanggari perlembagaan dgn sewenangnya berucap di bibir walaupun memegang portfolio perundangan. Ini juga berlaku semasa Mahiaddin memerintah.

Tuanku sudah maklum coretan di sini kemana arah seterusnya. Apapun, intipati ekonomi & wabak pandemik menjadi indikator pemilihan siapa gerangannya yg akan di pilih. Semoga cebisan di sini membuka sedikit kebuntuan saat rakyat terpenjara dgn pandemik.

Maaf, karya di sini tidak seformal sebagaimana warkah istana yg lazim. Lebih kpd suara rakyat bawahan semata.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

 

KITA BERPELUANG UNTUK MELIHATNYA NANTI

 

May be a cartoon of text



BOB KELANANG


Kita berpeluang untuk lihat benda ni berlaku... aku dah cakapkan sebelum ni tentang perkara ni... satu kebodohan yang tegas dalam Pakatan Harapan... tindakan bodoh yang memberikan nyawa kepada UMNO...

Tindakan seperti melepaskan anjing tersepit... sebijik sebuntat... padan muka la bila benda ni berlaku nanti... bukan tak pernah diberitahu awal... tapi... pasai dah teruja sangat konon nak gentleman...

Hahahaa…

 

JANGA SESEKALI PERCAYAKAN UMNO


 BOB KELANANG


May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎malayslakini Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat. Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia. YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Presiden PKR tuگ YB Tuan Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP YB Tuan Haji Mohamad Sabu Presiden AMANAH PUTRAJAYA 25 Ogos‎"‎‎





UMNO cuma nakkan selamat dari di'vote-out' masa sidang Parlimen 6 September ni... itu jer yang ada dalam kepala hotak berjambul UMNO...

Takder lain dari itu...

Selepas undi percaya dilakukan dalam Sidang Parlimen nanti... yang tentunya muka-muka di bawah ni (lihat foto di bawah) dah setuju nak bekap UMNO... maka UMNO akan umumkan barisan Kabinet dia...

DAN mau xmau... UMNO kena jugak bagi space kat BERSATU, PAS, GPS dan yang lain-lain sebab yang itu dah memang sokong UMNO sampaikan Ismail Sabri dapat jadi PM... kalau ikut bilangan kerusi yang ada... UMNO memang kena bagi slot kat BERSATU jawatan Kabinet yang power-power... tidak dapat tidak kena buat...

Jadi… apa yang muka-muka kat bawah ni dapat..??? Dapat kena main je la... DAN dapat kena gelakkan oleh UMNO... DAN pada PRU15 nanti sure muka-muka di bawah ni akan ditolak oleh majoriti pengundi atas pagar sebab bagi mereka PH dah sama seghoper UMNO...

Korang kena ingat... pengundi atas pagar ni ratio dia antara 40% hingga 50% dari jumlah keseluruhan pengundi... pengundi tegar ikut parti sure akan pilih ikut parti... dalam Malaysia ni xder satu pun parti yang boleh menang hanya dengan harap solid undi dari pengundi tegar mereka...

Mimpi laa... kena main je la...

JANGAN nak tunjuk 'gentleman' la sangat…

JANGAN berbaik sangka dengan puak ni… xkan dah lupa!!

DAH SIHAT ?


Kuat sungguh presiden umno ni. Lepas operate, slip disc boleh bersila ?

Neck brace pun hilang?

Hebat

...

hebat

...



 May be an image of one or more people, hospital and indoor

Gempar !!! Pemimpin Umno dedah ‘budak jahat’ akan tarik balik sokongan kepada PM

 Gempar !!! Pemimpin Umno dedah ‘budak jahat’ akan tarik balik sokongan kepada PM


Pemimpin Umno dedah ‘budak jahat’ akan tarik balik sokongan kepada PM. Perdana Menteri tidak perlu takut dengan ugutan tarik sokongan berhubung isu pelantikan timbalan perdana menteri.

Ini kerana, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara demokratik dan mengikut Perlembagaan.

Maka sesiapa yang mahu tarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri kerana isu jawatan akan dilihat sebagai ‘budak jahat’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Malah, beliau mencadangkan elok kosongkan sahaja jawatan timbalan perdana menteri itu.

”Lagi pun nak ugut dan tarik sokongan bagaimana? Usul undi percaya di Parlimen pada 6 September 2021 akan datang sudah tidak relevan. Sudah tidak perlu,” katanya yang mengulas mengenai isu ugutan tarik sokongan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, melantik Mohamed Azmin sebagai timbalan perdana menteri umpama bunuh diri.

”Ikut komen netizen sejak Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan performance,” tambah beliau.

Lagipun, Azmin juga telah menafikan ugutan untuk tarik sokongan jika tidak dilantik sebagai TPM.

”Checkmate kepada tukang lobi dan yang berebut jawatan tersebut,” ujarnya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/25/sesiapa-tarik-balik-sokongan-pada-pm-akan-dilihat-sebagai-budak-jahat/




UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan – Saifuddin

 UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan – Saifuddin


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat keputusan untuk menerima Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai salah satu parti komponen blok pembangkang itu.


Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyertaan UPKO akan terus memperkukuh kerjasama terutama dalam persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan - Saifuddin


“Pada waktu ini, sukacita saya umumkan bahawa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah membuat permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pintu PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

“Malah kami juga mengalu-alukan sekiranya parti-parti ini membuat permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan,” katanya.

Untuk rekod, selain UPKO, empat lagi parti pembangkang di luar blok PH ialah Parti Warisan (Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

ANGGOTA TENTERA YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN AKIBAT MENOLAK SUNTIKAN VAKSIN MEMILIH UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

 




May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harlan Khamis 26 Ogos 2021 Premium Berita Suara Sinar Video Khas Lifestyle E Paper Terkini Pengi BERITA NASIONAL TDM timbang serap kemball anggota dipecat Jlka terlma vaksin TDM timbang serap kembali anggota dipecat jika terima vaksin 25 Ogos 2021"


Terlebih dahulu, saya ingin menarik kembali tulisan saya di FB di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225892967292875&id=1294492216 apabila saya dimaklumkan bahawa sebenarnya Sjn Wan Ramli Wan Seman tidak pernah dipanggil untuk bertugas semula. Di dalam tulisan saya sebelum ini, saya menyatakan perkhabaran bahawa anggota tersebut telah dipanggil semula untuk berkhidmat.

Saya telah berhubung dengan anggota tersebut untuk kepastian dan memang benar beliau tidak pernah dipanggil semula untuk berkhidmat dan beliau akan menyelesaikan isu ini melalui perundangan di mana beliau telah mengambil seorang peguam.

Saya telah menulis bahawa secara peribadi saya bersetuju dengan tindakan ATM untuk mewajibkan semua warga tentera bagi mengambil vaksin berdasarkan keperluan meskipun pengambilan vaksin tidak diwajibkan oleh kerajaan. Keputusan ATM ini tentunya telah mengambil kira baik dan buruknya keputusan ini apatah lagi ATM merupakan satu organisasi yang bekerja rapat secara berkumpulan.

Cuma, apa yang saya persoalkan adalah kewajaran mengambil tindakan tatatertib sehingga menjatuhkan satu hukuman yang terlalu keras seolah-olah menyamakan tindakan tidak mengambil vaksin itu satu kesalahan jenayah besar. Saya juga mempersoalkan tentang kaedah--kaedah perbicaraan dan hukuman yang dilaksanakan. Mengikut Akta Angkatan Tentera 1972 dan merujuk kepada Warta Kerajaan, bukankah sebarang hukuman yang melibatkan pemberhentian seseorang warga tentera itu, perlu yang dituduh diberi 'option' samada menerima terus hukuman Pegawai Memerintah atau memilih untuk dibicarakan di mahkamah tentera?

Jika 'option' ini tidak diberikan, maka saya rasa terdapat kecacatan di dalam perbicaraan tersebut. Tindakan PTD membuat tawaran kepada anggota berkenaan untuk bertugas semula sekiranya sanggup menerima vaksin, pada saya itu bukan cara untuk menyelesaikan isu ini. Bahkan, tindakan itu seolah-olah PTD boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah. Itu tidak baik untuk ATM. Paling baik adalah PTD menasihatkan agar Pegawai Memerintah mematuhi prosedur perbicaraan dan anggota perlu dipanggil untuk perbicaraan semula.

Amatlah penting sebagai satu organisasi yang penuh dengan dedikasi dan disiplin, ATM perlu peka dengan kejadian seumpama ini. Kita tidak mahu melihat warga tentera mulai rasa hilang kepercayaan terhadap perundangan ATM. Tindakan anggota berkenaan untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah satu tindakan dan hak baginya untuk menuntut keadilan.

WFAUZDIN NS

 

Anwar Ibrahim Memberi Komentar Berhubung Pemimpin Pakatan Harapan Dijemp...


Memberi sedikit komentar berhubung kehadiran Pakatan Harapan di Perdana Putra menyambut jemputan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri semalam.

Mohon teman-teman ikuti dan beri pandangan, insyallah.

 


KEJUJURAN AKHIRNYA DIBALAS DENGAN CACIAN

 May be an image of text that says "Norman Radzuan 20m・ 20 Mahathir nak Iwn Najib cari Anwar, Muhyiddin ditendang UMNO cari Anwar, Najib & Zahid kalah PRU call Anwar, smai jadi PM kerjasama dgn Anwar. Anwar dijadikan 'nyawa' politik. Anwar dituduh gila kuasa bila tidak diperlukan lagi.."

APA NAK DIKATA KERAJAAN DIBENTUK OLEH PARA MP DAN BUKAN RAKYAT

 

Fuh kalau buat di Malaysia tiada siapa la boleh jadi PM dan Menteri-menteri dalam kerajaan skg ni Nasib baik kerajaan yang ada dibentuk oleh MP bukan rakyat.


May be an image of text that says "Gambar Via The Wall Street Journal Warga Australia Cadang Ahli Politik Jalani Ujian IQ, Hanya Mahukan Yang Cerdik Tentukan Masa Depan Mereka"

RESAH GELISAH KAH ?

 

Shahbudin Hussein




Serius dan seperti tidak selesa nampaknya wajah Zahid Hamidi dan Najib berbincang sesuatu di hospital tadi…adakah tindakan Ismail Sabri menjemput pemimpin2 PH bertemu dengannya di Putrajaya petang tadi merupakan topik perbualan yang menggelisahkan mereka ini?

JADI HAMBA DUNIA JUGA...

 Terpaksalah setuju nampaknya, kalau bantah nanti tak dapat pulak jawatan menteri….




AMARAN PADA MAKLUK PEROSAK DALAM PH

 

Kepada segelintir makhluk haprak di dalam Pakatan Harapan


1. Kamu kelihatan kuat kerana kamu berada di dalam Pakatan Harapan.


2. PH kuat kerana tunjang kepimpinannya yang kuat dan sokongan ahli/anggota dan penyokong yang padu dan jitu. 


4. Kekuatan kepimpinan PH ditunjangi oleh Anwar Ibrahim, dibantu kuat oleh Lim Guan Eng dan Mat Sabu. 


3. Jika kamu masih mempertikai kepimpinan PH yang ada, maka kamu wajib menguji kekuatan diri kamu sendiri. 


4. Jika kamu mahu menguji kekuatan sebenar kamu secara individu sila berada di luar PH. Bertanding selaku calon bebas atau kamu sertai parti di luar PH.


5. Mutakhir ini kami dengar ada desas desus suara sumbang mempertikai kepimpinan Anwar Ibrahim dan cadangan menukar beliau dengan pemimpin lain. Namun tidak pula dicadangkan sebarang nama lain untuk menggantikan beliau.


6.  Kami ahli/anggota biasa ini tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH. Kerana kualiti kepimpinan Anwar Ibrahim hingga sekarang tiada siapa boleh atasi.


7. Kami cabar golongan haprak ini menamakan siapa yang lebih kredibilitinya berbanding Anwar Ibrahim untuk menjadi Pengerusi PH berserta dengan justifikasi.


8. Jika nama dan tubuh badan yang dicadangkan kualiti kredibilitinya tidak melebihi Anwar Ibrahim maka sah kamu memang haprak. Apabila sah kamu haprak maka PH bukan lagi platform politik yang sesuai buat kamu.


Sekian.


Aki Rock


BILA HATI TELAH HITAM

 

Hamzah Rie Na


Bila hati dah hitam, mcm2 idea busuk keluar dari minda caitok.


Lalu dizahirkan didlm penulisan. Sakit hati dan kerjasama ph dgn umno didalam membetulkan keadaan negara yg teruk ini.


Umno tak nak atok bukan salah dsai. Mereka lagi kenal atok dari korang caitok. Macamana liciknya atok korang tu. Dah lah licik kaki khianat pula.


Itu pun korang tak nampak kan? Rosaknya negara kerana atok korang yg bagi jalan pada moidin utk khianat. Tak dapat apa yg dia nak dia juga khianat moidin. Tapi yg dihina DSAI. Itulah caitok yg otak dilengan landut atok korang.

HARAP BERJAYA

 

Hamdan Taha


Alhamdulilah PM dah Jumpa wakil Pembangkang tiga parti yang paling besar ini satu kebijaksanaan apabila dapat berdamai demi negara 


Kerajaan sekarang sebenarnya bukan milik 114 ahli parlimen sahaja tapi milik semua rakyat malaysia


Kerajaan sekarang walaupun Pm datang dari Umno tapi kerajaan ini bukan lagi namanya kerajaan Umno atau BN dan bukan juga kerajaan PN


Berbaik dengan semua parti apabila telah terbentuk kerajaan adalah kerja paling mulia,malah saya lebih suka jika semua parti politik ada dalam kerajaan dan membangkang juga dalam kepompong kerajaan,tapi belum sampai masanya lagi ini baru permulaan


Sebenarnya Tan Sri Muhidden semasa di lantik sudah boleh mulakan pendamaian ini kerana pendemik baru bermula,tapi entah mana penasihat di gunakan beliau terlupa berbuat begitu dan akhirnya beliau di paksa letak jawatan


Hari ini selogan parti menguasai kerajaan sudah tidak terpakai,dan satu parti nak ambil semua jawatan juga sudah tidak terpakai,kerana kerajaan ini terbentuk atas dasar kerjasama parti yang tidak ada kesamaan dari segi perjuangan


Peruntukan ahli parlimen sama ada pemerintah atau pembangkang wajib di berikan sama rata kerana itu adalah duit rakyat dan bukan milik parti pemerintah sahaja,peruntukan itu wajib di gunakan untuk semua 30 juta rakyat bukan untuk orang parti tetentu sahaja seperti puluhan tahun yang BN amalkan zaman itu sudah berlalu


Semoga kerjasama politik ini dapat memulihkan negara dengan segera dan tidak lagi berlaku vaksin pun di politikan dan covid juga di politikkan untuk kepentingan parti pemerintah


Kita doakan berjaya



SEJARAH TIDAK PERNAH MUNGKIR!_*


(Renungan Buat Ahli PAS)







Pada tanggal 22/10/2012 di dalam Dewan Rakyat yg mulia, DAP berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA menuduh arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.


SEWAKTU.. Anthony Loke Siew Fook (yg kini Menteri Pengangkutan) dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan TGNA daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen ketika itu, Speaker Dewan dgn segera mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.


MALAH TIADA SEORANG PEMIMPIN UMNO ketika itu nak membidas MCA.. #UmnoDahBacul ??!


TAHUKAH ANDA.. Anthony Loke telah menerima surat penghargaan (bertarikh 25/10/2012) drpd TGNA sendiri kerana keberanian beliau pertahankan TGNA.


Harakahdaily juga memetik Anthony sebagai berkata bahawa, “Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam.”


HAKIKATNYA, setelah pemergian arwah TGNA.. kini MCA dipuja diangkat disanjung oleh lebai2 PAS malah sanggup bekerjasama dgn MCA.


TEPOKKKK...


Via #SR


* Sejarah tak pernah menipu. MCA juga dipeluk cium sekarang.

tq AbeTah Hj Fatah utk hantaran ini.


PRU-15 PPBM Bakal Kena Bungkus Macam Nasi Lemak 5Sen....

BUKANKAH ‘CAKAP TAK SERUPA BIKIN’ ITU SIFAT MUNAFIQ?



“Mereka tidak mampu menyembunyikan diri kerana sangat bernafsu rakus untuk mendapatkan habuan kemenangan dengan apa sahaja cara, termasuklah dengan berbohong dan memberikan janji palsu yang pasti tidak akan ditunaikan. Apabila diberikan amanah, mereka melakukan pengkhianatan dengan pelbagai cara apapun. “Kerja mereka hanyalah menipu semua orang, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Hal ini disebabkan tujuannya hanyalah untuk mendapatkan kemenangan dan habuannya dengan sesiapa sahaja, bukanlah untuk menegakkan Islam dengan hujah yang bijaksana,” katanya.

AWAS STRATEGI LICIK UMNO!!KENAPA PM TAK JEMPUT TUN & SHAFIE? MUSUH UMNO ...

PANAS!! ISMAIL SABRI PENING URUS KABINET?



Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri bakal mengadap Agong pada hari ini untuk mempersembahkan senarai Kabinet beliau. Adakah ianya akan menjadi "kabinet perang" atau sebaliknya?

Guan Eng dedah ini punca beliau bekerjasama dengan PM

 


Guan Eng dedah ini punca beliau bekerjasama dengan PM


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan dua pelan untuk menang dalam perang melawan Covid-19 dan membantu rakyat mengharungi kemelesetan ekonomi.

Beliau mencadangkan “Pelan Reset Covid-19” untuk melawan peningkatan jumlah jangkitan dan kematian, serta pelan pemulihan ekonomi negara secara dwipartisan bagi membantu rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan akibat kemelesetan ekonomi berpunca daripada pandemik.

“Menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan memenangi perang melawan Covid-19 dan membantu rakyat Malaysia mengatasi kemelesetan ekonomi serta reformasi institusi yang nyata adalah kunci kepada sebarang kerjasama tulen bersama Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara ini telah disampaikan kepada Ismail dalam pertemuan hampir sejam setengah dengan beliau semalam bersama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, vaksinasi dan ujian saringan besar-besaran perlu dipercepatkan untuk menghalang lonjakan kes Covid-19.

“Pakatan Harapan (PH) telah mencadangkan penerapan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam pelaksanaan Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokong serta Vaksinasi (FTTIS + V) berskala besar, dengan menyaring 1% penduduk setiap hari atau menjalankan 320,000 ujian.”

Beliau mendapati RM4 bilion perlu diperuntukkan untuk tujuan itu dan meningkatkan sistem sokongan kesihatan serta tenaga kerja, khasnya katil Unit Rawatan Rapi (ICU) serta penghantaran vaksin.

Bagi pelan pemulihan ekonomi, beliau menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada golongan terjejas kerana kemelesetan ekonomi menyebabkan kerugian lebih RM500 bilion sejak perintah kawalan pergerakan pertama pada Mac 2020.

Antara bantuan kewangan yang digariskannya ialah suntikan dana langsung RM45 bilion yang perlu disertakan pengecualian faedah bagi moratorium pinjaman bank untuk baki tiga bulan tahun ini, kecuali kumpulan T20.

“Bantuan kebajikan masyarakat perlu dinaikkan kepada RM1,000 setiap bulan, termasuk kepada penganggur yang akan menelan belanja lebih RM1 bilion sebulan.

“RM6 bilion perlu diperuntukkan bagi menawarkan insentif upah dan pengambilan pekerja untuk mewujudkan 300,000 pekerjaan baharu demi mengurangkan kadar pengangguran.

“Perniagaan perlu diberi RM30 bilion dalam bentuk geran, insentif kewangan, subsidi upah, sewa dan utiliti, bukannya pinjaman dan jaminan, demi menyelamatkan pekerjaan dan memperlahankan penutupan perniagaan.”

Semalam, Ismail menemui tiga pemimpin tertinggi PH di Perdana Putra dan mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi bertanggungjawab menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif.

Anwar mendedahkan pertemuan itu hanya membincangkan ekonomi dan rakyat, manakala isu pelantikan wakil pembangkang dalam Kabinet tidak dibangkitkan.

SAMA MACAM MAKAN GAJI BUTA YANG SELALU ORANG DOK JAJA...TAK RASA MALU KAH ?

 Panas! Menantu Hadi kena serang dalam DUN sebab tak buat kerja


Panas! Menantu Hadi kena serang dalam DUN sebab tak buat kerja


Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mempersoalkan peranan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang dikatakan ‘banyak hilang’ ketika kerajaan berdepan pandemik Covid-19.

Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai), Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) dan Datuk Asmuni Awi (Amanah-Manjoi) membangkitkan perkara itu pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini pada Khamis.

Kar Hing berkata, penularan kes Covid-19 di Perak telah menunjukkan kebimbangan dengan kadar peningkatan kes yang tinggi, kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU) dan jumlah kematian direkodkan setiap hari..

Menurutnya, dalam keadaan itu Exco Kesihatan sepatutnya memainkan peranan penting dengan memberi kenyataan menjelaskan situasi semasa agar rakyat mendapat maklumat yang lengkap.

“Kesungguhan Exco Kesihatan dalam perkara ini lemah. Saya ingin bertanya kepada beliau apa peranannya untuk mengatasi Covid-19, apa usahanya, saya ingin mendengar penjelasannya.

“Saya berasa kasihan apabila dalam kebanyakan isu, Menteri Besar (Datuk Saarani Mohamad) yang banyak dilihat turun ke kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), pelancaran PIKAS (Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta) dan sebagainya, tetapi tidak Exco Kesihatan.

“Mungkin Exco Kesihatan lebih sibuk berbanding Menteri Besar. Pada perkiraan saya, jika beliau tidak dapat melakukan tugasnya, eloklah dibuat rombakan diganti dengan orang lain yang boleh melakukan lebih baik,” katanya.

Howard Lee turut menegur ADUN Selama dari Pas itu apabila tidak banyak membantu dalam memastikan keperluan peralatan kecemasan di hospital-hospital rawatan Covid-19 mencukupi.

Katanya, berlaku situasi pengamal perubatan yang terpaksa tebal muka meminta bantuan daripada masyarakat dan wakil rakyat, merayu meminta mesin ‘oxygen concentrator’ dan segala peralatan yang kurang.

“Di manakah Exco Kesihatan kita? Wajarkah seluruh tanggungjawab ini dibebankan sepenuhnya ke atas bahu Menteri Besar sehinggakan semua portfolio pun Menteri Besar kena turun padang?

“Ini bukan perkara remeh. Perkakasan ini diperlukan untuk membantu menyelamatkan setiap warga yang bakal jadi korban nyawa Covid-19 sekiranya Exco Kesihatan terus tetap goyang kaki,” katanya.

Asmuni yang juga Pengerusi Parti Amanah Negera (Amanah) negeri berkata, sehingga kini tidak nampak sebarang kenyataan dibuat exco berkenaan berkaitan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses menangani wabak Covid-19 melainkan kenyataan dibuat Menteri Besar.

“Kami juga terkejut apabila jawapan soalan lisan pagi tadi (Khamis) dijawab oleh Menteri Besar kerana soalannya berkaitan Covid-19 yang sepatutnya dijawab oleh Exco Kesihatan.

“Saya tak nak spekulasi apa-apa tapi apa yang berlaku ini telah menimbulkan tanda tanya,” katanya.


Undi 18: PM baharu perlu realisasikan, wujudkan sistem e-voting pasca pandemik Covid 19

 Pelaksanaan Undi 18 akan terus menghantui sesiapa pun yang menjadi kerajaan Malaysia.



Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, R. Yuneswaran, Rang Undang-undang Undi 18 yang telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga pada tahun 2019 perlu dilaksanakan seberapa segera bagi memberikan hak kepada anak muda memilih pemimpin yang mereka inginkan.



Katanya, tidak wajar Undi 18 tertangguh selepas 2 tahun dan tiada satu pun usaha untuk merealisasikannya.



"Suruhanjaya Pilihan Raya pernah memberi garis masa untuk merealisasi Undi 18 pada 1 Julai 2021, dengan menetapkan tempoh selama dua tahun menyediakan infrastrukturnya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



"Kini kita telah pun berada di bulan Ogos 2021, namun tiada pelaksanaan sehingga hari ini. Adakah Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri akan melaksanakannya?" tanyanya dalam kenyataan.



Tegas Yuneswaran, kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini jelas gagal melaksanakan Undi 18 dalam tempoh 17 bulan pemerintahan mereka.



Malah, katanya, bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin juga menggunakan Undi 18 sebagai tawaran politik dalam pengumuman beliau pada 13 Ogos lalu untuk mendapatkan sokongan pembangkang.



"Adakah Undi 18 menjadi bahan politik? Hak mengundi adalah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 119 di mana perkara ini tidak boleh dipolitikkan sama sekali.



"Semalam 25 Ogos, Perdana Menteri mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin Pakatan Harapan demi kepentingan rakyat dan negara.



"Perjumpaan antara Perdana Menteri dan Pemimpin PH itu menunjukan satu pendekataan yang progresif untuk membincang usaha-usaha untuk menyelesaikan krisis pandemik dan ekonomi (yang seharusnya dilanjutkan kepada Undi 18)," katanya.



Selain itu, Yuneswaran turut menyarankan kerajaan baharu untuk memulakan langkah menggunakan sistem e-voting terutama ketika pandemik Covid 19 masih belum benar-benar dapat diatasi bagi pengundi berasa selamat mengundi menerusi kaedah konvensional.



"Kerajaan harus mengkaji sistem undi secara dalam talian (e-voting) untuk mengalakkan lebih ramai pengundi menyertai proses memilih pemimpin melalui pilihan raya. Kita seharusnya mengadaptasi sistem e-voting dalam norma baru. Hampir 30 negara telah mengamalkan sistem ini dan berjaya.



"Perdana Menteri perlu lebih terbuka dalam pelaksanaan Undi 18, tidak lagi memberi alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dan

menunjukkan keikhlasan pentadbiran beliau terhadap suara anak-anak muda dalam sistem demokrasi," katanya lagi.