Covid 19: Antara Kelemahan PN dan Kesensaraan Marhaen

 




Oleh: R Yuneswaran

Petang ini saya ke pasar malam dan sempat berbual dengan beberapa peniaga.

Rintihan, keluhan dan kebimbangan peniaga khususnya kekurangan jualan di pasar malam amat serius dan ketara. Suasana Pasar malam tidak seperti dulu, di mana penuh dengan kunjungan pelangan dan kini pendapatan untung bersih hanya cukup sekadar menampung kos sahaja.

Selepas hampir 1 tahun 2 bulan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac 2020 yang lalu, Kerajaan PN telah menggunakan semua taktik dari PKP 1.0, PKP 2.0, PKP 3.0 dan Darurat tetapi kerajaan masih gagal mengawal peningkatan kes dan pemulihan sepenuhnya dari pandemik wabak virus Covid 19.

Jumlah kes terbaru sebanyak 6,075 dan 46 kematian walaupun PKP 3.0 dan Darurat masih dalam pengguatkuasaan.

Apa faedah ulang perkara gagal?

Apa gunanya jika melaksanakan sesuatu undang-undang, SOP dan kaedah berulang kali dan terang-terang tidak menghasilkan keputusan yang kerajaan mahukan? You can't expect different result by doing the same thing again and again.

R Yuneswaran

Kerajaan PN perlu bertindak segera dalam menangani isu peningkatan kes yang semakin mendadak, perlu membuat suntikan dana kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melengkapkan kemudahan di semua hospital kerajaan, keutamaan sekarang adalah "Public Health" dan "Healthcare system".

Ia tidak bermaksud mengabaikan pendapatan negara atau pemulihan ekonomi. Kalau rakyat bebas dari jangkitan maka mereka akan mula menjana ekonomi semula atau mudah difahami " Economic Circle" kitaran ekonomi akan kembali seperti normal.

Kitaran ekonomi adalah proses turun naik ekonomi antara tempoh pengembangan (pertumbuhan) dan penguncupan (kemelesetan). Faktor seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar faedah, jumlah pekerjaan dan perbelanjaan pengguna, dapat membantu menentukan tahap kitaran ekonomi semasa.

Sambung subsidi rakyat

Kerajaan PN juga harus sambung moratorium, GKP, I-Sinar, I-Lestari dan bantuan kewangan kepada semua golongan termasuk peniaga kecil-kecilan.

Kerajaan PN mempunyai 70 orang menteri, cadangan pertama adalah potong gaji mereka atau minimakan saiz kabinet tanpa Timbalan Menteri dan hanya kekalkan kementerian yang releven untuk buat masa kini.

Kalau perlu buat total lockdown, sila laksanakan sebelum keadaan menjadi parah dan rumit. Harap semua sentiasa menjaga SOP dan jaga Kesihatan. Rakyat Jaga Rakyat.



______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor dan Penyelaras KEADILAN Parlimen Segamat

 

PENJARAKAN MEREKA YANG DEGIL INI...DIA BERANI KERANA ADA WANG RINGGIT.NEELOFA MENGAKU TIDAK BERSALAH.

 

(KEMASKINI) Neelofa dan suami mengaku tak bersalah atas tuduhan langgar SOP

Neelofa dan suaminya, PU Riz, hadir di Mahkamah Majistret Seremban, bagi berdepan tuduhan pagi ini.

SEREMBAN: Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Neelofa didakwa dengan satu pertuduhan kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon ketika masuk ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada kira-kira 4 petang, 2 Mei lalu.

Sementara itu, Haris, yang juga dikenali sebagai PU Riz, didakwa dengan dua pertuduhan kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di lokasi sama pada waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan bagi kedua-duanya dibuat bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.

Mengikut peraturan tersebut, pasangan tersebut masing-masing boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Pasangan selebriti berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mahyun Yusoff dan meminta dibicarakan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 bagi Neelofa dan RM20,000 bagi PU Riz.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili pasangan tersebut, Haresh Mahadevan menegaskan kes berkenaan sepatutnya tiada bon jamin kerana ia bukan kes jenayah.

Mahkamah kemudian memerintahkan Neelofa membayar jaminan RM5,000 manakala PU Riz dikehendaki membayar RM10,000.

Mahkamah menetapkan 4 Jun 2021 bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Sebelum ini, pasangan itu mencetuskan kemarahan warganet kerana didakwa merentas negeri untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu, seperti yang dilihat dalam gambar dan video yang dimuat naik Neelofa sendiri di media sosial.

Ramai mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Susulan itu, mereka dipanggil memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 4 Mei lalu.

Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah pemilik premis serta pembantu kedai karpet itu.


SIAPA DIN NI PULAK?

 

Salahuddin bagi jaminan tidak akan ada usul undi tak percaya jika Muhyiddin buka parlimen, bahas isu penting negara

Salahuddin bagi jaminan tidak akan ada usul undi tak percaya jika Muhyiddin buka parlimen, bahas isu penting negara

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membuka Parlimen dengan segera bagi membahaskan usul penting yang kian kritikal iaitu serangan Israel ke atas rakyat Palestin selain isu Covid-19.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ahli-ahli Parlimen pembangkang bersedia ke Parlimen dengan memenuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Malah beliau memberikan jaminan ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sebaliknya akan memberi fokus terhadap isu penting tersebut.

“Demi saudara mara kita di Palestin, demi kemanusiaan saya rasa tidak ada masalah untuk ahli-ahli Parlimen (pembangkang) untuk kita tidak membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Kita memberikan janji ini termasuk boleh dilakukan secara bertulis kerana apa yang penting Parlimen di buka, Parlimen mesti bersidang dan dunia mesti melihat Parlimen Malaysia bersidang sebagai sebuah negara umat Islam yang sangat prihatin kepada masyarakat Palestin pada hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata demikian dalam sidang media ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mewakili pelbagai parti mengenai isu Palestin secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada Rabu.

Pada 12 Januari lalu sidang Parlimen ditangguhkan ekoran pelaksanaan darurat diumumkan Perdana Menteri.

Susulan itu, sidang Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat berkuat kuasa.

Begitupun pada 24 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa. 




PILIHAN BUAT MAHIADDIN – LAKSANA PKP PENUH SELURUH NEGARA ATAU BIAR KERAJAAN BAHARU AMBIL ALIH TANGANI COVID19?

 

Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara, kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya.

Dalam saat-saat kritikal seperti sekarang, Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin pula terus menyenyapkan diri dan hilang bersembunyi entah ke mana.

Sepatutnya, dalam situasi seperti inilah beliau harus lebih kerap muncul memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat yang sedang resah gelisah menjalani kehidupan.

Ternyata dengan apa yang berlaku ini, kita bukan saja mempunyai seorang Perdana Menteri yang gagal, malah sebenarnya paling gagal dalam sejarah negara.

Tidak pernah kita ada pemimpin segagal dan seburuk ini kegagalannya dalam memimpin negara.

Dengan trend kes makin meningkat ini, langkah paling tepat untuk dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan PKP penuh di seluruh negara sepertimana PKP 1.0 dahulu.

Ia mesti dilakukan selama 14 atau 21 hari dengan semua sektor ditutup dan semua orang hanya dikehendaki duduk di rumah bagi mengelakkan jangkitan serta penularan.

Tempoh 21 hari atau sekurang-kurangnya 14 hari adalah langkah paling praktikal untuk memutuskan rantaian Covid19, sesuai dengan tempoh mengeram virus tersebut dalam tubuh manusia ialah selama 14 hari.

Mencadangkan PKP penuh di Selangor saja tidak akan mampu membendung wabak tersebut, malah mungkin dilihat sebagai tindakan berpilih yang bersifat politik.


Memang kes agak tinggi di Selangor, tetapi peningkatan itu sebahagiannya adalah disebabkan lebih banyak saringan dan ujian dilakukan berbanding negeri-negeri lain.

PKP longgar seperti yang dilakukan sekarang – percayalah – ia akan gagal dan kita akan terus berdepan dengan peningkatan kes yang tidak terkawal selepas ini.

Kenapa Mahiaddin tidak belajar daripada PKP 2.0 yang gagal sebelum ini sehingga terpaksa pula dilaksanakan PKP 3.0 yang juga longgar dan separuh masak?

Bukankah lebih wajar dilakukan PKP penuh di seluruh negara supaya kita tidak perlu berdepan dengan PKP 4.0, PKP 5.0 dan seterusnya lagi selepas ini?

Tetapi, sudah tentu dengan melaksanakan PKP penuh di mana semua sektor ditutup, bantuan menyeluruh kepada semua rakyat adalah wajib diberikan.

Bantuan itu pula mesti diberikan kepada semua pemegang kad pengenalan supaya ia adil dan tidak ada yang terpinggir atau dinafikan daripada menerimanya dengan alasan-alasan birokrasi yang remeh.

Sanggup dan sediakah Mahiaddin melakukannya?

Jika tidak sanggup dan tidak bersedia, jalan paling baik ialah beliau harus segera letak jawatan daripada terus menyusahkan hidup rakyat.

Akuilah kegagalan dan ketidakmampuan itu dengan sedia berundur agar rakyat dan negara tidak terus sengsara dibuatnya.

Dalam masa yang sama, darurat hendaklah segera ditamatkan kerana ia terbukti tidak berfungsi sama sekali untuk memerangi Covid19.

Darurat yang dalam masa yang sama menyebabkan Parlimen digantung hanya terbukti sebagai alat untuk Mahiaddin mengekalkan jawatannya semata-mata.

Tiada sebab dan logik lain darurat itu dikuatkuasakan. Noktah.

Jika darurat itu berkesan untuk melawan Covid19, mengapa setelah empat bulan ia dikuatkuasakan, kerajaan masih perlu melaksanakan PKP 3.0?

Sandaran alasan Mahiaddin kepada Agong bahawa darurat mampu menangani Covid19 bukan saja palsu, malah suatu penipuan dan pembohongan.

Dengan itu, darurat perlu segera ditamatkan dan biarkan Parlimen dibenar bersidang sama ada untuk membincangkan langkah-langkah konkrit bagi menangani Covid19 atau untuk menukar kerajaan.

Kerajaan yang ada ini ternyata sudah gagal dan ia akan terus gagal jika terus diberi peluang mentadbir negara ini.

Pengurus bolasepak yang kerapkali menyebabkan pasukannya kalah memang wajib digantikan kerana adalah tidak berguna mengharapkan keputusan yang berbeza daripada pimpinan gagal yang sama.

Beri peluang kepada kerajaan dan pemimpin baharu untuk mengambil alih segala usaha menangani Covid19 ini, jika tidak, Hari Raya tahun depan pun sekali lagilah kita tidak dapat balik kampung menyambutnya.


 (ShahbudinHusin 19/05/2021)





BANTUAN PERANTI PINTAR DI PARLIMEN PD SEJAK NOVEMBER LEPAS

 

MAN TOBA 


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson mengambil maklum sebuah berita berkenaan seorang nelayan yang mempunyai 4 orang anak yang bersekolah dan terpaksa berkongsi telefon bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pihak Parlimen Port Dickson bersama pihak ADUN Sri Tanjung, YB Dato' M. Ravi segera menyalurkan sumbangan dua peranti pintar untuk kemudahan pembelajaran.

Untuk makluman, melalui Dato Seri Anwar Ibrahim, lebih 2000 peranti pintar telah disampaikan ke murid murid di Port Dickson sejak November tahun lalu.

Moga sumbangan ini dapat membantu anak-anak ini dalam sesi PdPR dan bermanfaat untuk mereka.

#ParlimenPD

 

ADA KUASATAK MAHU GUNA KUASA. BILA TAK ADA KUASA SALAHKAN DAP

 

TARMIZI MOHD JAM


Tak mau kata apalah. Tiada siapa ugut mereka jangan bersuara, tapi mereka pilih sendiri utk jadi bisu, pekak dan pandir. Lagak masa jadi pembangkang bujan mainhebat. Lantang dan meyakinkan. Bila jadi kjaan, hampas. Amacam?


May be an image of 16 people, including Abu Shahid, people standing and text that says "ADA KUASA TAPI TAK GUNA KUASA... BILA TAKDE KUASA, SIBUK SALAHKAN DAP! LAYSIA Ada 18 MP PAS dạlam kerajaanPN kera PN tapi tak mampu nak kecam, sekat, halang & ambil tindakan"


Ini kemuncak atau permulaan kepada keadaan Covid-19 lebih teruk?

 

Minderjeet Kaur

 -

May 20 , 2021 



Dr Lee Boon Chye berkata, kerajaan perlu mencari pendekatan lain dan tidak bergantung kepada sekatan pergerakan semata-mata untuk menurunkan kadar jangkitan.

PETALING JAYA: Rekod tertinggi 6,075 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini menunjukkan jangkitan mungkin mencapai kemuncaknya – melainkan ia sudah menular jauh ke dalam masyarakat, maka ia boleh merebak lebih cepat, kata seorang pakar kesihatan.

Bekas menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kebanyakan kes mungkin dijangkiti sebelum perintah kawalan pergerakan 3.0 dilaksanakan sejak 12 Mei lalu, sehari sebelum Hari Raya dan dijadualkan berakhir 7 Jun ini.

“Ini mungkin memuncak atau meningkat sedikit. Tetapi, menjelang akhir minggu ini atau minggu depan, kes patut berkurangan kerana pergerakannya dihadkan,” katanya kepada FMT.

Namun, beliau berkata, jika ramalannya salah, “maka ia menunjukkan virus itu sudah menular jauh ke dalam masyarakat dan keadaan mungkin bertambah buruk.”

 Beliau mengulas rekod tertinggi 6,075 kes baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. Semalam, rekod tertinggi 47 kematian dilaporkan.

Walaupun selepas PKP berakhir, Lee berkata, kes mungkin hanya berkurangan kepada 2,000 hingga 3,000 kes setiap hari.

“Tetapi untuk menguruskan Covid, ia harus lebih rendah atau hanya lebih sedikit daripada 1,000 kes setiap hari.”

Perlu SOP disasarkan 

Lee berkata, kerajaan perlu meminda SOP kerana data daripada kluster menunjukkan jangkitan berpunca daripada aktiviti perkumpulan dan kegagalan memakai pelitup muka.

Ahli Parlimen Gopeng itu mencadangkan SOP ketat untuk aktiviti perkumpulan dan majlis perkahwinan di rumah boleh dibenarkan, tetapi dengan pemantauan polis.

Katanya, ia harus terhad kepada jumlah hadirin tertentu, bergantung kepada saiz venue dan tetamu hanya boleh makan dan meninggalkan majlis itu.

Bagi sekolah, Lee berkata, hanya 15 pelajar dibenarkan untuk setiap kelas.

“Kementerian Pendidikan harus memperkenalkan sekolah alternatif untuk mengawal jumlah pelajar.”

Katanya, pelajar mesti memakai pelitup muka setiap masa, dengan bilangan pelajar lebih sedikit dan penjarakan fizikal diamalkan, jangkitan dapat dibendung.

Lee menyarankan Putrajaya membenarkan rakyat menjalankan ujian kendiri di rumah, jika terdapat penularan di tempat kerja atau kawasan mereka.

Beliau berkata pihak berkuasa peranti perubatan di bawah KKM boleh menentukan peralatan yang digunakan untuk ujian air liur dan mendapatkannya dari negara lain pada kos rendah.

“Jika kita boleh menurunkan harnya kepada RM10 atau RM20 setiap ujian, lebih ramai orang boleh mendapatkannya.”

Katanya, kerajaan perlu meneliti pendekatan lain, mengkaji semula semua SOP dan tidak bergantung kepada sekatan pergerakan semata-mata untuk mengurangkan kadar jangkitan.

 


Rentas negeri ke Nilai beli karpet, Neelofa dan suami didakwa hari ini.


FMT Reporters

 -

May 20 , 2021


Neelofa dan Haris Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini kerana langgar SOP PKP. (Gambar Instagram)

 

PETALING JAYA: Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pagi ini  atas kesalahan melanggar SOP rentas negeri ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) awal bulan ini.

Pasangan itu dijangka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

“Pendakwaan dijangka pada 9 pagi,” kata sumber yang dipetik Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman, enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu kemudian.

Pasangan itu mencetuskan kemarahan warganet kerana didakwa merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu, dengan ramai mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Susulan itu, mereka dipanggil memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 4 Mei lalu.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet itu.

Ziarah raya tetap salah, jangan spekulasi, kata polis

 

Faiz Zainudin

 -

May 20 , 2021 




Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, polis tidak pernah mempertahankan pihak yang melakukan kesalahan, termasuk selebriti mahupun orang kenamaan, jika menerima laporan berkaitannya.

PETALING JAYA: Aktiviti ziarah sepanjang Aidilfitri adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar.

Beliau meminta orang ramai, khususnya warganet tidak membuat tafsiran salah berhubung kesalahan itu, termasuk spekulasi berhubung video tular membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor sebelum ini.

Katanya, tuduhan polis cuba mempertahankan kesalahan selebriti itu dan keluarganya yang melanggar SOP berkaitan larangan ziarah Aidilfitri, tidak benar.

“Jangan sengaja putar belit kenyataan itu, yang saya maksudkan pergerakan dalam Kuala Lumpur sahaja tidak perlu surat rentas daerah. Apa yang berlaku kepada Neelofa dan keluarga adalah kesalahan kunjung-mengunjung.

“Ia jelas melanggar arahan dan SOP Majlis Keselamatan Negara, iaitu tidak boleh melakukan kunjungan dan ziarah pada hari raya,” katanya kepada FMT susulan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan membabitkan pelanggaran SOP Aidilfitri oleh Neelofa dan keluarganya.

Terdahulu, video Neelofa dan keluarganya dikatakan menyambut 1 Syawal bersama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail tular di media sosial.

Susulan itu, polis mengambil keterangan daripada 10 ahli keluarga Neelofa semalam.

Anuar berkata, siasatan terhadap selebriti itu dan keluarganya sudah selesai dan dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis tidak pernah mempertahankan pihak yang melakukan kesalahan, termasuk selebriti mahupun orang kenamaan, jika menerima laporan berkaitannya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan berhubung video tular membabitkan keluarga selebriti itu sudah lengkap dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

“Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Brickfields membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 [PU (A) 225/21] bagi siasatan dakwaan ziarah raya yang dilakukan ahli keluarga tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulangi aktiviti ziarah raya, pergerakan rentas negeri dan daerah masih tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran polis.

Susulan tindakan Neelofa yang berulang kali melanggar SOP PKP, warganet mengkritiknya gilakan perhatian.

Malah, ada yang mempersoalkan kenyataan polis menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung video tular membabitkan keluarga selebriti itu.

Pengguna Twitter @mohamad_rol berkata, “Keluarga selebriti ini seperti memperlekeh atau tidak menghormati kedaulatan undang-undang dengan berkali-kali melanggar SOP. Tindakan lebih keras perlu diambil untuk mereka ini, jika terbukti. Mungkin wang untuk bayar kompaun tu tiada masalah, tapi selebriti ni tunjuk pekung.”

Seorang lagi pengguna @Ezuanroslam mempertahankan penjelasan polis dengan berkata: “Jangan lawan la cakap polis. Kita tunggu la hasil siasatan.”

 


VIDEO [[LIVE]] 19.5.2021 Kes Covid 6,075 #PNGagal lagi - Apa kita kena buat????



KISAH NAJIB KES RAYUAN PENJARA 12 TAHUN

KES 42 BILLION.

SILA DEBGAR



VIDEO : ((GEMPAR)) TUN MAHATHIR GANTI MUHYIDDIN? GRAND DESIGN BARU DIPUTRAJAYA, ...

VIDEO : RENTASAN 887 | DEMI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, PM8 IKTIRAF KEW...


MENARIK DALAM RENTASAN 887

1. DUA TAHUN HARI RAYA TANPA RAYA 2. HANYA ADA SATU NEGARA PALESTIN: AMANAH 3. JANGAN TANYA ‘ZALIM SANGATKAH KERAJAAN INI’? 4. JANGAN LAYAN BELANDA MINTA TANAH









VIDEO : PADU ANWAR BALUN KERAJAAN TEBUK ATAP .TAK USAHLAH TEMBERANG!KEJAYAAN APA? BUKA RUANG NAK CONTROL BUAT APA / PA...

'Putrajaya tak lulus P Pinang terima dua juta dos vaksin Sinovac'


Pulau Pinang telah ditawarkan sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac pada Februari lalu, namun tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya, dakwa Ketua Menterinya Chow Kon Yeow. Menurut Chow, kerajaan negeri telah menulis surat kepada KKM pada Februari bagi memohon kebenaran menggunakan vaksin yang disumbangkan secara percuma oleh sebuah syarikat swasta Bagaimanapun katanya, kebenaran itu ditolak Putrajaya dan meminta negeri itu menunggu selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan. Terdahulu, kerajaan negeri Sarawak diberi kelulusan oleh kerajaan menerima 500,000 dos vaksin Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri.



'Derma politik boleh, derma vaksin tak boleh? Kepala otak dia'


Lim Guan Eng hari ini menzahirkan kemarahannya atas tindakan Kementerian Kesihatan yang didakwa menolak permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang menerima sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac. Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'jenayah kerajaan Perikatan Nasional' kerana menghalang vaksin itu diberikan kepada golongan yang belum menerimanya.



VIDEO : KERAJAAN LEMBAB BENDUNG PANDEMIK COVID-19

INI PUNCA DAN APA YANG BERLAKU ? Selepas didakwa ‘scam’, KM minta pengarah syarikat jelas tawaran 2 juta dos Sinovac


W.FAUDZIN

Kekuatan dan nadi sesebuah negara itu adalah parlimen. Di sini bermula segalanya, di sini tempat berbincang, baiki mana yg patut, tambah mana yg perlu. Tapi bila parlimen pun ditutup, tak peliklah kita tewas berperang lawan Covid walaupun ada darurat. Susah rakyat kalau negara dipimpin oleh orang bodoh. Nak salahkan rakyat tak boleh juga, sebab bukan rakyat yang angkat mereka jadi kerajaan. Hadap je lah malapetaka ini. Siapa yang bersubahat angkat puak bodoh ni memimpin, tanggung lah sumpah seranah rakyat..

Angka Covid naik lagi ke? Woww...seronok la abah cow kan? Bleh bawak angka ni tunjuk kat istana untuk tambah lagi darurat kan? Lagi lama dpt memerintah kan?





FMT Reporters

 -

May 19, 2021 6:55 PM


Chow Kon Yeow berkata, dakwaan Khairy Jamaluddin yang syarikat ‘bogus’ itu menawarkan dua juta dos vaksin Covid-19 adalah serius.


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta pengarah syarikat yang menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada negeri itu tampil memberi penjelasan dan menunjukkan bukti bagi membersihkan nama mereka.

Ini kerana, katanya, Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, mendakwa syarikat berpangkalan di Hong Kong itu “bogus” dan tawaran terbabit satu “scam”.

“Dakwaan serius itu turut mewajibkan syarikat tersebut dan pengarah yang dinamakan menteri untuk tampil bagi menolak dakwaan berkaitan.

“Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, kami mengambil tindakan berhemah apabila menerima tawaran vaksin berkaitan melalui surat bertarikh 1 Februari 2021 yang mana kami telah memohon pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP).”

Chow berkata, JKNPP meminta perkara itu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pandangan serta nasihat lanjut.

Katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Razak Jaafar mengutus surat kepada Ketua Setiausaha KKM 15 Feb lalu bagi memohon pandangan berhubung perkara itu.

“Pada 12 Mac, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM memberi jawapan kepada kerajaan negeri tidak perlu menimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana kerajaan persekutuan telah merangka dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Pandangan Ketua Setiausaha KKM langsung tidak menyentuh tentang isu status syarikat tersebut,”

Beliau berkata, kerajaan negeri itu tidak boleh membuat tindakan susulan kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat berkenaan untuk meneruskan rundingan dengan pengeluar vaksin.

Katanya, beliau membangkitkan isu itu semula semalam dengan mempersoalkan KKM mengapa tidak dapat memberi perakuan kepada Pulau Pinang berdasarkan surat jawapan Ketua Setiausahanya, sedangkan Sarawak dan Selangor dibenarkan membeli vaksin sendiri.

Terdahulu, Khairy hari ini dilaporkan berkata, siasatan ke atas tawaran itu tidak menemui sebarang keterangan yang membuktikan kewujudan syarikat berkenaan, mahupun penulis surat tawaran itu, yang memperkenalkan dirinya sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.

Pemeriksaan rekod syarikat di Hong Kong itu mendapati ia tidak wujud dan tiada sesiapa mengenali penulis surat itu, yang dikatakan menetap di Kota Kinabalu.

“Senang kata, apa (surat) yang ditunjuk Ketua Menteri Pulau Pinang semalam kononnya ada tawaran dua juta dos adalah palsu, ini adalah ‘scam’, ini adalah ‘bogus’,” katanya.

VIDEO : (LIVE) Anwar Ibrahim: Bicara Soal COVID-19 & Kemelut Kesihatan Kita.SAMPAI KINI HARGA PUN TAK TAHU.....

VIDEO : PENYELESAIAN DUA NEGARA MUSTAHIL: AMANAH



Meja rundingan perlu bercakap tentang Hak Kemanusiaan terlebih dahulu bukan hak mengiktirafi Israel dan penentuan masa depan Palestine bukan di tangan kuasa besar tetapi dari suara rakyat yang dijajah. “Hanya dengan perjuangan berterusan hak Palestine yang dirampas dan tekanan dunia berterusan supaya Israel menghapuskan dasar apartheid dan menyerahkan wilayah Palestine yang dijajah (OPT) akan membuka kerangka baharu rundingan,” tegas beliau.





VIDEO : JEMING HASSAN TEMURAMAH : Cahaya bergerak lurus. Isu Ustaz dipanah PETIR

MGNews VIDEO : Kenderaan Bawa Keluarga Neelofa Dilihat Keluar Dari IPD Brickfields

Kenderaan Bawa Keluarga Neelofa Dilihat Keluar Dari IPD Brickfields

By

 Amirul Syafiq Salleh

 -

 18 May 2021

Kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai membawa ahli keluarga selebriti popular, Neelofa dilihat keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini





Sehari pun cukup sidang Parlimen bincang isu Palestin – Ahmad Maslan


By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 19 May 2021


MGF29102019_SIDANG-PARLIMEN_03



Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya mengadakan sidang khas Parlimen mengenai Palestin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehari pun sudah mencukupi seperti yang pernah diadakan.

Menurut beliau, isu Palestin adalah isu sejagat yang mengatasi politik kepartian.

Katanya, apa juga resolusi yang diputuskan akan disokong oleh semua termasuk pembangkang.

Beliau yakin jika sidang itu akan diluluskan sebulat suara tanpa perlu ada undi belah bahagi.