Tiada campur tangan politik dalam siasatan, kata ketua pesuruhjaya SPRM

 


Azam Baki berkata usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ini tidak sepatutnya berlaku.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tiada campur tangan politik dalam kes rasuah yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu termasuk dalam kes berprofil tinggi.

Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki menegaskan integriti dan nama baik SPRM dalam menjalankan fungsinya akan terjejas sekiranya wujud campur tangan pihak tertentu.

Beliau menjelaskan dalam usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya pastikan tiada campur tangan (politik) dan belum ada pengalaman begitu dalam kerja-kerja kami. Sebarang campur tangan akan menjejaskan kerja kami dan kami akan menjadi satu pasukan tidak amanah dan sudah tentu akan menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri…ini tidak berlaku pada zaman kita.

Beliau berkata demikian sebagai panel jemputan dalam program Soal Rakyat TV3 yang mengupas topik ‘Kartel Projek Merugikan Rakyat’, malam tadi.

Katanya, pada zaman ledakan teknologi maklumat kini, pendedahan maklumat begitu telus dan masyarakat sering memerhatikan sebarang tindak tanduk pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya disegerakan penggunaan kamera badan bagi pegawai dan anggota penguat kuasa dalam usaha membendung jenayah rasuah selain memelihara integriti anggota penguat kuasa.

“Saya rasa sudah sampai masanya penguat kuasa memakai kamera badan yang boleh disambungkan kepada sistem berpusat, jadi kurang rasanya kalau mereka mahu bertindak di luar batasan sebagai penguat kuasa ketika menjalankan operasi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata proses perbincangan berkenaan perolehan kamera badan dan peralatan renjatan elektrik kini di peringkat akhir.

Tahun lepas, polis memaklumkan telah memohon sebanyak 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata baharu tidak membawa maut atau ‘non lethal weapon’ menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka dibentangkan di Parlimen, pada tahun ini.



Ezam nak lawan MB Selangor di DUN Sungai Tua

 


Panas! Ezam nak lawan MB Selangor di DUN Sungai Tua


Bekas senator Ezam Mohd Nor memberi bayangan bahawa dia akan membuat kemunculan pada pilihan raya umum ke-15 nanti dengan menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Dewan Undangan Negeri Sungai Tua.

“Saya dah dapat banyak saranan dari akar umbi.

“Di Selangor, di Gombak. DUN Sungai Tua pun saya sendiri yang nak melawan Amir.

“Sekiranya parti masih lagi mencalonkan beliau sebagai calon. Saya juga mengambil sikap terbuka. Saya mendengar dari akar umbi. Sekiranya perlu memang saya bersedia,” kata Ezam selepas acara flashmob oleh NGO Gerak 98 dan Otai Reformis di Kuala Lumpur.

Ezam kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 98.

Ezam meninggalkan Umno ketika menjadi pemimpin pemuda.

Bekas ketua pemuda PKR itu kemudian meninggalkan parti itu pada 2008 untuk menyertai Umno semula.

Bagaimanapun, Ezam keluar dari Umno buat kali kedua pada 2016, selepas dua tahun menjadi pengarah komunikasi kementerian kewangan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Dalam memastikan peristiwa pengkhianatan dalam kalangan pimpinan parti tidak berulang, Ezam mendakwa masih terdapat mereka yang berpihak kepada bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali di dalam PKR.

Malah, ada di antaranya yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Yang masih lagi dalam parti dan kerajaan negeri, yang pada hemat kami tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka benar-benar sudah meninggalkan Azmin. Tidak ada kenyataan keras kepada Azmin.

“Di Gombak sendiri pun saya sudah turun lebih dari empat, lima kali, ramai lagi orang-orang Azmin yang diberikan posisi penting.

“Orang anti-Azmin tidak diberikan posisi. Dalam GLC di Shah Alam juga banyak posisi-posisi utama diberikan kepada orang Azmin,” katanya.

Dia turut mencabar supaya sekiranya mereka yang dimaksudkan itu benar-benar berjiwa reformis, mereka digesa tampil untuk menawarkan kepada parti berkenaan keputusan mereka dan tidak dicalonkan dalam PRU15. 







Intip perbualan adalah kerja setan, kata Nik Abduh

 


Panas! Intip perbualan adalah kerja setan, kata Nik Abduh

April 11, 2021 

Pemimpin kanan PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan mengintip dan mendedahkan rahsia sebagai amalan jahat dan berdosa besar.

Mengulas audio tular dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Nik Abduh menyamakan perbuatan demikian dengan kerja iblis dan syaitan yang mencuri berita dari langit sebelum menyebarkannya kepada bomoh dan tukang sihir.

“Ia seawalnya adalah kerja kumpulan iblis dan syaitan di langit. Mereka berterbangan di langit dalam usaha mencuri-curi berita-berita berkaitan urusan langit dan bumi yang ditentukan oleh Allah.

“Jika mereka dapat, mereka akan segera menyebarkan maklumat tersebut kepada para wali mereka daripada kalangan manusia iaitu para bomoh, tukang sihir, tukang tilik dan seumpamanya.

“Untuk mencapai tujuan buruk mereka, mereka akan mencampur-adukkan antara kebenaran dan kepalsuan, seterusnya menyebarkan benih-benih perpecahan dalam kalangan manusia apabila (mereka) mempercayai khabar-khabar daripada para wali syaitan tersebut,” katanya di Facebook.

Ahli parlimen Bachok itu menambah kerana itulah Islam mengharamkan umatnya pergi dan mempercayai bomoh, tukang tilik, apatah lagi tukang sihir.

Audio yang tular beberapa hari lalu itu memaparkan perbualan dua lelaki yang didakwa Anwar dan Ahmad Zahid. Antara lain mereka memperkatakan Perhimpunan Agung Umno 20202 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan.

Kata Nik Abduh, meskipun intipan semasa perang dibenarkan, namun intipan yang dilakukan ke atas rakyat menggunakaan peralatan moden oleh pemerintah pula hanya dibenarkan jika membabitkan kemaslahatan rakyat, seperti dalam kes dadah, kongsi gelap dan sebagainya.

“Pemerintahan adalah amanah. Menyalahgunakan jentera kerajaan demi membunuh parti dan saingan politik lain adalah khianat, salah dan dosa.

“Saya tidak tahu, jika benarlah intipan audio perbualan Zahid-Anwar itu, siapakah dalang intipan tersebut. Jika dia individu, dia menanggung dosa,” katanya.

Harap bukan komplot PAS

Untuk rekod pada 2018 Nik Abduh turut pernah dirakam suaranya secara rahsia. Antara lain anak bekas menteri besar Kelantan itu mendakwa dia berkawan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS.

Bagaimanapun kejadian itu dipercayai berlaku akibat persaingan dalaman PAS sebelum ia terdedah kepada pihak luar.

Menurut Nik Abduh sekiranya audio itu tulen, dia berharap pihak yang bertanggungjawab menjadi dalang terhadap intipan perbualan berkenaan tiada kaitan dengan jentera kerajaan.

Sekiranya ia palsu pula, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu berharap ia bukanlah hasil komplot PAS.

“Jika sebaliknya, saya berdoa dan berharap ia bukan daripada komplot PAS.

“PAS terhalang oleh hukum agama yang diimaninya daripada menggunakan perkara haram demi sampai pada matlamat perjuangan sucinya,” katanya lagi.

Dalam kes rakaman suara Nik Abduh, pada awalnya dia menafikan ketulenan audio berkenaan namun isu itu timbul semula pada 2019 apabila kes saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report ditarik semula untuk penyelesaian luar mahkamah.

Tidak berapa lama kemudian, Nik Abduh tampil mengakui bahawa rakaman audio itu sebenarnya tulen, dan mendakwa penafiannya dahulu didorong gesaan pimpinan PAS pada masa itu, serta telah mendapat restu Abdul Hadi.

Tahun lepas, laman berita teknologi Israel turut melaporkan perjanjian bernilai AS$1.5 juta membabitkan sebuah syarikat siber dengan kerajaan Malaysia, bagi membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.




Rakaman Audio tular Zahid-Anwar tak gadai semangat reformasi, kata Ezam

 


Rakaman Audio tular Zahid-Anwar tak gadai semangat reformasi, kata Ezam


Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi.

Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 98 berkata demikian ketika mengulas dakwaan perbualan antara Zahid dan Anwar.

“Bagi kita Gerak 98, ia sedikit pun tidak menggadai reformasi.

“Kalau betul apa yang Zahid sebut tidak sedikit pun merosakkan reformasi.

“Dia (Zahid) memperakui Anwar sebagai cikgu dia, dia belajar dari Anwar […]

“Apa yang disebut oleh Anwar juga pada saya tidak menggadai kekuatan reformasi,” kata Ezam di Kuala Lumpur selepas acara flashmob oleh NGO Gerak 98 dan Otai Reformis.

Ezam meninggalkan Umno ketika menjadi pemimpin pemuda. Bekas ketua pemuda PKR itu kemudian meninggalkan parti itu pada 2008 untuk menyertai kembali Umno.

Bagaimanapun, Ezam keluar dari Umno buat kali kedua pada 2016, selepas dua tahun menjadi pengarah komunikasi kementerian kewangan di bawah pentabiran Najib Razak.

Mengulas keputusan PH menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan itu pada PRU15, Ezam berkata ia merupakan usaha positif yang perlu dihormati semua pihak.

“Sebab apa yang berlaku sebelum ini, PH sebut Anwar sebagai ketua tetapi pada masa yang sama masih dengar bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, masih beri ruang untuk Mahathir serang Anwar,” jelasnya.

 

Sementara itu, Speaker Dewan Negara Rais Yatim menyifatkan amat sukar untuk Anwar dan Zahid meyakinkan orang ramai tentang kepalsuan rakaman audio terbabit.

“Sukar untuk meyakinkan dengan begitu sahaja. Lantaran suara kedua-dua pemimpin ini dikenal ramai.

“Lunaknya, intonasinya, pekikannya, itu didengar oleh masyarakat.

“Jadi kalau menafi, penafian itu harus substantif. Dan sifat substantif itulah yang saya katakan tadi, harus dibuktikan melalui forensik.

“Saya berharap ada tindakan daripada pihak berkuasa dan yang mahir dari segi audio,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.

Rais turut menambah, kegagalan untuk menyelesaikan isu itu turut akan memberi kesan buruk kepada kerajaan, sejurus keadaan politik Melayu dalam negara.

Zahid telah menafikan sekeras-kerasnya suaranya dalam audio itu dan berkata akan melakukan laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

 

Anwar pada hari ini pula mempersoalkan adakah dia melakukan sebarang jenayah sekiranya rakaman audio didakwa melibatkannya dengan Zahid adalah tulen.

Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, suara yang didakwa sebagai Zahid dan Anwar kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu yang memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, serta memberi mandat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal. Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan tiadanya kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Suara didakwa Anwar pula berkata lebih baik jika menteri daripada Umno, walaupun seorang, yang menggunakan PAU sebagai sebab untuk meletakkan jawatan, untuk membina momentum. 






Ezam Mohd Nor: Gerak98 Sembang Santai Di Puchong

PUNCA SEBENAR RUMAH PUTIH TERTINGGAL PUTRAJAYA



"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena sisa plastik import tersebut ke negara asal menggunakan peruntukan perenggan 31(1)(g) Akta 127 (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974). "Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport manakala 143 kontena bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi dalam tindakan JAS untuk proses penghantaran balik," katanya.









((PANAS)) PAS TIPU UMNO! UMNO KELANTAN LAWAN PAS IKUT JEJAK UMNO TERENGG...

(LIVE) Dr Aziz Bari : Rakaman Suara Anwar- Zahid, Ada Unsur Jenayah? Ap...

SAJA MASUKKAN ISU INI SEBAB MELIBATKAN ATOK 95 : Muzikal Lawak Superstar Akhir | Kumpulan Heart

EDISI KHAS MINGGUAN 017 | RAKAMAN AUDIO PERCATURAN POLITIK MIRIP SUARA A...


MENARIK DALAM EDISI KHAS 017
1. AMARAN PKR, BERHATI-HATI DENGAN MUHYIDDIN 2. KARTEL PROJEK RM 3.8 BILION TUMPAS 3. RAKAMAN AUDIO MIRIP ANWAR-ZAHID TULAR



KALAU DENGAN PAS YANG MENGKAFIRKANNYA PUN UMNO BOLEH BEKERJASAMA, APA SANGATLAH DENGAN PH?

 

Meski rakaman audio bocor yang didakwa melibatkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih lagi merupakan misteri dari segi kesahihannya, di sisi lain sebenarnya ramai yang berharap hubungan baik yang dizahirkan melalui perbualan mereka berdua itu akan nenjadi kenyataan dalam politik untuk negara.

Dalam erti kata lain, kebocoran audio itu telah melonjakkan harapan agar UMNO dan PKR akhirnya dapat membentuk suatu kerjasama.

Kerjasama yang diharapkan itu tidak saja melibatkan UMNO dan PKR, tetapi juga merangkumi antara BN dan PH.

Dengan kekuatan yang masing-masing miliki, kerjasama itu jika menjadi kenyataan, itulah sebetulnya yang terbaik untuk negara.

Tetapi, bolehkah ia menjadi kenyataan?

Jika diperhati, UMNO dengan PH yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah hanya bermusuh dari segi politik semata-mata dan ia tidak lebih daripada itu.

Yang kerap berlaku hanyalah berbalas cakap dan kenyataan berkaitan pelbagai isu yang kedua-dua pihak berbeza pendirian masing-masing.

Kewujudan slogan “No Anwar No DAP” yang sering diratibkan oleh pemimpin tertentu dalam UMNO sejak akhir-akhir ini bukanlah gambaran wujudnya permusuhan yang terlalu teruk antara parti itu dengan PH.

Ia tidak lebih adalah manifestasi ketakutan golongan tertentu dalam UMNO terhadap kehilangan jawatan dan kedudukan sejak terbentuknya kerajaan PN, selain untuk melindungi Bersatu serta Mahiaddin Md Yasin yang pada hakikatnya sedang sesak nafas dalam melayati kehidupan berpolitik seterusnya.


Di pihak PKR dan DAP, mereka tidak pula pernah ada slogan “No UMNO No Zahid Hamidi” misalnya sehingga ia menjadi ketetapan parti sebagaimana dilakukan oleh UMNO.

Tetapi, terbukti akhirnya Bersatu dan Mahiaddin lebih merupakan ancaman yang ingin “membunuh” UMNO berbanding Anwar, PKR dan DAP yang dianggap musuh yang tidak boleh dijalin kerjasama itu.

Dengan perkembangan politik semasa yang banyak berubah dan norma baru menjadi aturan kehidupan sekarang ini, sudah sampai masanya UMNO perlu membatalkan ketetapan

“No Anwar No DAP” itu.

Ketetapan itu sebenarnya mengongkong UMNO untuk kembali berkuasa serta dalam masa sama memberi kelebihan kepada Bersatu, PN dan Mahiaddin mencatur kekuatan kuasa dalam milikannya.

Ini kerana, sementara UMNO yang terperangkap dengan ketetapan “No Anwar No DAP” bersama dengan Bersatu membentuk kerajaan PN, namun untuk mengukuhkan partinya, tidak kira wakil rakyat PKR, DAP atau sesiapa saja yang sedia menjual diri, semuanya diborong oleh Bersatu.

Sudahnya, Bersatu kini jadi parti rojak yang tidak saja berkumpul di dalamnya segala pengkhianat, malah macam-macam jenis manusia tak kira daripada mana asal usulnya ada bersama.

Lagi pula, UMNO harus sedar, kedudukannya BN yang diterajuinya semakin mengecil sekarang di mana hanya tinggal empat parti saja lagi di dalamnya.

Itu pun MIC, salah satu komponennya sudah mula ternampak geli-geli mendekati PN dan Mahiaddin kebelakangan ini.

Mendepani cabaran mendatang, UMNO tiada pilihan lain selain perlu bekerjasama dengan PH, khususnya PKR dan DAP untuk kelangsungan masa depannya.

Kalau dengan Pas yang pernah mengkafirkannya pun UMNO boleh berbaik, bermesra dan kini merinduinya apabila parti Islam itu mula liar sejak main dua kolam dengan Bersatu, apakah PH, PKR dan DAP pernah berlaku buruk mengganggu atau mengancam akidah ahli-ahli UMNO?

Dalam hidup orang Islam, tidakkah akidah merupakan tunjang kehidupan paling asas bagi kita semua?

Maka, kalau dengan Pas yang pada dasarnya sudah begitu jauh terlajak dalam berpolitik sehingga ke peringkat mengkafirkan yang bermakna telah menceroboh tunjang paling asas bagi orang UMNO sebagai sesama unat Islam, itu pun masih boleh diterima sebagai rakan kerjasama, mengapa tidak dengan PH, PKR, DAP dan Anwar?

Apa yang PH, PKR, DAP dan Anwar pernah mengancam dan membahayakan UMNO selama ini?

Pernahkah DAP mengkafirkan UMNO atau cuba mahu mencinakan orang Melayu UMNO?

Lebih daripada itu, selain tidak bertembung kerusi pilihanraya dengan DAP dan dengan PKR pula hanya berlaga di kawasan tertentu yang pada asasnya boleh dirundingi secara baik, pilihan UMNO sebagai parti Melayu untuk bekerjasama dengan PH juga menggambarkan mereka benar-benar berjiwa Malaysia.

Ia akhirnya akan melahirkan kestabilan sejati untuk kepentingan rakyat dan negara seluruhnya. (Shahbudindotcom 10/04/2021)





GAMAKNYA US TAK ADA KEPAKARAN..PUNYA BODONYA WALAUN ....


BOB KELANANG


Papa tanya walaunBODO tegar,

Muhammad Bin Abdullah

ni jawapannya… sampah nak buat bateri ionizer kapal angkasa…

KOH KOH KOH… jilaker jilanat tol!!

 


 May be an image of ‎text that says "‎4G 09:35 0.00 4G 86% KB/s Replies mIunammaU ×××— Abuullanı Dah ejek2 dah buruk2 kan baru nak tanya? 1h Like Reply Bob Kelanang Muhammad Bin Abdullah Ye Mat Dol... tuk apa sampah tu..?? Ber pencerahan... 1h Like Reply Muhammad Bin Abdullah Bob Kelanang aku rasa ia nak buat battery ionizer kapal angkasa kot 1h Like Reply 1‎"‎

CEROI PAK LEBAI NI .....

 


Takkan agen CIA pun tak tau? Kemereh betoi lebai kongkiak ni.Apa punya cap ayam agen CIA ni. Sembang kemain la sangat....perisik ni bahaya. sama ada agen Russia tembak atau musuh US cari. Hati-hati mengaku agen CIA.


May be an image of 1 person, sitting and text that says "Shahbudin Husin Favourites Siapa syaitan dalam kes audio Anwar Zahid Hamidi? malaysiakini BERITA UTAMA Nik Abduh: Intip perbualan, dedah rahsia itu kerja syaitan "Saya tidak tahu, jika benarlah intipan audio perbualan Zahid-Anwar itu, siapakah dalang intipan tersebut. Jika dia individu, dia menanggung dosa," katanya."

M E L O M P A T P U A K - P U A K T U . . .

 

BOB KELANANG


Zuraida percaya klip audio suara Anwar

malaysiakini.com
Zuraida percaya klip audio suara Anwar
Menteri itu menjelaskan hal berkenaan selaku "orang yang telah bersama PKR selama 20 tahun."


KOH KOH KOH… bab audio bukan main melompat puak-puak tu... audio yang ambil sembang dua orang... yang mana isi kandungan audio tu pun xsalah... setakat sembang-sembang jer... macam la korang xpernah sembang sesama kengkawan lain parti...

Tapi bab video semburit Sandakan yang sah terpampang muka pelaku korang tak kepoh kecoh pun…

KOH KOH KOH…

Lawak siot... macam Zuraida cakap la... dia dulu 20 tahun dalam PKR... dia kenal suara tu... dia pasti...

KOH KOH KOH... tapi kalau dia dah 20 tahun dalam PKR... patut dia kenal la muka Azmin Ali dalam video semburit Sandakan tu...

KOH KOH KOH…

Bab Hadi Bewok... xpayah nak sembang la... dia semua tahu... tapi kalau wartawan push sikit tanya lebih... sure ntah apa-apa dier akan jawab... lain tanya lain jawab... itu stail Hadi Bewok...

KOH KOH KOH…

Yang lain macam puak-puak pengkhianat dalam UMNO... biasa la cari peluang nak taji Ahmad Zahid Hamidi... semua macam berpakat... KJ, Tun Faisal, Papagomo, Ismail Sabri, Annuar Musa, Hishamuddin Hussein... ini semua puak celaka... patut ahli UMNO akar umbi perhatikan jer la opportunis ni semua...

KOH KOH KOH... kasi cantas...

Personally... pada aku.... audio tu tak la berat mana... setakat sembang-sembang ja... macam omputih cakap la... 'your enemy is also my enemy... so common ground...' apa ada hal...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

NURUL MERASMIKAN CABANG BUKIT BENDERA

 

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Bukit Bendera di Balai Rakyat Padang Tembak bersama YB

Jason Ong Khan Lee 王康立

dan Pengerusi MPN

KEADILAN Pulau Pinang

, YB

Muhammad Bakhtiar Wan Chik

.

Sambutan yang cukup meriah sempena 22 tahun KEADILAN. Saya menyeru agar semua anggota meneruskan gerak kerja serta khidmat bakti di lapangan dan memperkukuhkan semangat untuk sama-sama terus berjuang menongkah cabaran.

Membujur lalu, melintang patah!

 



PROGRAM NURUL BERKAITAN KEMISKINAN DAN POSTMORTEM KEMISKINAN.

 

Selesai bersama program PWDC, saya bersama Professor Fatimah Kari, mantan Professor Ekonomi dan Pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya bagi Kajian Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) di #PermatangPauh.

Sesi metodologi dan sesi ‘postmortem’ bersama para enumerator ini adalah hasil daripada kajian mereka di lapangan selama 2 minggu melibatkan hampir 300 isi rumah. Pengukuran kemiskinan dari pelbagai dimensi ini penting bagi memberi gambaran sebenar tentang kemiskinan.

Realitinya, kemiskinan bersifat multidimensi. Ia lebih daripada kekurangan pendapatan semata-mata; tetapi juga akses kepada pendidikan, kesihatan, kondisi tempat tinggal. InshaAllah, kajian ini boleh menjadi satu alat pengukur dan panduan yang baik bagi kami menggubal sesuatu program / bantuan berkaitan kemiskinan di kawasan.

#DemiPermatangPauh



 

Audio tular: Kenyataan Anwar bawa dominasi persepsi awam

 

Astro Awani
Audio tular: Kenyataan Anwar bawa dominasi persepsi awam
Ia selepas Anwar dilihat tidak menyatakan dengan jelas berhubung dakwaan tersebut yang kini menjadi persoalan rakyat teramai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persepsi awam akan mendominasi isu audio tular yang dikaitkan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ia selepas Anwar dilihat tidak menyatakan dengan jelas berhubung dakwaan tersebut yang kini menjadi persoalan rakyat teramai.
agaimanapun, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata isu audio melibatkan pemimpin politik bukan sesuatu yang baharu di negara ini.
"Kalau dilihat tadi, Anwar tidak menyatakan secara jelas sama ada beliau dan Ahmad Zahid (yang didakwa) merupakan suara dalam audio tersebut.
"Isu ini akhirnya akan meminta persepsi awam (menilai) mengenai siapa yang sebenar.
"Pandangan saya, melihat bahawa ini bukan perkara yang asing, sebelum ini telah berlaku banyak kali insiden audio yang dibocorkan," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.






Bicara Tokoh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim | 10 April 2021

Muhyiddin Taja UMNO 3.0 Untuk Pecahkan UMNO

Ezam Mohd Nor Bersama Otai Reformis: Tolak Pimpinan Parti Dikenalpasti M...

'Dalam sejarah dunia belum ada negara bankrap kerana bantu rakyat susah'






POSTED BY AMIR WRLR.

Pandangan andainya Presiden KEADILAN menjadi Perdana Menteri dan terlalu menumpukan kepada peruntukan membangunkan luar bandar, pendidikan serta kesihatan akan mengugat ekonomi negara, adalah mengarut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Minda Bicara Tokoh yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara, pagi tadi membidas pendapat seorang tokoh veteran Umno yang disifatkannya sebagai tidak tepat.

"Tak apa itu pandangan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Bagi saya (dia keluarkan) pandangan sebab dia fikir Anwar ini terlalu banyak bercakap soal bagi peruntukan pendidikan, kesihatan, rakyat miskin yang banyak.

"Saya jawab begini, belum ada dalam sejarah dunia dari zaman purbakala sampai sekarang di mana maharaja atau presiden atau Perdana Menteri yang menyebabkan negara bankrap kerana membantu rakyat.

"Dia (negara) bankrap sebab rasuah, bankrap sebab perang dan sebagainya," kata beliau menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Prof Datuk Dr Mohd Agus Yusoff.

Ditanya mengenai agenda reformasi yang tidak berjaya dilaksanakan sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, Anwar lebih senang menyatakan kekurangan kesungguhan pemerintahan PM Tun Mahathir menyebabkan rakyat tidak melihat perubahan yang dijanjikan dalam kempen PRU 14 terlaksana dalam bentuk polisi.

"Tun Mahathir ada jasa tetapi dia mewakili sosok lama, pemikiran lama. Dia ikut arus tetapi dia tak dapat hayati dan tanggapi keperluan merobah institusi kerana institusi itu berdiri kemudian dirosakkan oleh beliau juga. Kita kata kebebasan kehakiman, kebebasan media, sedikit sebanyak dia bagi tetapi yang merosakkan dahulu itu dia. Bagi dia itu susah (membalikkan keadaan)

"Saya ketika itu sebagai Ahli Parlimen biasa. Saya ada ruang. Kadang seminggu atau dua minggu sekali menemui beliau, saya kata kita dapat mandat untuk melaksanakan sesuatu untuk rakyat.

"Bagi saya urutan keutamaan seperti kesihatan, pendidikan dan rakyat miskin. Itu tak boleh kita tolak ansur. Malangnya kita tak dapat sampai ke situ. Kita serah Felda kepada Menteri Ekonomi (Azmin Ali), lingkup. Langsung tak ada program. Jadi kalau dia khianat kita boleh faham.

"Bukan nak salahkan Mahathir seorang biar pun dia nakhodanya. Jelas bahawa dia bertanggungjawab dalam hal-hal begini tetapi orang-orang dipercayainya juga yang mengkhianat amanah, itu jangan kita lupa," katanya.

Bagaimanapun mengenai isu Undi 18 Anwar mengecam rejim Perikatan Nasional yang disifatkannya sebagai takut kepada kuasa anak muda.

Menurut beliau, kerajaan PN tidak boleh menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di atas kegagalan pelaksanaan tersebut kerana jika SPR gagal maka barisan kepimpinannya boleh ditukar, bukannya menangguhkan pelaksanaan Undi 18 sehingga setahun.

"Tekad politik ada atau tidak? Kita dah luluskan setahun setengah yang lalu, setelah setahun setengah ada kekangan-kekangan ini.


"SPR itu kalau tak layak tukar. Bagi tempoh 3 bulan, 6 bulan, boleh lakukan. Kalau benar ada masalah teknikal mengenai DUN, beri cadangan sekarang. Apa yang menjadi masalah," katanya.

Mengenai alasan kerajaan PN bahawa Undi 18 memerlukan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda, Anwar menganggapnya masalah kecil kerana ketua-ketua setiap parti politik telah pun bersetuju untuk mengundi meluluskan Undi 18 di Parlimen pada 2019 lalu, dan tentunya parti-parti yang memerintah di peringkat negeri juga akan boleh mengundi untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri.

 


Usul memorandum kepada Agong, minta Parlimen bersidang


Pakatan Harapan berkata akan bekerjasama dengan mana-mana parti untuk Parlimen bersidang, tanpa melibatkan ‘kleptokrat’.

PETALING JAYA: Memorandum yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen yang menyokong persidangan semula Parlimen akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Namun, tidak dinyatakan bila mereka akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Istana Negara atau berapa Ahli Parlimen yang akan menandatanganinya.

Dalam kenyataan berikutan perjumpaan pembangkang di Port Dickson, para pemimpin PH berkata mereka dipacu semangat perpaduan dan iltizam bagi meneruskan usaha reformasi serta menyatukan rakyat Malaysia, tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan
Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan Rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh presiden PKR dan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Agong sebelum ini menyatakan pandangan baginda bahawa Parlimen dapat bersidang walaupun keadaan darurat, pada tarikh yang dianggapnya sesuai berdasarkan rundingan dengan perdana menteri.

Selepas titah baginda pada bulan Februari itu, Menteri Undang-Undang De Facto Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa Parlimen tidak akan berlangsung sehingga perintah darurat ditarik semula, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini.

Parlimen terakhir bersidang pada pertengahan Disember tahun lalu untuk meluluskan belanjawan 2021.




Dr M tak bincang sebelum buat lantikan penting, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim mendakwa Dr Mahathir Mohamad tidak dapat memahami perlunya pembaharuan institusi kerana beliau sebenarnya yang merosakkannya.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata pembahagian jawatan penting Kabinet secara saksama dalam kalangan orang Melayu adalah cara untuk mengukuhkan keyakinan golongan berkenaan terhadap kerajaan.

Merujuk kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH) berbuat demikian, beliau menyalahkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengadakan perbincangan sewajarnya sebelum membuat pelantikan.

“Pelantikan yang penting dilakukan Mahathir ketika saya masih dalam penjara,” katanya ketika forum anjuran Majlis Profesor Negara hari ini.

Dalam konteks ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, penting untuk meyakinkan golongan majoriti Melayu bahawa mereka tidak akan diabaikan, walaupun itu yang kini dirasai kumpulan berkenaan sedangkan kerajaan pemerintah juga berbangsa Melayu.

“Ini bererti, harap-harap selepas kami (PH) memerintah, kita boleh berbincang semula untuk mewujudkan keadaan di mana kepentingan mereka dipelihara, seterusnya mengukuhkan keyakinan rakyat di seluruh negara.

“Ini juga bagi bukan Melayu. Ini bukannya satu permainan dengan hanya orang Melayu dibantu manakala masyarakat Cina diketepikan, atau membantu orang Cina tetapi membiarkan Melayu miskin, pendekatannya mesti adil dan saksama,” katanya.

Beliau mengulas soalan daripada moderator sama ada merancang menangani isu yang membimbangkan orang Melayu selepas kebanyakan pemimpin DAP dilantik ke jawatan penting ketika pentadbiran Mahathir.

Katanya, berdasarkan pengalamannya dengan DAP, ia berbeza daripada persepsi orang Melayu dan menambah parti itu sentiasa bersedia berunding dan berdepan realiti.

Berhubung kegagalan PH melaksanakan pembaharuan institusi seperti dijanjikan dalam manifestonya, Anwar berkata Mahathir tidak dapat memahami sepenuhnya keperluan untuk memperbaharui institusi kerana beliau sendiri yang sebenarnya merosakkannya.

“Antaranya melibatkan kebebasan kehakiman serta media, yang memang dikembalikan semula sedikit, namun sebenarnya beliau yang merosakkannya dulu,” katanya.

“Bagaimanapun, bukan beliau saja yang bersalah dalam hal ini walaupun beliau yang mengemudi kapalnya. Jelas beliau bertanggungjawab atas pelbagai perkara yang kini diamalkan.

“Namun bergantung juga kepada rakyat yang mengkhianati kepercayaannya. Kita tidak patut melupakan perkara itu,” katanya.

Menjawab soalan lain, Anwar menolak pandangan bahawa perancangannya menerima golongan yang melompat parti, bersamaan mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Katanya, ini tidak timbul kerana beliau sekadar cuba mendapatkan semula mandat diberikan kepada PH oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Dan apakah janji pilihan raya (ketika itu)? Ia supaya Mahathir menjadi perdana menteri sementara. Jadi di sini ia sebenarnya melibatkan mendapatkan semula mandat,” katanya.