AMK : Bersihkan Pilihanraya Atau Bertempur Di Jalanraya

JOHOR BAHRU, 25 NOV : Tunaikan 8 tuntutan Bersih, atau hadapi ledakan tunjuk perasaan di jalanraya.

Begitu kata dua Angkatan Muda Keadilan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, meskipun pihak rejim baru-baru ini mengemukakan pelan memperkenalkan akta anti-Artikel 10 Perlembagaan yang lebih keras.

"Kalau mereka terus menghimpit kita, mereka masih mahu menipu pada pilihanraya, hanya ada satu sahaja pilihan iaitu lupakan pilihanraya....kita gunakan jalan raya!," sahut Shamsul disambut sorakan dari para perwakilan Kongres AMK ke-8.

Tunjuk perasaan merupakan jalan terakhir sekiranya kerajaan masih lagi berdolak-dalik atau menolak cadangan reformasi sistem pilihanraya negara yang diusulkan Bersih 2.0

Pada 9 Julai lalu, sekatan polis di setiap laluan masuk ke ibu negara gagal menyekat 30,000 rakyat menyertai himpunan Bersih 2.0.

Perarakan tersebut tercetus sebagai tanda protes rakyat terhadap sistem pilihanraya yang didakwa pincang, dan alasan demi alasan yang diberi untuk tidak melaksanakan penambahbaikan.

Tunjuk perasaan turut meletus di beberapa lokasi penting seperti Dataran Maybank, KLCC dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya 1,600 orang ditahan, ramai lagi yang cedera akibat dipukul polis bersenjata dan satu kehilangan nyawa.

"Pilihanraya kali ini adalah detik penting bagi kita kerana ia adalah persimpangan untuk kita," kata Shamsul kepada perwakilan yang hadir.

"Adakah kita mahu membiarkan Umno-BN terus menjadi tuan dinegara ini?" tegasnya lagi.

Sementara itu, jentera Angkatan Muda diarah bersiap-sedia untuk kerahan segera ke lapangan menanti pengumuman pembubaran Parlimen.

"Untuk kita menang pada pilihanraya kali ini, pastikan jentera setiap cabang dan negeri kuat untuk pilihanraya. Kita masih percaya pada saluran pilihanraya," kata Shamsul.

AMK Kepada Najib : Buktikan Iltizam Kerajaan Mansuh AUKU

JOHOR BAHRU, 25 NOV : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak harus membuktikan keikhlasan ikrarnya meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 dengan membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan kepada mahasiswa di Universiti Malaya.

Pindaan Seksyen 15 AUKU merupakan antara rangkaian janji yang diutarakan Najib dikala Malaysia bakal menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Sebelum ini, ramai pihak melahirkan kehampaan apabila 13 individu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun Najib telah berjanji akan memansuhkan akta tersebut.

"Saya akan buat permohonan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya membenarkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di Universiti Malaya. Kita mahu lihat sama ada Perdana Menteri berani atau tidak," demikian desakan daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

AUKU merupakan undang-undang kontroversi yang menghalang pembabitan mahasiswa dengan mana-mana parti politik. Dalam pilihanraya kampus tahun ini, kumpulan mahasiswa pro-Pakatan menumpaskan mahasiswa pro-Barisan Nasional dan menawan badan perwakilan pelajar di beberapa universiti tempatan.

"Selepas Kongres ini, saya akan meminta rakan AMK di seluruh negara agar bergerak masuk ke dalam kampus. Kita akan bermula dengan universiti yang paling tua, iaitu Universiti Malaya,"

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar sempena pembukaan rasmi Kongres Angkatan Muda keadilan di Pulai Springs Resort di Pulai sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul melahirkan kebimbangan dengan sikap kerajaan memusuhi mahasiswa dan cendekiawan kritikal seperti penggantungan Prof Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa dan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa di mahkamah kerana membuat tinjuan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

"Universiti tidak sekadar ladang ternakan ilmuwan muda yang taat membuta tuli kepada pemerintah," kata Shamsul.

"Seharusnya hujah dihadapi dengan hujah, bukan dengan kuasa. Betapa pemerintah tidak toleran dengan perbezaan," tambah beliau.

Mahasiswa UIA Adakan Demonstrasi Bantah Campurtangan Pihak Luar

GOMBAK, 25 NOV : Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mendesak pihak luar supaya tidak campur tangan terhadap hal ehwal pentadbiran pusat pengajian itu ekoran beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini.

Bantahan secara aman itu disuarakan kira-kira 200 mahasiswa di perkarangan Masjid UIA selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Penganjur protes itu mendakwa dalam tempoh kurang daripada 100 hari, telah berlaku sekurang-kurangnya empat peristiwa hitam yang mengecewakan dan menjatuhkan nama baik institusi tersebut pada pandangan umum.

Peristiwa tersebut adalah larangan Ustaz Azhar Idrus daripada berkuliah di dalam Masjid UIA, pembatalan penyertaan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA dalam panel program Hujah TV9, pengantungan tugasan Prof Dr Aziz Bari dan terkini, pembatalan secara ad-hoc program "In Person With" dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dibatalkan secara ad-hoc.

Setiausaha Agung Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden yang mengetuai demonstrasi itu mengesa pentadbiran universiti supaya tidak menyekat pimpinan mahasiswa, sebaliknya memberi kebebasan kepada mereka untuk bersuara.

Menurutnya, keadilan perlu ditegakkan supaya keamanan dapat diwujudkan khususnya dalam membina sahsiah mahasiswa untuk membentuk jati diri yang kukuh dan bersikap daya saing.

"Sebagai contoh, kita tuntut salah satu dari empat perkara itu bila mana pihak pentadbiran mengekang Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) UIA, Profesor Dr Abdul Aziz Bari daripada muncul di kaca televisyen untuk rancangan Hujjah.

Bagi kita ia menyekat soal intelektual mahasiswa. Kenapa tidak dibuka ruang seluasnya, khususnya untuk dia (Aziz) bersuara kerana dia berada di kerusi itu atas pilihan rakyat dan mahasiswa UIA secara keseluruhannya," tegasnya.

Sementara itu, pemimpin pro-mahasiswa UIA, Nurul Farhan Omar berkata, pengrurusan universiti itu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan sehingga tidak wujud lagi dasar ketelusan.

"Selepas ini pihak pentadbiran perlulah bersifat lebih telus dalam pengurusan dan kami mengharapkan tiada campur tangan kerana kami mendukung mahasiswa boleh berakademik, bersuara untuk apa yang mereka percayai dan mahasiswa perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk membesar sebagai individu yang bakal memimpin negara suatu hari nanti."

A.Samad Said :Kongres Di Johor Simbolik Perubahan Pilihanraya



JOHOR BHARU, 25 NOV : Penganjuran Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-lapan di kubu kuat Umno ini disifatkan sebagai simbolik jelas bahawa negeri itu bakal ditakluki Pakatan Rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jelas Sasterawan Negara, A.Samad Said.

"Saya merasa aneh juga kenapa kongres ini dilakukan di Johor, setelah itu saya mula memahami ia adalah langkah simbolik.

"Sedia maklum Johor adalah akar kepada Umno, kehadiran Pakatan Rakyat khususnya Keadilan (PKR) adalah untuk mencabut akar itu,"katanya.

A.Samad Said ketika ditemui TVSelangor sejurus selepas mendeklamasikan sajak pada majlis perasmian kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan di Pulai Springs Resort, disini hari ini.

Mengulas lanjut, A.Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad menzahirkan rasa senang hati diatas kesudian PKR menjemput dirinya.

A.Samad Said juga menyifatkan jolokan Sasterawan Rakyat yang diberikan oleh rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat keapdanya adalah satu penghargaan buat dirinya.

"Saya merasa senang, setidak-tidaknya saya dapat mengikuti apa yang sedang berkembangan pada hari ini, ini juga jelas adalah satu kesungguhan untuk terus bergerak dan melakukan pertukaran pemerintahan,"katanya.

Cabaran PKR menjelang PRU-13

Oleh: Zikri..


'Demi Rakyat' adalah tema utama Kongres Keadilan ke-8 yang akan berlangsung pada 25-27 November depan di Johor Bharu.
Tema ini juga akan menjadi manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Menurut Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Johor dipilih bukan sekadar untuk melengkapkan giliran negeri-negeri tetapi disebabkan negeri tersebut merupakan kubu kuat Umno.

"Kalau roboh kubu kuat (Umno), maknanya (peluang) di negeri-negeri lain akan jadi lebih cerah." jelas Saifuddin ketika sidang media baru-baru ini.

Sementera menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli parti itu memerlukan penambahan 15 kerusi tambahan selain mempertahankan 31 kerusi yang dikuasai semasa PRU-12 pada 2008 lalu. Secara keseluruhannya pada PRU-13 nanti PKR akan bertanding di 46 kerusi parlimen diseluruh negara.


Parti yang relevan

Sebagai sebuah parti politik yang diasas berdasarkan masyarakat pelbagai kaum, PKR dilihat sebagai sebuah parti yang paling relevan dengan tuntutan semasa dan masa depan.

Impian untuk mewujudkan sebuah parti berbilang kaum merupakan impian setiap perdana menteri sebelum ini tetapi gagal dilaksanakan. Ini disebabkan kemunculan parti-parti yang diwakili pemimpin tersebut diasas berdasarkan kaum-kaum tertentu.

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menggabungkan parti-parti pembangkang dalam sebuah entiti parti politik amat mengejudkan pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Berasaskan komposisi politik semasa, parti politik yang berjaya menggabungan pelbagai kaum akan dilihat sebagai parti yang paling berjaya mendominasi kerajaan dimasa depan.

Diatas alasan asas inilah seluruh rakyat negara ini dapat menyaksikan fitnah dan tohmahan yang bertali arus di kenakan kepada Anwar. Matlamat serangan tersebut semata-mata untuk memberikan imej buruk terhadap Anwar dan parti yang di pimpinnya.

Penglibatan Anwar dalam pelbagai gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa atau kronisme ketika beliau berada dalam kerajaan tidak dapat dibuktikan secara berfakta.

Justeru tidak ada jalan lain bagi musuh-musuh Anwar selain fitnah dengan pelbagai kes yang membabitkan isu moral. Tujuan isu tersebut direka cipta bagi menghilangkan kredibiliti Anwar dimata rakyat.

Sistem Dua Parti

Kewujudan gabungan Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU-12 telah membuka lambaran baru kepada landskap politik negara.

Sebelum ini PRU akan disertai pelbagai parti. BN yang diwakili 14 komponen parti terus unggul menjuarai setiap PRU.

Gabungan tiga parti pembangkang terbesar PKR,PAS dan DAP membentuk PR ternyata mencabar keegoan BN yang selama ini mendabik dada dengan penguasaan mereka dalam kerajaan.

Kata-kata " Hanya BN sahaja yang mampu memerintah negara dan memberi kemakmuran kepada seluruh rakyat" yang sering di ucapkan oleh pemimpin-pemimpin BN sudah dianggap sumbang.

Manakala Anwar pula telah diberi pengiktirafan oleh kepimpinan PAS dan DAP sebagai bakal perdana menteri sekiranya PR menguasai Putrajaya.

Ketokohan Ketua Umum PKR itu bukan sekadar kekuatan mental dan bakat kepimpinan beliau malah beliau dianggap sebagai penyatu kepada komponen pembangkang.

Cabaran kepada PKR

Sebagai sebuah organisasi politik yang mana pemimpinnya merupakan tokoh berwibawa serta bakal memimpin negara, PKR memerlukan mekanisma pengurusan dan strategi yang berkesan bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU-13.

Kepimpinan parti perlu mengenal pasti setiap kelemahan yang ada terutamanya melibatkan jentera parti disemua peringkat dalam menghadapi PRU akan datang.

Begitu juga dengan saluran media terhad yang sedia ada perlu dimaksimakan sehingga seluruh pelusuk negara mendapat maklumat secukupnya.

Kejayaan pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai PR dalam pengurusan dan pentadbiran berhemah seharusnya disebarkan seluas mungkin termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ini adalah antar aset yang harus diberikan kepada rakyat supaya rakyat dapat membuat penilaian dan perbandingan berhubung kemampuan PR sekiranya menguasai kerajaan.

Pemilihan calon

Selepas tamat PRU 12 dan PKR berjaya menguasai 31 kerusi parlimen. Setelah itu menyaksikan beberapa MP PKR seperti Zaharin Hashim (Bayan Baru), Gobalakrisnan (Padang Serai),
Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) bertindak sebagai pengkhianat kepada parti
Begitu juga beberapa calon Adun dari PKR seperti Mohamad Fairus Khairuddin, Osman Jailu, Radzhi Salleh, Jamaluddin Mohd Radzi dan beberapa tokoh lain Tan Tee Beng,Salahuddin Hashim serta beberapa lagi yang juga memilih jalan yang sama.

Isu lompat parti dikalangan pemimpin-pemimpin PKR telah memberi imej yang kurang baik berhubung jati diri perjuangan pemimpin-pemimpin di peringkat atasan. Berdasarkan isu tersebut akan memberikan persepsi yang buruk terhadap PKR.

Parti juga perlu banyak bermuhasabah mencari jalan penyelesai berhubung calon-calon yang akan di pilih. Bukan setakat itu persepsi parti-parti komponen lain terhadap calon-calon PKR yang akan menyertai PRU juga perlu dipertimbangan.

Parti-parti komponen PR seperti PAS dan DAP mungkin masih menaruh kebimbangan terhadap calon-calon dari PKR berdasarkan pengalaman 'lompat parti' yang turut mencemar nama baik parti-parti komponen lain.

Revolosi dalam AMK dan wanita

Memandangkan Kongres kali ini merupakan kongres yang kelapan justeru ahli-ahli serta seluruh rakyat perlu melihat suatu progres yang sihat dan menyeluruh dalam setiap lapisan dalam parti.

Sejauh manakah penglibatan pelbagi kaum dalam kepimpinan PKR yang selama ini dianggap sebagi sebuah parti yang diwakili oleh keahlian dari pelbagai kaum perlu diketengahkan.

Apakah jentera dan kepimpinan pemuda dan wanita berjaya menarik minat golongan muda dan profesional. Berdasarkan kajian mendapati 70% pengundi terdiri dari golongan ini yang berusia 21 -40 tahun.

Dalam ertikata lain nya golongan muda ini merupakan penentu kepada kerajaan selepas PRU-13 nanti.

Persoalannya apakah langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kedua-dua sayap parti ini bagi memastikan generasi muda ini dan seterusnya memastikan kemenangan mutlak dalam PRU-13 nanti.

Menurut bancian oleh UMR baru-baru ini juga mendapati wanita berusia antara 20 -30 tahun juga lebih berminat menyertai BN berbanding PR juga harus disambut sebagai cabaran yang memerlukan tindakan serta merta.

Untuk itu jentera pemuda dan wanita harus memulakan jentera gerak kerja untuk mengumpul seramai mungkin ahli hingga menembusi kubu kuat Umno/BN diseluruh pelusuk.

Data-data ini harus dikumpul secara berfakta dan bukannya berdasarkan persepsi dan retorik untuk menyedapkan hati pemimpin atasan.

Dilema Orang melayu

Walaupun sejak kebelakangan ini Umno/BN menggunakan pelbagai propoganda dan serangan media bagi menghidup persepsi rakyat terhadap PKR sebagai perti yang tidak membela nasib orang melayu perlu dilihat sebagai positif.

Ini memandangkan pengundi melayu merupakan penentu kepada penguasaan PR ke Putrajaya. Umno telah bertindak berpatah arang berkerat rotan untuk hanya memberi fokes kepada pengundi melayu. Ini bukan disebabkan isu melayu sebagai agenda perjuangan parti tersebut tetapi melihat isu tersebut bagi menyelamatkan BN dari mengalami kekalahan lebih teruk.

Kurangnya agenda dan untuk memartabatkan isu-isu orang melayu seperti isu PPSMI, isu Islam seperti hudud,hak keistimewaan orang melayu, institusi sultan dan raja-raja dan tanah rezab melayu telah diambil kesempatan oleh Umno untuk melebelkan PKR sebagi parti yang hanya mementingkan kaum-kaum lain.

Dalam masa yang sama PKR juga dianggap sebagai parti yang takut memperjuangkan isu-isu melayu kerana terpaksa menjaga sentimen kaum-kaum lain. Akhirnya PKR terjerat dan setiap pemimpinnya terpaksa 'menolak' isu tersebut kepada PAS bagi menangani isu berkaitan orang melayu.

Walau apa pun kongres ke-8 kali ini merupakan landasan bagi memastikan segala kelemahan dan kelebihan yang ada agar dapat diseimbangkan.

Fokas untuk menghadapi PRU-13 bukan merupakan perkara mudah sebagaimana pepatah menyatakan usaha mempertahan lebih sukar dari usaha menguasai sesuatu keadaan.

Justeru untuk menang dan berkuasa memerlukan strategi dan kaedah yang memerlukan pengorbanan sebuah pasukan yang mantap.

Maka seharusnya kongres ke-8 yang akan disertai oleh 2,534 perwakilan dan 1,055 pemerhati berdaftar ini perlu menganggap usaha pemantapan pasukan bagi menghadapi sebuah medan peperangan yang besar serta bagi survival parti dimasa depan

Maka pengorbanan tersebut perlu disertakan dengan tindakan dan bukan sekadar bersemangat berkongres tetapi layu dimedan sebenar perjuangan.

Peperangan itu adalah untuk menang dan menguasai Putrajaya selepas PRU-13 nanti

Selamat berkongres dan selamat berjuang kepada semua perwakilan.

Siapa yang memerlukan 798 peti undi?

Siapa yang memerlukan 798 peti undi?

Wong Chin Huat | Nov 24, 2011 04:06:32 pm

MCA menyatakan bantahannya terhadap cadangan untuk memperluaskan hak mengundi kepada warga Malaysia yang menetap di luar negeri. Alasannya cukup bodoh, sehingga mengundang cemuhan warga Malaysia - sama ada di luar mahupun di dalam Malaysia. MCA kemudiannya memberi alasan baru, yang disahut Perdana Menteri - bahawa pelaksanaannya terhalang dengan masalah teknikal yang agak rumit, kerana kira-kira 800 peti undi perlu diletakkan di Kedutaan Besar Malaysia di luar negeri.

Mengapa perlunya kira-kira 800 peti undi? Ini kerana kita mempunyai 222 kawasan parlimen dan 576 kawasan ADUN. Seandainya 13 DUN dibubarkan serentak dengan pembubaran parlimen, maka terdapat 798 kawasan pengundian. Namun, apakah setiap Kedutaan Besar Malaysia akan mempunyai pengundi yang datang dari kesemua 798 kawasan?

Pengundian tidak hadir semestinya perlu didaftarkan. Seandainya hanya pengundi dari 20 kawasan mengundi di satu Kedutaan Besar, apa perlunya untuk menyediakan 798 peti undi? Justeru itu, jikalau pengundi dari 30 kawasan parlimen dan 90 kawasan DUN tampil mendaftarkan diri, apakah kita perlu menyediakan 120 peti undi?

Semestinya tidak. Malah jika kesemua 798 kawasan pengundian mempunyai pengundi yang tampil untuk membuang undi sekalipun, mustahil setiap kawasan pengundian mempunyai ratusan orang pengundi. Jadi, melainkan kawasan pengundian yang mempunyai bilangan pengundi yang ramai, lantas memerlukan peti yang khusus, kawasan yang lain boleh berkongsi peti berdasarkan negeri/wilayah - hanya diasingkan semasa perkiraan undi. Dengan ini, kita mungkin hanya memerlukan 16 peti untuk parlimen dan 13 peti untuk negeri, atau lebih kurang - untuk menyempurnakan pengundian pos di luar negeri.

Justeru itu, logistik bukan masalahnya. Masalahnya sama ada ahli politik mempunyai tekad politik. Bantahan terhadap pengundian di luar negeri dengan alasan teknikal, meskipun lebih "mendalam" nampaknya, tetap bangang.

Anda yang cerdik mungkin akan menemui satu lagi persoalan, seandainya dikatakan berdepan dengan tekanan logistik seandainya hak pengundian diberikan kepada warga yang menetap di luar negeri - maka bagaimana pula dengan pengundi pos yang sedia ada, termasuk diplomat, penuntut dan keluarga mereka? Apakah mereka tidak memerlukan 798 peti undi?

Seandainya kita kerap membaca buletin antarabangsa, akan kita mendapat tanggapan bahawa mereka bakal pergi mengundi di Kedutaan Besar, sebagaimana yang dilakukan buruh asing dari Indonesia atau Filipina. Namun, hakikat di sebaliknya, mungkin tiada orang yang pernah membuang undi yang berkesan dari luar negeri!

Pengundi dari luar negeri yang sedia ada akan menghantar undinya kembali ke tanahair. Persoalannya, rekod tempoh kempen PRU kita yang tersingkat adalah lapan hari. Undi pos dikirim empat hari sebelum hari membuang undi. Kalaupun mereka menerimanya pada hari pengundian, apakah mungkin ia sampai ke tangan pengarah kawasan pengundian pada hari tersebut sebelum jam 5 petang?

Hj Rahim Salleh yang pernah menjawat Pengarah SPR di Kedah (1999), Pulau Pinang (2004) dan Kelantan (2008), pernah membuat kenyataan dalam ceramah selepas dirinya bersara, bahawa dirinya tidak pernah menjumpai satu pun undi yang dikirim dari luar negeri.

Ini mengapa tiada masalah logistik dalam hal mengundi oleh warga Malaysia yang menetap di luar negeri - pengundian luar negeri tidak memberi makna selain pada namanya.

Mengapa buruh asing lebih senang untuk memperolehi hak mengundi berbanding warga Malaysia yang menetap di luar negeri? Jawapannya senang, ramai warga Malaysia pindah ke luar negeri kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bukankah kerajaan sebenarnya menghentak kaki diri dengan batu seandainya membenarkan mereka mengundi?

M.Bakri Musa yang kini berada di Amerika Syarikat berkata, warga Malaysia yang menetap di luar negeri untuk jangka panjang, terutamanya mereka yang mempunyai hak menetap di negara asing, tidak harus memiliki hak mengundi di Malaysia, kerana pertama, mereka tidak menanggung akibat daripada keputusan pengundian; kedua, mereka tidak membayar cukai; dan ketiga ia bakal menambah kos pilihan raya.

Pertama, pendirian ini bercanggah dengan perlembagaan, kerana kedua-dua sebab pertama bukan alasan pelucutan hak pengundian sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Sesungguhnya, kita boleh meminda perlembagaan untuk menyesuaikannya. Persoalannya, apakah ia selari dengan kepentingan negara untuk menyekat hak pengundian warga Malaysia di luar negeri?

Dalam zaman globalisasi, semakin ramai yang mana kehidupan, kerja, pemilikan harta dan pembelanjaan seseorang tidak terbatas di satu tempat. Seandainya kita masih mengharapkan lebih ramai pakar pulang dari luar negeri, maka kita perlu menghargai mereka yang berada di luar negeri, tetapi enggan melepaskan hak mereka untuk mengundi. Untuk persoalan cukai pula, kita tidak seharusnya hanya tertumpu pada cukai pendapatan. Mereka yang berada di luar negeri masih memiliki harta dan saudara mara di sini, malah sering juga menghantar wang balik ke rumah - tidak harus dianggap tidak membayar cukai langsung.

Pada dasarnya, pilihan kita adalah bersifat politik: adakah kita mahu pakar ini pulang dari luar negeri? Jika mahu, maka ia tidak harus hanya tertumpu kepada faktor ekonomi, tetapi perlu merangkumi hak politik, perlu menyambut dan bukannya menolak mereka.

Dari kenyataan Peguam Negara, nampaknya pihak berkuasa tidak bersedia untuk menghalang penggunaan dakwat kekal. Pendaftaran secara automatik sebagai pengundi dan peluasan hak mengundi kepada warga di luar negeri - meliputi lingkungan yang lebih luas - sama ada pihak berkuasa melaksanakannya bergantung kepada sejauh manakah hasrat rakyat. Mungkin pindaan perlembagaan diperlukan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal, namun, dalam isu hak pengundian warga Malaysia di luar negeri, ia sememangnya akan bercanggah dengan perlembagaan seandainya tidak dilaksanakan.

Jikalau warga Malaysia di luar negeri ingin memperjuangkan hak dirinya, maka mereka seharusnya menyahut Global BERSIH 2.0, untuk memprotes pada 26 November di seluruh dunia, agar kerajaan memandang serius kemarahan yang terpendam dalam hati rakyat.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 16 November 2011.

Sekat Suara Rakyat, PR Bantah RUU Perhimpunan Aman



KUALA LUMPUR 23 NOV : Pakatan Rakyat akan mengemukan memorandum membantah Rang Undang-Udang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat kerana mendakwa bil tersebut menyekat kebebasan berhimpun dan bertentangan dengan semangat demokratik.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rombongan Pakatan akan menghantar memo tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) pada hari esok, jam 1.30 tengahari.

"Majlis Pakatan Rakyat memandang berat, kerana ia jelas memperlihatkan satu rang undang-undang yang bertentangan dengan jaminan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan kelonggaran dan hak rakyat dalam negara demokratik.

"Walaupun Seksyen 27 Akta Polis itu bakal dibatalkan, tetapi ada beberapa perkara syarat baru dalam soal perhimpunan, seperti notis 30 hari, kuasa mutlak kepada pihak polis, dan segala bentuk perhimpunan yang tidak akan diizinkan di bawah kelulusan mereka, dan rayuan hanya kepada menteri. Ini semua tidak mempamerkan suatu perkara yang demokratik," katanya pada satu sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Antara cadangan di dalam rang yang dibentangkan pada Isnin lalu adalah:

- Notis awal 30 hari hendaklah diberi untuk berhimpun. Perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

- Tiada protes jalanan dibenarkan.

- Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

- Denda RM10,000 kepada penganjur perhimpunan yang tidak mengemukan notis kepada polis.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan rang undang-undang itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan untuk berhimpun dan bersuara.

"Ia merupakan satu langkah ke belakang, dan semua merasa amat kecewa dengan Rang Undang-Undang ini, Datuk Seri Najib telah memusnahkan apa yang beliau ucapkan pada dua bulan lepas (15 September ) yang memperkatakan Malaysia akan mempunyai sistem demokrasi yang terbaik di dunia, " katanya.

Menurut Kit Siang, rang itu menaikan denda individu yang ditahan dalam perhimpunan daripada RM2,000 hingga ke RM20,000.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata sekiranya Parlimen meluluskan rang ini, ia akan menyempitkan ruang kepada penyuburan demokrasi yang lebih segar.

"Yang jelas beberapa perkara itu mengecilkan ruang demokrasi. Bayangkan kalau esok Israel serang Arab Saudi, dan kita mahu mengadakan perhimpunan secara aman berkenaan perkara itu, bagaimana dalam tempoh 30 hari untuk mendapatkan satu notis daripada pihak Polis, jadi ini satu contoh yang mengecilkan demokrasi dan kita bimbang ia datang kepada ceramah-ceramah kecil yang hari ini kita boleh buat dengan notis selama 10 hari yang kini memerlukan 30 hari, jadi bayangkan," katanya.




P/raya Serentak, SPR Perlu Tunaikan Dahulu Tuntutan BERSIH





KUALA LUMPUR, 24 NOV : Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersedia bertemu dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penetapan tarikh pilihanraya secara serentak antara negeri dan pusat.

Namun menegaskan SPR tidak perlu hanya tertumpu kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat disamping Suruhanjaya tersebut perlu melunaskan tuntutan BERSIHN 2.0 terlebih dahulu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu keputusan dibuat oleh Pakatan Rakyat,setelah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan hasrat beliau untuk menemui pimpinan Pakatan Rakyat merujuk kepada kes pilihanraya persekutuan dan negeri, pada saya ia agak aneh, kalau dia hendak berunding , dia perlu berunding kepada semua kerajaan negeri," kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen

Sebelum ini, SPR berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.

Abdul Aziz berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Dakwa SPR,pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

" Kalau nak berunding ialah antara kerajaan Malaysia ( pusat ) dengan kerajaan-kerajaan negeri ataupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), ini seolah-olah Tan Sri Aziz berucap untuk menjadi jurucakap dan pandangan bagi Umno dan Barisan Nasional.

" Saya nak nasihatkan dia ( Tan Sri Aziz) supaya perhati betul-betul, kalau hendak runding jangan dia runding khusus dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat, jadi ada peraturan yang berbeza, jadi kita ingin menyebut, kita sedia berunding dengan SPR, tetapi yang kita hendak SPR ini melaksanakan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ini, dan jangan melengah-melengahkan dengan menggunakan jawatankuasa pilihanraya," kata Anwar.

JANGAN SEKAT HAK RAKYAT HANYA KERANA TAKUT UNTUK JATUH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG




SHAH ALAM 24 NOV: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

"Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau berkata dengan rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan.

"Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah." jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:

*Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
negeri.

*Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

*Tiada protes jalanan dibenarkan.

*Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, Empangan, takungan dan kawasan tadahan air,Loji rawatan air, Stesen penjana elektrik, Stesen minyak,Balai bomba, Lapangan terbang, Landasan keretapi, Terminal pengangkutan awam darat, Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina.

Menurut Ghegu Bad, Rang Undang-Undang tersebut sengaja digubal disaat Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama rang tersebut juga sebagai usaha menghalang kebangkitan rakyat mengadakan protes berhubung kelemahan dan penyelewengan yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan pimpinan Najib.

Katanya berdasarkan lokasi-lokasi larangan yang telah ditetapkan tersebut menunjukkan tidak ada tempat lagi yang dibolehkan untuk diadakan perhimpunan.

Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

Janji ditransformasi menjadi penipuan yang keji


Ng Eng Kiat

Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Akta baru sekat ‘hak’ protes di kawasan masjid, kata Pemuda PAS

November 24, 2011

Sebenarnya larangan berhimpun ini juga dilakukan oleh regim Husni Mubarak..sehinggakan semua aktiviti rakyat dilarang.Akhirnya tumbang juga regim mubarak....Kita perlu yakin akta yang cuba di perkenalkan ini adalah akta yang mahu menyekat kebangkitan rakyat.Sebab jika berlakunya perhimpunan BERSIH 3.0...maka ini yang merisaukan Najib dan regimnya.

Perhimpunan bersih 1.0 dahulunya menyebabkan 5 negeri jatuh..dan perhimpunan 3.0 jika dianjurkan,kita percaya akan juga menjadi siri kebangkitan rakyat yang besar dan akan menyebabkan regim Najib bimbang akan memperngaruhi pilihanraya umum akan datang dan besar kemungkinan, walau dengan menggunakan pendatang , dengan memberi kad pengenalan,kita percaya pendatang indonesia yang telah menjadi pengundi , telah melalui proses demokrasi di negara mereka sejak lama dahulu.






KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pemuda PAS mempersoalkan peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang melarang perhimpunan diadakan di pekarangan rumah ibadat khususnya masjid berbanding amalan selama ini.

Ketuanya Nasrudin Hasan (gambar) berkata, selama ini isu-isu melibatkan Islam, perhimpunan atau protes diadakan di kawasan masjid.

“Sebagai contoh, jika timbul isu yang melibatkan kepentingan agama Islam seperti penghinaan terhadap agama, isu akidah dan seumpamanya, sudah tentu bermula dari mimbar khutbah sehinggalah pekarangan masjid menjadi lokasi himpunan yang paling starategik dan berkesan, justeru tujuan himpunan aman dianjurkan adalah untuk memberi maklumat, mencetuskan kesedaran, menyatukan suara dan tindakan.

“Demikian juga himpunan aman yang memerlukan perarakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain untuk menarik perhatian umum terhadap mesej yang dibawa oleh penganjur jelas memerlukan jalan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini dan dibahaskan.

Katanya, ada isu yang berlaku terkadang perlu ditangani segera dan oleh itu, apa rasionalnya apabila terpaksa menunggu 30 hari selepas notis, barulah himpunan aman itu boleh dilangsungkan kerana disyaratkan notis himpunan tersebut mestilah 30 hari sebelum. “Peraturan ini tidak menepati aspirasi penganjuran himpunan aman.

“Kita bukan berhimpun untuk konsert hiburan yang membolehkan kita bersiap awal. Penganjuran konsert, usahkan 30 hari, tiga bulan sebelum pun tidak mengapa,” kata beliau lagi.

Sebaliknya menurut beliau, ini adalah himpunan aman yang banyak keadaannya bersifat respons balas terhadap sesuatu isu semasa yang timbul dan perlu tindakan pantas.

“Contoh mudah, hari ini orang hina agama anda, apakah anda perlu menunggu 30 hari untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan tersebut?

“Jika sifat himpunan itu aman, maka apa yang diperlukan ialah kawalan keselamatan oleh pihak polis pada hari peristiwa atau himpunan itu dianjurkan tanpa perlu pihak polis melancarkan sebarang provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan ‘water cannon’,” tambah Nasrudin dengan merujuk kepada hhimpunan aman Citra Warna, perarakan Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan atau sambutan Hari Kemerdekaan negara serta lainnya.

“Semua himpunan besar itu memerlukan lokasi seperti pekarangan masjid dan jalan raya.

“Saya melihat, di sebalik tabir slogan transformasi yang diledakkan oleh Umno dan BN, mereka secara strategik sedang merangka satu tindakan untuk lebih mencengkam kuasa ke atas rakyat sekali gus membohongi rakyat dengan pelbagai komitmen kononnya ke arah perubahan tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan yang lebih mengukuhkan cengkaman, menyempitkan ruang demokrasi, mengeraskan hukuman ke atas rakyat,” kata beliau lagi.

BEKAS TENTERA DIGESA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT


BAYAN BARU - Adun Pantai Jerejak, YB Sim Tze Tzin telah menganjurkan program Hi-tea ramah mesra bersama dengan 250 orang bekas Perwira Angkatan Tentera Malaysia dari Bayan Baru dan Balik Pulau. Program ini dijalankan di Restoran Ikan Bakar Sri Idaman Teluk Tempoyak, Batu Maung. Menurut YB Sim ini adalah program pertama yang dianjur oleh beliau khas untuk bekas-bekas tentera. Program ini bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka demi Negara.

Timbalan Ketua Menteri YB Dato Mansor bin Othman menjadi Tetamu Khas kepada program ini. Dalam ucapan beliau, Dato Mansor berkata, “Anggota Tentera mengorbankan diri demi keamanan Negara, tanpa mereka, Negara tidak mungkin mencapai kemakmuran ekonomi. Akan tetapi, segelintir pemimpin Negara mula lupa tentang pengorbanan mereka. Ramai bekas anggota sekarang menghadapi pelbagai masalah seperti kebajikan dan perumahan. Tanah yang dijanjikan juga tidak ditunaikan.”

Beliau juga mencadangkan kepada bekas-bekas tentera untuk menyertai NGO bekas tentera seperti KERABAT dan kerajaan negeri Pulau Pinang akan menolong menubuhkan Koperasi Bekas Tentera. Koperasi ini akan memberi peluang kepada bekas tentera untuk menjalankan perniagaan dan mendapat perhatian yang sepenuhnya dari Kerajaan Negeri.

Dalam ucapan YB Sim Tze Tzin pula, beliau berkata “Sekarang pemimpin Negara hanya mementingkan diri sendiri. Kita dapat lihat bahawa keluarga Menteri dapat projek National Feedlot yang berjumlah RM250 juta, tetapi kebajikan askar diabaikan. Baru-baru ini pula timbul laporan bahawa nyawa askar dipertaruh kerana rasuah dalam Mindef (http://malaysiakini.com/news/181858). Ini menunjukkan suatu perubahan perlu dilakukan dalam pentadbiran Negara.”

Menurut beliau, semua orang perlu memandang berat mengenai pengorbanan bekas tentera kerana tanpa mereka hari ini Negara tidak mungkin akan maju. Oleh itu beliau juga menggesa kepada kerajaan Pusat untuk menjaga kebajikan tentera dan memberi pengiktirafan yang setandingnya kepada pengorbanan mereka terhadap Negara ini. YB Sim Tze Tzin juga bekas Lt Muda Askar Wataniah.

Presiden NGO Bekas Tentera KERABAT Lt Col (B) Nazari yang turut hadir, pula menggesa bekas anggota tentera untuk menyokong Pakatan Rakyat demi masa depan yang lebih baik. Beliau berkata “Jelaslah bahawa pemimpin Kerajaan Barisan Nasional hanya mementing diri sendiri, maka perubahan pada PRU13 perlu dilakukan demi kebajikan tentera yang lebih baik.” Beliau memberi banyak contoh dari luar Negara seperti Canada, Bangladesh, India yang menjaga kebajikan tentera dengan cukup baik, tetapi kesal Malaysia gagal berbuat demikian.

Majlis juga memberi sumbangan kepada bekas anggota tentera yang cedera ketika bertempur, uzur dan balu. Turut hadir adalah Speaker DUN YB Dato Halim bin Hussin, ADUN Batu Uban YB Raveentharan, ADUN Batu Maung YB Malik Kassim, Pengerusi NGO Bekas Tentera KERABAT Lt Col (B) Nazari, dan Pengarah Program En. Azizan.

Program dimulakan dan diakhiri dengan nyanian Negaraku dan “Inilah Barisan Kita” dengan penuh semangat dan emosi. Kelihatan beberapa bekas tentera menangis.

--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

KETUA PERKATAK MINTA KEM ASKAR DI PARLIMENNYA

Oleh kerana takut kalah atau apa sebenarnya ibrahim ali meminta agar kerajaan membina kem tentera di kawasan parlimen beliau.Inilah dia betapa otak geliga untuk nak kekal berkuasa....

Pemuda PAS: UIAM cuba bina mentaliti "kelas ketiga" terhadap warganya

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana bertindak membatalkan program e-buku Saifuddin bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa" saat akhir atas alasan keselamatan kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

DPPWP berpendapat, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM sangat remeh dan hanya bersifat teknikal iaitu mengelakkan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dibincangkan, sedangkan objektif yang sepatutnya dilihat hasil daripada wacana ini amat besar manfaatnya untuk mahasiswa. Sepatutnya program ini digalakkan kerana ia amat positif dan membina minda mahasiswa. DPPWP yakin, tidak ada unsur politik di sebalik penganjuran program ini memandangkan tokoh yang diundang adalah Saifuddin Abdullah (gambar kanan), Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

DPPW mengesyaki adanya tangan-tangan ghaib atau campurtangan politik sehingga program ini terpaksa dibatalkan saat akhir sedangkan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin. Apakah kerana sikap keterbukaan serta kelantangan Saifuddin yang cuba membawa pendekatan baru dalam menangani isu mahasiswa serta AUKU, maka beliau juga disenarai hitamkan? Apakah masalahnya jika AUKU turut menjadi isu perbincangan kerana ia dibincangkan secara ilmiah, bukan atas dasar sentimen semata-mata. Lebih dari itu, siapa lagi yang layak membincangkan isu ini melainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri yang mempunyai autoriti dalam AUKU.

DPPWP kesal kerana dalam keadaan UIAM mengejar status antara universiti yang ulung dan hebat di negara ini bahkan di rantau Asia, wacana intelektual dan ilmiah bagi mencambah minda mahasiswa dibatalkan. UIAM sepatutnya menjadi pentas membina kematangan dan intelektualisme kelas dunia kepada mahasiswa, sesuai dengan statusnya sebagai universiti bersifat antarabangsa.

Jika beginilah sikap pentadbiran UIAM, ia menunjukkan UIAM bukan semakin melangkah ke hadapan, tetapi semakin mengundur ke belakang. Sikap ini adalah mentaliti ketinggalan zaman yang membekukan minda mahasiswa dari berfikir secara rasional. Sudah tentu, UIAM tidak mampu melahirkan insan terbilang serta tokoh dan pemimpin negara di masa depan. Sebaliknya, keadaan ini hanya menghasilkan insan yang berjiwa kerdil, jumud, konservatif serta tidak berfikiran rasional.

*Kenyataan media oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

ELOK LAH JELAJAH....TAK RAMAI ANAK MUDA BERSAMA PAKATAN

Elok lah menjelajah mencari sokongan anak-anak muda yang ramai terutamanya lepasan Universiti yang memerlukan sokongan dan bantuan, malahan mereka perlu diajak kehadapan untuk menunjukkan sokongan..

Ini termasuk di kawasan kampung dan bandar......ada cabang yang buat kerja 10 sahaja ..untuk menawan Parlimen...dan ini satu keajaiban jika cabang tersebut dapat di tawan.


Pemuda Pakatan anjur jelajah negara cari sokongan pengundi muda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) akan menerbitkan filem-filem pendek dalam usaha mengukuhkan lagi sokongan pengundi muda kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin langkah ini merupakan langkah terbaru untuk menambat hati golongan muda selain dari menggunakan media baru seperti facebook, Twitter dan blog.

“Melalui filem pendek ini,kami akan menyampaikan maklumat kenapa kerajaan pusat perlu ditukar pada pilihan raya umum nanti,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Pemuda Sosialis DAP di sini.

Katanya lagi, sungguhpun pilihan raya umum kian hampir, usaha mendekati pengundi muda belum lagi terlambat.

Sebab itu, Shamsul Iskandar berkata AMK bersama Pemuda PAS dan DAP berganding bahu menjelajah seluruh negara mendekati pengundi muda secara bersepadu.

“Jika kita bergerak berasingan, mungkin kita tidak sempat mendekati mereka seramai mungkin. Sebab itu kita bergerak bersama secara bersepadu,” katanya yang yakin majoriti 40 peratus pengundi muda masih tetap bersama Pakatan Rakyat.

Namun begitu katanya, AMK tidak mahu berpeluk tubuh dalam keadaan selesa.

“Justeru, kami akan menjelajah ke seluruh negara mendekati pengundi muda supaya mereka terus memilih Pakatan Rakyat,” katanya.

Ini adalah kali pertama AMK, Pemuda DAP dan Pemuda PAS bergerak secara bersepadu menjelang pilihan raya umum ke-13.

Seramai 4.5 juta pengundi muda atau 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Peranan mereka amat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan baru.

Kata Shamsul Iskandar lagi, buat kali pertama mereka akan menjelajah setiap bandar utama secara bersepadu dengan tiga Pemuda Pakatan Rakyat sekali gus supaya mesej perubahan sampai kepada pengundi muda untuk disebarkan kepada pengundi luar bandar.

Shamsul Iskandar berharap retreat di kalangan 60 ketua Pemuda Pakatan Rakyat pada 4 Disember ini di Shah Alam dapat memastikan bukan sahaja undi golongan muda bertahan, malah bertambah lagi.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, pihaknya akan mendekati seberapa ramai golongan muda termasuk mat rempit dan golongan penganggur supaya mereka dapat menerima perubahan melalui kerajaan baru.

Nasrudin menjelaskan, dalam menjelajah ke seluruh negara, mereka akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda.

"Harga politik terlalu tinggi", Syed Husin bimbang nyawa Anwar terancam

Lim Hong Siang

"Harga politik kadang-kadang terlalu tinggi. Ada kalanya ia harus dibayar dengan nyawa. Oleh kerana itulah aku selalu menaruh bimbang akan keselamatan Anwar Ibrahim. Kedudukan dan pengaruh beliau jauh lebih besar. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai mencabar dan mengancam kuasa mereka. Aku melihat segala fitnah ke atas dirinya yang bertalu-talu sebagai percubaan untuk menamatkan hayat politiknya."

"Apakah akan berlaku sekiranya semua percubaan ini gagal? Adakah akan timbul pula percubaan ke atas nyawanya sendiri? Aku sentiasa berdoa semoga Allah melindungi hambanya yang benar. Benarkanlah yang benar dan dustakanlah yang dusta."

Demikianlah catatan dalam Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, dalam bab penutupnya dengan tajuk "Menghadapi Cabaran Dan Ancaman", setelah mendedahkan percubaan pembunuhan terhadap dirinya yang berlaku ketika beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1960-an.

Syed Husin Ali mengisahkan pengalamannya bagaimana motorsikal yang diboncengnya disondol sebuah kereta dari belakang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mertuanya di Kelantan. "Motor tidak tumbang. Entah macam mana aku sempat memegang dengan kuat 'bumper' kereta itu. Nik Aziz pula sempat menahan motornya daripada tumbang dengan kakinya. Akan tetapi motorsikal itu senget dan pedalnya terkena pada jalan. Kami ditolak oleh kereta itu lebih 50 ela."

Syed Husin (gambar kanan) mengalami kecederaan yang agak teruk dalam kejadian tersebut, begitu juga kawannya Nik Aziz, Pengerusi PRM Kelantan ketika itu. Ia berlaku pada tengah malam selepas Syed Husin Ali mengadakan perbincangan dengan pemimpin PRM di ibu pejabat Kelantan. Mereka sebenarnya diekori kereta. Namun, pemandu kereta sempat melarikan diri, dan Syed Husin diberitahu kemudian bahawa pembawa keretanya memang terkenal sebagai samseng ganas.

"Kalau perlu habiskan"

Syed Husin akhirnya menyedari bahawa ianya satu cubaan membunuh selepas seorang pelajar perempuannya mendapati apa yang menimpa Syed Husin, menepati perbualan Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama kawannya. Pelajar perempuan itu sahabat rapat kepada isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan berada di rumahnya untuk membantu kawannya melayan tetamu yang dijemput makan pada satu malam. Semasa mereka berbual-bual, pelajar perempuan itu bersama isteri Timbalan Menteri dibiarkan duduk mendengar sama segala perbualan.

Menurut pelajar perempuan tersebut, mereka, termasuk seorang pemimpin UMNO Kelantan tidak suka dengan kegiatan Syed Husin Ali dan perkembangan PRM di Kelantan pada ketika itu. "Beliau mendengar seorang yang hadir menekankan pendapat bahawa aku perlu diajar. Lebih kurang katanya, akan tetapi dalam loghat Kelantan, 'Kita mesti ajar dia. Kalau perlu, habiskan.'"

Itu sebabnya pelajar perempuan itu menyeru nama Allah dan beristighfar lalu berkata, "Ya Allah, betullah!" ketika ternampak tangan Syed Husin Ali berbalut akibat kecederaan. Bagaimanapun, pelajar itu meminta agar Syed Husin tidak menceritakan hal ini selagi hidup. Syed Husin hanya mendedahkan hal ini selepas pelajar ini meninggal dunia.

"Pada masa itu aku bukan berpengaruh sangat. Cabaran aku terhadap UMNO Kelantan aku sendiri rasa tidak sebesar mana. Tiap-tiap kali aku terkenangkan peristiwa ini aku teringat kepada apa yang berlaku ke atas Abdul Samad Gul dan Zulkifli Muhammad..."

"Samad ditamatkan riwayatnya dengan kapak kecil yang dikatuk atas kepalanya. Zulkifli meninggal selepas kenderaan dinaikinya dikatakan berlanggar dengan atau dilanggar oleh kenderaan lain dari depan, khabarnya di lorong Zulkifli sendiri. Aku teringat juga akan rancangan terhadap Aziz Ishak, yang terselamat hanya kerana ia dibongkar oleh pengawalnya sendiri, yang telah ditugas untuk menamatkan ceritanya."

Syed Husin Ali bimbang dengan keadaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekarang, yang mana Pakatan Rakyat dilihat sebagai gandingan politik yang paling berkemungkinan menjatuhkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional dalam sejarah politik Malaysia.

Anwar Ibrahim pernah berselindung di Kedutaan Republik Turki pada Jun 2008, mendakwa nyawa dirinya dalam bahaya. Pada tahun ini, pemandunya Abdullah Sani Said membuat laporan polis bahawa terdapat usaha jahat untuk mensabotaj kereta yang lazim digunakan majikannya sehingga berlaku kemalangan pada 19 April 2011.

Baca: Memoir Syed Husin: Apabila idealisme bergabung dengan kuasa

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

HANG JAWAB LA NOH ......KES LEMBU PUN JANGAN DOK DIAM...JUHI COWLA PATUT LETAK JAWATAN...

SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.

Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.

Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.

" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.

Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.

Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.

Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.

"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.

Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.

Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.

"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.

"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.

Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal


SHAH ALAM, 22 NOV: "Noh Omar memang seorang yang pandai berpolitik berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kementerian beliau penuh dengan skandal yang membabitkan penyelewengan dana untuk golongan petani.

"Tan Sri Khalid pula bukan seorang yang pandai berpolitik sebaliknya jujur dan pandai mentadbir negeri dengan memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Selangor," kata Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Kenyataan Faekah tersebut ekoran kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan kerajaan negeri yang hanya akan membubarkan DUN Selangor sekiranya Pilihan Raya Umum dilakukan selepas Jun 2012.

Menurut Faekah,Noh gagal memahami prinsip utama pilihan raya dan amalan demokrasi.

"DUN Selangor mempunyai mandat sehingga Mac 2013 dan Kerajaan Pakatan mahu memaksimakan mandat yang diberikan rakyat agar Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada 2012. Justeru, YAB Dato Menteri Besar hanya mempertimbangkan pembubaran DUN selepas bun tahun depan." ujar beliau

Katanya jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Jun 2012, Selangor tiada masalah untuk menyertainya.

"Sukar sangatkah Noh memahami dua duduk perkara yang berbeza tersebut.

"Apa yang lebih penting ialah setidak-tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem demokrasi ketika menjadi pemerintah apabila dengan terbuka memaklumkan kepada rakyat dan semua parti politik akan kemungkinan tarikh pilihan raya negeri.

"Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang masih mengamalkan demokrasi pengecut bilamana tarikh pilihan raya hanya berada didalam saku Perdana Menteri dan mungkin isteri serta peramal profesionalnya." jelas Faekah.

Hari ini lebih 100 petani dan pesawah di Skinchan mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.


KAN AkU DAH KATA ..POSTING PAGI TADI.......BAIK PILIHANJALANRAYA

BAIK PILIHANJALANRAYA ...DARI PILIHAN BERHIMPUN AMAN....SEBAB MCAMANA SEKALIPUN ....KENA JUGA ASAP GAS....MAU TAK MAU KALAU KITA RASA PATUT DIJALANRAYA...KITA KE JALANRAYA.........SEBAB APA?


SEBAB KALAU RAKYAT BERHIMPUN.....Umno akan kalah...itu pasti....


Pakatan: Akta perhimpunan aman ‘lebih teruk, kekang kebebasan rakyat’


KUALA LUMPUR, 22 Nov – Undang-undang baru perhimpunan aman membawa lebih banyak elemen menekan rakyat dan mengekang kebebasan awam selain memberi polis kuasa luas untuk menahan orang, dakwa Pakatan Rakyat hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman lebih “teruk” berbanding undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam sebelum ini dan kandungan baru menunjukkan orang ramai tidak boleh berhimpunan di mana-mana sahaja di Malaysia.

Seksyen 27 akta baru ini menyebut bahawa perhimpunan awam tidak boleh diadakan di pekarangan stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, stesen kereta api, terminal pengangkutan darat, pelabuhan, limbungan, terusan, jambatan, rumah ibadat, tadika dan sekolah serta empangan.

Ia tidak membenarkan protes jalanan dan melarang perhimpunan di zon 50 meter dari kawasan-kawasan larangan disenaraikan.

“Undang-undang baru ini seharusnya dipanggil rang undang-undang perhimpunan haram, lebih buruk daripada undang-undang lalu.

“Malaysia mempunyai banyak rumah ibadat, lihat pada kawasan larangan, anda tidak boleh berhimpun di mana-mana pun di Malaysia,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) kepada pemberita hari ini.

“Ini tekanan, penindasan tambahan,” katanya lagi.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Sementara itu, selaras dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Akta Polis 1967 juga akan dipinda.

Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan seksyen-seksyen 27,27A, 27B dan 27C Akta 344, yang akan menghapuskan syarat bagi lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan mana-mana perhimpunan atau membentuk mana-mana perarakan di mana-mana tempat awam.

Lim juga berkata di bawah Akta Polis sedia ada, ada peruntukan khusus mengenai bilangan orang yang membolehkan satu-satu perhimpunan dianggap sebagai perhimpunan dan denda bagi perhimpunan awam adalah antara RM2,000 hingga RM10,000.

“Sekarang anda boleh didenda sehingga RM20,000. Dan, tiada sebutan langsung mengenai bilangan orang, polis boleh ambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja,” kata Lim.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebahagian peruntukan rang undang-undang itu menyukarkan orang ramai untuk mengadakan perhimpunan aman.

“Realitinya ialah polis akan mempertimbang satu-satu permohonan hingga minit-minit terakhir dan sekarang semuanya terserah kepada budi bicara polis.

“(Peruntukan) denda sangat tinggi sekarang, ini lebih teruk dan sangat jelas bertujuan mahu menekan dan memindas orang ramai dan menakutkan mereka daripada melahirkan hak untuk berhimpun,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Machang berkata rang undang-undang baru ini jauh lebih buruk daripada janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua bulan lalu.

Selangor Sedia Kerjasama Dengan Pusat Di Bidang Pembangunan

TOKYO, 22 NOV: Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan setiap projek pembangunan berjalan lancar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai pandangan politik berbeza namun beliau tetap bersikap profesional demi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksana demi kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang," kata beliau ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri "The 30th Jameca - Majeca Joint Conference" di Tokyo hari ini.

Katanya kerja sama ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat.

"Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun.

"Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama," katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun.

PAK LAWAK BENTANG UNDANG UNDANG LAWAK...PILIHANRAYA ATAU PILIHANJALANRAYA

Nazri bentang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.

ELEHHH.....BERIBU KES LAGI AWAT HANG TAK MAU SIASAT????

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-siasat-kes-wanita-diserang-bapa-saudara-ketika-di-jakarta/


PALING BELIT CAKAP MENTERI INI LA..........

Nazri: Siasat kes wanita diserang bapa saudara ketika di Jakart

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung aduan seorang wanita telah dipukul oleh bapa saudaranya, minggu lalu.

Katanya, beliau telah mengarahkan setiausahanya untuk berhubung dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh mengenai laporan yang dibuat sebelum ini dan menjalankan siasatan serta-merta.

“Saya amat berdukacita kerana dalam tahun 2011, perkara sebegini boleh berlaku. Ini menunjukkan bahawa lelaki yang buat perkara itu cukup rendah akal budinya.

“Mana boleh kita lakukan perbuatan yang begitu teruk terhadap wanita,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah “Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak” di Stesen KL Sentral di sini hari ini.

Selain beliau, kempen itu turut disertai lebih 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas, yang bersama-sama mengedarkan 200 risalah berkaitan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Nazri (gambar) mengingatkan masyarakat di negara ini supaya lebih bersikap prihatin terhadap gejala keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Di Malaysia, kita masih ada pemikiran iaitu ‘jangan jaga tepi kain orang’ di mana saya rasa ia salah sekiranya melibatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kita perlu jadikan ia masalah kita dan lebih prihatin,” katanya.

PENYOKONG INDONESIA MANINGGAL KESESAKAN ..






http://bola.kompas.com/read/2011/11/22/03144719/Komunikasi.Buruk.Petugas.Tak.Sempat.Tolong.Korban




APA KHABAR MENTERI YANG BERUCAP SEMALAM?.....ADAKAH KENYATAAN ANDA HARI INI SUDAH REDA KERANA MALAYSIA MENANG?....PEMINAT INDONESIA TIDAK MELAKUKAN APA-APA KEPADA PASUKAN ANDA BUKAN?WALAU PAKATAN RACUNI PEMIKIRAN RAYAT INDONESIA?

APA PUNYA MENTERI...NAK POPULAR PUN BIARLAH KOMEN NAMPAK CERDIK SIKIT.......


  • Menurut Razali, peminat Indonesia memendam rasa kebencian yang menebal kepada Malaysia kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia memburuk-burukkan negara ini.

Kisah lembu menanam budaya involusi

"Tubuhnya berketul-ketul. Engguhnya tinggi, besar dan berdenyut-denyut apabila sesekali ia mengangkat kepalanya kerana mengangkat rumput. Sendi kaki hadapannya kelihatan pagan dan teguh. Kuku kakinya yang empat itu putih kehitaman mencengkam tanah."

Begitu lakaran Sastarewan Negara Syed Othman Kelantan dalam karyanya berjudul "Juara" berkenaan dengan bentuk seekor lembu yang mempunyai potensi untuk memasuki gelanggang pertarungan. Lembu kalah perlu dijual dan disembelih.

Kini lembu tinggal dalam kondo mencorakkan kehidupan kota dan desa. Pada mulanya selesa, kemudian dramatik dan sehingga hari ini masih tidak perlu letak jawatan. Perasaan kekitaan cukup kuat sesama warga Malaysia. Kita ditunjuk ajar dengan fahaman parti pemerintah yang sama, bahawa penyelewengan wang rakyat bukan masalah besar. Maka kita hidup sekampung sekota berkongsi pengajaran yang sama dengan anak cucu kita.

Ini pengajaran yang sah. Segala-gala yang dipertahankan oleh pemerintah adalah sah. Perbualan selepas 111111 ialah salah guna wang rakyat itu namanya SAH! Asalkan terus memerintah, segala-galanya sah.

Tidak seperti perasaan kekitaan sesama rakyat semasa perhimpunan BERSIH 2.0 di mana anak Melayu melindungi anak Cina daripada gas pemedih mata. Kisah anak Melayu tolong anak Cina juga dramatik dan hangat diperkatakan selepas 090711. Mesej yang wajar dilakarkan kepada lembu yang tinggal dalam kondo berkenaan 090711 ialah, peluru berpandu Patriot gagal memusnahkan peluru berpandu SCUD. Maka 090711 adalah untuk memperingati kemenangan SCUD. Ini yang membentuk perasaan kekitaan sesama rakyat terbanyak. Tapi ia haram, kata pemerintah yang sahkan akvititi salah guna wang rakyat. Seperti mana kuasa besar sahkan penaklukan Iraq dengan peluru berpandu.

Sementara itu, 111111 adalah untuk memperingati kemenangan mereka yang salah guna wang rakyat. Ia memalukan meskipun diSAHkan oleh mereka yang bersekongkol dengan kuasa dan ketamakan. Rakyat beri undi, yang melembukan rakyat dapat kondo.

Kini aktiviti salah guna wang rakyat mencorakkan budaya pembangunan dan tadbir urus negara. Pada mulanya sedikit, kemudian jutaan ringgit dan sehingga hari ini berbilion-bilion sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara disalahgunakan.

Kini psikologi kumpulan manusia bernama pengarang dan wartawan banyak dicorakkan oleh nilai projek yang didakwa melibatkan salah guna wang rakyat. Pada mulanya skandal ikan bili dilaporkan, kemudian pendedahan skandal ikan lembu terpaksa dilaporkan, seterusnya hanya skandal ikan jerung dianggap penting tapi jarang-jarang sekali dapat didedahkan.

Apakah kita diikatkan dengan kontrak sosial yang mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab warga Malaysia supaya terus dilembukan oleh segolongan elit kerana mereka mewakili parti dan bahawa parti itu pemerintah dan pemerintah itu negara?

Apakah kita disusukan oleh lembu yang tinggal dalam kondo sehingga kita diikat bersama dan terus mempercayai mereka yang melembukan rakyat akan membela hak rakyat?

Tahun 1963, apabila Semenanjung Malaysia bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, si tokoh antropologi bernama Clifford Geertz menerbitkan kajiannya berjudul "Involusi Pertanian: Proses Perubahan Ekologi di Indonesia" (Agricultural Involution: The Process of Ecological Change in Indonesia).

Involusi uterus merujuk kepada pengecutan uterus kepada saiz normal selepas bersalin. Ini pengalaman seorang ibu selepas bersalin. Clifford Geertz meminjam konsep involusi dan menggunakannya dalam tesis involusi pertanian sebagai percubaan memahami keadaan petani semasa era penjajahan. Kemudian, konsep involusi dipopularkan dan digunakan untuk menjelaskan pelbagai senario dalam bidang berlainan selain bidang pertanian.

Apabila digunakan untuk menjelaskan pertumbuhan negara, involusi merujuk kepada keadaan di mana pembangunan yang ditonjolkan tidak melibatkan perubahan secara mendalam. Meskipun terdapat pembangunan, tetapi pembangunan itu tidak memberikan pertumbuhan bermakna dalam jangka masa panjang dan memanfaatkan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan. Apa yang ditonjolkan sekadar perubahan cetek dan sekadar menyentuh permukaan dasar sedia ada tanpa mendalaminya.

Di Malaysia, budaya involusi meresap ke dalam pelbagai lapisan jentera pemerintahan negara yang berperanan membangunkan negara. Pemerintah yang berbicara mengenai transformasi dan perubahan sering kali membiarkan begitu sahaja skandal-skandal salah guna wang rakyat yang impaknya kelihatan dari segi kerencatan produktiviti negara. Ukuran transformasi sekadar permainan angka tanpa kemajuan bermakna. Perubahan secara mendalam dan secara dasar tidak dilakukan.

Sesungguhnya, soal anjakan paradigma yang dapat membawa pertumbuhan negara ke satu tahap baharu senantiasa direncatkan oleh budaya involusi. Semenjak era krisis kewangan 1997/98, pertumbuhan Malaysia kelihatan lemah. Pertumbuhan sebelum itu yang pernah disifatkan sebagai sebahagian daripada mitos Asia telah menemui kebekuan. Angka pertumbuhan setiap musim atau tahun sekadar memaparkan pembangunan jangka masa pendek tanpa dirujuk atau diutamakan kepentingan perubahan dan pembaharuan secara dasar dan secara menyeluruh.

Era Pak Lah pernah memberikan identifikasi masalah yang tepat, antaranya pembangunan modal insan yang lemah merencatkan pembangunan Malaysia secara keseluruhan, tetapi gagal dari segi pelaksanaan. Sementara itu, Era Najib yang berbelanja jutaan ringgit hanya mampu melahirkan laporan satu per satu dan memperkaya sekumpulan kecil manusia, tetapi membiarkan lembu menduduki kondo.

Semenjak era krisis kewangan 1997/98, kesemua peristiwa dan pendedahan skandal menjuruskan kita kepada satu rumusan penting, bahawa Malaysia kini bukan sahaja terperangkap dalam middle-income trap tetapi juga terperangkap dalam budaya involusi. Budaya involusi merencatkan peningkatan produktiviti dan inovasi, mengekalkan kemiskinan tegar dan mendorong kemiskinan baharu, dan yang paling kritikal dalam konteks Malaysia, membiarkan lembu menduduki kondo melalui politik naungan dan aktiviti rent-seeking.

Maka soal penting hari ini tidak berkaitan dengan program transformasi yang dilakarkan sedemikian rupa seolah-olah pemerintah telah insaf dan sedang melakukan perubahan. Hal ini kerana perubahan yang menggunakan nama transformasi itu cetek, tidak mendalam dan tidak menyentuh soal dasar.

Skandal lembu tinggal dalam kondo ialah satu contoh klasik bagaimana program transformasi bakal gagal dari segi mengeluarkan Malaysia daripada perangkap budaya involusi.

Apabila lembu mula diberikan peranan untuk menanam budaya involusi dalam proses pembangunan Malaysia, bagaimana produktiviti negara dapat ditingkatkan secara berimpak? Bagaimana pula pendapatan isi rumah dapat ditingkatkan dengan kadar yang besar sehingga lonjatan kepada tahap negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan? Ataupun, bagaimana pendapatan boleh guna dapat ditingkatkan dan kos kehidupan yang tinggi dikurangkan?

Tidak! Ini bukan budaya kita. Undi kita bukan untuk melembukan diri kita. Undi kita bukan untuk membiarkan lembu menanam budaya involusi dan merencatkan pembangunan negara secara bermakna.

Tolak lembu yang cuba menduduki kondo. Ini titik permulaan kepada harapan baharu. Malaysia tidak perlukan peranan negara peragut! Malaysia juga tidak perlukan budaya involusi! Masih ada masa untuk kita SAY NO!

Biar lembu bertarung. Jangan kita dilembukan. Begini penutup kepada kisah lembu cuba menduduki kondo dan menanam budaya involusi. Terima kasih.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.