KISAH UAI DOK MAIN BUAT LAWAK KE ORANG....SAKIT DAH TUHAN BAGI. SAKIT SIHAT NI KUASA ALLAH JUGA..


 

NERATIF MELAYU TENTANG KHABAR ANGIN TEBUK ATAP

 



LIYANA MARZUKI


TEBUK ATAP 2.0


Beberapa  hari  yang lepas, saya dapat tip off. Gerakan nak tumbangkan Kerajaan sedang berlangsung. Maklumat yang nak disampaikan:

1. PN sedang memujuk GPS tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Sehingga sanggup offer seat PM pada mereka.

2. Bila GPS bersetuju, GRS bawah Hajiji akan ikut sama. Dapatlah mereka bersama perintah negara.

Kalaupun GPS dan GRS bagi sokongan kepada PN, still nombor tak cukup nak tubuhkan Kerajaan.

PH dan BN secara bersendirian dah dapat majoriti mudah 112 kerusi. Walau takde kerusi Parti lain.

Makanya, saya dimaklumkan ada gerakan dalam UMNO yang digerakkan oleh 2 orang pemimpin, akan bawak keluar 10 orang UMNO dan sokong PN.

Itu maklumat yang saya dapat.

Kalau diteliti benda ni sukar nak jadi. Kerana:

1. Kalau 10 MP UMNO sokong PN, dia dah kira lompat parti. Kena kosongkan kerusi. Takkan la nak buat PRK 10 tempat sekali. Memang Rakyat akan marah mereka ini.

2. Semua sokongan kepada PM perlu en bloc. Yakni secara bersekali mengikut kepala parti. Tak boleh macam dulu lagi.

Pada saya, GPS pun pikir 2-3 kali nak terima. Kalau tak jadi, habis meranap rakyat marahkan mereka. Tambah ada PAS di situ, yang ramai rakyat Sarawak tak selesa dengan kempen mereka sebelum PRU.

So kalau tanya saya memang Tebuk Atap 2.0 susah nak berlaku.

***************************************************

Tup tup semalam, Ayoh Chik kita, dengan confidentnya cakap Kerajaan ini akan tumbang dalam masa terdekat. Mana datang jumlohnya, kita pun naik heran.

Yang saya boleh jangka, ini semua propaganda mereka. Nak takutkan pegawai awam yang sedang jalankan tugas menyiasat pemimpin PN. Nak tunjuk mereka boleh berkuasa semula.

Sesungguhnya kuasa itu penuh nikmat. Ia memabukkan. Hilang kuasa 3 bulan, lepas berkuasa sekejap 33 bulan. Mereka dah kepanasan.

Adakah saya rasa Kerajaan ini sempurna? Tidak juga. Ramai termasuk saya pun belasah mereka. Tapi untuk rakyat dan negara, kita tak boleh biar negara tak stabil kerana politik sekali lagi. Tambah penat PRU hari tu pun tak habis lagi. Baru lepas 100 hari.

Pemimpin hauk mana yang tamak nak runtuhkan Kerajaan, hanya dalam masa 3 bulan. Adakah kerana banyak lagi kes yang akan ke Mahkamah, mereka makin kepanasan?

Kita nak pemimpin wibawa untuk pimpin negara. Yang kita dapat skandal Jana Wibawa. Tunggu la 5 tahun, boleh cuba semula.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

AGEN KOMENEH RUPANYA- PAS DAN LEBAI NAK KAWAN DENGAN KOMENEH JUGA YA...ISH..ISH..ISHHH

 


Ini kalau DAP yang buat posting macam ni, teruslah cakap unsur komunis meresap masuk Malaysia ni. Confirm terus DAP parti komunis. Tapi bila yang tulis tu kaum sendiri, diam je la. Silap-silap bangga lagi pulak. Guane boh?

Raja Gelap

 

KELANTAN TERENGGANU DAN KEDAH ANTARA NEGERI TERTINGGI MASAALAH DADAH

 

MOHD SHAHRIM


Jangan bimbang MP PAS.. kjaan memang tidak pernah iktiraf LBGT dan dalam masa yang sama diminta Kjaan PAS dan MP Kelantan cari solusi selesaikan kes jenayah seksual remaja dan dadah yang tinggi diKelantan.




LFL- BIAQ BETOI BADAN LAWYER NI.....

 



Dah kenapa LFL ni? Buat laporan polis pun zalim? Habis tu yang fitnah tu tak zalim? Paling kelakar dia kata tak mengikut undang-undang. Kalau begitu, macamana Mahiaddin boleh berhadapan hukuman penjara pula? https://bit.ly/3Tl3I7M.

LFL ni ada dendam peribadi kot dengan DS Anwar? Kalau saman, dikata koyak. Lapor polis dikatakan zalim pula. Sepatutnya LFL nasihatkan Mahiaddin tu supaya terima hakikat yang dia memang ada buat salah masa jadi PM dulu.

Sebagai peguam, apakah mereka dalam LFL ni rasa memfitnah itu tak salah? Kalau begitu rosak negara ini. Setiap orang boleh cakap apa je yang dia mahu tanpa pedulikan fakta dan kebenaran. Apakah LFL mahu fitnah membudaya di negara kita?

Setakat Mengkritik itu bukan masalah. Malah MP PH sendiri, YB Hassan Karim pun banyak kritik DS Anwar secara terbuka. Tapi DS Anwar tak usik pun walaupun di peringkat parti. Terbukti DS Anwar tak halang sesiapa pun kritik kerajaan.

Cuma kritik biarlah berfakta. Biar konstruktif. Bukan ikut nafsu dan reka cerita untuk pesongkan fakta, berbohong untuk selamatkan diri. Itu bukan setakat jahat malahan tak bermoral dan boleh menimbulkan

Cuma tindakan polis saja boleh selesai masalah pemfitnah begini. Sebelum ini DS Anwar telah pun sama Mahiaddin dalam isu Penasihat Ekonomi di mana Mahiaddin memfitnah DS Anwar terima upah sehingga RM15 juta.

Tapi Mahiaddin tak belajar. Mungkin juga dia fikir dia akan masuk penjara jadi saman begitu tak akan berkesan kepadanya. Jadi laporan polis beginilah sebagai jawapannya. Kerana dakwaan ini mampu tambah jumlah penjara yang bakal Mahiaddin hadapi nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

MENGATA ORANG DIA YG LEBIH- KENAPA TAK BISING SOAL LGBT.





NORMAN RADZUAN


Ini di Kedah negeri di bawah Sanusi PAS. Saya hairan isu ini depan mata kenapa tak bising pasal LGBT? Kenapa tak hentam Sanusi? Kenapa tak rasa malu? Kenapa tak kata Islam terancam?

Sebab suka bodohkan org Melayu sb nak kuasa… demi tembolok sendiri… Begitu juga konsert di sebelah masjid di Kedah kenapa tak bising konsert itu tidak menghormati agama Islam. Cuba konsert itu di Penang sebelah masjid…

Selalu saya katakan jika bawa mereka berhujah… sebelum berhujah kita mesti ada fakta dan data… percayalah akhirnya mereka akan berkata aaaaa…aaaaa…aaaaa.

Contoh jika kena khatam ideologi Dap, MCA dan Gerakan. Baca sejarah ketiga2 parti apa yg mereka lakukan sepanjang bersama kerajaan…saya pasti mereka akn checkmate tentang isu ini. Kita kena jawab dgn hujah bukan dgn makian.

Sampai bila la org Melayu ingin diperbodohkan. Macam Tun bila dia jadi PM dia kata Melayu malas bila hilang kuasa Demi Melayu. Mudahkan mainkan isu LGBT dan perkauman…habis harta rakyat.


JUMLAH TERKUMPUL SEHINGGA KINI


 

BILA MAHAZALIM MAHAFIRAUN BERSAMA BAPAK WALAUN- NEGARA BAKAL MELINGKUP- HALANG MEREKA INI DARI MENJADI BARAH DALAM NEGARA


 

SILAP SILAP KAU KENA SAMAN


 

UNTUK MASA TERDEKAT INI- KITA TUMPPUKAN PADA SEKOLAH DAN KESIHATAN


 

TOK IMAM DOA PELINGKUP PN-TERMASUK LAH PARTI PAS-MULA DIA NAK MENGEJEK PH JOIN DENGAN UMNO- MALANGNYA KINI MEREKA JUGA BERSAMA GANG PENYAMUN WANG RAKYAT


 

INGAT LAGI KA KISAH INI- APA MB KEDAH GELABAH- AHLI PARLIMEN JUGA GELABAH-MEREKA JUGA DAPAT DUIT ELAK CUKAI RUPANYA.RASUAH..


 

NUSI- HANG PEMBOHONG- TANYA LA ORANG LAIN KALI-HANGPA BODO SOKONG DIA- DIA KATA HANGPA BODO


 

MASA PM GULUNG PERBAHASAN KAMU TAK HADIR- BILA DAH LEPAS KAMU BARU SEDAR-


 

PERLIS FLEXSIBLE -TETAPI KALAU TAK MAKI ORANG TAK APA


 

ATOK KATA HADI KATA DIA KAFIR- TU DIA NO- LA DUA DUA GABUNG BALIK....NAK PELINGKUP NEGARA DAN MELAYU LAGI KA ?


 

B40- USAHA KERAJAAN MEMBANTU SISWA- MENU SISWA RAHMAH


 

SETEPEK KENA NI SEKOQ LAGI- MASA DIA DALAM KERAJAAN PUN BILLION BILLION JUGA


 

HATI HATI AKAN SAMPAI GILIRAN ANNUAR MUSA - KALI INI BERSIAP SEDIA DAN RAMAI LAGI YANG AKAN SAMPAI GILIRAN


 

ORANG KE MAKKAH BERDOA YANG BAIK DAN ALLAH BANTU- DIA RASA ORANG DIA SAHAJA YANG BAGUS- BAGI KUASA SAKAW DUIT


 

DR MUJAHID- BAIK SAMAN SUPAYA MUDAH SELESAI SAHAJA-PADU! Caprice 'koyak' , kena sekolah dengan Dr. Mujahid jawab fitnah LGB...

RENTASAN 1332 | GEMPAR!! KERAJAAN PAS KELANTAN TAK AMBIL PEDULI KES JENA...



1. APABILA PENDAKWAAN SALAH GUNA KUASA DIPOLITIKKAN 2. NEGERI PAS JUARA KES JENAYAH 3. USTAZ, MAHKAMAH CARI, AWAK DI MANA?



KAH..KAH..KAH- KENAPA AKU GELAK? SEBAB SYED MOKHTAR PUN KENA TIPU DENGAN WALAUN




Haah kan? Penghujung tahun lepas bila DS Anwar minta Syed Mokhtar RM10 juta dan lagi RM50 juta untuk tahun ini bagi membantu petani miskin, PN kata DS Anwar sengaja nak bunuh jutawan Melayu.

Tapi rupanya, PN dapat sumbangan sampai RM200 juta daripada Syed Mokhtar. Patutlah dia takut Syed Mokhtar rugi. Sebab dia dah kebas lebih tiga kali ganda banyaknya. Mana tak habis duit orang tu. Baca: https://bit.ly/42ilg8n.

Begitulah PN. Sumbangan untuk petani miskin, dia kata merugikan peniaga. Sumbangan untuk parti dia, ok je. Lebih pentingkan parti dari petani miskin. Apa yang rakyat nak harap kepada pemimpin yang sebegini? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

BERANI YA DOK PERLI SULTAN- KALAU AKU MAKAN PENAMPAR DAH.


Sultan tak betul kerana larang ulama sebar ilmu, jadi yang mati katak di Memali kerana ilmu ulama lah..??

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.



 

JIKA TUHAN PUN SANGGUP DI TIPU

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Jumaat - 03/23

( 1 -  24 )

 

 

1.   "Bukanke  you  guru  dan  sifu  saya"

 

itu  kata - kata  manis  Zahid Hamidi , Presiden  UMNO  sewaktu  perbualan  telefon  SELEPAS  Persidangan  Agung  UMNO  atau  PAU  dan  SEBELUM  Anwar  dilantik  sebagai  Perdana  Menteri  ke10  atau  PMX

 

2.  Perbualan  tersebut  membuktikan  Zahid  lansung  tidak  peduli  keputusan  PAU  yang  tolak  Anwar , PH  dan  DAP

 

3.  Walaupun pada mulanya  dinafikan  tapi  akhirnya  mereka  TERPAKSA  mengaku  perbualan  tersebut

 

4.    "WALLAHI

         WABILLAHI

         WATATLLAHI" 

 

tanpa  mengambil  kira  apa yang  berlaku  terhadap  Najib  yang  rajin  bersumpah  dengan  nama  ALLAH ,  Zahid  juga  menggambil  jalan  sama bagi  tujuan  menyakinkan  beberapa   Ahli  Parlimen UMNO  bahawa  beliau  TIDAK  akan  menyokong  Anwar  sebagai  PMX  dan  tidak  akan  bekerjasama  dengan  DAP

 

5.  Oleh kerana  telah   TIDAK  MENGHORMATI   keputusan   PAU  dan   lebih serius    SANGGUP  BERBOHONG   dengan  menggunakan  nama  ALLAH  SWT , jika  UMNO  maseh  mahu kekal  'relevan'  dan  disokong  rakyat  khasnya  orang  Melayu  maka  UMNO  misti  berani  menggambil  tindakan  luarbiasa  dengan  MENDISIPLIN   malah   MEMECAT  beliau sebagai  Presiden PARTI

 

7.  Bagi  mendapatkan  sokongan  Wakil - Wakil  Rakyat  UMNO  Zahid  menggambil  kesempatan  dengan  alasan  sebagai  Presiden  Parti   Anwar  tidak ada pilihan  melainkan melantik  beliau  sebagai  salah  seorang  Timbalan  Perdana  Menteri

 

8.   Jika  Fadillah  Yusof  dari  Sarawak  yang  BUKAN  Presiden Parti BOLEH  dilantik juga  sebagai  Timbalan PMX  maka  sudah terbukti Zahid  lebih  pentingkan  diri  dari  memberi  keutamaan  kepada   Anwar

 

9.  Menjelang   

PRU 15   yang baru berlangsung   saya telah  memberitahu  seorang  pemimpin  UMNO  yang  kini  berjawatan  Menteri bahawa  UMNO  akan  hanya  perolehi  30 Kerusi  Parlimen  jika  ia diterajui  Zahid  dan  Najib 

 

10.  Ahli - Ahli  UMNO  perlu  sedar , Najib  TERPAKSA  melepaskan  jawatan Presiden UMNO  dan Pengurusi  BN  kerana  hanya  berjaya  memperolehi  73  Kerusi  Parlimen  sedangkan  UMNO  dibawah  pimpinan Zahid  hanya  perolehi  26  Kerusi  sahaja

 

11.  Wan Saiful  melepaskan  jawatan  Ketua  Penerangan  BERSATU  setelah  dituduh rasuah  atas prinsip TIDAK mahu melibatkan  Parti  sedangan kan  Zahid  pula  yang  dalam perbicaraan maseh  bergayut  dengan  harapan  sebagai  Presiden  UMNO   dan  sebagai TPM   beliau  akan  dibantu  oleh  PMX  dan SPRM  MELEPASKAN  diri  dari dipenjara

 

12.  Pengakuan  Zahid  semasa  ditemurah  TV  Indonesia  bahawa  ibu bapa  beliau  dari Ponorogo , dan beliau  'BALIK  KAMPUNG'   di Indonesia membuat  ramai  tertanya - tanya  apakah  UMNO  sudah  ketandusan  pemimpin  yang  berwibawa seperti  Tengku  Razaleigh  Hamzah  atau  majoriti  Perwakilan  ketika  itu  seperti  ular sawa yang  kenyang  akibat terlebih  makan 'dedak'

 

13.  Usaha  Anwar  memerangi  rasuah ,  penyelewangan  kuasa  dan ketirisan   bukan  sahaja  perlu  diberi  pujian  malah  perlu  disokong  namun usaha  murni  tersebut mungkin  tidak  dapat  dilaksanakan  sepenuhnuya  kerana    orang  dibawah  dagunya  sedang  dibicarkan dengan  47  pertuduhan di Mahkamah

 

14.  Bolehke  seorang  Timbalan Perdana  Menteri  meggunakan  'outrider'  ,  kereta  peronda  polis  dan  pegawal pengawal  ke Mahkamah  dan  berhadapan dengan Hakim didalam kandang

 

15.  Di dunia  ini  hanya  di  Malaysia  saja  terdapat  Timbalan  Perdana  Menteri  memohon  Mahkamah  memulangkan Pasport  Antarabangsa nya bagi tujuan  tertentu  TAPI  permintaan  tersebut  ditolak

 

16.  Jika  Mahkamah  membenarkan permohonan tersebut ,  Mahkamah  juga  harus  bersikap  adil  kepada  mereka  yang  berada didalam  situasi  sama

 

17.  Cuba  bayangkan   jika  Anwar  ditimpa  kemalangan  serius  atau meninggal dunia maka  sudah tentu  Malaysia  akan  dipimpin seorang  penjenayah  dan kaki pukul

 

18.   Ingatkah peristiwa dimana Zahid  terlibat  bukan  sahaja mencedera malah  hampir  menanam hidup - hidup  Amir Bazli  Abdullah dari  Kelantan ,  kekasih  anak beliau Nurul Hidayah  yang  kebetulan  seorang  janda  ketika  itu

 

19.  Pepatah Cina  ada  menyebut :

 

NANG  BO  TI  NANG

KUI  BO  TI  KUI

 

yang  membawa  maksud  

 

MANUSIA  BUKAN

HANTU  PUN  BUKAN

 

ini lah  gambaran  sebenar  Zahid  Hamidi ,  Presiden  UMNO  

 

20.   UMNO  misti BERANI  BERTINDAK   dari  sekarang  lagi  dengan  membuat  pembersihan dari  atas  hingga  ke peringkat  cawangan  jika  ianya  mahu  di percayai  :

 

IKAN  ITU  BUSUK

BERMULA  DARI  KEPALANYA

 

22.  UMNO  juga  harus  kikis  sikap 'SINDROM  PENAFIAN'  atau  'DENIAL  SYNDROME' dan  misti  terima  pandangan  yang  berbeza

 

23.  MAJORITI  PERWAKILAN  HARUS  DIPERSALAHKAN   KERANA  MEMILIH  ORANG  SEBEGINI  SEBAGAI  PEMIMPIN  ;  BAGI  MENGISI  PERUT MEREKA  SANGGUP  MENJUAL  MARUH DIRI    

 

24.  Jika  Tuhan  pun  sanggup  ditipu  , ini kan pula  Ahli - Ahli  UMNO

 

 

Wassalam 

Terima  Kasih

 

JANGAN UKUR PADA KOPIAH

 

Suasana di kampung dulu-dulu, bilik air berada di luar rumah. Dinding zink je. Kadang ada yang dah berkarat teruk. Ada lubang sikit-sikit, ternampak la bayangan kat dalam tu.

Orang yang beriman, kalau sambil lalu ternampak apa yang tak sepatutnya nampak, dia akan segera tundukkan pandangan. Sebab dia tahu bukan hak dia untuk lihat benda tu.

Tapi kalau orang yang kurang beriman, pasti akan ikut serakah. Jangankan alih pandangan, makin dia datang dekat lagi. Kalau kantoi, dia salahkan orang. Siapa suruh tak repair dinding tu?

Itu beza orang beriman dengan orang tak beriman. Jadi bila aku dengar ada orang berkopiah cakap, kalau jatuh lagi kerajaan ini, jangan salahkan tebuk atap tapi sebab atap berlubang, aku jadi sangsi.

Begitukah sikap orang yang beriman? Mengambil peluang walaupun sedar itu bukanlah haknya? Aku tak fikir itu sebahagian dari ajaran Islam. Ajaran siapa agaknya? Guane boh?

Raja Gelap

 

STRATEGI “LOSS LEADER”

 

ADRIAN LIM CHEE ANN




Terbaca tulisan sesetengah pihak yang membuat kos analisis betapa merugikannya Menu RAHMAH terhadap peniaga.

Jadi saya kongsi sedikit Menu RAHMAH berdasarkan sudut Islamik dan juga sudut bukan Islamik pun, kerana kedua-dua sudut mempunyai titik persamaan.

Dari sudut Islamik ada yang menyebut Menu RAHMAH seperti membuat sedekah. Membuat sedekah sebab penjualan Menu RAHMAH tidak menguntungkan.

Tetapi membuat sedekah akan adanya berkat di kemudian hari. Mungkin dari segi keuntungan di lain hari ke melalui cara berbeza lah kan?

Dari sudut bukan Islamik pula, ada yang menganggap ini strategi “Loss Leader”. Produk Menu RAHMAH ini tidak menguntungkan atau kadangkalanya merugikan. Sebab itu dipanggil “Loss Leader (Ketua Kerugian)”.

Tetapi “Loss Leader” ini berpotensi dan berupaya membawa keuntungan kerana pelanggan yang melanggan akan berbelanja untuk produk-produk lain.

Kalau dilihat sekitar Lembah Klang, beberapa jenama rangkaian pub (tempat minum arak) membuat strategi “Loss Leader”.

Arak beer yang dijual itu sangat murah berbanding kelab malam atau pesaing lain. Mungkin ke tahap tidak menguntungkan ataupun merugikan.

Tetapi apabila pelanggan non-Muslim minum beer, depa pun makan pasta, chicken wings, chicken chop, nasi lemak dan sebagainya.

Dari makanan tu lah peniaga menjana keuntungan.

Meskipun arak beer itu tidak menguntungkan peniaga, tetapi peniaga meraih keuntungan dari produk-produk lain.

Baik.

Walaun kata pub bukan contoh baik. Sbb arak.

Takpe lah. Maka kita lihat pasar raya seperti Mydin dan AEON. Berapa sen je keuntungan Menu RAHMAH sebenarnya.

Tetapi strategi “Loss Leader” seumpama digunapakai. Pelanggan makan (pasar raya tak untung), tetapi pelanggan akan membeli kegunaan seharian (pasar raya untung) seperti beras, minyak masak, pampers, buah-buahan, keropok dan sebagainya.

McD, KFC dan sebagainya pun praktikkan strategi “Loss Leader” di mana Menu RAHMAH tidak menjana keuntungan. Tetapi tidak apa. Pelanggan akan membeli juga benda2 lain.

Ada juga yang kata mereka mampu sebab mereka syarikat gergasi. Jadi perniagaan kecil-kecilan macam mana?

Sebenarnya ini bukan masalah perniagaan kecil ke besar. Perniagaan besar ke kecil itu ialah hasil. The end result.

Punca kepada hasil itu ialah mentaliti.

Perniagaan-perniagaan yang besar seperti Mydin, AEON, McD, KFC dan sebagainya berjaya bukan kerana mereka besar.

Mereka berjaya kerana mentaliti mereka betul sejak awal. Yang kita nampak betapa gahnya mereka pada hari ini ialah hasil kepada mentaliti yang betul sejak puluhan tahun yang lalu.

Sekiranya bos Mydin, bos AEON, bos McD, bos KFC tidak mempunyai mentaliti yang betul, takde lah Mydin, AEON, McD dan KFC pada hari ini.

Tetapi mentaliti mereka betul, maka wujudlah kejayaan yang kita nampak pada hari ini.

Semoga bermanfaat. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para peniaga dan pengusaha kecil-kecilan yang tekun dan gigih ke arah kejayaan.

 

DIA DOK KIRA MELAYU TAK ADA KUASA- MASA DIA JADI PM BERAPA PULOH MELAYU JADI JUTAWAN. ANAK ANAK SEMUA JADI JUTAWAN



 

IKLAN P LA WALAU PRO BONO




KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Khas yang bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisme. Kongres Khas ini akan diadakan pada 18 Mac 2023, Sabtu dari jam 9:00am sehingga 6:00pm bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kongres Khas ini akan dibarisi pembahas-pembahas dari setiap negeri yang akan membahaskan usaha-usaha pelaksanaan dan arah tuju Parti dalam menterjemah idealisme Malaysia Madani yang dibawa oleh Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim selain menyentuh isu-isu politik semasa dan arah tuju kerjasama politik KEADILAN terkait pelaksanaan Pilihanraya Negeri.

Justeru setiap anggota dan penyokong KEADILAN dijemput hadir ke Kongres Nasional Khas dengan mendaftar di pautan berikut:

http://t2u.asia/e/30089

Selamat berkongres!

 

KES LCS DAN TG ADNAN JAUH LEBIH KUKUH DARI JANA WIBAWA..

 

KES LCS DAN TG ADNAN JAUH LEBIH KUKUH DARI JANA WIBAWA..

1- Petang tadi, Aku hanya kongsikan dan respon berita tentang Laporan berita harian dari kenyataan SPRM yang mendakwa " Siasatan LCS diteruskan, Bukti semasa tak cukup.." Aku hanya Respon yang kes LCS jauh lebih jelas dan kukuh bukti penyelewengannya..

2- Aku ingatkan komen biasa tu, Takda kaitan dgn Sapa pun..tak sebut nama sapa pun..Paling tidak mungkin orang UMNO yang Respon..Sebab ia melibatkan kementerian Zahid dulu skandal LCS, Rupanya tiba tiba ramai Penyokong PKR yang datang komen, Pertahan dan jadi hulu balang Zahid Hamidi, Sungguh Menakjubkan melihat reaksi tu, sedangkan Post tu tak sebutpun nama Zahid, apalagi DSAI.. Cuma aku kata kes itu kukuh..

3- Sedangkan depalah dalam kempen tidak henti henti nyanyikan lagu Hoi ya Hoi , serang isu LCS diatas pentas, Aku sekalipun tak pernah kongsikan sepanjang PRU 15 nyanyian, klip lagu Hoi ya Hoi, Sebab aku anggap kempen nyanyian Hoi Ya Hoi satu tema kempen yg tak strategik langsung.. Buat org Meluat.. tapi yang nanyi Hoi Ya Hoi itu yg pertahan Zahid..

4- Ada penyokong PKR tanya.. Hang SPRM ker ? Aku jawab mudah.. Hangpa dok nyanyi Ulang ulang..Buat tuduhan atas kempen PRU 15.. Hangpa SPRM ker ?

5-Ni nak bagi tahu..Kenapa aku kata kes ini Kukuh.. Bukan soal hanya pandangan peribadi Aku.. atau aku SPRM..Tetapi dalam laporan Berita Harian ogos 2022 , SPRM sendiri mengatakan Siasatan sudah lengkap..Kertas siasatan dan nasihat Pendakwaan sudah dicadangkan kepada beberapa individu..Terpulang kepada Peguam Negara.. Kenapa pulak tiba tiba tak bukti semasa tak cukup ?

6- Kalau tidak dari kenyataan SPRM pun, dari laporan Audit..dari laporan dan Laporan PACS, hatta realitinya Memang Duit Kerajaan Lesap.. Kapal Tak siap..Duit dah dibayar habis.. Soalnya mana pergi semua Duit ? Mesti ada seseorang perlu bertanggungjawab.. Kalau Sayang sangat Zahid, carilah Kambing Hitam, atau buat Suruhanjaya Diraja..Dakwa untuk kita tahu kebenaran..

7- Kenapa aku kata kes LCS lebih kukuh dari Jana Wibawa, Kalau ikut duluan kes Tg Adnan yang dibebaskan Mahkamah Rayuan dengan keputusan 2-1, Kes Tg Adnan jauh lebih kukuh..Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi penjara 12 bulan serta denda RM2 juta , Atas alasan apa ? duit yang diterima Tg Adnan adalah derma Politik UMNO dalam kempen PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

8- Pendakwaraya pada masa itu, Dalam perbicaraan Mahkamah Tinggi, berjaya membuktikan, Tg Adnan atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu MENTERI WILAYAH Persekutuan telah menerima untuk DIRINYA sebanyak RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

9- Maksudnya projek dan Tanah yang diperolehi oleh AKSB , Atas kuasa dan kelulusan Tg Adnan dan Dimasukkan ke akaun SYARIKAT PERIBADI tg Adnan saling berkaitan, dan memenuhi maksud mendapat Manfaat peribadi.. Tetapi Tg Adnan lepas, Kalau ikut duluan kes Tg Adnan, Kes Jana Wibawa, Sukar untuk Sabitkan Mahaiddin Yasin.. Jadi bila Mahkamah Membebaskan Tg Adnan atas alasan DERMA Politik.. Maka ia seakan sah disitu derma tersebut bairpun jelas wujud Konflik kepentingan..

10- Kenapa aku kata sukar sabitkan Mahiaddin yasin jika dibanding Duluan kes Tg Adnan ? Pertama.. Mahiaddin yasin bukan orang yang bertanggung jawab meluluskan Projek Jana wibawa , sebab Jana Wibawa dibawah MOF(Tg Zafrul) dah pasti Tg Zafrul akan jadi saksi nanti.. Kedua, Duit itu masuk dalam Akaun parti..Bukan Akaun peribadi atau Syarikat Mahaiddin Yasin, secara peribadi Mahaiddin takde manfaat peribadi sepertimana kes SRC Najib dan UKSB Zahid, jelas mereka mengambil Manfaat peribadi.. Lainlah jika ada bukti Audio Mahaiddin meminta suapan dan wang seperti Audio Rosmah dengan tagline " can i advise you something "..

11- jadi dari kes dan Pendakwaan Mahaiddin, Aku cuma cakap kes Zahid dan Tg adnan jauh lebih kukuh..Sebab projek yang disabitkan melibatkan Kementerian dan Kuasa dimiliki mereka.. malah dalam kes Najib dan Zahid siap ada Nota untuk kelulusan Projek..Dan semua itu dibuktikan dari kenyataan pegawai tertinggi Kerajaan.. Dalam kes Mahaiddin , kita tunggu sajalah Pendakwaan kemukakan bukti.. aku tak kata Mahiaddin tak salah..dalam kes 1MDB ,SRC..jelas bukti MCA,UMNO terima duit..Tapi nak sabit dgn salah laku payah, Ini soal Pembuktian dan perundangan.. Bukan Politik..

12- Jadi Apakah aku nak kata Mahaiddin Suci ? Tidak.. dari pendakwaan , kes Duit masuk ke akaun parti..Jelas ada unsur Scheme Of Things.. Bagi aku Shceme Of Thing ni..Takda sapa boleh mendabik dada.. Semua parti dan Pemimpin buat..Cara jer berbeza..Kalau ikutkan Scheme Of Thing Mahaiddin, Semua PM UMNO wajar didakwa.. Sejarahnya UMNO memang King Scheme Of Thing, Derma Politik itu dah jadi lauk depa..Dari dulu tahun 90'an.. masa MOF agih Pink form Petronas dagang kepada ketua cawangan dan ketua bahagian UMNO.. Itupun Scheme Of Thing lah..Jangan perasan suci..

13- Apapun.. Kita tunggu dan lihatlah Perbicaraan..Masih awal lagi..Aku ni bukan lah Sokong Mahaiddin..Apalagi PN.. Lantak pi dia kena dakwa ker..kena Penjara ker..Sebab Mahaiddin dulu buat kat musuh politik dia sama jer.. Dulu Syed Saddiq jadi mangsa..aku cuma lawan Penyangak dan UMNO..

14- Aku awalnya malas nak tulis alasan aku kenapa kes LCS dan Tg Adanan lebih kukuh..Tapi sampai Penyokong PKR marah marah aku hanya dari sepatah komen aku.. Bab ni aku tak boleh nak brain..Tak sebut nama Zahid pun datang pertahankan Zahid..Jadi apa beza dengan penyokong PAS pertahankan Najib dan Zahid dulu..takda beza.. Dalam Politik ni sama jer..Mana ada Prinsip.. kalau sembang Pertahan Prinsip tu..semua kaki sembang jer..Semua sebab kuasa..Jadi halal.. Itulah Scheme Of Thing..

15- Cuma aku nak ingatkan..Jangan sebab pendakwaan terburu buru ini..musuh politik akan cipta persepsi.. akan lihat dwi standard.. sorang dakwa..sorang lepas..nanti depa tuduh pendakwaan terpilih..Jangan sebab kita lepaskan anjing liar.. sebab game depa dalam Politik ini yang terima akibat buruknya adalah PH..Ni pun dah nampak mcm jenuh berjawab.. Nanti akan jadi backfire kepada PH dan UMNO sendiri.. Description: 😉

Ipohmali