SELAIN MAHIADDIN YANG GILA KUASA, PUNCA MASALAH NEGARA JUGA KERANA MAHATHIR YANG SENTIASA KEMARUK KUASA

 

Di samping dibelenggu oleh pentadbiran kerajaan yang gagal sehingga hampir semua perkara dalam negara jadi celaru dan haru-biru, kita juga sebenarnya berdepan dua masalah pokok yang lain.

Pertama, Mahiaddin Md Yasin yang bukan saja gagal dan tiada keupayaan kepimpinan di mana faktor tersebut memberi sumbangan paling besar kepada lahirnya kerajaan yang gagal, lebih buruk beliau juga menampakklan ciri-ciri seorang yang gila kuasa.

Apabila kedudukan sokongannya diragui, kalau pun tidak mahu mengambil sikap paling terpuji iaitu mengundurkan diri, beliau sepatutnya berani membawa usul percaya atau membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan terhadapnya.

Dengan yang demikian, kedudukannya selepas itu tidak lagi menjadi pertikaian sesiapa.

Menangguh-nangguh sidang Parlimen, tidak membenarkan usul percaya atau tidak percaya dan kemudian menggantung Parlimen melalui perlaksanaan darurat di ketika keabsahannya diragui adalah pendekatan pengecut dan “tak bertelor” seorang pemimpin.

Seorang pemimpin mesti berani dan tidak takut menghadapi apa juga cabaran, termasuk kemungkinan dijatuhkan kerana disitulah letaknya tunjang kewibawaan.

Orang penakut bukan saja tidak layak menjadi pemimpin, kalau jadi pengikut pun biasanya hanya memilih tempat di barisan paling belakang sekali.

Memimpin negara adalah suatu amanah, jika gagal, peranan seseorang itu akan dipersoalkan, malah di akhirat nanti pun pemimpin akan menjadi antara golongan pertama dipanggil mengadap Tuhan untuk ditanya berkaitan kepimpinan dan perlaksanaan amanah yang dipertanggungjawab terhadapnya.

Dengan apa yang dilakukan Mahiaddin untuk mengekal dan mempertahankan kuasanya selama ini, tanpa keraguan beliau adalah seorang yang boleh dikategori sebagai gila kuasa sebenarnya.

Sudahlah tidak mampu memimpin, negara jadi haru-biru dan rakyat jadi tambah derita, sokongan majoriti pula menjadi keraguan dan kemudian melakukan perkara-perkara luar biasa untuk menongkat jawatannya, tidak rasa malukah dalam hati Mahiaddin mengambil gaji dan elaun lumayan setiap bulan untuk menyara hidup dan keluarganya?

Masalah kedua negara kita ialah Tun Mahathir Mohamad yang masih kemaruk dan tak puas-puas mahu mengejar kuasa.


Beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali – kali pertama antara 1981 hingga 2003 iaitu selama 22 tahun dan kemudian selama 22 bulan antara 2018 hingga 2020 yang lalu.

Selepas kali pertama meletakkan jawatan pada 2003 dan berulang kali mengatakan akan bersara sepenuhnya serta tidak akan bertanding semula dalam pilihanraya, dalam tempoh persaraannya, beliau bukan saja memusuhi semua Perdana Menteri selepasnya, bahkan kembali menjadi Ahli Parlimen pada 2018 lalu.

Setelah menjadi Perdana Menteri, meski diikat dengan janji yang disaksikan malaikat di langit dan manusia di bumi, pelbagai usaha cuba dilakukannya untuk menjadi pemungkir demi tak puas dengan kuasa dan untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi penggantinya.

Berikutan berlakunya Langkah Sheraton, beliau telah meletakkan jawatannya, meski dinasihat oleh Agong agar jangan berbuat demikian.

Sebelum itu, pada petang hari berlangsungnya Langkah Sheraton, semua pemimpin politik yang telah dijinakkannya sejak 22 bulan beliau berkuasa telah pun berkumpul di kediamannya di Sri Kembangan untuk tujuan meletakkannya semula sebagai Perdana Menteri melalui gabungan baharu.

Ia adalah fakta yang menunjukkan Langkah Sheraton memang sebahagian perancangan yang direstui Tun Mahathir, cuma di saat-saat akhir beliau menyerlahkan niat sebenarnya mahu mewujudkan kerajaan perpaduan yang disokong semua parti.

Itulah sebabnya beliau berkeras mahu meletakkan jawatan dan menolak nasihat Agong agar tidak berbuat demikian.

Sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir tidak berlengah lagi memperkenalkan idea mahu menubuhkan kerajaan perpaduan yang menjadikannya bukan saja Perdana Menteri lebih berkuasa, malah tidak lagi terikat dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar.

Cuma, malangnya perkara itu tidak dipersetujui oleh UMNO dan Pas yang membuatkan kedua-dua parti itu menarik sokongan mereka.

Oleh kerana ideanya itu ditolak, di situlah terbukanya peluang Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, sedangkan perancangan pada peringkat awal menjatuhkan PH ialah hanya untuk membuang PKR, DAP dan Amanah serta mengenepikan janji kepada Anwar dengan Tun Mahathir masih kekal sebagai Perdana Menteri, sementara Mahiaddin akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Disebabkan perancangan kerajaan perpaduan itu gagal, Tun Mahathir kemudiannya kembali mendapatkan sokongan PH, tetapi beliau tetap enggan meletakkan Anwar sebagai calon timbalannya.

Setelah Mahiaddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan kedudukan majoritinya kekal dipertikaikan, Tun Mahathir tidak berhenti lagi berusaha mahu menjadi Perdana Menteri, kali ini dengan janji hanya selama enam bulan dan selepas itu akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Beberapa kelompok dalam PH sendiri ramai terpedaya dengan janji enam bulan itu, bahkan ada yang lantang memberi tekanan kepada Anwar bahawa mereka akan menarik sokongan dan menjatuhkan Tun Mahathir selepas enam bulan kiranya janji itu tidak dipenuhi.

Alhamdulillah, Anwar dan PKR tidak terpedaya dengan janji manis yang cuba memperdayanya itu.

Gagal memujuk Anwar dan PKR, Tun Mahathir kemudian mencuba lagi untuk berkuasa dengan bergabung pula dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Entah apa yang dijanjikannya kepada Ku Li sehingga ramai rasa hairan bagaimana Ahli Parlimen Gua Musang itu sanggup tampil mengadakan sidang media secara bersama Tun Mahathir.

Apabila usaha tersebut tidak menjadi kenyataan, Tun Mahathir dengan selamba akhirnya menyalahkan Ku Li dengan mendakwa bekas Menteri Kewangan itu gagal menarik walau seorang pun Ahli Parlimen UMNO untuk bersamanya.

Langkah terbaru Tun Mahathir untuk kembali berkuasa tiba-tiba muncul dengan beliau mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dengan menawarkan dirinya sebagai ketua, namun berikutan kecaman banyak pihak berkaitan cadangan yang merupakan langkah ke belakang itu, beliau kemudian menukar idea Maheran kepada penubuhan Majlis Pemulihan Negara.

Yang menjadi persoalan, ketika menghadap Agong baru-baru ini, yang dipersembahkannya adalah Mageran atau Majlis Pemulihan Negara?

Apa yang jelas, semua langkah, usaha dan tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir sejak meletak jawatan dan menolak nasihat Agong supaya tidak berbuat demikian, hanyalah semata-mata untuk kembali berkuasa semula.

Jika apa yang dilakukan itu bukan kerana mengalami gejala tak puas-puas dengan kuasa, barangkali ia lebih tepat dinamakan kemaruk kuasa.

Kalau dengan adanya Mahiaddin yang gila kuasa membuat negara jadi celaru dan haru-biru, selagi adanya Tun Mahahir yang kemaruk kuasa pula, maka selagi itulah negara ini tidak akan ke mana-mana.

Tindak-tanduk Tun Mahathir sejak 2003 hingga sekarang langsung tidak membawa kebaikan untuk negara, malah mencipta lebih banyak kerosakan dan kekacauan, sementara sejak 14 bulan berkuasa pula, Mahiadrin hanya berjaya memperkenalkan Malaysia sebagai negara gagal semata-mata.

Tanpa mereka berdua, lebih-lebih lagi masalah utama dalam negara sekarang ialah kepimpinan negara yang tidak berupaya sehingga terlahir kerajaan yang gagal, itulah sebenarnya penyelesaian untuk mara dan bergerak ke hadapan.

Bagaimana dengan Anwar, tidakkah beliau juga gila kuasa dan kemaruk kuasa?

Oleh kerana Anwar belum menjadi Perdana Menteri, beliau sama sekali bukan seorang yang gila kuasa, jauh sekali dijangkiti simpton kemaruk kuasa.

Anwar lebih sesuai dipanggil pemburu kuasa dan perkara itu adalah biasa bagi mana-mana pemimpin selagi mereka mempunyai sokongan serta dokongan yang munasabah di belakangnya untuk diangkat menerajui negara.

Anwar hanya akan menjadi seorang yang gila kuasa jika setelah menjadi Perdana Menteri nanti, beliau turut melakukan seperti apa yang Mahiaddin lakukan atau kalau setelah bersara, tetapi meniru sama perangai seperti Tun Mahathir. 


(ShahbudinHusin 13/06/2021)




KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA

13 Jun 2021

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri yang akan menasihati KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Sedia maklum bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan peranan atau tugas menasihati Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan kepada Jemaah Menteri sesuai Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan yakni KDYMM Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat.

Pada 12 Jan 2021 Perdana Menteri mengumumkan darurat berkuatkuasa di negara kita. Hal ini setelah KDYMM Yang di-Pertuan bersetuju dengan nasihat Jemaah Menteri yang disampaikan oleh Perdana Menteri dan sesuai Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan telah diisytiharkan Proklamasi Darurat. Seterusnya pada 14 Jan 2021 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dibuat dan berkuatkuasa.

Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 ini diperuntukkan penubuhan jawatankuasa Khas Bebas Darurat. Dengan penubuhan ini kerajaan telah membuat pengecualian untuk Jawatankuasa ini menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat berbanding dalam keadaan biasa peranan menasihati ini adalah peranan Jemaah Menteri. Jawatankuasa ini memikul tanggungjawab yang sangat jelas dan spesifik iaitulah “menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatannya”. Sehingga sekarang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini masih ujud dan berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Sudah tentulah kenyataan Menteri Takiyuddin ini amat mengelirukan sekaligus menimbulkan beberapa persoalan:

• Apakah fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat untuk menasihati KDYMM Yang di-Pertuan Agong tentang tarikh darurat ditamat atau disambung kini diambilalih oleh Jemaah Menteri?

• Apakah ini bermaksud ketika darurat berjalan di bawah kuasa Ordinan Darurat 2021 sekalipun, kuasa Jemaah Menteri menasihati KDYMM Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan dianggap terpakai termasuk dalam perkara menamatkan atau melanjutkan tempoh darurat?

• Jika itu benar apa keperluan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini diujudkan?

Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dilantik oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong saya ingin memohon Menteri Takiyuddin Hasan segera tampil memberikan penjelasan. Hal ini akan membantu saya untuk membuat keputusan bersabit kedudukan dan peranan saya dalam jawatankuasa ini.

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agong KEADILAN

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

Pemimpin Umno makan gaji, naik kereta rasmi kerajaan, tapi mimpi lain-lain, kata Syed Hamid


Syed Hamid Albar menyifatkan kerajaan PN unik dan ‘politik Malaysia sekarang kena buat tesis’.

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu, Syed Hamid Albar berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menyokongnya.

“Macam mana mahu tubuhkan Majlis Presiden sedangkan Umno dan BN tidak menyokong PN? Ini kerajaan yang dipimpin oleh PN, tapi orang Umno duduk makan gaji dalam kerajaan, naik kereta rasmi kerajaan, tetapi mimpi lain-lain.

“Jadi, saya fikir ini pelik dan unik, dan saya tak boleh salahkan sesiapa. Tapi kalau ditanya kepada saya sebagai rakyat biasa, tak boleh sebenarnya ada kerajaan macam ini,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu berkata, apabila kerajaan berasaskan parti ditubuhkan, ahli parti itu akan dilantik menganggotai kerajaan.

Tetapi, katanya, pemimpin Umno yang tidak menganggotai kerajaan bertindak “hentam PN teruk-teruk”.

“Tidak pernah saya lihat dalam dunia ada kerajaan macam ini. Kita adalah kerajaan yang berasaskan parti, bila berasaskan parti, ahli parti itu duduk dalam kerajaan, tapi satu kaki di sebelah sini dan satu lagi kaki di sebelah sana. Jadi, dalam keadaan itu, mana ada nilai kolektif?”

Beliau bagaimanapun berkata, Bersatu atau Umno tidak boleh dipersalahkan atas keadaan itu.

“Tidak boleh salahkan Bersatu atau Umno sebab dia punya perkahwinan ini, bila mereka dah kahwin, sepatutnya tidur atas tilam sama, bantal yang sama, tapi mimpi lain-lain?“Kerajaan ini memang unik, dunia luar yang tengok pun akan kata, ‘politik Malaysia sekarang ini memang kena buat tesis’,” kata bekas menteri luar itu.

NOH MARAH KE TAKI

 

JAMZURI ARDANI


Noh marah kat Taki ni sebab Taki adalah kelompok dalam PAS yang lebih cenderong kepada Bersatu.

Dalam PAS sekarang ada dua team. Satu team lebih cenderong untuk bersama Bersatu, satu team lagi lebih cenderong untuk bersama Umno.


 May be an image of text

Naikkan bantuan RM500 kepada RM2,000 selepas lanjut PKP, gesa PH


PH berkata, susulan lanjutan PKP penuh, pakej bantuan kepada rakyat terkesan juga perlu diberikan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan meningkatkan bantuan sekali beri sebanyak RM500 kepada RM2,000 berikutan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh sehingga 28 Jun ini.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH berkata, susulan lanjutan itu, pakej bantuan kepada rakyat terkesan juga perlu diberikan.

Mereka turut menyokong lanjutan PKP penuh selama dua minggu lagi, selepas mengambil kira jangkitan Covid-19 masih tinggi yang melebihi 5,000 kes sehari.

“Bantuan one-off RM500 (bagi pendapatan di bawah RM2,500) atau RM300 (pendapatan RM2,500 hingga RM5,000) masih terlalu kecil, dan hanya menerima bantuan tersebut pada hujung bulan ini.

“Cadangan jawatankuasa adalah pemberian bantuan ‘one-off’ mesti dipercepatkan dan dinaikkan kepada RM2,000 dan RM1,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa itu juga mencadangkan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan diberikan kepada golongan M40 seperti yang dipersembahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Setakat ini, hanya B40 yang diberikan sedangkan M40 juga terjejas teruk.”

Mereka turut menuntut subsidi upah dilanjutkan kepada tiga bulan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mengelakkan pekerja dibuang kerja seperti yang disarankan kumpulan majikan dan pekerja.

Selain itu, subsidi atau rebat bil elektrik sebanyak 30% mesti diberikan kepada pengguna domestik kerana penggunaan elektrik di rumah akan bertambah sepanjang PKP.

Mereka juga meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) lebih bertanggungjawab dalam memberi kelulusan kepada jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP 3.0.

“Telah berlaku insiden di mana terlalu banyak kelonggaran diberikan kepada pelbagai jenis perniagaan untuk beroperasi, iaitu lebih daripada 17 sektor yang dibenarkan.

“Keadaan ini tidak membantu, malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk Covid-19.”

Panas! Skala gred SPM yang tular, ini penjelasan KPM

 Panas! Skala gred SPM yang tular, ini penjelasan KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malam tadi menafikan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian berkenaan.

KPM dalam kenyataan berkata ‘Skala Gred SPM’ itu menggambarkan seolah-olah ia gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan itu.

“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 semalam  dan juga laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut,” kata KPM.

Kenyataan itu menyebut dakwaan itu mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik ‘MamaMia Mia’ semalam mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan.”

Skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A-

ADAKAH MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA 16 JUN SAH DARI SEGI PERLEMBAGAAN?

 

Apakah pendirian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun 2021 depan?

Adakah PM bertanyakan kepada Peguam Negara “Perbincangan Khas itu”? Adakah perbincangan khas itu sah dari segi Perlembagaan Persekutuan?

Setahu kita yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Puas dicari di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada hal perkara disebut istilah perbincangan khas.

Adakah Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Eksekutif yang mewakili cabang demokrasi berparlimen mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara apabila berdepan dengan inisiatif Yang di-Pertuan Agong, ketua institusi Raja Berperlembagaan memanggil raja-raja untuk perbincangan khas berkenaan perkara-perkara dasar negara pada 16 Jun depan?


Adakah Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri menyedari hanya Mesyuarat Majlis Raja-Raja sahaja yang boleh menimbang teliti perkara mengenai dasar-dasar negara (Fasal 3, Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan)?

Sesi Perbincangan Khas pada 16 Jun itu tidak ada kuasa untuk membincangkan dasar-dasar negara kerana Perbincangan Khas bukan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sesi yang dipanggil Perbincangan Khas tidak wujud langsung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Muhyiddin Yassin menyedari untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sekalipun, Yang di-Pertuan Agong perlu meminta terlebih dahulu kepada Perdana Menteri (Fasal 2 (c) Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan)?

Bagaimana boleh berlaku Yang di-Pertuan Agong mengambil inisiatif sendiri memanggil suatu perbincangan khas, sesuatu yang tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak berunding terlebih dulu dengan Perdana Menteri?

Adakah ini satu precedent yang baik di Malaysia ini yang mengamalkan pinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan? Kenapa tidak ada pendirian Perdana Menteri atau Kabinet dalam soal ini?

Tentu sekali Muhyiddin Yassin menyedari bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu disertai oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Perkara 38 (3) Perlembagaan Persekutuan).

Adakah dalam sesi Perbincangan Khas pada 16 Jun ini di Istana Negara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertuan Agong dalam perbincangan itu nanti?

Saya seorang ahli parlimen membangkitkan soalan-soalan di atas demi mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Saya tidak mahu inisiatif yang dilakukan oleh yang di-Pertuan Agong sekarang walaupun dengan niat yang baik tetapi jika ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka adalah tanggungjawab Perdana Menteri untuk menasihati Baginda.

Jika Muhyiddin Yassin gagal berbuat demikian maka ia adalah seorang Perdana Menteri yang gagal dan patut berundur.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

12 Jun 2021


RUMIT SANGATKAH KES SOP MB KEDAH ?

 

Muhammad Sanusi dilantik MB Kedah baharu | Astro Awani


Rumit sangatkah kes langgar SOP MB Kedah hingga Bukit Aman kena siasat?, tanya Puad


Rumit sangatkah kes langgar SOP MB Kedah hingga Bukit Aman kena siasat?, tanya Puad

Kenapa kes siasatan MB Kedah langgar SOP PKP dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman?

Rumit sangatkah kes tersebut. Sebelum ini kes Menteri Perusahaan Perladangan juga dirujuk ke unit yang sama di Bukit Aman. Special betul dua pemimpin PAS ini.

Berapa lama tempoh siasatan? Kalau rakyat biasa cepat sungguh mereka dikompoun. Kes VVIP sepatutnya tidak dilengah lengahkan.

Kes DS Najib tidak pun dirujuk ke USTJ Bukit Aman. Dia pun VVIP. IPD Jalan Dang Wangi yang siasat. Tidak ada masalah pun.

Rakyat terus tertanya tanya.

 

AGAK AGAK KENAL KA MANUSIA NI

 May be an image of text

SURAT TERBUKA untuk Perdana Menteri

 

YAB Perdana MENTERI,

LEGASI, MALAYSIA dan RAJA-RAJA

Sesungguhnya dengan hati yang berat saya membawakann perkhabaran buruk ini. Perkhabaran ini terkait dengan prestasi anda yang sangat mengecewakan dan meruntuhkan legasi anda, mengancam kelangsungan negara Malaysia serta menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi raja.

Saya mengutus surat ini atas kapasiti individu dan bukan sebagai seoorang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sg Pelek, malah sama sekali tidak mewakili pandangan DAP. Pandangan saya adalah cerminan dan mewakili perasaan, kebimbangan dan kesukaran ramai rakyat di kampung, peniaga kecil, ahli korporat dan profesional dari perlbagai latar belakang di sepanjang tempoh pandemik covid ini.

Anda secara terbuka menyebut bahawa ramai yang telah mengelar anda sebagai “BODOH” dan anda pasrah dengannya. Secara peribadi saya tidak percaya anda “BODOH” kerana anda telah berjaya memperdaya Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda berjaya bergelut dan meloloskan diri untuk naik ke atas. Dalam proses itu anda telah mengkhianati sahabat di dalam PH, yang mana itu jelas memaparkan sisi buruk integriti anda. Untuk kekal berkuasa, anda perlukan “kawan” yang anda umpan dengan jawatan kabinet dan GLC. Natijahnya anda membina sebuah kabinet terbesar di dunia berbanding dengan bilangan penduduk dan GDP, lebih besar daripada China, USA dan Jepun. Sudah tentu dengan mengorbankan kantung negara.

Anda kini berhadapan dengan dilema dan terperangkap dengan kemelut yang anda reka sendiri. Walau pun anda bijak dan tidak bodoh, anda dikurniakan dengan kemahiran berpolitik, tikam belakang, pengkhianatan dan taktik jahat untuk naik ke atas.

Dalam bahasa mudah pengurusan, anda telah menunjukkan KETIDAKCEKAPAN. Sebagai Perdana Menteri anda tersalah memiliki kemahiran untuk memacu Malaysia ke hadapan.

Suka saya menganjurkan supaya semasa FMCO ini anda membaca buku “Peter’s Principles”. Secara asasnya buku ini memperjelaskan beberapa prinsip untuk mendaki tangga korporat, hiraki politik mahupun perkhidmatan awam. Satu daripadanya – seseorang boleh sahaja dipromosi atau dipilih seperti Trump, berdasarkan tahap KETIDAKCEKAPANnya. Sebabnya ialah setiap orang memiliki set kemahiran yang berbeza untuk sesuatu tugas. Sebagai contoh – seorang jurujual boleh menjual dengan baik namun sebaik sahaja dia diangkat menjadi PENGARAH pemasaran dia perlu mengurus orang, merangka strategi pemasaran, belanjawan dan lain-lain. Pendeknya dia akan gagal kerana dia tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk tugasan yang lebih tinggi. Samalah juga dengan anda, anda telah GAGAL segagal-gagalnya kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan sebagai seorang Perdana Menteri.

Anda dilantik sebagai seorang BOSS – seorang boss akan mempergunakan orang dan itulah sebabnya anda memiliki saiz kabinet terbesar di dunia. Anda mengakui bahawa anda bukan Perdana Menteri yang diberi mandat dalam PRU 2018.

Anda BUKAN seorang PEMIMPIN kerana seorang pemimpin melihat kebaikan dalam setiap orang, memberi inspirasi dan menambah baik kehidupan rakyat. Anda tiada VISI untuk negara ini. Sejak Hari Pertama, Tunku menyeru, sekiranya kita bersatu kita mampu melakar masa depan, dan berada di persada dunia,dan menjadi contoh kejayaaan untuk diteladani oleh negara lain. Anda, dan anggota kabinet anda BUKAN pembina negara, tetapi hampir semuanya, kalau tidak semua, adalah oportunis. Agenda membina negara adalah asing bagi mereka.

Anda telah GAGAL dan mengecewakan kami - Perpaduan, Ekonomi, Pandemik Covid

1.0 PERPADUAN

1.1 Ketika Malaya dibentuk kabinet kita adalah sebuah kabinet pelbagai kaum dan kelompok minoriti berada di dalamnya memegang jawatan penting.

1.2 Anda berbangga dengan kerajaan Melayu-Islam yang meminggirkan sumbangan kelompok minoriti.

1.3 Kenyataan anda “Saya pertamanya Melayu, keduanya rakyat Malaysia” tidak memberi keyakinan bahawa anda akan berlaku adil kepada kelompok minoriiti.

1.4 Sebagai sebuah negara penganut Islam yang terbesar di dunia, Indonesia bersifat pluralistik di bawah Pancasila, prinsip-prisip yang diangkat dalam Rukun Negara.

2.0 EKONOMI

2.1 Di bawah pentadbiran anda, FDI kita telah menurun malah Hyundai telah memindahkan kilangnya pemasangannya. Google dan Amazon memilih melabur berbilion-bilion di Indonesia. Syarikat berteknologi tinggi seperti Dyson yang mengeluarkan kereta elektrik, BioN dari German pula akan melabur di Singapura. Kita terpinggir kerana kita telah hilang daya saing kepada negara ASEAN yang lain disebabkan oleh sikap flip flop anda dan kepimpinan U-turn yang menjengkelkan.

3.0 KEGAGALAN MENGURUS PANDEMIK COVID

3.1 Kami boleh menerbitkan sebuah kompilasi buku “Sebuah Komedi Kegagalan Mengurus Pandemik Covid oleh Kerajaan Pintu Belakang” – suatu pengalaman yang tidak dipelajari di Harvard.

3.2 Negara ini SATU-SATUnya negara di dunia yang telah mengisytiharkan Ordinan Darurat yang menggantung Parlimen seperti yang berlaku semasa perang.

3.3 Menambah luka di parut, sehingga 10 Jun 2021, jumlah jangkitan telah naik berganda kepada 639,562 kes positif dengan 3,684 kematian.

3.4 SOP??? PKP1, PKP2, PKP3, PKPD. Ini semua tidak lebih seperti sebuah komedi. KL adalah sebuah wilayah yang dipisahkan dari Selangor. Sebagai contoh Taman Tun Dr Ismail adalah di dalam Kuala Lumpur di seberang jalannya ialah Petaling Jaya, One Utama sebuat pusat membeli belah keempat terbesar didunia. Sempadan dearah tidak ditandai dengan jelas. Sesiapa pun dengan logika akal akan mengenakan had 10km dari kediamannya. Gunakan Google Map pun boleh.

3.5 KETELUSAN DAN KEKECOHAN PEMBERIAN VAKSIN

L

3.5.1 Walau pun MySejahtera adalah satu idea yang bijak, ia gagal berfungsi seperti yang diharapkan disebabkan serbuan orang ramai untuk mendapatkan temujanji seiringan dengan peningkatan bilangan jangkitan. Aplikasi MySejantera kerap tergendala.

3.5.2 Warga emas (suami isteri) terpisah dan diarahkan ke pusat vaksinasi berbeza yang jauh dari kediaman; pertukaran tempat di saat akhir; kesesakan dan sebagainya.

3.5.3 Seramai 8,000 pengamal perubatan persendirian menawarkan untuk menjadi sebahagian daripadda “khidmat untuk negara” dilayan secara endah tak endah oleh KKM. Secara kasar sekiranya seorang doktor dapat memberikan 20 vaksin sehari, kita dapat menyelesaikan 160,000 kes sehari.

3.5.4 Harga perolehan vaksin telah menjadi “rahsia negara” dan menimbulkan banyak keraguan dan kekeliruan.

3.5.5 Mendengar pengumuman harga vaksin yang dibayar oleh kerajaan Belgium, rakyat Malaysia bingung kenapa kita membayar dengar harga yang lebih mahal.

3.5.6 Apabila seorang dermawan dari Hong Kong ingin menderma dua juta dos vaksin Sinovac, rakyat terkejut kenapa harga dua dos yang dibeli oleh kerajaan seperti yang dilaporkan melalui media sosial ialah sebanyak RM380 sedang penderma dari Hong Kong boleh mendapatkannya pada harga yang empat kali lebih murah. Rakyat Malaysia berhak untuk tahu kebenarannya.

3.5.7 Kenapa vaksin Sinopharm diluluskan oleh WHO tetapi tidak oleh Malaysia?

3.5.8 Peliknya, vaksin Sinovac telah diluluskan di Malaysia sebelum WHO meluluskannya pada 1 Jun

3.5.9 Apa perlunya mengadakan Pusat Pemberian Vaksin Mega dengan masalah penjarakan fizikalnya apabila kita ada 8,000 pengamal perubatan persendirian? Di UK klinik dan farmasi persendirian diajak membantu memberi vaksin. Sehingga 2 Jun 2021 di UK sekurang-kurangnya 60% penduduk telah mendapat suntikan pertama dan sekurang-kurangnya 40% telah selesai mendapat dua suntikan.

3.5.10 Hospital swasta dan kerajaan negeri seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak mahu membeli terus dari China, kenapakah terdapat proses birokrasi yang menyusahkan.

4.0 LANGKAH KEHADAPAN

4.1 Saya dengan rendah diri memohon YAB Tan Sri supaya meletak jawatan kerana rakyat sedang kelaparan, marah kerana kehilangan kerja, bersedih dengan pemergian orang tersayang dan dicengkam masalah kewangan.

4.2 Situasi ketika ini sangat tidak menentu dan mungkin mengakibat ketidakstabilan negara.

4.3 Anda mesti meletak jawatan untuk memelihara LEGASI anda, MASA DEPA MALAYSIA dan INSTITUSI BERAJA yang merupakan asas Perlembagaan negara

4.4 LEGASI

4.4.1 Prestasi anda yang sangat mengecewakan telah menobatkan anda sebagai Perdana Menteri terburuk dan akan menjadi lebih buruk sekiranya ia diteruskan.

4.4.2 Percayalah prestasi buruk itu bukanlah cerminan keupayaan anda tetapi lebih kepada kedudukan anda pada tahap ketidakmampuan yang memerlukan set kemahiran yang anda tidak dilatih. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir adalah seorang lagi contoh klasik seorang yang diangkat bukan pada tahap kemahirannya.

4.4.3 Anda boleh menyelamatkan imej anda yang telah tercalar itu dengan melakukan tindakan terhormat iaitu meletak jawatan dan memberi peluang kepada DYMM YDPA melantik seorang Ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

4.4.4 Anda sangat mengetahui siapa yang telah dinamakan sebagai bakal pengganti Tun Mahathir dan diketahui umum bahawa DSAI telah mengumumkan bahawa beliau telah memiliki bilangan sokongan yang mencukupi di Parlimen

4.5 MALAYSIA

4.5.1 Anda harus menyedari bahawa kebangkitan rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan kerja, kewangan yang meruncing, kehilangan orang tersayang boleh memuncak kepada keganasan dan pergolakan.

4.5.2 Anda patut tahu bahawa politik yang mempergunakan kaum dan agama adalah sebatian letupan yang sangat bahaya. Ditambah dengan situasi kejatuhan ekonomi kita perlu mengekalkan ikatan dan hubungan kaum dan keharmonian antara agama. Ini tidak boleh sama sekali dikompromikan oleh gerombolan yang sedang marah.

4.6 INSTITUSI BERAJA

4.6.1 Sangat perlu ditekankan bahawa institusi beraja di Malaysia adalah tiang yang perlu sentiasa dipertahankan walau dengan apa sekali pun.

4.6.2 Prestasi anda yang mengecewakan sebagai Perdana Menteri mungkin menyebabkan hilang rasa hormat dan kemurkaan institusi beraja terhadap tugas murni kita untuk memeliharanya dan mengembalikan KEYAKINAN dan KESETIAAN rakyat kepada INSTITUSI BERAJA yang disanjungi.

Saya berdoa dan berharap YAB akan melakukan tindakan dan pengorbanan terpuji dengan melepaskan jawatan untuk kepentingan negara. Tindakan mulia ini akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan legasi anda akan ditandai dengan pengorbanan tertinggi yang sentiasa diingati.

Yang tulus ikhlas,

RONNIE LIU

Mewakilli rakyat yang sedang menderita.

10.06.2021

 

KAH..KAH...KAH.....LAWAK MENTERI AGAMA- AKHIRNYA TAK HATAR...

 May be an image of 3 people, people standing, people sitting and text that says "BH ONLINE Harakahdaily Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji- Muhyiddin Johari Ibrahim joib@bh.com.my March 2021 @ 10:25am Tambah kuota Haji: Wibawa kerajaan diiktiraf March 11 2021 Harakahdath alhijrahnews.com MALAYSIA DIJANGKA HANTAR 4,000 JEMAAH HAJI -ZULKIFLI 12 JUN 2021 TERKINI astro AWANI faezbaderolhesam 1 week ago Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H"


JAMZURI ARDANI

MAHIADIN ...AZMIN DAN ROMBONGAN TAJAAN KE SAUDI NAMPAKNYA KENA  GAME SAHAJA LAH?


May be an image of one or more people and text that says "UM DIGITAL Utusan Malaysia @UMonline Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadat haji bagi Musim Haji 1442H dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja. Translate Tweet utusan.com.my Arab Saudi tidak benarkan jemaah haji luar negara 19:14 12 Jun 21 WordPress.com"

Ada Apa Dengan Lanjutan Darurat?

 

AHMAD HAFIZI


Persoalan sama ada darurat yang akan tamat pada 1/8/2021 akan diteruskan atau tidak atas budi bicara Agong tidak seharusnya timbul.

Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), Takiyuddin Hassan.

https://www.freemalaysiatoday.com/.../jemaah-menteri.../

Pada 16/6/2021 satu perjumpaan khas raja-raja melayu akan diadakan susulan pertemuan YDPA dengan ketua-ketua parti baru-baru ini.Proklamasi darurat adalah di bawah bidang kuasa YDPA.Namun,agak pelik apabila menteri undang-undang mendahului YDPA dan majlis raja-raja dengan mengeluarkan kenyataan sombong yang seolah YDPA harus mengikut nasihat daripada jemaah menteri semata dan mempersoalkan kuasa budi bicara dan hak YDPA dikala darurat. Bukankah ketika darurat kuasa terletak ditangan YDPA? Jika YDPA ingin berunding terlebih dahulu mengapa ada yang Cuba menunjukkan kuasa tentang apa yg YDPA harus lakukan? Adakah itu yg agama dan parti islam ajarkan. Sudahlah titah tuanku mengarahkan sidang parlimen dilaksanakan disangkal dan engkar malah kini Cuba menunjukkan kuasa.

Titah YDPA

https://www.google.com/.../parlimen-boleh-bersidang-dalam...

Ulasan menteri

https://www.sinarharian.com.my/.../Kerajaan-putus-tiada...

Setelah idea mageran diusul oleh Tun,kini menteri undang-undang pula Cuba menunjukkan kuasa untuk melanjutkan darurat. Untuk Apa? Tidakkah darurat dilaksanakan untuk mengatasi masalah covid19? dan akhirnya membawa kita kepada PKP3.0. Adakah darurat berjaya? Adakah ekonomi kini berkembang?

Nasihat bagi menyambung darurat ini hanyalah dilihat bagi menangguhkan parlimen dan mengekalkan kuasa bagi sesetengah pendapat ahli politik dan rakyat yg berdendang.

Semoga majlis raja-raja memutuskan darurat tidak disambung dan memadai PKP3.0 dan parlimen dibuka menjelang september bagi bersama menyelesaikan isu rakyat dan mengatasi masalah covid19 secara holistik dan melibatkan keseluruhan MP yg mewakili masalah rakyat yang pelbagai mengikut Kawasan.

 

May be an image of 1 person, sitting and text that says "F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Jemaah menteri akan nasihat Agong mengenai lanjutan darurat, kata Takiyuddin FMT Reporters June 12, 2021 6:59 PM 305 Shares Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika darurat diisytiharkan pada bulan Januari bagi menangani Covid-19. (Gambar Bernama)"

PEGUAM CABAR CHEGU BARD BUAT LAPORAN SPRM BERHUBUNG YAYASAN AMAN DAN JAGUAR TERHADAP ANWAR

 

WAN FAUDZIN


Apabila Chegu Bard menyalak dalam FB beliau bercerita isu Yayasan Aman dan kereta Jaguar, hari ini beliau dicabar oleh peguam Saiful Izham Ramli untuk beliau buat laporan ke SPRM. Paling menarik, Saiful Izham juga akan "berurusah" dengan Chegu Bard yangmungkin juga ada kaitan dengan Yayasan Aman tu. Agak-agak korang chegu balacisemburit dan mak lampir ni berani tak buat laporan macam dia pernah buat katAzmin dulu? Sekarang dah geng...haha...

May be an image of 1 person and text that says "Binasemula Saiful Izham Ramli Terimakasih kerana menaikkan posting ni sdr Che'GuBard. Sila segerakan laporan polis atau sprm sdr supaya segera saya dapat berurusan dgn mereka. Selepas saya selesai berurusan dgn mereka, insyaAllah kalau diizinkan, saya akan berurusan pulak dgn sdr... Semoga kita semua dilindungi dari segala bentuk fitnah dan pengkhianatan amanah yg jijik. Wallahualam"


INI LAH SIKAP PAS YANG RAKYAT MELUAT


WALAUNTAIK


Sekarang dah muncul pejuwang walaun dalam FB dengan berbagai propaganda dan fitnah..dah mula sebab gamaknya dah tahu nak tumbang dan tak boleh lagi nak cari makan dah .

Gamaknya begitulah perasaan para labaian dan walaun nak mula serang dengan berbagai isu..Pada hal isu yang walaun mainkan sampai sekarang tak selesai.Apa yang selesainya ?

isu Adib sampai sekarang tak selesai walau pak lebai jadi menteri kehakiman.

Hudud jauh sekali

RUU pun melingkup

kes sajat tak jumpa malah sampai sekarang makin banyakk kes seumpamanya

Jadi menteri tak tahu nak buat apa..

Bab cerai bawa janda jangan cerita la...pun ada juga..


TAPI GAMBARANNYA MACAM DI BAWAH NI ....POOOODAHHHHHH


May be an image of 4 people and text that says "Waktu Najib Ada Kuasa & Wang Waktu Mahathir Ada Kuasa & Wang Waktu Mahiaddin Ada Kuasa & Wang PAS kini dah jadi.. PELACUR politik"

MINYAK PUN NAK KENA KAJI DAN TETAP HARGA SYILING ? TAK PANDAI BUAT KERJA KA APA?


Kerajaan kaji penetapan harga siling minyak masak botol ikut harga semasa


Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid berkata mesyuarat akan membincangkan cara mengatasi masalah kenaikan harga minyak masak. (Gambar Bernama)

SUNGAI BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji untuk menetapkan harga siling minyak masak botol 5kg mengikut harga pasaran semasa.

Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid berkata perbincangan mengenai harga siling itu akan diadakan bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan, Rabu ini.

“Mesyuarat akan membincangkan bagaimana hendak mengatasi masalah ini (kenaikan harga minyak masak).

“Keputusan itu (penetapan harga siling minyak masak) kita akan tengok dalam mesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Beliau berkata minyak masak mengalami kenaikan harga ketika ini susulan kenaikan harga minyak sawit mentah.

Rosol dalam pada itu turut membidas dakwaan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa minyak masak 1kg yang disubsidi kerajaan adalah minyak kitar semula.

Beliau berkata kerajaan menyediakan kuota sebanyak 60,000 metrik tan minyak masak sekilogram bersubsidi sebulan untuk seluruh negara dan jumlah dijangka mencukupi memandangkan kadar purata penggunaan minyak masak sekeluarga adalah 1.8kg sebulan.

Menurut Rosol, beliau bimbang sekiranya terdapat peniaga yang akan mengambil kesempatan terhadap subsidi minyak masak dan sehubungan itu, para pegawai KPDNHEP akan sentiasa turun padang bagi melakukan pemantauan.

Katanya sejak 13 Mei tahun lepas hingga kini, KPDNHEP sudah memeriksa 590,876 premis perniagaan termasuk stesen minyak, restoran, pasar raya dan pusat beli-belah serta mengeluarkan 346 kompaun bernilai RM1.091 juta kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.