*LANGKAH BARU TUN DR. MAHATHIR MEYAKINKAN* BETUL KAH MEYAKINKAN? HANG NI DAPAT MANA TITLE DR NI?


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, teks yang berkata 'Gambar Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal bersama Yang Di- Pertuan Agong Di Istana Negara baru-baru ini.'

Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan langkah Tun Dr. Mahathir yang sukar dibayangkan sebelum ini--- menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+.
Analisis saya, Tun Dr. Mahathir menggunakan strategi mengetengahkan Presiden Parti Warisan Sabah yang tinggi reputasi ini bakal mencetuskan gelombang baru dalam usahanya merampas semula mandat rakyat dari tangan Perikatan Nasional.
Strategi ini mencetuskan sentimen Borneo yang melihat perkara ini satu pengiktirafan kpd anak bumi mereka. Tun Mahathir dilihat cuba memusatkan sokongan Borneo dalam situasi Amanah dan DAP yg memiliki 53 kerusi parlimen menyokongnya serta dalam jangkaan sokongan Azmin Ali dan Hishamudin kepadanya juga. Beberapa MP PKR yg goyah juga dijangka mampu untuk ditarik Tun Mahathir dalam percaturan baru ini.
Denga perkembangan mutakhir ini, Tun Mahathir dijangka tidak sukar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 116 sokongan ahli Dewan Rakyat .
Jika dibuat literatur tentang politik Borneo, kita boleh membuat satu kesimpulan tentang hasrat terpendam Borneo yg sudah lama ingin mencapai status "sama taraf" dalam Persekutuan Malaysia. Sejak penubuhan Malaysia tahun 1963, masih belum ada pemimpin Borneo yg pernah mencapai tahap tertinggi dalam politik Malaysia selain DS Shafie Apdal yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO.
Strategi Tun menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+ ini adalah satu eksperimen yg agak berbaloi. Sekiranya sentimen politik Borneo ini menguasai kedua2 negeri-negeri Sabah dan Sarawak, gelombang baru ini mampu menyekat kemaraan Muafakat Nasional UMNO-PAS. Naratif Muafakat Nasional yang semakin meluas di kalangan Melayu boleh dineutralkan oleh sentimen Borneo yang membentuk sejumlah besar bilangan kerusi Parlimen di negara ini.
Tun Mahathir sememangnya tidak kuat jika dibandingkan dengan PH dan Anwar. Tetapi Mahathir adalah "galah sejengkal" yg telah membantu menobatkan PH ke Putrajaya pada 9 Mei 2018 yg lalu. Kehadiran Tun Mahathir membawa sejumlah "swing" undi Melayu telah menyumbangkan beberapa di kawasan kubu tradisi UMNO seperti penempatan-penempatan Felda dan kampung-kampung tradisi di luar bandar kepada PH.
Kekurangan Anwar dan rakan-rakannya dalam PH adalah kawasan penempatan Felda dan Melayu luar bandar. Di sinilah titik lemahnya. Kekuatan PH di kawasan bandar dan semi bandar bagaimanapun tiada siapa yg boleh pertikaikannya.
Saya fikir PH tanpa Tun Mahathir pada PRU-15, akan suram. Sebab tu saya melihat sokongan Amanah dan DAP terhadap Tun pada masa kini adalah bersifat strategik, bukan politik hari ini semata-mata , tetapi juga politik di masa depan.
*Dr. Mazlan Ali*
27 Jun 2020



AKU AHLI AMANAH JUGA…



Aku tahulah aku ni bukan level² yang patut komen itu ini terhadap sinetron politik yang berlaku.. Bahkan aku tahu juga, pendirian aku ini boleh jadi ditolak total 100% oleh kawan² bahkan tak mustahil juga dipersetujui oleh lawan yang mempunyai sifat ihsan.. So, tak luak apapun kalau kau x setuju dan menolaknya tidaklah menjadi haram..

Jika coretan malam tadi membawa kepada pelbagai cacian, herdikan serta panggilan telefon dan dikritik balik, alhamdulillah aku tidak terkesan dan terguris bahkan terima kasih atas responS balas itu… Maka aku mencoret lagi sekali pada tengah hari Ahad ini..  Tidak lain dan tidak bukan, aku mahu terus memungut responS balas dan penilaian daripada semua sahabat² lainnya… Baik yang berjiwa politik, mahupun yang bukan berjiwa politik…  Jangan ambik serius sampai nak kata bukan².. Komenlah dengan merujuk isi coretan ya… 😍

Ok ini last, lepas ni aku tak hurai lagi isu ini.. Kot ada pon sipi² je…  Janji…  Sebelum tu, aku tegaskan jangan hanya sebab status ini aku dituduh tidak wala' tidak taat pemimpin dan sebagainya…  Aku berkali ulang, pada dasarnya aku bersetuju hasrat besar,  Pimpinan Parti Amanah Negara untuk mengambil kembali mandat.. Tapi, apabila jalan menujunya itu aku lihat kian semakin samar, dan boleh dikatakan kelaut.. Maka aku mencoret lagi, kali ini tentang sikap sesetengah ahli Amanah.. Budak² UMNO dan PAS yang baca jangan terperangkap pulak, apa kau ingat aku bergaduh sesama pendokong amanah ke..?? 🤣🤣🤣Kau sumo lainlah, poncilek hangek…

Ok jom sapu-sapu manja sesama kita… Bismillah..
--------------------------------------------------------------------
INI BUKAN CERITA TENTANG AKU GILA-GILA NAK ANWAR JADI PM… FAHAM..!!! CERITANYA JANGAN DIBAZIRKAN MASA LAGI UNTUK BERFANTASI…

Ahli Amanah yang kucintai, kau persetankanlah hujah² karut kau tu… Makin kau merapu makin aku sapu.. Meludah ke langit dah nampaknya ni.. Sampai kau memunculkan statement² yang UMNO PAS jaja untuk tidak memihak kepada Anwar Ibrahim dalam soal memilih Perdana Menteri.. Lawak apa kau cuba paparkan ini.?


Nak terus hancur atau nak stim seketika waktu menjelang PRU-15.??
Stimnya tu pon belum tentu dapat lagi. Lagi kau nak sembang PKR perlu berlapang dada dan ikhlas sebagainya…


Heyyy… Cannot brain dah aku ni… Aku dah tak nampak arah dah yang MP-PKR yg tinggal itu akan menerima selain Anwar Ibrahim.. Terimalah hakikat ni ha.. Usah lagi kita nak persalahkan mereka dalam ijtihad mereka sedang mereka telah melalui pelbagai siri pengkhianatan bahkan dari adik-beradik sendiri..


ok… Sekarang, cuba kau swingkan pulak hujah² jijik kau tu.. Janganlah hanya sibuk memperjaja  "kita termasuk PKR perlu jaga hubungan dengan mereka(Mahathir sekutunya) demi mencukupkan numbers", sedangkan mereka itu tidak pula dipersoal untuk menjaga hubungan dengan keutuhan kekeluargaan yg terbina 3 serangkai ini sekian lama… Usahlah sembang tentang perlu berjiwa besar apa semua bagai, kau tak nampak betapa jiwa besarnya pendokong parti 1998 itu sebelum ini.? Masih mahu pertikai.?


Kalau benarlah sekalipun, dan berjaya membina kerajaan sekalipun, takda indahnya Kerajaan itu terbina, dan sudah pasti akan terus berlaku penyusunan pengkhianatan dari dalam pula selepas itu.. Apa kau tak nampak 22 bulan PH memerintah bagaimana Game dalam game yang dicatur.?


Sekarang, tidak perlu lagilah rasanya kita nak bermain fantasi ni kerana aku tak nampak dah yang Saifuddin Nasution dan MP-PKR lain akan menerima sifir Mahathir sekali lagi apatah lagi jelas dan nyata sifirnya itu tidak menunjukkan penyatuan pon… Sebaliknya, menuju perpecahan kita..


Mengapa pula tidak dipersoalkan, kenapa bukan mereka yang membantu kita dan menjaga hubungan baik.? Erti katanya jika mereka benar² ikhlas bicara soal "Mandat Rakyat" bantu cukupkan numbers pada Anwar untuk membolehkan PH mengambil Mandat ini kembali.. So benda ni tak berlaku kan.? Jadi mana adilnya kita nak cakap Anwar gila² nak jadi PM.?? Sedangkan yang Gila² taknak bagi Anwar jadi PM itu siapa..??


Zalim dah kita ni jika membuat tuduhan dan hentakan kepada sahabat kita(PKR), yang sebelum inipun terbukti sekian kalinya banyak berkorban dalam menuju penyatuan untuk menggapai kejayaan mengambil Putrajaya… Atau korang sedang dibuai mimpi dan masih tertanam bahawa PKR ini yg menjahanamkan PH.? Ya, memang puak² dari PKR, tapi itu kelompok kartel, PKR yang kita lawan sebelum ini adalah kartel Azmin Ali dan koncunya ini yang itu jugalah manusia yg hampir menggagalkan kita untuk membina keutuhan PH sebelum PRU-14.. Tapi setelah menang, Mahathir juga termakan dengan sailang Azmin Ali mengenai perlantikan kabinet daripada PKR itu sendiri, termakan sailang atau Mahathir sendiri sailangkan, aku tak pasti…  Korang lupa dah ke..?? Tak lama mana PH memerintah 22 bulan je,, takkan lupa siri² yang dipaparkan oleh  pelakon yang 'tidak pernah gagal' ini.. Jadi,, aku ullangggg,,, mana adil nya kita nak meletakkan beban istilah 'berlapang dada' kepada sahabat PKR semata-mata..


Benda mudah pon nak kene hurai ke? hmmmmm… Isunya sekarang bukan Anwar perlu jadi PM…  Isunya pergi kot mana pon, numbers tu memang mustahil dah untuk dicapai… Opsyen nya tidak lain dan tidak bukan, terus perkukuh erat dan susun jentera persiap isu dll untuk memasuki PRU dengan jayanya…


Daripada kita terus bermain dengan fantasi yang tidak pasti selesai ini,(mungkin juga ini muslihat dalam muslihat), dalam masa yang sama di grass root terus hilang arah sesama pendokong PH, ayuh kita perkukuhkan Pakatan Harapan ini dengan sifir baharu… Membenarkan kehancuran Pakatan Harapan dan membuka ruang kembali kepada UMNO berkuasa selepas PRU-15 hasil berpecahan ini, adalah suatu kerugian besar… Kau yang sembang tu lainlah, dah ngaso shedappp² ko..?


Mana yang kita nak?
PILIHAN DI TANGAN ANDA… 🇲🇾

Nota Kaki: Aku tidak terikat dengan mana² individu ke atas status ini, melainkan hanya sekadar pandangan peribadi anak kecil yang juga ingin ikut sama bersuara tentang Politik.. Bahkan telah disampaikan juga kepada ramai pimpinan secara group whatsapp dan personal baik senior mahupun pimpinan Pemuda, alhamdulillah juga tidak kurang yang memberi pandangan balas baik, TQ… Coretan ini bukanlah untuk menidakkan keupayaan Pimpinan Parti membuat keputusan, jauh sekali menghina syura parti, ianya hanya hadir mencoret untuk terus menjaga hubungan kekeluargaan di peringkat bawahan (ahli² parti komponan), mereka di atas itu lain padangnya harini berbalah malam nanti boleh baik.. Ahli bawah ini kang lain jadinya, kang kot ada dua PDM (PH) dalam satu² lokaliti pusat mengundi itu yang kito taknak..Takpa, buat pimpinan teruskan dengan ijtihad apapun sekiranya ianya untuk menggapai kebaikan kelak dan berjaya aku akan terus mendokong Parti ini.. Ahli² pula, janganlah melaga² sesama komponan… Mereka di atas itupun tak berbuat demikian… Apapun aku tetap menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan, tetapi aku juga tidak lari dari melontarkan komentar, mungkin juga strategi yang sedang berjalan ini akan meranapkan dan menjahanamkan terus Muhyiddin dan Azmin Ali serta koncunya, kita pun tidak tahukan, bahkan juga yang sedang berjalan ini juga hasil dari buah fikir Anwar Ibrahim sendiri (boleh jadi)…  Saya ullang,,, takpalah bukan Anwar sekalipun yang penting PH jangan pecah…

INILAH POLITIK…

BIAR MATI BERDIRI, DARI HIDUP MELUTUT..✊

SEKIAN…

UZA
Bukit Rokan
29. June. 2020



JEMING HASSAN TEMURAMAH BERSAMA ALEXANDER PITTSUWAN .MENDEDAHKAN DAN MENCABAR MOKHTAR SENIK SAMAN BELIAU


ORANG SAMA YANG KENAKAN MOKHTAR SENIK IAITU FAEKAH DAN ALEENA.DASAR KOTE KAWAQ ULAMAK PAS.



BETULKAH PIMPINAN PAS MENGORAT ISTERI ORANG | Skandal Mokhtar Senik & Aleena Aisyah?


LAWAK DOL...KETUA MENTERI PINTU BELAKANG ,KINI DICALONKAN UNTUK MENENTANG KERAJAAN PINTU BELAKANG



Parti yang pada awalnya diumumkan menang untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah dalam PRU14 lalu ialah BN, malah Musa Aman telah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Berikutan tindakan beberapa Adun BN melompat parti, Warisan kemudian memperolehi majoriti dan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Realitinya, sebelum PN berjaya menjadi kerajaan yang dianggap sebagai pintu belakang dengan mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kerajaan pintu belakang telah pun terbentuk lebih dulu di Sabah.
Sekarang ini, berikutan Tun Mahathir Mohamad gagal disokong secara penuh oleh PH yang menjadi blok pembangkang sebagai calon Perdana Menteri dan beliau pula tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, bekas Pengerusi Bersatu terpecat itu telah memilih Shafie sebagai calon Perdana Menteri pilihannya.
Kata Tun Mahathir lagi, menyokong Shafie bermakna menyokong dirinya.
Maknanya, Shafie yang menang melalui pintu belakang di Sabah, sekarang ini dicadangkan sebagai Perdana Menteri oleh Tun Mahathir untuk menumbangkan PN, kerajaan pintu belakang dan Muhyiddin, Perdana Menteri pintu belakang.
Ini bukan lagi pelik, malah teramat kelakar sekali!!
Bolehkah pemimpin pintu belakang diletakkan harapan untuk menumbangkan kerajaan pintu belakang dan menyelamatkan masa depan Malaysia?
Lebih daripada itu, nama Shafie sebagai calon Perdana Menteri bukan dicadangkan oleh PH yang merupakan blok pembangkang sebenar ketika ini, tetapi oleh Tun Mahathir yang tidak lagi mempunyai parti serta tiada apa-apa jawatan dalam PH.
Oleh kerana Tun Mahathir sudah terpecat daripada Bersatu dan Bersatu pula berada bersama PN membentuk kerajaan, Pengerusi PH yang sebenar adalah Anwar Ibrahim.
Dalam gabungan baru yang melibatkan PH bersama kumpulan Tun Mahathir dan Warisan, ia dinamakan PH Plus.
Oleh kerana PH Plus tidak berdaftar, sama seperti PN, tidak diketahui siapa yang menjadi ketua atau pengerusinya.
Tetapi, berdasarkan tempat duduk dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun di Pejabat PKR di mana Anwar duduk di tengah dan Tun Mahathir berada di tepinya, ternampak seperti Anwar jugalah Pengerusi PH Plus.
Lagi pun, oleh kerana PH mempunyai jumlah kerusi leboh banyak berbanding kumpulan Tun Mahathir dan Warisan, logiknya tentulah Pengerusi PH lebih sesuai dinamakan Pengerusi PH Plus.
Memandangkan PKR menolak nama Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, mesyuarat PH Plus tidak pernah lagi diadakan selepas itu.
Yang ada selepas itu hanyalah Tun Mahathir memanggil DAP, Amanah dan Warisan bermesyuarat dengannya, sambil mengecualikan PKR dengan meletakkan dirinya seolah-olah ketua atau pengerusi gabungan tersebut.
Mahu dipanggil gabungan itu sebagai PH Minus juga tidak sesuai kerana Anwar selaku Pengerusi PH atau PH sendiri tidak pernah memberi izin kepada pembentukan gabungan baru itu.
Amanah dan DAP pula mengatakan perjumpaan dengan Tun Mahathir dan Warisan bukanlah rasmi, maknanya lebih kurang macam jumpa-jumpa di kedai kopi saja.
Sebab itu, kata Mohamad Sabu dan Guan Eng, menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri hanyalah cadangan Tun Mahathir dan mereka akan membawanya ke mesyuarat parti masing-masing untuk membuat pendirian.
Dalam erti kata lain, gabungan yang mengandungi kumpulan Tun Mahathir, Amanah, DAP dan Warisan adalah gabungan pintu belakang kerana tidak jelas statusnya.
Blok pembangkang yang sah hanyalah PH yang didalamnya ada PKR, DAP serta Amanah dan Anwar selaku Pengerusi PH adalah juga merupakan Ketua Pembangkang.
Kalau memilih Shafie yang merupakan pemimpin kerajaan pintu belakang di Sabah sebagai calon Perdana Menteri dianggap pelik dan kelakar untuk tujuan menumbangkan PN, sebuah kerajaan pintu belakang dan Muhyiddin, Perdana Menteri pintu belakang, lebih pelik dan kelakar lagi ialah pemilihan bellau itu dilakukan oleh Tun Mahathir, pemimpin pintu belakang blok pembangkang.
Kahkahkahkahkahkahkahkah…sesuai sangat kalau Tun Mahathir masuk saja pertandingan Maharaja Lawak pada tahun depan!!! 

(Shahbudindotcom 28/06/2020)


MÀHATHIR YANG MALANG MENGGEMIS DENDAM


Mohd Shah Rim

Kerajaan 6 bulan, lepas tu handover pada Anwar tak mungkin berlaku..

1. Kerajaan akan dibubarkan oleh TSMY walaupun mandat MP telah ditangan PH.. kuasa menasihatkan YDPA utk bubarkan parlimen adalah kuasa multlak Perdana Menteri..

2. Sekiranya, TSMY tak bubarkan parlimen bermakna dia telah yakin dapat sokongan untuk terus jadi PM, tapi dgn desakan UMNO agar PN dibubarkan dan UMNO boleh menarik sokongan bila bila masa, pilihan yang ada ditangan TSMY adalah bubarkan Parlimen.

3. Kenapa dulu, masa Langkah Sheraton, PH tak bubarkan parlimen..kenapa biarkan PN tubuhkan kerajaan..?? Sebab Tun letak jawatan..maka YDPA terpaksa campur tangan..

4. Nampak dak.?? antara punca PH jatuh..?? Sebab Tun melepaskan jawatan..memberi peluang pada PN tubuh kerajaan, sekarang bila PH nak buat persediaan hadapi pilihanraya..dia muncul semula.. hmmm

SAYA SENYUM SAHAJA BACA KENYATAAN TUN M ini di FB Wall A.Kadir Jasin. Saya copy paste di sini. Pendapat saya? DSAI dan PKR akan tolak Option ini.



Kenapa mesyuarat dibuat tanpa DSAI dan PKR kemudian dipaksakan dia terima pencalonan sbgai TPM 1? Tun M boleh pula menyokong penuh dan akan kempen utk Shafie jd calon PM tapi tak boleh nak sokong dan kempen utk DSAI?

Org Tua tu setuju pula DSAI jadi TPM 1 sbb apa? Dia hanya nak halang DSAI jd PM shj. Bila Shafie jadi PM, usaha akan dibuat utk singkirkan DSAI, skrip lama tetap terpakai, skrg hanya modified shj. Yg pentng DSAI tak akan jadi PM dan boleh disingkirkan bila Tun M atau proxy dia si Shafie dpt kuasa PM. Game mcmtu pun Mat-Eng masih tak nampak? Hadoi...😁😄

Apa lebihnya Shafie? Dia cukup angka ke? Mana bukti? Ooh..Tun M nak berkempen utk dia, tak sanggup pula Org Tua tu berkempen utk DSAI? Apa motif di blkg? Agenda REFORM akan kena hijack mcm 22 bulan itu jika bukan DSAI yg jadi PM. TPM tarak kuasa apa pun dan PM boleh overule.

Warisan pun tak mampu nak bertanding di Semenanjung. Tersudut hanya di Sabah. Kegilaan apakah ini terutama Geng Mat-Eng? Desperate nak jadi kerajaan hingga ke tahap gaban? Skrg Shafie nak jadi PM sampai habis penggal ke mcm mana? Kalau Tun M nak jadi PM 6 bulan pun DSAI tak setuju inikan Shafie?

My guess is...DSAI dan PKR akan tolak dan kekal dgn konsensus asal hanya DSAI calon PM. Kalau Shafie dan Tun M tak sokong, maka kita jadi lah pembangkang sehingga Parlimen dibubar kita dptkan mandat baru dari rakyat.

Wallahualam.

- Zus Din
27 Jun 2020
****************************
 1. Pemilihan Datuk Seri Shafie Apdal oleh Bersatu (feksyen Tun Dr Mahathir Mohamad), DAP, Amanah dan Warisan sebagai calon Perdana Menteri adalah percubaan bagi memecahkan kebuntuan.

2. Ini adalah berikutan penolakan opsyen satu PH Plus menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM dan opsyen dua, iaitu gandingan Dr Mahathir-Anwar.

3. Formula terbaru ini adalah hasil mesyuarat yang dihadiri oleh Bersatu, Amanah, DAP dan Warisan di Rumah Sabah di ibu negara pada 25 Jun.

4. Dalam menolak opsyen satu, Amanah dan DAP berkata, Anwar gagal mendapatkan sokongan yang cukup daripada ahli Dewan Rakyat bagi mencabar kerajaan Perikatan Nasional.

5. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir hari ini, mereka turut menamakan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 walaupun jelas PKR tidak hadir mesyuarat 25 Jun itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Mahathir.

- A.Kadir Jasin
****************************
KENYATAAN MEDIA: PENCALONAN PERDANA MENTERI

1. Saya telah mengadakan satu pertemuan dengan kumpulan yang menyokong saya dan rakan-rakan dari parti Amanah, Warisan dan DAP pada Jun 25, 2020 - bertempat di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur.

2. Perbincangan yang diadakan secara tidak formal dihadiri oleh Dato Seri Shafie Apdal, YB Mohamad Sabu, YB Tan Kok Wai, YB Lim Guan Eng, YB Anthony Loke, YB M. Kulasegaran dan YB Liew Chin Tong.

3. Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Dato Wira Marzuki Yahya turut menyertai pertemuan itu.

4. Kami membincang banyak perkara berkaitan keadaan Negara pada masa kini serta masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.

5. Semasa perbincangan, telah ditimbul beberapa cadangan mengenai hala tuju perjuangan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat yang telah dirampas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco-konconya dan menubuh Kerajaan pintu belakang menggantikan Kerajaan yang dipilih rakyat semasa pilihanraya ke 14 dalam bulan Mei tahun 2018.

6. Di dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang dikemuka ialah pencalonan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

7. Kami sebulat suara bersetuju Dato’ Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

8. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita.

9. Kami juga bersetuju mencadang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

10. Mungkin ada yang bertanya kenapa Shafie dicalonkan. Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihanraya ke-14. Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib
2 dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan.

11. Shafie ketika itu bersama-sama dengan Muhyiddin. Kini Muhyiddin meninggalkan perjuangan dan kembali bersama dengan kleptokrats yang dahulu menghukum dan menyingkirnya.

12. Saya percaya jika langkah kami berjaya, ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

13. Saya juga percaya apa yang kita cadangkan ini dapat diterima oleh rakyat sebagai bukti bahawa personaliti-personaliti di dalam pemimpin-pemimpin parti pembangkang tidak utamakan kedudukan dan jawatan.

14. Yang penting ialah meneruskan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 2015 untuk membersihkan negara dari kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin Kerajaan ketika itu kerana sikap tamak, bongkak dan kepentingan diri. Seperti yang kita sedang saksikan, perbuatan yang kita tentang dahulu sudah mula bertapak dan pemimpin dan penyokong kleptokrasi sudah kembali.

15. Parlimen akan bersidang tidak lama lagi. Saya akan kemuka usul tidak percaya terhadap Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin.

16. Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri.

17. Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
27 JUN 2020.



PULUH TAHUN JADI WAKIL RAKYAT...AIR PUN TAK ADA LAGI


1. Berpuluh Tahun DS Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan, Pernah menjadi MB Pahang, 9 tahun menjadi PM. Apabila datang PRK Dun Chini, sibuk menjelajah seluruh kawasan Dun Chini menabur janji.

2. Dalam masa yang sama berpuluh tahun warga Chini dilanda pelbagai masalah dan isu - masalah sentiasa terputus bekalan air, masalah perumahan generasi kedua, masalah pengangguran, masalah pencemaran alam sekitar akibat perlombongan dan pembalakan haram, masalah bekalan lampu jalan yang tidak ada sedangkan peneroka membayar setiap bulan secara potongan, jalan yang berlubang-lubang, masalah tanah dan penempatan penduduk perkampungan Orang Asli, masalah kemudahan asas dan kebajikan penduduk kampung dan lain-lain.

3. Masalah-masalah ini tidak selesai dan semakin merumit. Semasa berkuasa malah berada di puncak kuasa selaku PM, apa yang dilakukannya terhadap warga Chini? Masalah warga Chini tidak pernah selesai. Setiap kali datang pilihan raya janji ditabur.

4. Apa pula yang boleh diberi oleh Tengku Dato' Hisham (TDH) sekiranya diberi mandat oleh pengundi Chini? Beliau berulang kali mengulangi berkata tidak mahu berjanji apa-apa selaku Calon Bebas. Ahli politik datang dan pergi. Menabur janji di sana sini. Namun bagi TDH beliau hanya meletakkan dirinya selaku pembawa suara rakyat Chini.

5. Beliau amat diyakini akan dapat membawa suara hati warga Chini. Amat dikenali seorang yang amat tegas dalam menangani isu-isu rakyat apabila berurusan dengan pihak kerajaan. Beliau amat disegani oleh pemimpin negeri dan daerah.

6. Oleh itu TDH adalah pilihan tepat utk pengundi Dun Chini selaku wakil rakyat. Suara beliau adalah suara rakyat Chini.

ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
TDH - SUARA RAKYAT CHINI

Calon Bebas (No 1)
Logo Rumah

Salam hormat,

Aki Rock @ Zaidi Ahmad
Pengarah Pilihan Raya
PRK N.23 CHINI
TENGKU DATO' ZAINUL HISHAM TENGKU HUSSIN

MUHYIDDIN YANG CERDIK KENAKAN MAHATHIR. LALU JANGAN BIARKAN MAHATHIR JADI SESIAPA..JIKA TIDAK MUHYIDDIN KE DALAM.BAIK PAKAT DENGAN ANWAR.



HAMSINA HAMZAH


Masih tak nyanyuk?

Dia rancang tumbangkan kerajaan, tetapi bila majority tak nak dengar cakap dia ambil boboi jadi TPM dia merajuk letak jawatan dan rujuk kepada DSAI.

Dia tak cukup SD  DSAI melebihi dia SD dia sakit hati buat PC kata DSAI rakyat tak suka, dsai tak layak jadi pm, dsai gila-gila nak jadi pm , DSAI itu DSAI ini.

Tetapi waktu yg sama dia mengacau PH walaupun dia sendiri yang isytihar keluar ph. Setelah bermacam macam dia cakap kpd DSAI tetapi masih dia mencari dsai untuk berkerjasama.

Dia makin sakit hati apabila orang-orangnya sendiri menolak serta mengkhianati dia. Jika dilihat dia sekarang bermusuh hampir dengan semua orang. Dan dia serta walatoknya tidak sama sekali melihatnya sebagai kifarah tetapi tanpa rasa malu mereka mengatakan atok mereka hebat mencatur, walaupun Tak Ada parti dan paling minority. Malunya lahhhhh😁




ANWAR DAH CUKUP TEMPOH SEBENARNYA


Zaharin Idris



Pala hotak hang la Lid. Pihak penjara sebelum pru14 lagi dah sahkan Anwar akan cukup tempoh untuk dibebaskan pada 8jun2018..x kira la PH menang atau kalah pru..atau kalau madey x ambik peduli pun..Anwar tetap bebas pada tarikh tu. Klu ye pun nak backup madey..jangan pulak nanti hang pun dituduh ada 'skeleton in the closet'..


AMANAH DAP PERLU PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN TUN


MAN TOBA



1) Tindakan Tun kebelakangan ini banyak bercanggah dgn semangat & hala tuju PH. Setelah mencalonkan diri sendiri gagal, Tun mencalonkan pula Presiden Warisan sedangkan Warisan bukanlah komponen PH.

2) Apa rasionalnya Tun memilih Shafei yang kerusinya lebih sedikit daripada Amanah? Jika tidak mahu DAP, kenapa tidak pilih Amanah?  Amanah lebih banyak kerusi dari Warisan. Amanah parti Islam & didominasi Melayu. Kenapa Shafei, kenapa tidak Bang Mat? Bang Mat mantan Menteri Pertahanan yg merupakan portfolio kanan kerajaan. Sebab Bang Mat tak ada skandal untuk diugut jika enggan menurut kemahuan? Sebab Bang Mat tak boleh diperkudakan terutama untuk membalas dendam? Apa rasionalnya?

3) Jika kita masih ingat, ketika PRU14, Warisan tidak pernah sekalipun berada dalam mesyuarat PH. Malah Shafei tidak pernah berkempen pun di Semenanjung agar rakyat memilih PH. Out of nowhere, Shafei diangkat Tun menjadi calon Perdana Menteri PH. Bukankah ini sekadar memperkudakan Shafei dan membodohkan PH? Ramai melihat Shafei kini selesa mentadbir Sabah dan tidak berkeinginan pun ke Pusat. Beliau kini seperti "Perdana Menteri" di Sabah. Kenapa perlu peningkan kepala di Pusat?

4) Lebih teruk lagi tindakan Tun ini boleh dilihat sebagai collateral damage strategy untuk menjahanamkan PH itu sendiri. Bagaimana?

5) Jika DAP setuju pilihan Mahathir, percayalah bahawa pengundi cina tidak akan mengundi DAP lagi sebagaimana mereka tidak mahu mengundi MCA. Pengundi cina bukan mcm pengundi Melayu yg mengundi kerana mahu Melayu menjadi wakil. Tak kisah Melayu itu penyamun atau penjual agama janji Melayu. Pengundi cina menilai dari apa yg mereka akan dapat dari undian mereka lalu mereka tidak akan teragak² untuk menukar undi. Ini ditunjukkan dgn jelas oleh pengundi cina di PRK Tanjung Piai. Jika DAP mahu menjadi MCA yg ditolak pengundi cina, silakan terus bersama Tun Mahathir.

6) Jika Amanah setuju pilihan Mahathir kali ini, percayalah sokongan pengundi


DI MANA BAHTERA PH AKAN BEELABUH ?


Miqdad Zakaria

Ana rasa ulasan Ustaz Che Ibrahim Mohamed ada benarnya.. Dan ada beberapa point dapat kita ambil untuk dijadikan sebagai renungan di manakah bahtera besar PH ini ingin berlabuh..?

.............................................................

KULIAH SEBELUM DHUHA(menggantikan kuliah dhuha) - Kisah bakal PM

DULU UMNO pernah berusaha nobatkan DSAI sbg PM ketika beliau di kemuncak karier politiknya sebagai TPM/Menteri Kewangan kepada kerajaan BN, namun akhirnya DSAI disinggkirkan dari UMNO dan dihumban ke penjara yang membawa lahirnya agenda REFORMASI.

DULU PAS beriya iya menobatkan DSAI sebagai PM sehingga berjaya menggerakkan pakatan pembangkang atas nama Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), namun akhirnya PR itu sendiri dikuborkan melalui agenda pelaksanaan hukum hudud dan propaganda DAP sebagai penghalang pelaksanaan hukum Islam dan ancaman kepada melayu yang akhirnya menjadikan Pas parti yang mesra UMNO/BN yang amat memusuhi DSAI.

DULU PH pernah menjanjikan DSAI sebagai pengganti PM selepas BN berjaya dikalahkan, namun akhirnya cadangan tersebut mengundang musuh musuh politik DSAI termasuk dari PKR sendiri menggagalkan janji yang termeterai melalui Langkah Sheraton yang membawa tumbangnya Kerajaan PH.

DULU PH pernah menamakan DSAI sebagai PM bagi menggantikan Tun Mahathir yang  meletak jawatan kerana dikatakan kecewa dengan pengkhianatan yang melahirkan Langkah Sheraton, namun akhirnya cadangan tersebut ditolak oleh YDPA kerana YDPA yakin DSAI tidak mempunyai sokongan majoriti MP yang akhirnya menyebabkan PH mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai PM, namun langkah tersebut tidak " dilayan " secara yang sepatutnya.

Oleh itu sesiapa yang cuba mengkhianati langkah DULU DULU ini melalui opsyen opsyen lain adalah pengkhianat yang ternyata sekadar untuk menafikan DSAI sebagai PM dan sesiapa yang menyokong opsyen opsyen lain adalah golongan yang gila jawatan menteri atau apa apa lantikan politik.

Biarkan walaupun akhirnya PH terpaksa dihancurkan asalkan perjuangan DSAI sebagai PM kekal sampai bila bila.

Biarkan walaupun akhirnya UMNO terus berkuasa atau Pas terus menikmati perkongsian kuasa bersama UMNO dan mereka yang mengkhianati PH dari kita mengkhianati perjuangan menobatkan DSAI sebagai PM yang bermula sejak dulu dulu lagi.



TIDAK BENAR DAP, AMANAH SETUJU SHAFIE CALON PM

Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Kerjanya Sibuk Hari-Hari, Sibuk Nak Atur Ahli Parlimen Ketua GLC Mana



Anwar Ibrahim: Berapa Sebenarnya Hutang Negara?




RENTASAN MINGGUAN 071 | PANAS!!! INI PUNCA TUN MAHATHIR PERLU DICALONKAN SEBAGAI PM-9?



MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 071
1. MENGAPA UMNO MAHU PARLIMEN BUBAR? 2. TINGGALKANLAH ASOBIYAH ITU! 3. KATA PENGANALIS: LUPAKAN IMPIAN PERDANA MENTERI KALI KETIGA 4. BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR DAHULU, KATA AMANAH



NYANYUK ATAU GILA?


HAMDAN TAHA

Beberapa hari lepas sahaja ketika wartawan tanya dr m kenapa Anwar tak boleh jadi Pm....
Apa kata dia .....apa nama apa nama....Anwar tak boleh jadi PM kerana politik malaysia untuk jadi PM perlu datang dari parti MELAYU....sebaliknya Anwar dari parti berbilang kaum....jadi ini susah untuk di terima oleh kebanyakan rakyat Malaysia....apa nama....berkata begitu....
Apa nama....apa nama....hari ni dia terlupa apa yang dia cakap....saya tak suka guna istilah dia nyanyok atau lupa.....tapi dia giler.....
Bila dia cadangkan shafie afdal tanda dia telah berbohong terhadap kenyataan dia sebelum ini....kerana shafie buka presiden parti melayu tapi parti yang ada orang suluk...kadasan...cina...dan entah apa bangsa lagi pun ada....sakai pun barangkali ada...dayak pun ada....boleh pulak ikut apa nama....apa nama jadi PM....bila masa shafie presiden parti kepada orang melayu.....
Betui punya pembohong sekupang lima duit je mahadir ni....lepas tu cadangkan calun tpm anak dia yg parti pun tak ada.....tapi tpm oiii.



MAHATHIR PELINGKUP PH


NIZAM AKA


✓ Bijak,Licin dan Licik permainan politik Madey dalam usaha dia nak menghancurkan PH..Dia tak calonkan dirinya tapi calonkan Shafie Afdal sebgai calon Pm..
✓ Kerana dia sedar dan tahu,siapa saja yang dicalonkan sebagai Pm,tak adapun kerajaan yang akan diperintah,dan calon Pm hanya akan kekal sebagai calon Pm kerana sesiapapun yang akan dicalon sbgai Pm tak akan cukup number untuk dilantik sebgai Pm.. Madey sedar semua itu ..
✓ Madey sengaja wujudkan kekalutan dan ketegangan dalam PH dlm isu calon PM kerana bukan jawatan Pm itu yang menjadi agenda beliau,tapi agenda utama beliau ialah untuk Menghancur Lumatkan PH dan berjaya menyekat Dsai daripada dilantik sebagai Pm..
✓ Tp malangnya ada pemimpin-pemimpin PH yang tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampk permainan Madey itu..
✓ Lantak kau orang lah..

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks yang berkata 'Jelas Mahathir, pertemuan itu mempersetujui agar Presiden Ibrahim Timbalan Presiden yang dipertikai, Mukhriz Mahathir akan mengisi jawatan timbalan menteri. Kata Presiden Amanah M kini sokong Shafie calon PM Dalam bersama, Presiden Amanah Mohamad Setiausaha Agung Sebuah klip media sosial memaparkan pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir dengan Dr Mahathir pada Khamis merupakan pertemuan rasmi. Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana mkk Siapa Tun M Yang Nak Tentukan Org Itu Org Ini Sbgai Pm?Agenda Tun M Utk Hancurkan PH Semakin Menjadi Kenyataan.. M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie calon PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM'




BIARLAH BN KALAH...... NAK KETUANAN MELAYU KAN?"





Demikianlah bantahan dan ugutan MCA terhadap UMNO.

Untuk makluman semua, Hoong Ling adalah calon MCA yang tumbang selepas lawan DAP dalam PRU13 di kerusi Petaling Jaya Utara.

Ternyata, MCA nak lebih banyak kerusi dalam PRU14.
MCA nak besarkan lagi pengaruhnya.
MCA nak lebarkan sayapnya ke kawasan-kawasan Melayu.

Jadi siapa perlu mengalah? UMNO Pas lah. Siapa lagi?

Nasi sudah jadi bubur.
MCA kini Abang Long dalam PN.

Bersenjatakan hanya dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya....

1. Sapu dan lantik orang Cina mengepalai pelabuhan-pelabuhan strategik seluruh Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Melaka.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=540058700026244&id=308412239857559)

2. Pecat orang Melayu yang dahulunya menjadi CEO Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) dan menggantikannya dengan orang Cina.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552198325478948&id=308412239857559)

3. Menaikkan jumlah peruntukan Sekolah Swasta Cina TAR dari RM40 juta kepada RM58 juta.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552499925448788&id=308412239857559)

4. Mengiktiraf UEC dan menggunakan dana Kerajaan untuk memberi biasiswa tanpa had kepada pelajar-pelajar UEC.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=554288281936619&id=308412239857559)

5. Melantik penentang Jawi / khat Mah Hang Soon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. Mah Hang Soon yang kuat lawan Jawi adalah Timbalan Presiden MCA yang kalah dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)

6. Melantik pencabar hukum Islam Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan. Ti Lian Ker adalah Naib Presiden MCA yang digugurkan dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)

7. Melantik penentang jawi / khat Nicole Wong sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Sumber Manusia (HRDF). Nicole Wong merupakan calon MCA yang kalah dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=569203903778390&id=308412239857559)

Ye. MCA dua kerusi Ahli Parlimen sahaja. Tetapi pengaruh dan kuasa mereka dalam Kerajaan Melayu Islam sudah terbukti. Yang kalah dalam PRU pun dia mampu naikkan semula, apatah lagi dalam perebutan kerusi dengan UMNO. 






KENALI ANWAR DAN PERJUANGAN KEMISKINAN

Penjelasan..

Memandangkan atas dasar privacy, aku tak akan dedahkan nama nama pegawai dan individu ketika aku dijemput ke pejabat DS Anwar Ibrahim beberapa tahun yang lalu..tapi aku ada kongsikan gambar perjumpaan tersebut di FB ini, korang cari lah kalo nak tengok.. hihi..

Pertemuan aku dgn DSAI adalah di SUK, Shah Alam.. ketika itu DSAI adalah penasihat ekonomi kerajaan N.Selangor. Aku sewa keta dan memandu dari Kelantan sehinggalah ke Shah Alam.

Pegawai DSAI menyambut aku dan bawa kepejabat, beliau masih berkhidmat sekarang sebagai CEO sebuah anak syarikat kerjaaan Negeri Selangor bukan lagi sebagai pegawai DSAI.. Minuman dah disediakan.. sambil tu kami berbual bual , pelbagai isu yang disentuh termasuklah politik, isu semasa, luarnegara, serta dasar dasar dan polisi  kerajaan pusat dan negeri selangor  sehinggalah isu KEMISKINAN...

Antara sebab utama aku menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri kerana isu kemiskinan yang menjadi dasar penting yang akan diberi perhatian jika di pilih jadi Perdana Menteri.. DSAI memang telah melihat, merangka dan merancang langkah yang perlu dilakukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan rakyat dinegara ini..cuma belum dapat di implimentasikan lagi..

Disebalik riuh rendah politik negara, beliau mempunyai misi dan visi yang jelas dalam membebaskan rakyat negara ini dari rantai kemiskinan samada dibandar, desa  mahupun pendalaman jauh di Sabah dan Sarawak..

Aku percaya, untuk membantu orang Melayu khasnya bukanlah dengan janji manis atau bercerita isu hak Melayu dan menuding pihak lain sebagai punca masalah melayu. tapi membawa dasar yang benar benar dapat membantu rakyat dalam kategori miskin sehingga akhirnya mereka dapat membantu golongan yang senasib dengan mereka..

Berapa ramai pemimpin politik yang mahu membebaskan rakyat dari kemiskinan..?  Yang ramai adalah mereka yang sibuk bercerita kononnya merekalah payung bangsa dan agama, tapi ada rakyat yang hidup dikandang lembu... ni bukan rekaan tapi berlaku di Kelantan..

Kerana itu aku memilih  Anwar Ibrahim sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.. nothing personal nor ada agenda tertentu, tapi kerana beliau pemimpin yang mahu membela rakyat dinegara ini..tanpa mengira bangsa, agama, latarbelakang, dibandar, didesa mahupun yang tinggal jauh dipendalaman di Sabah dan Sarawak...

Janganlah halang sesorang yang mahu membantu rakyat, sedangkan pemimpin sedia ada hidup mewah tapi mahu terus berpolitik..jika ada keperluan akan ada PART II nanti..

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.
RMS.

KISAH ANWAR SEMASA DI YAYASAN ANDA


Md Zulaimi Kazim



Bulan Ramadhan tahun lepas, DS Anwar datang ziarah sahabat beliau zaman UM dan sama2 bangunkan Yayasan Anda dulu Cikgu Zaki Abdul Rahman.

Banyak kisah2 menarik tentang Anwar zaman Yayasan Anda dulu saya dapat dr Cikgu Zaki yg juga antara Pengasas Yayasan Anda bersama Dato Kamarudin Md Nor.

Antara kisah dikongsikan bila ada pelajar miskin tidak.mampu bayar yuran, mereka minta pelajar ini terus belajar dan kalangan Pengasas Yayasan Anda akan bekerja keras cari wang bg menampung yuran pelajar miskin termasuk keluar jual buku dan lain2 lagi.

Antara pelajar miskin yg tak mampu bayar yuran adalah Dato Roslan Kassim dan ini diakui dan dikongsikan oleh Roslan Kassim sendiri dlm program alamuni Yayasan Anda pd alhir tahun lepas.

"Saya dulu miskin dan tak mampu bayar yuran semasa di Yayasan Anda. Saya bekerja untuk cari duit belanja saja tp untuk yuran tak cukup. Tapi DS Anwar dan rakan2 di YAA minta saya terus belajar, yuran mereka urus. Selepas tamat saya sambung ke UM ambil undang2 dan bila saya bekerja saya bayar balik yuran yg saya hutang dulu" cerita Roslan Kassim dlm.majlis tersebut.

Sebenarnya ramai pelajar miskin yg tak mampu dibiayai oleh Pengasas2 YAA sbb matlamat YAA adalah memberi pendidikan kpd pelajar2 melayu yg tercicir dan ramai pelajar .elayu YAA sdh berjaya dlm.lerjaya masing termasuk kenalan FB saya Sdr Rem Ba.

Saya pernah tanya Abg Ki (panggilan saya pd Cikgu Zaki) yg pernah tinggal serumah dgn Anwar. Pernahkah Anwar dlm rumah dgn tak berbaju atau hanya berkain pelikat shj seperti lazim geng2 bujang tinggal.

"Anwar sentiasa pakai baju T bila dlm rumah dan tak pernah tengok beliau pakai tuala atau kain pelikat shj, Anwar cukup jaga adab dan akhlak".

Byk cerita dan perkara yg Abg Ki kongsikan semasa di YAA dan zaman bujang mereka termasuk kisah Pak Berahim (ayah Anwar) dtg bawa surat tawaran dr Tun Razak.

Saya kongsikan ini untuk generasi muda dot memahami bahawa Anwar ini bukan "buat-buat" bercakap utk ba tu orang muskin tapi sejak zaman belajar dan mudanya lagi itulah iltizam beliau hingga sekarang.

BIARLAH BN KALAH...... NAK KETUANAN MELAYU KAN?"



Demikianlah bantahan dan ugutan MCA terhadap UMNO.

o


Untuk makluman semua, Hoong Ling adalah calon MCA yang tumbang selepas lawan DAP dalam PRU13 di kerusi Petaling Jaya Utara.



Ternyata, MCA nak lebih banyak kerusi dalam PRU14.
MCA nak besarkan lagi pengaruhnya.
MCA nak lebarkan sayapnya ke kawasan-kawasan Melayu.

Jadi siapa perlu mengalah? UMNO Pas lah. Siapa lagi?

Nasi sudah jadi bubur.
MCA kini Abang Long dalam PN.

Bersenjatakan hanya dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya....

1. Sapu dan lantik orang Cina mengepalai pelabuhan-pelabuhan strategik seluruh Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Melaka.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=540058700026244&id=308412239857559)

2. Pecat orang Melayu yang dahulunya menjadi CEO Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) dan menggantikannya dengan orang Cina.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552198325478948&id=308412239857559)

3. Menaikkan jumlah peruntukan Sekolah Swasta Cina TAR dari RM40 juta kepada RM58 juta.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552499925448788&id=308412239857559)

4. Mengiktiraf UEC dan menggunakan dana Kerajaan untuk memberi biasiswa tanpa had kepada pelajar-pelajar UEC.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=554288281936619&id=308412239857559)

5. Melantik penentang Jawi / khat Mah Hang Soon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. Mah Hang Soon yang kuat lawan Jawi adalah Timbalan Presiden MCA yang kalah dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)

6. Melantik pencabar hukum Islam Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan. Ti Lian Ker adalah Naib Presiden MCA yang digugurkan dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)

7. Melantik penentang jawi / khat Nicole Wong sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Sumber Manusia (HRDF). Nicole Wong merupakan calon MCA yang kalah dalam PRU14.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=569203903778390&id=308412239857559)

Ye. MCA dua kerusi Ahli Parlimen sahaja. Tetapi pengaruh dan kuasa mereka dalam Kerajaan Melayu Islam sudah terbukti. Yang kalah dalam PRU pun dia mampu naikkan semula, apatah lagi dalam perebutan kerusi dengan UMNO.

SUSULAN CALON PM SHAFIE APDAL, AMANAH DAN DAP AKAN BINCANG DIPERINGKAT PARTI MASING-MASING SEBELUM DIPUTUSKAN BERSAMA DALAM MESYUARAT MAJLIS PH



Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) 2 hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.

AMANAH dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan WARISAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik

27 Jun 2020

ISU AZMIN: RESPON KEPADA DR MAHATHIR



Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Asia Times telah mengatakan krisis di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali telah menyebabkan berlakunya Langkah Sheraton yang telah membawa kejatuhan Pakatan Harapan.

Jika kita mengimbau apa yang berlaku pada peringkat awal penubuhan kerajaan Pakatan Harapan, Dr Mahathir telah meletakkan Azmin dan pasukannya di kabinet.

Azmin dilantik menjadi menteri walaupun tidak dicalonkan oleh parti, kerana ketika itu dia telah pun menjadi Menteri Besar.

Azmin dan pasukannya diberi jawatan penting dengan tujuan menjadikan KEADILAN lebih porak-poranda. Padahal, Azmin, Zuraida dan sekutu mereka merupakan di antara individu yang paling tak bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dengan alasan Malaysia perlukan tokoh lebih muda seperti Azmin.

Anwar pernah bertemu dengan Mahathir untuk beri nasihat dan amaran tentang risiko menghadiahkan Azmin dengan pasukannya jawatan-jawatan penting, kerana beliau mempunyai cita-cita politik yang besar. Tindakan Mahathir memberikan jawatan-jawatan penting kepada pasukan Azmin seolah-olah ingin mengganggu KEADILAN, di atas sebab itu Anwar cuba berunding dengan Mahathir.

Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan Azmin sehingga dia menjadi watak penting dalam Langkah Sheraton. Ia tidak adil untuk Mahathir menyalahkan Anwar atau KEADILAN semata-mata, hanya untuk melepaskan diri dari mengakui dirinya menjadi penyumbang terbesar kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA