WOIIII... TAK HABIH HABIH LAGI KA.

 


Sian Pak Lah. 



***

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwanya pernah berlaku antara anaknya dan anak Abdullah Ahmad Badawi, yang menyebut anak perdana menteri kelima negara itu dikatakan menyatakan niat untuk menggunakan kedudukan bapanya bagi mengaut kekayaan.


Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, bekas perdana menteri itu mengaku dia terkejut dengan pendedahan tersebut.


“Mereka (pengganti saya) percaya bahawa semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup. Anak Abdullah beritahu anak saya, 


‘Giliran awak sebelum ini, sekarang giliran kami.’ Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya.


Mahathir meluahkan rasa kesal bahawa pemimpin-pemimpin tersebut lebih memandang kedudukan perdana menteri sebagai peluang untuk mengaut kekayaan, bukannya untuk memimpin dan membangunkan negara.


“Ketika itu, saya kesal kerana meletakkan jawatan sebagai perdana menteri (pada 2003),” tambahnya.


Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali, berkongsi pendedahan ini dalam sebuah podcast yang dihoskan oleh bekas menteri Idris Jala dan anaknya, Leon. Dia hadir bagi membincang topik tentang pemilihan pengganti.


Kekecewaan terhadap Najib

Ahli politik veteran yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 tahun itu berkata, dia pada mulanya gembira apabila Najib Razak menggantikan Abdullah pada 2009.


Mahathir, yang berperanan penting dalam kempen menumbangkan Abdullah selepas prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum 2008, berkata, “Ketika Najib mengambil alih, saya sangat gembira. Dia adalah anak kepada bekas perdana menteri yang cemerlang (Abdul Razak Hussein). Saya fikir dia akan melakukan yang terbaik. Tetapi kamu pun tahu apa yang terjadi,” katanya merujuk kepada skandal 1MDB dan peranannya dalam menjatuhkan Najib.


Dengan nada penyesalan, Mahathir berkata bahawa mungkin dirinya tidak sepatut meletakkan jawatan selepas 22 tahun di tampuk pemerintahan.


“Tetapi jika saya teruskan, saya tidak akan tahu kesilapan yang berlaku. Saya tidak akan tahu jenis watak yang menggantikan saya. Ia adalah keputusan sukar buat saya. Namun, secara umumnya, seorang pemimpin mesti bersedia untuk berundur walaupun ketika di puncak,” katanya.

Kritik terhadap Najib dan slogan “Bossku”


Menjawab soalan lain, Mahathir turut mengkritik sikap Najib terhadap akauntabiliti, terutamanya melalui slogan “Nak malu apa Bossku”.

“Rasa malu di kalangan orang Jepun sangat kuat, dan itu amat penting. Kamu patut rasa malu jika gagal atau melakukan kesalahan.


“Tetapi Najib kata, ‘Nak malu apa Bossku’. Bagi saya, itu sangat buruk,” katanya.

NEP dan masa depan Bumiputera. 


Ketika membincangkan soal keistimewaan dan tindakan afirmatif untuk bumiputera, Idris mencadangkan bahawa sudah tiba masanya dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihentikan.


Mahathir membalas dengan analogi “tongkat” yang terkenal, menjelaskan bahawa perubahan mesti dilakukan secara beransur-ansur – daripada tongkat kepada tongkat kecil sehingga mampu berdiri sendiri. Dia memberi amaran bahawa jika tongkat itu dirampas secara tiba-tiba, ia akan menyebabkan kejatuhan.


“Saya akui DEB tidak sepatutnya kekal selama-lamanya. Ia perlu dihentikan secara beransur-ansur. Tetapi kamu  perlu memahami pencapaian DEB.


“Dalam pendidikan, kita sudah mencapai banyak perkara. Dalam perniagaan, masalahnya adalah perbezaan budaya dan sistem nilai. Mengubah sistem nilai memerlukan masa,” jelasnya.


Mahathir turut menegaskan bahawa walaupun kini terdapat ramai usahawan bumiputera yang berjaya, jumlah itu masih belum mencukupi untuk menyaingi masyarakat Cina yang mempunyai sejarah 4,000 tahun dalam perniagaan.


“Saya rasa malu untuk mempertahankan bahawa orang Melayu dan bumiputera bergantung kepada apa yang dipanggil keistimewaan.


“Ia bukan keistimewaan; ia adalah tindakan afirmatif untuk membantu mereka mengejar,” tambahnya.


Perbandingan dengan Lee Kuan Yew

Menjawab soalan tentang perbandingan antara dirinya dengan mendiang Lee Kuan Yew, Mahathir memuji perdana menteri Singapura itu sebagai seorang “peguam yang cemerlang dan pemikir hebat” tetapi juga menggambarkannya sebagai seorang “kiasu” (takut untuk kalah).



ELOK LA.. APA PUNYA BINGAI YB NI...

 

Harun Mohd Shah


Lain macam timbalan menteri KPKT YB Aiman ni 

Orang Amanah punya ramai orang Bersatu juga yang dia ambil hahaha…






KEH.. KEH.. KEH... ORANG KHIANAT NI PATUT JA HUMBAN LAM PENJARA...


PN TAK LEH PAKAI


Saper lah jadi anjing mamat badigol ni...walaun mcm biasa jilat lah siapa yg x suka kerajaan...🤪..taki dgn razman x sebut k 🤣🤣🤣




 

HANG DAPAT MANA MAKLUMAT ADA ARAHAN TAHAN DALAM RUMAH


 

JAHATNYA PAS MEMBELA GERAKAN.

Man Toba. 


 Gerakkan ni dari komponen parti PN kan aun? Krik krik krik je la korang aun. 



Cuba kalau yang bercakap tu DAP tak gegak gempita puak² aun buat kan aun? 


Tambah lagi isu lepas isu masjid dalam montaj video perasmian kementerian pelancungan kelmarin.mujurlah parti Gerakan dari PN yang pertikaikan..fuhh syukur. 


Takleh nak hadap kalau DAP yang buat. Belum habis isu papedom adendum, pastu masjid, mucul pulak sijil halal dapig!!



PERISTIWA HARI INI.


 

APA MASAALAH LAH KEMENTERIAN INI.


 

SOALAN UNTUK PENYOKONG PAS


 

ORANG CERDIK PUN KALAU DUDUK DALAM PAS, AKAN JADI MACAM DIA NI


 

BARU 2 HARI LEPAS... MEREKA INI BELA NAJIB. HARI INI... MEREKA HENTAM PULA NAJIB... ADA PRISIP DAK PARTI NI.


 

Minta Takiyuddin alTembusi Nafikan.


 Minta Takiyuddin alTembusi Nafikan.



Beberapa hari lalu tular satu laporan minit mesyuarat yang ada kaitan dengan Pas. Berat juga kandungan minit mesyuarat berkenaan yang ada kaitan dengan Najib Razak. 


Ada semacam desakan dan cadangan untuk diambil tindakan kepada pihak tertentu oleh kerajaan ketika itu pimpinan Ismail Sabri Yaakob dimana dalam kerajaan itu ada berapa orang emPas.


Disebabkan minit mesyurat yang tular itu terbabit dengan Pas bahkan dalam minit itu ada sebut nama Takiyuddin Hassan elok Takiyuddin sebagaj Setiuasaha Agung menjelas sejauh manana kebebaran minit itu dan sebaik baiknya menafikan segera. 


Jika tidak nampak sangat kemunafikan emPas ketika pemimpinnya hadir memberi solidarit kepada Najib baru baru ini. Trims.



KES NAJIB & PAS


Adrian Lim



TAHUN 2020 (PN MUHYIDDIN)

29 Feb: PN Muhyiddin membentuk kerajaan bersama PAS

28 Julai: Najib disabit salah dan dihukum penjara 


TAHUN 2021 2022 (PN ISMAIL)

21 Ogos 2021: PN Ismail Sabri membentuk kerajaan bersama PAS

23 Ogos 2022: Mahkamah tolak rayuan terakhir Najib


PAS berkuasa sepanjang zaman Najib keluar masuk mahkamah, disabit kesalahan dan ditolak rayuan akhir.


Tak pernah sesekali PAS membela Najib.


Sekarang takde jawatan. Bolehlah PAS berpura-pura sokong Najib.



KEKELIRUAN PAS DALAM PERHIMPUNAN NAJIB




Sejak dari Langkah Sheraton , rakyat menerima mesej mengelirukan dari tingkah-laku orang politik sehingga menyebabkan rakyat yang dalam kecelaruan bertanya ke manakah arah tuju politik negara? Quo Vadis politik negara? Mesej daripada Langkah Sheraton paling utama adalah untuk menyatakan, tidak mengapa menjatuhkan kerajaan yang dilantik secara absah menerusi mandat rakyat jika Ahli-Ahli Parlimen bersetuju untuk lompat parti atas habuan jawatan yang ditawarkan dan ganjaran lumayan lain yang berlaku di balik tabir. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memperkenalkan ‘scheme of things’ untuk mewajarkan mesej yang songsang ini sejak tahun 2020 lagi.


Mesej terkini yang mengelirukan dilakukan pula oleh Pas adalah tidak mengapa menunjukkan solidariti kepada pesalah berprofil tinggi yang telahpun dibuktikan di berbagai peringkat mahkamah. Mereka datang berbondong-bondong semacam satu pesta memperagakan populariti masing-masing dengan pengikut  taksub yang berbangga dengan kehadiran mereka di perhimpunan tempoh hari. Walhasil, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan baru-baru ini sekadar membuktikan addendum wujud tetapi bukan bermakna addendum itu boleh berkuatkuasa kerana Mahkamah Tinggi kelak akan membicarakan sejauhmana terpakai atau tidak dengan melihat segala perinciannya.


Pakatan Harapan (PH) telah mengambil sikap yang jelas dalam Perhimpunan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa PH tidak akan hadir. Untuk rekod kes Najib telah mengambil masa selama empat tahun bermula sejak 4 Julai 2018 dengan mengambil kira faktor kekangan wabak pandemik dan sebagainya. Semua proses keadilan telah dijalankan dengan 19 saksi, dan rayuan telah diberikan mengikut proses perundangan sehingga akhirnya pada 8 Disember  2021 panel lima (5) hakim telah menetapkan kekal hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan penggubahan wang haram melibatkan nilai RM42 juta dari SRC International. Mahkamah Persekutuan pada Mac 2023 menolak permohonan semak semula kes seleweng dana SRC dengan majori 4-1.


Penulis tidak menafikan perhimpunan di Mahkamah Keadilan Putrajaya tempoh hari adalah kes keabsahan wujudnya addendum, dan itu adalah hak si pemohon, namun apa kena mengena dengan Pas yang tiada kaitan dengan kes in? Umno yang merasakan perlu untuk membela Najib bukanlah sesuatu yang pelik, itu pun Umno telah mengarahkan dibatalkan perhimpunan tersebut demi menghormati titah arahan Yang di-Pertuan Agong dan sekaligus menjaga ketenteraman awam. Kenapa Pas beria-ria untuk berhimpun juga? Keliru lagi mengelirukan!


Jadi apakah mesej Pas yang terlajak untuk menjadi hero? Walau apa pun keputusan Mahkamah tentang addendum 6 Januari yang lalu, ia tetap tidak menafikan bahawa kerahan Pas untuk berhimpun pada hari tersebut telah membawa mesej yang mengelirukan kepada rakyat. Pada waktu yang sama, tindakan Pas telah menelanjangkan wajah sebenarnya yang selama ini disembunyikan dengan topeng berlabelkan Islam.


Di bawah ini adalah senarai kecelaruan identiti PAS yang terdedah dalam perhimpunan di Mahkamah Keadilan Putrajaya tempoh hari.


 Laungan retorik Islam Pas adalah tin kosong kerana mereka sanggup menggadai prinsip berhimpun semata-mata untuk meraih sokongan politik murahan. Sememangnya retorik Pas adalah kosong kerana sebelum ini Ahli-Ahli Parlimennya  yang didapati bersalah memfitnah di mahkamah dibela dengan arahan rasmi supaya ahli berinfaq fi sabilillah untuk membayar denda kesalahan yang tinggi. 


Pas rela mengadai maruah demi mendapat markah politik dengan cara memburukkan Kerajaan Perpaduan, khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Isu Najib hanyalah alasan semata-semata tetapi hakikatnya ia telah dijadikan bahan politik murahan untuk memfitnah dan menimbulkan persepsi buruk terhadap Kerajaan Perpaduan. Fitnah sememangnya menjadi amalan politik PAS, sebab itu pemfitnah seperti Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura mendapat pembelaan!


Pas yang mendakwa dirinya sebagai ‘parti Islam’ hanyalah  bersandiwara politik kerana hakikatnya ia adalah parti politik yang mengamalkan ‘politik Machiavelli’ (matlamat menghalalkan cara) yang kononnya ditentang selama ini. Ini adalah  satu lagi projek pembohongan Pas terbesar kepada orang ramai dan khususnya kepada penyokongnya yang melihat kononnya Pas adalah parti Islam yang sebenarnya!


Pas hanya menggunakan prinsip hukum mengikut seleranya dan tidak menjadikannya sebagai panduan. Walaupun arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara untuk tidak berhimpun di mahkamah tempoh hari, Pas tetap ingkar. Pas sanggup mencetuskan polemik politik untuk dijadikan bahan membelasah Kerajaan Perpaduan dan rela dirinya menjadi ‘batu api’ memporak-perandakan kestabilan yang dinikmati hari ini.


Pas berhimpun untuk menutup segala kelemahannya dengan menumpukan serangan kepada Dato' Seri Anwar dan Kerajaan Perpaduan. Umno dan mereka yang bersimpati dengan Najib lebih mengetahui bahawa Pas tidak ada kena mengena dengan logik pembelaan Najib tetapi Pas hanya menunggang isu addendum Najib untuk kepentingan politik peribadinya.


Kalau begitulah kecelaruan identiti Pas,  ia tidak layak untuk dijadikan contoh atau 'role model' kepada sebuah perjuangan Islam, jauh sekali perjuangan Melayu. Pas hanyalah parti politik yang tidak dipandu nilai dan prinsip. Retorik Islam hanyalah sebagai memukau orang ramai dan sekadar mahu meraih undi. Perhimpunan tempoh hari yang dikerahkan oleh Pas supaya ahli dan pimpinannya hadir hanyalah taktik murahan untuk menyerang  Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menimbulkan suasana hubungan yang retak antara komponen Kerajaan Perpaduan. Seperti kata Presiden AMANAH , ‘Pas hanya bersandiwara’, jadi untuk itu kita perlu mengenali Pas supaya kita tidak terperangkap dengan sandiwaranya!


YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa,

Timbalan Presiden AMANAH

9 Jan 2025



BENTUK TAHANAN DALAM RUMAH


 Che Ibrahim


Bentuk bentuk tahanan


1. Penjara

2. Pusat Pemulihan

3. Sekatan kediaman terhad

4. Sekatan pergerakan

5. Tahanan rumah

6. Buang daerah/negeri




PARTI LIDAH BERCABANG

 

Time machine..

Harakah Daily 


Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada,

RMS.



SUARA ANAK MUDA AMK PUSAT DAN SELANGOR MEMBUAT LAPORAN POLIS FITNAH KETU...



TITAH ADENDUM: LAPORAN POLIS TERHADAP PEMIMPIN PEMBANGKANG Fitnah yang dilemparkan oleh Perikatan Nasional bahawa Kerajaan Madani dan PMX menyembunyikan titah adendum adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan seperti ini tidak hanya mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan, tetapi juga mengancam kestabilan negara. AMK Pusat bersama AMK Selangor telah membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya bukan sahaja untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan parti pembangkang tetapi juga bagi memastikan rakyat mendapat fakta yang benar. AMK berdiri teguh mempertahankan kebenaran demi perpaduan dan kemajuan negara. Bersama-sama, kita lawan politik toksik dan teruskan usaha membina Malaysia yang lebih adil dan makmur. ============================================================================= Tindakan PAS cuba memulihkan hubungan dengan Umno, pada masa sama tetap berpaut dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu menunjukkan parti Islam itu begitu mahir bermain ‘cinta tiga segi’, kata penganalisis bebas. Merujuk tindakan pemimpin dan ahli PAS yang turun ke jalanan bersama lebih 3,000 penyokong ‘Bossku’ di Putrajaya Isnin lalu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata parti pimpinan Hadi Awang cuba ‘menari dengan kedua-dua pasangan serentak’. “PAS nampaknya mahir dalam tarian politik. Situasi ini seperti drama cinta tiga segi. Mahu kekal bersama Bersatu dalam PN tetapi cuba pulihkan hubungan dengan ‘kekasih’ lamanya Umno. “Kisah PAS semakin menarik,” katanya yang mendakwa hubungan PAS dan Bersatu mula tegang apabila parti itu membuat gerakan sulit bersama Umno. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan gerakan itu. Umno dan PAS yang berseteru sejak sekian lama mencatat sejarah politik tanah air apabila bekerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) selepas dua parti itu kalah pada PRU 2018. PAS kemudian membentuk PN bersama Bersatu dan meninggalkan Umno serta MN ketika krisis politik 2020. Sumber Berita/Video




PAS JILAT LUDAH SENDIRI SOKONG PENYAKAU! MAT JARGON HABIS KENA BALUN KAW...



Kenyataan Ahli Parlimen Padang Terap dari Pas, Nurul Amin Hamid yang menyokong Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum kononnya demi menyelamatkan Malaysia dihujani kecaman orang ramai. Pas dilihat hanya menjilat ludah sendiri memandangkan parti pembangkang tersebut sebelum ini lantang menuntut Najib yang berdepan kesalahan menyeleweng untuk diheret ke mahkamah. Namun, lain pula pendirian Pas semasa negara diterajui Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tergamak menyokong penyakau yang telah disumbat ke penjara sejak 23 Ogos 2022. “Demi menyelamatkan Malaysia daripada penipuan dan pengkhianatan, hari ini menjadi saksi titik sejarah besar,” kata Nurul Amin yang merupakan antara pemimpin Pas yang turut bersolidariti berhimpun menyokong Najib pada 6 Januari lalu. Selain Nurul Amin yang juga Exco Pemuda Pas Pusat, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan turut hadir sebagai peguam pemerhati prosiding. Sokongan pemimpin Pas kepada Najib juga begitu dominan berbanding Bersatu dengan kehadiran Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim. Turut kelihatan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh; Ahli Pahlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff; Ahli Parlimen Tumpat, Mumtaz Md Nawi dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad. Rata-rata menyifatkan Pas sebagai makin terserlah hipokrit malah secara sinis menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada parti yang akrab dengan kes fitnah. Antaranya pengguna X, Abdul Aziz Abdullah yang menulis, “Hipokrit. Siang kata lain, malam kata lain. Malaysia memang perlu diselamatkan dari mulut-mulut puaka dan duta-duta fitnah. Pas memang layak dipanggil Parti iawak.” Sementara itu, Amer Hamzah pula membidas hujah penyokong Pas yang mengaitkan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Penyokong Pas menggunakan tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri berkenaan sebagai modal untuk mewajarkan sokongan mereka ke atas Najib. Beliau yang juga Presiden UMNO itu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023 daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya. “Zahid tak pernah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah. “Najib pula berbeza apabila didapati bersalah oleh semua mahkamah. Siapa sokong klepet tokrat ni?” tempelaknya kepada Nurul Amin. =========================================================================== Meninjau di ruangan komentar di akaun X pemimpin pembangkang itu, rata-rata menyindir termasuk berkongsikan tangkap layar makian Wan Fayhsal berkenaan Najib Razak pada 2019. “Yang bengap lagi bebal bila Najib samun duit pencen rakyat tapi ada golongan bodoh pertahankan,” tempelak Wan Fayhsal pada 11 Mei 2019. Sekali lagi di X atau Twitter ketika itu pada 22 Mei 2019, Wan Fayhsal mencerca, “Wow so many idiots who still support Najib and 1MDB“. Sindiran orang ramai itu susulan kehadiran Wan Fayhsal bersama pemimpin Bersatu dan Pas semasa himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman, 6 Januari lalu.





LAPORAN POLIS TERHADAP ADMIN FB NAJIB! KENYATAAN MENGHASUT ATAU MENGHINA...

"SAYA BOLEH BONGKARKAN SEMUA, TUNGGU MASA" ! PMX RESPON FADHLI SHAARI !

AKMAL TIDAK BERANI BERSEMUKA DI SINAR! ULASAN BRO ISWARDY SELEPAS WAWANC...

Pertemuan PM Anwar-Presiden Prabowo Bincang Perkukuh Hubungan Malaysia-Indonesia

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam majlis makan tengah hari di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perbincangan tertutup empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala diadakan di sini pada Khamis.

Pertemuan diadakan pada majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja Prabowo selama sehari ke Malaysia.

Ini adalah lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 20 Oktober 2024 menggantikan Joko Widodo yang tamat dua penggal pemerintahan penghujung April 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi kepulangan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada Khamis. Foto Bernama

“Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan,” kata kenyataan Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, hari ini.

Sebaik majlis makan tengah hari selesai, Anwar dilihat menaiki kereta bersama Prabowo yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut menyertai delegasi Prabowo ialah Menteri Luar Indonesia, Sugiono.

Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (AS$20.69 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023.


PENDEDAHAN PANAS DARI LOKMAN ADAM! BENARKAH ADDENDUM INI DISOROK OLEH KE...

DATANG JUGA PROBOWO... YANG SI BENGONG DOK FITNAH BARU BARU NI KIRA BENAR BENAR FITNAH LA YA


 

BAIK LA HANG JANGAN PERASAN DWNGAN NAMA MANTOP HANG... MALU WOII

 

Ini saja level mantop yang ada phd...




KENAPA PAS MENGGUNAKAN SENTIMEN AGAMA.


 

TU DIAAAA NOH.... TERDESAKNYA PAS.

 Bantin Dunan


Waduhhh...bermakna Bossku akan jadi Lebai?





SANUSI TAK DAK DAH KA? DIA PI MANA? LAMA TAK DENGAQ MAKI HAMUN DIA... PROJEK BANYAK KOT DI KEDAH SANA.... SWMUA JADI KOT NO.


 

MENERIMA KUNJUNGAN DPMIM

 


Menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) diketuai Presidennya Dato’ Mohammad Sahar Mat Din.





DPIM yang ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.


Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan. 


Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan.


#MalaysiaMADANI



SAPA YANG NAK JADI PM NI? AGAK AGAK YANG ADA LAM PN??? ENDING CUBA DENGAR SIAOA TUNKU TAK MAU LIHAT MUKA.


 

KEMENTERIAN NI NAK SABOTAJ KERAJAAN KA APA? TAK KAN KO JADI MENTERII TAK LIHAT DULU...


 

HAAA.. WALAUN... MAKAN BERAS TAK CUKUP LAGI GAMAKNYA


 

NOHHH.. SOROK MINYAK MASAK PAKET


 

TERBONGKAR TUJUAN PAS SOKONG NAJIB

 


PAS tak sokong Zahid tapi sokong Najib 

TERBONGKAR TUJUAN PAS SOKONG NAJIB 






Kecoh seketika dan percayalah seminggu dua ini sepilah cerita kisah addendum Najib Razak. Sbnya mereka di luar sana tidak faham proses atau perundangan mahkamah. Kedua PAS hanya ingin menunggang cerita Najib ini dan bukan ikhlas.


Org2 Melayu di luar sana ingat 2-1 itu mcm main bola. Mereka tidak faham isu, sudah berkali kali kerajaan menafikan menyembunyikan addendum tersebut tetapi surat kononnya dari Istana itu juga perlukan pengesahan dari Mahkamah dari sudut perundangan.


Sebab itulah Mahkamah Rayuan kembalikan semula kpd Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan dan keabsahan titah adendum tersebut. Cukup setakat itu kerana tidak mahu mengulang fakta perundangan yg telah saya tulis semalam.


Beberapa hari sebelum ‘HIMPUNAN DERHAKA’ ini saya telah menulis bahawa tujuan PAS bukanlah utk membela Najib. Mereka hanya mahu menunggang kes Najib dgn tujuan mahu memecah belahkan UMNO sekaligus Kerajaan Madani.


Bukan jadi rahsia apabila PAS berlebih lebihan dlm kes Najib sdgkan parti Najib sendiri tidak melakukannya. 


Bila setpol MB Kedah, Zulkifli Yahaya Mohd Syukri menulis di ruang komen FB, “Kamu ni buta politik, itulah strategi nak pecahbelah Umno, juga pecahbelah BNPH,” ia sekaligus membuktikan dakwaan sebelum ini.


Tujuan PAS hanya utk perpecahan bukannya utk Najib. Ibarat tunggang atas tunggang. PAS tunggang Najib, penyokong Najib tunggang PAS.


PAS tahu harapan mereka utk menumbangkan kerajaan ini menerusi UMNO bukan BERSATU tetapi Zahid menolak dan mereka tiada pilihan lain.


Mereka cuba pujuk Zahid utk khianat dgn menjanjikan jawatan PM tetapi tetap ditolak Zahid kerana dirinya bukan seperti PAS yg suka mengkhianati rakan parti.


Harapan yg tinggal pada PAS ialah pecahkan UMNO. Biar UMNO hancur dan mereka menjadi kuat dan akn mengetuai pula kerajaan. 


Yg rosak UMNO yg kuat PAS dan jika UMNO tidak berhati hati mereka akn dimakan oleh PAS yg kini mendominasi undi Melayu.


Nampak jahat tak PAS? Mereka boleh menghalalkan cara asal niat berkuasa tercapai. Kdg2 tidak terfikir di akal bagaimana sebuah parti yg kononnya mengaku Islam tetapi berkelakuan begitu buruk dlm berpolitik.


Jika anda seorang Muslim yg baik, Muslim yg tidak menjadi pentaksub, Muslim yg tidak rasis, Muslim yg berakal… pendek kata Muslim yg sebenar pasti anda dpt melihat betapa hipokrit atau jahatnya PAS.


Kenapa saya berkata demikian… selama 2 tahun ini PAS memainkan naratif PMX pilih perasuah Zahid yg mempunyai 47 kes mahkamah yg masih belum didapati bersalah.


Tetapi hari ini PAS sendiri membela Najib seorang banduan yg didapati bersalah oleh mahkamah. PAS lupa kes 1MDB ini telah membuat negara kehilangan berpuluh billion wang rakyat.


Pelik PAS menghina Zahid yg kesnya sdg berjalan (belum didapati bersalah) tetapi membela Najib yg sudah menjadi banduan (didapati bersalah). Samalah sebelum ini PAS membela pemimpinnya yg didapati memfitnah.


Sb itu saya katakan jika seorang Muslim yg baik yg mengikuti ajaran Islam yg sebenarnya mustahil tidak dpt melihat ‘kesesatan’ dlm perjuangan parti politik PAS.


Adakah kerajaan berbohong? 


Jawapannya tidak sb di dlm addendum tersebut yg ditandatangani Dr Zaliha,


DAN BAHAWASANYA adalah munasabah pada hemat Beta, belas kashan patut diberi kepada DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Beta, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustalin Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, pada menjalankan kuasa yang terletakhak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN bahawa DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00. 


Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.


PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS Beta telah menurunkan tandatangan dan cop Mohor Beta pada 29 JAN 2024


DENGAN TITAH PERINTAH BAGINDA.


—————/——————/—————-/


KERAJAAN SEMBUNYIKAN ADDENDUM?


Surat di atas itu telah membuktikan tiada dlm addendum tersebut utk tahanan di rumah. Sebab itu dlm sidang akhbar semalam Menteri KDN jelaskan, "Dalam penghujahan di mahkamah, Tan Sri Shafee mendakwa bahawa KDN tidak melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah. 


Namun, berdasarkan dokumen rasmi yang diterima oleh KDN, tidak ada arahan mengenai tahanan rumah.


Apa yang kami terima hanyalah arahan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan dan denda.

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah dokumen rahsia besar, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa ia tidak mengandungi apa-apa tentang tahanan rumah."


"Surat tersebut tidak menyebut apa-apa mengenai tahanan rumah. Oleh itu, Jabatan Penjara hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam perintah tersebut. Adalah penting untuk menjelaskan bahawa KDN dan


Jabatan Penjara tidak menyembunyikan sebarang

keputusan Lembaga Pengampunan atau gagal mematuhinya. Kami hanya melaksanakan perintah yang sahih dan rasmi, seperti yang diterima."



TAK HABIH HABIH LAGI SI JARGON DENGAN KEBODOHANNYA

 

Mamat yang 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 6 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 dari menghadiri sidang parlimen ni nak ajak orang lain 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 macam dia juga. Sampai menunjukkan kedunguannya sendiri.




Dia kata 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶, 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘀𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 bila mengatakan Titah Addendum itu sebagai 𝗸𝗵𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 (𝙝𝙚𝙖𝙧𝙨𝙖𝙮). Tapi mamat ni tak tahu fakta sebenar.


Yang kata titah adendum tu khabar angin sebenarnya 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 pada bulan 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 2024. Saifuddin sebut dalam sidang parlimen berdasarkan keputusan mahkamah tu.


Dekat mana tipunya? Atau budak ni sebenarnya nak kata 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂? Dia ni dah macam menghina mahkamah dah ni.


Benda mudah macam ni pun dia tak reti. Patutlah jadi MP pun 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 je. 𝘎𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘯𝘰𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨. Dia ingat semua orang 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮 kutip berita sampah, surat layang pun dijadikan fakta. Dasar budak mentah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA SIBIGHAI TAKUT AKIBAT MEMFITNAH

 


Wow... Nampak tak macamana 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 di kalangan masyarakat kita? Inilah hasilnya bila makhluk yang gelakkan diri mereka sebagai ustaz atau ulama 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 sebagai senjata.





Bila kena diingatkan bahawa tindakan boleh diambil, laju pulak dia minta maaf. 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵. Dah jelas fitnah tu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Tapi sebab jiwa dah dirasuk ketaksuban, dia jadi lalai.


Dia minta maaf pun, fitnah ni dah tersebar. Dan ramai yang dah sebarkan. Macamana dia nak hentikan 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶𝘆𝗮𝗵 yang akan 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝘂? Sebab tu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶-𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 dan 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Kenapa 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 ni jadi isu? Padahal ianya 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥.



Sebab puak pembangkang 𝗺𝘂𝗳𝗹𝗶𝘀 𝗶𝘀𝘂. Mereka tak ada idea nak serang kerajaan. Ini kerana kerajaan Madani ni 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 berbanding mereka ketika memerintah dulu.


Kalau perhatikan, yang mereka selalu laung cuma dua perkara. Pertama 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 dan yang keduanya, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮. Tapi kenapa? Sebab tujuan mereka  hanyalah untuk 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶.


Mereka tahu dari segi 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗸𝗲𝗹𝗼𝗹𝗮, 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 dan dalam banyak perkara lain, mereka takkan mampu menandingi keberkesanan kerajaan sekarang. Imej Madani di mata rakyat semakin baik. Jadi adalah penting bagi mereka 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.


Contohnya istilah kerajaan derhaka. Sedangkan umum mengetahui yang 𝘀𝗶𝗻𝗼𝗻𝗶𝗺 terhadap penderhakaan ni adalah 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Mereka pernah buat 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮, pernah juga 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bila meletakkan 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻. Bahkan YDP Agong ke-16 sendiri 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗡 ketika isu 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁.


Dan sekarang, makhluk yang 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶-𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 lantik 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 satu masa dulu pun dah bersama PAS. Jadi memang PAS 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


𝘛𝘪𝘵𝘭𝘦 penderhaka tu sudah melekat pada PAS 𝗮𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮. Tak mudah nak tanggalkan. Macam saka. Tak boleh nak lepas begitu saja. Kena cari 𝗽𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 dulu.


Disebabkan itulah mereka cuba cipta persepsi yang kerajaan sekarang penderhaka. Mereka nak 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝙩𝙞𝙩𝙡𝙚 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 tu kepada Madani. Begitulah taktik licik mereka.


Bukan mereka nak 𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 kepada Najib sangat pun. Dan tak kisah sangat pun tentang adendum tu. Mereka guna isu ni untuk burukkan Madani dan 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab mereka 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗸𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



IMBAS KEMBALI..90 JUTA WUJUD DAN PAS JANGAN BERLAGAK SUCI. SPRM TAK MAU SOALSIASAT KA.


 

OWHHH WALAUN


 

MENTERI PELANCONGAN NI DOK DUNIA MANA DIA NI... 2 TAHUN DAH HANG DOK BUAT KECOH PA BALA PULAK... BENGGONG.


 

BILA WARTAWAN TAK PAKAI OTAK

 Che Ibrahim. 


KECELARUAN OTAK PAS




Ketika DSAI diberi pengampunan penuh, dia kata pemerintah tidak mempunyai kuasa pengampunan bagi mana mana jenayah, keputusan hakim adalah muktamad. 


Apabila Najib dikatakaan diberi pengampunan secara "tahanan rumah" yang masih menjadi pertikaian hingga di cabar di mahkamah, dia pula yang mendesak Najib diberi haknya untuk menjalani tahanan rumah.



NAYA NAJIB. PAS TUNGGANG.

 

Semasa perbicaraan nanti, Peguam Najib boleh memohon kepada mahkamah supaya minit minit tersebut diserah kepada Mahkamah untuk diperiksa.




KECOH VIDEO PELANCONGAN TIADA MASJID


Zulkarnain Luqman









Selepas isu titah adendum nampaknya semakin hari semakin bertalu-talu perkara yang berbentuk 3R ini dijadikan isu. Isu terbaharu adalah kontroversi tiada gambar masjid dalam montaj video 41 Kementerian Pelancongan. Sebaliknya video itu menunjukkan pula gambar gereja dan kuil. 


Maka, bertalu-talu netizen sama ada penyokong pembangkang atau kerajaan membuat lontaran bahawa Kementerian Pelancongan tidak sensitif dengan agama Persekutuan dan umat Islam di Malaysia. Kononnya, perbuatan itu menunjukkan kerajaan madani ini anti Islam dan tidak peka dengan syiar orang Islam. 


Hello saudara!!!


Apakah Islam itu setakat dalam video? Masjid ada di serata ceruk pelusuk Malaysia daripada Perlis hingga ke Sabah. Apakah setakat tiada gambar video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 itu maka hilang syiar Islam. Semenjak bila pula hendak digambarkan pelancongan ke Malaysia ini pelancongan ke masjid.


Syiar sebenar masjid adalah apabila penganutnya berpusu-pusu datang untuk solat jemaah di masjid dan surau. Kemakmuran masjid itu apabila ada orang yang datang beribadat. Masjid yang suram tanpa imam dan makmum itu adalah tandanya syiar Islam itu sudah terperosok.


Orang yang banyak mencemuh Kementerian Pelancongan itu sendiri pun belum tentu lagi memakmurkan masjid dengan solat jemaah. Entah-entah orang itu pun hanya datang waktu hari Jumaat sahaja. Entah dia pun datang ke masjid tatkala imam sudah berkhutbah dan hanya mendapat pahala sebutir telor ayam.


Bukannya kita tidak bersetuju jika hendak masukkan gambar masjid dalam video pelancongan. Namun, video pelancongan itu hanya satu video pendek dan bukan itu sahaja video yang boleh dibuat. Kementerian boleh sahaja membuat video lain yang menunjukkan gambar-gambar masjid yang boleh dikunjungi. Itu belum masuk lagi bab masjid yang mesra pelancong asing terutama pelancong yang bukan Islam yang sudah pastinya tidak menutup aurat dengan sempurna. 


Mengkritik bukan menghentam adalah satu seni. Rakyat di Malaysia ini bebas bersuara tetapi janganlah sehingga melampaui batasannya. 


Dahulu pun apabila beberapa pemimpin DAP seperti Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin datang ke masjid dengan bertudung pun menjadi kecoh kononnya mereka mencemarkan kemuliaan masjid.


Beberapa hari lepas pun tular kisah seorang pesakit mental yang menyerbu masuk masjid di Taman Tun Dr Ismail dan ditendang oleh seorang jemaah masjid. Apabila diberikan penjelasan bahawa orang itu sakit mental dituduh pula pihak berkuasa mereka-reka cerita. Mujurlah imam masjid itu datang memberikan penjelasan dan keadaan menjadi reda semula. Namun, berita itu telah tular kononnya orang bukan Islam sengaja ingin mencemarkan kemuliaan masjid dan yang dipersalahkan tentulah PMX, Anwar Ibrahim.  


Jadi sebenarnya cara berfikir netizen di Malaysia ini sudah tenat. Mereka hanya melihat lontaran cemuhan ahli politik pembangkang dan terus tersentak. Otak mereka seperti sudah terpahat hitam dan putih. Jika kamu hitam maka kamu sudah rosak. Jika kamu putih maka kamu masuk syurga. 


Pemikiran ini adalah bertitik tolak daripada fahaman yang melampau puak khawarij. Mereka melihat mereka sahaja yang Islam. Mereka tidak melihat Islam yang syumul yang penuh rahmah dan murni. Pemikiran sebegini perlu diperangi sebelum ianya bertambah parah dan merebak menjadi kepada tindakan fizikal yang melampau. Kita khuatir satu hari nanti jika perbuatan melampau ini tidak dikawal dengan tegas menerusi perundangan maka keadaan sudah semakin gawat dan merebak sehingga membahayakan negara dan rakyat.



Apa khabar Ketua Penerangan Pas Pusat??Mu Bodo..

Che Ibrahim. 


Dengar cerita Probowo terpaksa percepatkan tarikh lawatan jumpa PMX untuk elak pembangang terus mencipta persepsi jahat.





PADAN MUKA KO.. BELAJAR SAMPAI PHd TAPI TAK BIJAK..

 Che Ibrahim. 


Gara-gara hantaran palsu melibatkan 

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, seorang Adun PAS disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan mungkin berdepan dengan tindakan lanjut.



Adun Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin, dipanggil oleh pihak berkuasa dan memberikan keterangan berkaitan isu tersebut pada 7 Jan lalu.


Menurut MCMC, mereka menerima aduan daripada orang ramai berkaitan hantaran tidak benar melibatkan Anwar baru-baru ini.


Berita penuh: https://mk.my/cfxvQrH



MANA SATU ADMIN... HANG JAWAB.. DAK PUN HANTAQ MASUK DALAM.



 

BERPURA PURA...


 

ADA TANDATANGAN ATAU TIDAK.


 

ADA TANDATANGAN ATAU TIDAK? BIAR MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN.



 Ada tandatangan atau tiada tandatangan? Ada cop mohor atau tidak?


Kisah addendum Najib Razak, mengikut dokumen yang sahih.


Ya semua orang dah tahu, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, membuktikan wujudnya Titah Addendum.







Keputusan tadi baru berjaya buktikan kewujudan. Tapi untuk membuktikan keabsahan titah itu, ia perlu lalu 3 peringkat mahkamah lagi.


Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan.


Aku nak kongsikan Perintah Pembebasan Awal 4 mukasurat yang telah disiarkan di laman Malaysia-Today kepunyaan arwah RPK sejak Februari 2024. (https://www.malaysia-today.net/2024/02/10/pengampunan-najib-salinan-surat-dari-agong/)


Apa yang menarik, perintah ini mempunyai tandatangan YDPA16 di mukasurat pertama.


Ada disebut tentang Lembaga Pengampunan, dan di perenggan terakhir itu, aku quote,


"MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Beta, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, 


pada menjalankan kuasa yang terletakhak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN bahawa DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00. 


Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029."


Tiada langsung disebut tentang tahanan rumah.


Dan kemudian, kita lihat titah addendum yang telah disebarkan, tiada letterhead, tiada tandatangan, tiada cop mohor.


Ya, titah addendum itu baru saja disahkan wujud, tapi adakah ianya absah?


Kerana kita tahu beberapa fakta,


1. Perlu lalu Lembaga Pengampunan, seperti yang telah dititah oleh YDPA17.


2. Perintah Mahkamah yang bertandatangan YDPA16 telah melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM (BHEUU), di mana BHEUU merupakan sekretariat  Lembaga Pengampunan.


3. BHEUU telah hantar minit mesyuarat terakhir YDPA16 bersama Lembaga Pengampunan, serta "Perintah Pembebasan Awal"


4. Perintah Pembebasan Awal ini telah ditandatangan oleh YDPA16 sendiri, dihantar kepada Jabatan Penjara untuk dilaksanakan.


.


Bayangkan, dalam minit mesyuarat tak ada, dalam Perintah Pembebasan Awal tak ada, macam mana Kerajaan nak laksanakan satu titah yang di luar dari konteks itu?


Kalau aku jadi mereka, mesti terfikir takut ada yang nak scam dengan hantar satu surat lain, tanpa letterhead, tanpa tandatangan, tanpa cop mohor.


Terfikir juga, adakah ianya absah di sisi undang-undang negara?


Bayangkan kalau Jabatan Penjara laksanakan perkara yang berlainan dengan Perintah Pembebasan Awal yang


a) ada tandatangan YDPA16

b) ada cop mohor YDPA

c) melalui BHEUU

d) menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan


Berbanding, satu surat lain, tanpa fakta-fakta ini, beranikah mereka?


Dah la sekarang YDPA dah berganti.


Sebab itu, perkara ini perlu lalu Mahkamah.


Sekarang Mahkamah Rayuan dah buktikan titah itu wujud.


Then, takpalah. 


Prosesnya selepas ini adalah perlu lalu Mahkamah Tinggi sama ada ianya absah atau tidak.


Maka, tunggulah proses berjalan.


Tak wujud langsung isu derhaka tak derhaka apa bagai.


Malah, Kerajaan menjunjung titah perintah YDPA, beserta bukti minit mesyuarat, serta Perintah Pembebasan Awal yang ditandatangani oleh YDPA16 sendiri.


Najib Bakar 

6 Januari 2025