PENASIHAT KA PUNAHSIHAT


 

APA PUN TERLETAK DIBAWAH YDP AGONG


 

RAYUAN NAJIB 5 JANUARI.


 

RUNDINGAN TURUN HARGA BERAS KERANA KERAJAAN INDIA HORMAT PMX.


 

NI MAJLIS KENDURI... RAKYAT TAHU ZAMAN KAMU MEMERINTAH.. JUAL BATU PUTIH .. BARANG MAHAL DAN TAK ADA.. TELUR PUN TAK ADA... AYAM MIMYAK MAHAL.


 

ALAAA WALAUN JANGAN KAU NAK SAMAKAN ZALIM... ZALIM APA KERAJAAN MADANI NI.... KONPEMALAS KERJA MANA NAK DAPAT DUIT


 

DIN MAKIN CIRIT


 

PERSIDANGAN MAHASISWA USULUDDIN KEBANGSAAN 2024

 










PERSIDANGAN Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 9 Disember di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, telah menarik penyertaan lebih 500 peserta.


Mereka yang terdiri daripada mahasiswa  pelbagai universiti seluruh negara menghadiri program ini sempena Karnival Usuluddin anjuran YADIM Negeri Terengganu, Pusat Pengajian Usuluddin UniSZA dan Yayasan Perkasa Siswa.


Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus .


Dalam ucapannya, beliau mengajak peserta menjadi insan yang berani menegur dan memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku dalam negara.


Jelas beliau, semua kelompok termasuk pemimpin dan masyarakat perlu memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam mentadbir urus ekonomi, pendidikan dan sosial.


Beliau turut berpesan kepada mahasiswa yang hadir agar memiliki jiwa yang kuat dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.


Terdahulu, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin Unisza, Prof Madya Dr. Wan Hishamudin Wan Jusoh  telah membentangkan kertas kerja bertajuk ’Memahami Cabaran Zaman Moden Perspektif Pengajian Usuluddin’ manakala Penasihat kepada Presiden OIC Youth Forum Istanbul dan Professor Adjung Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia, Dr. Jufitri Joha pula membentangkan kertas kerja bertajuk 'Peranan Mahasiswa Islam dalam  Memperkukuhkan Agama dan Negara'.


Hadir sama ke program ini ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA, Profesor Doktor Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ketua Pusat Pengajian Usuluddin, Dr. Muhammad Rashidi Wahab, Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin serta Pengarah Program Persidangan Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024, Saudara Muhammad Firdaus Mohamad Ridzuan.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL





9 DISEMBER 2024


KUASA RAKYAT: KEJATUHAN BASHAR AL-ASSAD DAN PENGAJARAN BUAT DIKTATOR ZALIM


1. Rakyat Syria hari ini menutup lembaran hitam pemerintahan Basyar al-Asad, seorang diktator kejam yang telah mencengkam negara itu selama bertahun-tahun dengan kekejaman dan penindasan. Kemenangan ini diraikan dengan penuh rasa syukur – laungan takbir bergema di jalanan, bendera kebebasan berkibar megah, dan rakyat berkumpul dengan senyuman yang tidak mampu disembunyikan. Ini adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa kuasa rakyat mampu menjatuhkan kekuasaan yang zalim, walau berapa lama ia bertahan.


2. Bashar al-Assad meninggalkan kesan luka yang mendalam terhadap rakyat dan tanah Syria. Di bawah pemerintahannya, ratusan ribu nyawa tidak bersalah dibunuh, jutaan lagi terpaksa meninggalkan tanah air mereka, dan bandar-bandar Syria hancur akibat serangan tidak berperikemanusiaan. Malah, kezaliman rejimnya melangkaui batas – penyeksaan dalam penjara dan pencabulan hak asasi manusia yang tiada penghujungnya. Namun, di sebalik semua itu, rakyat Syria tetap bangkit dengan semangat yang tidak pernah luntur.


3. Kejayaan ini adalah satu tamparan besar kepada mana-mana diktator zalim di dunia. Ia membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kekuatan sebenar, dan kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya. Ini adalah pengajaran buat sesiapa sahaja yang menyalahgunakan kuasa untuk menindas – bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman. Dunia sedang menyaksikan, dan rakyat yang tertindas sentiasa memiliki kekuatan untuk bangkit menuntut kebebasan dan keadilan.


4. Syria, yang terletak di lokasi strategik Timur Tengah, menjadi medan proksi kuasa besar serta pertembungan. Syria terus berdepan ancaman penjajahan Zionis, termasuk pendudukan haram di Bukit Golan. Lokasinya yang bersempadan dengan Israel, Turki, Iraq, dan Lubnan menjadikannya pusat geopolitik yang mudah mencetuskan ketidakstabilan serantau. Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu segera membantu Syria membina semula negaranya dan memperkukuh kestabilan, agar negara ini mampu mengekang agenda Zionis Israel serta menjadi simbol kebangkitan dan kedaulatan di rantau ini.


@MUSA'B MUZAHAR

Pengerusi Biro Antarabangsa

Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara



TAK KAN ADA MANTEL PROBLEM KOT

 

Najib ada tanggung mental ke? Kata 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 untuk jatuhkan dia. Hebat sangat dia tu sampai US pun nak jatuhkan dia?





Tapi kan 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗦? Pernah main golf dengan 𝗢𝗯𝗮𝗺𝗮. Pernah tawarkan bantuan kepada 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗨𝗦 lagi.


Siapa pemimpin pembangkang 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗶𝘁𝘂 yang pernah dapat peluang macam Najib tu? Mana ada. Kalau kata US pakat dengan Najib, itu lebih logik rasanya.


Najib sendiri pun pernah dakwa 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶. Arab Saudi tu 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮. Yang US tak suka,Ana berani Saudi nak bagi duit macam tu.


Najib, tak dinafikan pewalak ko yang ramai tak cerdik. Tapi jangan anggap 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗺, dan majoriti rakyat negara ini sama tahap pemikiran dengan pewalak ko. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAHNIAH BOMBA BAGAN SERAI


 Sekalung tahniah kepada anggota bomba yang dipimpin oleh Tuan Suhairi Jumu’ri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang telah menghasilkan inovasi robot pemadam api, Serai Generation 1 (SG1) yang telah diundi oleh juri profesional dan awam sebagai pemenang minggu kedua INNOVATHON Musim Kedua.



Robot pemadam api ini juga boleh melakukan siasatan awal terhadap kebakaran yang berlaku sama ada pada skala kecil atau besar sekaligus mengurangkan risiko bahaya kepada pasukan bomba.


Tahniah juga kepada semua inovasi yang bertanding pada minggu kedua. Teruskan usaha dan idea baru untuk mencari penyelesaian kepada masalah sekeliling kita.


Kemenangan pada minggu kedua akan melayakkan mereka terus pusingan akhir untuk berentap dengan bakal-bakal finalis yang akan membentangkan inovasi mereka pada minggu seterusnya.


Jangan lupa untuk saksikan Episod 3 INNOVATHON pada jam 9 malam, 14 Disember (saluran Astro) dan 15 Disember (saluran RTM).


INNOVATHON adalah rancangan realiti televisyen yang menginspirasikan minda terbaik negara untuk mencipta penyelesaian dan inovasi kepada cabaran ekonomi dan sosial yang merupakan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



Kalau ikut logik golongan terpaling berwaspada ni...



Tak payahlah Nabi berperang dengan Quraisy... Hanya menguntungkan Musyrikin Toif yang memusuhi Islam dan Quraisy.


Tak payahlah Nabi berperang dengan Rom... Hanya menguntungkan Parsi yang memusuhi Rom dan Islam.


Itu juga barangkali antara logik Abdullah bin Ubai ketua munafik melarang Nabi berperang dengan kaum Yahudi yang khianat. Menguntungkan musuh dan melemahkan Madinah, kononnya, sebab kaum Yahudi lah yang banyak kubu di persempadanan Madinah.


Tahu orang Arab panggil Basyar Assad apa? Toghiyatul 'Asr. Toghut terbesar zaman ini. Demi Allah, saya tidak tahu ada sesiapa pun yang dikatakan mengaku Muslim yang hidup di zaman kita, yang lebih jahat dan buruk daripada Basyar Assad. Segala yang layak diucapkan kepada Netany@hu layak diucap pada keluarga Assad, bahkan mungkin lebih.


Biarlah diorang. Nabi kata, jih@d akan berterusan dalam umat ini hingga hari kiamat. Pilihan kita untuk jiwa kita bersama penerus sunnah ini dalam kalangan umat, mendoakan mereka dan umat Islam supaya dilindungi Allah daripada malapetaka, tipu daya musuh, dan pengkhianatan perjuangan... 


Atau kita memilih untuk menuduh macam-macam yang sebenarnya tak mengubah situasi dan tak menambah pahala pun. Saya sendiri mengira ia termasuk dalam sangkaan yang menambah dosa, seperti disebut Surah al-Hujurat (ayat 12). Mereka yang berjih@d, jika mereka ikhlas dan bertakwa, adalah kesayangan Allah SWT. Mencalarkan maruah mereka dan menuduh mereka bukan-bukan pasti lebih besar dosanya berbanding jika dilakukan kepada orang lain.


Golongan ini juga yang melabel Arab Spring Syria sebagai gagal dahulu, dan kenaikan Presiden Mursi sebagai kegagalan yang sia-sia. 


Hari ini Arab Spring Syria sudah berbuah. 7 Oktober dan kelemahan serta keruntuhan beransur-ansur rejim Z hari ini juga juzuk besarnya adalah hasil bantuan Presiden Mursi pada wilayah G/Asqalan sewaktu beliau Presiden Mesir.


Falasi otak yang cuba dicampakkan golongan ini adalah, siapa yang menyokong jih@d, dia tidak berwaspada. Sama macam falasi yang disebut golongan yang iman dan akalnya lemah dari zaman Nabi sampai sekarang, "Kalaulah mereka tidak berjih@d, pasti mereka masih hidup." Allah tempelak:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّۭى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةًۭ فِى قُلُوبِهِمْ ۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ ١٥٦


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan." (Surah Ali-Imran: 156)


Islam mengajar kita yang jih@d itu tidak bercanggah pun dengan kewaspadaan, asalkan benar cara dan matlamatnya. 


Bahkan orang yang mengelak-elak dari jih@d nyawa dan harta jika sudah tiba waktu kewajipannya, orang itulah yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah: 194-195).


Sokonglah, doakanlah, bertawakallah, dan berwaspadalah! 


Jika tidak pasti, diam, dan berdoalah bersama kami supaya kebenaran dizahirkan dan dibantu Allah SWT.


Kalau kamu baru tersentak nak tahu isu pasal negeri Syam setahun dua ini... Kami dah soroti dari sebelum Arab Spring lagi, dari sumber-sumber pelbagai dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab, dan tentang faksi yang pelbagai. Kalau kamu cuma dengar-dengar berita dari media dan internet yang ada kecenderungan kuasa besar Rusia, Iran, ataupun blok Barat... kami juga dengar apa yang kamu dengar, dan bahkan kami dengar dari orang negeri Syam sendiri, sama ada ahli wilayah Baitul Maqdis, wilayah Asqalan, wilayah Balqa', ataupun wilayah Dimasyq yang bermacam-macam kecenderungan, dan para ulama umat yang juga macam-macam kecenderungan, lalu kami cantumkan gambar itu. We are not the same. Dan apa jua kelebihan itu semuanya milik Allah.


Doakan pertempuran di persempadanan Syria melawan kerakusan rejim Z. Moga menjadi asbab tentera Z makin barai dan rapuh. Wallahua'lam.


- Irfan Bahrin



TENGOK MUKA DIA PUN MELUAT MACAMANA LA ORANG PILIH DIA NI. KAKI FITNAH

 Nampaknya kali ni penyokong PN kena edar "Tong Drum" utk tlg Muhyiddin - tin Milo tak cukup kut😄



PMX DAN SYARIKAT ZTE

 


Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat delegasi ZTE Global yang diketuai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Xu Ziyang.








Perbincangan menyentuh beberapa perkara terkait kepentingan 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang berupaya memangkin negara sebagai hab inovasi, bandar pintar dan teknologi generasi akan datang. 


ZTE menyatakan hasrat dalam mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan 

infrastruktur kesalinghubungan luar bandar sekaligus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan Malaysia hub digital kecerdasan buatan (AI).


Gabungan keupayaan infrastruktur rangkaian dan kepakaran digital tempatan bersama teknologi daripada ZTE telah dibuktikan melalui ujian kepantasan 5G di dunia yang mencatat kelajuan luar biasa sebanyak 28Gbps. 


Lebih menarik, ZTE Global telah beroperasi di lebih daripada 160 negara sebagai peneraju global dalam bidang telekomunikasi dan penyelesaian teknologi. 


ZTE bertapak di Malaysia sejak tahun 2004 dengan kepakaran dalam memacu inovasi 5G yang dilengkapikeupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong inisiatif yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi di negara ini.  


-




BIAQ BETOI. KECOH DI PERLIS OASAI MAMAT NI.

 

Desa HM


Padu dari UMNO Bahagian Padang Besar...


Kat para last sekali tu.. brutal..


"Saya rasa dia tak layak bincang bab2 politik.. kerana lebih baik bagi kpd pemimpin tertinggi parti di Perlis mengikut hierarki, dan bukan nya dia".. kata Timb Ketua UMNO Bhgn Pdg Besar.


Baru dia tau... langit tinggi rendah...


Kami Amanah Pdg Besar... dari awal lagi kami tolak.

PKR Perlis pun tak terima dia.


Dia pi daftar ahli di sebuah Cabang di Kedah. Kemudian, secara senyap2, mohon tukar cabang... Menyusup masuk ke Cabang Pdg Besar...


Tup2... buat perjumpaan... kumpul beberapa ahli2 bawahan... dgn setiap yg hadir diberikan RM 50 ringgit ...

Guna nama  Madani...


Dlm ucapan dia sebut... "nak bawa pelaburan RM 2 bilion dari negara jiran utk rakyat Padang Besar". 


Dua penggal jd MP... bendang org kampung pun harap ayaq hujan jer.. La ni, baru sembang nak bawa masuk pelaburan...


Lagi satu... nak tubuhkan 400 cabang🙄.. 

Agak2 la..


Ingat org Pdg Besar semua benak sngat ker!


🤔🤔🤔🤔






CIRIT LA DIN....


 Ini susulan keputusan mahkamah yang memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM1.35 juta kepada bekas menteri kewangan itu.




Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

 Zuwairi Md Yusof



Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua


Hujan monsun di jangka berterusan sehingga ISNIN 16 Dis 2024 berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

 https://www.nst.com.my/news/nation/2024/12/1145922/monsoon-rains-expected-persist-until-dec-16


Segeralah ke Pusat Pemindahan Sementara sebelum air mula melimpahi sungai2 di sekitar tempat tinggal anda di mana2 negeri.Semoga anda semua selamat sepanjang tempoh gelombang kedua dan ketiga ini.


Bantuan2 akan di hantar oleh negeri2 lain kepada anda semua secara terus tanpa melalui pihak yang menolak bantuan dan sabotaj seperti sebelum ini.


#PMXMemimpin

#MADANIMendunia 

#PerpaduanMadani



APABILA PM BUAT APOLEGETIK

MSO


Beberapa hari lepas PM Anwar Ibrahim buat pernyataan maaf diatas sikapnya yang kurang baik apabila melepaskan kemarahan kepada para pegawai kerajaan termasuk menteri kabinet dalam satu mesyuarat.


Beliau dikatakan emonsi dan marah apabila berlaku kelewatan dalam perbincangan dan membuat keputusan berhubung projek Mydigital ID dan rangkaian kedua 5G.


Sebagai PM yang berkerja laju kerana mengejar masa untuk qada bakti kepada negara beliau mahu sesuatu keputusan diambil secepat mungkin mengikut masa ditetapkan apa lagi kalau kelewatan itu menjejaskan kerja lain.


Mungkin aksinya dalam mesyuarat itu agak terlebih sedikit menyebab beliau rasa bersalah dan mohon maaf atas keterlanjuran itu.


Sikap PM itu sesuatu yang terpuji dan jarang dilakukan pemimpin lain yang berada ditempatnya itu. Kesediaan PM memohon maaf menunjukkan beliau seorang yang terbuka dan pemaaf.  Sedia mengaku kesalahan dan tidak kekal dengan ego.


Sebenarnya beliau tidak pun perlu membuat apolegetik terbuka begitu, kerana beliau berada diatas, tetapi sebagai seorang pemimpin  berjiwa besar dan punya peri insan tinggi, dilakukan juga tentu sebagai suatu pengajaran. Hal ini perlu diinsafi semua.


Katanya dalam mesyurat itu ada pegawai daripada Bank Negara dan lain lain. Setelah beberapa hari kita tidak pun terdengar ada pihak lain termasuk menteri bertanggungjawab  membuat sebarang komen apa lagi memohon maaf kepada PM atas insuden itu. 


Mereka yang bertanggungjawab atas kelewatan atas sehibgga sampai PM berang sepatutnya memohon maaf kepada PM bukan PM yang memohon maaf kepada mereka.


Apa yang dilakukan Anwar itu, merupakan sifat luar biasanya yang patut diteladani dan hendaklah diingati semua pigak dalam kerajaan. Peristiwa itu juga menjadikan kerajaan Madani ini sedikit pelik. Trims.



TAK DAPAT JAWATAN... MULA NAK MENGARUT



 🤣🤑 Maca betul kata Akmal Soleh, BN baru...

Serupa ibarat api dalam sekam




GAMBAR GAMBAR PMX MAKAN DAN SEMBANG SANTAI BERSAMA YDP AGONG.

 

Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim petang ini bagi menyembah maklum beberapa urusan antaranya terkait isu negara dan usaha Kerajaan menangani permasalahan banjir di beberapa negeri, selain menyentuh soal pembangunan ekonomi negara dan negeri.










Usai sesi tersebut, saya mengiringi Baginda Tuanku untuk santapan tengah hari di restoran Asam Pedas Botak di Johor Bahru, sebelum berangkat pulang ke ibu negara.


#MalaysiaMADANI




PADU USTAZ KG RUSILA "TIBAI PAS, SEDARKAN PEMIMPIN PAS, SALAH GUNA AGAMA.



Ustaz kampung rusilla bekas imam masjid rusila mengkritik dan menghentam parti pas parti kononnya memperjuangkan agama islam tetapi sebaliknya perjuangan mereka menonjolkan mereka memperjuangkan agama islam malah cara mereka menjatuhkan maruah agama islam merendahkan martabat agama islam malah mereka menunjukkan tutur kereta perbuatan bukan yang diajar oleh agama islam sangat memalukan ustaz ini mengkritik menghentam menegur pemimpin-pemimpin di dalam parti pas.. Jom kita tonton perkongsian daripada ustaz zuliadin sama-sama kongsikan live.. kongsikan live ini bersama sana saudara sepupu sepapat adik-beradik ibu bapa kita semoga memberi manfaat kepada semua para-para penonton.. Jom tonton hingga tamat terima kasih bantu like komen dan subscribe boleh hadiahkan super chat super sticker dan super thanks then ada disediakan nombor akaun bank maybank di ruangan live di bahagian bawah terima kasih support channel solihin shabudin Terima kasih semua. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.




SELAMAT TINGGAL MAHATHIR : BAKAL DIPENJARA 10 tahun??

YB MENTERI DS AZALINA MEMBENTANGKAN SATU RANG UNDANG UNDANG YANG PENTING!

KERUSI KEPALA BATAS BERLAKU PRK ? PAS HILANG LAGI 1 KERUSI ?

PEMBANGKANG KETANDUSAN ORANG CERDIK KAH DALAM DEWAN. KALAU IDEA MEMFITNAH DALAM DEWAN ,BUKTI TAK ADA TU BUKAN CERDIK, TAPI BENGONG NAMA DIA..




Kes MP Pendang digantung 10 hari, Dewan Rakyat panas lagi

Persidangan Dewan Rakyat pagi tadi berlangsung tegang selama lebih setengah jam kerana pembangkang membantah keputusan penggantungan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dari mengikuti sidang Parlimen selama 10 hari.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengendalikan sidang pagi tadi telah memberikan laluan kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk mengemukakan pandangan berhubung perkara tersebut.


Antara yang bangkitkan perkara itu adalah Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).



Beliau berkata, peraturan menetapkan mana-mana ahli Dewan tidak boleh diheret untuk dikenakan tindakan hanya kerana membuat kenyataan di luar.


Selepas meneliti hujah dari lima Ahli Parlimen pembangkang yang lain, Johari membuat keputusan menolak desakan blok itu untuk mempertimbang semula keputusan penggantungan Awang Hashim.

Beliau menegaskan keputusan itu telah dipertimbang secara mendalam selain beberapa kali memberi peluang kepada Awang membuat permohonan maaf selepas menghinanya menerusi video TikTok pada 18 Julai lalu.


“Saya sudah dengar semua ini, pandangan saya dan keputusan saya seperti hari pertama saya berada di sini.. bila saya duduk sini saya perlu ketepikan perbezaan politik, maknanya saya tidak main politik.

“Semua dalam Dewan ini kawan-kawan saya. Namun begitu saya juga mesti ada pegangan. Sebab itu bila seorang ahli Dewan menghina saya di luar Dewan
… hari itu yang eject (arah keluar dewan) bukan saya, tapi timbalan saya.

“Bila dia (Awang) kena (keluar Dewan), pemberita tanya, dia kata inilah speaker zalim, saya dengar dalam tv, apa hal?,” kata Johari.

Johari berkata beliau juga telah meminta Awang memohon maaf atas perlakuannya tetapi tidak diendahkan.


“Sebab itu saya kata, apa juga kami kata hari ini, jangan hina speaker,” katanya sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya.






 

AMK LAMA TAK DENGAR CERITA.SIBUK BERKEMPEN GAMAKNYA - Wanita KEADILAN Aktifkan Skuad Ihsan MADANI Ke Seluruh Negara


 Penghantaran barangan sumbangan dilakukan sendiri oleh Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN Pusat ke Dungun, Terengganu pada 6 Disember lalu.

MINDA NORAINI NORDIN, 9 Dis – Berikut merupakan Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN Skuad Ihsan Wanita KEADILAN 2024

6 Disember 2024 (Hari pertama)

Hari Jumaat yang barakah. Kami memulakan perjalanan dari Putrajaya ke Terengganu dalam cahaya senja berlangitkan awan yang muram.

Walaupun tugasan penulis sendiri sudah terlalu padat dengan pelbagai program di ibu negara (bertindih-tindih) namun penulis tetap meluangkan waktu untuk menyertai kumpulan pertama penghantaran sumbangan Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ke Terengganu.

Penulis yang juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat menyertai Misi Bantuan Banjir ke Terengganu bermula pada 6 Disember lalu.

Kami berada di Terengganu untuk tempoh empat hari tiga malam yang bermula 6 Disember lalu.

Kumpulan pertama Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ini dianggotai oleh Pengerusi Biro Mobilisasi Aidawaty Paiman, Ketua Wanita KEADILAN Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain, Ketua Srikandi Sarawak Norhafizah Mohd Joharie, Pengerusi Biro Usahawan Siti Norffinie Mohamad Yassin, Rosmawati Shanim Hasim (Cabang Batu) dan Fauziah Hassan Kuthoos .

Bagi tugasan menyelaraskan sumbangan barangan banjir di Terengganu diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN Negeri Armila Alias yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri tersebut.

MUSIBAH BANJIR

Misi paling jelas adalah untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan yang kawasan dan negeri mereka dilanda musibah banjir.

Ketua Wanita KEADILAN Terengganu Armila Alias menyambut ketibaan rombongan Wanita KEADILAN Pusat bagi memulakan misi bantuan banjir sayap itu di Dungun, Terengganu.

Kami juga mahu menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan sasaran bagi meringan bebanan mereka.

Dua buah kenderaan pacuan empat roda sarat dengan barangan sumbangan termasuk Kit wanita, Kit Kanak- Kanak, Kit Warga Emas, Kit Pelajar, Kit makanan ringan termasuk barangan solat.

Banjir gelombang pertama kali ini juga luar biasa melebihi 100 ribu mangsa di tujuh negeri termasuk di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Wanita KEADILAN Pusat bersama Wanita KEADILAN Terengganu memulakan misi bantuan banjir ke kawasan terjejas di berberapa kawasan di negeri ini bermula pada 6 Disember lalu.

Kerosakan serta kerugian akibat banjir juga sudah mencecah RM1 bilion termasuk melibatkan sektor pertanian.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun kira-kira 378 kilometer itu diuji dengan hujan lebat silih berganti.

Kami tiba di Dungun tepat jam 10 malam. Keletihan lenyap apabila disambut oleh Armila dengan sajian enak dan penginapan yang selesa. Alhamdulilah.

Terima kasih Ketua Wanita Pusat – YB Fadhlina Sidek yang berusaha gigih menyediakan barangan sumbangan dan amat peka meringankan bebanan mangsa banjir seluruh negara.

Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek tidak lokek memberikan semangat kepada calon SPM yang terjejas banjir di Kelantan menerusi Op Payung bersama agensi kerajaan lain. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Sementara itu, dalam masa yang sama – pasukan sukarelawan Wanita KEADIlAN untuk misi banjir juga turut diaktifkan untuk membantu mangsa-mangsa Kelantan, Kedah, Pahang serta kawasan-kawasan terkesan.

Skuad Ihsan MADANI diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN negeri masing-masing mengerakkan anggota mereka untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

  • Oleh Noraini Nordin

PM DAN YDP AGONG MAKAN BERSAMA. TOLONG LETAK LAUK LAK LAM PINGGAN. BUKAN APA, NAK BAGI TAU KAKI TEBUK ATAP....HANGPA TUNGGU SAMPAI WAKTU....KALAU DAK KIOK...



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyandukkan lauk sambil menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas di Johor Bahru hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



 Sultan Ibrahim, Perdana Menteri ceria santap asam pedas bersama.


Keakraban Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan rakyat Malaysia.


Menerusi catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkongsi beberapa foto sedang menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.


Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat pada sesi santapan tengah hari itu.


“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap tengah hari bersama Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.


“Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi,” tulis catatan itu.




DAPUR MADANI SUKARELAWAN YADIM BERKHIDMAT UNTUK BANTU MANGSA BANJIR.

 


DAPUR Madani Sukarelawan YADIM Losong telah menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan pada 8 Disember.








Beliau telah meluangkan masa hampir satu jam menyantuni dan merakamkan penghargaan kepada para petugas di dapur berkenaan yang terletak di Dewan Kamal, Kampung Losong Datuk Amar.


Turut bersama ialah YDP Yadim Dato Hassanuddin yang turut hadir bersama skuad Madani ke Terengganu bagi menyantuni mangsa banjir . Beliau mengiringi Timbalan Menteri Di JPM yang bersama melawat mangsa banjir.


Pada hari tersebut, seramai 20 ahli sukarelawan YADIM Losong telah bekerjasama menyiapkan 250 pek makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir. 


Antara lokasi agihan termasuklah untuk para petugas barisan hadapan dan sukarelawan di program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM, Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani