CEPAT NAK AMBIK KESEMPATAN- TAHU TAPI BUKAN NAK HALANG TAPI NAK CERCA. TUJUAN NAK CERCA LEBIH KEPADA NAK HALANG
Pusat hiburan Privacy Club yang anjurkan Thai Hot Guy tidak
mempunyai lesen. Dari pemeriksaan awal pihak DBKL, premis itu dilesenkan
sebagai sebuah restoran kepada Beijing 9 Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, lesen restoran itu telah tamat pada 4 Februari
2021. Jadi persembahan Thai Hot Guy itu adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Namun begitu ada pihak cepat ambil kesempatan.
PAS seperti biasa lekas politikkan isu ini. Dan tanpa segan silu
PAS mengaitkan dengan Madani. Entah kenapa PAS benci dengan usaha kerajaan ini
untuk membentuk pembangunan yang berciri Islam.
Tapi yang aku suka nak sentuh, puak ni, sekiranya ada acara atau
program berbentuk keislaman yang dijalankan oleh kerajaan, mereka akan perlekeh
atau paling tidak, mereka pendamkan.
Tapi bila ada acara tak senonoh, walaupun dianjur oleh pihak
swasta, yang tak kena mengena dengan kerajaan pun, lekas mereka menuding kepada
pihak kerajaan. Malah yang lulus waktu dia memerintah pun dia salahkan kerajaan
yang ada juga.
Jadi aku nak tanyalah. Bila ada mudir sekolah tahfiz yang
meliwat anak murid di Kelantan, adakah boleh salahkan kerajaan negeri? Jika
banyak kes dadah, adakah salah kerajaan negeri juga?
Boleh nampak jelas sifat PAS. Bila berlaku perkara mungkar atau
masalah sosial, lebai PAS tak pernah pun fikir nak selesaikan. Sebaliknya
mereka akan tunggang isu itu untuk laba politik.
Tetapi kalau berlaku di negeri yang mereka tadbir, pandai pula
mereka kata tak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.
Begitulah sifat mereka. Bukanlah amr ma'ruf nahi mungkar sangat
pun. Mereka sekadar berpolitik je. Islam bukan lagi perjuangan mereka. Sebaliknya
Islam kini hanyalah instrumen untuk mereka meraih sokongan. Guane boh?
CUBA NAK BUAT KACAU BILAU DAN TUDUH PM SEBAGAIMANA YANG SEDIA TAHU- KDN ADA POLIS ADA SEMUA ADA- TAPI HANGPA CUB=MA BOLEH BAGI AMARAN- KEMETOT SANGAT LA HANGPA BILA PEGANG KUASA NI SECARA HEMAT SAMPAI NAIK KEPALA.
KENYATAAN MEDIA
Pejabat Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri telah
menerima laporan berkenaan satu acara hiburan yang bakal dianjurkan oleh
Privacy Club di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2023 bermula jam 6 petang. Setelah
meneliti iklan di akaun Facebook bar berkenaan, pihak kami mendapati acara
hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa
dari Thailand yang berpakaian Wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai
tarikan utamanya.
Justeru hasil siasatan awal dari pihak Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), telah mendapati bahawa premis tersebut adalah dilesenkan sebagai
restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd. Walaubagaimanapun lesen restoran
syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu. Premis itu juga
tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan
atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan. DBKL juga dalam proses
semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang
pelanggaran peraturan dan syarat – syarat oleh penganjur.
AZMAN BIN ABIDIN
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri
22 Mac 2023
NASIHAT PADA YANG BERPISAH-JANGAN SAMPAI SATU DUNIA TAHU
·
ibu bapa yang bercerai
artis cerai byk kan skang
tapi mcm byk lalu kt feed dan tiktok so baca jugak laa
bila baca suami tuduh isteri curang
yg sorg lg isteri kata suami tak bayar sewa umah
aku just nk relate kan
utk aku yg bercerai + ada anak
aku rasa aku cuba yg bercerai dgn cara palinggggg baik wlpn
sbrnya perittt
aku dgn dia tkpnah maki
tkpnah tinggi suara , tkpnah gaduh ,
kalau duduk berdua sentiasa senyum dan gembira
anak2 tak nmpk cacat cela lgsg
dlu aku ada tukang bersih umah
org bersih umah tu terkejut aku bercerai
tkpnah dgr suara lgsg , smua nmpk ok jee
tp hakikat nye kami tak sefahaman lah
mmang kalau leh nk je aku maki2 ex aku![]()
kita bercerai dlm keadaan kita kesal n marah
kalau elok molek je , tak kan bercerai kannn
tp dpn anak2 tu tkde kata2 dan perbuatan yg keluar
dpn fmly jugak sama sampai harini fmly aku dan dia tktau sebab
kami bercerai
kami menutup baik sebaik mungkin aib ni
tapi anak membesar ![]()
anak bertanya
knp mamy papa berpecah ? ( dia maksudkan bercerai )
knp mamy papa tak gaduh pun tp pecah ?
knp kami ada dua mak ? knp kami ada baba ?
knp ? …
aku : malu ya ada dua mak ?
anak : knp mamy ?
dan aku explain dgn caraaaaaa paling baik
tanpa buruk kan papa dan aib aku sendiri
tu aku ..
cuba bayangkan anak membesar ?
yg kes artis kita baca harini
mak hg curang ke dgn pak hg ?
mama , papa ckap mama curang ?
mama , mama cerai dgn papa sbb tkleh byr sewa ke ?
sbb bg duit skit ke ?
belom masuk mmber anak2 tanya nanti ?
mak kau bercerai sbb pak kau miskin tkleh byr sewa ke ?
kesian anak ..
sgt efek utk pembesaaran diorg
utk aku yg bercerai sehabis baik tutup aib pun
anak aku terkesan …
ni kan yg aib kiri kanan terjaja mcm ni ?
ntah la susah nk ckap sbb ujian kita tak sama
tapi seboleh nye tutup lah kisah suami isteri demi anak
bercerai lah dgn cara paling menutup aib
skang anak kecik mgkin kita tak rasa
aku dlu pun tak rasa sbb aku bercerai anak bru 6taun
tapi lepas anak dah 10 tahun ..
mcm2 soalan perceraian dia mula tanya
itu dan ini knp dia tak sama dgn org lain
tkt2 menjadi trauma kt anak sendiri
yg bermasalah kita berdua
duluuuu kita mula cerita kita dgn cinta
hari2 kita lalui penuh bahagia
tapi kita pun tak jangka ia berakhir dgn kecewa
tp jgn libatkan sesiapa
dulu kan kita pnah bahagia ? lupa ?
anak kita lahir dari cinta kita ..
cuma cinta kita yg mati
bukan anak2 ..
kita bukan pura2 bahagia ..
kita bukan tknk cerita ..
tp betul org selalu ckap “ byk hati perlu di jaga “
anak2 berhak
bahagia wlpn di takdirkan ibu bapa yg bercerai
RAFIZI JELASKAN
Saya ditanya Tan Sri Muhyiddin kenapa kerajaan tidak berhutang
sehingga RM100b ke RM200b supaya ada peruntukan segera kepada rakyat yang kata
beliau semakin susah berbanding sebelum ini.
Jawapan saya:
1) data ekonomi menunjukkan keadaan sekarang lebih baik
berbanding semasa TS Muhyiddin menjadi PM, jadi dakwaan itu tidak benar
2) budaya mewariskan hutang kepada generasi akan datang agar PM
boleh popular dengan mengagihkan wang kepada pengundi ini mesti dihentikan
Ikuti perbahasan penuh dari Parlimen hari ni ![]()
PERANGAI GANG LEBAI MACAM NI LAH. TAK GUNA SEKOQ PUN
Kerajaan pusat di bawah pentadbiran sdra Anwar Ibrahim di saran
pertimbangkan kerugian hutang RM60juta atas kegagalan kerajaan lebai kelarah
pas Kelantan buat projek lebuhraya rakyat ?
Cina Guan Eng beri RM400juta tahun 2020, puak lebai tu pi penaik
gaji RM5000 & kereta mercedis setiap sekoq. Tak cukup naik gaji, beri pula
imbuhan bonus RM50000.00 setiap exco Kelantan.
Tahun ini, bulan Februari lepas naik gaji RM5000 setiap sekoq.
Naik bukan sikit2, terus naik mendadak.
Setiap 3 tahun sekali, gaji naik RM5000!
Buat highway di Kelantan sampai kena saman dgn pihak kontraktor.
Kemudian tak bayar kontraktor yg buat jalan dgn kos RM60juta.
Lani, nak suruh Anwar tanggung hutang yg lebai buat RM60 juta ?
Senangnya hidup lebai mangkuk tu semua...rasmi pecah tanah dialah nombor wahid.
Gebang ja lebih, hutang kontraktor tak bayar...dia suruh org lain pula
bayarkan.
JOM JADI WALAUN
JOM JADI WALAUN
1. Program kat kelab malam membabitkan ‘influencer’ Thailand
Tidak akan
dihadiri atau membabitkan Muslims
Ini tidak ok.
Wajib DIPERTIKAI.
(Sebab kat KL. Kerajaan Persekutuan PH)
2. Program fashion show di Kedah
Tayang
cross-dressing & dihadiri Muslims
Ini ok. Wajib
DIBENARKAN. Wajib MEMBISU.
(Sebab kat Kedah. Kerajaan negeri PAS)
3. Program bina badan wanita di Kedah
Persembahan
wanita membuka aurat atas pentas & dihadiri Muslims
Ini ok. Wajib
DIBENARKAN. WAJIB MEMBISU.
(Sebab kat Kedah. Kerajaan negeri PAS)
Begitulah kemunafikan walaun dan walauntit.
Apa pun, Kerajaan Perpaduan terbaik kerana tidak sampai 24 jam,
perkara ini disiasat.
Kerajaan mendapati rupa-rupanya ianya ANJURAN TANPA PERLESENAN
OLEH PIHAK SWASTA.
Rupa-rupanya…. penganjur tidak memiliki lesen perniagaan yg
sesuai dengan anjuran program tersebut.
Rupa-rupanya premis tersebut dilesenkan sebagai perniagaan
“restoran” kepada syarikat “Beijing 9 Sdn Bhd” maka ia bermaksud premis
tersebut hanya boleh menjalankan perniagaan restoran seperti makan dan tidak
boleh menjalankan perniagaan lain seperti bar, pub ataupun kelab malam.
Rupa-rupanya lesen restoran tersebut pun telah tamat tempoh pada
4 Februari 2021.
Maka beberapa kesalahan telah dilakukan oleh pihak penganjur,
iaitu
-Nature Of Business yang dimohon dalam kertas adalah berbeza
dengan Nature Of Business yang dijalankan
-Lesen perniagaan telah tamat tetapi masih beroperasi
Sah sah kesalahan penganjur.
Tetapi tidak apa lah.
Belum berlangsung pun kita salahkan Anwar je.
Yang telah dianjur seperti fashion show LGBT dan tayang aurat
kat Kedah pada tahun 2022 tu kita berpakat membisu
Shhhhh
Jom jadi walaun!
GAMBAR GAMBAR PM ANWAR MENGERJAKAN UMRAH
Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai
melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi.
Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita
menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, inshaAllah.
FUH! Rafizi Ramli bertegas, perbelanjaan dibuat bukan untuk meraih popul...
TERBAIK YB RAFIZI! LEPAS NI MAKIN PANASLAH MB KEDAH SANUSI!
KES PEGECUALIAN CUKAI-Sepandai Tupai Melompat Jatuh Juga Ke Tanah
Senator Dewan Negara bidas tuduhan Presiden Pas
Kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang menuduh KEADILAN
melawan al-Quran merupakan satu kenyataan tidak cermat.
Senator Mohd Hasbie Muda berkata, tuduhan susulan ucapan
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kongres
Nasional Khas KEADILAN 18 Mac lalu itu berpunca daripada sikap Ahli Parlimen
Marang tersebut yang tidak 'tabayyun' dalam menerima berita.
"Amatlah tidak betul apabila Presiden Pas mendakwa Saifuddin
sebagai jahil dan buta al-Quran, atau KEADILAN melawan al-Quran sekali gus
melawan Allah.
"Presiden Pas melakukan kesilapan besar dengan membuat
komentar ke atas perkara sepenting ini tanpa merujuk terus rakaman ucapan
Saifuddin sesuai dengan ajaran agama Islam yang menyeru kepada tabayyun.
"Tiada dalam mana-mana bahagian ucapan penggulungan Saifuddin
Nasution di dalam Kongres Khas yang mewajarkan Presiden Pas membuat tuduhan
berat berbunyi “KEADILAN Lawan al-Quran," katanya.
Tambah Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu, Abdul Hadi telah tanpa
semakan teliti menyerang Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan kata-kata “hal
ini jelas menunjukkan kejahilan dan sifat buta al-Quran yang lebih parah
daripada sifat buta huruf”.
Sedangkan menurutnya, Saifuddin secara jelas telah menganjurkan
kepada ahli parti itu bahawa tiada siapa boleh menafikan bahawa sebagai agama
yang lengkap, politik sememangnya ada dalam Islam.
Malah Saifuddin dalam ucapannya turut menekankan tuntutan
berpolitik secara Islam dan bukan mempolitikkan agama.
"Saya setuju dengan tulisan Haji Amidi Abdul Manan, Pengarah
Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN bahawa tulisan Minda Presiden
Pas tersebut terbabas dari landasan.
"Saya juga setuju dengan tulisan Haji Amidi bahawa tulisan
Minda Presiden Pas menunjukkan Presiden Pas sedang memperkukuh fahaman bercitra
Khawarij yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
"Jika perbuatan begini tidak dibendung segera, negara boleh
kembali ke zaman ekstremisme agama yang membawa huru-hara seperti yang pernah
berlaku sebelum ini," tegas Hasbie dalam kenyataan tersebut.
Pelajar STEM dan TVET perlu diberi pendidikan percuma
Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN menyarankan supaya kerajaan
memberi pendidikan percuma kepada pelajar yang memilih jurusan sains,
teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) di peringkat universiti.
Gesaan itu disuarakan Sim Tze Tzin dalam temubual secara Live di
laman Tik Tok Free Malaysia Today.
Selain pelajar golongan itu, pendidikan secara percuma jelasnya
turut wajar diberikan pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Kerajaan jangan takut nak beri pendidikan percuma sebab pada
masa depan, bila mereka dapat pendapatan yang tinggi, mereka akan bayar cukai.
Nilai cukai ini lebih tinggi dan kerajaan akan dapat balik (pulangan pendidikan
percuma).
"Kalau pekerja kita gaji rendah, kita (kerajaan) kena bagi
BR1M, pelbagai subsidi. Tapi kalau mereka mendapat pekerjaan yang berkualiti,
secara automatik isu-isu ini akan diselesaikan. Mereka bukan lagi B40 tapi
sebaik tamat pengajian mereka M40," jelasnya.
Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut
menyatakan kebimbangan berhubung kemerosotan jumlah pelajar yang memilih aliran
STEM.
Jika tidak ditangani, jelasnya, akan menyebabkan negara ketandusan
tenaga kerja mahir sekaligus merugikan negara.
Justeru beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan laluan pantas
atau “express lane” untuk pelajar STEM memasuki institut pengajian tinggi
(IPT).
"‘Express lane’ ini bermaksud semua IPTA menawarkan kursus
STEM secara terus kepada semua pelajar SPM, tanpa melalui Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) atau matrikulasi. Keputusan baik dapat tawaran masuk
universiti, yang kurang baik, masuk TVET," katanya yang mengutarakan tiga
cadangan itu ketika membahaskan ucapan dasar Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat,
baru-baru ini.
"Saya cadangkan dekat Parlimen, dengan cara ini kita boleh
lahirkan satu juta graduan STEM dan TVET dalam masa lima tahun. Saya yakin
Malaysia akan maju. Pelabur akan berpusu-pusu masuk ke negara ini,"
jelasnya pada sesi temubual itu.

