BERANIKAH MAHIADDIN LETAK JAWATAN JIKA ANWAR GAGAL DITUMBANGKAN 19 DISEMBER NANTI?

 

Tidak seperti Mahiaddin Md Yasin yang bertindak menggantung Parlimen melalui perisytiharan darurat untuk mengelak keabsahannya diuji, Anwar Ibrahim sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri, tidak menunggu lama untuk menunjukkan kejantanannya dalam hal tersebut.

Menyahut cabaran Mahiaddin yang sedang lara, kecewa dan mungkin meleleh air liur kerana gagal menuruti jejak Tun Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Anwar menegaskan, keabsahannya akan segera ditentukan apabila Parlimen mula bersidang pada 19 Disember depan.

Menurut beliau, undi percaya terhadapnya adalah agenda terawal sidang Parlimen akan datang yang mana usul berkenaan akan dibawa oleh pihak kerajaan sendiri.

Sebelum Anwar mengangkat sumpah di Istana Negara semalam, Mahiaddin tampil mengadakan sidang media mempertikaikan keabsahan Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri.

Beliau seterusnya mencabar Anwar untuk mengemukakan jumlah sokongan yang dimilikinya bagi membuktikan kesahihan perlantikannya itu.

Mahiaddin sebaliknya yakin beliau telah mendapat majoriti yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah wajar beliau membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” tambah Pengerusi PN itu lagi.

Dalam hal ini, walaupun Mahiaddin telah menghantar sejumlah SD yang didakwa mencukupi untuknya dilantik sebagai Perdana Menteri kepada Istana Negara, tetapi barangkali beliau terlupa bahawa telah berlaku beberapa perubahan selepas itu.

Pertama, 10 Ahli Parlimen BN yang sebelum itu menandatangani SD menyokong beliau telah menarik balik sokongan mereka itu.

BN seterusnya membuat keputusan berkecuali dan ingin kekal sebagai pembangkang saja.

Tetapi setelah titah Agong agar dibentuk kerajaan perpaduan yang Mahiaddin sendiri menolaknya, MT UMNO secara sebulat suara memutuskan mereka bersedia menyertai kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN.

Tak fahamkah Mahiaddin dengan ayat pendirian UMNO sedia menyertai kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN itu?

Kalau tak faham, biar saya fahamkan – oleh kerana hanya ada dua gabungan yang mendapat kerusi terbesar iaitu PH dan PN, maka sudah tentulah salah satu antara keduanya itu yang layak menerajui kerajaan perpaduan sebagainana dititahkan Agong.

Apabila UMNO memutuskan sedia bersama dengan kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN, pastilah ia bermaksud BN memilih PH.

Faham ke tidak lagi Mahiaddin?

Kedua, GPS di Sarawak turut mengubah pendirian dengan menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong menentukan siapa yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri setelah mereka mendapat bantahan daripada sebahagian penyokongnya sendiri yang bimbang dengan pengaruh ekstremisme Pas yang kini lebih besar dalam PN.

Jadi, celah mana yang Mahiaddin mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti?

Apa pun, keberanian Anwar menguji keabsahannya pada 19 Disember ini iaitu tidak sampai sebulan selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri memang suatu tindakan berani dan amat terpuji.

Bermakna beliau sedia mempertaruhkan jawatannya dan berisiko kehilangan jawatan Perdana Menteri jika gagal dalam undi percaya itu.

Tetapi, bagi Mahiaddin yang sekadar berani mencabar itu, apa pertaruhan yang mahu diletakkannya?

Jika Anwar berani mempertaruhkan jawatan Perdana Menterinya, beranikah Mahiaddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN dan Presiden Bersatu jika Anwar tidak tumbang pada 19 Disember nanti? – ShahbudinHusin 25/11/2022.



KISAH ISMAIL SABRI DAN MAHIADSIN

 

Isu RM600B yg di belanjakan oleh Mahiaddin semasa darurat ini lah yg bakal 'membunuh' PN. Isu ni juga bakal mendedahkan siapa pemimpin PPBM, PAS dan juga beberapa orang pemimpin UMNO yg kianat dan berniat nak mengambil alih kepimpinan UMNO. 

Perancangan ini telah di atur sebegitu rupa sehingga hampir membunuh terus UMNO.

Tindakan mengunakan duit dan merancang fitnah ini bermula dari TunM sendiri di mana kuasa yg dia perolihi semula dengan bantuan PH untuk menjadi PM semula di gunakan sebaik mungkin untuk melenyapkan semua termasuk Anwar sendiri semasa dia menjadi PM7. 

Gerakan TunM dan Mahiaddin bermula dengan gerakan memenjarakan DSNajib dengan fitnah terancang dan ia menjadi lebih mudah dengan penglibatan pemimpin UMNO yg bernafsu besar nak jadi penguasa dalam UMNO dan kerana nak selamatkan diri. Akibat tindakan mendakwa Najib lah maka trajedi katak2 melompat berlaku untuk melumpuhkan UMNO. Beberapa orang lagi pemimpin UMNO menunggu di dalam UMNO untuk membunuh UMNO dari dalam. ianya sangat licik tetapi dapat di kesan oleh Presiden sebab itu ramai dari mereka di gugurkan semasa PRU15 baru2 ini. Ini bukan lagi rahsia.

TunM berundur juga di rancang rapi oleh TunM supaya Mahiaddin mengantikannya untuk mengelak Anwar dari menjadi PM mengantikan TunM dengan gerakan langkah Sharaton. Azmin dan geng2nya bersekongkol dengan TunM untuk gagalkan Anwar sebagai penganti TunM. Maka berjaya lah misi TunM dan Mahiaddin dan Mahiaddin berjaya jadi PM8. 

Pemimpin UMNO juga terlibat untuk mengantikan Presiden UMNO setelah DSAZH tidak mahu mengikut kehendak TunM dan Mahiaddin maka kes mendakwa Zahid juga di cipta dan sampai kehari ini gerakan supaya Zahid juga masuk jail bersama Bossku di caturkan. Perbualan tel untuk memenjarakan Najib @ Bossku antara PakLong Mail dengan orangnya terbongkar sebab itu lah cepat2 pemimpin UMNO yg terlibat nak bersekongkol dengan Mahiaddin supaya jika Mahiaddin jadi PM10 maka mereka selamat. 

Sekarang mungkin baru kita akan faham kenapa AG tidak di tukar dan kenapa Nazlan tidak di dakwa dan tindakan diam oleh PakLong Mail. 

Andai BN menang dan jadi kerajaan lepas PRU15 baru2 ini yg jadi PM juga PakLong Mail maka Mahiaddin juga selamat. sebab itu tidak hairan lah semasa PakLong Mail jadi PM9 isu RM600B lansung tidak di persoalkan. 

Adakah Kerana RM600B ini telah di agihkan sebegitu rupa antara pemimpin yg rakus dari PPBM, PAS dan UMNO maka ia cuba di tutup? duit yg begitu banyak dalam bilik tidor Mahiaddin telah terdedah dgn sendirinya oleh Anuar Musa juga amat mengejutkan. Maka tidak hairan lah PN terlalu mewah semasa berkempen PRU15 baru2 ini.

Tetapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Akibat tidak dapat majoriti semua parti maka Anwar yg ALLAh pilih menjadi PM dan seperti janji Anwar isu RM600B ini akan di siasat.  

Kerana ketakutan lah maka PN mula nak bersama semula dengan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sekarang.

Kita tengok episod selanjutnya lepas ini ...

 

Nota : Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

- PokLong Bahazelan


JIKA JAHAT BEGINI...KERAJAAN TAK BOLEH BIARKAN..DULU PUN PUNCA PERSEPSI SEBEGINI DAN INI DICUBA LAGI...OLEH ORANG YANG SAMA BARANGKALI


 

PERINGATAN DARI OTAI REFORMIS

 Assalammualaikum  Salam 🤝🤝Pagi hari  Jumaat 25 Nov 2022 / 

 *1 Jamadil Awal  1444H* 


Allahamdullilah  Syukur kpeda Kadrat Illahi perjuangan Istiqamah 24 tahun (1998-2022) akhirnya tercapai kpd kita semua Pejuang Reformis 


Ingin saya ingatkan 

kpd Kawan Kawan semua bukan kita sahaja bergembira 

Tapi


Saya *Mengingatkan juga kepada Semua Pejuang 98 yang Telah Meninggal kan Kita di Dunia ini* baik berbagai Bangsa & Agama


Sama sama kita  sempena hari Jumaat Penghulu hari *Muslimim/Muslimat kita Bersedekah SURAH AL FATIHA KEPADA ARWAH ARWAH* sahabat kita semua

🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Kepada Yang *Bukan Beragama Islam juga bertakaful mengikut kefahaman agama* masing masing 


Insyallah  PERJUANGAN KITA DIRAHMATI


Kepada Yb Yb di lantik Pru15 Di Bawah PM 10 *kami memerhati* Segala Tindakan Yb Yb jika lari dari Perjuangan Utk Rakyat Demi kepentingan Sendiri..


Ikhlas 

Okt Permatang Pauh

Reformis Jalanan 98



JOKOWI PRESIDEN PERTAMA HUBUNGI ANWAR


 

RINGGIT NAIK, PASARAN SAHAM KUKUH SELEPAS ANWAR PM


Undi Percaya kepada kerajaan perpaduan 19 Disember




 Perdana Menteri Malaysia yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaanya akan membuktikan majoriti yang dimiliki secara mengikut peraturan Perlembagaan Persekutuan yang sah, iaitu melalui Undi Percaya di Dewan Rakyat.


Dalam berkata demikian dalam ucapan sulungnya di Kajang dalam menjawab serangan Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin, bahawa perikatan itu memiliki majoriti mudah dan mempertikaikan perlantikan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan agong.


"Saya bersedia menerima penyertaan (parti) yang lain termasuk dari PN, walaupun kenyataan pengerusinya dari awal tidak memberansangkan. Juga mempertikaikan keabsahan kita.


"Saya nyatakan di sini kita telah tetapkan sidang parlimen pada 19 Disember ini dan usul pertama selain angkat sumpah (ahli parlimen) adalah usul dari kerajaan Undi Percaya di Parlimen.


"Bagi saya tidak timbul tentang keabsahan yang ada," katanya.


Sebelum ini, dalam sidang medianya, Mahiaddin berkata pihak beliau mempunyai 113 Akuan Berkanun (SD) yang lebih daripada nilai ambang majoriti diperlukan untuk membentuk kerajaan.


Bagaimanapun, banyak penganalisis politik tidak faham strategi politik apakah yang sedang dimainkan Mahiaddin kerana pelantikan kerajaan berasaskan SD tidak lagi terpakai setelah Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan di Parlimen dan mula dikuatkuasakan pada Oktober lalu.

Ucapan tahniah dari ketua kerajaan asing mencurah masuk

 

DSAI MENERIMA PANGGILAN DARI PRESIDEN TURKI ERDOGEN KETIKA MAHU MELAKUKAN SIDANG MEDIA


Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang menerima ucapan tahniah daripada ketua kerajaan asing sebaik sahaja selesai upacara mengangkat sumpah jawatan.


Malah ketika ingin melakukan sidang media pertamanya, rakan baik, Presiden Turkeye Recep Tayyip Erdoğan masih di ganggang telefon mengucapkan tahniah.


Anwar juga mengumumkan beliau telah menerima ucapan tahniah antaranya daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa ketua kerajaan asing.


Dalam semangat meningkatkan imej negara itu, Anwar menegaskan fokus pertama beliau adalah untuk memperbaiki ekonomi negara yang telah merosot teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Fokus uatma saya ialah ekonomi. Saya bersyukur hari ini dan seterusnya keyakinan pelabur berubah, ringggit menguat dan bursa saham segar," katanya.


Ketua kerajaan perpaduan itu juga menegaskan kerajaan beliau akan mendukung Perlembagaan Persekutuan dan akan menjaga kedaulatan Raja Raja Melayu sebagai payung negara.


"Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya tetap faham keperluan kita mengangkat penghayatan Islam sebagai agama Persekutuan.


"Termaktub dalam Perlembagaan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta keperluan kita menjelas sistem Perlembagaan kita, menetap kedudukan dan kemuliaan serta kedaulatan Raja raja Melayu," katanya.


Di samping itu, Anwar juga mengingat janji kempennya bahawa beliau akan mengumumkan cuti sekiranya berjaya menjadi perdana menteri.


Beliau mengumumkan cuti khas pada hari Isnin 28 November 2022.

JAWAPAN TUDUHAN WALAUN TERHADAP KERAJAAN KINI. MEREKA GAGAL..MEREKA MULA MENYERANG TAPI TERPALIT DIMUKA SENDIRI.

Bila kerajaan dan pimpinan ko tak turun kan judi dan menerima jenama Timah sebagai arak tanpa bantahan. Walaun yang tak cerdik.



Jawapan Ayahanda Rani Kulup yang bijak buat walaun yang jahat.


Ini sahih tak solat ni. Azan pun tak dengar. Walaun yang jahil rasanya.


 

LAGI TENTANG MUHYIDDIN


 

PENDEDAHAN ANNUAR MUSA DUIT DALAM BILIK MAHIADDIN UNTUK UMNO SABAH BERPULOH JUTA


 

PAK CIK INI SARAN RAFIZI KETUAI KDN DENGAN PENDEDAHAN YANG LEBIH MELUAS


 

Kedutaan asing ucap tahniah kepada Anwar


Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada perwakilan asing sejurus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. (Gambar JPN)

KUALA LUMPUR: Perwakilan asing di negara ini menghantar ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada hari ini.

Mesej tahniah pertama yang diterima sejurus selepas Anwar mengangkat sumpah pada 5 petang adalah daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters.

“Tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pemilihannya sebagai perdana menteri Malaysia ke-10. Kedutaan AS Kuala Lumpur berharap untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik AS-Malaysia di bawah kepimpinan anda,” katanya pada mesej yang disiarkan di akaun Twitter rasmi kedutaan US Embassy KL, hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Justin Lee dalam akaun Twitter rasminya juga menghantar mesej ucapan tahniah kepada Anwar.

Lee juga menyiarkan gambar beliau bersama Anwar.

“Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia ke-10!. Australia & Malaysia adalah kawan yang paling rapat.

“Suruhanjaya Tinggi Australia berharap dapat bekerjasama dengan pasukan anda di bawah perkongsian strategik komprehensif kami,” tulisnya di Twitter.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko ketika mengucapkan tahniah kepada Anwar berkata beliau amat berharap kerajaan baharu akan memimpin Malaysia dalam perpaduan dan seterusnya mempromosi hubungan Jepun-Malaysia.

“Tahniah kepada Anwar Ibrahim @anwaribrahim yang telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10,” tweet beliau.

Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov.

KISAH PARA LEBAI DAN WALAUN SAMPAI NAK BERBUNUH- INIKAH POLITIK YANG DIKATAKAN POLITIK ISLAM


 

PM UMUM CUTI PADA ISNIN DEPAN


 

NANTI JANGAN KATA ANWAR TAK HAPUS JUDI PULAK - MASA KAMU JADI KERAJAAN RUU355 PUN TARAK MALAH JUDI PUN KAMU TAK DAPAT NAK TURUNKAN SEMULA


 

UNDI PERCAYA DI PARLIEN. INI TIDAK DILAKUKAN OLEH MAHIADDIN KERANA ALASAN PKP- 19 DISEMBER


 

PM Singapura, Jokowi ucap tahniah kepada Anwar.

 


Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden
 Indonesia Joko Widodo antara yang mengucapkan tahniah kepada
 Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Singapura dan Indonesia mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau tidak sabar menemui rakan sekerjanya dari Malaysia itu bagi membincangkan isu yang dihadapi bersama dua negara ini, selain mengukuhkan hubungan dua hala, lapor Bernama.

Katanya, pelantikan Anwar berlaku dalam pada pelbagai cabaran besar dihadapi di rantau ini malah di peringkat antarabangsa.

“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

Sepanjang pandemik Covid-19, Lee berkata kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi yang teguh menyokong antara satu sama lain.

“Kami juga telah menjadi rakan kongsi rapat di Asean, yang kekal menjadi pusat kepada kestabilan di Asia Tenggara di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menghubungi pengerusi Pakatan Harapan itu selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata pemimpin yang lebih mesra digelar Jokowi itu menjadi pemimpin pertama yang menghubunginya.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi (pelaburan), budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” kata Anwar.

Dalai Lama dan beberapa duta besar ke Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.