Mahfuz kata cara kerajaan tangani kenaikan harga barang melucukan, macam Maharaja Lawak

 

Mahfuz kata cara kerajaan tangani kenaikan harga barang melucukan, macam Maharaja Lawak


Cara kerajaan menangani isu kenaikan harga barangan yang kini membebankan rakyat bukan sahaja dilihat melucukan malah menunjukkan kerajaan ketika ini tidak berupaya untuk mentadbir negara dengan baik.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ketidakmampuan kerajaan itu boleh dinilai dengan kewujudan pasukan khas yang ditubuhkan sebelum ini bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

“Kita lihat kerajaan hari ini adalah kerajaan pak lawak, kerajaan maharaja lawak. Dia (kerajaan) yang menaikkan harga ayam, dia juga yang melancarkan jihad untuk menghadapi inflasi.

“Ini satu keadaan yang melucukan dalam negara kita. Dalam sejarah kita memiliki sebuah kerajaan, inilah kerajaan yang paling lemah dan tidak memberi kesan yang baik kepada masa depan rakyat,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2022 di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, kerajaan dilihat buntu dalam menghadapi keadaan inflasi dan kenaikan harga barang sehingga mahu mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani isu sama.

Malah katanya, cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan MPN peringkat negeri juga disifatkan sebagai satu pembaziran.

“Saya nampak kerajaan ini buntu, kita sampai ada tiga pasukan khas iaitu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kemudian MPN dan kini yang baharu (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) yang semua memainkan peranan dan fungsi yang sama dalam mengatasi inflasi. Saya fikir apa lagi idea baharu yang boleh diperolehi daripada (Jihad) sedangkan pasukan khas sebelum ini tidak nampak apa-apa idea yang boleh digerakkan kepada usaha yang baik.

“Sekarang, Muhyiddin suruh tubuh MPN peringkat negeri, kita habiskan wang untuk mesyuarat, makan karipap dan pulut udang tetapi perut rakyat terus kelaparan.  Saya tidak nampak ini (penubuhan pasukan khas) sebagai satu penyelesaian konkrit yang dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya, lapor Utusan.


FAHMI SOKONG POTONG GAJI MENTERI


FAHMI REZA





 

OWWHHHH...GITU.....

 

ASRAFF JEFFRY


Sebenarnya,bukan ayam di Kelantan sahaja murah. Bahkan,Air Teh pun percuma. Sekian.

May be an image of 1 person, road and text that says "JUKEE AYAM PROSES RM 6. 6.9 UNTUK TEMPAHAN: 017-890 3020 017-969 3020"
Kenapa Ayam Di kelantan masih murah? Faktornya adalah Dari makanan ayam hingga pemprosesan ayam dikuasai oleh pengusaha melayu. Berbeza Di negeri yg dikuasai oleh umno Dan ph. Dari makanan ayam hingga pemprosesan dikuasai oleh org cina. Desakan menaikkan harga ayam pun Dari pengusaha cina. Ini lah kebaikan Dari tidak menerima rasuah. Pemerintahan pas
terbaik
.

GANDINGAN ISMAIL SABRI MESTI PEMIMPIN LEBIH MUDA, BUKAN ANNUAR MUSA YANG SUDAH TUA KEREPOT

 

Semalam Annuar Musa menafikan wujud sebarang perbincangan untuk meletakkan beliau bergandingan dengan Ismail Sabri Yaakob dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini.

Katanya, tiada perbincangan sedemikian rupa pernah berlaku antara kedua-dua mereka.

“Kami tak pernah bincangkan perkara itu. Saya tahu sesetengah orang menyebarkan barisan (kepimpinan) dan perkara seperti itu.

“Saya tak ada banyak masa untuk memikirkan semua perkara itu, tetapi kami tidak pernah duduk bersama dan membincangkan tentang barisan kepimpinan menjelang pertandingan UMNO akan datang.

“Kami mempunyai masa yang sangat terhad, dengan begitu banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Begitu banyak kerja yang perlu dibuat. Jadi, susah nak kata, saya pun tak tahu,” katanya ketika mengulas khabar angin yang tersebar luas di media sosial sejak seminggu lalu.

Khabar angin itu menyebut jika pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15, Annuar akan tampil sebagai calon Timbalan Presiden untuk berganding dengan Ismail Sabri yang akan bertanding sebagai Presiden UMNO.

Gandingan mereka disebut akan berlawan dengan Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan yang memimpin UMNO ketika ini.

Annuar pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 2018 tapi tewas kepada Mohamad atau Tok Mat.

Walaupun Annuar menafikan ada sebarang perbincangan untuk menggandingkannya dengan Ismail Sabri bagi mengambil alih teraju kepimpinan UMNO, tetapi beliau tidak pula menafikan dirinya berminat untuk bertanding sekali lagi sebagai Timbalan Presiden.

Sepatutnya, selain menafikan tiada sebarang perbincangan untuk menggandingkannya dengan Ismail Sabri, jika benar beliau tidak mahu bertanding sekali lagi jawatan nombor dua dalam parti itu, sebaiknya beliau harus juga membuat penafian mengenainya.

Sekarang ini, Annuar hanya menafikan mengenai perbincangan untuk menggandingkannya dengan Ismail Sabri saja, tetapi tidak berkaitan dirinya sama ada bertanding atau tidak sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Sama ada beliau ada hasrat bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO atau pun tidak, masih tidak diketahui.

Kalau Annuar ikhlas mahu melihat pembaharuan dalam UMNO di mana Ismail Sabri yang telah memegang jawatan Perdana Menteri beroleh laluan pula untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti, langkah terbaik untuk dilakukannya ialah mengumumkan tidak bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Dalam usaha mengambil alih teraju kepimpinan UMNO dan mempamerkan wajah parti yang baru, Ismail Sabri harus diberi laluan bergadingan dengan pemimpin yang lebih muda atau sebaya dengannya seperti Khairy Jamaluddin atau Hishammuddin Hussein misalnya.

Annuar, meskipun hanya berbeza usia empat atau lima tahun saja dengan Perdana Menteri, namun beliau telah termasuk dalam kategori pemimpin tua yang sudah berada dalam kabinet sezaman dengan Sabbaruddin Chik lagi iaitu boss Ismail Sabri sendiri ketika beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu.

Dengan itu, agak janggal dan tidak menampakkan UMNO menuju pembaharuan serta peremajaan jika beliau berada dalam kepimpinan utama bersama dengan Ismail Sabri.

Berilah laluan kepada pemimpin muda dan Annuar mesti mula mencari sudut tepi kerana persaraan makin dekat menghampirinya. – ShahbudinHusin 04/07/2022.

ZAMAN ‘GILA’: PERASUAH DIPUJA, ORANG BENAR DICERCA


ANIH JANGAN BUAT ANEH PULAK..JALAN DI LEBUHRAYA KARAK LOBANG BANYAK...KENA BAIKI LA SEBAB JALAN BERBAYAR

 

ANIH jangka lebih 2 juta kenderaan di KLK, LPT1 sempena cuti Aidiladha





Sejumlah 1.648 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, manakala 704,000 lagi di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sejumlah 2.352 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT-1) sempena cuti Aidiladha bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi, sejumlah 1.648 juta kenderaan dijangka akan menggunakan KLK, manakala 704,000 lagi di LPT1.

Katanya, penambahan itu disebabkan pengguna ingin memanfaatkan cuti untuk pulang ke kampung bersama keluarga dan menyempurnakan ibadah korban.

“Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian kenderaan pada hujung minggu di KLK adalah 161,000, manakala di LPT1 pula 65,000 kenderaan.

“Bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini, kita menambah petugas sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik,” katanya, menurut Berita Harian.

Radzimah berkata, mereka percaya pengguna kini lebih peka dengan persediaan diperlukan bagi memastikan perjalanan lebih selesa dan selamat menjelang sambutan Aidiladha.

“Perayaan Aidiladha adalah kali ketiga rakyat negara ini berpeluang pulang ke kampung halaman sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

“Demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini lebuhraya KLK dan LPT1 dengan melayari laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT 1-700-818-700.


PENGIKTIRAFAN KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP KERAJAAN NEGERI SEMBILAN



 


" Syukur Alhamdulillah !

penghargaan yang cukup berharga dari Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan !

ini jelas terbukti bahawa pemerintahan YAB Dato' Seri Menteri Besar Aminuddin Harun dan barisan Exco-exco nya serius untuk tadbir negeri tercinta ini dengan Telus, Jujur dan Amanah !

thumbs up 

 

JANJI TERBARU BN.KALAU TAK JANJI TAK MENANG



NORMAN RADZUAN.

JANJI TERBARU BN

MA63 janji2 pemimpin Malaya kpd rakyat Sabah

KALAU TAK JANJI TAK MENANG

Janji janji… kalau tak janji tak menang. Inilah dia politikus Malaysia tak kira yg segak berkot bertali leher atau berkopiah dgn jubah… cakap memang murah.

Dari PRU ke PRU pemimpin2 Malaya berjanji perhalusi MA63 tapi hingga skg halus demi halus dah lebih halus dari kuman tidak juga terlaksana.

Pemimpin2 dari Sabah pula yg menjerit akn perjuangkan MA63 sewaktu kempen pilihanraya tetapi bila dilantik menjadi Menteri diam seribu bahasa.

Beberapa bulan lalu Ismail Sabri ketika hadir ke Sabah berjanji akn perhalusi isu MA63. Beberapa hari lalu giliran Zahid di Konvensyen BN Sabah di depan rakyat Sabah berjanji akn laksana sepenuhnya MA63. Bertepuk tangan la rakyat Sabah dgr janji demi janji perhalusi demi perhalusi.

Dengar boleh percaya jgn. Jika rakyat Sabah bijak sepatutnya bertanya kembali kpd Zahid… ketika ini Perdana Menteri Malaysia daripada Barisan Nasional. Apa masalahnya utk dilaksanakan MA63 ini???

Kerajaan skg bukan PM dari PH dan juga bukan dari PN. Bukan Anwar bukan Muhyiddin. Jadi apa masalahnya? Nak kena tunggu Zahid jadi PM? Dah lebih 60 tahun apa BN buat? Kasi bagus dulu jalan Telupid Ke Sandakan yg dah macam jln kampung dari nak bicara soal MA63.

Zahid ini mahu segerakan PRU15 hanya kerana kes mahkamahnya. Dia gunakan partinya utk selamatkan dirinya dari dicampakkan ke penjara.

Dlm masa sama UMNO dikatakan alami perpecahan yg agak serius. Lucu di Whatsapp ada ‘cai’ bayangan saf pimpinan UMNO selepas pemilihan yg dinafikan oleh Annuar Musa.

Tanya saya cai ini boleh jadi jika Najib dan Zahid ke penjara. Tapi jika sebaliknya senarai cai ini tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri…malah ada nama2 mereka yg tidak disenaraikan utk bertanding PRU15 nanti.


((PANAS)) DATO ZAHARIN "NAIK ANGIN", NAJIB HINA & CERCA "KATAK SABAH"? "...


(PANAS)) DATO ZAHARIN "NAIK ANGIN", NAJIB HINA & CERCA "KATAK SABAH"? NAJIB "TAK CERDIK" AKUI UMNO TERLIBAT "SINDIKET IC" PATI DI SABAH?

ANWAR IBRAHIM, MOHD SABU, ANTHONY LOKE: SIDANG NADI RAKYAT - SABTU - 2HB...



ANWAR IBRAHIM, MOHD SABU, ANTHONY LOKE: SIDANG NADI RAKYAT - SABTU - 2HB JULAI 2022

#Politikopi - UMNO BERPECAH?

RAKYAT MENILAI MEMANG MENGARUT LA MENTERI PAS NIH....JANJI LANGIT BINTANG ISLE..ISLE...HAPA PUN PAS TAK BOLEH BUAT ? APA YANG BAIKNYA PAK BRAHIM ???DALAM SEJARAH NEGARA PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BELUM ADA YANG CAKAPP MELAYU.

 


Didakwa menteri 'cap ayam', Tuan Ibrahim jawab kritikan Nur Jazlan



Nur Fazlizai Ali
Didakwa menteri 'cap ayam', Tuan Ibrahim jawab kritikan Nur Jazlan
Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) jawab dakwaan Nur Jazlan Mohamed bahawa anggota Kabinet daripada Pas tidak kompeten dalam melaksanakan tugas. - Gambar fail
MARANG: Pas tidak melatah meskipun ada pihak yang mendakwa menteri ‘cap ayam’ dari parti Islam itu sebagai beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya mereka menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat bagi menilai hasil prestasi kerja yang dilaksanakan.
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, menteri dan timbalan menteri yang dipilih telah melaksanakan kerja mereka sebaik mungkin.
“Penilaian prestasi menteri dinilai oleh Perdana Menteri, bukan orang luar yang tidak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.
“Bagi saya yang berhak menilai ini selain daripada rakyat ialah Perdana Menteri, tentang Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya.
“Kepada Perdana Menteri, prestasi-prestasi kita Alhamdulillah, kita menteri dan timbalan menteri Pas adakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk berkongsi, tukar pendapat apa yang perkara perlu kita baiki hingga setakat ini Alhamdulilah,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa menteri Kabinet daripada Pas gagal memikul tanggungjawab dengan baik.
Bekas Ahli Parlimen Pulai itu memberitahu, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.
Dakwa Nur Jazlan, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

PATUT SEMALAM DIA KATA ANWAR TAK DAPAT JADI PM SEBAB TAK ADA SOKONGAN- NAMA DIA MEMANG TAK DISEBUT. TAPI YANG INI BARU DISEBUT.CUBA BACA.

 

Annuar nafi atur rancangan dengan Ismail Sabri rebut jawatan tinggi UMNO


Raja Hisyam Raja Zaid
Annuar nafi atur rancangan dengan Ismail Sabri rebut jawatan tinggi UMNO
Annuar musa nafi pernah berbincang untuk berganding bahu dengan Ismail Sabri Yaakob bertanding merebut jawatan tertinggi dalam Pemilihan UMNO. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi kononnya beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatur rancangan untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO akan datang bagi merebut kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut.
Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, setakat hari ini, tiada sebarang perbincangan seperti yang didakwa segelintir pihak diadakan.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam masa sama tidak menolak pernah mendengar desas-desus tersebut.
"Tidak pernah bincang. Saya tahu ada pihak yang menyebarkan carta barisan pemimpin dan sebagainya tetapi kita mempunyai masa yang banyak untuk fikir perkara tersebut.
“Namun, kami tidak pernah duduk berbincang tentang barisan calon atau pertandingan. Kami mempunyai tugas (lain) untuk laksana, jadi susahlah nak kata macam mana," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan Persidangan Agung Khas UMNO pada 15 Mei lalu berhubung penangguhan Pemilihan UMNO, beliau berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan segera memberikan maklum balas terhadap notis pindaan itu seperti dikemukakan UMNO pada 17 Mei lalu.
Jelasnya, ROS perlu memberikan memberi jawapan segera dalam masa terdekat untuk membolehkan UMNO meneruskan langkah dan perancangan seterusnya.
Kata Annuar, ROS juga mempunyai masa sehingga 60 hari dengan tarikh terakhirnya pada 16 Julai ini untuk membuat keputusan ke atas pindaan Perlembagaan tersebut.
Pindaan membabitkan Fasal 10.16.1 tersebut adalah berbunyi: "Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian."

HUWAAAA....WALAUN KATA DULU LAGI MURAH...KAH..KAH

 Demo

ADA KEBENARANNYA


 

MAT SAKAW ATAU KLEPTOKRAT

 

Ramai kata filem Mat Sakau keluar dulu sebelum Mat Kilau. Belum tayang dah dapat untung RM2.6b.

Saya pun carilah… rupanya betul ada.
Tajuk omputihnya “The Kleptocrats” di bahasa Melayukan jadi “Mat Sakau” 😂😂😂
Ni tayangan seluruh dunia ya tuan puan. Sejak 2018.
Saya sertakan link filem dan link Wikipedia mengenainya di bawah.
Patutlah pelakon utama tangkap kontrak berlakon drama sekarang. Sejak 2018 dah jadi aktor antarabangsa 😅
Yang pastinya, sebab dialah Malaysia dikenali sebagai Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia. Nak dekat PRU dah ni. Jangan pernah lupa.