ANWAR IBRAHIM : KERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASAR

 


Malaysia's Anwar Ibrahim: 'We need to focus on economy' | News | Al Jazeera


KENYATAAN MEDIA


KERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASAR


Adalah sangat mengecewakan dengan keputusan kerajaan tatkala tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa. Tidak semestinya moratorium penuh, namun ia adalah suatu pengabaian tanggungjawab yang amat serius apabila kerajaan gagal untuk mengenakan moratorium bersasar. Kepimpinan yang ada pada hari ini juga lemah tatkala meletakkan para peminjam di bawah telunjuk institusi bank.
Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya telah menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 dari angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan. Dari 380,000 itu, sebanyak 98% telah diberikan dukungan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambilkira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia. Secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17% dari jumlah keseluruhan peminjam. Angka ini tidak begitu meyakinkan, dan ia mencerminkan betapa kerajaan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam.
Saya gesa kerajaan untuk segera mengkaji semula langkah ini, dan melaksanakan moratoriun pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama adalah kepada peminjam yang berpendapatan rendah dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana. Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan, terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah, atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia. Kelas peminjam seperti ini mesti diberi perhatian oleh kerajaan.
Meski saya sangat komited pada kebijakan sistem perbankan yang bingkas, namun harus ditegaskan bahawa sektor tersebut mesti telus dan ada kebertanggungjawaban. Kerajaan dan institusi bank mesti menonjolkan ketelusan dalam soal kecairan (liquidity) dan keuntungan terkini sektor perbankan, dan membentangkannya di Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat merencana, mencari jalan dan dapat memungkinkan kebijakan yang munasabah dan menyeluruh.
Dalam perkembangan lain, saya ambil maklum terkait jumlah jangkitan COVID-19 yang kini telah mencecah 11,000 kes, dan jumlah kes yang aktif telah melepasi 1000 untuk pertama kali sejak pertengahan bulan Jun yang lalu. Kita mungkin akan dirempuh gelombang kedua wabak ini, dengan sekurang-kurangnya 20 kluster baru yang aktif. Ini bukan perkembangan yang baik pada ekonomi kita untuk jangka pendek, dan ini bermakna kita harus terus memikir dan mendukung golongan berpendapatan rendah yang semestinya akan terkesan.
ANWAR IBRAHIM
30 September 2020



MEDIA STATEMENT

GOVERNMENT MUST PROVIDE LEADERSHIP IN TARGETED LOAN MORATORIUM

I am disappointed that the government has decided not to extend the loan moratorium for an additional three months. While a full blanket moratorium may not be necessary, failure to take the lead in imposing a targeted moratorium is a dereliction of responsibility and a serious lapse of leadership, leaving borrowers at the behest of banks.

According to the latest news, the banks have collectively contacted a total of 1.4 million borrowers, of which 380,000 have requested loan extensions and financial aid. Of the 380,000, the banks have decided to provide 98% with financial support. While I applaud the collective efforts of the banks, I note that there are in total an estimated 8.3 million borrowers in Malaysia. In other words, the banks had only managed to speak to 17% of their borrowers. This is not an inspiring figure, indicative that the government and the banks are still in the dark regarding overall borrowers’ sentiment.

I urge the government to immediately relook into implementing a more targeted loan moratorium, focusing on the borrowings of lower income households and small businesses. We have yet to see any meaningful recovery of the salaries of lower income families, or steady revenues for small businesses in Malaysia. These class of borrowings should be targeted for moratorium as we have yet to see any meaningful recovery of the salaries of lower income families, nor steady revenues for small businesses in Malaysia.

While I am committed to the policy of a resilient banking system, it is crucial that the banking sector be more transparent and accountable. The government and the banks must provide greater transparency on the latest liquidity and profitability data of the sector to Parliament, so that legislators can consider and formulate an appropriate and holistic policy response.

In addition, I note with alarm the total number of COVID-19 infections in Malaysia has now surpassed the 11,000 mark, while the number of active cases has now breached the 1,000 mark for the first time since mid-June. We could be witnessing the start of a second wave, with at least 20 active clusters nationwide. This does not bode well for the economy in the short term and it means that we must continue to actively support lower income individuals and families who will be disproportionately affected.

ANWAR IBRAHIM

30 September 2020

 

Kempen media sosial desak Muhyiddin berundur




Gabungan Reformis Malaysia (GRM) meneruskan desakan agar Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin berundur setelah kehilangan majoriti dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen pada 22 September lalu.

 Salah satu gabungan GRM, NGO Otai Reformis 1998 mencadangkan rakyat prihatin melakukan kempen di media sosial meminta peralihan kuasa segera berlaku.

 Menurut Timbalan Presiden Otai, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, netizen berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dengan menganjurkan flashmob dan sebagainya.

 "Kita minta teman-teman, orang masjid, orang surau, kalau ibu-ibu ada pengajian fekah, tajwid apa salahnya anda memberi sokongan (dalam majlis doa).

 "(Atau) buat video singkat. Misalnya, tajuk 'PN tiada mandat rakyat', 'DS Anwar Ibrahim #PM Malaysia 9', 'Menjunjung kasih Tuanku', 'DS Anwar mewakili mandat rakyat', 'Daulat Tuanku'.

 "Kenapa penting dibuat? Sebab seluruh dunia menunggu. Saya yakin hari-hari wartawan antarabangsa akan menghubungi Wisma Putra atau menteri luar bertanyakan apakah status terkini (peralihan kuasa di Malaysia)

 "Saya menyeru seluruh jaringan. NGO Otai, NGO veteran tentera kita dengar apa arahan seterusnya dari penyelaras kita. Tidak salah dari segi undang-undang buat flashmob di mana sahaja untuk membangkitkan kesedaran rakyat. Ini penegasan dari pihak Otai Reformis 98," katanya dalam sidang media bersama GRM semalam.

 Dalam pada itu, Mustapha yang juga You Tuber terkenal membawakan persoalan netizen mengapakah sukar sekali untuk Anwar diterima sebagai PM?

 Sedangkan, katanya, sultan-sultan tidak ada masalah menerima pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan kepada PN di beberapa negeri sebelum ini dengan satu sidang media dan Akaun Berkanun (SD) dipersembahkan.

 "Jadi yang dipersoalkan netizen kenapa di Kedah cepat sangat diambil tindakan. Diumumkan, walau belum bertemu Sultan tetapi diumumkan 'kami telah mempunyai majoriti dan berhak berkuasa'. Tak sampai satu minggu Sultan Kedah bertemu dan menerima SD tersebut dan beliau (pemimpin Pas) menjadi MB, sama dengan di Johor. Tetapi ada apa ini (situasi Anwar)?" tanyanya.

 Oleh itu, Mustapha menggesa peralihan kuasa dilakukan secara harmoni sebagaimana di Perak, Johor, Kedah dan Melaka.

 Katanya, kesemua peralihan kuasa tersebut berasaskan alasan pihak yang memerintah kehilangan majoriti. Alasan sama yang dibentangkan Anwar dalam sidang media di Hotel Le Méridien, Selasa lalu.

 Beliau turut membawakan hujah al Quran surah Ali Imran ayat 26, bagaimana kuasa yang diberikan oleh Allah swt kepada seseorang atau atau satu kelompok. Dan Tuhan juga yang berkuasa mencabut kekuasaan itu. Sebagai hambanya di muka bumi, kata Mustapha, hendaklah patuh kepada ketentuan Ilahi.

 Semalan GRM mengumumkan akan menggerakkan kempen flashmob kesedaran bahawa kerajaan PN telah hilang majoriti di seluruh negara bermula minggu ini.

 

Hak asasi tiada kaitan dengan agama, kerajaan gagal didik kesyumulan Islam

 


Kerajaan BN dan kini Perikatan Nasional yang memerintah sama ada telah gagal atau sengaja tidak mendidik rakyat, khususnya kaum Melayu tentang konsep keluasan dan kesyumulan ajaran Islam.

 Bagi mantan Senator Dr Muhammad Nur Manuty, kerajaan mungkin tidak mahu kaum Melayu mengetahui konsep sebenar ajaran Islam demi mempertahankan kekuasaan mereka.

 

Sedangkan katanya, ajaran Islam luas meliputi konsep hak asasi manusia, kenegaraan, alam sekitar dan lain-lain. Bukan terhad amal ibadat sahaja.

 Oleh kerana kekangan itu, kata Dr Muhammad, timbullah ungkapan masyarakat Melayu luar bandar, kononnya parti majmuk seperti KEADILAN tidak pentingkan agama atau mengamal sekularisme.

 "Pengalaman saya bertanding di Parlimen Bagan Serai, Perak, di kawasan parit-parit (luar bandar), ada pengerusi yang simpati dengan saya, kebetulan dia orang ABIM, katanya, 'Ustaz Muhammad Nur nanti terangkan perlembagaan parti dan perisytiharan Permatang Pauh. Kalau boleh bawa ayat Quran dan Hadis sekali.

 "Saya tanya pasal apa? Dia kata, 'nanti orang ingat parti ini sama dengan DAP. Sekular tak ada agama'.

 "Jadi di sini orang kampung ini tasawur atau world view Islamnya masih belum meluas meski pun beratus tahun Islam datang ke alam Melayu.

 "Umno gagal menerangkan Islam. NGO-NGO Islam pun gagal. Tasawur Islam Islam tak sampai," kata Dr Muhammad dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

 Menurut bekas Ketua Penerangan KEADILAN itu, orang Melayu kurang dididik mengenai hak asasi, keadilan undang-undang atau sistem pemerintahan sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

 Mereka sering menganggap hak asasi manusia nilai budaya asing dan harus ditentang. Hal ini berlaku, menurut Dr Muhammad, kerana agensi dakwah kerajaan sendiri gagal menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

 "Orang Melayu tak hargai hak asasi manusia. Walaupun Datuk Seri Anwar dan lain-lain tokoh bicara tentang hak asasi.

 "Kalau di bandar Kuala Lumpur, Ipoh, George Town misalnya orang tengok hak asasi manusia ini seperti Magna Carta di Engkand. Namun isu hak asasi itu dalam Islam telah ditulis oleh ulama-ulama besar seperti Qaradawi, Wahba Zuhaili dan tak diketahui oleh masyarakat kerana JAKIM tidak memainkan peranan walaupun bajetnya besar.

 "Tidak dicetak buku-buku kecil untuk diedar di masjid. Guru takmir (guru membangun masjid) tak ada bahan-bahan sedemikian. Walaupun (hak asasi) itu dibicarakan dalam Quran, dalam hadis Rasullullah," katanya lagi.

 Bagi bekas Presiden ABIM keempat itu, tiba masanya muslim di Malaysia didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang lebih terbuka. Konsep hak asasi manusia dalam Islam bukan diambil dari Barat. Malah Barat yang mempelajari Piagam Madinah dan sebagainya.

 "Hak asasi manusia dalam Islam ada yang bersamaan dengan apa yang ada dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), walaupun dari segi prinsipnya ada yang membezakan antara Islam dengan hak asasi PBB seperti kita tak boleh beri kebebasan penuh.

 "Tetapi menghormati hak asasi manusia seperti semua bangsa, agama berhak dapat rumah yang baik, pakaian baik, hak bersuara, hak berdemonstrasi, hak mendapat pekerjaan baik, hak mendapat air baik itu diterima dalam Islam.

 "Isu hak asasi juga disebut ulama sebagai satu kewajipan," katanya.

 Sehubungan itu, Dr Muhammad Nur menyeru hak assasi, penjagaan alam sekitar, negara hukum dan lain-lain diajar di institusi pengajian tinggi sebagai sebahagian daripada ilmu Islam bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kesyumulan agama Islam itu sendiri.

 

NAJIB INGATKAN KETUA PEMUDA BERSATU JANGAN MELAMPAU


KERAJAAN GRS GOYAH?


BERSATU SEDANG DIBINA UNTUK MENGGANTIKAN UMNO


 

Antara parti yang menyebabkan UMNO kalah dalam PRU14 lalu adalah Bersatu.

Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad, Pengerusi Bersatu telah membawa parti itu bergabung dengan PH bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN.

Setelah UMNO hilang kuasa, parti itu diajak kembali bersama dengan Bersatu untuk membentuk kerajaan baru, Perikatan Nasional setelah PH dijatuhkan sendiri oleh Tun Mahathir yang tujuan sebenarnya ialah kerana tidak mahu melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dalam kerajaan PN sekarang, walaupun UMNO tidak menyertai gabungan itu, tetapi Bersatu tetap dengan niat dan nawaitu asal iaitu mahu menguburkan UMNO.

Kalau dulu, Bersatu menumbangkan UMNO melalui pilihanraya, kini mereka cuba melakukannya melalui kawalan permainan kuasa yang berpusat dalam tangan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Bagi Bersatu, hanya dengan menguburkan UMNO saja satu-satu cara untuk memastikan masa depannya terus ada dalam politik negara ini dan mustahil, setelah menjatuhkannya, Bersatu mahu menolong UMNO hidup semula.

Meski tahu UMNO tidak menyertai PN, Muhyiddin tetap meneruskan usaha mendaftarkan gabungan itu sebagai pertubuhan yang sah.

Apa ia sudah sah, langkah pertama Bersatu ialah memujuk dan meyakinkan Pas untuk menyertai PN dan dalam masa yang sama, Bersatu juga berjaya memujuk serta meyakinkan Pas serta sebahagian pimpinan UMNO untuk menerima kemasukan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional atau MN.

Dari segi ini, Bersatu jelas mempunyai kelebihan kerana mengetuai PN dan di masa yang sama berada pula dalam MN, manakala UMNO hanya berada dalam MN saja dan tidak dalam PN.

Dari segi percaturan politik, jika berlaku pertembungan, Bersatu bukan saja lebih untung kerana berada di dalam PN dan MN, bahkan dapat menjadikan Pas yang juga berada dalam PN dan MN, lebih memihak kepadanya.

Bukan rahsia lagi bahawa kecondongan Pas sekarang ini lebih kepada Bersatu berbanding UMNO.

Bukti pertama ialah dalam PRN Sabah baru-baru ini di mana tuntutan kerusi dan jawatan Ketua Menteri telah berjaya disapu oleh Bersatu, meskipun parti itu menang kerusi yang kurang sedikit daripada UMNO.

Sama seperti di pusat di mana Bersatu yang mengalahkan UMNO tetapi kemudian UMNO mengangkat kembali pemimpin Bersatu sebagai Perdana Menteri, di Sabah juga begitu keadaannya.

Hajiji Noor yang sekarang menjadi Ketua Menteri adalah bekas pemimpin UMNO yang meninggalkan parti itu secara berjemaah sebaik BN kalah PRU14 sehingga ketika itu hanya Bung Mokhtar saja satu-satunya pemimpin UMNO yang bergelar wakil rakyat yang masih setia kepada UMNO.

Lantaran kesetiaannya, Bung Mokhtar kemudiannya dijadikan Pengerusi UMNO dan BN Sabah, jawatan yang sebelum itu disandang oleh Hajiji.

Hari ini, selepas PRN Sabah, melalui permainan kuasa yang terkumpul di tangan Muhyiddin, beliau telah bahaya menjadikan Hajiji sebagai Ketua Menteri, mengenepikan Bung Mokhtar yang sejak awal dinamakan oleh UMNO sebagai calon Ketua Menterinya.

Di sini, selain kejayaan Muhyiddin meletakkan Hajiji sebagai Ketua Menteri yang menjadi perkiraan, yang tidak kurang pentingnya ialah UMNO berjaya dipermainman sekali lagi oleh Bersatu.

Dulu UMNO berharap dengan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kes mahkamah beberapa pemimpinnya mungkin akan diberi pertimbangan, tetapi nampaknya jalan-jalan menuju ke penjara lebih terbuka buat mereka.

Dulu juga, sewaktu UMNO hanya bermuafakat dengan Pas, harapan UMNO untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri nampak begitu bercahaya, namun kini suluhannya lebih untuk mengekalkan Muhyiddin lagi.

Yang nyata PRN Sabah adalah permulaan kepada cara Bersatu menekan UMNO di mana selepas ini, dalam pembahagian kerusi peringkat Parlimen, pendekatan yang sama akan diaplikasikan.

Tekanan Bersatu kepada UMNO itu pasti akan lebih mudah jika sekiranya dalam PRU15 nanti, sama seperti Najib, Zahid Hamidi juga tidak boleh bertanding lagi kerana hukuman bersalah oleh mahkamah telah dijatuhkan terhadapnya.

Dengan Najib dan Zahid Hamidi tidak boleh lagi bertanding, pemimpin UMNO lain tiada pilihan selain berlembut dalam soal kerusi serta akur untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Jika selepas dua penggal pemimpin UMNO tidak duduk di kerusi Perdana Menteri, parti itu akan menjadi semakin tidak relevan di mata umum dan tidak mustahil selepas itu UMNO dicadang untuk dibubar dan seterusnya bergabung dengan Bersatu.

Dalam Bersatu sekarang ini suara ke arah pembubaran UMNO itu tetap kuat kedengaran sebagai satu-satunya cara ke arah penyatuan Melayu.

Beberapa pemimpin Bersatu berkata, oleh kerana UMNO dipenuhi pemimpin yang rasuah dan kotor moralnya, orang Melayu tidak boleh lagi disatukan melalui wadah itu.

Bersatu juga mula menunjukkan keangkuhan bahawa parti itu lebih diterima berbanding UMNO berikutan keputusan PRN Sabah dan kejayaan meletakkan Hajiji sebagai Ketua Menteri, khususnya dengan dakwaan trus defisit dan sebagainya.

Melalui Bersatu dan bukan lagi dengan nama UMNO, Pas juga dikatakan lebih sedia untuk menjalin hubungan dengan gabungan dua parti itu sehingga ke hari kiamat.

Soalnya, apakah UMNO hanya mahu berdiam diri saja melihat laluan-laluan ke pusara yang sedang dibina oleh Bersatu dan Muhyiddin untuk menguburkan parti itu?

Lagi lambat untuk bertindak, lagi tertutup rapat ruang untuk menyelamatkan UMNO.(Shahbudindotcom 30/09/2020)

Komitmen tegak keadilan, banteras rasuah tidak boleh dikompromi

 

Oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bulanan semalam, yang telah membincangkan beberapa perkara termasuk keputusan Pilihanraya Negeri Sabah, serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa walau apa sekalipun langkah yang diambil dalam mengembalikan mandat rakyat itu, iltizam dan komitmen terhadap perjuangan menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah, dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman tidak boleh dikompromi.

Pakatan Harapan turut mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi. — Roketkini.com

DS Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik
(DAP) 

Apa khabar dengan langkah Anwar ? Anwar dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan



Sejak pengumuman beliau tempoh hari, kecoh juga lah..ramai ternanti nanti, tak kurang juga yang kalut nak sekat,dan cuba pulak langkah lain dengan cuba meyakinkan bahawa DSAI hanya angan angan kosong ,OT95 pula biasa lah, walau ada 5 kerusi, tapi macam 50 kerusi menyatakan Syafie Afdal tetap pilihan PH. Tapi ramai yang komen malah yang mengutuk beliau..dah tak releven la tu.

Tak apa lah tinggalkan lah Mahathir dan Pejuwang beliau, pemuja beliau, kerana hari ini dia sudah tidak releven lagi untuk Malaysia yang baru..

Berbalik kepada rancangan DSAI, setakat in , ianya masih berjalan dengan rapi, mengikut apa yang dirancang, dan menunggu YDP Agong berkenan mengadap. Tapi bila? Itu rahsia dengarnya, tapi tak lama.


Bila pula akan berlaku, Kita lihat sahaja lah dalam 2-3 hari lagi , kalau kalau ada pengumuman baru. Kadang susah juga kalau berurusan dengan orang besar besar ni..banyak prosedur ...Bab Muhyiddin nak letak jawatan atau pengumuman YDP Agong, itu kita bincang masa yang lain...setakat ini , rakyat menanti, dan tunggulah sedikit masa lagi.Sikittt...saja..





ANWAR- JIKA UMNO DIHARAMKAN ,ORANG MELAYU AKAN KUTUK PH





Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu sebelum episod pengkhianatan berlaku apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO.

Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.

Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.

Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.

Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.

Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis.

Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat daripada diharamkan.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?

Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau.
Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar Ibrahim dan juga pemimpin politik yang lain.

Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.

“Bijak berpenchak langkah bertukar

Bijak berakal mengawal diri

Adat berhutang kami membayar

Adat berjanji kami tepati”

Aman Shah II



SIAPA YANG PONDAN SEKARANG ?


ISWARDY MORNI

BERSATU gabung dengan PAS, UMNO?


Ada orang UMNO panggil Muhyiddin pondan. Sekarang sapa pondan 

Bersatu VS Umno

Parlimen Malaysia

MP Bersatu 26 - 38 MP Umno

> Bersatu jadi PM

Perak

Adun Bersatu 5 - 25 Adun Umno

> Bersatu jadi MB

Sabah

Adun Bersatu 11 - 14 Adun Umno

> Bersatu jadi KM

Kelantan

Adun Umno takda dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan tapi sama-sama berada dalam MN dan PN.

Terengganu

Adun Umno takda dalam Ahli Majlis Mesuarat Kerajaan tapi sama-sama berada dalam MN dan PN.

Bersatu VS Umno (3-0)

Pas VS Umno (2-0)

Patut pun LobakMan desak Zahid letak jawatan...Bersatu & Pas dok atas kepala Umno.



BEREBUT NAK DAPAT JAWATAN

 

HAMDAN TAHA


Politik ni antara sebab bergaduh sesama sendiri ni ialah berebut nak jadi calun pilihanraya.....

Apa parti pun sama....berebut dan sanggup berabis duit jadi ketua bahagian pun sebab nak jadi calun juga....

Antara parti Melayu bergaduh selama ni pun sebab berebut kerusi yang sama dan di tempat yang sama....dan masing masing parti nak....masing masing ketua di bahagian dah banyak pelaburan jaga parti....kot setakat nak tengok orang lain bertanding apa jadahnya jadi ketua bahagian....atau ketua cabang atau ketua ranting.....habiskan masa dan tenaga saja bertahun tahun.....

Adalah lebih baik nak puaskan hati ramai pihak....maka biar lah PRU ke 15 ini antara......

PH - BN - PN......baru meriah dan semua orang dapat mencuba nasib....lawan biar rakyat buat pilihan....

Lepas keputusan pilihanraya kot tak cukup mejoriti baru cari rakan parti dan bentuk kerajaan campuran.....pasti seronok....meriah dan rakyat pun tak susah hati .....mereka boleh pilih dengan senang hati....

Nak pilih.....Abah ke....bapak ke....atok le....opah ke....kepala bapak pun tak apa....

 

BEGITU SADIS SEKALI. PILU DAN SEBAK MENONTONNYA.KECOH BEREBUT JAWATAN..KAH.....

JADI DALANG KA JALANG?


IBRAHIM MAT ISA


 Image may contain: 1 person, text that says "PINFOPertiwi INFOPertiwi PANAS!!! Hadi akui jadi dalang pengkhianat Langkah Sheraton sampai hampir "padam" September 29, 2020 4:30 pm"


Jadi dalang ke, jadi jalang?

Aku hampir tidak percaya apabila membaca kisah parti Ek Nour di Mesir yang mendakwa dipimpin oleh golongan yang mengaku mengikut manhaj salafi, akan tetapi parti itu juga yang mendokong AsSisi, yang telah menjatuhkan almarhum mantan Presiden Dr Mohd Mursy.

Bukan sahaja begitu, ulamak mereka mendakwa kumpulan anak muda yang melakukan demonstrasi mempertahankan kemenangan Dr Mursy sebagai golongan bughah dan kematian mereka akibat ditembak tentera sebagai mati katak!

Sejarah tetap berulang dalam mana-mana pemerintahan dunia orang Islam.

Di Malaysia juga begitu. Golongan yang mendakwa mereka sebagai agamawan sanggup bersekongkol dengan parti yang mereka sendiri dakwa sebagai kafir dan kuat rasuah semata-mata kerana kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari penguasaan orang kafir dari DAP.

Pelik bin Ajaib.

YDP Agong ialah Melayu Islam, semua ketua pemerintah tentera ialah Melayu Islam, Sultan dan TYT Negeri juga Melayu Islam.. kenapa takut dengan Cina DAP?

Dan yang menghairankan, dan tak tahu mereka mengambil rujukan atau dalil mana, tetapi pada mereka menjadi perancang Kudeta untuk merampas kuasa yang dipilih dari sokongan mandat rakyat telah jadi halal hanya berdalil kan untuk selamatkan Malaysia..

Selamatkah Malaysia selepas mereka merampas kerajaan? Majukah ekonomi Malaysia sekarang? Banyakkah peluang pekerjaan terhidang selepas mereka tebuk atap?

Entahlah.. agamawan pun banyak kaki pembohong, banyak kali menipu, bagaimana dakwah nak disampaikan dengan mudah. Sedangkan perawi hadis yang bohong lagikan ditahkik sebagai hadis mauduk gara-gara alkhazzab yang membawa hadis.

Kelak orang bukan Islam akan berkata.. pak haji pun kaki samun atau sokong penyamun lu lagi cakap Islam bagus?

 


GADOH ANTARA PEMUDA UMNO DAN BERSATU SAMPAI DI MESDOS

 Image may contain: text that says "Papa Azri 13m Wah kurang ajar betul ARMADA BERSATU PPBM ni. Ketua Armada kenapa? Tag Mat Jargon Aku nak LIVE VC dengan dia malam ni. Jam 11 malam ni live FB Papa Azri. Kita nak dengar Ketua Armada sebut betul betul siapa PENYAMUN. Jargon ni Armada Bersatu PPBM 2h+ Penyamun. Najib Razak 2h. Jgn melampau. Rakyat sedang memerhati, DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 22h. Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada... See more Nasional" tidak dibebani"Image may contain: text that says "Papa Azri 13m Wah kurang ajar betul ARMADA BERSATU PPBM ni. Ketua Armada kenapa? Tag Mat Jargon Aku nak LIVE VC dengan dia malam ni. Jam 11 malam ni live FB Papa Azri. Kita nak dengar Ketua Armada sebut betul betul siapa PENYAMUN. Jargon ni Armada Bersatu PPBM 2h+ Penyamun. Najib Razak 2h. Jgn melampau. Rakyat sedang memerhati, DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 22h. Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada... See more Nasional" tidak dibebani"


RAKYAT HILANG KEYAKINAN PADA PH?

 Pakatan Harapan - Wikipedia

MOHD SHAH RIM

PH berhadapan dengan defisit kepercayaan rakyat walaupun parti yang menguasai kerajaan bercakaran sesama sendiri.. 

Ada berapa faktor yang harus diberi tumpuan khusus menjelang pilihanraya nanti (jika ditakdirkan begitu) dan paling penting mengenalpasti kelemahan yang ada.

Kelemahan PH yang paling ketara, link yang menghubungkan PH dengan pengundi dominan , missing link ini akan mengagalkan usaha PH untuk membentuk kerajaan yang bermandat.

PH juga perlu menghimpunkan pemikir pemikir yang boleh menjana idea kontemporari yang memberikan advantage terhadap gabungan itu, sebagai contoh IDE yang berpayung dibawah KEADILAN.. tapi perlu ada sebuah badan pemikir yang merentasi sempadan politik kepartian yang menentukan hala tuju PH untuk 5 ke 10 tahun akan datang.

Aku percaya kekuatan PH dimedsos perlu diterjemahkan dalam bentuk sokongan rakyat dan ini perlu diberi perhatian oleh kepimpinan , sudah terlalu lama, segmen ni tidak diangkat sebagai komponen penting dalam PH, kerana selama ini, usaha membawa PAKATAN HARAPAN digerakkan oleh pendokong yang bergerak sebagai independent movement sehinggalah sekarang.

Untuk menjadi sebuah gabungan yang popular dan diterima, PH perlu membina jenama, untuk jadi sebuah kerajaan pula, PH perlu bijak mengambil setiap peluang yang ada, kerana dalam politik , kekuatan bukan lagi kunci menjana kemenangan sekiranya lawan berjaya mengexplotasi kelemahan yang kecil.

Strategy menang bergaya, tak boleh pakai, tak perlu menang semua, tapi kemenangan itu sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan..

 

PAKAR JELAS PERANAN YDPA SEBAGAI PENJAGA PERLEMBAGAAN


Kenyataan Shamrahayu itu turut disanggah oleh bekas Timbalan Menteri Undang-Undang Mohamed Hanipa Maidin. "Dengan hormatnya, pada pandangan saya, kuasa YDPA untuk bertemu dengan sesiapa sahaja, apa lagi Ahli Parlimen yang mendakwa bahawa dia mempunyai bilangan yang diperlukan, adalah teramat luas, walaupun dikenali sebagai raja berperlembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.




BERITA VIDEO: RENTASAN 748 | PEMUDA UMNO BERANG PEMUDA BERSATU PERKECIL UMNO-BN?



MENARIK DALAM RENTASAN 748
1. RUPANYA 70 MENTERI MASIH TAK CUKUP UNTUK KERAJAAN TEBUK ATAP 2. BERSATU IBARAT CACING MENELAN NAGA 3. PAS TEBUK ATAP DEMI PERPADUAN? 4. RAKYAT MEMERHATI TOLAK PENGKHIANAT







BERITA VIDEO: RAKYAT TAK PEDULI DUIT 1MDB DICURI?



“Akan datang melanda manusia tahun-tahun yang sangat menggodakan, sehingga dipercayai pembohong, dibohongi orang yang benar. Amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang yang benar-benar amanah. Golongan al-Ruwaibidhah (orang yang jahil) bercakap. Lalu ditanyakan: “Siapakah itu?” Sabda Baginda: Apabila orang yang bebal bercakap perkara yang besar.”(Riwayat Ibn Majah). Kehadiran Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali di kediaman Najib pada malam beliau dijatuhi hukuman adalah bukti nyata siapa golongan RUWAIBIDHAH di Malaysia.