Mak nyah sertai perbarisan.???

Mak nyah sertai perbarisan

  • Mak nyah sertai perbarisan Paula
1 / 2
KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.


LIHAT APA KOMEN UNTUK PENGUNJUNG
  • Top commenter · Shah Alam, Malaysia
    Lelaki berwatak pompuan adalah haram dan sebaliknya...
    Jgn leka sehingga mengundang bala dari ALLAH..!

    • Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
      berzina,mnum arak jg haram tp ade juga yg berubah dr jahat jd baik adakah kite sbagai umat sesama islam kene berdiam dri sahaja kah???? x kah ade bantuan dr kite utk mereka2 itu yg mahu kembali ke pangkal jalan??

    • Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
      kalau kite rasa yg kite ni bagus dlm hal2 agama knp tidak kite bantu mereke dan bukan mnghina mereka...

    • Syed Munir · Top commenter · UTS: University of Technology, Sydney
      Mohd Yazan - tidak menidakkan hadith tersebut, tetapi akhir zaman ni berbagai jenis munafiq - lelaki yg nampak lelaki dan tak menyerupai/berwatak perempuan dan asyik bercakap pasal agama pun ramai - padahal dlm senyap2 mereka sendiri terlibat dlm aktiviti seks songsang... luaran ustaz, dalaman setan - lagi keji

  • Mitch Yusmar Yusof · Top commenter · Works at PT Foundation
    "Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. "

    (Surah al-Hujurat ayat 11)

    • Luka Rafieqa · Institute of Hotel Management, NPC
      Syabas sahabat2ku diberi peluang menunjukkan semangat Patriotik.

    • Wm Zahid · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mitch, ape kne mengena ayt nie dgn golongan mak nyah? Puak kt stu merujuk kpd keturunan... cube cek blik asbabul nuzul ayt tue.... Jgn salah tafsir yer. Yg haram, ttp haram.

    • Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
      Wm Zahid andai kata ade di antara ahli keluarga kite yg mcmni haruskah kite trus mngata mngeji dan pulaukan mereka walaupun mereka itu darah daging kite??

  • Husmira Hussin · Top commenter · Investor Consultan at Bussines Strategy
    bukan masalah persepsi..tapi masalah HUKUM

  • Raja Mohd Shahrim · Top commenter · 4,658 subscribers
    Kenapa PERKASA tak bantah..?? sebab ni idea kjaan negeri tajaan UMNO... baik ditubuhkan sayap baru.. Mak Nyah UMNO...

  • Maya Zulkarnain · Works at Universiti Malaysia Sabah
    golongan sebegini mmg x harus dipinggirkan tp..mereka harus dibimbing/ditarbiah utk jadi manusia normal.hanya dgn pendekatan 'agama'! bukan dgn cara memberikan peluang menyertai perbarisan persis peragawati.seolah-olah kita menghalalkan mak nyah berlaku dlm masyarakat kita..

  • Muhammad Adzam Abdullah · Works at Facebook Engineering
    "Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat,Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid..haihh=.='

  • Tolakumno Tolakbn · Top commenter · University of Oxford
    kalau kerajaan pr yang buat mcm ni agak2 apa kata orang umno..

  • Nazeem Sayyed
    Macam ni lah, biarlah pihak DIC dengan cara mereka mengubah golongan ini, mungkin dengan cara mereka golongan ini akan sedar akan kesilapan mereka, dan kita pula cuba ubah mereka dengan cara kita, tak perlu menghina mereka cukup sekadar mengucapkan sebaris dua ayat Al Quran tentang golongan yang dilaknat oleh Allah pada mereka, kita juga boleh mengajar mereka melalui laman2 sosial ni kerana golongan ini banyak di dalam laman2 sebegini.. So mari sama2 kita berusaha untuk mengubah mereka dengan cara masing2 .. Semoga Allah sentiasa kita dalam memerangi kemungkaran dan kesesatan ini..

  • Zulu X-Ray Mike · Top commenter · Ham Radio
    aduhai.. malaysia oh tanah airku.. kenapa perkara sebegini terjadi.. apa yg nak dibanggakan sgt dengan maknyah ni? p nyah la korang weh.. weh.. bertaubat la.. korang tu lelaki.. hukumnya adalah haram menyerupai wanita.. bertaubatlah seblum nyawa korang di cabut.. kepada pihak jabatan agama.. harap anda dapat mengambil tindakan terhadap golongan maknyah ni.. dah semakin berani depa ni.. siap sertai perbarisan kemerdekaan plak..

    • Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
      bukn mmbangga2kan tp mereka juga manusia sperti kite yg seringkali tersalah langkah jatuh tersungkur.....dan adalah hak mereka jika pintu hati mereka sudahpun terbuka utk perubahan dr maknyah utk mnjadi lelaki dan kite wajib bantu merek2 ini buknnye menunding jari menuduh org itu yg salah dan juga org ini yg salah.....

    • Ayie Genting · Top commenter · SM SRI INTAN
      pangilan pun mak nyah.. nyah tu aper maksud nyer..??

    • Zulu X-Ray Mike · Top commenter · Ham Radio
      Lia Nani hahaha nk tergelak bc komen anda ni.. sy x marah klau mereka nk berubah.. tetapi hakikatnya cuba anda bc artikel dr sinar tu.. mereka ni nk menyertai perbarisan sebagai pondan.. bkn mereka hendak berubah.. hahah.. bc bebetui dulu semua yg tertulis.. sy ni klau depa bebetui nk berubah.. syukur alhamdulillah.. tetapi hakikatnya adalah amat menyimpang.. mereka mahu mereka diterima dgn diri mereka yg pondan tersebut

  • Zahri Sulaiman · Banting
    Apakah jenis pakaian, cara penampilan mereka dalam acara tersebut. Kalau berpakaian lelaki dengan kemas dan sempurna, saya rasa bolehlah diterima. Kalau mereka berpakaian, menampilkan diri dan bersolek seperti wanita saya rasa sangat tidak sesuai.

Disebalik cadangan Anwar runding dengan BN

Disebalik cadangan Anwar runding dengan BN

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 31, 2013

Latest Update: August 31, 2013 07:10 am
 
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tentang kesediaan pembangkang mengadakan “rundingan meja bulat” bersama kerajaan bukan sahaja mengejutkan Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga Pakatan Rakyat (PR).

Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan “kayu tiga” di belakang.

“Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham,” kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu,” tambahnya.

Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.
Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?

Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara.

“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama,” katanya.

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain.

Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR?

Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita.

Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini?

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu.

“Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya

Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu? – 31 Ogos, 2013.


Pemimpin Umno skeptik dengan cadangan Anwar untuk berbincang

Ha.ha.ha Umno, dalam keadaan tak kuat pun masih sombong.....

OLEH DIYANA IBRAHIM

August 30, 2013

Latest Update: August 31, 2013 04:40 am
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung sebentar tadi membincangkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berbincang untuk menyelesaikan permasalahan negara.
Menurut Naib Presiden Umno itu, persetujuan telah dicapai berkenaan hal itu namun hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh mengumumkannya.‎

"Persetujuan bersama diperolehi berkenaan rundingan perpaduan tetapi bukan saya yang mengumumkannya, "kata Hishamuddin apabila ditemui selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Beliau mahu bercakap mengenai rundingan perpaduan setelah kalah pilihan raya lalu dan juga kalah dimahkamah apabila mengemukan petisyen

"Ia jelas membuktikan beliau tiada kredibiliti langsung apabila membangkingkan dialog perpaduan ini sekarang, dia sepatutnya membentangkan perkara ini di Parlimen," katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang ditemui juga mempunyai pandangan sama dengan Mukhriz. - 30 Ogos, 2013.


MASJID "CINA" DI PINGGIR BANDARAYA IPOH

















IPOH- Masjid Muhammadiah, masjid berbentuk senibina  Cina yang pertama di pantai barat telah siap dibina dan telah digunakan pertama kalinya pada sokat Jumaat Hari Raya ke 2 tahun 2013. Masjid yang dibina dengan sumbangan dari persatuan muslim Cina sebanyak 2.4 juta ini termasuk kerajaan negeri Perak lebih 4 juta (sama ada cadangan Pakatan) dibina di kawasan penempatan kaum Cina di Tasek dekat Ipoh.Maklumat ini boleh ditambah oleh sesiapa yang mengetahuinya.

JAMUAN AIDILFITRI DUN SEMANTAN MERIAH



 Aktivis HIJAU turut mengadakan kutipan tandatangan menolak Lynas.
YB Syed Hamid melayan kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa.












TEMERLOH- Majlis jamuan aidilfitri diteruskan di Temerloh apabila YB Syed Hamid bin Syed Mohammad  mengadakan jamuan tersebut di tengah pusat bandar Temerloh yang dihadiri ribuan penyokong berbagai bangsa.Beliau telah 2 kali memenangi DUN Kuala Semantan dengan menewaskan calon Umno.

Anwar: Dialog bukan tentang kerajaan perpaduan, tapi isu rakyat

Anwar: Dialog bukan tentang kerajaan perpaduan, tapi isu rakyat

(Oleh Mohd Arif Juhani)
PETALING JAYA 30 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bukannya menjurus kepada pembentukan kerajaan perpaduan.
“Tidak berbangkit sama sekali isu kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ia amalan biasa dalam sesebuah negara demokrasi.
DSAI_HQ
Anwar menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini
“Dalam negara demokrasi asasnya ialah meletakkan rundingan semua pihak termasuk pembabitan pembangkang.
“Jadi apa salahnya diadakan rundingan untuk membincangkan beberapa isu asas.

“Pakatan Rakyat memperoleh suara majoriti rakyat yang mahu melakukan perubahan. Kita akui gerak kerja mesti diteruskan untuk menyelamatkan negara,” tegas Anwar.

Tambahnya, dialog itu merupakan usaha terbaru membantu rakyat yang memberikan undi majoriti kepada Pakatan Rakyat yang mahukan perubahan.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan.
Antaranya soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.


“Namun, kita mampu melupakan ketegangan dan keresahan akibat kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan meletakkan kepentingan nasional sebagai keutamaan,” katanya.


JG: Rakyat tak rela promosikan Umno (LM)

Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’

TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.

Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat. 

Anwar mahu dialog dengan kerajaan



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

NONE"Kami mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.

CIKGU KENA SOKONG BN? APA PUNYA PANDANGAN NI....

DARI AMENOWORLD KELAKAR NAK MAMPOS.MALAS AKU NAK ULAS PANJANG-PANJANG SEBAB TELAH DIULAS. AKU AMBIL TEKS INI SEBAB NAK TERANGKAN MINDA CIKGU-CIKGU



Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Masir juga mahu para guru seharusnya memfokuskan kepada tugasan dan amanah diberikan kepada mereka dalam mendidik anak bangsa dan bukannya sibuk berpolitik.
 
Untuk rekod, ini artikel copy paste dari laman ini ==>  http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/masir-kujat-guru-yang-menyokong.html


Laman pro BN. Aku petik artikel tue, lepas baca, aku tergelak sambil terguling2 dekat seratus kali sebab kelakar nak mampos. Pandai dorang buat lawak eh.

Guru kena sokong BN = sebab kerja dengan BN.

BN = parti yang mentadbir negara neh. Yang di pilih melalui peti undi. Peti undi = pilihanraya = peluang yang datang 5 tahun sekali untuk tukar pucuk pimpinan pihak yang mentadbir dan menentukan hala tuju negara neh.

Ini bermaksud BN berada disitu sebab di undi. Mereka tak diletakkan disitu kerana diri mereka, tetapi kerana undian. Kebetulanya mereka menang setiap kali PRU, setiap kali mereka menjadi kerajaan pusat. Jadi adakah kerana itu mereka ada hak untuk besar kepala sampai menentukan secara peribadinya siapa patut seseorang GURU itu sokong dan siapa pula tidak?

Seseorang guru apabila dia bekerja dengan satu2 sekolah di bawah kerajaan Malaysia, dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang diuruskan oleh BN yang dipilih berdasarkan kepada proses demokrasi [PRU] di negara neh.

Bukan bermaksud dia bekerja dengan BN, tidak. Dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang di uruskan oleh BN yang terpilih menjadi pemerintah di negara neh melalui peti undi. Guru dibayar gaji oleh pembayar cukai, BN juga tiada beza. Kenapa? Sebab kedua2nya bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA. Bukannya BN yang bayar gaji guru2 tersebut.

Faham tak perbezaan neh? Tak faham? Takpe. Sebab aku dah terima nasihat. Kewujudan dan pemikiran2 bodoh sombong oleh sesetengah wakil2 rakyat pro UMNO dan BN bukan untuk difahami oleh aku, sebaliknya aku kena raikan. Raikan bukan bermaksud aku kena terima jika mereka zahirkan komen2 yang tidak cerdik, sebaliknya raikan dengan membuktikan betapa tidak cerdiknya pemikiran2 mereka dengan hujah.

Rumah pam rosak: Syabas gagal, Selangor biaya kos baik pulih

Rumah pam rosak: Syabas gagal, Selangor biaya kos baik pulih

SHAH ALAM 28 OGOS: Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.
MBKejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung kerajaan negeri.

Menurutnya, kegagalan berulang ini salah satu bukti kukuh Syabas tidak kompeten untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Ekoran itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah,” kata Khalid dalam kenyataan.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55232

Ketua Wira Perkasa terus serang PM

Ketua Wira Perkasa terus serang PM

Abdul Aziz Mustafa, 29 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu murtad dan isu kalimah Allah pula.

Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".

"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini.

"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.

"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya http://irwanfahmi.blogspot.com

Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik.

Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".

Dalam posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".

"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat," tulis beliau.

Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan.

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius.

"Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.

"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.

"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.

"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.

Pendirian Irwan tidak memeranjatkan kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya," kata Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.

"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," kata Ibrahim lagi.

1mil signatures drive against Lynas at Dataran kicks off


Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas

Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas

OLEH RITA JONG

August 26, 2013
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia  Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.
"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul.
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya.
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya.
Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya.
Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya.
Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam.
Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam.
Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya,  ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya.
Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan.
"Hakim perbicaraan sepatutnya menfokuskan kepada dua bentuk bukti berbeza dan kegagalan bertindak sedemikian menyebabkannya tersalah arah. Setelah meneliti alasan penghakiman, kami tidak mendapati hakim perbicaraan dalam penghakimannya menimbangkan sama ada diari stesen dan bukti Azilah berada di Wangsa Maju dan di Bukit Aman pada waktu kejadian menunjukkan alasan beliau tidak boleh ataupun tidak mungkin berada di Puncak Alam.
"Dalam keadaan ini, hakim itu tersalah arah dirinya dengan cara bukan arahan gagal untuk mempertimbangkan bukti," katanya, merujuk kepada kegagalan hakim untuk mempertimbangkan pembelaan alibi.
Tengku Maimun berkata rekod panggilan dan jangkauan liputan adalah bukti penting untuk menyabitkan kehadiran Azilah di tempat kejadian.
"Ia adalah penting agar perbicaraan belajar untuk memfokuskan fikirannya terhadap cabaran bukti yang dibangkitkan oleh pasukan pembelaaan dan membuat penemuan sama ada sebenarnya berlaku satu perubahan atau penyalahgunaan data dan sama ada kesahihan data itu dipersoalkan atau sebaliknya," kata beliau.
"Malangnya, hakim gagal untuk melakukan ini, yang tanggungannya berat menjadikan ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti tersebut."
Mahkamah juga berkata hakim perbicaraan sewajarnya membuat pencarian terhadap hubungan antara bahan letupan dengan dua bekas anggota polis dan kegagalan memfokuskan dirinya terhadap hubungkait yang hilang mengakibatkan satu lagi tersalah arah berlaku.
"Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal secara munasabah mengarahkan mungkin mensabitkan perayu berasaskan bukti yang ada. Mahkamah dibawah telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu menyebabkan keadilan salah dilaksanakan dan sangat serius," katanya.
"Kesan terkumpul bukan arahan menunjukkan sabitan itu tidak selamat. Kami sedar bahawa jenayah kejam telah dilakukan tetapi jika perayu bersalah tidak dibuktikan dengan memuaskan, kami terpaksa memberi manfaat keraguan kepada perayu.
"Kami sebulat suara meluluskan kedua-dua rayuan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan." – 26 Ogos, 2013.

Siapa bunuh Altantunya dan kenapa? (LM)

Analisis Berita: Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan. 

Sirul & Azilah bebas, Najib akan dipanggil (LM)

Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, Peguam kanan Karpal Singh akan memohon untuk memanggil Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantunya DSP Musa Safri dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan warganegara Monglia Altantuya Shaariibuu.


The night Altantuya was murdered - Americk Sidhu


ALTANTUNYA .NAJIB AKAN DI SAPINA UNTUK TUNTUTAN SIVIL

Karpal panggil PM, Musa Safri dalam tuntutan sivil bapa Altantuya

OLEH RITA JONG
August 23, 2013
Latest Update: August 23, 2013 01:52 pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya Shaariibuu.

Peguam Karpal Singh (gambar), yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan mendesak tuntutan itu didengar tidak lama lagi.
Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.
Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.

“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Karpal berkata, di sebalik pembebasan Azilah dan Sirul, Setev masih mempunyai jalan menerusi tuntutan sivil.

“Ini akan menjadi peluang membuktikan salah di atas keseimbangan kemungkinan.
“Saya akan mengaktifkan tuntutan itu untuk kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada kemungkinan tuntutan kes itu kekal ditangguh berikutan rayuan yang mungkin difailkan Pejabat Peguam Negara berikutan keputusan mahkamah hari ini.

Ketika ditanya sama ada pembebasan itu akan dibawa kepada tuntutan sivil, Karpal berkata,`ya’.
“Kita masih boleh menggunakan ini untuk menghukum mereka. Kes pemain bola Amerika, OJ Simpson contohnya. Dia dibebaskan atas tuduhan membunuh isterinya, tetapi kemudian didapati boleh dihukum menerusi tuntutan sivil atas kematian isterinya dan diperintah membayar kemusnahan,” katanya.

“Perkara ini (merujuk kepada kes Altantuya) adalah perkara serius. Seseorang datang ke negara kita, diletupkan dan akhirnya tidak ada sesiapa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.”

Karpal juga mengkritik pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes itu.


“Mereka patut dipertanggungjawabkan atas kecacatan yang berlaku,” katanya merujuk kepada beberapa perkara yang dibangkitkan panel Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka pagi ini.
“Ia menunjukkan mereka tidak melakukan tugas sebaiknya,” katanya. – 23 Ogos, 2013.