Demi perjuangan bangsa

Demi perjuangan bangsa – Oleh Daing Yahya

December 2011

Cerpen/Satira

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Kalau mahu bangsa kita Melayu selamat, harus beri kami majoriti dua pertiga di Parlimen dan menangkan kami kembali di Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Di Selangor kita boleh tengok syiar Islam semakin malap, masjid-masjid sudah tiada cahaya. Kebajikan umat Islam di Selangor tidak terbela, masyarakat Islam di Selangor kini merempat, miskin dan papa kedana.

Memang benar kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor sudah melaksanakan pelbagai kempen untuk menegakkan syiar Islam, menambah peruntukan guru-guru KAFA, menjalankan usaha untuk menggiatkan aktiviti masjid. Tetapi apa ertinya semua itu jika bukan kami yang memimpin tuan-tuan dan puan-puan.

Di Pulau Pinang pula, ekonomi Bumiputera sudah teruk. Mereka dianiaya siang dan malam. Hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Memang ramai kontraktor Melayu mendapat projek. Itu benar. Tetapi apakah mereka dari parti kami? Tentulah tidak. Apa ertinya orang Melayu mendapat kontrak, projek dan program melalui sistem tender terbuka jika mereka bukan dari parti kami?

Lihatlah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah menghina golongan Mat Rempit sehingga mereka tidak ada tempat untuk berlumba. Golongan ini majoritinya anak-anak Melayu yang sengaja dicicirkan dalam pembangunan negeri.

Memanglah di negeri-negeri lain pun Mat Rempit tiada gelanggang untuk berlumba. Itu benar. Tetapi di Pulau Pinang, mereka lebih tertindas, sebab itu kita perlu membela mereka, walau pun di negeri-negeri lain, khususnya yang diperintah oleh parti kami, kita tangkap sahaja Mat Rempit yang selalu menimbulkan masalah ini.

Kenaikan gaji guru-guru KAFA di Pulau Pinang dan Selangor sekadar menjadi gula-gula untuk masyarakat Islam. Ia membayangkan seolah-olah kita tergila-gilakan wang tersebut. Padahal, gaji atau elaun bagi guru-guru KAFA ini tidaklah penting.

Agenda kami

Jika kami yang memerintah Pulau Pinang, sudah tentu gaji guru-guru KAFA ini tidak akan dinaikkan kerana guru-guru tersebut seharusnya mengajar ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan wang. Wang kerajaan dapat dijimatkan untuk perkara-perkara yang lebih penting, misalnya untuk penternakan lembu nasional.

Tentulah projek ternakan lembu secara besar-besaran ini mesti diberikan kepada orang-orang besar yang setia dengan kami.

Bukan kami tak mahu berikan kepada tuan-tuan dan puan-puan tetapi fikirkanlah, mustahil projek bernilai beratus juta ringgit termasuk untuk membeli kondominium mewah dan kereta mewah diberi kepada rakyat jelata yang tidak ada sebarang kepakaran menternak lembu atau membeli kondiminium mewah atau pun membeli kereta mewah.

Sejak kami kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya yang lalu, ekonomi Bumiputera jatuh teruk, anak-anak Melayu kini semakin tinggi jumlah yang menganggur. Ini semua adalah salah Pakatan Rakyat.

Jika kami ada majoriti dua pertiga, pasti anak-anak muda yang menganggur ini akan kami serapkan ke jabatan kerajaan bagi menjamin kelangsungan kuasa politik dan ekonomi orang-orang Melayu. Sama ada mereka layak atau tidak, itu bukan masalah kami. Lagi pun wang kerajaan adalah duit rakyat, bukannya duit kami, jadi kami akan belanjakan sesuka hati kami.

Harga barang naik juga tidak boleh salahkan kami. Sebagai pemimpin kami kena kekalkan imej mewah pemimpin. Siapa yang sanggup ikut pemimpin yang pakai kereta tempatan yang kecil atau tinggal di rumah pangsa? Ini hak kami sebagai pemimpin.

Jika harga barang naik, tuan-tuan dan puan-puanlah yang perlu mengubah gaya hidup. Kami perlu tarik subsidi barang keperluan harian seperti minyak kerana kami perlu imbangkan dengan subsidi untuk syarikat-syarikat penjana kuasa. Tak kanlah kita nak biarkan syarikat korporat ini rugi.

Kekalkan kuasa bangsa

Yang penting kita mesti kekalkan kuasa politik Melayu. Tentulah kuasa itu tidak boleh dipegang oleh rakyat. Kalau kuasa itu milik rakyat, itu komunis namanya.

Kami sebagai politikus yang paling layak untuk membela nasib orang Melayu. Malah jika Pakatan Rakyat menuduh kami hanya mementingkan kroni, apa salahnya? Ramai kroni kita orang Melayu juga. Apakah kita tidak bangga melihat orang Melayu menjadi jutawan dan billionaire?

Janganlah pula tuan-tuan dan puan-puan cemburu dengan kejayaan mereka. Saya sudah katakan, bukan taraf tuan-tuan dan puan-puan untuk menjadi jutawan. Jadi ubahlah gaya hidup anda.

Kalau kuasa diberi kepada Pakatan Rakyat, habislah orang Melayu. Bayangkan jika orang yang layak diberikan peluang dan kedudukan yang sama? Mana boleh, itu bertentangan dengan perjuangan parti kami. Sama ada kita layak atau tidak, itu tidak penting. Sebab hanya kami dapat menjamin masa depan anda.

Selagi kami berkuasa, jangan bimbang dengan parti-parti lain yang bersama kami. Mereka akan sentiasa tunduk dengan kami. Asalkan ada projek kita berikan, para pemimpin parti komponen tak akan berani mencabar kita.

Tentulah projek-projek itu untuk mereka. Tuan-tuan dan puan-puan tak perlukan semua projek itu. Cukup sekadar undi kami, dan masa depan anda terjamin buat selama-lamanya.

Hanya kami menjamin nasib anda

Kesimpulannya, di Malaysia ini hanya kami sahaja yang boleh menjaga orang Melayu dan memperjuangkan Islam. Parti lain, walau pun kita tahu mereka tidak rasuah, tidak salah guna kuasa dan tidak perkauman, mereka tidak akan dapat menjamin nasib anda.

Kita telah bina beribu-ribu masjid dan surau. Kita telah hias masjid-masjid kita dengan kilauan perhiasan yang hebat-hebat.

Hinggakan ada sesetengah tempat, walau pun surau dan masjid telah mencukupi, kita tetap bina juga bagi menunjukkan bahawa kami membela Islam. Soal membazir atau tidak, itu hanya propaganda pembangkang.

Siapakah yang melaksanakan skim peneroka Felda kalau bukan parti saya? Jika tidak kerana kami, pasti orang Melayu akan merempat. Tentulah selepas pertolongan kami, peneroka perlu bersyukur dan merelakan kami membesarkan Felda.

Biarlah kami menjadikan Felda sebagai korporat gergasi. Cukuplah peneroka menerima imbuhan kecil dari semasa ke semasa. Buat apa peneroka dapat duit banyak sangat? Nanti tak tahu pula apa nak buat dengan duit itu.

Peneroka tahukah cara nak menguruskan korporat? Tahukah cara menyenaraikan syarikat ke bursa saham? Tentulah tidak. Jadi biarlah orang korporat yang melaksanakannya. Lagi pun tokoh-tokoh korporat kita orang Melayu juga.

Ini adalah tindakan wajar kerana hasil para peneroka harus dicambah. Jika tidak wang itu akan menjadi beku dan kerajaan terpaksa mengagihkan wang beratus juta ringgit itu kepada keluarga peneroka. Tentulah ini tidak adil kerana ia akan merugikan kami.

Pertahankan kami demi masa depan anda

Sejak lebih 50 tahun kami memerintah, semuanya baik. Cara kami sudah sebati dengan budaya orang Melayu. Kalau anak-anak kita menjeritkan ‘reformasi’, cepat-cepat tangankan mereka. Itu semuanya fitnah pembangkang.

Bayangkan jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Tentulah orang Melayu akan sengsara kerana tiba-tiba diberi hak untuk berhimpun secara aman, diberi hak untuk menuntut hak dan paling ngeri sekali, diberi peluang perniagaan untuk bersaing dengan ahli-ahli parti kami.

Mana boleh tuan-tuan dan puan-puan bersaing secara adil dengan kami. Kami kan pembela bangsa Melayu. Alangkah malunya jika dunia mengetahui tuan-tuan dan puan-puan sebagai rakyat mempunyai daya saing yang lebih baik daripada kami.

Lagi pun jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, tentu mereka akan mereka menyelongkar fail-fail kerajaan yang bakal mendedahkan skandal-skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Tentu tuan-tuan dan puan-puan kasihan kepada kami sebagai pembela nasib bangsa. Jika semua itu didedahkan, kelak hanya akan memalukan bangsa Melayu dan Islam. Kita tidak mahu agama dan bangsa kita dimalukan dengan cara sedemikian.

Bayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara

Jika Pakatan Rakyat memerintah, demokrasi mereka akan menghapuskan segala undang-undang yang kami buat untuk memastikan tidak ada siapa yang tahu apa yang kami buat. Bayangkan jika kami tiada kuasa untuk mengawal cara hidup rakyat. Musnah parti kami.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, kami tidak boleh lagi mengawal pelajar dan mahasiswa. Bayangkan jika mahasiswa kita boleh berfikir sendiri. Hancur parti kami.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, mahkamah akan bebas manakala hakim-hakim akan berani melaksanakan undang-undang berasaskan keadilan. Bayangkan jika kami tidak boleh lagi menguasai badan kehakiman. Ranap parti kami.

Paling penting sekali, jika orang Melayu menerima prinsip hak dan peluang saksama, jika orang Melayu menerima keadilan yang tidak mengenal kaum, agama, darjat, pangkat dan kedudukan, dan jika orang Melayu menolak ketuanan kaum, maka perjuangan kami tidak akan relevan lagi dalam arena politik negara.

Mampukah anda hidup tanpa kami? – Roketkini.com

Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena

Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena | Print |
Khairil Abdul Rahim

BANDAR TUN RAZAK JENGKA, 9 Dis: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu
ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.


SOI LEK...KERANA MULUT BADAN BINASA..ITU PEPATAH MELAYU......JANGAN GANGGU GUGAT AGAMA....KERANA TAK SESIAPA PUN SUKA AGAMANYA DIGANGGU


Hudud: ABIM serah Soi Lek memo, gesa minta maaf dalam 48 jam
December 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Dis― Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud minggu lalu.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

Zahid Ambil 21 Bulan Jemput Guan Eng Naik Scorpene

GEORGETOWN 9 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertikaikan cabaran Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi yang mengambil masa selama 21 bulan untuk menjemput beliau menyelam bersama kapal Selam Scorpene ekoran kapal selam tersebut didakwa tidak boleh menyelam walaupun pembeliannya melibatkan RM3.68 bilion.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan bagaimanapun menerima cabaran tersebut dan dijangka akan menyertai Zahid untuk menaiki KD Tun Razak hari ini.

"Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu.Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?

"Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam," ujar Lim.

Menurut Lim lagi, jemputan Zahid itu masih tidak dapat menjawab tentang persoalan sampingan berhubung pembelian kapal selam itu yang menelan kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

Tegasnya lagi, kerajaan perlu mengambil kira isu penting lain seperti penggunaan wang awam sebanyak RM4.214 billion serta isu keselamatan para pelayar TLDM.

Kerajaan juga disarankan supaya semua aspek keselamatan dan penyelenggaraan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

"Rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing," ujar Lim.

Isu kapal selam scorpene yang membabitkan pelbagai kontraversi menimbulkan perdebatan hangat di parlimen apabila Lim mendakwa kapal selam tersebut tidak boleh menyelam sehingga membawa cabaran Zahid menjemput beliau menyelam bersama kapal tersebut ketika sidang Parlimen 17 Mac 2010 lalu.

Skandal pembelian dua Kapal selam jenis Scorpene yang kini di beri nama KD Tunku Abdl Rahman dan KD Tun Razak menimbulkan pelbagai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shharibu dan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Altantuya ditemui mati berkecai dipercayai diletupkan dengan peletup C4. Abdul Razak Baginda yang juga didakwa kekasih Altantuya, dibebaskan oleh mahkamah.

Pembelian Scorpene juga dikaitkan dengan syarikat Abdul Razak dengan memperoleh komisen RM534 juta.

Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia

SHAH ALAM 9 DIS : Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya.

Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu.

Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa.

Dalam sidang media yang diadakan di sini pagi tadi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, mendakwa selepas perhimpunan Umno Najib telah merasmikan perhimpunan agung Pekida, sebuah badan yang memperjuangkan semangat ke-Melayuan yang ekstrem.

Di dalam ucapannya di dalam perhimpunan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib dilihat sengaja membakar semangat nasionalisme Melayu, Khalid berkata.

"Umno tidak lagi boleh memimpin negara Malaysia kerana ia telah menjadi ultra-Malay. Pekida ini satu persatuan yang selama ini Umno sendiri pun tidak berani dekati secara rasmi kerana imejnya yang 'ultra right-wing'.

"Tetapi oleh kerana stance Najib sudah berubah kepada ultra-Malay, maka dia sanggup merasmikannya dan ucapannya mengapi-apikan semangat nasionalisme Melayu dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas."

Menurut Khalid, tindakan-tindakan seperti itu sama sekali tidak dapat diterima oleh golongan bangsa Melayu yang waras akalnya apatah lagi oleh yang bukan Melayu.

"Dengan tindakan sebegini, konsep transformasi sudah gagal begitu juga dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan sudah dipinggirkan mereka," ujar Khalid.

Sehubungan itu, beliau berkata corak dan budaya politik tanah air seharusnya berubah menjadi lebih adil, bersih dan bertujuan membela keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira kumpulan atau bangsa tertentu.

"Masalah politik negara adalah dominasi Umno yang mebolehkannya mendominasi parti lain, bangsa lain, mahupun bangsa Melayu itu sendiri sehingga akhirnya Melayu terpaksa redha dengan penyelewengan dan sebagainya," kata Khalid lagi.

Khalid turut menyifatkan sokongan Wanita Umno terhadap Ketua mereka, Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana pemimpin yang korup terus diberi sokongan semata-semata kerana khuatir kononnya dominasi Melayu dalam politik hilang.

"Sedangkan penyelewengan ini bukan didedahkan oleh Pas atau PKR, sebaliknya disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang RM250 juta duit rakyat yang disalahgunakan,"jelasnya lagi.


Dan tercabarnya kuasa politik Melayu…


Khalid Samad

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunan Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin "menggegarkan" bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para "pemimpin Melayu" ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan Pakatan Rakyat berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?

Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pengampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa.

Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai "pejuang" Bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para "pejuang" ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti "pengorbanan" mereka dalam "perjuangan" yang begitu lama dan "sukar". Yang anehnya, si "pejuang" semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan.

Sekiranya yang dimaksudkan dengan "politik Melayu" adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang "politik Melayu"! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO!

Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di mana maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO?

KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU?


Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi.

Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa "power corrupts and absolute power corrupts absolutely" atau "kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan". Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisme dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM250 juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa.

Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin "dictator" dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah.

Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda.

ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR?

Maka ditanya pula, "adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?" Jawapannya "Tidak"! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisme.

Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama.

Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP.

Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang.

Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa.

PAS TUNDUK PADA DAP?

Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding?

Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini.

Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu.

KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU

Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka.

Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan "pemerintah Melayu" atas alasan "ingin menjaga kuasa politik Melayu". Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas.

Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Surat terbuka kepada Melayu: Islam didahulukan, Melayu bersamanya

Surat terbuka kepada Melayu: Islam didahulukan, Melayu bersamanya

Abdul Hadi Awang

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian UMNO sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilihanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } <الأعراف: 158

158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat!, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam, macam slogan UMNO: "Hidup Melayu!".

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, di antaranya Allah memberi amaran :

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat di bawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu di rantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri melainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak di hadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

UMNO adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara UMNO. Islam cara UMNO tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama di antara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh UMNO yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya UMNO menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama UMNO sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. UMNO meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.

Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pemimpin utama UMNO sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti UMNO. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama UMNO.

Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah di bawah pimpinan UMNO. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah di bawah UMNO juga. UMNO menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di kawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada UMNO. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata UMNO menindas negeri Melayu. UMNO juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh UMNO untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

PAS berulangkali mengajak UMNO bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh UMNO. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan di antara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

*Tulisan ini dipetik dari blog Abdul Hadi Awang (gambar kiri) selaku Presiden PAS.

Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan

Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan

Posted Monday, December 5th, 2011

This post is also available in: English, Iban

Kerana telah marahkan laporan-laporan kami Sean (Hisham) Murray, iaitu suami kepada Jamilah Taib telah mencabar kami. Laporan itu telah diterbitkan sebelum Yayasan Bruno Manser menerbitkan senarai hitam nama syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud. Kini senarai nama syarikat-syarikat keluarganya masih boleh diperolehi di laman-laman web.

Dalam laporan “Hentikan Rasuah Dari Pembalakan” yang diterbitkan oleh BMF, ianya ada mendedahkan keterangan mengenai kegiatan perniagaan keluarga Taib di Sarawak, Malaysia dan di tempat-tempat lain. BMF mengatakan bahawa keluarga memiliki saham-saham dalam tidak kurang dari 330 syarikat di seluruh Malaysia sahaja. Selain di Malaysia keluarga Taib juga mempunyai tidak kurang dari 80 buah syarikat di 25 negara di seluruh dunia termasuk Australia, UK, US, Kanada, New Zealand, Jersey, Hong Kong, British Virgin Islands, Fiji, Cayman Islands, Indonesia, India, Saudi Arabia, Labuan, Cambodia, Brunei, China, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, United Arab Emirates dan Vietnam!

BMF hanya mengakui bahawa siasatan itu berdasarkan keterangan yang diperolehi dari Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat di Malaysia dan juga dari pejabat pendaftar syarikat-syarikat di luar negara.

Hasil dari Kegiatan Rasuah

Adalah jelas bahawa syarikat-syarikat milik keluarga Taib memperolehi keuntungan dan habuan mereka menerusi pemberian kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri Sarawak. Adalah sukar juga untuk menafikan bahawa kekayaan Taib adalah hasil dari kegiatan haram rasuah ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber Asli Sarawak!

Kekayaan Taib dan keluarganya sememangnya dari kekayaan sumber asli negeri Sarawak, milik orang Sarawak, yang telah ditipu oleh Ketua Menteri mereka sendiri. Sarawak juga mempunyai simpanan minyak yang banyak yang tetap dirahsiakan oleh parti BN di Malaysia!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diarahkan untuk menyiasat dan mendakwa Taib Mahmud, tetapi suruhanjaya itu juga dihalang untuk menggugat parti BN yang 100% menguasai undi kerajaan pusat di negeri Sarawak.

Kini parti BN telah selesai dengan kelulusan rang undang-undang untuk menghalang sebarang perhimpunan melebihi 3 orang di tempat umum tanpa kebenaran! Hakikat seperti ini amat memalukan kerajaan Malaysia sendiri apatah lagi setelah kebangkitan perhimpunan secara aman kelolaan Bersih 2 yang lalu.

Bangkitlah, rakyat Sarawak! Kini tiba masanya Abdul Taib Mahmud menjadi tanggungjawab anda, dan jangan biarkan parti BN dari semenanjung menjadikan anda bagaikan budak kecil. Jom! Kita berkas Taib Mahmud!

Anak lancar Gerakan Selamatkan Felda esok, antara langkah halang penyenaraian

Anak lancar Gerakan Selamatkan Felda esok, antara langkah halang penyenaraian

December 07, 2011


KUALA LUMPUR, 7 Dis — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggerakkan gelombang baru menyentuh isu-isu berkaitan dengan Felda dengan melancarkan program Gerakan Selamatkan Felda Peringkat Kebangsaan esok.

Majlis pelancaran akan diadakan di pekarangan Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman (gambar) berkata, program itu diadakan untuk memberi penerangan kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun depan.

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah dicagar, langkah dibantah para peneroka.

Dipetik Harakahdaily, Mazlan berkata program tersebut akan diteruskan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad, Taman Melewar dekat sini Sabtu ini dan Segamat hari keesokan serta ke negeri-negeri lain kemudian.

Selain itu, Mazlan turut memberitahu, pada 20 Disember pula, Anak akan mengetuai kira-kira 30 peneroka Felda di seluruh negara untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Datuk Sabri Ahmad selaku Pengarah Urusan Felda Global Ventures Holdings dilucutkan.

Ia rentetan daripada kempen mansuhkan Isa yang mengumpul tandatangan bantahan peneroka Felda terhadap Isa yang dilancarkan 18 Oktober lalu.

“Dalam memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak, kita mendesak Isa dan Sabri digugurkan daripada jawatan masing-masing serta mendesak kerajaan membatalkan cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings,” kata Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tegas Mazlan, sekiranya tiada sebarang tindakan daripada Najib, Anak akan mendapatkan perintah mahkamah agar melarang Felda melakukan penyenaraian.

Mazlan berkata langkah itu diambil sebelum mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijangka 5 Januari depan.

“Kita telah berbincang dengan pihak peguam mengenai tindakan mahkamah ini dan jika tak ada respon dariapda Perdana Menteri, kita akan abil tindakan mahkamahlah kerana penyenaraian ini melibatkan cagaran aset peneroka,” katanya.

Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar skinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.

Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta

Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.

Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama

Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan.

HA...HA..HA TAUKE LEMBU BAGI PERINGATAN.UCAPAN TERAKHIR SEBELUM DITENDANG DARI UMno..LEMBU-LEMBU TEPUK TANGAN

DAH TAU DAH SALAH..YANG PI DOK TEPUK TANGAN SOKONG BABI BUTA TU BUAT APA?
KALAU JADI PROJEK LEMBU TU TAK PA LA JUGAK...NI PI BELI BENDA LAIN...APA PUNYA MENTERI...HANG SELAK LA KAIN HANG....OOOO DEDAH HANG PUNYA SKANDAL HANG PI MAKI HAMUN ORANG DENGAN KES LAIN.....NI YANG SURUH HANG LETAK JAWATAN......LU SAPA????....

Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat ‘jalan’, kata Raja Nong Chik

Transformasi juara rasuah Umno-BN — Mohd Rashidi Hassan

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur


AMBIK KAU SHAHRIZAT.....................


JANGAN MIMPI TAWAN SELANGOR

YB Sim Lancarkan Internet Percuma untuk Warga Kampung Jawa.



Bayan Baru – ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin telah melancarkan computer dan internet percuma di Kampung Jawa Bayan Baru sabtu pagi tadi. YB Sim telah menderma 4 buah komputer dan memasang internet ke perpustakaan desa yang terletak di bangunan JKKK di Kampung Jawa. Projek ini dipercayai julung-julung kali diusahakan oleh seorang ADUN kawasan. Jumlah yang terlibat adalah lebih kurang RM10,000.

Mengikut YB Sim, ada 4 lagi projek sedemikian akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beliau telah Berjaya mendapat tajaan computer dan internet dari pihak swasta dan peruntukan Kerajaan Negeri.


“Apabila saya melawat kawasan, saya dapati ramai keluarga kurang kemampuan memilik komputer, apatah lagi internet. Ini menyebabkan jurang digital yang luas antara yang miskin dan kaya. Saya rasa perlu berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak belajar komputer sejak awal lagi.”

Begitulah lahirnya konsep internet percuma ke kawasan desa melalui JKKK. YB Sim menyumbangkan komputer dari peruntukan kerajaan negeri tahunan. Beliau juga Berjaya mendapat tajaan internet dari TM Streamyx selama satu tahun. Beliau janji akan teruskan internet jika sambutan menggalakkan.

YB Sim juga diketahui ramai mementingkan budaya membaca di kalangan pelajar. Awal tahun ini, beliau bekerjasama dengan beberapa JKKK untuk mengutip buku lama dari kalangan orang ramai dan disalurkan kepada perpustakaan mini.

“Tabiat membaca amat penting kepada kanak-kanak. Saya mendapat manfaat yang besar kerana ditanam budaya membaca oleh ibu-bapa. Saya juga suka mengunjung perpustakaan semasa persekolahan. Saya harap sebarkan budaya membaca kepada kanak-kanak sekarang. Ini mendorong saya memberi peruntukan besar untuk menubuhkan perpustakaan mini.” Beliau mengulas.

“Perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kita mementingkan pendidikan dan masa depan kanak-kanak kita. Peruntukan disalurkan kepada rakyat demi kebaikan rakyat. Manakala menteri-menteri UMNO/BN hanya mementingkan kaum kerabat sendiri sahaja.” Tambah YB Sim

Turut hadir pada majlis pagi tadi adalah ahli Majlis MPPP Hj Rashid Hasnon, Pengerusi JKKK Kg Jawa En Thambu, pengerusi JKKK Mahsuri Puan Latifah Husinsa, JKKK Jalan Tengah Utara En Teh Kim Chuan dan penyelia perpustakaan mini Kg Jawa Sdri Syikin. Seramai lebih kurang 50 kanak-kanak turut hadir majlis pelancaran internet Percuma


--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

MELAYU MANA YANG UMNO NAK SELAMATKAN




Saksikan klip video ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pakatan Rakyat semalam. Di dalam klip ini, Anwar menangkis tanggapan yang Umno kononnya mahu bela orang Melayu.

Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.

LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya.

Menurut izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi".

Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.

Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi.

"Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan.

"Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Izzah.

Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini.

Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November.

Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki.

"Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah.

Ceritera Parti U

Ceritera Parti U

Daing Yahya |

Cerpen/Satira

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembuka kata

Kita sebagai Parti U berbeza dengan pihak lawan. Contoh pertama, jawatan Ketua Umum dalam Parti A tidak dipilih secara demokratik, malah lebih berkuasa pulak dari Presiden parti.

Lihat bagaimana Presiden kita dipilih oleh perwakilan secara demokratik. Cumanya ada seorang mantan Presiden kita yang amat berkuasa sehingga boleh menyuruh Presiden kita buat itu dan ini. Kalau tak ikut cakap dia, alamat jadi seperti seorang lagi mantan Presiden yang tidak lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, hanya sudah terbuang.

Contoh kedua, Parti B yang ada nama demokratik tetapi tidak ada ertinya kerana dalam pemilihan mereka, perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti.

Parti kita pula dipilih secara demokratik oleh perwakilan. Kuasa demokrasi dipegang oleh pucuk pimpinan. Mana-mana calon yang boleh menewaskan calon pilihan pucuk pimpinan, kita akan serahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk melucutkan pencalonannya. Malah, demokrasi kita membenarkan calon yang mencabar calon kesukaan pemimpin kita digantung keahlian.

Demi menjaga nasib orang kita, Parti tidak boleh terlalu demokratik. Sebab itu kita tidak benarkan jawatan-jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari dipertandingkan. Walaupun kita tak sama dengan pihak lawan, kita juga kena ikut mereka sedikit-sebanyak. Sebab itu kita lantik beberapa calon yang kalah pertandingan untuk duduk dalam jawatankuasa tertinggi pusat.

Contoh ketiga, adalah Parti C yang kini memperjuangkan negara berkebajikan. Masyaallah… jawatan Mursyidul Am pun tidak diundi secara demokratik tapi nampaknya lebih berkuasa dari Presiden. Sama juga dengan Parti A yang mana suami jadi Ketua Umum, isteri jadi Presiden dan anak sulung jadi Naib Presiden.

Demokrasi dan keadilan

Parti U yang kita sayangi ini jauh lebih baik. Bukan sahaja mantan Presiden U yang lebih berkuasa, sama seperti residen British zaman penjajahan dahulu, kita juga ada isteri Presiden yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti tetapi amat berkuasa. Jadi kita ada dua ketua umum untuk menentukan arah tuju parti.

Lihatlah betapa demokratiknya kita. Daripada 3.3 juta ahli, kita benarkan 2,700 perwakilan menentukan nasib Parti U. Ini berbeza dengan Parti A yang pada tahun lalu mengadakan pemilihan di mana peringkat akar umbi yang memilih kepimpinan parti. Mana boleh begitu. Itu terlampau demokratik. Tak sesuai untuk negara kita yang belum cukup matang demokrasi. Sebab itu kita ada mantan Presiden untuk mengajar kita bagaimana mahu berpolitik. Pihak lawan tidak ada semua itu.

Jauh sekali Parti kita dengan masalah gabungan lawan yang tidak bersatu hati. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata dia setuju secara peribadi, Parti B kata dia menentang habis-habisan dan Parti C pula kata dia mahu jadi negara berkebajikan.

Kita pula amat konsisten. Kita sentiasa bersatu hati. Kita sudah umumkan kita ini negara Islam walaupun kita tidak buat apa-apa. Kita cabar Parti C supaya buat undang-undang hudud tapi kita sendiri tak ada niat untuk melaksanakannya. Malah, kita mengaku kita pun ada negara berkebajikan, cuma kebajikan untuk kroni dan keluarga menteri sahaja. Untuk rakyat kita sediakan kedai 1Negara yang menjual barang-barang bermutu rendah.

Memanglah kita tak boleh beritahu orang lain bahawa kita banyak meniru dari Parti B. Apa tidaknya, bila mereka perkenalkan "Malaysian Malaysia", kita hentam Parti B habis-habisan. Bila mantan Presiden kita dulu buat Wawasan 2020, kita senyap-senyap tiru falsafah Parti B. Lepas itu Presiden kita sekarang buat 1Negara, sekali lagi kita tiru "Malaysian Malaysia", malah kita tambah lagi idea Parti B yang memperjuangkan "Malaysian First" atau "Utamakan Rakyat Malaysia".

Shhh…jangan beritahu orang lain. Malu kita nanti kalau orang tahu kita tiru idea-idea Parti B yang kita tuduh semua penyokong mereka sebagai bangsat. Mana nak sorok muka kalau rakyat tahu kita ceduk prinsip Parti B yang kita kata parti paling rasis, sedangkan kita tidak benarkan kaum-kaum lain masuk parti kita.

Apa pun, kita memang tidak sama dengan pihak lawan. Kita hanya gunakan slogan, mereka pula benar-benar mahu melaksanakannya. Itulah kebodohan mereka. Dalam politik, mana boleh laksanakan apa yang kita janjikan. Nanti teruk kita dituntut oleh rakyat untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebaikan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nepotisme dan hak

Pihak lawan penuh dengan nepotisme, penuh dengan politik anak beranak. Parti kita pun ada juga. Tapi kita tidak gelarnya nepotisme, itu namanya hak. Malah zaman pemerintahan Islam Hadhari pun ada politik anak-beranak. Tapi itu dulu. Lagi pun nepotisme kita untuk kaum kita juga. Melalui nepotisme kita mengkayakan sanak-saudara kita. Apa salahnya kita membantu kaum kita.

Berbeza dengan nepotisme pihak lawan. Apa mereka dapat? Dalam Parti A, Ketua Umum sudah masuk keluar penjara. Isteri dan anak-anaknya merana. Siapa suruh masuk pembangkang? Dalam Parti B, anak dan bapa serta kawan-kawan sudah kita tahan di bawah ISA tanpa bicara. Mengapa mereka sibuk sangat hendak mendedahkan salah guna kuasa, tasuah dan penyelewengan? Tentulah kita terpaksa tangkap untuk tutup mulut mereka.

Dalam Parti C pun sudah ramai kita tahan tanpa bicara. Mereka benar-benar mahu laksanakan apa yang mereka perjuangkan. Tidak cerdik langsung mereka ini. Agama itu hanya untuk slogan politik, bukan untuk dilaksanakan.

Sungguh hebat dan dalam sekali makna kata-kata Presiden kita walaupun belum pernah bertanding jawatan Presiden. Malah, belum pernah beliau melalui pilihan raya umum. Inilah kehebatan pemimpin kita, boleh jadi Presiden Parti U tanpa perlu bertanding apa-apa.

Malah, kita bangga dengan Presiden kita yang masuk politik kerana bapanya adalah tokoh besar negara. Itu bukan nepotisme. Itu adalah hak. Itu suratan takdir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berkorban untuk kami


Jelaslah betapa demokratik dan adilnya Parti U yang selama ini menjadi tempat naungan untuk anda semua. Tanpa Parti U, negara akan hancur. Kita dalam Parti U tidak tamak. Kita berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang lain.

Keadilan dan demokrasi kita sudah tersohor. Apa tidaknya, kalau kita kita mahu buat apa-apa, parti M1 dan M2 akan menyokong sepenuh-penuhnya usaha kita. Walau pun kadang-kadang Parti G buat bising, sekali kita jerkah, dia membisu seribu bahasa. Itulah konsensus dalam barisan kita.

Oleh itu, jika kita mahu Presiden Parti G digantikan dengan orang lain yang lebih rela mengikut kehendak kita, ia akan mengikut sahaja. Begitu juga Parti M1 dan M2 yang bukan sahaja menurut kata-kata kita, malah belum kita buka mulut, dia sudah setuju.

Maklumlah kesemua parti-parti komponen kita ini, pemimpin mereka semuanya kalah atau tak bertanding dalam PRU yang lalu. Jadi mereka tahu di mana kedudukan mereka. Kita tetap sayang mereka. Walaupun kalah pilihan raya, kita lantik mereka jadi Senator supaya boleh jadi Menteri. Tentulah mereka bersyukur dan terhutang budi kepada kita.

Di seberang laut Timur negara kita, parti-parti komponen hanya menurut sahaja. Kita bagi jawatan kepada pemimpin mereka. Itu pengorbanan kita. Apa kita dapat? Tentulah hasil sumber minyak dan hutan untuk kita agihkan kepada para pemimpin kita. Sebagai parti yang dominan tentu mereka rela Parti U perlu mendapat lebih dari orang lain.

Inilah erti pengorbanan yang sebenar. Jika parti-parti komponen sanggip berkorban, mengapa tidak anda sebagai tanda taat setia kepada kepimpinan kami yang sentiasa memikirkan tentang nasib anda, walaupun biasanya nasib kami perlu diutamakan kerana kami adalah pemimpin anda.

Penutup kata

Pihak lawan selalu menuduh kita meminggirkan rakyat khususnya Bumiputera. Itu tidak benar. Kalau kita pinggirkan rakyat, masakan kita berikan di kalangan mereka projek-projek besar seperti menternak lembu. Malah, kerana kita tidak mahu melihat mereka gagal, kita benarkan mereka membeli kondominium dengan duit yang diberi untuk menternak lembu. Malah, kalau benar pun khabar angin kononnya mereka membeli kereta-kereta mewah, apa salahnya? Kan kita mahu tunjukkan kepada rakyat tentang kejayaan kaum kita?

Jika Parti U hilang kuasa, siapa yang akan membela agama untuk memastikan hanya rakyat bawahan yang dikenakan tindakann undang-undang? Siapa yang mampu menyekat hak umat dan kaum kita daripada mempersoalkan dari mana kita dan anak-beranak mendapat kekayaan?

Bagi tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, tanya siapa yang menjadi sumber rezeki anda. Bagi kami pula, tepuklah dada, tanya Presiden adakah kami akan dicalonkan. Sama-sama kita berjuang untuk kepentingan pucuk pimpinan.

Jika Parti U terus berkuasa, maka tuan-tuan dan puan-puan juga yang akan menumpang gembira. Cukuplah setakat itu. Kami tahu apa yang kami buat.

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Integriti: Barat dan puak kiri lebih ke depan berbanding dunia Islam sekarang, Mat Sabu


Lim Hong Siang

Mengambil contoh bagaimana negara Barat seperti Sweden mencatat indeks rasuah terendah di dunia, dan bagaimana pimpinan golongan kiri menampilkan cara hidup yang sederhana, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu meluahkan kebimbangannya terhadap pemerintahan dunia Islam mutakhir ini, yang dilihat ketinggalan dalam penekanan kepada soal integriti.

Lebih dikenali dengan Mat Sabu (gambar kiri), beliau berkongsi pengamatannya bahawa pemerintahan Nabi Muhammad SAW tidak dijelmakan dalam dunia Islam pada hari ini. "Kita lihat negara-negara orang Islam secara umum, tidak dapat dijadikan modal sandaran dalam bentuk hak asasi, keadilan sosial, yang dijelmakan sebelum ini," katanya.

Secara terus-terang, beliau menyatakan bahawa Pakistan dan Arab Saudi tidak boleh dijadikan contoh keadilan sosial, melihat kepada jurang kaya-miskin yang ketara dalam masyarakat tersebut, meskipun kedua-dua negeri ini melaksanakan Hudud. Beliau berkongsi pengamatan di depan lampu trafik sendiri, dari kereta mewah, kereta biasa, beca, sehinggalah orang yang menjunjung besi - cukup untuk memberikan gambaran sejauh manakah masalah kaya-miskin dalam masyarakat itu. Malah, Mat Sabu menambah, pendedahan harta milikan pemimpin negara Islam yang digulingkan kebelakangan ini, "tidak langsung menggambarkan keadilan sosial wujud di negara-negaranya."

"Ertinya, kalau ditumpukan pelaksanaan Syariat itu semata-mata, (dan) tidak dilihat keadilan sosial, kebimbangan saya PAS akan pergi ke arah langkah itu, ke arah model itu!" katanya dalam satu dialog yang berjudul "PRU 13: Malaysia Ke Arah Negara Berintegriti", melibatkan kira-kira 30 orang di Shah Village Hotel, pada 3 Disember 2011.

Mat Sabu mendakwa Pakatan Rakyat kini berada di ambang kuasa. Senario terkini merangkumi dua unsur, susun kerja Pakatan Rakyat yang mantap, dan kemeluatan rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional yang terlalu lama berkuasa. "Penolakan kepada benda yang lama ini sudah jadi lumrah," katanya, merujuk kepada kesilapan UMNO-BN yang semakin tertunggak dan gagal diperbaiki dalam tempoh pemerintahan yang lama.

Beliau yakin, pemerintah boleh digulingkan apabila kemarahan rakyat memuncak, tanpa perlunya revolusi yang dipimpin oleh ketua. "Bukan kita hebat, tetapi rakyat meluat (dengan pemerintah)," demikianlah kata-katanya ketika meramalkan kejatuhan UMNO-BN, disusuli dengan peringatan, "Tetapi bila menang nanti, pengisian ke arah mana itu cukup penting!"

"PAS ganti UMNO"

Bagaimanapun, Mat Sabu berkongsi kekecewaan dan keresahan dirinya, ketika mengupas senario politik selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat berjaya memerintah di empat negeri (tidak termasuk kerajaan negeri Perak yang dirampas kuasanya oleh BN pada tahun 2009), dengan kerajaan negeri Kedah dan Kelantan didominasi PAS. Namun demikian, pemerintahan DAP lebih menampilkan integriti berbanding PAS, menurut penilaian Mat Sabu.

Apa yang membimbangkan beliau, "kecenderungan anak Islam untuk menyertai DAP terlalu tinggi", antaranya kerana tertarik dengan kewibawaan integriti yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar kiri) dalam pemerintahannya, kata Mat Sabu. Beliau menjelaskan, meskipun secara peribadinya Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan melahirkan integriti contoh dalam mendapat kuasa, namun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk umum, iaitu EXCO-EXCO dan pemerintah di Kelantan.

"Oleh itu, kalau kita tidak berani melahirkan pemerintah yang berintegriti bila kita berkuasa nanti, kita bimbang PAS betul-betul ganti UMNO," sindirnya berlapik ke atas slogan "PAS ganti UMNO", sebelum meneruskan, "Unsur ganti UMNO itu memang ada sekarang, di atas sifat 'hak saya untuk dapat itu'..."

Mat Sabu menyelar tindak-tanduk sesetengah wakil rakyat PAS, yang didakwanya membuat "claim tipu". Malah, soal integriti tidak dipandang berat, sebagaimana yang diamatinya melalui pergaulan dengan beberapa pimpinan dalam parti. Beliau mengkritik sikap sesetengah orang, "Selalu disebut, pemerintahan kita, mana ada tangkapan rasuah? Law lain, integriti lain. Kita bawa kereta lari 180 km sejam, tak ada polis tak kena tahan. Ertinya, kalau kita mencuri, masa itu tak ada polis, tak kena tahan. Tapi integriti datang daripada sifat dalaman."

Beliau menganggap integriti ini lebih berjaya dijelmakan oleh pemerintahan Barat, sungguhpun terdapat kerosakan lain yang dibawa Barat di sebaliknya. Beliau sempat memetik Rached Ghannouchi, pemimpin gerakan Islam Ennahda yang kembali ke Tunisia, ketika ditanya apakah model negara yang ingin diteladani sebagai negara kebajikan, setelah menang dalam pilihan raya baru-baru ini, Rached memilih Sweden sebagai jawapannya.

Mat Sabu mengulas bagaimana negara seperti Sweden, Demmark menduduki ranking teratas, sebagai negara yang bebas daripada rasuah, sedangkan negara Islam gagal melonjakkan diri dalam senarai teratas. Beliau sempat mengusik Malaysia, yang jatuh ranking-nya ke tangga 60, berbanding ke-56 daripada 178 negara tahun lalu. "Kita boleh ketawa sebab Malaysia sekarang ditadbir BN, tetapi apakah indeks itu akan berkurang bila kita ambil alih kuasa?" persoalnya.

Ambil khazanah negara untuk parti

"Ini yang berlegar di kepala saya apabila kita mencapai kuasa nanti. Apakah kita boleh jelmakan Islam yang dijelmakan Nabi, atau kita jelmakan pemerintahan baru yang mengganti UMNO?"

Mat Sabu mengisahkan bagaimana Nabi Muhammad SAW berdakwah dalam keadaan tidak berkuasa, hanya mampu menarik kira-kira 300 orang pengikut dalam 13 tahun; namun angka ini melonjak kepada lebih suku juta, apabila Nabi berdakwah dalam keadaan berkuasa untuk lapan tahun. Penambahan ini kerana jelmaan Islam dalam pemerintahan Nabi seperti keadilan sosial meyakinkan orang ramai.

Beliau kemudian mempersoalkan, mengapa tiada satu pun markas dibina di Kedah, selepas hampir empat tahun PAS mengambil-alih kerajaan negeri itu? Ahli PAS mula henti derma, kerana mereka sedang memerhati untuk tujuan apa PAS mengambil alih kuasa. Beliau memberi amaran, "Bila kita guna khazanah negara untuk parti, kita ambil alih tempat UMNO!"

Mat Sabu tidak menyelindung ketidaksenangan dirinya, apabila Kedah dan Kelantan ketinggalan berbanding Selangor, yang meluluskan usul mendesak pemansuhan ISA, Enakmen Kebebasan Maklumat dan sebagainya. Beliau menyelar sikap sesetengah pemimpin yang menganggap lebih baik tidak usik undang-undang yang sedia ada seperti ISA, kerana mungkin diperlukan apabila berkuasa kelak.

"Pembebasan demokrasi," tegasnya, seandainya gagal dikotai, maka memang PAS ganti UMNO. Secara jujur Mat Sabu mengakui, tiada jaminan daripadanya bahawa keadaan lebih baik apabila Pakatan Rakyat mengambil alih daripada Barisan Nasional, namun rakyat mesti diberi hak untuk menghukum pemerintah apabila berlaku penyelewengan.

Sepanjang pemerhatiannya, pemikiran liberal dan sosialis muncul kembali sejak kebelakangan ini, dan diminati semula. "Kalau kita tidak dapat melahirkan integriti yang hebat ini, saya nampak golongan kiri akan mendahului," dakwanya, mengambil contoh bagaimana Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nasir Hashim mempamerkan cara hidup yang sederhana meskipun mungkin lemah dalam bidang yang lain. Jeyakumar Deveraj, mengisytiharkan hartanya selepas menjadi wakil rakyat - yang mana langkah ini kurang diminati pimpinan PAS ketika Mat Sabu membangkitkannya dalam mesyuarat.

"Kalau kita nak Islam berada di atas, dan peranannya, soal integriti ini hendaklah menjadi tajuk utama," tekannya.

A.Samad Said: Idola orang muda

Mat Sabu turut mengambil nama A.Samad Said sebagai contoh, mengulas bagaimana Sasterawan Negara dengan usia dan keadaannya yang sebegitu, mampu disanjung sebagai idola orang muda. "....Dia boleh memperhambakan dirinya untuk kemanusiaan, keinsanan. Kenapa tidak berlaku begitu di kalangan ulama kita? Ini yang saya merungut itu!"

Sambil berkata dirinya tidak berniat untuk memperlekeh, beliau melontarkan kemungkinan ulama seperti Harun Din, untuk memimpin satu himpunan besar-besaran menentang penyelewengan dan penipuan yang berterusan dalam pilihan raya. Kata-katanya menggelakkan, ditanya pula mengapa hadirin ketawa. "Impossible (mustahil)!" demikianlah jawapan yang diterimanya daripada hadirin.

"Orang melihat orang yang ada integriti itu ada pada A.Samad Said (gambar kiri)," dakwanya. Mat Sabu mengingatkan, "kemenangan Parti Islam hanya kemenangan sementara," seandainya gagal melahirkan integriti dalam pemerintahan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

YA LA NAJIB-HILANG 52 BILLION DIBAWAH SIAPA YE?

KATA-KATA PM NAJIB UNTUK AHLI UMno

akan tetapi......

1.Undang-undang perhimpunan bebas di perketatkan

2.Janji menghapuskan ISA...belum terlaksana

3.Harga barang terus menerus naik

4.Ekonomi belum mampu berkembang dengan baik

5.skandal isteri dan menteri menjadi-jadi

6. sistem pilihanraya cuba menipu rakyat

7.kebebasan media masih dikongkong....

8. SCOPENE

9. SUKHOI..


dan lagi...dan lagi........

UNDILAH PAKATAN RAKYAT......ADAKAH KITA LUPA APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH UMno??????

Sudah lupa kah kita Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam saperti:
■Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
■Kerugian pelaburan Tabung Haji;
■Kerugian RM15b Bank Negara;
■Kerugian RM40 juta AIM;
■Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
■Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000...
TERMASUK KEHILANGAN SAHAM MELAYU BIMIPUTERA SEBANYAK 52 BILLION...




Najib dakwa masa depan Melayu ‘gerhana’ jika Pakatan menang PRU

December 05, 2011

SHAH ALAM, 5 Dis – Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan “gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa.

“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” kata beliau (gambar) pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.

Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai ancaman sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan martabat Melayu dan Islam.

“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak,” kata Najib.

Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara ini terus terpelihara.

“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,” tegasnya merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berwibawa untuk mentadbir negara ini.

“Mereka belum memerintah, tetapi sudah berjanji untuk memberi bulan dan bintang kepada rakyat,” katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN yang memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam di negara ini.

Jelas Najib lagi, BN juga menolak fahaman ekstremis yang cuba merosakkan hubungan kaum di negara ini.

“BN menolak fahaman yang ekstrem, fahaman itu bukan dasar pemerintahan BN, tetapi kerajaan lebih kepada membantu dan menghulurkan tangan kepada kaum lain untuk kemakmuran negara,” tegasnya mempertikaikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Umno dan BN bersifat rasis.

“Melayu tidak pernah berat sebelah, tidak pernah menjadi rasis semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan memberikan keadilan kepada semua,” tegasnya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut memberikan contoh negara-negara besar yang menghadapi pelbagai krisis akibat daripada pemerintahan yang tidak cekap seperti Greece dan Itali.

“Kerajaan berusaha mentadbir negara dengan berhemah, sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan sewaktu pilihanraya akan datang, tidak mustahil kita akan mengikuti jejak mereka,” katanya memberi ingatan kepada ahli Pekida yang hadir daripada seluruh negara.

Perdana Menteri turut menegaskan Umno-BN tidak akan sekali-kali membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, dan beliau akan mempertahankan setiap inci negara daripada kekuasaan pembangkang bagi memastikan pemerintahan sedia ada terus kekal.

Dalam perhimpunan itu, ahli Pekida turut membuat sumpah bai’ah untuk tetap setia bersama Umno bagi memastikan kemenangan sewaktu pilihan raya akan datang.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof.

Selepas Wan Azizah Siapa Pula Mangsa Shahrizat?

KOMENTAR : Setelah diserang dengan pelbagai pendedah dan pembongkaran skandal Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) serta dihimpit dengan tekanan Perhimpunan Agung Umno yang baru lengsai akhirnya Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'melatah sumbang' menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bagaikan tidak lagi mempunyai jalan keluar selain menebar 'peluru penabur' kepada sesiapa sahaja asalkan mengena.

Shahrizat mungkin telah menduga skandal penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami beliau, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya akan menjadi perhatian utama perwakilan dalam perhimpunan Agung Umno kali ini.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Wanita Umno baru-baru ini, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu. Shahrizat mungkin menarik nafas lega apabila tiada perwakilan wanita menimbulkan isu penyelewengan tersebut ketika perbahasan ucapan dasar beliau.

Setelah enggan melayan pertanyaan wartawan sebelum ini yang meminta respon berhubung cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya beliau segera meletak jawatan sebagai anggota kabinet, Shahrizat bagaikan 'kerasukan' dan hilang kawalan.

"Saya cabar Ketua Wanita PKR yang mendesak saya letak jawatan hanya kerana suami saya Pengerusi NFC, sedangkan saya tidak ada kene mengena.

"Saya nak minta hari ini supaya Wan Azizah letak jawatan sebagi Presiden PKR kerana angkara suaminya yang tidak tergamak saya sebutkan." katanya ketika ucapan dasar perwakilan Wanita Umno.

Berdasarkan kenyataan Shahrizat, jelas beliau tidak memahami antara kepentingan peribadi dan kepentingan awam yang membabitkan dana rakyat dan wang pembayar cukai.

Atau mungkin inilah juga mentaliti pemimpin-pemimpin Umno yang beranggapan harta dan khazanah negara adalah milik peribadi.

Dana rakyat

Shahrizat mungkin lupa bahawa perlantikan Wan Azizah melalui sistem pemilihan yang sah dalam parti dan deretan fitnah yang di kenakan ke atas Anwar (Suami Wan Azizah) tidak melibatkan satu sen pun wang rakyat.

Sedangkan kes NFC yang membabitkan suami beliau bukan sahaja melibatkan wang rakyat malah berlaku penyelewengan yang dashat.

Shahrizat salah sekiranya menyatakan bahawa apa yang suami beliau lakukan tidak ada kena mengena dengan beliau. Projek tersebut diperoleh suami beliau di saat beliau menjawat jawatan sebagai menteri kabinet dan Ketua wanita Umno.

Sekiranya Shahrizat mempunyai nilai murni seorang pemimpin yang peka dengan rakyat setentunya apabila projek tersebut di peroleh oleh suami, Shahrizat akan mengelak dari melibatkan suami beliau dalam projek kerajaan.

Sebagai seorang menteri dan orang politik senior, Sharizat setentunya faham dengan delima kronisme dan konflik kepentingan yang selama ini dikaitkan dengan salah guna kuasa dalam kerajaan.

Atau mungkin inilah amalan turun temurun yang ada dalam Umno-BN sehingga semua pemimpinnya dan keluarga serta suku sakat mereka akan diberi projek-projek berjuta-juta ringgit.

Justeru istiadat turun temurun ini telah menutup mata hati Shahrizat untuk melihat kesan sekiranya penyelewengan sebegini dibongkar rakyat.

Harga diri wanita

 Gesaan oleh Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin supaya Shahrizat berundur dari kabinet Najib bukan diasaskan oleh serangan peribadi.

Kenyataan Zuraidah ketika Kongres PKR ke-8 di Johor Bharu baru-baru ini mempunyai hubung kait dengan martabat kaum wanita yang perlu di terjemah bukan sahaja hebat sebagai ibu dan pengasuh yang baik tetapi sebagai pemimpin yang bermaruah.

Tuntutan Wanita PKR yang mahukan penyertaan 30 peratus wanita sebagai calon dalam PRU ke-13 adalah relevan memandangkan penyertaan wanita dalam politik bukan lagi sekadar mengisi koata tetapi suatu keperluan.

Pelbagai kes yang membabitkan pengabaian kadak-kanak dan remaja yang amat membimbangkan di lihat perlu ditangani dengan segera. Dan peranan dan suara wanita diperlukan untuk membawa iu-isu sebegini kehadapan.

Justeru skandal melibatkan keluarga Shahrizat serta kedudukan beliau sebagai seorang menteri wanita dalam kabinet kerajaan telah memalit 'aroma' yang memalukan kaum hawa tersebut.

Saranan Zuraidah supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai anggota kabinet sangat bertepatan dengan usaha untuk memertabatkan kaum wanita yang bakal menjadi pemimpin di masa depan.

Dalam kata lainnya, dengan pendedahan oleh Laporan Ketua Audit negara itu telah meletakkan Shahrizat sebagai antara wanita pertama yang telah mencemarkan nama baik kaum wanita di negara ini.

Sentimen ini sekali gus akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada kemampuan wanita dalam mengendalikan urusan politik negara.

Shahrizat seharusnya lebih 'rendah diri' untuk meletak jawatan dan bukannya menyerang Zuraidah, Wan Azizah atau sesiapa sahaja. Beliau harus melihat sejarah dan sedar bahawa lantikannya sebagai menteri bukan berdasarkan prestasi sokongan rakyat.

Shahrizat kalah di parlimen Lembah pantai kepada anak Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar.

Lalu beliau 'dipungut' oleh Najib disebabkan ketiadaan calon wanita dalam kabinet. Justeru sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat mendapat ihsan tersebut.

Keuntungan politik

Berdasarkan ritual politik, keengganan Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat. Ini membenarkan lagi betapa skandal kronisme dalam Umno dan kerajaan bukan sekadar polimik pembangkang tetapi sebuah kenyataan yang ada realitinya.

Lantaran itulah Zuraidah dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendesak Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Ini disebabkan beliau telah menjadi 'ikon' kepada amalan kronisme dalam Umno yang berjaya didedahkan kepada umum walaupun banyak kes-kes sebegini masih tertutup rapat.

Dalam masa yang sama, kredibiliti Najib sebagai perdana menteri yang tidak mengambil sebarang tindakan juga dilihat sebagai kelemahan beliau sebagai pentadbir yang menerajui kepimpinan negara.

Ini membenarkan lagi tanggapan selama ini bagaimana pemimpin-pemimpin Umno cuba mempertahankan kroni-kroni mereka sehingga sanggup berpatang arang berkerat rotan.

Mungkin juga sekiranya tidak dipertahankan akan lebih terbongkar lebih banyak kes-kes kronisme yang gagal diselidik oleh Ketua Audit negara.

Sikap pasif sebegini sekali gus membuktikan retorik Dasar tranformasi yang cuba diketangahkan Najib sama nilainya dengan 'transfer-money' oleh NFC dari menternak lembu kepada membeli kondominium mewah, membeli tanah dan kereta mewah oleh syarikat yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Desakan letak jawatan

Shahrizat tidak perlu 'kerasukan' apabila disaran untuk meletak jawatan. Bukan sahaja pembangkang menggesa beliau berbuat demikian malah dikalangan pemimpin Umno sendiri.

Persoalannya, mengapa beliau tidak meluahkan kerasukan tersebut kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar yang juga menggesa beliau meletak jawatan.

Bung Mokhtar mendakwa kes Shahrizat bukan sahaja mencemar imej parti malah menggadai maruah beliau sebagai pemimpin.

Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berkata beliau akan melepaskan jawatan sekiranya berada di posisi Shahrizat.

Sementara Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabsee juga mempunyai pendirian yang sama agar beliau melepas jawatan sebelum menunggu isyarat dari pimpinan tertinggi memberikan lampu hujau.

Sebelum itu juga, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahman Ishak membuat kenyataan yang sama yang menyifatkan skandal tersebut sebagai sesuatu yang amat malang kepada negara sehingga menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin negara.

Apapun Shahrizat perlu melihat isu perletakan jawatan beliau sebagai menteri dan skandal NFC yang melibatkan suami beliau sebagai isu moral dan harga diri yang membabitkan kepentingan wang rakyat dan pembayar cukai.

Shahrizat juga harus sedar, sejarah negara tidak akan mencatatkan beliau sebagai 'wanita besi' yang sanggup mempertahankan jawatannya. Tetapi nama beliau akan dipahat sebagai 'replika' betapa'dahsyat' amalan kronisme dalam Umno yang tidak memilih sesiapa, hatta seorang wanita.

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir

SHAH ALAM, 5 DIS: Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memaklumkan, Malaysia sudah jatuh 13 anak tangga sejak di bawah pentadbiran Najib yang bermula pada tahun 2009.

"Pak Lah (Abdullah) dalam tahun 2003 sehingga 2008, Malaysia jatuh 10 anak tangga, dari kedudukan 37 kepada 47.

"Di bawah Tun Dr Mahathir, 22 tahun menjadi Perdana Menteri sungguhpun CPI dimulakan pada tahun 1995, masa itu Malaysia di tangga ke-23. Semasa dia bersara 2003 sudah jatuh ke tangga 37. Jatuh sembilan tangga dalam tempoh sembilan tahun.

"Tetapi untuk Datuk Seri Najib dalam tempoh dua tahun setengah, jatuh 13 anak tangga," katanya.

Beliau menambah, perkara ini langsung tidak disentuh oleh pemimpin dan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2011.

Sementara itu, Exco Pelaburan Perdagangan Selangor, Teresa Kok berkata, terdapat banyak perbezaan pentadbiran Perdana Menteri dahulu berdasarkan kedudukan CPI yang semakin merudum.

Beliau turut mempersoalkan adakah ini yang dinamakan membenteras rasuah dan gagasan 1Malaysia yang selama ini dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Indeks Korupsi kita lihat ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri tahun 2004, Malaysia berada dalam kedudukan 39.

"Kita lihat selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008, Indeks negara jatuh ke tangga 47. Tahun 2009 dan 2010 tangga ke-56 tetapi pada tahun ini telah jatuh ke kedudukan 60," katanya.

Beliau menjelaskan, pada tahun 2008 wang simpanan tunai di Selangor berjumlah RM632 juta tapi telah meningkat kepada RM1.2 billion sebagai bukti jelas Pakatan Rakyat lebih cekap dalam mengurus tadbir kewangan negeri.

Umno Tuduh DAP Kerana Nak Tutup Skandal Fidlot



SHAH ALAM 4 DIS : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan adalah mustahil bagi wakil parti itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya ke 13.

Ini disebabkan parti itu bertanding kerusi Parlimen dengan jumlah yang paling kecil antara rakan-rakannya gagasannya, Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

Lim berkata demikian apabila menjawab tuduhan Umno yang DAP mengkudakan PKR dan PAS bagi mencapai hasratnya untuk pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

Tuduhan tersebut dibuat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung minggu lepas.

Lim menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha terdesak Umno untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendekatan Umno memainkan isu perkauman itu adalah bagi menimbulkan rasa kurang senang dan kebencian rakyat terutamanya orang Melayu kepada DAP dan Pakatan.

Beliau berkata, dengan memainkan isu seperti itu Umno sebagai parti utama Barisan Nasional (BN) berharap kerjasama erat di antara DAP, PKR dan PAS dapat dihancurkan.

"Umno mainkan isu perkauman dengan sengaja mengkritik DAP, menyatakan DAP akan mahu menjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat menang (PRU ke 13).

"Sungguhpun DAP telah mengatakan bahawa ini tidak benar sama sekali. Tapi saya rasa mengapa nak tujukan kepada DAP bila di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, DAP bertanding kerusi Parlimen paling kecil," katanya di sini hari ini.

Dalam PRU ke 12 pada 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen berbanding PKR (97) dan PAS (66).

Lim berkata, sebelum ini DAP telah menyatakan orang Melayu tetap akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR membentuk kerajaan persekutuan.

Maka dengan itu, katanya, tuduhan Umno juga adalah cubaan mengalihkan isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin Umno seperti di dalam kes Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Mereka cuba tutup isu rasuah sungguhpun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak tutup skandal lembu dan kondo yang melibatkan keluarga seorang menteri.

Saya rasa semua rakyat Malaysia tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan skandal ini. Sungguhpun RM250 juta pinjaman telah diberikan, kita tak yakin ia akan dipulangkan. Pergi bela lembu akhirnya beli kondo. Satu dunia tiada tempat macam Malaysia nak bela lembu kena pergi kondominium," katanya lagi.

Menurutnya, pendedahan isu NFC meletakkan Umno dalam keadaan makin sukar terutama dalam menghadapi PRU ke 13 ini.