𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗝𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗘𝗗𝗜𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗨𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗡








1. Kenyataan media Haji Hadi yang menghentam BERSATU akhirnya mengundang kritikan balas daripada penyokong BERSATU.
2. Peliknya, tak sampai seminggu sebelum itu, pada 16 Mei, Majlis Tertinggi PN sudah bermesyuarat. Haji Hadi tidak hadir pun.
3. Yang mempengerusikan mesyuarat itu ialah Samsuri, boneka Haji Hadi.
4. Fungsi Samsuri bukan sebagai Pengerusi PN sebenar. Dia hanya pembawa mesej dan kehendak Haji Hadi untuk dibentangkan dalam mesyuarat.
5. Mungkin nak tiru gaya Ayatollah di Iran.
6. Hal yang dibangkitkan Haji Hadi dalam sidang media sebenarnya sudah dibincangkan dalam mesyuarat PN. Kenyataan bersama pun sudah dibuat.
7. Tiba-tiba Haji Hadi, orang yang tidak hadir dalam mesyuarat PN, pula panggil sidang media.
8. Baru 3 bulan Samsuri jadi Pengerusi PN, sudah nampak kejanggalannya. Presiden parti sebenar tidak jadi pengerusi, tetapi masih mengawal dari luar mesyuarat tertinggi.
9. Itulah perangai sama Haji Hadi dalam semua pakatan politik sejak dulu yang jadi punca berkubur.
10. Bila timbul krisis, dia lebih suka mengelak daripada berjumpa, berdepan dan berbincang. Dalam kes terbaru, hanya hantar surat.
11. Sebab berunding dalam mesyuarat bukan kemampuannya. Sejak dulu, kerja itu dibuat oleh pimpinan lain.
12. Jadi kalau selepas ini Haji Hadi dan PAS berkawan dengan parti lain, adakah sikapnya akan berubah?
13. Tidak. Sama sahaja. Awalnya berbunga-bunga, akhirnya tetap begini jadinya.






No comments: