1. Haji Hadi dah bagi isyarat, PAS bakal ceraikan BERSATU.
2. Dia marah sebab BERSATU Tebok Atap kerajaan PAS di Perlis. Ironinya, dia juga marah sebab BERSATU tarik diri dari usaha Tebok Atap di Negeri Sembilan.
3. 'Tebok Atap' dah jadi sumpahan dan badi politik kepada Haji Hadi. Mungkin itulah legasi politik yang akan terus diingati bila dia dah arwah kelak. 'Bapak Tebok Atap'.
4. Haji Hadi marah kerana BERSATU tak mahu terima “parti orang Islam” atau parti Hamzah masuk PN.
5. Tapi kalau Haji Hadi sendiri tak boleh terima AMANAH, kenapa dia rasa BERSATU akan terima parti Hamzah?
6. Jadi 4 alasan Haji Hadi semalam hanyalah proses “mind conditioning” untuk bagi walaun PAS telan keputusan PAS ceraikan BERSATU nanti.
7. Hakikat sebenar, team Muhyiddin dalam BERSATU dah tak sekaya dulu zaman “ghanimah” Jana Wibawa.
8. Jadi sekarang PAS nak bersama team Hamzah yang mungkin masih berduit, atau kembali mengorat UMNO untuk dana pilihan raya.
9. Sebab itu kalau perasan, tulisan Minda Presiden Haji Hadi akhir-akhir ni dah berkali-kali merayu supaya UMNO bersama PAS.
10. Ku Li kata PAS “Parti Pelacur”. Tapi bagi saya, PAS macam "Hantu Raya" yang tengah cari tuan baru.
11. Sanusi sendiri dah kata, PAS perlukan RM1 juta untuk pertahan satu kerusi Parlimen. Maksudnya PN-PAS perlukan minimum RM50 juta.
12. Sanusi juga sindir BERSATU yang tak ada duit, tak ada ahli, tapi nak jadi ketua.
13. Sebab itu jangan percaya retorik 'Perpaduan Melayu-Islam' Haji Hadi kerana selama 45 tahun, dialah punca Melayu berpecah.
14. Dengan kenyataan terbaru Haji Hadi, hampir pasti kita bakal tengok undi tidak percaya di Perlis untuk PAS balas dendam. Mungkin sekali dengan pembubaran DUN.
15. Haji Hadi terpaksa bermati-matian kuasai dan pertahankan PN walaupun tanpa BERSATU.
16. Dan tanpa BERSATU, hampir pasti Gerakan dan MIPP juga tak akan kekal lama dalam PN. Tapi PAS tak peduli hal itu kerana adanya mereka seperti tiada.
17. Sebab PAS sedar, mereka perlukan logo PN untuk nampak lebih “nasional”, kerana logo PAS masih tak laku di banyak tempat
No comments:
Post a Comment