Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tebrau mempersoal konsep “kebersamaan” yang kononnya cuba ditonjolkan Umno Johor, yang akhirnya dilihat seperti memaksa semua penerima berkumpul di satu lokasi tertentu semata-mata untuk mendapatkan Bantuan Kasih Johor (BKJ).
Ketua AMK Tebrau, Jalex Lee berkata, alasan bahawa BKJ diberikan secara tunai supaya pemimpin dapat berinteraksi terus dengan rakyat – tidak menggambarkan realiti sebenar di lapangan kerana hakikatnya ia menyusahkan penerima sehingga ada yang tercicir dari mendapat bantuan.
Jalex mendakwa masih wujud jurang serius dalam pelaksanaan pengagihan BKJ, antaranya penerima di Taman Gaya yang perlu hadir ke DUN Larkin semata-mata untuk mengambil bantuan.
Di kawasan DUN Tiram pula, pengagihan dilakukan di Dewan Muafakat Bestari Perdana, namun dikatakan mengetepikan penerima dari kawasan Ulu Tiram.
“Keadaan seperti ini menunjukkan masih wujud jurang dalam memahami realiti dan kesukaran rakyat di lapangan. Ini hanya segelintir masalah yang telah dibawa oleh rakyat tentang BKJ.
“Kebersamaan bukan sekadar slogan politik. Kebersamaan yang sebenar ialah apabila setiap suara didengari, setiap kawasan diberi perhatian dan setiap rakyat dipermudahkan urusannya tanpa mengira latar belakang atau lokasi,” katanya.
Selain itu kata beliau, menggunakan alasan pemberian BKJ secara tunai sebagai lambang kebersamaan juga kurang tepat.
Ini kerana katanya, sebagai wakil rakyat, turun padang dan bersama rakyat adalah tanggungjawab asas yang perlu dilaksanakan setiap masa, bukan hanya ketika ada bantuan untuk diagihkan.
Beliau merujuk hantaran Facebook Ketua Penerangan Umno Johor Bahru, Ahmad Solehin, yang berkongsi jawapan Menteri Besar Johor mengapa bantuan BKJ tidak disalurkan terus secara atas talian.
Dalam hantaran itu, Datuk Onn Hafiz berkata, bantuan diberikan secara bersemuka kerana mahu memupuk rasa kebersamaan, selain memberi peluang kepada pemimpin untuk turun padang dan bertemu dengan rakyat.

No comments:
Post a Comment