MB Kedah cuba spin Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dengan dakwa kewangan negeri “surplus RM11.16 juta”. Hakikatnya, laporan audit jelas menunjukkan Kedah membelanjakan lebih daripada hasil diterima.
FAKTA MUDAH:
Perbelanjaan: RM1.052 bilion
Hasil diterima: RM769 juta
Defisit: RM283.20 juta
Pusing macam mana sekalipun, defisit tetap defisit.
Masalah terbesar hujah MB Kedah ialah cuba campur:
pinjaman,
geran,
dana khas
seolah-olah semuanya “hasil negeri”.
Pinjaman bukan pendapatan. Itu hutang yang perlu dibayar balik. Kalau pinjaman pun nak dianggap hasil, memang rosaklah logik kewangan negeri.
LKAN pula bukan musuh politik Kedah. Ia institusi audit rasmi negara. Angka RM283.20 juta itu fakta audit, bukannya fitnah atau “salah faham teknikal” seperti cuba dijual kepada walaun.
Malah “surplus RM11 juta” yang dibanggakan itu terlalu kecil berbanding:
perbelanjaan lebih RM1 bilion,
defisit audit RM283 juta,
komitmen pembangunan yang besar.
Itu bukan tanda kewangan kukuh, itu tanda kedudukan kewangan rapuh.
Dan rakyat Kedah bukan hidup dalam teori akaun teknikal. Rakyat tengok realiti:
masalah air masih gagal selesai,
fasiliti awam banyak rosak,
peluang pekerjaan tak menjadi,
banyak pelaburan diumum tapi senyap.
Akhirnya, rakyat nampak satu benda sahaja — MB Kedah lebih sibuk spin angka daripada selesaikan masalah negeri.

No comments:
Post a Comment