Bangkit Pandan Tak Berapa Bangkit.



MSO




ZAFRUL BUKAN LAWAN RAFIZI


Malam tadi saya jenguk majlis Himpunan Setia Keadilan P 100 Pandan untuk menyatakan kesetiaan dan solidariti kepada parti dan meniup semangat bangkit berjuang yang diadakan di sebuah hotel di Ampang. 


Tujuan majlis itu untuk memulihkan semangat Keadilan Pandan khasnya dan membakar samangat ahli dan penyokong setelah bekas ketua cabang dan ahli parlimenya Rafizi Ramli bertindak meninggalkan dan menghuruharakan parti dengan menggerakan parti baru.


Majlis malam tadi juga untuk memperkenal dan mengesahkan bakal pengganti Rafizi di parlimen P 100 Pandan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Sebelum ini nama Tengku Zafrul sudah berkisar di Pandan, tetapi belum ada pengesahan. 


Dengan berlangsung majlis malam tadi, sah Zafrul akan diberi tanggungjawab untuk mengemudikan PKR Cabang Pandan dan Ampang kemudian bertanding disitu.


Majlis malam tadi dihadiri pemimpin tinggi pengerusi Keadilan negeri Selangor Amiruddin Shari. Beberapa pimimpin lain ikut sama hadir, antara bekas MP Kapar Abdullah Sani, yang ikut membakar semangat dan membangkit jiwa ahli dan penyokong Keadilan Pandan yang terusik dengan ulah Rafizi.


Kelihatan juga Mustafa Kamil Ayub, antara pemimpin veteran dan pengasas PKR. Kehadiran Mustafa Kamil menunjukkan komitmen dan kesetiaan serta kegigihan seorang pemimpin kepada parti yang perlu dicontohi. Selain itu kelihatan juga beberapa otai reformasi yang kerap nampak dalam apa jua majlis Keadilan.


Secara keseluruhan majlis malam tadi, dalam penilaian saya kurang menyengat dan bersemangat. Ucapan disampaikan Amiruddin tidak begitu menikam kalbu dan hangat menyebabkan majlis itu tidak menjadi huma yang terbakar. 


Sepatutnya majlis lebih hangat panas dan bergempa panjang laungan keramat Reformasi, “Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Menang” “Membujur Lalu Melintang Patah” untuk menebus dan menghalau makhluk halus bernama kancil.


Kalau sudah muktamad Zafrul diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengemudikan cabang itu beliau harus dibantu sepenuhnya secara sungguh sungguh. Menjadikan kawasan itu sebagai anak angkat PM belum mencukupi.


Sebagai orang baru dalam politik dan Keadilan Zafrul harus belajar dan mengenali banyak sifat dan fiil politik. Keadilan adalah parti multiracial dan progresif tidak seperti parti lain, Pas atau Umno hang wala’ kepada parti, hakikat itu akan mencabar Zafrul yang lebih dikenali sebagai banker teknokrat daripada politician.


Justeru beliau perlu ditapu, disokong dari semua peringkat. Tidak cukup restu daripada presiden semata, tetapi yang paling diperlukan support dari bawah dari semua peringkag. Paling utama, menstruktur semula PKR cabang Padan dan Ampang. Beliau juga perlu belajar berucap bebas teks.


Perlu diingat badi ataupun saka ditinggalkan Rafizi bukan mudah untuk dihapauskan. Apa lagi kalau beliau benar benar still bertanding Pandan. Sekiranya selepas ini akan diadakan himpunan setia di Setiawangsa ia perlu lebih hebat. Trims.



No comments: