Kantoi! Lelaki ini jawab Bos SPRM isu guna akaun orang lain untuk beli saham di pasaran

 

Kantoi! Lelaki ini jawab Bos SPRM isu guna akaun orang lain untuk beli saham di pasaran


“Beritahu saya kalau ia suatu kesalahan”- Azam Baki

Ya ia SALAH.

Rujuk perkara (2),(5) bahagian 25 AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25:

(2) Ejen depositori dibenarkan untuk menguruskan sekuriti yang didepositkan oleh prinsipal berkaitan dengan urus niaga, membuka dan menyenggara sekuriti akaun dengan depositori pusat.

(4) Tiap-tiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat hendaklah dinamakan di atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa (authorised nominees).

(5) Orang yang membuka akaun sekuriti itu hendaklah membuat pengisytiharan dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah depositori pusat bahawa dia ialah pemilik benefisial bagi sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa (authorised nominees) atau mengikut mana-mana yang berkenaan.[Ins. Akta A1039:s.13]

(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (5) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kepada kedua-duanya.[Ins. Akta A1039:s.13]

Sumber:

AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25.

https://www.sc.com.my/…/akta-perindustrian-sekuriti…

Securities Commission Malaysia takkan diam je?

Khairul Azri

Guna nama beli saham tak patut dijadikan isu: Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham tidak harus menjadi isu.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya, siapa-siapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran.

“Kalau ada kesalahan dan benar berlaku (salah menggunakan akaun orang lain), beritahu saya kalau ia merupakan satu kesalahan,” katanya ketika sidang media khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Sidang media khas itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam turut menegaskan bahawa dalam isu saham ini, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas.

Katanya, isu itu telah dijelaskan kepada Panel LPPR, yang mana akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urusniaga.

“Saya tiada kepentingan atau benefisial ke atas saham-saham yang dibeli itu. Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Saham itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun beliau,” katanya.

Azam berkata, tuduhan yang mengatakan beliau mengawal banyak syarikat juga adalah ‘total lie’ dan didakwa sengaja dicipta untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

Tambahnya, tuduhan itu digambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pesuruhjaya dan institusi SPRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan ini kerana ia merupakan perbuatan yang berniat jahat,” tegasnya.

No comments: