MP AMANAH hantar, mohon Speaker bahas usul isu Ketua Pesuruhjaya SPRM


Satu usul tergempar dibawah peraturan 18(1) (2) telah dihantar oleh Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH membawa usul itu bagi pihak rakyat Malaysia dengan mengambil tanggungjawab membawa isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan oleh penjawat tertinggi SPRM.

Usul yang dihantar 5 Januari 2022 supaya ianya dapat diterima dan dibahas pada 1hb Mac 2022 iaitu sesi parlimen bagi membahaskan titah YDPA.

“Saya harap usul yang penting ini dapat diterima dan dibahas di dewan persidangan bukan dalam Kamar Khas kerana isu ini sangat menyentuh persoalan intergriti seorang penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dikalangan rakyat awam,” kata beliau.

Usul yang dihantar kepada Tan Sri Datuk Azhar Azizan Harun bagi Salahuddin ianya perlu disegerakan untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah melakukan siasatan dengan lebih lanjut terghadap dakwaan Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Jelas Salahuddin ini adalah perkara kepentingan ramai untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM bagi mengekang aktiviti rasuah yang menjurus kepada pecah amanah.

“Saya percaya isu ini adalah berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen 1 Mac ini,” kata beliau.