MALAYSIA BOLEH MAJU DAN BERMARUAH SEPERTI TURKI - SIAPA MAMPU LAKUKANNYA?


Image may contain: 2 people, text



Negara Turki sekarang dikenali bukan sahaja sebagai sebuah negara Islam yang maju dan moden, tetapi juga sebagai sebuah negara Islam yang disegani dan ditakuti oleh negara2 barat.

Negara yang pernah dipimpin oleh seorang pemimpin diktator anti Islam iaitu Kamal Antarturk ini berubah wajah dengan pantas di bawah pemerintahan Presiden ke 12, Recep Tayyip Erdoğan, menjadi sebuah negara Islam contoh yang sederhana, tetapi amat menitikberatkan tuntutan Islam seperti melaksanakan keadilan, membenteras rasuah, perkembangan ekonomi dan pendidikan, kesejahteraan rakyat serta memperkuatkan keselamatan negara dari ancaman musuh. Erdogen tidak pernah takut dan tunduk kepada dunia barat tetapi tidak juga suka bermusuh dengan mereka. Sebab itulah Turki menjadi sebuah negara yang dihormati dan bermaruah.

Kekuatan pertahanan negara tersebut menjadikan musuh-musuh yang ingin menghancurkan Turki berfikir banyak kali. Erdogen bukan golongan ulamak tetapi pada diri dan jasadnya ada roh Islam yang tertanam rasa kasih sayang sesama manusia tetapi lantang dan berani bila berhadapan dengan musuh.

Malaysia masih mempunyai peluang untuk menjadi seperti Turki. Pembangunan negara ini mampu diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian dan sahsiah masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum. Islah atau "reformasi" yang menjadi slogan perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak sama sepenuhnya seperti di Turki tetapi paling kurang Malaysia mampu kembali menjadi Harimau Asia yang disegani.

Untuk itu, negara ini mesti dipimpin oleh tokoh yang pernah diuji dengan berbagai ujian dan dugaan seperti yang pernah dilalui oleh Erdogen. Pemimpin yang biasa hidup derita dan susah, yang biasa ditekan, difitnah dan dizalimi, pemimpin seperti ini saja akan tahu perasaan rakyat yang derita, susah dan dizalimi. Siapakah pemimpin itu kalau bukan Dato Seri Anwar Ibrahim?

InsyaAllah, kita masih punyai harapan untuk melihat cahaya kembali menyinari bumi Malaysia. Bersama kita doakan agar Allah tampilkan seorang pemimpin yang mempunyai roh Islam dan cita2 untuk membangunkan negara ini untuk semua kaum dan agama.

WFAUZDIN NS

 


No comments: