Wartawan komplen, Muhyiddin penakut..!!
Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana Menteri
pada bulan Februari tahun ini, dia tak pernah adakan sidang media terbuka.
Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah
tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media
dengan wartawan.
Mungkin Awang salah, tapi begitulah nampaknya. Abah ‘dipagari’
oleh penasihat media beliau.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang awal memang tak ada
kesempatan Abah bersemuka dengan wartawan.
Tapi dalam keadaan sekarang, ada macam-macam cara boleh
berinteraksi dengan wartawan.
Abah boleh buat sidang media dalam talian. Sekarang teknologi
dah canggih jikalau nak mengelakkan daripada bersemuka. Tapi Abah memilih untuk
membuat ‘perutusan’. Ini termasuklah bila nak umumkan pakej rangsangan ekonomi.
Awang rasa belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri
hanya guna acara perutusan macam Abah. Ini cara satu hala. Wartawan tak dapat
bertanya soalan. Banyak sangat perkara yang berlaku dalam negara yang perlukan
maklum balas daripada Abah.
Abah perlu jawab banyak soalan yang bermain dalam fikiran
mereka. Pada masa ini ada khabar bahawa Tuanku Yang di-Pertuan Agong dah beri
perkenan untuk Datuk Seri Anwar berjumpa Seri Paduka Baginda. Ada khabar angin
Tun mantan Perdana Menteri akan bergabung dengan Ku Li. Ada berita yang
pembangkang dah atur strategi buat undi tak percaya pada Tan Sri Perdana
Menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ada yang nak tahu berkesan tidak
pakej ekonomi era Covid-19. Macam-macam lagi.
Awang Paku Serpih