MENERIMA KUNJUNGAN DPMM

 Saya telah menerima kunjungan hormat rombongan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai Presidennya Norsyahrin Hamidon. 






DPMM yang ditubuhkan pada tahun 1938 mempunyai visi sebagai wadah perjuangan ekonomi, maruah bangsa Melayu serta Bumiputera, dan kini berdiri kukuh dengan jumlah keahlian mencecah sejuta orang melalui 15 buah cawangan dan beberapa gabungan.

Saya tegaskan supaya kepentingan perniagaan Bumiputera perlu didasari dengan prinsip keusahawanan yang tulen. 


Kesempatan yang ada juga digunakan bagi mendengar tantangan dan situasi semasa yang dibangkitkan usahawan Melayu, Insya-Allah perkara-perkara ini akan diteliti agar penyelesaian kepada isu-isu pokok dapat direncanakan. 


#MalaysiaMADANI



KENA KE PAS.. DIAM HABIH WALAUN DAN LEBAI


RMS


 Panas pulak aku, berasa nak cabut janggut lebai ni sumbat dalam lubang idung dia... 



Masa kes penduduk Kg Jalan ata paloh dihalau dan rumah dirobohkan kjaan PAS kerana penduduk didakwa duduk ditanah milik PKINK kenapa diamkan diri.??



Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin dan Retorik Kosong Hadi Awang


 Saiful Nizam


Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin dan Retorik Kosong Hadi Awang. 




✍️ Saiful Nizam


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.


Dalam lawatan rasminya ke Jerman pada Mac lalu, Anwar secara terang-terangan mempersoalkan sikap berat sebelah negara-negara Barat terhadap isu Palestin. Beliau mengingatkan dunia mengenai peristiwa Nakbah pada 1948, satu isu yang jarang disentuh oleh pemimpin lain, terutamanya sejak serangan ke atas Palestin lapan bulan yang lalu.


Keberanian ini telah dipuji oleh Mufti Besar Australia, Syaikh Abdul Quddoos, yang menyatakan bahawa tiada pemimpin lain yang berani membangkitkan isu tersebut dengan begitu tegas.


Anwar Ibrahim juga menolak naratif yang menyatakan masalah Palestin hanya bermula dan berakhir pada 7 Oktober, sebaliknya beliau menegaskan bahawa konflik ini telah berlangsung selama beberapa dekad. Pendiriannya yang tegas ini memperlihatkan komitmennya dalam memperjuangkan keadilan bagi rakyat Palestin dan menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.


Di samping itu, pengiktirafan rasmi terhadap Palestin sebagai sebuah negara oleh Sepanyol, Ireland, dan Norway adalah satu langkah penting ke arah mencapai keadilan dan keamanan di Timur Tengah. Ketiga-tiga negara ini percaya bahawa tindakan mereka mempunyai kesan simbolik yang kuat dan mampu menggalakkan negara lain untuk turut mengiktiraf Palestin.


Pengiktirafan ini adalah penting dalam usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan selamat. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menyatakan bahawa pengiktirafan ini adalah keperluan penting untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan.


Sebaliknya, Tan Sri Abdul Hadi Awang hanya bermain retorik dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Hadi menuntut kerajaan mendesak agar Israel dan sekutunya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) atas penindasan terhadap rakyat Palestin.


Namun, kenyataan ini dilihat lebih kepada retorik politik untuk menarik sokongan pengundi daripada tindakan yang konkrit dan berkesan. Hadi juga mengancam untuk mengambil tindakan sendiri sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak bertindak, tetapi beliau gagal memahami bahawa isu Palestin memerlukan tindakan diplomatik yang strategik dan berkesan di peringkat antarabangsa, bukan sekadar ancaman dan retorik kosong.


Dalam mendepani isu Palestin, penting untuk mempunyai pemimpin yang berani dan tegas seperti Anwar Ibrahim, serta sokongan dari negara-negara seperti Sepanyol, Ireland dan Norway yang mengiktiraf Palestin.


Hanya dengan gabungan usaha diplomatik yang strategik dan pengiktirafan yang meluas, keadilan dan keamanan yang sebenar dapat dicapai untuk rakyat Palestin. Retorik kosong seperti yang dibawa oleh Hadi Awang tidak akan membawa sebarang perubahan positif, sebaliknya hanya mengaburi isu sebenar dan mengalihkan perhatian daripada tindakan yang perlu diambil.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



AMANAH TEMERLOH AKTIF MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT


Amanah Temerloh









 Menyantuni Masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Gabang,Lanchang.

Turut serta bersama ziarah ini Azizul Shah Mohd Noor ,Ketua Amanah Kawasan, Azharie Sulaiman,Setiausaha Kawasan, ajk kawasan Ab Wahab Ab Rahman dan Alias Mustafa.


#AmanahTemerloh 

#pedulitemerloh 

#AmanahProgresifPeduli



PELABURAN BARU


Najib Bakar


 Pelaburan baru Google bernilai 9.4 billion ringgit di Malaysia. 💪



Something to be proud of. Lepas ni developer yang guna Google Cloud boleh pilih region Kuala Lumpur.


Di Asia Tenggara setakat ini, cuma ada di Singapura dan Jakarta, nanti boleh proudly choose KL.


Pelaburan ini juga berpotensi mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan dengan impak ekonomi keseluruhan bernilai 15 billion ringgit.


Alhamdulillah.


Satu lagi yang aku lega, Google Cloud location ni di KL, bukan AS - as in Alor Star.


Tak pasai ada orang claim dia punya kerja pulak satgi.


💆



PAS KELANTAN MUNGKIN BINCANG SEMULA KERJA SAMA DENGAN BERSATU


MSO



Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang membayangkan Pas akan meletak calon sekiranya tiga kerusi, dua parlimen dan satu Dun Kelantan milik Bersatu menjadi kosong, menggambarkan hubungan Pas dengan Bersatu sudah mula retak.


Ketiga-tiga kerusi itu parlimen Gua Musang dan Jeli dan satu Dun Nenggeri yang diwakili Bersatu. 


Pas Kelantan seperti mahu membincang semula kerjasama mereka dengan Bersatu. Perubahan sikap Pas ini apabila kerajaan Kelantan yang mengambil pendekatan berbaik dengan Pusat telah memberi keuntungan kepada parti itu. Demi untuk kemajuan rakyat Kelantan Pas memilih kawan memberi untung daripada berkawan dengan mereka merugikan. 


Elok juga kalau Pas bertanding di semua kerusi berkenaan tanpa mengambil kira kewujudan Bersatu lagi memandangkan parti serpihan UMNO itu semakin hilang arah dan pupus pengaruh ke belakangan ini. Apa lagi pengaruh Bersatu di Kelantan lebih kurang pengaruh Keadilan dan Amanah sahaja, yang umpama melukut ujung gantang, mereka hanya menumpang tui pengaruh Pas. 


Bagaimana pun diingatkan supaya Pas tidak terpedaya dengan kecek-kecek Annuar Musa untuk meletakkan dia bertanding di salah satu kerusi parlimen berkenaan. Pas harus memberi keutamaan kepada ahlinya yang lama menganggotai parti tersebut daripada memberi laluan kepada mualaf parti seperti Annuar Musa itu. 


Walaupun Annuar telah disamak dan dibaptiskan dengan air tujuh telaga buruk, namun dosa dan bau hampaknya masih terhidu dan sukar untuk dimaafkan oleh orang-orang yang pernah disumpah seranahnya. Annuar Musa tidak banyak beza dengan Salentia. Trims.



BANYAK KALI DAH NAK LAKSANAKAN SUBSIDI BERSASAR.. TAPI TIADA KEBERANIAN DAN TAKUT KALAH DALAM POLITIK






 Dah banyak kali kerajaan cuba buat subsidi bersasar, walau siapa pun yang jadi PM.


Buat subsidi bersasar ni memang berisiko tinggi untuk dihukum dan kalah pada pilihan raya.


Sebab tu, kalau pemimpin yang diangkat itu cuma semata-mata politikus dan bukan negarawan, dia susah nak setuju.


Bagi dia, kalau kalah pilihan raya nanti, nak kerja apa?


Ramai politikus ni career politician dari muda. Tak pernah ada karier profesional di luar politik.


Tapi, kepada yang betul-betul negarawan, dia akan sedar bahawa tahap kewangan negara dan situasi semasa dunia tak memungkinkan lagi subsidi pukal.


Hutang 1MDB saja kerajaan dah bayar sejumlah 43.8 billion. Ada lagi baki 9.7 billion.


Kalau lah duit tu digunakan ke tempat lain, kan best?


Tapi omputih kata, don't cry over spilled milk. Benda dah jadi. Sekarang kita kena move forward untuk masa depan negara.


Jadi, tindakan paling tepat adalah buat subsidi bersasar. Memang orang akan maki, akan hentam. Dah memang itu realitinya.


Tapi, kalau sekarang taknak buat, nak tunggu bila?


Nak biar anak cucu fikir sendiri masa depa pimpin?


Masa tu dah terlambat untuk turn around the sinking ship.


Maybe it has already sunk.


Nak masuk dalam buku teks sejarah sebagai kerajaan yang tak fikir masa depan negara?


Atau sebagai kerajaan yang sanggup ambil risiko besar demi anak cucu di masa hadapan?


Jadi kepada semua, kalau ada pemimpin parti politik berjanji kembalikan subsidi pukal dalam kempen PRU16 nanti, nescaya itu semua sembang kari.


Baca ayat daripada PM9, Ismail Sabri dalam ucapan di Parlimen pada Julai 2022.


"Dari segi subsidi bersasar saya telah pun sebutkan tadi. 


Bermula daripada beberapa kerajaan tapi sampai sekarang masih belum boleh dilaksanakan.


Kerajaan hari juga pun telah sedang merangka subsidi bersasar tapi mekanismenya supaya tidak ada yang tercicir dan tidak ada tertinggal."


Mai lah siapa pun PM. Najib ka, Mahathir ka, Muhyiddin ka, Ismail ka, Anwar ka.


Semua akan dapat maklumat sama dari penjawat awam.


"YB, kita tak boleh lagi teruskan subsidi pukal, jadi apa perancangan YB untuk subsidi bersasar?"


Najib Bakar



GURU BAHASA INGGERIS BUKAN... SEBAB BEKAS POLIS KENA BUANG.. SIR DARI ENGLAND PUN BUKAN... JADINYA..


Raja Mohd Shahrim


 Geli nak loya bila Gomo bahasakan diri dia 'Sir'..hihihi



OWHHHH..DIA PERASAN UMNO NDAK LAGI KE DIA


 

WALAUN PUN KUAT GUNA E WALLET.

 



63% rakyat Malaysia gunakan 𝘦-𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵. Tertinggi dalam dunia. Wow... Tapi kan, e-wallet tu 𝘦𝘭𝘦𝘤𝘵𝘳𝘰𝘯𝘪𝘤 𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵 atau dalam Bahasa Melayunya 𝗱𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸. Bukan dompet mudah alih (𝘮𝘰𝘣𝘪𝘭𝘦 𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵). Dompet kan memang mudah alih. Dah kena Awani ni?


Aku nak ulas bukan apa. Kalau dah 63% bermakna lebih dari separuh rakyat guna e-wallet. Kalau macam tu maknanya 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗲-𝘄𝗮𝗹𝗹𝗲𝘁 𝗷𝘂𝗴𝗮 la kan?


Teringat la dulu masa PH1.0 beri RM30 kredit e-wallet untuk galakkan rakyat guna e-wallet. Yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 walaun la. Sekarang walaun pun guna e-wallet juga nampaknya. Inilah bukti yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗶𝗹𝗺𝘂. Sebab tu bila walaun buat isu, jangan dilayan. Sebab walaun bula  tahu apa pun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SALAM ALOHA- 3 JENIS KAKI SEMBANG


Bob Kelanang


 3 JENIS KAKI SEMBANG PARA OLAMAK SU' DAN PUAK KHAWARIJ YANG DIBENCI NABI...


SALAM ALOHA...




HANNAH YEOH - JANGAN BERDIAM DIRI,



 HANNAH YEOH - JANGAN BERDIAM DIRI, KELUARKANLAH SUARAMU!!


Sejak timbul isu berkaitan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor, paling dirindui tentunya ialah komen daripada Menteri Belia dan Sukan itu sendiri.


Sehingga ini, langsung tidak kedengaran sebarang reaksi daripadanya.


Tak tahulah sama ada sempena cuti sekolah ini beliau ada di dalam negara atau sedang bercuti di luar negara.


Tetapi, jika pun berada di luar negara, sekarang kan dunia langit terbuka dan melalui pelbagai platform media sosial yang ada, di mana-mana saja beliau boleh bersuara.


Kalaulah PH sekarang ini sebagai pembangkang dan yang memperolehi kontrak itu suami mana-mana pemimlin kerajaan, Hannah Yeoh barangkali adalah antara figura yang paling awal melantunkan suaranya.


Tambahan lagi, sejak semalam telah viral ciapan Hannah Yeoh di laman sosial X pada tahun 2012 mengenai komennya yang menolak pemberian kontrak kerajaan kepada kroni mana-mana pemimpin


Kenapa bila terkena batang hidung sendiri, diam membisu pula?


Sebagai pemimpin yang bergelar menteri, ditambah dengan PH memang menolak amalan kronisme dan nepotisme sejak dulu lagi, adalah sikap yang salah untuk Hannah Yeoh terus mendiamkan diri.


Walaupun pemimpin-pemimpin utama DAP juga berdiam dan membisu dalam isu ini, tetapi dalam keadaan di mana syarikat milik bersama suaminya sendiri memperolehi kontrak dengan kerajaan itu, Hannah Yeoh sepatutnya menjadi yang paling awal bersuara mengenainya.


Beliau wajib tampil bersuara dan menyatakan pendiriannya sebagai seorang menteri dan pemimpin DAP dalam isu tersebut sebagai pencerahan kepada rakyat.


Kalau beliau setuju suaminya memperolehi kontrak itu, nyatakanlah suara persetujuannya itu untuk didengari oleh dunia.


Jika tidak setuju pula, luahkalah pendirian tidak setuju itu tanpa ragu-ragu demi mempertahankan nama baik PH, DAP dan wibawa dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin yang selama ini tergambar tegas menolak keras amalan kronisme dan nepotisme.


Berdiam diri, bersembunyi dan menyimpan suara bukanlah pilihan yang sepatutnya.


Jika ingin berdiam diri, lebih baik berhenti sebagai menteri dan jadilah orang biasa saja.


Setelah jadi orang biasa, tiada siapa akan marah lagi jika beliau tidak mengeluarkan suaranya.


Ketika itu nanti, kekallah berdiam diri dan memencilkan diri buat selama-lamanya. – ShahbudinHusin 30Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/30/hannah-yeoh-jangan-berdiam-diri-keluarkanlah-suaramu.html




ELOK BLAH AWAL JADI GURU... SEBAB GURU NI HANYA YANG BIJAK SAJA NAK AJAR MURID JADI BIJAK

 



Rasa kelakar pun , rasa kesian pun ada pada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿 yang sorang ni. Mungkin ini sebabnya dia nak pencen awal dari jawatan guru. Sebab dah lama dia hidup 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗾𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵. Dah tak tahan kot.


Tapi beginilah hakikat walaun. Mungkin dia rasa salah kerajaan sekarang (Madani) bila ramai pelajar yang tak dapat A. Sebab tu dia komen begitu. Sedangkan yang ambil SPM ni, mereka yang 𝗯𝗲𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿.


Dia kata padan muka tu, sebenarnya ditujukan kepada 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻 yang jawat Menteri Pendidikan masa tu. Tapi biasalah. Dah jadi walaun, automatik 𝗼𝘁𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝘃𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BOLEHKAH DUN SG BAKAP DI KEMBALIKAN PADA PH.

 

Che Ibrahim


PRK Sungai Bakap.... Misi merampas kembali kerusi yang hilang pada tahun 2023 akibat "Gelombang Hijau" ...







KKMART NI ADA 800 CAWANGAN.. JUMPA 5. HELAI STOKING... KILANG CETAK DAH TUTUP.. SO DIA PI BAWA NAMA MALAYSIA..


 

DIA NIE... NAK HERAN APA NGAN DIA... IDEA MAT JENIN PALING RARE DIA SOH CETAK DUIIT... DIA TIN KOSONG


 

YANG DOK KATA ANWAR TAK CUKUP KUAT SOKONG PALESTINE TU DOK DI KAMPUNG JA... TAK LEH PI ARAB SAUDI PUNG... TAMBAH YANG MENULIS.. ORANG TAK OEDULI DAH


 

MAJLIS ILMU MADANI DI PUTRAJAYA MALAM TADI.

 


Alhamdulillah malam ini Seri Perdana, Putrajaya meneruskan Majlis Ilmu Madani dengan menerima tamu istimewa Syeikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. 






Saya singgung bahawa sewaktu kesedaran dan kecerdasan umat mengenai Islam semakin berkembang, namun tahap kefahaman agama masih lagi belum ditahap yang optimum. Oleh dengan itu, tradisi ilmu seperti ini adalah satu tuntutan agar dapat menyuburkan kefahaman yang benar bagi mengelak perpecahan. 


Saya turut tekuni syarahan Syeikh Ali yang antara lain menyentuh soal kebejatan nilai moral dan kemanusiaan dalam kalangan negara Barat hingga mereka sanggup membenarkan kekejaman, pembunuhan dan kezaliman di Gaza oleh rejim Zionis.


Syeikh Ali berpandangan pendirian Barat yang membingungkan ini berlaku akibat sikap Barat yang terlalu mengutamakan materi semata-mata hingga mengorbankan nilai moral dan kemanusiaan, ketimbang ketamadunan Islam yang menekankan perimbangan neraca dunia dan akhirat.


Saya juga diberi kesempatan untuk  meluncurkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat, tulisan Almarhum Dr Yusuf Al-Qaradawi yang diterbitkan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Saya ingin zahirkan penghargaan atas doa dan harapan Syeikh Ali kepada Malaysia. Semoga ilmu dan hikmah dan dikongsi oleh Syeikh dapat dimanfaat oleh kita semua.


#MalaysiaMADANI



KETIKA BANGSA LAIN MAJU..

 

Abu Mishkat




Ketika bangsa lain cemerlang dalam inovasi dan reka cipta baru untk menggantikan tenaga kerja manusia serta memaksimumkan produktiviti, bangsa Arab dan Melayu berlumba-lumba untuk menjadi ustaz dan ulama popular yang paling berkaliber mengeluarkan fatwa dan hukum agama, khususnya yang menyalahkan mazhab, parti atau aliran pemikiran berseberangan. 


Kerana sedar betapa jauhnya umat Islam tertinggal di belakang dalam sains dan teknologi bahkan juga akal budi, saya fikir perlu untuk terus bercakap dan mengkritik cara fikir agamawan konservatif yang telah membina hegemoni sosial atas masyarakat Melayu.



BAIK PILIH PH.. SAH TAK BEREBUT KAWASAN TU.

 


MENERIMA KUNJUNGAN AMAZON DAN KUMPULAN MASDAR DARI UAE



Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amazon Web Services (AWS) diketuai Naib Presiden Global Public Policy AWS, Michael Punke.










Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai status kemajuan pelaburan AWS di Malaysia yang diumumkan tahun lalu berjumlah RM25.5 billion (US$6 billion) untuk tempoh 15 tahun bermula 2023. 


Ini antara lain melibatkan pembangunan pusat data di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, yang berjalan mengikut perancangan.


Sayugia, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dan kerjasama strategik AWS dalam menyokong ekosistem transformasi digital terkini seperti cloud computing, Internet of Things (IoT), 5G dan generative artificial intelligence (AI).


Ini penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan teknologi terkini setanding dengan negara-negara maju yang lain.


Kemudiannya, saya turut menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif MASDAR Mohamed Jameel Al Ramahi, dan delegasi seraya diapit Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri.


Dalam pertemuan ini, MASDAR memaklumkan kemajuan terkait cadangan pelaburan yang akan dilaksanakan di beberapa buah negeri dengan rakan perniagaan tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang. 


Perkongsian dan pelaburan strategik seperti ini penting bagi mencetus anjakan kepada ekosistem infrastruktur tenaga Malaysia selari dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang sedang giat dilaksanakan.


Moga kedua-dua pertemuan ini membuka lebih banyak peluang dan ruang pelaburan, penambahan pekerjaan dan lonjakan ekonomi, selain situasi menang-menang antara pihak terlibat.


#MalaysiaMADANI



PROJEK DIPEROLEHI SUAMI HANNAH YEOH BUKAN IDEA BARU, IA MIRIP GRAB SAJA



Perkhidmatan demand-responsive transit, atau transit responsif atas permintaan (DRT) yang ingin diperkenalkan kerajaan Selangor bukanlah sesuatu yang baru mahupun “ground-breaking technology” seperti yang digambarkan oleh sebuah syarikat yang kini terpalit kontroversi berikutan dakwaan kronisme melibatkan seorang menteri.


Malah, pakar pengangkutan berkata sistem DRT sudah pun diperkenalkan di negara ini menerusi inisiatif swasta.


DRT ialah sistem perkongsian kenderaan untuk individu atau kumpulan yang ingin bergerak ke destinasi berlainan. 


Berbeza dengan perkhidmatan bas yang mempunyai jadual dan laluan tetap, DRT bersandarkan permintaan pengguna.


Ia ingin diperkenalkan kerajaan Selangor di Rawang, menggunakan van DRT, susulan projek rintis yang dilaksanakan di Puchong, Ampang dan Gombak. 


Inisiatif itu bagaimanapun terpalit kontroversi disebabkan ketiadaan tender terbuka dalam melantik dua syarikat – Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badanbas Sdn Bhd – untuk menjalankan projek tersebut.


Lebih mengejutkan ialah Asia Mobility Technologies diterajui Ramachandran Muniandy, suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pemimpin kanan DAP yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Dalam menjawab tuduhan terhadapnya, Asia Mobility menyifatkan DRT sebagai “teknologi pelopor untuk pengangkutan awam” yang membolehkan perkongsian khidmat pengangkutan berpandukan 

“algoritma pintar, pembelajaran mesin untuk mengautomasikan penghantaran kenderaan dan mengoptimumkan destinasi kenderaan”.


Seorang pakar pengangkutan bagaimanapun DRT sudah pun dilaksanakan.


Munzilah Md Rohani dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberikan contoh aplikasi Kumpool.


“Ia bukan perkara baru. Perkongsian kenderaan atau ‘ride’sharing’ sudah ada dalam aplikasi Kumpool. Ia diuruskan sebuah syarikat di Johor walaupun sistemnya dioperasikan dari Lembah Klang,” kata Munzilah dari Pusat Kajian Pemanduan Pintar UHTM.


Menurutnya, sistem tersebut sudah pun digunakan secara tidak formal di beberapa kampus.


“Para pelajar membuat kumpulan di Telegram untuk berkongsi kenderaan ke sesi kuliah,” katanya kepada MalaysiaNow.


Aplikasi Kumpool meliputi kawasan seperti Lembah Klang, Tebrau, Genting Highlands dan Bayan Lepas.


Munzilah berkata hasil tinjauan mendapati orang ramai enggan menaiki pengangkutan awam kerana keterbatasan laluan.


“Bas contohnya, tidak boleh masuk ke taman-taman perumahan. Jadi DRT ini menghubungkan kawasan perumahan kepada stesen bas atau rangkaian pengangkutan awam lain.”


Pakar pengangkutan, Rosli Azad Khan juga bersetuju DRT bukan sesuatu yang baru, dan telah lama diperkenalkan di negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan dikenali sebagai “community transport”.


“Ia tidak berbeza dengan aplikasi e-hailing yang digunakan secara meluas untuk kenderaan persendirian sebagai teksi, dengan beberapa hentian atau destinasi yang ditawarkan oleh aplikasi,” kata Rosli.


Menurutnya, bezanya ialah kenderaan digunakan Asia Mobility lebih besar dan mempunyai kapasiti penumpang lebih banyak.


Ini membolehkan penyambungan “first mile” dan “last mile” untuk pengguna MRT, LRT dan KTM Komuter, berbanding bas pengantara yang dioperasikan oleh RapidKL yang masih tidak tentu jadualnya, menyebabkan berlakunya kes bas terpaksa beroperasi tanpa penumpang.


Perkhidmatan e-hailing Malaysia dikendalikan beberapa syarikat seperti Grab, Maxim dan In Driver.


Rosli berkata inisiatif yang baik seperti DRT tidak wajar dihadkan kepada satu atau dua operator, memandangkan Selangor merupakan negeri yang besar dengan populasi yang padat, selain koridor-koridor perjalanan yang mendapat permintaan tinggi.


“Ada jurang antara perkhidmatan ‘first mile’ dan ‘last mile’. Ini adalah kegagalan kritikal sistem transit massa yang kerajaan negeri dan tempatan tidak tangani. 


“Ramai yang mengharapkan inisiatif Selangor Mobility untuk menangani isu ini tetapi nampaknya tidak,” tambah Rosli.


Sebelum ini, Adun Gombak Setia Hilman Idham berkata perkhidmatan DRT bukan sesuatu yang asing malah terdapat pelbagai syarikat e-hailing sedia ada yang telah pun beroperasi dengan cekap di Malaysia dan layak menjalankan perkhidmatan itu.


Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2024/05/29/benarkah-drt-di-selangor-berteknologi-pelopor



DI PENTAS NIKKEI, MAHATHIR DI TEMPAT KE DUA SAJA.


 

KAMU KATA DAN CERCA PMX- HARI NI TUHAN BALAS DEPAN MATA SEMUA ORANG


 

KENAPA PAS SIBUK NAK RAMPAS BAHTERA BERSATU.MEMANG SIKAP PAS BEGITU?


 

POLITIK MATANG DAN SEJAHTRA UNTUNGKAN KELANTAN



Politik matang dan sejahtra yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nasaruddin Daud sebagai Menteri Besar terus memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negeri itu. 


Kesan utama yang diperolehi dari politik matang dan sejahtra,  kerajaan Pas Kelantan berjaya mengurangkan keteganggan dengan pusat dan membina perpaduan ummah. 


MB Kelantan Nasaruddin Daud ketika berucap sebagai mengalu alukan kunjungan perdana menteri ke Kelantan pada majlis Raya Madani, memberi janji dan menggesa rakyat agar berpolitik lima tahun sekali dan bukan berpanjangan seperti sebelum ini. 


Menerusi pendekatan ini aktiviti politik tidak diteruskan seperti diamalkan sebelum ini, di mana rakyat Kelantan berpolitik sepanjang masa sehingga menyukarkan hubungan kerajaan negeri dengan pusat. Formula Nasaruddin itu telah membawa hasil segera dan lumayan, menggembirakan rakyat Kelantan seleuruhnya. 


Kesan daripada pendekatan Nassaruddin itu kerjasama pusat dibawah pimpinan Anwar Ibrahim memenuhi segera keperluan kerajaan Kelantan termasuk meluluskan peruntukan bernilai berbillion ringgit untuk Kelantan,  di mana situasi itu tidak terjadi sebelum ini hatta sewaktu Pas dalam kerajaan.


Antara perkara terdesak bagi Kelantan ialah pembinaan tebatan banjir, menyelesaikan masalah mendapat air bersih dan kemudahan asas lain. Terbaru kerajaan pusat bersetuju mempertimbangkan untuk menyambung landasan keretapi laju ECRL dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang mungkin akan ke Bangkok, Thailand.


Dan sesuatu yang mungkin belum diumumkan, ialah kerajaan pimpinan Anwar juga bersetuju meluluskan peruntukan RM70 juta untuk pembinaan sekolah tahfiz di beberapa jajahan di Kelantan.  Peruntukan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar mengambil serius tetantang pendidikan Islam di negeri itu.


Jelas dasar dan pendekatan politik yang diambil Nassaruddi telah memberi keuntungan kepada negeri dan rakyat Kelantan dan disambut baik oleh Anwar. Nampaknya Nassaruddin benar-benar merealisasi politik matang dan sejahtra bukannya setakat retorik. Trims.



MELAYU.

 

Dzolkarnain


Ada Melayu tak mahu Cina atau India masuk universiti khusus untuk Melayu (baca Bumiputera) untuk jadi pakar perubatan. 


Untuk belajar ijazah pertama perubatan pun tak boleh. Kursus selain perubatan, lagilah tak boleh.


Kenapa tak boleh? Sebab universiti ini untuk Melayu saja. Kenapa untuk Melayu saja? Sebab Melayu masih ketinggalan. 


Kenapa Melayu masih ketinggalan? Sebab tak ramai Melayu lulus cemerlang tertinggi (A+) semua subjek aliran sains tulin.


Jadi, kalau Cina atau India lulus cemerlang tertinggi semua subjek sains tulin, mereka tak boleh masuk juga universiti khusus itu? Tak boleh!


Kenapa tak boleh? Sebab universiti itu untuk Melayu saja. Kenapa untuk Melayu saja? 


Jawapannya sama macam tadi juga. Soalan dan jawapan berulang-ulang begitu sampai kiamat. Melayu pun begitu begitulah juga sampai kiamat.



LAMA DAH KAMI NAK BUAT, TAPI KAMI SEMBANG JA PANDAI. SAMA JA MENTERI KAMI...


 Che Ibrahim


Ambo nak buat lama dah subsidi bersasar ni, tapi masa ambo jadi kerajaan, takdak sapa reti nak buat lagu mana....




MAHAZALIM : DIA KENA CAKAP HARI KEDUA. ANWAR CAKAP DALAM UCAPTAMA HARI PERTAMA...BUSUK HATI NI TAK BOLEH BUAT APA LA

 


ANDA DAN PENYOKONG ANDA YANG MALU


 

BUAT PENGUNDI SG BAKAP- HANGPA PILIH PN ..NAYA ..DEPA TENGAH BERGOLAK...SAT LAGI DEPA KUTIP DERMA.


 

AIIKKK...AWAT PLAK DOK BEKELAHI...HAI..LAIN MACIAM NI...


 

HAI.. TAK SALAH KAH NI... KANG JADI KAPIR KANG...

 

Raja Mohd Shahrim


Takpe ke ROHMCO ada bussines dengan Israel.??? ke ada dalil lain.??




BAND ROCK LAIN BOLEH APPLY... KAMI DAHAGAKAN ROCK.... TAK BAGI TAK ROCK... ALOHA DAH LAMA JALAN... TAK KAN TAK BAGI KOT....

 



Kumpulan heavy metal XPDC Kita Pengyu sekali lagi menempa nama dalam kalangan peminat di Terengganu selepas mengadakan persembahan sempena SOHO Festival yang diadakan di Bandar Jerteh hujung minggu lalu.


Dengan kejayaan mengadakan konsert di negeri Pantai Timur itu, XPDC Kita Pengyu menjadi satu-satunya kumpulan rock terkemuka tanah air yang dibenar mengadakan persembahan di Terengganu.

  

Menurut pengurus XPDC, Yazid Selamat, ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KERAJAAN MANA PUN AKAN LAKSANAKAN. CUMA PUNYA KEBERANIAN DENGAN TIDAK



 "YB, hutang negara sebanyak ni. Subsidi pukal kita belanja setahun sebanyak ni.


Kalau kita teruskan subsidi pukal, pendapatan tahunan negara takkan mampu bertahan. Generasi akan datang akan susah.


Jadi kita tak boleh lagi buat subsidi pukal. Apa perancangan YB untuk subsidi bersasar?"


Semua yang pernah jadi kerajaan akan dapat maklumat sama daripada pegawai kerajaan.


Sebab tu, parti mana pun yang jadi kerajaan, depa akan sebut tentang subsidi bersasar. Mai la zaman BN ka, zaman PN ka, zaman sekarang ka.


Kalau takdak political will untuk buat benda ni, satu hari nanti generasi anak cucu kita akan ada masalah besar.


Suka atau tidak, itu realiti yang perlu kita semua hadap.



KALAU BACA IKUT FAHAMAN WALAUN- NAMPAK SANGAT GAGAL DALAM BAHASA MELAYU SPM. KALAU NAK BUAT REPORT NI BOLEH DAH.

 


Najib Bakar





Tadi aku terjumpa post ni. Mula tu terkejut juga aku. 𝗘𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶? Sebab setahu aku, elektrik dah diswastakan masa aku kecik lagi. 𝗟𝗟𝗡 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗧𝗡𝗕. Yang swastakan itu la penasihat SG4.


Jengah ke ruangan komen, begitulah rata-ratanya kata perkara yang sama. Dah swastakan lama dahulu. Tapi walaun ni kata, 𝗶𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝘂. September nanti akan dilaksanakan. Pulakkk...


Gigih la aku Google. Tapi tak jumpa. Yang aku jumpa berita ini je. 𝗔𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 bermula 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿. Betul dah kot. Mungkin inilah berita yang ni walaun ni baca. Cuma dia tak faham je kot.


Akses Pihak Ketiga ni bukan penswastaan. Sebaliknya ia memboleh pihak 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗧𝗡𝗕 untuk membekalkan elektrik. Tapi kenapa? Sebab TNB memang selama ini tak mampu untuk penuhi permintaan elektrik terutama dalam jumlah yang besar seperti industri.


Sementara kita pula sedang giat menjemput pelabur untuk datang melabur. Sekali bila pelabur nak mula bina kilang, 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Kan ke haru? Maka sebab itu diwujudkan perkara ini.


TNB pun mungkin dapat buat duit sebab bekalan nanti akan 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝘂𝗿 𝗧𝗡𝗕. Mungkin akan ada bayaran sewa atau sebagainya.  Aku pun tak ada perincian perkara ini. Boleh main rasa rasa je la.


Yang penting, elektrik dah lama diswastakan. Bukan baru ni. Walaun ni je salah faham kot. Tapi kalau 𝗧𝗡𝗕 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮 𝘁𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 (swasta berganda), itu aku tak tahu pula. Mungkin juga aku ada terlepas berita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

SEMOGA SUATU HARI NANTI ANAK KAU JADI CAM GINI.. KOMEN ORANG TAK BERAKHLAK.. CIKGU KAH DIA NI?



Najib Bakar

 

Salam saudara Mohd Fadli Salleh, komen ni sahih ke?


Teringat kes yang pernah jadi. SPM teruk, tapi bangkit semula dengan kursus pra-uni, atau masuk tingkatan 6.


Sekarang dah dapat karier yang baik.


Bila baca komen ni, rasa macam orang tu dah jatuh, tertiarap, hang pi pijak dia tambah.


Haih.



KATA KE ORANG PERUMPAMAAN BAGAI TAK APA? ORANG TEGUR KATA MUSUH ISLE....

 

Yaampusalam



Abdul Hadi Awang berkata PAS menjadi sasaran kumpulan yang ingin memburukkan Islam susulan kejayaan parti itu menang paling banyak kerusi DUN dan parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.



Presiden PAS itu mendakwa, media digunakan oleh seteru mereka untuk membesar-besarkan cerita yang dapat memburukkan Islam.


"Apabila berlaku kelemahan manusia pada diri segelintir kumpulan Islam yang terjerumus ke dalam kesalahan moral atau jenayah, maka akan dibesar-besarkan beritanya."


Berita penuh: https://mk.my/EwwaoPj



MACAMANA NI WALAUN?

 

La Jo Ir


Akan ada lobaii dan  walaun pentaksub keluarkan dalil membela serta menghalalkan untuk mensucikan  Blackrock nanti?

 Kalau bab menkafirkan sesama umat islam serahkan aje pada syaitan yang bertopengkn agama..




SEPATUTNYA ANAK BERANAK ATAU MENTERI JANGAN LANGSUNG TERLIBAT DALAM APA APA TANDER. IANYA MENJADI BEBANAN PADA KERAJAAN.


 RESPON ANWAR MENGECEWAKAN, MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN 


Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh:-


Kata Anwar Ibrahim, kontrak yang diberi kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Molliliti) itu harus disiasat seperti biasa.


“Yang itu, serah kepada pihak berkuasa. Kalau ada laporan, siasatannya patut telus.


“Kalau ada laporan, ada siasatan. Dan patut ada penjelasan.


“Apa prosesnya? (Ini) patut dianggap satu kes biasa yang patut disiasat,” katanya.


Jawapan Anwar ini boleh dianggap menghampakan, mengecewakan dan tidak memberi apa-apa harapan kepada rakyat yang diajar sejak lebih 25 tahun lalu agar menolak amalan kronisme dan nepotisme lantaran semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah pun memberi kenyataan bahawa tiada sebarang kesalahan dalam pemberian kontrak kepada suami Hannah Yeoh itu.


Ini kerana, menurut Azam, yang memberi kontrak itu ialah kerajaan negeri Selangor, bukan kementerian yang diterajui Hannah Yeoh.


“Sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan), ia bukanlah satu kesalahan,” tegas Azam lagi.


Dengan jawapan Azam yang terang lagi nyata itu, untuk apa lagi Anwar mengatakan bahawa siasatan akan dilakukan jika ada pihak membuat laporan?


Respon Anwar ini hanya ada nilai jika beliau bercakap lebih dulu daripada Azam Baki.


Tidakkah jika pun ada laporan dibuat, hasil siasatan SPRM kemudiannya sudah boleh dijangka dan sama seperti apa yang dinyatakan Azam Baki semalam?


Apa yang rakyat ingin tahu, apakah pendirian kerajaan madani dalam kes seperti yang berlaku kepada suami Hannah Yeoh itu?


Ini yang Anwar selaku Perdana Menteri perlu nyatakan dengan tegas dan tanpa kompromi sebagaimana tegasnya perjuangan beliau menentang kronisme dan nepotisme.


Selain itu, adakah kerajaan setuju kontrak itu diteruskan atau ia perlu dibatalkan?


Ini juga tidak disentuh oleh Anwar.


Untuk masa hadapan pula, apa jaminan Anwar selaku Perdana Menteri kerajaan madani bahawa amalan seperti kes suami Hannah Yeoh itu tidak akan berulang kembali?


Anwar langsung tidak menyentuh perkara-perkara tersebut, tetapi hanya berkata, siasatan akan dijalankan siasatan seperti biasa jika ada laporan.


Jawapan Anwar dalam isu ini bukanlah jawapan seorang Perdana Menteri yang jiwanya sarat dengan semangat reformasi serta mahu melihat negara ini menjadi lebih baik pada masa depan, tetapi sekadar macam buat-buat batuk di tepi tangga saja.


Kalau Tun Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan ada pasangan menteri kabinetnya terkait dengan perolehan kontrak kerajaan, lalu ditanya wartawan, barangkali lebih kurang begitu jugalah jawapannya.


Anwar patut memberi jawapan yang berbeza yang mampu memberi keyakinan serta harapan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinannya adalah lebih baik berbanding semua pendahulunya sebelum ini.


Kalau sama saja, buat sakit tekak sajalah menjerit reformasi selama ini!!


Cuba kita bayangkan jika ketika ini Anwar masih Ketua Pembangkang dan kes seperti suami Hannah Yeoh itu berlaku dalam kerajaan bukan PH, apa agaknya respon dan serangan beliau? – ShahbudinHusin 28Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/28/respon-anwar-mengecewakan-menghampakan-dan-tidak-menambah-keyakinan-rakyat-kepada-kerajaan.html



JANGAN LUPA, SELAIN SEKARANG MENTERI, HANNAH YEOH JUGA ADALAH SPEAKER DUN SELANGOR SEBELUM INI

 


Sekurang-kurangnya ada dua aspek yang dipertikaikan berhubung kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat dalam negara.


Pertama, selain Ahli Parlimen DAP Segambut itu sekarang ini merupakan anggota kabinet kerajaan madani pimpinan pejuang unggul reformasi, Anwar Ibrahim, beliau juga sebelum ini adalah Speaker DUN Selangor.


Dengan kontrak yang diperolehi suaminya itu, ia menimbulkan persoalan tentang kemungkinan wujudnya layanan keutamaan atau konflik kepentingan berhubung pemberian kontrak berkenaan.


Kedua, kontrak itu diperolehi bukan dengan cara tender terbuka, tetapi secara runding terus.


Sudah menjadi pengetahuan umum, antara umpan PH untuk menarik sokongan rakyat sejak bertahun-tahun dahulu ialah menjanjikan tender terbuka dalam semua kontrak kerajaan bagi memastikan ketelusan, keadilan dan mengelakkan ketiriaan.


Jadi, mengapa sekarang ini syarikat milik bersama suami seorang menteri PH dan bekas Speaker DUN Selangor boleh diberikan kontrak secara runding terus?


Hakikatnya, apa yang berlaku dalam isu yang sedang menjadi buah mulut rakyat ini, ia secara langsung menyebabkan wajah PH terconteng arang hitam yang tebal lagi pekat.


Di mana PH mahu letak mula apabila dengan selamba saja memungkiri janjinya sendiri?


Untuk itu, terdapat dua tindakan segera yang boleh dilakukan untuk memadamkan api kemarahan rakyat dalam kontrak tersebut.


Pertama, kerajaan negeri Selangor hendaklah membatalkan serta-merta kontrak pengangkutan yang telah diberi kepada syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu.


Kontrak berkenaan sebaliknya harus ditender semula secara tender terbuka dan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu boleh menyertainya semula dan sama-sama bersaing secara sihat.


Yang kedua dan ini paling terpuji, suami Hannah Yeoh sendiri dengan sukarela tampil mengembalikan kontrak yang telah diperolehinya itu kepada kerajaan negeri Selangor.


Pengembalian kontrak itu bukan saja untuk menjaga nama baik PH, malah untuk mengelakkan nama isterinya, seorang menteri dalam kabinet kerajaan madani yang sebelum ini banyak dipuji daripada terus menjadi cecehan rakyat.


Sama seperti saranan pertama di atas, setelah kontrak dikembalikan, maka tender semula hendaklah dilakukan dengan segera.


Jangan berdiam diri saja ketika isu ini sedang panas dan jangan juga berlengah lagi daripada bertindak.


Salah satu pihak terbabit mesti mengambil tindakan yang segera.


Ingatlah, rakyat sentiasa memerhati dan jika tidak segera ditangani, ia boleh membawa kemusnahan sebuah kerajaan dalam PRU16 akan datang.


Yang terdekat, kalau dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, bencana juga boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Bakap yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Jangan ingat menang di Kuala Kubu Bharu sudah boleh berasa selesa, ingatlah undi PH tidak banyak bertambah pun, malah undi Melayu dan undi orang muda masih memihak sebelah sana. – ShahbudinHusin 29Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/29/jangan-lupa-selain-sekarang-menteri-hannah-yeoh-juga-adalah-speaker-dun-selangor-sebelum-ini.html