TUTUP PUSAT MENGUNDI AWAL ???

 

Now playing
Afiy Shah Abu Khomsah added a new video to the album Politik Malaysia.
Gilalah.
Macam ni pon ada.
Sebuah Pusat mengundi di Johor suka2 tutup pukul 2pm tanpa sebab munasabah dan wajar sedangkan masih ada ramai pengundi yg masih belum dan sedang bergerak utk mengundi.
Ini depa pakai Law apa plak dah menyalahi perlembagaan undang2 dan hak rakyat untuk mengundi.
Moga Ketua tempat mengundi tersebut dapat segera didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

[LANGSUNG] Keputusan tidak rasmi #PRNJohor | 12 Mac 2022


#JohorMemilih hari ini. Siapa yang mendahului? Ikuti perkembangannya bersama kami untuk proses kiraan undi serta keputusan tidak rasmi dari masa ke masa. Kongsikan kepada rakan anda. #JohorMemilih #AWANInews SUBSCRIBE now! @Astro Awani https://www.youtube.com/c/astroawani?...


KISAH PENGUNDI GILA.

 KISAH MENGUNDI 


Terjumpa seorg pakcik, bila ditanya pakcik nak undi siapa? Dia kata nak undi PN sebab dlm PN tu ada Pas.  Pas akan buat hudud, katanya.


Jumpa seorang makcik pula, ditanya soalan yg sama, makcik tu jawab, dia undi BN sebab Najib dgn Zahid Hamidi janji mahu lawan rasuah.


Seorang anak muda johor, bila ditanya mahu undi siapa?  Dia kata akan undi Warisan sebab Johorian For Johor.  


Bertemu pula dengan seorang lelaki pertengahan umur, disoal benda yg sama, dia jawab akan undi Pejuang sebab Mahathir kata kalau partinya menang di johor nanti, wakil2 rakyatnya yg menang itu akan letak jawatan untuk jatuhkan kerajaan Pejuang.  Boleh pilihanraya lagi, katanya. 


Soalannya, tiada seorang pun yang mahu undi PH atau Keadilan ke?


Memang takda.  Sebab aku jumpa mereka di atas tu tadi kat wad gila.  Penyokong Keadilan tidak tinggal kat situ.  


WFAUZDIN NS


MAKLUMAT TERKINI

 

1.039 juta warga Johor telah keluar mengundi setakat 2pm.


Ini bersamaan dengan 69% dari 1.503 juta pengundi yang telah mengundi di Johor pada PRU14 lalu.


~3 jam berbaki.


‘Tsunami anak muda’ terbentuk jika semua keluar mengundi, kata penganalisis

 

Seorang penganalisis berkata rakyat Johor bertuah kerana boleh memilih, berdasarkan pengalaman ditadbir tiga buah kerajaan negeri sebelum ini.

PETALING JAYA: Jika semua anak muda Johor laksanakan tanggungjawab dan keluar mengundi hari ini, ‘tsunami anak muda’ tidak mustahil terbentuk, kata seorang penganalisis.

Malah, Nirwandy Mat Noordin berkata, corak pengundian anak muda hari ini boleh dijadikan ‘cermin’ untuk melihat parti apakah yang menjadi pilihan mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Tsunami anak muda akan ditentukan dengan bagaimana pola atau corak pengundian lebih kurang tujuh juta pengundi muda pada pilihan raya.

“Maka mereka ini akan jadi indikator untuk cerminan PRU, parti mana yang mereka akan sokong…sama ada mereka akan menyokong parti baru, BN, PN atau PH,” katanya kepada FMT.

Lebih 2.5 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini, termasuk 749,731 pengundi baharu. Daripada jumlah itu, 175,000 adalah pengundi berusia 18 hingga 20 tahun.

Hari ini, rakyat Johor akan keluar mengundi selepas DUN negeri itu dibubarkan 22 Jan, atas alasan untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil.

Selepas kematian ADUN Kempas, Osman Sapian (BN), DUN Johor diterajui Barisan Nasional (BN) yang hanya memiliki 28 kerusi DUN, lebih satu kerusi daripada pembangkang iaitu 27 kerusi.

Keadaan itu meletakkan BN dalam situasi cemas, sebelum DUN Johor dibubarkan dengan perkenan Sultan Johor.

Nirwandy yang juga Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media UiTM berkata rakyat Johor bertuah kerana boleh memilih, berdasarkan pengalaman ditadbir tiga buah kerajaan negeri sebelum ini.

“Mereka berada dalam zaman BN, PH dan PN. Ketiga-tiga ini akan beri perbandingan dari segi sokongan, prestasi ahli-ahli gabungan politik dan ini akan tentukan parti manakah yang lebih baik dan ini sudah tentu akan mempengaruhi pilihan raya umum kelak,” katanya.

Johor adalah kubu kuat Umno-BN sehinggalah tsunami politik pada PRU 2018 menyaksikan negeri itu bersama Putrajaya dan beberapa negeri lain ditawan PH.

Bagaimanapun PH sendiri tumbang 22 bulan kemudian, dan ketidakstabilan politik berpanjangan di Johor sehinggalah DUN negeri itu dibubarkan.

JIKA TREND SEBEGINI PELUANG PKR DAN PH AGAK SUKAR

 

PRN Johor: 35% pengundi tunai tanggungjawab setakat 1 tengah hari





Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi memilih kerajaan negeri Johor baharu.

PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor setakat pukul 1.00 tengah hari adalah sebanyak 35%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia membabitkan 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN itu di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada sebelah petang.

Bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran telah ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi tadi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup pada 6 petang.

Seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut kerusi DUN. Dua kerusi DUN menyaksikan pertandingan tujuh penjuru; empat kerusi DUN melibatkan enam penjuru; lapan kerusi DUN melibatkan lima penjuru dan 35 kerusi (empat penjuru).

PRN Johor hari ini, adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.

WAJAH WAJAH YANG TELAH KENA SCAM


 

UMNO BN MENYESAL BUBAR DUN JOHOR.

 TERKINI: 

UMNO BN MENYESAL BUBAR DUN JOHOR.


Walaupun saya 4 tahun dalam BERSATU saya sebelum ini 15 tahun bersama UMNO. Pernah menjawat jawatan penting dalam UMNO peringkat cawangan, bahagian, Negeri bahkan pernah bersama dalam Biro Penerangan UMNO Malaysia sebagai salah seorang JK Pusat Penerangan UMNO Malaysia.


Jadi , saya punyai ramai kenalan dalam UMNO dan kami masih berhubung antara satu sama lain.


Semalam saya sempat berjumpa dengan kawan2 lama UMNO dan ada diantara kami punyai akses di UMNO Malaysia.


Saya sebenarnya tidak bercadang untuk "pecahkan semua input perbincangan kami" cuma ingin maklumkan bahawa ada 

BISIK2 DIKALANGAN PEMIMPIN ATASAN UMNO BAHAWA KEPIMPINAN UMNO MENYESAL KERANA BUBAR DUN JOHOR BARU2 INI.


Penyesalan itu disebabkan laporan terkini dari pelbagai sumber bahawa BN UMNO akan kehilangan banyak kerusi pada PRN Johor kali ini.


Antara faktor ialah penolakan Bangsa Johor pada Kluster Mahkamah dan cara kempen peRAJAkan perasuah.


Bangsa Johor cerdik politik, itu sebab kempen yang sama dilakukan pada PRU14 dulu Bangsa Johor tolak UMNO BN. Cara kempen PRU14 dan PRN Johor kali ini adalah sama.


BNUMNO bergerak 3 kapal. Kapal Najib, Kapal Zahid Hamidi dan Kapal Mad Hassan.


Ketiga kapal ini saling sailang antara satu sama lain. Benda ini diakui sendiri ahli UMNO Johor peringkat akar umbi.


Janji baharu yang dibuat UMNOBN seolah copypaste janji lama yang telah mereka capati.(tidak laksanakan).


Sebagai contoh UMNOBN gagal sediakan rumah mampu milik pada rakyat Johor seperti mana yang mereka janji sebelum ini dan hari ini mereka janjikan benda yang sama iaitu menyediakan rumah mampu milik pada rakyat Johor jika mereka menang.


- Amin  Nordin


Undi BN=Undi PNyamun

Undi PN=Bantu PNyamun

Undi PH=Selamatkan Johor dari PNyamun & PNgkhianat! 

Undilah KeAdiLan & Pakatan Harapan

#JohorMemilih 

#PRNJohor 

#SuaraRakyatJohor 

#JohorBangkit 

#MuafakatPrihatinBerani



KAH..KAH...KAH...


 

[LANGSUNG] Situasi terkini proses pengundian #PRNJohor | 12 Mac 2022



Ikuti situasi terkini proses pengundian #PRNJohor bersama wartawan-wartawan Astro AWANI di beberapa pusat mengundi sekitar Johor. Terus ikuti laporan terperinci bersama kami di saluran 501 dan astroawani.com #AWANInews #JohorMemilih

ANWAR IBRAHIM : TERIMA KASIH DAN UNDILAH KEADILAN DAN PH



ANWAR IBRAHIM


Alhamdulillah, selesai selama 2 minggu tempoh berkempen untuk Pilihanraya Negeri Johor. Saya ingin zahirkan rasa terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak, samada di peringkat KEADILAN mahupun PH, jentera parti dan aktivis, sukarelawan dan juga seluruh rakyat Johor terutamanya.

Saya amat terharu tatkala melihat semangat dan cita-cita rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di Johor yang benar-benar mahukan perubahan. Namun, keluhan dan keresahan yang disampaikan kepada saya tidak sedikit.

Justeru, perubahan yang kita anjurkan tidak hanya sekadar slogan, tetapi ia adalah cetusan nurani KEADILAN yang mahukan sebuah sistem tadbirurus yang baik dan pemerintah yang peka akan nasib dan derita rakyat, sambil tidak mengesampingkan, malah memperkukuh nilai toleransi dan kerukunan antara rakyat berbilang kaum.

Saya sedar bahawa negeri Johor punya banyak potensi untuk mencipta lonjakan. Seperti yang saya sebut dalam setiap pertemuan dengan rakyat Johor mahupun dalam program-program ceramah saya semasa tempoh berkempen ini, bahawa negeri Johor harus menjadi titik mula gelombang baharu rakyat untuk memungkinkan reformasi dan perubahan.

Sejak lebih dua tahun yang lalu, rakyat dan negara telah disusahkan atau telah diheret ke kancah ketidaktentuan. Kita diserang dengan wabak dan kelembaban ekonomi serta perangai elit politik yang tidak peka dan jauh dari denyut nadi rakyat.

Gejala rasuah dan kebejatan terus mengakar. Kebebasan dan tahap integriti institusi-institusi penting negara terus dinodai. Hak dan suara rakyat diinjak terus. Derita dan bebanan hidup rakyat semakin membarah. Kesenjangan antara yang kaya dan miskin terus memburuk. Ketangkasan pemerintah untuk mendepani masalah perubahan iklim juga sepertinya belum jumpa formula yang tepat. Meski pelbagai gesaan dan saranan dari KEADILAN dan PH, kerajaan yang ada ini seolah tidak ambil peduli.

Mesej saya jelas bahawa rakyat negeri Johor harus berani mencipta anjakan. Keputusan kalian di peti undi esok adalah penentu, tidak hanya masa depan negeri, malah masa depan negara dan demi kepentingan generasi akan datang.

Undilah KEADILAN dan PH!

 


ADAKAH RAKYAT JOHOR BERUBAH ?

 

Hari ini hari mengundi di Johor. Semalam aku scroll newsfeed, dan dalam ruangan komen, ramai yang menyebut tentang keyakinan tahap maksimum BN untuk memenangi PRN kali ini.

Sebahagiannya ada yang sakit hati. Sebahagian lagi pula takut. Tapi bagi aku, itu normal. Walau pada keadaan paling lemah pun, setiap parti yang masuk bertanding akan cuba kelihatan yakin.

Lagipun keyakinan Zahid dan pemimpin UMNO yang lain mungkin lahir akibat daripada sambutan yang mereka terima daripada rakyat dalam setiap program yang dibuat oleh UMNO.

Tapi tak usah risau sebab UMNO memang terkenal dengan membeli sokongan. Kehadiran yang ramai bukanlah petanda kekuatan mereka. Mungkin ada yang dari kawasan atau negeri lain. Mungkin juga ada yang di bayar untuk hadir.

Itu yang bagusnya. Kalau ingat ketika PRU14 dulu pun begitu juga. Sokongan palsu begini buatkan pemimpin UMNO leka. Pembodek mereka beli sokongan untuk buat mereka seronok sampaikan kebenaran disembunyikan.

Tapi hakikatnya, UMNO pada ketika ini lebih kuat berbanding UMNO ketika PRU14. Ini kerana UMNO bijak memainkan isu rakyat serta menyalahkan kerajaan yang ada walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan itu.

Selain itu, cerita yang mereka jaja, menyalahkan PH yang memerintah hanya 22 bulan (sedangkan 60 tahun mereka yang memerintah) berjaya pengaruhi pemikiran rakyat marhaen.

Manakala di pihak PH pula, masih terlalu berikan tumpuan kepada isu korupsi. Asyik mengulang ayat kleptokrasi tetapi isu rakyat dipandang sepi.

Bukan rakyat tak peduli soal korupsi tapi itu bukan lagi isu utama. Tengok Najib, walaupun telah sah bersalah di mahkamah, tapi sebab dia pandai olah isu rakyat, maka ada yang memujanya semula.

Selain itu, sesetengah pemimpin PH masih lagi tak sedar kebencian rakyat terhadap Mahathir. Masih lagi nak menghimpit Mahathir. Dan itu memberikan kelebihan kepada lawan.

PH sepatutnya lari daripada Mahathir. Baru boleh tawarkan kepada rakyat satu idea kepimpinan yang segar. Penting untuk PH dilihat berbeza daripada PH Mahathir yang rakyat lihat sebagai gagal.

Macam aku sebut tadi, UMNO sedang kuat. Tapi kekuatan UMNO bukan disebabkan oleh parti itu sendiri tetapi lebih disumbangkan oleh kelemahan PH sendiri.

Barisan kepimpinan UMNO sangat tidak berkualiti. Rakyat sedar akan hal itu. Tapi bagi rakyat, mereka tidak ada pilihan lain. Sebab selain Mahathir, DAP juga banyak melahirkan ketakutan di kalangan rakyat terutama Melayu.

Manakala mereka yang sedar akan kebobrokan UMNO pula, mula menjauhkan diri daripada politik kerana hilang keyakinan terhadap PH atas sebab yang aku tuliskan di atas.

Senang cerita, semenjak memerintah selama 22 bulan dahulu, pemimpin PH semakin lupa sentimen rakyat. Ramai yang jadi ketagih jawatan menteri hingga lupa kehendak rakyat.

Ada yang letakkan kesalahan tentang kelemahan PH in ke atas DS Anwar. Atas sebab itu mereka pun minta DS Anwar berundur.

Sedangkan yang bersalah adalah mereka yang menjawat jawatan menteri dalam tempoh 22 bulan tersebut. Mereka yang hancurkan kepercayaan rakyat dengan menjadi boneka Mahathir. DS Anwar tak pegang apa-apa jawatan pun. Jadi merekalah yang sepatutnya berundur untuk selamatkan PH.

Apapun, untuk PRN ini, aku jangka BN akan berjaya membentuk kerajaan. Cuma mungkin tak dapat majoriti dua pertiga. Rasanya tak banyak berbeza dengan PRU yang lepas.

Siapa pun menang, aku tetap marhaen. Tetap kena pergi kerja untuk cari duit. Tetap kena bayar cukai pendapatan. Tak macam mereka yang menang, boleh enjoy. Boleh lupakan pengundi dan datang semula selepas lima tahun nanti.

Selamat mengundi kepada rakyat Johor. Semoga diberikan ilham untuk memilih yang terbaik demi masa depan negeri ini.

Raja Gelap

RENTASAN 1089 | PANAS!! MENTERI KABINET ISMAIL SABRI TAK LAYAK TADBIR NE...


MENARIK DALAM RENTASAN 1089
1. KATAKANLAH YANG BENAR MESKIPUN PAHIT 2. JENAYAH KOLAR PUTIH MENJADI-JADI 3. BANJIR DAN TANAH RUNTUH ADAKAH SEMATA-MATA BENCANA? 4. APABILA KUASA DIBERI KEPADA BUKAN AHLI


GAMBARAN AWAL RAKYAT JOHOR BALIK MENGUNDI-SEMOGA PERJALANAN JAUH INI TIDAK MERUGIKAN BANGSA JOHOR SENDIRI








 

APA PULA KERAJAAN BN/PN/PAS BUAT SELAIN BERCAKARAN SESAMA MEREKA DALAM SEBUAH KERAJAAN. RAKYAT TERABAI.


 

UNDI UNTUK MASA DEPAN ..BUKAN SEKADAR SERATUS DUA ..

 

Selamat mengundi wahai warga Johor. Buatlah pilihan yang bijak.


Nak undi kerana kaum, nak undi kerana agama, atau kerana duit seratus dua yang dihulur, terpulanglah. Atas kebijaksanaan masing-masing.


Cuma sekadar nak mengingatkan. Lima tahun satu tempoh yang lama. Kalau budak baru lahir, dah masuk tadika dah lamanya.

Bayangkan selama itu hasil negeri diratah dengan lahapnya oleh mereka yang dipilih atas sentimen di atas. Sementara kamu terus terperosok dengan tekanan hidup yang kian menghimpit.

Semuanya atas pilihan sendiri. Diperbodohkan atau tidak, esok kamu tentukanlah sendiri. Pilihan ada di hujung jarimu. Guane boh?


 Raja Gelap


WARGA JEPUN TANYA HUDUD ADA LAGI KAH DI KELANTAN

 

Mohd Shah Rim

Mr Hoshiro Suhiro seorang warga Jepun kurang bersetuju dgn kenyataan Nik Amar yang mendakwa kemajuan di S'pore kerana tiada UMNO.  


Di Jepun PAS dan UMNO tak ada, tapi Jepun maju.. saya mahu tanya Nik Amar, bila Kelantan nak buat Hudud..?? ujarnya lagi.



SURAT PELESU DEPA KATA....

 

Tersebar surat sokongan Mahiaddin terhadap DS Anwar sebagai Perdana Menteri. Namun surat itu disahkan palsu. Selain tandatangan Mahiaddin yang jelas berbeza, Mahiaddin sendiri menafikan kewujudan surat itu.

Namun musuh DS Anwar masih ada yang cuba nak yakinkan yang surat itu tulen. Bahkan ada yang mengaku sebagai penyokong PH pun cuba berbuat perkara yang sama. Tujuannya? Nak cemarkan imej DS Anwar. Itu sahaja.

Tapi, kalau surat itu tulen pun, apa masalahnya? Itu adalah sokongan Mahiaddin terhadap DS Anwar. Bermakna DS Anwar yang disokong untuk jadi PM. Apa masalah? Yang jadi masalah kalau DS Anwar sokong Mahiaddin.

Banyak kali aku ulang. Yang penting ketua. Kalau parti elok, tapi ketuanya jahat, maka seluruh parti itu jahat. Lihat saja yang terjadi kepada PH selepas menang PRU14. Dipimpin oleh diktator tua, agenda Reformasi jadi mati.

Tapi masih lagi ada pemimpin PH yang menyatakan taat setia kepada sang diktator tua. Itu jauh lebih salah berbanding jika DS Anwar terima sokongan daripada Mahiaddin. Kerana selain bersifat diktator, manusia itu jugalah yang mulakan khianat hingga runtuh kerajaan PH.

Namun begitu, surat itu tidak wujud dan direka bagi mengganggu kempen PH terutama Keadilan dalam menghadapi PRN Johor. Jadi tak perlulah sangat nak diberikan perhatian.

Tapi bagi aku, jika BN sendiri pun yang sokong DS Anwar, aku tak kisah. Asalkan yang jadi PM itu DS Anwar. Kerana itulah individu yang telus dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat sambil tegas memerangi rasuah.

Kalau DS Anwar ketuanya, aku yakin para perasuah takkan dapat bersenang-lenang. Bukan macam si dia tu dulu. Masa dia jadi pemimpin, yang dulunya tegas lawan rasuah pun jadi ada kes rasuah. Sebab itu mereka tak mahu DS Anwar jadi ketua.

Dan menerima sokongan daripada pengkhianat itu jauh lebih cerdik daripada menyokong ketua segala pengkhianat untuk jadi ketua. Apa lagi kalau berikan kerusi selamat untuk cucu pengkhianat bertanding. Guane boh?


Raja Gelap



(LIVE) Ceramah Grand Finale Keadilan Pakatan Harapan PRN Johor

ANWAR : JANGAN PERCAYA LAGI UMNO/BN/PN MEREKA HANYA MEMENTINGKAN KUASA


 

JOM BANGSA JOHOR : MENGUNDI UNTUK BERUBAH


 

Hadi akhirnya dedah kenapa Pas gagal laksanakan hudud di Malaysia walaupun duduk dalam kerajaan

 Hadi akhirnya dedah kenapa Pas gagal laksanakan hudud di Malaysia walaupun duduk dalam kerajaan


PAS kini berpendapat agenda hudud yang menjadi perjuangan mereka sejak sekian lama kini tersekat kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya Abdul Hadi Awang juga mendakwa usaha mereka itu sukar kerana tidak mendapat sokongan daripada parti politik lain, termasuk daripada Umno.

Kata Abdul Hadi walaupun PAS kini berada dalam kerajaan pusat pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ia hanya boleh berlaku apabila rang undang-undang mengenai mendapat sokongan dua per tiga daripada ahli Dewan Rakyat.

“Apa yang menjadi halangan kita kita sekarang kerana memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua per tiga.

“Jika ahli parlimen PAS dan Umno sahaja mengundi tidak cukup. Malah, tidak semua ahli parlimen Umno menyokongnya, apatah lagi wakil rakyat PH,” dakwanya seperti dilaporkan dalam wawancara Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya adakah PAS masih memperjuangkan hukum hudud dan nasib pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.

PAS sejak berdekad-dekad silam sering membawa agenda pelaksanaan hudud dalam politik mereka. Malah menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu parti itu diberikan ruang untuk membawa usul rang undang-undang atas kapasiti peribadi – melalui Abdul Hadi – bagi meminda Akta 355 di sebalik status mereka sebagai pembangkang kepada BN.

Abdul Hadi membentangkan usul pindaan akta tersebut – juga lebih dikenali sebagai RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian.

Bagaimanapun usul itu hanya dibentangkan namun tidak dibahaskan sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini dua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan PAS tidak lagi bersuara mengenai agenda hudud selepas menjadi kerajaan.

Mereka ialah Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Kata Abdul Hadi, sebelum ini PAS sudah berjaya meluluskan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan hudud adalah sebahagian kecil daripadanya.

“Enakmen berkenaan juga sudah diwartakan dan mendapat perkenan Sultan Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

 







Gempar! Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

Misteri kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mendapat perhatian dan masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Pelbagai spekulasi timbul dan bermacam-macam jenis video tular di TikTok selepas ia didakwa merupakan satu pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.

Antara individu yang menjadi topik perbualan warganet adalah pengurus Tangmo yang juga merupakan sahabat baiknya, Kratik.

Bukan itu sahaja, terdapat pendedahan di mana Tangmo dikatakan meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang daripada dua lelaki yang turut berada di atas bot pada malam kejadian.

Dua lelaki yang dimaksudkan adalah Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananu.

Menurut mStar, spekulasi baru telah timbul di mana lelaki yang mencekik aktres berusia 38 tahun itu berbuat sedemikian selepas Tangmo menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika pergelutan itulah Tangmo dikatakan melawan dan menyebabkannya terjatuh daripada bot. Malah, lelaki tersebut juga didakwa telah membayar sejumlah wang kepada Kratik.

Pelbagai persoalan kini menjadi tanda tanya terutamanya tindakan ibu Tangmo menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta didakwa untuk menutup mulut.

Haaaa...bagi ada akai sikit....menggusarkan rakyat ....Syarikat Sotong Ring bakal saman netizen kerana burukkan produk mereka dibuat dari dubur babi

 


Syarikat Sotong Ring bakal saman netizen kerana burukkan produk mereka dibuat dari dubur babi

Syarikat mereka difahamkan berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan pr0duk mereka.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan status halal sebuah produk sejuk beku sotong ring selepas ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej berangkai yang mendakwa bahawa ia diperbuat daripada dubur babi.

Malah menerusi rantaian mesej sama, individu berkenaan mendakwa pihak pengeluar dengan sengaja telah menggunakan logo halal demi mengaburi orang ramai.

Isu ini kemudian telah menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan akan melakukan siasatan bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Terkesan dengan isu yang timbul, syarikat pengedar makanan sejuk beku, Shen Hua Resources tampil menafikan bahawa produk Sotong Ring kepunyaan mereka menggunakan dubur babi.

Berjaya kesan dua netizen di Facebook yang sengaja burukkan produk

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shen Hua Resources Rodney Soon, pihaknya berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan produk cincin keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

Beliau yang tampil menerusi satu sidang media pada Rabu, 9 Mac menggesa berkuasa seperti polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar menyiasat isu berkenaan demi nama baik syarikat mereka.

Malah dia menegaskan akan mengambil tind.akan mahkamah terhadap netizen berkenaan memandangkan penyebaran fakta tidak benar itu telah menjeja.skan jualan produk mereka sekaligus membuatkan mereka kerugian.

Tambah Rodney lagi, pihaknya juga akan membawa perkara berkenaan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.


4,828 guru DG41 pengambilan khas ‘one-off’ lapor diri 4 Apr. Guru pun ada one off.





Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, semakan penempatan guru
 terbabit boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan
 KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

PETALING JAYA: Penempatan 4,828 lagi calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara “one-off” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, calon yang berjaya akan mula melapor diri pada 4 Apr.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my,” katanya.

Pada 20 Jun, KPM mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara “one off” untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Pada 15 Feb, Radzi dalam hantaran di Facebook memaklumkan seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara “one-off” berjaya dalam temu duga Fasa 2 dan 3, akan mula melapor diri di sekolah masing-masing bermula 1 Mac.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya di Facebook.

Pencuri yang tak tahu malu - YB Shah Alam



"Maka pencuri itu berkata 'Alhamdulillah, saya curipun tapi tuan rumah pun ada untung, tak rugi 1MDB'. Pencuri yang tak tahu malu. Apa pandangan YB Kota Raja?," tanya YB Shah Alam, Khalid Samad. #AWANInews #SisiTVParlimen SUBSCRIBE now! @Astro Awani https://www.youtube.com/c/astroawani?...