Remaja dimandikan macam jenazah lantik peguam, prosiding semakan jenayah 17 Januari ini



 


Daniel Iskandar, remaja yang dimandikan seperti jenazah hari ini melantik Tetuan Hariz Syakinah & Co bagi mewakili dirinya dengan bantuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Menurut Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Tetuan Hariz Syakinah & Co telah mendapat makluman bahawa terdapat satu prosiding semakan jenayah yang telah ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di Shah Alam pada 17 Januari ini.

“Atas dasar tersebut dan di atas arahan untuk mewakili Daniel maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co akan hadir di hadapan mahkamah Tinggi pada hari tersebut,” katanya dalam kenyataan.






PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel dan kejadian berkenaan yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingan Daniel.

“Mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin yang akan datang,”katanya lagi.

Justeru PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co bagi pihak Daniel memohon jasa baik semua pihak untuk mengelakkan daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menampilkan kekeliruan di pihak masyarakat awam sehinggalah penyelesaian prosiding di Mahkamah Shah Alam tersebut

“PPMM melalui tetluan akan memberikan kenyataan penuh ytang lanjut selepas selesainya prosiding tersebut kelak,” tambah beliau.

Tular satu rakaman video memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid di Kuang memandikan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid berkenaan.

Dalam rakaman video selama satu minit 25 saat itu, jemaah masjid berkenaan dilihat memandikan suspek seperti jenazah, termasuk melumurkannya dengan kapur barus.


TAWARAN JAWATAN

 







Zahid Hamidi
 
4 h 
Selepas PRU-14 berakhir musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini.
Sehingga ke tahap Presidennya diugut dan digertak supaya UMNO dibubarkan atau akan menanggung akibat.
Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti.
Kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.
Muslihatnya agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri.
Seterusnya mereka berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.
Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang.
Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.
Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah.
Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha
hebat
.
Rahmatnya sangat ketara apabila UMNO semakin berpadu, BN kembali diyakini rakyat dan menang besar PRN Melaka.
Faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO itu kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.
Sememangnya UMNO milik akar umbi, manakala barisan pimpinannya selaku pemegang amanah.
Telah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.
Justeru Presiden UMNO dan barisan pimpinan sedia ada tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.
Biarlah resmi UMNO ini cuba 'didalilkan' sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah S.W.T.
UMNO akan terus mendengar suara akar umbi apatah suara rakyat seperti yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.

TERDEDAH!!! AZMIN ALI KEMBALI PKR ? 11 MP ?

Selepas dipecat jawatan AJK Pas Pusat, Khairuddin mula bersuara

 


Selepas dipecat jawatan AJK Pas Pusat, Khairuddin mula bersuara


Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Razali yang dipecat jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara partinya dan Umno.

“Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019 telah berjaya mendamaikan dua kelompok umat Islam Melayu yang “berperang” lebih 41 tahun sejak 1978 kerana politik.

“Ramai yang menangis kesyukuran kerana perpaduan ini,” katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

Ia kenyataan pertama Mohd Khairuddin selepas penyingkirannya daripada kepimpinan PAS.

“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa.

“Tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.

“Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini kerana perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar melebihi empat juta ahli ini pada hukum syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.

“Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat,” jelasnya.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan jawatan Mohd Khairuddin sebagai AJK PAS digugurkan.

Pemecatan itu dibuat tidak sampai dua bulan dia dilantik ke jawatan itu, setelah tewas dalam pemilihan pusat parti itu.

Menurut Abdul Hadi, keputusan pengguguran Mohd Khairuddin itu dibuat parti pada mesyuarat yang diadakan kelmarin di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur.

Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK PAS bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Khairuddin sebelum ini dilantik ke jawatan itu bersama bekas ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Mohd Zuhdi Marsuki, setiausaha politik Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketiga-tiga mereka dilihat sebagai pimpinan PAS yang lebih cenderung terhadap kerjasama politik dengan Umno berbanding Bersatu.

PAS setakat ini mahu menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti itu, walaupun Umno dilihat bertegas tidak mahu bersama Bersatu.


ADUN Dap ditahan positif dadah: Aziz Bari enggan komen, tunggu laporan rasmi polis

 


ADUN Dap ditahan positif dadah: Aziz Bari enggan komen, tunggu laporan rasmi polis


DAP Perak enggan membuat ulasan lanjut berhubung dakwaan penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu bersabit kes positif dadah pada Khamis.

Naib Pengerusi DAP negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, adalah tidak wajar untuk memberi ulasan kerana beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat atau sahih mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik menunggu maklumat rasmi daripada pihak polis.

Menurutnya, setakat ini DAP sendiri masih belum mendapat sebarang laporan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak mahu menafi atau mengesahkan kerana saya sendiri tidak ada maklumat tepat berkaitan kes itu, saya pun hanya dengar-dengar begitu sahaja.

“Jadi saya rasa lebih baik tunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Menurut laporan media hari ini, seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Wakil rakyat berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah restoran yang dahulunya merupakan kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada jam 9 malam, Khamis.

Bagaimanapun, tular di media sosial kononnya ADUN Perak yang dimaksudkan adalah daripada DAP.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memaklumkan, ulasan berkaitan kes itu akan diberikan sebaik polis mendedahkan identiti ADUN yang ditahan.

“Tunggu sehingga polis dedahkan identiti ADUN itu, baru saya akan komen,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui dalam program pelancaran buku ‘Lim Kit Siang: Malaysian First, Volume One: None But The Bold di Symphony Suites di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, DAP Perak memenangi 16 kerusi DUN namun tiga daripada mereka telah keluar menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.


HOW FAR CAN HUMAN BEINGS LOSE THEIR MINDS?


Nasi lemak segi 3 itu lambang Illuminati konspirasi Yahudi. Jangan makan.
If anyone out there think these sorts of people are not mad, please save your dignity if you have
any, explain what this ustaz is trying to say?






Dah comfirm remaja yang curi tabung masjid ada kes dadah, jadi adakah boleh kita belasah dan aibkan dia?

 


Dah comfirm remaja yang curi tabung masjid ada kes dadah, jadi adakah boleh kita belasah dan aibkan dia?


Petang tadi ramai sahabat kalangan bani PAS komen, seakan merayakan penemuan yang curi Tabung Masjid tu ada kes dadah. Pada depa, padanlah dia boleh diaib dan dimalukan atau diperlakukan. Aku pun antara yang membenci kaki dadah yang banyak menjadi punca jenayah. Tapi bukan bermakna aku sokong mereka diaibkan.

Sikap sebahagian penyokong PAS dan pak lebai inilah point yang aku nak sampaikan. Mudah menghukum. Ia bukan berlaku kalangan pendokong, Tok Imam, hatta ada Mufti. Ulama hatta Penguat kuasa Agama. Sebelum ini di Kelantan, pencuri diikat di tiang dan depa belasah.

Aku tegur ni berulang kali. Baru baru ni aku tegur penguatkuasa yang usung wartawan dalam operasi pencegahan maksiat di malam tahun baru. Apa yang aku tegur, soal mengaibkan pesalah.

Dalam tulisan aku semalam jelas aku mulakan dengan kata, nak hukum.. hukum lah. Tapi tak perlu diperlakukan dan diaibkan. Serah kepada anggota polis. Bayangkan jika ayah atau anak kamu yang kaki dadah dimalukan, apa perasaan?

Jika ramai yang berasa puas, maksudnya pemikiran dan kefahaman beragama kita begitu teruk. Itu sebab semalam aku sentuh dan tunjukkan tentang Hakim Frank Caprio. Tapi masalah bani Melayu ni bagi hadis bahasa Arab tak faham. Bagi video bahasa orang putih pun tak faham.

Dalam video tu, bagaimana seorang pesalah jalanraya seorang Truck Driver yang dihadapkan ke mahkamah berterima kasih kepada Hakim tersebut. Sebab apa? Masa muda dia, dia berulang kali dihadapkan ke mahkamah kerana sering memandu mabuk.

Sehinggalah satu hari hakim itu bertanya kepada dia. Hakim bertanya dan menyampaikan pesanan. Apakah dia mahu kekal seperti ini sehingga mati, atau berubah menjadi somebody? Dan akhirnya dia berubah jadi lebih baik.

Apa yang dilakukan Hakim Frank Caprio itu dilakukan oleh Nabi SAW pernah suatu ketika didatangkan kepada Nabi seorang yang digelar “Himar” kerana sering berjenaka dihadapan Nabi. Tetapi dia orang yang sering mengulangi dosa meminum arak.

Satu hari ketika dihadapkan di hadapan Nabi dan dilaksanakan had (rotan) ke atas nya, sebahagian Sahabat telah melaknat peminum arak ini dengan katanya:

فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ

Seorang lelaki pun berkata, ” Ya Allah, laknatlah dia kerana dia berulangkali melakukan hal yang sama”.

Apa kata Nabi?

لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Janganlah kamu melaknatnya. Demi Allah tidak aku ketahui melainkan dia ini mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Bukankah Nabi juga mengiktiraf keimanan dan kecintaan seorang peminum arak kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga amal baik yang pernah dilakukan mereka.

Begitu juga sejarah melibatkan sahabat Nabi dengan nama Abu Mihjan. Panglima Islam dalam Perang Qadisiyyah yang ketagihan arak dan sering mengulang dosa dan perbuatannya meminum arak.

Apa yang nak disampaikan kat sini, sistem keadilan, Perundangan Syariah dan Islam perlu letak kefahaman yang betul. Dalam Islam yang penting adalah prinsip adil, sifat adil. Bukan Uqubat dan hukuman.

Mungkin suatu hari nanti Allah uji datang dari ahli keluarga yang terlibat dengan dadah. Ada yang jadi pondan baru tahu. Kat tempat aku ada pondan yang ayah dia Ustaz dan Tok Imam. Tapi itulah ujian bagi dia.

Ipohmali

JANGAN MENGHINA MAJLIS PEGUAM-KERANA PEGUAM PERLU BIJAK DAN BUKAN BODO PIANG




 

SIMPATISME KITA PADA CARA DIPERLAKUKAN DAN BEZANYA HUKUMAN ANTARA MARHAEN DAN KAYANGAN YANG MENCURI

 Ikutkan aku dah malas nak tulis pasal remaja yang mencuri di masjid tu. Tapi bila orang ungkit senangnya kena tipu, aku rasa kena tulis juga. Last one.

Cerita remaja tu kita tak tahu apa sebenarnya. Sebab yang terbaru, ibunya nafikan dia bermasalah. Tapi kalau ya pun dia menipu, tiada apa yang nak dimalukan.
Sebab kita tak kenal dia. Kita nyatakan simpati berdasarkan khabar yang disampaikan. Dan nyata rasa simpati itu bertempat kerana tindakan AJK masjid memang keterlaluan.
Jadi tak usah malu. Yang patut malu adalah mereka yang ditipu berulang kali oleh orang yang memang kita dah sedia kenal mereka sebagai penipu besar.
Kita dah tahu orang itu merompak duit negara. Dua mahkamah dah sabitkan kesalahan. Tapi masih lagi nak sokong dia dan masih mahu dia jadi ketua. Tak malu?
Kita dah saksikan orang itu mengkhianat. Dan kita pun tahu dia dapat sokongan dengan merasuah jawatan kepada MP. Tapi masih anggap dia baik. Tak malu?
Kita dah tahu dia gagal. Keluarkan arahan SOP yang carca marba hingga hidup rakyat jadi guru hara. Tapi masih lagi kita nak bela dia. Yang ini pun tak malu?
Kita beri dia kepercayaan untuk jadi ketua. Dengan janji lepas dua tahun ada peralihan kuasa. Tapi dia letak jawatan sebab tak mahu menepati janji hingga negara kucar kacir. Namun tetap masih mahu lagi bekerjasama dengannya. Tak malu?
Orang itu kata vaksin itu pilihan. Tidak diwajibkan. Tapi sesiapa yang tak mahu vaksin, seolah hilang taraf warganegara. Pekerja asing lebih bebas di negara ini. Tapi masih nak kata dia antara menteri yang
terbaik
. Tak malu?
Orang tu kata nak buat hudud. Tak dapat hudud RUU355 pun jadilah. Siap berhimpun di Padang Merbok. Tapi bila suruh bentang di parlimen, dia cuma baca tajuk. 2 kali buat begitu. Itupun masih ada yang percaya kata-katanya. Yang ini tak malu?
Kalau setakat kena tipu dengan seorang remaja, apatah lagi remaja itu tidak kita kenali, tiada apa yang nak dimalukan. Dialah yang kena malu sebab tipu kita.
Tapi kalau kita kena tipu berkali-kali dengan orang yang sama, itu bukan setakat malu, bahkan bodoh dan bebal tahap maksimum.

KHAIRUDDIN AT TAKIRI- KISAH PAS KEBULUR KUASA ANTARA PRO UMNO DI PANTAI TIMUR DAN PRO PN DI PANTAI BARAT-LEBAI LAPAQ KUASA

 

Khairuddin Takiri: Hanya berkisar kelompok yang pro Umno dari Pantai Timur dan PN di Pantai Barat


Khairuddin Takiri: Hanya berkisar kelompok yang pro Umno dari Pantai Timur dan PN di Pantai Barat

Apa yang berlaku dalam PAS Mutaakhir ini melibatkan block yang pro PN dan UMNO/Muafakat Nasional. Pengguguran Kharuddin Takiri adalah disebabkan pendiriannya yang pro UMNO. Bukan hanya Takiri, hatta Mokhtar Senik, Nik Abduh dalam Block UMNO.

Ia bukan soal prinsip pun. Sebab soal periuk nasi dalam politik. Sudah pasti ramai dari kalangan pemimpin terutama MP PAS sedang resah terutama belah Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu kemungkinan hampir pasti UMNO sapu bersih sepertimana PRU 2004.

Manakala Presiden PAS, Hj Hadi bernafsu bersama PN. Mudahnya, Hj Hadi ini impian dia nak bersama PN untuk menembusi kawasan pantai Barat. Hj Hadi terlalu yakin mereka mudah mempertahankan Pantai Timur.

Pada Hj Hadi, impian dia nak tengok, Amanah, PKR yang penting karier politik Ds Anwar Ibrahim terkubur dalam PRU 15 biar apapun akibatnya dan harga yang terpaksa dibayar. Itulah sikap Hj Hadi dari dulu. Kesumat tak sudah. Masa UMNO berkecuali dalam PRK Port Dickson, PAS sibuk bertanding.

Itu sebab aku tegur Amanah yang sibuk bertanding di Sarawak dan Sabah. Sepatutnya tumpuan diberikan di Kelantan. Dalam PRU 15 bagi aku sekali lagi pola pengundian akan berubah. UMNO sekarang sedang buat ujian ketika mungkin di Johor.

Apapun, PH tetap kekal dalam sifat denial syndrome. Pada depa macam Hj Hadi dan PAS dalam PRU 14 dulu. Bertanding solo pun tetap boleh menang. Masing-masing nak tengok musuh yang depa benci berkubur. Lantak lah sapa menang. Janji musuh yang depa benci tak menang.

Ipohmali

UMNO-BN Johor berkeyakinan akan sapu bersih di semua kerusi DUN, apabila PRN Johor diadakan.



PRN JOHOR: MKT BERI LAMPU HIJAU BUAT UMNO JOHOR
KUALA LUMPUR: 15 Jan - Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan yang lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi sekarang.
Kedudukan parti pemerintah berkelebihan 28 kerusi berbanding 27 dalam blok pembangkang dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Keyakinan UMNO juga dilihat dari sudut kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, November lalu selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menyakinkan parti itu bahawa sokongan rakyat sudah berubah berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah, senario keputusan PRN Sarawak yang memperlihatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 82 yang dipertandingkan turut memberi isyarat jelas daripada pengundi yang dikatakan menolak blok pembangkang.
Pada masa ini spekulasi PRN Johor akan diadakan selewat-lewatnya sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang bermula pada 16 Mac ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pemimpin kanan parti itu berkata, dalam mesyuarat malam tadi (kelmarin), sebahagian besar ahli MT cenderung ke arah PRN kali keempat sejak PRU-14 termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Jelas pemimpin berkenaan, UMNO akan menggunakan strategi sama seperti di PRN Melaka iaitu bertanding sendiri tanpa parti-parti lain.
“Dalam mesyuarat malam tadi (kelmarin), mereka menyatakan sokongan untuk PRN Johor. Konsep yang ingin digunakan adalah sama, iaitu UMNO akan bertanding sendiri dan tiada kerjasama dengan mana-mana parti lain.




 

MARAH BETUL!! - MAT SABU "TEGUR" HADI AWANG | SPRM Azam Baki Saham


Presiden AMANAH VS Presiden PAS - Mohamad Sabu vs Haji Hadi Awang - Perbalahan dan pertentangan pendapat antara dua tokoh ini memang tidak putus putus. Kali ini Mat sabu mengecam hadi awang dalam isu Ketua SPRM Azam Baki, Hadi Awang yang tetak menyalahkan Barat dan DAP. Juga video lama Hadi Awang pasal UMNO dan DAP. Selamat menonton, satira politik negara, yang sentiasa penuh dengan lawak jenaka. #matsabulawak

Mat Sabu: Ucapan Penuh Di Ceramah Parti Amanah Tentang Isu-Isu Semasa Te...


12/01/2022 Ceramah Parti Amanah Negara "PM Baru Lagi?" #Ceramah Video Credit Kepada Mohamad Sabu FB, Media Oren & Jom Channel

PAS Dulu Setiap Hari Zikir HAPUS UMNO, Sekarang Dah Terbalik! Kenapa Sok...



Pengarah Biro Mobilisasi AMANAH Nasional, YB Mohd Sany Hamzan kecewa dengan sikap PAS yang dahulunya ANTI UMNO kini berubah menyokong UMNO dan terus menyokong AZAM BAKI

KETIKA DR MAZLEE DIPANGGIL UNTUK DISOALSIASAT-INILAH HASIL CAKNA BELIAU TERHADAP IPD BERKENAAN













Dr. Maszlee ni memang out of this planet. One in a million. Aku gelak baca posting ni. Orang panggil dia untuk bantu siasatan. Dia boleh cakna keadaan IPD. Hahaha... Lepas ni boleh jadi Menteri Dalam Negeri pulak. Berseri balai polis semua nanti Apa pun, inilah ciri pemimpin berjiwa rakyat.

Tapi tujuan aku share ni sebab nak rakyat buka mata. Bagaimana demokrasi dalam negara kita semakin nazak. Dah pakai life support. Dr. Maszlee dipanggil atas kesalahan MENYAKSIKAN Angkatan Muda Keadilan menyerahkan memo kepada SPRM berkenaan kes Azam Baki.
What? This is ridiculous!
Mana pergi hak rakyat untuk bersuara? Kalau MP pun kena panggil sebab nyatakan bantahan secara aman, apa pula akan terjadi kepada rakyat yang tiada apa-apa jawatan? Pakcik dan makcik yang meniaga warung atau menoreh getah?
Saat negara lain gagah mara ke hadapan menuju ekonomi dan perlaksanaan demokrasi yang lebih baik, kita pula berlangkah-langkah ke belakang. Apa yang akan terjadi kepada Malaysia kalau berterusan ditadbir secara anti demokrasi seperti ini?
Sebab tu penting kita memilih pemimpin yang betul. Yang jujur terhadap amanah, yang setia bersama rakyat, yang ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerana jika kita pilih pemimpin yang rosak, maka akan rosak jualah masa hadapan generasi kita yang akan datang.
Negara ini bukan milik kita. Kita pinjam daripada anak cucu kita. Tidakkah malu kita nanti jika kita pulangkan kepada mereka sebuah negara yang telah rosak? Dan tangan kitalah yang merosaknnya. Melalui undi kita. Fikirkanlah...

INGATKAH KITA PADA INSAN INI



 Ingatkah kita kepada Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull, apabila meletakkan tekad menyiasat dan mendedahkan skandal SRC International Sdn Bhd beberapa tahun yang lalu.

Beliau diekori serta dijejak hingga ke luar negara serta diugut seolah-olah seperti menyaksikan babak dalam filem aksi.
Mohd Shukri menempuhi jalan yang berliku hanya kerana memilih untuk jujur dalam melaksanakan tugasnya ketika itu.
Beliau bersama Tan Sri Abu Kassim berjuang bersungguh-sungguh untuk menyiasat dan dapatkan balik wang rakyat yang dicuri tetapi kesudahannya, mereka pula dituduh pembelot.
“Saya terpaksa melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat. Sampai di sana pun ada orang ekori saya, memaksa saya lari ke New York pula.
“Bayangkan, saya menangis macam budak-budak di New York, di depan Mat Saleh di sana. Saya terlalu sedih kerana sayangkan SPRM, saya rasa sangat bersalah,”katanya.
Beliau yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, bersama Tan Sri Abu Hassan, menemui ramai menteri dengan harapan ada sesuatu yang dapat dilakukan mereka.
“Saya bukan sesiapa, saya tak ada kepentingan pun. Saya dan Tan Sri jumpa begitu ramai menteri dan suarakan kebimbangan serta maklumat yang kami ada. Kami cuba yakinkan mereka, kes 2.6 bilion ini bukan kisah dongeng,” katanya.
Crdits#RafiMuhd

KANTOI JA ..LAGI BANYAK BAGI ALASAN LAGI BANYAK KANTOI


 Nak buktikan ambik vaksin, sekali mengesahkan dakwaan pergi umrah ketika banjir sedang memuncak 19 Disember lepas…..



inforakyat.net
Syarikat Umrah sahkan Tuan Ibrahim pergi umrah ketika banjir sedang teruk melanda
Syarikat Umrah sahkan Tuan Ibrahim pergi umrah ketika banjir sedang teruk melanda Multaqa al-Iman Travel Sdn Bhd mengesahkan

PLOT TWIST KISAH BUDAK CURI DAN KENA SIRAM

 

Plot twist. Budak yang mencuri tabung masjid tu rupanya memang bermasalah dan pengguna syabu. Datuknya sendiri yang suruh AJK surau lapor polis.

Ok. Aku akui terkhilaf bersimpati kepada remaja itu berdasarkan kenyataan peguamnya. Tapi itu tak mengubah ulasan aku dalam posting terdahulu.

Ada dua perkara yang aku tekankan. Pertama, AJK masjid yang ambil tindakan sendiri. Tangkap dan serahkan kepada polis. Itu yang sepatutnya. Bukan kerjakan dahulu.

Ada yang kata budak itu sedang khayal sebab itu si imam siram air. Tapi tetap tak boleh diterima. Apa lagi bila dirakam dan diviralkan. Itu bukan caranya.

Tangkap, serahkan kepada polis dan biar polis yang uruskan. Kalau budak itu tak dibelasah dan video itu tak viral, kes ini takkan jadi perbualan hangat.

Kedua, point yang paling penting, adalah cara orang kita berhadapan dengan pencuri. Ini yang aku nak sangat ketengahkan sebenarnya.

Sebab yang sering dan sentiasa berlaku, kalau yang berbuat salah itu orang besar, orang terkenal, kita selalu disuruh jangan jatuhkan hukum sendiri dan jangan mengata aib orang.

Tak kiralah mencuri ke, rasuah ke, seleweng ke, langgar SOP, langgar PKP atau macam-macam lagi. Tak kiralah pemimpin atau artis. Sama sahaja. Kalau orang terkenal buat salah, jangan jadi hakim.

Tapi kalau orang miskin, orang yang tak terkenal, rakyat biasa, bukan setakat dikutuk, bahkan turut dibelasah. Itu yang aku rasa perlu diperbetulkan.

Perompak, apa juga tarafnya, tetap perompak. Apatah lagi yang telah disabitkan oleh mahkamah. Dua mahkamah pulak tu yang sabitkan.

Dan dalam kes budak ini, duit tak sempat diambil pun. Sedangkan ada kes ke atas orang besar bila mana duit dikembalikan maka tuduhan digugurkan.

Itu mesej terbesar yang mahu aku ketengahkan. Sebab aku jadi risau melihat masyarakat ini. Pada satu masa, seolahnya perbuatan seleweng, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya bukan sejenis jenayah. Semua buat tak endah.

Tapi pada satu masa yang lain, mencuri itu tampak besar salahnya seperti membunuh jiwa yang tak berdosa pula. Apakah rasuah dan seleweng sudah jadi norma hidup rakyat negara ini? Atau kita marah cuma kalau jumlah wang dicuri tak begitu banyak?

Iyalah... Kalau dah sampai puluh juta, ratus juta, bilion ringgit, nak kira nombor kosong pun pening. Nak marah macamana. Ye tak?

Aku benci semua jenis pencuri, kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Semua aku benci kecuali pencuri hati. Cuma aku lebih benci pemimpin yang mencuri berbanding marhaen.

Kerana pemimpin itu telah sedia besar gajinya. Telah banyak duit cukai kita yang ditelan. Masih lagi nak curi wang negara? Kenapa tamak sangat?

Raja Gelap