Annuar Musa Bayangkan Beliau. Hishamuddin,Kj, Ismail Sabri,Shahidan Kass...


BUAT LAH APA PUN..ORANG DAH TAK PERCAYA DAH UMNO NIH....MEMANG NAK MELINGKUP...TELUR PULAK TAK ADA.....KAH....


ANNUAR MUSA
BAYANGKAN BELIAU, HISHAMMUDDIN DAN KJ BAKAL JADI PM DAN TPM JIKA MEREKA MENANG PEMILIHAN UMNO JUN INI. ADA KE ORANG NAK UNDI PENGKHIANAT PARTI NI?





PAS TINGGALKAN MUAFAKAT NASIONAL



Beliau berpendapat ia tentunya bukan satu keputusan yang tergesa-gesa tetapi sudah pun diperhalusi beberapa hari oleh kedua-dua kepimpinan BERSATU dan PAS sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2020 bermula lagi. Baru sahaja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan untuk melakukan satu pengkhianatan demokrasi dengan melukis sempadan menerusi pembahagian tidak sekata (malapportionment) dan Gerrymandering berdasarkan kaum dan agama, bagi memenangkan parti beliau dalam pilihan raya.






Ibu kucing bawa anaknya yang sakit ke rumah sakit manusia - TomoNews



ISTANBUL, TURKI — Kasih ibu tiada akhir pada anaknya. Tidak hanya berlaku pada manusia, hewan pun juga sama. Baru-baru ini beredar foto seekor induk kucing membawa anak kucingnya yang sakit ke UGD sebuah rumah sakit di Istanbul. Dan tim paramedis manusia di sana pun tidak pura-pura buta, mereka segera menolong induk kucing malang itu. Diketahui dari Bored Panda, foto-foto kucing ini dibagikan oleh Merve Ozcan di akun Twitternya. Dan mendapatkan likes sebanyak 82ribu kali di Reddit.






JALAN SEMAKIN CERAH BUAT PH

 

Teka-teki politik sudah berakhir. Kini realiti jelas yang muncul. Umno berkerat rotan; berpatah arang dengan Bersatu.PAS pula behenti bermain di dua kolam.

PAS tinggalkan kerjasama dengan UMNO.Pasangan barunya lebih bergetah iaitu Bersatu yang menjanjikan PAS dapat masuk PRU15 dalam kedudukannya di pihak kerajaan, bukan lagi pembangkang seperti selama ini.

Perpaduan Ummah dengan Umno telah PAS lupa sekarang. Muafakat Nasional gugur dalam kandungan.Kepentingan politik pilihanraya lebih mengiyurkan lagi berselera dari slogan muluk-muluk seperti demi bangsa dan demi agama.

Semasa PRU 14 dulu juga ada tiga gabungan, iaitu BN, PH dan GS (Gabungan Sejahtera – PAS, dan parti-parti kecil yang wujud di musim pilihanraya).

Jika keadaan kekal seperti sekarang, maka kemungkinan besar dalam PRU15 ada tiga gabungan politik juga yang akan berentap tiga penjuru,iaitu BN, PN dan PH.

BN (Umno, MCA dan MIC), PN (Perikatan Nasional terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan lain-lain) dan PH (Keadilan, DAP dan Amanah).

Parti-parti di luar BN, PN dan PH ialah Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Warisan, Muda, PSM (Parti Sosialis Malaysia) dan lain-lain.

Jika pertembungan tiga penjuru ini berlaku, yang mendapat faedah yang besar ialah Pakatan Harapan.

Mari kita analisa secara ringkas kekuatan dan kelemahan tiga gabungan ini: BN, PN dan PH

BN itu sebenarnya Umno. MCA dan MIC sekadar melukut di tepi gantang. “Masuk tak penuh. Keluar pun tak kurang.” Jadi kita analisa Umno sahaja.

Siapa tak tahu Umno yang terkait dengan skandal 1MDB ini punya wang yang banyak. Anggota Umno saja seramai 3.3 juta orang sekarang, sebesar Parti Komunis Indonesia pimpinan D.N.Aidit satu waktu dulu.

Umno ini mempunyai organisasi akar umbi yang luas dan tersusun serta bersatu. Yang berpecah ialah di peringkat pimpinannya. Ada Kluster Mahkamah yang imejnya pemimpinnya tercalar kerana sedang didakwa dengan berpuluh tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pelupusan wang haram.Pemimpin-pemimpin besar mereka itu dalam Kluster ini.

Ada pula kelompok yang dipanggil Kluster Menteri, yang lebih setia dan tunduk pada Perdana Menteri daripada Presiden Parti Umno sendiri.Umno telah isytiharkan dia akan bergerak solo dalam PRU15.

Mungkin parti Umno ini akan muncul sebagai hero atau mungkin juga kecundang Zero. Biarkalah “Si Luncai terjun dengan labu-labunya…”

Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan Darurat untuk terus berkuasa, adalah satu perikatan yang tebal muka dan tak tahu malu. Dia tak kisah orang kata Kerajaan PN ini tak ada keabsahan, tak ada majoriti di Parlimen, Apa dia pedulu?

Proklamasi Darurat memberi PN lesen untuk berkuasa. Pergi jahanam apa itu demokrasi, “check and balance”; pergi jahanam apa itu pengasingan kuasa dan kebebasan parlimen, kedaulatan undang-undang ataupun keluhuran Perlembagaan.

Yang penting dia ada Ordinan Darurat dengan kuasa-kuasa perlu yang didikri satu persatu.

Kerajaan PN yang berperangai sedemikian akan menghadapi rakyat dalam PRU15 nanti. Menarik untuk melihat apa sikap dan pendirian para pengundi nanti terhadap Kerajaan PN yang berani buka pasar malam, berani buka panggung wayang, berani buka sekolah tetapi tidak berani buka Parlimen.

Tetapi siapa boleh menafikan PN mempunyai jentera kerajaan apabila dia mengadakan PRU15 nanti. Muhyiddin Yassin yang menjadi Pengarah Pilihanraya BN di bawah PM Najib Razak dalam PRU13 amat faham apa ertinya jentera kerajaan untuk membantu parti politik dalam pilihanraya.

Tetapi Perdana Menteri kelapan itu amat faham bahawa kerajaan PN mempunyai kepimpinan yang amat lemah. Selain daripada Muhyiddin siapa lagi para general PN yang berwibawa?

Muhyiddin dikelilingi oleh para pemimpin melompat daripada Umno dan Keadilan. 13 juara melompat dari Umno dan 15 juara melompat dari Keadilan.

Mereka ini digelar pengkhianat oleh orang-orang Umno dan Keadilan. Dalam hal episod lompat si katak lompat ini, nasib Umno dan Keadilan tak banyak berbeza.

Persoalannya, adakah rakyat akan sokong PN yang terdiri daripada Bersatu dan PAS yang berpasangan semata-mata untuk faedah menjaga kepentingan politik masing-masing untuk terus hidup dan berkuasa?

Adakah PN ini ada Prinsip Asas Bersama atau “common flatform” atau “common philosophy” atau “Ideology yang sama”?

Mungkin ada.Pemimpin Bersatu dan PAS akan menyatakan bahawa perjuangan mereka adalah bersandarkan kepada “perpaduan Melayu” atau “Malay Unity”.

Satu soalan boleh ditanya kepada Bersatu dan PAS, iaitu adakah mungkin slogan “perpaduan Melayu” itu memberi sebarang makna tanpa ada Umno bersama?

Kita telah lihat serba kekurangan dan kelemahan Umno dan PN seperti dijelaskan di atas. Jadi PH perlu atur baik-baik strateginya untuk menghadapi PRU15.

PH sekarang terdiri hanya tiga parti iaitu Keadilan, DAP dan Amanah. Cukup dengan tiga parti itu. Jangan tambah-tambah, dan jangan kurang-kurang.

Mahathir Mohamad dan Pejuang tidak dalam PH. Itu bagus dan tepat. Yang sudah-sudahlah. Tanpa Mahathir, PH mempunyai peluang yang lebih baik menghadapi PRU15 nanti.

Tetapi ada faktor yang penting yang akan menetukan sebelum dan selepas PRU15 nanti. Iaitu faktor kekuatan-kekuatan politik dari Malaysia Timur, Sarawak dan Sabah. Ini perlu diberi perhatian serius dan bijaksana oleh PH.

Siapa yang hendak jadi kerajaan dan hendak berkuasa di Putrajaya pada PRU15 nanti, maka mestilah mendapat sokongan dari Parti GPS Sarawak (Gabungan Parti-Parti Sarawak) dan juga parti Warisan dari Sabah.

Yang jelas gabungan Bersatu dan PAS dalam PN di peringkat pusat dan nasional besar kemungkinan sukar diterima oleh rakyat Sarawak dan Sabah.

Maka inilah masanya PH perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang akan turun mengundi dalam PRU 15 nanti.

Pertama PH jelas mempunyai falsafah perjuangan yang sama iaitu agenda Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama yang boleh diterima di Semenanjung dan di Malaysia Timur.

Malaysia yang adil untuk semua, merapatkan jurang kaya miskin antara kaum, dan antara wilayah.PH yang akan mengemukakan manifesto pilihanraya yang lebih realisik, pragmatik, dan mudah dihadam oleh rakyat dengan keutamaan diberi kepada isu ekonomi untuk menjana pertumbuhan, gaji pekerja yang lebih adil dan peluang pekerjaan baru untuk generasi muda dan yang menganggur.

Di samping itu agenda reform terhadap usaha memperbaiki institusi-institusi penting negara tidak dilupai iaitu seperti kebebasan parlimen, kebebasan Kehakiman, SPR yang adil dan bersih, SPRM dan PDRM yang profesional serta berintegriti.

Dengan keyakinan bahawa PH mempunyai masa yang cerah dengan perkembangan politik yang berlaku kini, maka PH mesti kekal bersatu padu dan fokus dalam usaha menghadapi PRU15 yang semakin ketara dekat waktunya.

Segala “duri dalam daging” perlu dicabut. PH yang mempunyai kepimpinan yang kuat dan teruji; PH yang mempunyai pengalaman memerintah walaupun sekadar 20 bulan, yang dapat mengenal kelemahan dan kekuatannya semasa menjadi kerajaan dulu;

PH yang berbilang kaum dan berbilang agama; PH yang muncul dengan agenda reformasi dan bersikap sederhana serta bijaksana adalah resepi untuk kejayaan dalam PRU15 nanti.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

1 April 2021 (Khamis).






FAHAMI DARURAT


 

Kita hampir mengetahui bila tarikh PRU15


NORMAN RADZUAN



May be an image of 4 people, including Amani Zafran, people standing and indoor



PH, UMNO dan Bersatu mendesak..siapa terdesak?

UMNO DESAK DAN TERDESAK

PH desak kerajaan buka Parlimen, UMNO desak MPnya letak jawatan, Bersatu desak UMNO bersama PN dan Menteri UMNO desak pemilihan parti. Dalam desakan ini siapa sebenarnya terdesak?

Pastinya PH kini fokus kpd PRU15... itu adalah arahan terbaru DS Anwar utk tidak mengharap lagi pada SD. Maksudnya PH hanya mendesak dan bukan terdesak dlm situasi skg.

Kini UMNO yg dilihat terdesak. Siapa sangka parti ulung yg bertahan lebih 60 tahun ini kini mendesak tak terdesak. UMNO mendesak Menteri dari MPnya meletakkan jawatan manakala Menteri MPnya desak UMNO diadakan segera pemilihan parti.

Ini kali ketiga saya menulis bahawa PRU15 hanya akn berlaku selepas UMNO 'dihijack'. Muhyiddin dan Azmin tidak sebodoh itu mengadakan PRU tanpa melakukan sesuatu utk merampas UMNO menerusi Hishamuddin & Co.

Muhyiddin dan Azmin tahu tanpa grassroot dan penyokong UMNO mereka tidak mampu membentuk kerajaan sekali lagi. Muhyiddin dan Azmin tahu pembentukkan kerajaan PN ini adalah kerajaan 'palsu'. Hanya 18 Parlimen dari PAS yg dianggap tulen dan yg lainnya adalah mencuri dari pengundi PH dan BN.

Kita tidak menyangka UMNO yg dianggap unsinkable kini menjadi sebuah parti yg lemah. UMNO sendiri tidak yakin utk bertanding sendirian atas nama BN bersama MCA & MIC jika tidak bersama PAS. Disebabkan itu walaupun PAS telah mengistiharkan parti itu bersama PN... UMNO tetap menjadi seperti peminta sedekah utk bersama PAS.

UMNO juga seperti sudah tidak dipeduli lagi oleh parti2 dari Sabah dan Sarawak. Lebih mengejutkan MIC sendiri sudah berani mengugut UMNO. UMNO bila hilang kuasa parti2 komponennya meninggalkan mereka. Lebih mengaibkan apabila MP mereka sendiri tidak pedulikan arahan Presiden mereka sendiri.

Pada firasat saya... Zahid dan Najib akn dipadamkan karier politik mereka utk memudahkan UMNO dihijack. Apabila jawatan Presiden hilang kerana kes mahkamahnya dijatuhkan hukum... maka modus operandi meng'hijack' UMNO lebih mudah.

Bergemarlah kembali slogan 'Perpaduan Melayu' utk menghalalkan kerjasama Bersatu/PAS/UMNO. Bersatu akn terus menjadi Tuan kpd UMNO utk tempoh seterusnya. Namun ada beberapa persoalan jika ia berlaku...

a) Jika UMNO berjaya dihijack ada dua kemungkinan berlaku....

Pertama kerajaan yg ada akn terus kekal sehingga berakhir tempoh PRU14 iaitu 2023. Kedua...PRU akn paling awal penghujung tahun ini.

b) Persoalannya apa jadi jika Nov baru berlaku pemilihan parti ( UMNO ) sdgkan Darurat akn berakhir pada Ogos ?

Tidak mustahil Darurat akn bersambung sehingga pemilihan parti UMNO berlaku. Bagaimana dgn Belanjawan 2022... saya tidak pasti dari sudut undang2 Darurat bagaimana.

Jadi tidak perlu lagi kita berteka teki bila tarikh PRU15. Selagi UMNO tidak di'hijack' jgn bermimpi ia berlaku. PN tidak akn mampu menang tanpa UMNO.

c) Persoalannya pula adakah PN sukar ditewaskan jika ada gabungan 3 parti tersebut?

Sememangnya sukar tetapi tidak mustahil berlaku undi sabotaj dari akar umbi UMNO yg merasakan parti itu telah menjadi 'hamba' kpd Bersatu. PN boleh menghijack UMNO tetapi belum tentu mereka boleh hijack pengundi UMNO.

Sebab itu saya katakan PRU jika berlaku paling awal Dis atau tahun hadapan. Ini kerana PN perlu penjenamaan 'Perpaduan Melayu' itu benar dpt didoktrinkan ke pemikiran Melayu UMNO di kampung2 utk bersama mereka.

Tapi hati kecil saya berkata jika dpt dihijack kemungkinan besar Muhyiddin akn pertahankan kerajaan PN sehingga 2023. Atas alasan Muhyiddin dan Azmin tidak mempercayai PAS dan UMNO walaupun jawatan dan kuasa telah diberi.

Rentetan dari situasi politik terkini... yg mendesak dan terdesak adalah UMNO sendiri. Yg tenang PH dan yg akn senang lenang parti lebai dan Sarawak.

 

KENALI BUAYA POLITIK SEBENAR.....NI LA...LEBAI FATWA.

 

MAN TOBA 


Baru you all nampak, perpaduan Ummah hanyalah tagline yg digunakan untuk mengabui mata rakyat.

Sebenarnya, ia adalah mengenai perebutan kuasa dan wang ringgit oleh tokoh-tokoh Melayu yg pada awalnya melaung-laungkan agar umat Islam bersatu.

Akhirnya, DAP juga yg akan dipersalahkan walaupun yg merebut kuasa adalah orang Melayu dan yg menyamun pun orang Melayu.

 May be an image of 3 people and text that says "Kenali Buaya Politik Sebenar Edisi Abang janji Abang Delete Masa BN berkuasa 'awk satunya abg sayang..' Masa PH berkuasa 'awklah dambaan hati abg' Masa PN berkuasa 'abg kasih awk sorgje"

GAMBAR BERTEMU ANWAR ALTIMET DAN AFDLIN SHAUKI

 

AWALNYA ANNUAR MUSA BERKEMPEN..??

 

BOB KELANANG


Maaf cakap la... Ahli Parti UMNO memang bodoh... itu memang kenyataan... bayangkan punya la depa cuba angkat pengkhianat parti untuk kekal jadi pemimpin utama UMNO... pengkhianat yang pentingkan diri sendiri DAN bukannya kepentingan parti...

Pengkhianat macam Annuar Musa yang sekarang ni dah mula berkempen untuk kerusi pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO... https://m.malaysiakini.com/news/569003

Giler aaa... Annuar Musa sudah xder jati diri UMNO... lagi mau sembang kononnya dia bakal pembesar baru UMNO... memang patut la dia ni disingkirkan awal...

Tapi adakah ahli UMNO bersedia untuk betulkan kembali otak depa?? Aku rasa tak... UMNO dengan duit mana boleh berpisah... Sure Annuar Musa akan tabur wang banyak pada masa pemilihan nanti... apa susah... Muhyiddin Yasin sure akan bantu Annuar Musa menang jawatan Presiden UMNO... duit xder hal... small matter...

Yang penting darurat mesti sampai Ogos paling kurang... supaya nak cekau duit jadi senang...

Muhyiddin Yasin apa dis kira... janji dia kekal pegang jawatan... DAN seterusnya memperkukuhkan kedudukan politiknya... Azmin Ali pun sama... sure akan bekap Annuar Musa...

Aku harap ahli UMNO boleh guna otak depa dan lihat apa benda yang berlaku...


malaysiakini.com
Calon PM, TPM Umno: Annuar kongsi gambar bersama Hisham, Ismail Sabri, KJ
Perlembagaan Umno menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja, tegas Annuar Musa.

Calon PM, TPM Umno: Annuar kongsi gambar bersama Hisham, Ismail Sabri, KJ






KAH....PERANGAI UMNO TAK BERUBAH...KALAH PUN SERABUT LAGI

 HAMZAH RIE NA

Riuh rendah pung pang pung pang dlm dewan cakap pasal maruah, silat gayung silat pulut..

Akhirnya tidak ada keberanian nak lepaskan jawatan didalam GLC..

Kalau letak jawatan nak makan apa ??!



 May be an image of 2 people and text that says "Sinar Sinar Harian 10h T "MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu. la juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini." -Tengku Razaleigh Saya akan terus kekal Pengerusi Prasarana, tegas Tajuddin March 29, 2021 7:40 PM SR SerTasyat f SINAR HARIAN Menteri, timbalan menteri UMNO perlu tarik diri hari ini freemalaysiatoday.com SEMBANG LEBIH!!! Umno main 'silat pulut'"

PAK LONG MAIL...NI MAMAT NI SALAH PAKAI MASK. KENA DENDA NI...

 May be an image of 18 people, glasses and text that says "Fahmi Reza 48 m Apa masalah Timbalan Menteri ni? ba PRRAI ULAR"

FUH...!@#$%^&*() AKU SOKONG JA PAKLONG KALAU DIA CAKAP BETOI

 May be an image of 1 person and text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Tiada siapa terlepas hukuman jika langgar SOP termasuk VIP selebriti March 30, 2021 6:59 PM Faiz Zainudin 40 Shares f ©freemalaysiatoday.com PETALING JAYA: Mana-mana pihak termasuk individu kenamaan (VIP) dan selebriti yang didapati melanggar SOP ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan terlepas daripada hukuman."

May be an image of 1 person, standing and text that says "EXIT S"

OWHHH SIAPA HALANG KAMI...JADI YAHUDI....KAH....FATWA KE LAUT

 

Masa tengah susah selepas jadi kera sumbang, dapat berkawan dengan Umno, cukup marah dia kalau siapa halang penyatuan Umno-Pas yang digelar oleh Us Nasarudin Daud sebagai 'pengat taik' itu. Sanggup cop orang sebagai Yahudi.

Hebat

!!

Tapi...bila dapat kesenangan, dapat kuasa sikit jadi duta khas melalui kerajaan tebuk atap, siapa 'kekasih' Hadi sekarang? Di mana Umno di mata Hadi? Sekarang ni, kalau sesiapa halang penyatuan Pas dan Bersatu/PN, bukan setakat Yahudi lagi, mungkin Firaun atau Toghut kot....

Itulah lebai yg Umno mesti kenali....

w.faudzin 


May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini Hadi: Pihak bantah kerjasama PAS-Umno 'macam Yahudi' Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara. APRIL 1, 2019 AT 8:32 AM"





UMNO CUMA RIUH SAHAJA, KATA KHALID SAMAD



Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengeluarkan arahan pada bila-bila masa kepada pemimpin UMNO di dalam kerajaan PERIKATAN NASIONAL untuk meletakkan jawatan mereka ternyata omong-omong kosong sahaja. Begitu juga gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah supaya ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet PERIKATAN NASIONAL menarik diri serta-merta, hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.




PAS SOMBONG DI KELANTAN SAHAJAKAH?

RENTASAN 859 | GEMPAR!!! MOTIF SEBENAR KERAJAAN MUHYIDDIN ISYTIHAR DARUR...




MENARIK DALAM RENTASAN 859

1. AKHIRNYA SIAPAKAH YANG AKAN BELA RAKYAT? 2. PAS TINGGALKAN MUAFAKAT NASIONAL 3. KLUSTER KATAK LEBIH BAHAYA DARIPADA KLUSTER COVID-19 4. SIAPA PEGANG KESTABILAN POLITIK DI MALAYSIA?



KAH...NAK MENIPU PUN INGAT WALAUN KOT

 

AHMAD SHHRIL


Ko buat lawak apa ni taki.....tak habis nk menipu rakyat...woiiii....mangkuk tingkat YDP Agung bertitah blh adakan sidang parlimen.....guna alasan faktor umur data dan sains konon....pirah,kerajaan tak pernah lari laksanakan sidang parlimen konon..nk kata mabuk beer,beer dah tak memabukkan kata nuor musa...



May be an image of 2 people and text that says "Sinar Harian Mac Ahad 2021 cari q >> BERITA> NASIONAL Kerajaar PM tidak pernah ari laksana sidang Parlimen Kerajaan PN tidak pernah lari laksana sidang Parlimen Mac 2021 Datuk Seri Takiyuddin Hassan A- A+ PENDANG Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah lari untuk melaksanakan persidangan Parlimen sebaliknya akan berjalan seperti biasa apabila darurat tamat. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sidang Parlimen tidak dilaksanakan ketika tempoh darurat bagi membolehkan kerajaan menangani dan membendung penularan Covid-19."




NAK GUNA MODAL APA PADA PRU 15 NANTI ?

 

BABA KETITIR


parti isley nak buat modal

PRU ke neelofa

dah habis modal

RUU355 tak boleh nak jual

hudud tak boleh nak jual

PRU nanti apa lagi lobai nak jual

tak kan nak guna neelofa buat

modal tanya tanya walaun



May be an image of one or more people, headscarf and text that says "3:31 44 Astroawani.com … TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDE Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Sinar Harian April 1, 2021 13:41 MYT Neelofa dianugerahkan Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan."










(LIVE) Anwar Ibrahim: "Temu Anwar" Bersama Amirudin Shari, Altimet & Afd...

Tempoh darurat lebih panjang? soal Guan Eng

 


Lim Guan Eng turut menyoal sama ada dengan ‘memancung’ kuasa kewangan Parlimen, perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan berlanjutan.

PETALING JAYA: Pewartaan Ordinan Darurat baharu yang membenarkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu melepasi Parlimen semasa tempoh darurat adalah petanda tempoh darurat berkemungkinan berlanjutan melangkaui 1 Ogos, kata Lim Guan Eng.

Bekas menteri kewangan itu menyifatkan pewartaan ordinan baharu itu sebagai satu jenaka “April’s Fool” yang kejam terhadap demokrasi dan sesuatu yang tidak perlu sekiranya darurat berakhir seperti dijadualkan.

“Kelulusan Parlimen bagi belanjawan tambahan boleh ditangguhkan mengikut undang-undang sehingga akhir tahun ini.

“Ini bermaksud segala belanjawan tambahan untuk perbelanjaan tambahan yang dibuat masih dapat diluluskan oleh Parlimen ketika darurat berakhir dan Parlimen dibuka semula selepas 1 Ogos 2021,” kata setiausaha agung DAP itu.

Beliau turut menyoal sama ada dengan “memancung” kuasa kewangan Parlimen, perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan dilanjutkan melepasi 1 Ogos 2021.

Ordinan itu menghapus kebertanggungjawaban yang diberikan oleh Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan itu, dengan menyebut pengurangan anggaran Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) daripada RM85.5 juta menjadi RM40.5 juta semasa perbahasan belanjawan yang lalu sebagai contoh pentingnya wacana dan perbahasan.

Katanya, jika dana tambahan memang diperlukan untuk memerangi Covid-19, tidak ada keperluan untuk memintas Parlimen kerana pembangkang kemungkinan menyokong peningkatan perbelanjaan tersebut.

“Tanpa pengawasan Parlimen, ada risiko tinggi bahawa setiap perbelanjaan baharu yang dibuat oleh kerajaan ini tidak akan dipertanggungjawabkan dengan baik, terutama bagi memastikan ia memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya kroni.”





Panas! Najib tempelak menteri UMNO, reka pelbagai alasan, nak terus kekal sebagai menteri

 


Panas! Najib tempelak menteri UMNO, reka pelbagai alasan, nak terus kekal sebagai menteri

April 1, 2021 

Keputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM, Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan masa tarik diri sokong PN.

Sebab itu, tiada keperluan untuk menteri-menteri UMNO letak jawatan selagi MKT UMNO belum putuskan tarik diri secara rasmi dan arahkan pemimpin UMNO untuk letak jawatan dalam kerajaan.

Ini terpulang kepada presiden dan MKT. Saya bukan lagi presiden atau ahli MKT.\

Namun, jika keputusan menteri UMNO untuk tidak letak jawatan adalah untuk bertanggung jawab kepada Rakyat agar imej UMNO tidak tercalar maka ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan Rakyat.

Antaranya termasuk:
1. Parlimen tidak bersidang sepanjang darurat dengan alasan bahawa terlalu ramai orang tua dalam dewan walaupun YDPA titah parlimen boleh bersidang dalam masa darurat.

Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan perlembagaan dan parlimen dengan alasan untuk membendung Covid.

2. Menangguhkan Undi18 ke Sept 2022 (iaitu 3 tahun 2 bulan selepas diluluskan sebulat suara dalam parlimen) dengan alasan SPR di bawah kerajaan perlu mendapat kerjasama dari JPN di bawah kerajaan.

(Bab ini, saya berpuas hati apabila membaca hasrat menteri KBS Reezal Merican dengan sokongon menteri sains Khairy akan membawa isu ini ke kabinet untuk asingkan proses Undi18 dengan pendaftaran automatik. Ini bermakna pengundi umur 18 tahun sekurang-kurangnya boleh mendaftar secara kendiri sebagai pengundi sebagaimana pemilih-pemilih lain walaupun pendaftaran belum lagi automatik.)

3. Ordinan darurat mengejut semalam yang mengetepikan kelulusan parlimen dan memberi kuasa untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dalam tempoh darurat.

Mana wujudnya negara demokrasi dalam dunia di mana kerajaan tidak perlu bertanggung jawab pada parlimen dalam hal perbelanjaan kerajaan?

4. Membawa usul ke parlimen untuk naikkan sekali lagi had hutang kerajaan apabila nisbah hutang sebanyak 62.2% pada akhir tahun 2020 sudah cecah paras 60% (yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN dalam parlimen pada bulan Ogos lalu) agar kerajaan tidak melanggar undang-undang sendiri.

5. Membatalkan projek HSR KL-Singapura dan menggantinya dengan projek HSR KL-JB yang kosnya agak sama. Akibatnya, kerajaan telah membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dan menjejaskan keuntungan projek buat selamanya.

6. Menjual syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 Syarikat-China dalam masa darurat dan pada ketika industri semikonduktor dunia sedang berkembang pesat dengan harga RM273 juta. Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Jangan beri alasan nak bertanggung jawab pada Rakyat dan tidak mahu mencalar imej UMNO jika masih membisu tentang perkara-perkara di atas yang jelas salah.

Najib Razak

 






Pemuda UMNO dakwa Bersatu pujuk MCA dan MIC keluar BN

 


Panas! Pemuda UMNO dakwa Bersatu pujuk MCA dan MIC keluar BN


Seorang pemimpin Pemuda Umno mendakwa Bersatu secara rahsia cuba menarik MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Apabila kita telah bersama membentuk kerajaan PN, pada satu ketika mereka menarik (MCA dan MIC) di belakang Umno.

“Untuk menarik MIC ke ke dalam PN. Kita tahu, umum tahu… Mungkin ada sikit kekhilafan prosesnya, dan MIC menarik diri.

“MCA juga beberapa kali, saya rasa dua tiga kali kali dipujuk untuk memasuki PN di belakang Umno,” kata exco pergerakan itu Fadzmel Fadzil.

Fadzmel berkata demikian dalam program webinar bertajuk ‘Senario Politik Selepas Perhimpunan Agung Umno’, yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Fadzmel mewakili Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri mesyuarat parti.

Ahli panel lain ialah Naib Ketua Pemuda MCA Chua Hock Kuan dan Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong, dengan ketua eksekutif KLSCAH Ooi Heng sebagai moderator.

Ooi kemudian bertanya kepada Chua berkaitan dakwaan Fadzmel.

“Saya tidak dipujuk. Saya tidak tahu. Saya di tengah sahaja,” kata Chua.

Ketua MCA Kelantan itu berkata bahawa majlis jawatankuasa pusat MCA telah pun membuat keputusan untuk kekal bersama BN dan akan menggunakan logo gabungan itu pada PRU15.

Pada Ogos tahun lepas, MIC mengambil keputusan tidak menyertai PN.

Dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, beberapa pemimpin termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendakwa bahawa Bersatu cuba memikat dan memberi rasuah kepada pemimpin Umno.

Sementara itu, mengenai Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 yang akan datang, Chua berkata bahawa keputusan itu pasti akan mempengaruhi hala tuju BN pada masa akan datang.

“Pada saya keputusan yang Umno buat boleh dibuat, namun untuk BN, keputusan itu perlu balik kepada majlis tertinggi BN.

“Kalau dulu (kami) bertanding di bawah BN dan BN membuat keputusan en-bloc menyokong dan mendukung kerajaan PN, keputusan PAU perlu di bawah masuk mesyuarat BN dan dibuat keputusan bersama,” tambahnya.

Chua berkata, dia yakin perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan BN akan datang kerana Zahid juga presiden gabungan itu.

Pada PAU hujung minggu lalu, ahli Umno memberi mandat kepada Zahid dan majlis tertinggi Umno untuk memutuskan tarikh keluar dari kerajaan PN.

Zahid berkata parti itu akan menarik diri sekiranya Bersatu memutuskan untuk tidak memanggi; pilihan raya umum sehingga penggal parlimen sekarang berakhir pada 2023.

Dia juga memberitahu bahawa BN telah memutuskan untuk bertanding PRU15 secara solo. 






Shamsul Anuar, Menteri UMNO pertama isytihar setia pada parti

 


Panas! Shamsul Anuar, Menteri UMNO pertama isytihar setia pada parti


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa kesetiaan beliau tetap pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Shamsul dalam satu tulisan di Facebooknya pada Khamis berkata, beliau tidak rela hilang UMNO dan BN.

“Saya tidak rela hilang UMNO, BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini,” katanya.

Dalam tulisannya di Facebook juga, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaparkan tangkap layar berita pada Isnin yang bertajuk ‘Kejutan! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?’.

Pada Rabu, seramai 14 menteri daripada UMNO dilaporkan mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama menteri UMNO pada Isnin lalu. 






BELUM TERLEWAT UNTUK ZAHID HAMIDI BERTINDAK .LAGI LEWAT UMNO UNTUK TINGGALKAN KERAJAAN ,LAGI BESAR MASAALAH DALAMAN UMNO AKAN BERLAKU.



 Kenapa perbalahan dalam UMNO masih berterusan lagi seperti sekarang ini?

Kalau ikut logik, oleh kerana ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dan kemudian UMNO akan bertanding sendirian atas tiket BN dalam PRU15 adalah kehendak akar umbi parti itu sendiri, tidak sepatutnya wujud sebarang masalah lagi apabila ketetapan itu sudah dimuktamadkan.

Keputusan tersebut seharusnya disokong penuh oleh semua pihak dalam UMNO, tidak kira oleh kluster mahkamah, kluster menteri atau kluster lain selain itu.

Lagi pun, bukankah hanya dengan bertanding atas tiket BN dan tidak terikat dengan PH atau PN saja yang membolehkan UMNO kembali dominan dan dapat semula jawatan Perdana Menteri?

Meskipun mungkin banyak sebab mengapa kekalutan sekarang berlaku dan lain orang lain hujahnya, tetapi tidak dapat tidak, harus diakui sebab utamanya ialah kerana UMNO lambat membuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Bersatu.

Dengan keputusan putus hubungan sudah dimuktamadkan, tetapi terus kekal berada dalam kerajaan PN dan hanya akan meninggalkan kerajaan apabila Parlimen dibubarkan atau menjelang 1 Ogos apabila tempoh darurat berakhir dan PRU dianggap sudah boleh diadakan, ia dengan sendirinya memberi ruang sangat terbuka kepada banyak ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ mengambil kesempatan.

Kiranya ketetapan putus hubungan yang dimuktamadkan melalui PAU Ahad lalu disekalikan dengan tindakan segera menarik diri daripada kerajaan PN, pasti apa yang terjadi sekarang tidak berlaku.

Ini kerana sudah tiada sebarang ruang untuk apa-apa ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ untuk mengambil kesempatan lagi.

Meskipun majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul putus hubungan dan kemudian ia dimuktamadkan dalam PAU, harus disedari ketetapan itu bukan perkara yang disenangi oleh Bersatu.


Bersatu sedar, tanpa kerjasama dan kesediaan berkongsi kerusi daripada UMNO, ia akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasanya kerana akar umbinya berbeza langit dan bumi dengan UMNO.

Sukar Bersatu mengekalkan kuasa, bermakna sukar jugalah untuk Muhyiddin mempertahankan jawatan Perdana Menterinya.

Lantaran itu, berbekalkan kuasa Perdana Menteri yang sedang dipegangnya, Bersatu memang cuba berusaha sedaya upaya memaksa UMNO bekerjasama dengannya, sekaligus ini bererti memberi laluan lagi kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Begitu pun, ketakutan paling besar bagi pemimpin UMNO yang waras jika Muhyiddin terus berkuasa ialah kemungkinan UMNO akan dimatikan dan Bersatu dijadikan penggantinya.

Melalui kuasa yang dimilikinya, Muhyiddin memperlihatkan ia telah berjaya menarik dan mempengaruhi beberapa sosok dalam UMNO untuk lebih memihak kepada Bersatu berbanding parti yang mereka sendiri menjadi ahlinya.

Menggunakan pelbagai slogan seperti perpaduan Melayu, demi kepentingan rakyat, untuk mengelakkan DAP berkuasa dan pelbagai lainnya, semuanya tidak lain adalah kata-kata manis yang bertujuan untuk mengekalkan lagi kuasa Muhyiddin semata-mata.

Ditambah lagi sejak UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu dan kemudian diberikan jawatan dalam kerajaan atau GLC, terbukti ramai pemimpin UMNO jadi nanar dan tidak sedar diri sehingga sanggup melihat parti dibuli dan dikuasai oleh pihak lain.

Mahu menyalahkan kluster menteri seratus-peratus pun atas masalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ternampak agak keterlaluan kerana sejak zaman berzaman lagi, harga sebuah perjuangan memang selalu kecundang dengan nilai kedudukan, habuan, jawatan dan keseronokan memiliki banyak wang.

Oleh itu, apalah nak dihairankan jika sekarang Presiden parti lain yang menjadi Perdana Menteri lebih dihormati dan didengar kata-katanya berbanding Presiden UMNO sendiri.

Dulu ketika Presiden UMNO adalah Perdana Menteri, kluster menteri bukan setakat mencium tangan, memberi tabik, sentiasa menyokong dan mengiyakan segala kata-katanya, malah puji-pujian juga tidak lekang daripada bibir mereka.

Apa pun, berdasarkan kemelut yang ada sekarang, lagi lama tempoh menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan terngaga begitu saja, UMNO akan terus berbalah dan berantakan sesama sendiri.

Berbalas kenyataan dan serang menyerang akan terus berpanjangan, bahkan yang diberi gaji, jawatan dan kedudukan dalam kerajaan akan lebih menyerlahkan keberanian, meski yang diserang, dicemuh dan dibelasah itu adalah pemimpin dan parti mereka sendiri.

Belum terlambat sebenarnya untuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi berbuat sesuatu dengan segera, terutama di ketika barisan MT dan akar umbi masih ramai yang memihak dan menyokong kepimpinannya..

Bersama ketetapan putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan dan dipersetujujo akar umbi, Zahid Hamidi harus mengadakan mesyuarat MT UMNO dengan segera bagi menetapkan keputusan keluar daripada kerajaan dengan serta-merta.

Perkara itu kini tidak boleh dilambatkan lagi kerana lagi lambat keputusan dibuat, lagi banyak masalah yang menghimpitnya akan timbul nanti.

Apabila banyak masalah timbul, harapan menang PRU15 turut jadi kabur.

Bahkan, dengan menyegerakan tindakan keluar kerajaan juga, yang tidak setuju dengan keputusan itu, termasuk sesiapa daripada kluster menteri, boleh saja diambil tindakan atau mereka memilih meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Akhirnya, siapa musuh dan siapa kawan lebih mudah untuk dikenalpasti dan dikawal.


 (Shahbudinditcom 01/04/2021)