UBAH MASA...

 Image may contain: 1 person, text that says "SIARAN LANGSUNG PERUTUSAN KHAS COVID-19 JAM 9 MALAM MUNTIDOIN OLEH: YAB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN PERDANA MENTERI astro AWANI 13 eym"

JOM ALIH PERABOT-KITA ALIH DENGAN RUMAH RUMAH SEKALI KEH..KEH..KEH

 


Pas, UMNO, Bersatu berkeluarga, bunyi bising itu hanyalah 'alih perabot' - Abdul Hadi


Abdul Hadi Che Awang
Pas, UMNO, Bersatu berkeluarga, bunyi bising itu hanyalah 'alih perabot' - Abdul Hadi
Pas juga akan bertindak sebagai orang tengah atau pendamai dalam menyelesaikan kekusutan membabitkan beberapa isu antara parti UMNO dan Bersatu ketika ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Ketegangan yang berlaku ketika ini khususnya melalui beberapa kenyataan daripada pimpinan-pimpinan parti UMNO, Bersatu dan PAS dianggap sebagai permasalahan dalaman yang diibaratkan seperti 'mengalih perabot' di dalam rumah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan permasalahan itu diyakini mampu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memandangkan ketiga-tiga parti itu kini merupakan satu keluarga.
Tambah beliau, Pas juga akan bertindak sebagai orang tengah atau pendamai dalam menyelesaikan kekusutan membabitkan beberapa isu antara parti UMNO dan Bersatu ketika ini.
Jelasnya, gabungan berkenaan juga dijamin akan membentuk satu kerjasama yang lebih erat dan utuh khususnya dalam membawa suara perpaduan Melayu Islam termasuk bagi mendepani PRU-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
"Kami (Pas, UMNO, Bersatu) sudah berkeluarga, (kami) duduk satu rumah sekarang ini, semua itu parti Melayu, UMNO parti Melayu, Bersatu parti Melayu; kita utamakan perpaduan Melayu Islam dulu, dalam masa yang sama menyedari masyarakat majmuk mesti bekerjasama dengan kita.
"Jadi urusan UMNO, Bersatu, PAS ini urusan dalam rumah, kadang-kadang orang tengok kita bising itu, 'alih perabot' saja," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan MUDA, di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, di sini pada Isnin.
Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi PRU15.
Beliau bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.
Dalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula, menghormati sebarang keputusan dibuat UMNO termasuk penolakan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tiada sebab untuk beliau atau mana-mana pihak menidakkan hak parti yang berbeza fahaman, khasnya dalam menentukan hala tuju masing-masing.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pas akan berperanan sebagai jalan pendamai bagi menjernihkan hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta gabungan parti Muafakat Nasional (MN).
Jelasnya, pihak Pas tidak akan sesekali mencetuskan api permusuhan melalui pelbagai tindakan dalam keadaan yang berlaku ketika ini.


Umno ‘lebih rosak’ kalau Hisham TPM, kata pemimpin parti


Seorang pemimpin Umno negeri berkata pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri akan “lebih merosakkan” perpaduan parti itu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno negeri bimbang pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri akan merugikan parti itu susulan desas-desus, menteri luar negeri itu sedang dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan.

Pemimpin itu, yang tidak mahu namanya dipetik berkata, menjadikan Hishamuddin sebagai “orang nombor dua” negara mirip dengan tindakan “Peja melantik Aznel”, merujuk kepada keputusan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politiknya.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini mengatakan pelantikan Aznel, yang dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan Umno Perak, salah satu sebab Faizal digulingkan.

Tetapi sumber itu memberi amaran yang dalam kes Hishammuddin, akibatnya terhadap perpaduan Umno akan “lebih merosakkan”.

“Tindakan ini pasti mengundang reaksi dan pembalasan yang tidak dapat dielakkan daripada anggota dan ahli Parlimen yang lain.

“Seperti apa yang dilakukan Peja, pelantikan ini, jika berlaku, akan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Umno dalam parti itu tidak relevan, dan kewujudan Umno dalam gabungan hanyalah sebagai penumpang,” kata sumber itu.

Sebelum ini, memetik beberapa sumber, The Malaysian Insight melaporkan Hishammuddin – Ahli Parlimen Sembrong dan bekas naib presiden Umno – dijangka dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dan mungkin akan dilantik seawal minggu ini.

Tambah sumber itu, pelantikan Hishammuddin boleh memberi kesan kepada parti itu dalam pilihan raya akan datang kerana ia akan melemahkan sokongan akar umbi, terutama jika ia dianggap tidak memberi manfaat kepada parti itu.

“Tanpa sokongan akar umbi Umno, langkah untuk menjadikan Hishammuddin sebagai TPM akan membawa padah kepada parti,” kata sumber itu.


Kadar pengangguran meningkat pada Nov 2020

 

Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan penganggur pada Nov 2020 meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 4.8% pada Nov 2020 berbanding bulan sebelumnya dengan bilangan penganggur seramai 764,400 orang, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan secara berperingkat pada bulan itu dengan aktiviti ekonomi terus beroperasi mengikut prosedur operasi standard ketat, menyaksikan penurunan kecil bilangan guna tenaga, manakala kadar pengangguran meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya.

“Antara lainnya, keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kehilangan pekerjaan dan pembatalan atau pembekuan pengambilan pekerja baharu,” kata beliau dalam kenyataan.

Mohd Uzir berkata, bilangan penganggur pada Nov meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.

Penganggur aktif yang ditakrifkan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, meningkat 2.3% iaitu seramai 637,700 orang (Okt 2020: 623,100 orang).

“Begitu juga penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan yang tersedia meningkat sebanyak 1.3% kepada 126,700 orang (Okt 2020: 125,100 orang),” katanya.

Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja susut sebanyak 11,000 orang kepada 15.20 juta orang pada Nov (Okt 2020: 15.21 juta orang) selepas merekodkan trend menaik selama lima bulan berturut-turut.

Menurutnya, pada bulan tersebut, kategori pekerja meningkat 0.2% (+19,600 orang) kepada 11.78 juta orang dan sebaliknya golongan bekerja sendiri berkurang sebanyak 0.6%kepada 2.41 juta orang.

Beliau berkata, secara keseluruhan, kedudukan penawaran tenaga buruh mencatat perubahan kecil berbanding bulan sebelumnya dengan tambahan sebanyak 5,200 orang kepada 15.96 juta orang pada Nov 2020, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) menurun sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 68.4% (Okt 2020: 68.5%).

“Bilangan mereka di luar tenaga buruh meningkat 0.4% (+27,100 orang) kepada 7.37 juta orang (Okt 2020: 7.35 juta orang). Antara lainnya, peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor keluarga yang memerlukan aktiviti mencari pekerjaan ditangguhkan untuk seketika,” katanya.

Menurut Mohd Uzir, secara keseluruhan, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan kesihatan yang berterusan di seluruh dunia dan dalam negara, adalah dijangkakan permintaan buruh lebih perlahan pada Dis 2020.

“Penawaran buruh akan kekal kompetitif dalam situasi yang mencabar ini,” katanya.




KEJAYAAN MEMBINA JAMBATAN KEDUA TERPANJANG DI MALAYSIA


Negeri tebang balak, buat beli merc..

Rakyat tebang balak, buat jambatan..

Mampuih...huhuhu..

 Image may contain: one or more people, people sitting, outdoor and water



AKIBAT LAMBAT VAKSIN DAN DIKATEGORI NEGARA MISKIN, PELABUR LARI..

 

FAEZUDDIN PUAD


Kes positif Covid-19 cecah 3000 sehari.

Dapat vaksin lambat.

Pelabur-pelabur dah mula lari ke negara jiran.

Kadar pengangguran tinggi.

Parti-parti kerajaan bergaduh sama sendiri.

Tak laksanakan pindaan RUU355.

Menteri dan timbalan menteri ramai langgar SOP.

Tak mampu tutup kilang arak, kelab malam. Arak masih dijual bebas.

Kes arwah Adib sampai hari ni tak selesai.

Yang lain-lain boleh tambah sendiri, tak larat nak taip.

Kalau macam ni gaya pentadbiran kerajaan PN, untuk apa tumbangkan PH melalui langkah Sheraton? Banyak masalah tak mampu selesai bahkan bertambah.

Jadi kalau rasa tak mampu mentadbir, turunlah secara hormat. Pulang semula mandat rakyat.


Image may contain: 1 person, text


NAMPAK GAYA BANGSA CINA TAHU MOHON MAAF

 

JAMZURI ARDANI


Image may contain: car, text that says "malaysiakini KETUA KETUAMENTERI MENTERI PG BERITA Buletin Mutiara KM Pulau Pinang mohon maaf pembelian kereta baru ketika Covid-19 Bernama 10 Jan 2021, 3:01 pm Dikemaskini 18 jam lepas 5"


Pulau Pinang tiada hutang, gaji KM dan Exco dipotong, dan KM memohon maaf atas pembelian satu kereta Mercedes baru untuk KM.

Kelantan banyak hutang, nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun minta pada kerajaan pusat, gaji ADUN dinaikkan, beli 14 buah Mercedes baru ... bukan sekadar tidak minta maaf, malah bagi banyak dalil.

 


Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

 

Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

Bahaya pemikiran seperti ini. Hanya kerana (konon-kononnya) ingin mengekalkan kuasa Melayu Islam, kesalahan rasuah pemimpin UMNO perlu di”gugurkan”. Menurut anggapan penulis komen ini, pensabitan rasuah kepada pemimpin UMNO banyak merenggangkan hubungan antara pemimpin Melayu dan mampu menggugat keutuhan kerajaan Melayu Islam.

Dosa rasuah tak mengapa kerana Allah Maha Pengampun asalkan tidak melakukan syirik menurut penulis komen ini. Seolah-olah perpaduan Melayu (menurut pandangan penulis komen) ini lebih penting dan lebih utama untuk diperjuangkan berbanding dengan menghapuskan rasuah.

Sedangkan dalam Hadith sendiri, secara jelas Nabi Muhammad bersabda;


Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ

Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِBahkan, barangkali dia terlupa bahawa Allah menyuruh kita bertolong-tolongan atas prinsip KEBAJIKAN dan TAQWA. Bukannya bertolong-tolongan atas DOSA dan PENCEROBOHAN.

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Semoga kesesatan akibat ketaksuban politik ini tidak membunuh akal yang sihat, apatah lagi mengancam kesucian agama Islam ini. Cukuplah kita berhadapan dengan COVID 19, banjir, dan juga kesan akibat penularan wabak ini. Tak perlu ditambahkan dengan fatwa fatwa sesat berkaitan politik ini.

Sumber: https://www.facebook.com/100000826296462/posts/3577820522255456/


Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah #kalahkalah.


 

RAFIZI RAMLI

 

 

Minggu depan mungkin diumumkan PKP (lockdown) sekali lagi.

Saya pasrah dan saya faham, tapi bagi jutaan rakyat seperti saya yang ada tanggungan dll; lockdown ada harga yang besar.

Jangkitan COVID semakin di luar kawalan.

Saya faham tidak ada cara lain untuk hadapi keadaan ini kecuali dengan lockdown.

Saya ingat semua akan pandai-pandai sendiri bila ada lockdown sekali lagi, dah faham sangat #kitajagakita.

 

Tapi bencana ini sepatutnya boleh dielakkan.

Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, PRN Sabah September lalu mungkin tidak berlaku.

Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga COVID tidak berlaku.

Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani.

Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yang berpunca dari gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yang baru.

 

Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa (dan juga tikus-tikus).

Buat PKP, PKPB - yang kena saman, denda, penjara -> orang biasa.

Menteri lebai berkopiah langgar & membahayakan nyawa orang -> cukup dia bagi dalil dapat kompaun.

Giler bengang.

Pada masa yang sama, ekonomi belum sempat pulih dari PKP pertama.

Yang hilang kerja punyalah banyak.

Yang muda tak dapat kerja makin banyak.

Menteri dan politikus seorang pun tak hilang kerja.

Gagal tangani nak jump start ekonomi, sekarang nak masuk PKP kedua.

 

Masa PKP pertama; umum segala jenis bantuan.

Bagi bisnes milik persendirian yang pakai modal sendiri macam saya, satu bantuan dana pun tak dapat. Mohon saja dapat jawapan -> “dana dah habis”

Subsidi upah pun awal-awal je dapat, lepas tu duit habis.

Bila ada PKP, sentimen ekonomi merudum. Bisnes takut. Duit makin kurang.

Tapi kami tetap kena bayar gaji.

Saya ada 110 kakitangan, jumlah gaji yang perlu dibayar RM500,000+ sebulan.

Dengan sentimen ekonomi merudum, walaupun dah biasa new normal, bisnes pun merudum.

 

Itu nasib orang biasa macam kita #kalahkalah

Sekarang juak-juak di bawah masih jerit perpaduan Melayu, masih main sentimen perkauman.

Yang untung besar bos-bos politikus mereka di atas, yang bodoh dan tak dapat apa-apa  mereka di bawah.

Bila PKP dibuat sekali lagi, mereka yang terkesan.

Anak mereka susah dapat kerja.

Harga barang tidak terkawal. Kalau ada kerja, kerja terancam. Kalau bisnes, bisnes merudum.

Tapi asal Melayu Isle tak pe, walaupun jenis Melayu Isle tu nak kuasa tapi tak ada idea atau kepakaran nak selesai masalah.

Jadi pandai-pandai la jaga diri.

Masalah orang kelas pertengahan macam saya lebih kepada  nak pastikan pekerja tak hilang kerja dll, paling kurang tak de masalah soal makan, belanja bulanan dll.

 

Tapi yang orang kebanyakan, pandai-pndai lah jaga diri sebab bab ni kita #kalahkalah

Tapi memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain, kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus, DAH LUNYAI politikus-politikus tu kena dengan rakyat.

Kat Malaysia tak pe, asal Melayu Isle.

Melayu Isle #kalahkalah pun takpe.

Jadi sama-sama tarik nafas yang panjang.

 

Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi.

Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar (bayar gaji RM500k sebulan, bisnes makin lembap).

Saya pasrah yang orang Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yang buli tu kaum dia ha.ha..ha.

Pandai-pandai la korang #kitajagakita walau confirm #kalahkalah

Jangan tambah 10kg masa PKP2.0 sudah, memang super #kalahkalah

-end-

 

Menteri bersama Tok Pa wajib kuarantin kendiri

 

Jangan tukar status tanah pertanian: Sim Tze Tzin


Sebaik sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) disahkan positif Covid 19 seharusnya menteri-menteri lain yang menjadi kontak rapat beliau melakukan kuarantin kendiri setelah melakukan ujian swab.

Menurt Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, hal itu sangat penting dilakukan menteri-menteri kabinet kerana ia akan menjadi ikutan para penjawat awam.

“Saya menggesa semua menteri yang telah bertemu dengan Tok Pa semasa mesyuarat kabinet dan urusan lain yang berkaitan dengan kerajaan untuk melakukan kuarantin kendiri kerana telah berhubung secara langsung dengan beliau.

“Pada masa pandemik, kepemimpinan menjadi contoh penting. Menteri harus memberikan contoh baik dengan menghentikan semua mesyuarat awam atau swasta (sekiranya menjadi kontak rapat) dengan segera dan kuarantin di rumah sehingga arahan selanjutnya oleh KKM,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menurut Sim lagi, virus Covid boleh menjangkiti sesiapa sahaja dari menteri hingga petani. Oleh itu, penting untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada Mustapa, Sim berdoa agar menteri tersebut segera sembuh.

“Menteri Tok Pa adalah orang yang baik hati. Saya sedih mendengar bahawa dia dijangkiti Covid-19. Saya doakan Tok Pa cepat sembuh,” katanya lagi.




Segera bentuk kerajaan baharu tanpa Atok, Hishamuddin


Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO | Astro Awani


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

1.GERAK98 menggesa pemimpin2 politik dan parti2 nasional membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil segera.

2.Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Blok terbesar dalam Parlimen wajar diberi ruang melakukan inisiatif ini tanpa lengah.

3.GERAK98 percaya sebuah kerajaan stabil mampu dibentuk sekiranya pemimpin2 politik nasional meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain.

4.Kami juga percaya kerajaan stabil boleh dibentuk sekiranya kita mengambil iktibar ketidakstabilan kerajaan PH dan PN akibat permainan petualang besar diketuai Tun Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin Hussein.

5.Sejak akhir 2019 kami di GERAK98 telah nytakan secara terbuka komplot menjatuhkan kerajaan PH (dan sekarang PN) didalangi Mahathir bersama Azmin Ali dan Hishamudin.

6.Bagi GERAK98 petunjuk kejatuhan kerajaan mandat rakyat yg stabil bermula di Tg Piai. Bukan di Sheraton. Ianya terbukti apabila 2 kelompok petualang Azmin dan Hishamudin bertemu sehari selepas Praya kecil Tg Piai di kediaman rasmi Azmin.

7.Mahathir yang pada masa itu PM mempertahankan pertemuan 2 petualang itu kerana Mahathir adalah kepala petualang.

8.GERAK98 sejak akhir 2019 telah menyatakan secara terbuka dan terperinci langkah2 durjana petualang2 ini. Kami menjelajah seluruh negara membongkar GRAND DESIGN jahat ini hinggalah ke saat peristiwa Sheraton.

9.Saatnya tiba pemimpin2 politik nasional membentuk sebuah kerajaan baru dengan mempastikan 3 petualang Mahathir,Azmin dan Hishamudin ini tidak ada ruang dan peranan samasekali dalam kerajaan.

10.Setiap usaha membentuk sebuah kerajaan dengan koalisi baru atau GRAND COALITION hanya akan berjaya sekiranya pemimpin2 politik mampu faham dan mengambil iktibar daripada GRAND DESIGN jahat oleh 3 petualang yang merosakkan negara selama ini.



AKIBAT DOA WALAUN

 

MUHD MUHKLIS

Sebab itu saya berpendapat, walaun ini jika hidup mereka hanya akan menyusahkan kita dengan minta benda pelik-pelik dan ghulu pada Ar-Rahman.

Cuma doa jahat mereka di bolak balik bila kerajaan yang berkhianat berkuasa.

Doa menteri kena covid sudah makbul, yang doa 300 ribu rakyat Malaysia kena jangkitan tu belum tahu lagi, kita baru 1/3 dari target walaun tadi.

Next time, kalau jumpa walaun dengan ular sawa, kita katok walaun dulu, lepas tu bagi mereka jadi santapan pada ular sawa. At least ular sawa pun masih ada kegunaan pada manusia.

Jadi wajib kita undi siapa-siapa sahaja dalam PRU15 yang lawan lebai penternak walaun ini.


 Image may contain: 2 people, text


Image may contain: 2 people, text


DOA YG TERTANGGUH? HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. Jadikan ikhtibar.

IRONInya....Walaun dan golongan Ruwaibidhah pendokong Khawarij ini mendoakan Menteri2 PH dijangkiti COVID-19 tapi Menteri2 PN yg dijangkiti.

Kalau kita kata depa jahil murakkab sbb mendoakan keburukan kpd PH yg TIDAK pun menzalimi mereka, depa akan kata depa lah pejuang Islam, kita semua DAPigs kena pi mengaji agama. Holier Than thou. Hahahahaha...Description: 😂

 


HISHAMMUDDIN TAK SESUAI DILANTIK TPM


 Entah kenapa, di sebalik ketegangan hubungan UMNO dengan Bersatu yang kian memuncak ketika ini, tiba-tiba muncul perkhabaran mengatakan Hishammuddin Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perlantikan itu dikatakan sebagai pilihan terakhir Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan kerajaan PN yang dipimpinnya daripada dijatuhkan oleh UMNO.

Dikatakan lagi, selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin kemudiannya akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kerana Muhyiddin dikhabarkan ingin berundur dan berehat berikutan masalah kesihatannya.

Diperkhabarkan juga, dengan proses tersebut, kerajaan PN akan terus kekal di mana dikatakan Pejuang, Warisan, GPS dan majoriti Ahli Parlimen UMNO akan bergabung bersama PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan SAPP.

Dengan itu, PN disebut akan terus kekal sebagai kerajaan sehinggalah PRU akan datang dan Muhyiddin dapat menjaga air mukanya daripada dijatuhkan.

Cuma yang tidak disebut dalam perkhabaran itu ialah selepas saja Hishammuddin memegang jawatan Perdana Menteri, beliau akan melantik pula Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bukankah sebenarnya Hishammuddin dan Azmin adalah bersahabat baik dan lebih mungkin kedua-duanya bergandingan berbanding melantik Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden Bersatu atau Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu, sebagai timbalannya jika benar beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri?

Tetapi, kenapa tidak disebut tentang gandingan Hishammuddin dan Azmin itu?

Jawapannya mudah, kalau disebut Azmin bakal dilantik ke jawatan nombor dua itu, bermakna akan rosaklah segala-galanya kerana bekas Timbalan Presiden PKR itu kini merupakan antara sosok poliitik paling dibenci dalam negara ini.

Maka itu, untuk tujuan mempromosikan Hishammuddin, terpaksalah nama Azmin tidak dikaitkan sama.

Soalnya, benarkah Hishammuddin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Muhyiddin?

Kecuali jika Muhyiddin benar-benar tidak waras, melantik Hishammuddin sebagai timbalannya adalah mustahil sebenarnya.

Ini kerana melantik pemimpin UMNO ke jawatan itu sudah pun terlambat pada waktu ini sebab UMNO sudah pun meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dan hanya menunggu untuk disahkan saja lagi dalam Perhimpunan Agung pada 31 Januari depan.

Lagi pula, sudah beberapa kali isu tersebut diperkatakan sebelum ini, malah turut diangkat maklum kepada Muhyiddin, malangnya tiada persetujuan dicapai.

Isunya ialah kalau perlantikan itu dalam konteks kerjasama antara Bersatu dengan UMNO untuk mengukuhkan kerajaan PN, pemimpin yang dilantik mesti mewakili hireaki parti.

Kalau mengikut duluan di mana Bung Mokhtar yang ada kes mahkamah boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak ada sebab sebetulnya Zahid Hamidi yang juga sedang dalam perbicaraan tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa bezanya Zahid Hamidi dengan Bung Mokhtar?

Begitu pun, jika Muhyiddin tetap tidak mahu melantik Zahid Hamidi, UMNO masih ada Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin untuk dilantik ke jawatan itu.

Walaupun Mohamad Hasan dan Khaled bukan Ahli Parlimen, kedua-duanya boleh dilantik sebagai Senator untuk membolehkan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan Menteri Kanan Pertahanan dan Mahadzir Khalid, Pengerusi TNB di mana kedua-duanya adalah Ahli Parlimen, tiada masalah sama sekali jika mahu dilantik mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, bahkan Ismail Sabri jauh lebih layak berdasarkan kekananannya mewakili UMNO dalam kerajaan ketika ini.

Jadi, kenapa mesti nama Hishammuddin yang disebut?

Apakah Menteri Luar itu benar-benar layak atau kelayakannya semata-mata kerana beliau anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn?

Dalam hireaki UMNO, Hishammuddin tiada apa-apa jawatan kecuali baru-baru ini dilantik sebagai Bendahari BN.

Maka, memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Hishammuddin tidak sesuai langsung serta tidak menggambarkan untuk mewujudkan hubungan baik antara UMNO dengan Bersatu.

Untuk mewujudkan hubungan baik dan mengekalkan kerajaan PN, pemimpin UMNO yang sepatutnya dilantik Timbalan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO sendiri.

Selain itu, disebabkan Muhyiddin dan Hishammuddin datang daripada negeri yang sama iaitu Johor, ketidaksesuaian itu tambah ketara lagi seolah-olah tiada pemimpin negeri lain yang lebih layak.

Malah kalau benar pun Muhyiddin mahu melantik Hishammuddin, beliau akan lebih cepat lagi dijatuhkan oleh UMNO dan akhirnya dengan Hishammuddin sekali akan dijatuhkan sama.

Bagi kepimpinan UMNO hari ini, yang mereka mahu ialah jawatan Perdana Menteri dan siapa saja jadi penghalang, mereka itulah musuh sebenarnya.

 (Shahbudindotcom 11/01/2021)