ANWAR IBRAHIM : PENTADBIRAN BAHARU INI MENJUNJUNG KEDAULATAN NEGARA

 Image may contain: 4 people, text that says "" PENTADBIRAN BAHARU INI ADALAH MERUPAKAN KERAJAAN RAKYAT MALAYSIA YANG MEWAKILI SEMUA KAUM DI NEGARA INI DENGAN MAJORITI MELAYU-BUMIPUTERA. ANWAR IBRAHIM Presiden Keadilan Ahli Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_keadilan @anwaribrahim_my @anwa @anwaribrahim Anwar Ibrahim"

Pentadbiran baharu ini akan tetap menjunjung kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

#demirakyat #demireformasi #demimasadepan #kembalikanmandatrakyat

Majoriti rakyat Sabah akan pilih KEADILAN di DUN Tempasuk

 


Majoriti rakyat Sabah khususnya penduduk di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk hampir pasti akan memilih calon KEADILAN, Mustapha Sakmud untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

 Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mustapha kali ini dilihat mempunyai kelebihan besar berbanding calon-calon lain, kerana pengundi DUN Tempasuk sudah mengenali beliau.

 "Walaupun kalah sebelum ini, saya teruskan aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai program sebelum dan selepas penamaan calon, dan hasilnya adalah satu sambutan yang menggalakkan.

 "Setiap pagi saya pergi ke rumah-rumah penduduk, di sebelah malam saya buat ceramah kelompok

 "Saya menceritakan hasrat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi suku kaum Bajau, malah kempen saya dikuatkan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah di Tempasuk.

 "Saya juga fokus kepada pengundi atas pagar, insya-Allah lah dapat breakthrough kerana sudah dikenali kalangan penduduk dan tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat, saya sudah adakan program belia dan wanita serta semua komuniti di Tempasuk," katanya.

 Pengundi Tempasuk juga dilihat cenderung memilih Mustapha jika dibandingkan dengan lima calon lain iaitu penyandang kerusi, Musbah Jamli (Bebas), Mohd Arsad Bistari (UMNO), Hamzah Sundang (USNO Baru), Abd Alif Saibeh (Parti Cinta Sabah) dan Kanul Gindol (Parti Gagasan).

 "Saya akan lawan naib ketua pemuda UMNO, tapi dia tidak ada rekod berkhidmat dengan masyarakat, malah beliau adalah seorang kontraktor.

 "Bekas Yang Berhormat (Musbah) yang menjadi calon Bebas ada masalah integriti. Sebelum ini dia menang dengan Barisan Nasional (BN), dia masuk Warisan dan kemudian menjadi antara 33 ADUN yang tandatangan akuan bersumpah dengan Musa Aman untuk menjadi ketua menteri kerajaan pintu belakang. Jadi dari segi kesetiaan dan integriti itu dipersoal.

 "Malah, mereka berdua ini bersepupu tapi dari segi keluarga mereka berpecah.

 "Calon USNO Baru adalah orang luar, calon Gagasan pun sudah isytihar sokong saya.

 "Tapi macam mana pun, kita kekal fokus dengan pergerakan jentera dari rumah ke rumah dan berkempen secara 'personal touch'.

 "Kita mahu tarik pengundi atas pagar dan pengundi sebelah sana. Ada ahli keluarga saya yang juga sokong sebelah sana, itu yang saya mahu minta tolong bantu saya peluang jadi ADUN dan lihat perbezaannya nanti," katanya.

 

Sidang akhbar Anwar kalutkan keadaan


ULASAN 


MSO

Anwar mengadakan sidang akhbar
dengan diapit isterinya dan SUA PKR.

SIDANG khas Anwar Ibrahim bertempat di sebuah hotel di ibu negara tengah hari tadi 9semalam) sempat membentuk gelombang politik yang penuh dengan teka teki. 

Kenyataan dibuat Anwar itu berlaku tanpa ada angin dan ribut justeru ia mengejutkan banyak pihak. Tiba-tiba sahaja beliau dengan penuh yakin memberi tahu media yang beliau sudah mempunyai nombor mencukupi dan mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin jatuh.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah dalam masa terdekat. Insya-Allah,"  katanya dalam sidang akhbar itu.

Kenyataan Anwar itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak dan turut juga menjadi panik di sektor tertentu negara. Kenyataan itu nampak seperti benar apabila Anwar mengaitkan nama Yang diPertuan Agong, apa lagi menurutnya beliau sepatutnya menghadap Yang diPertuan Agong semalam tetapi tertangguh apabila Agong mendapat rawatan di IJN.

Kenyataan itu seolah-olah apa didakwa Anwar itu sudah mahu berlaku dan hampir berlaku. 

Apa yang berlaku itu membingungkan dan penuh tanda tanya. Bagaimana pun ia menjadi sedikit  misteri  dan pelik kerana sidang itu dibuat bersendirian tanpa hadir sama pemimpin PH baik daripada Amanah dan DAP mendampingi Anwar dalam sidang itu. Apakah pemimpin Amanah dan DAP sengaja tidak dijemput?

Di sepanjang sidang akhbar itu yang dilihat menemani Anwar hanya isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Keterbatasan yang hadir ini mungkin kerana mematuhi SOP Covid? Ia bukan ganjil.

Maklumat memberi tahu Anwar akan mengadakan sidang khas tersebar sejam malam tadi, tetapi bersifat embargo sehingga jam 8:00 pagi tadi. Maklumat itu dikeluarkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Mulanya saya sendiri kurang yakin dengan maklumat itu dan menganggap ia hanya gimik liar atau pun sebagai vandalisme politik semata-mata, tetapi setelah mengesahkan dengan sumber rapat dengan Anwar menyebabkan saya jadi tertunggu-tunggu mengenainya, tetapi tidak sampai menyangka pengumuman mengenai nombor apa lagi jatuhnya kerajaan PN.

Sidang akhbar Anwar tadi(semalam)  sesuatu yang cukup berani dan bertanggungjawab kerana beliau mengisythihar yang kerajaan Muhyiddin telah tumbang dan seolah beliau sudah mendapat perkenan Agong untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Sidang media itu juga berisiko tinggi buatnya kerana ia boleh menjejaskan integriti politiknya kalau apa didakwa itu tidak benar.

Untuk beberapa jam selepas sidang akhbar itu diadakan ia telah benar-benar mengalutkan keadaan. Mereka yang kesekian lama mendambakan Anwar sebagai PM sudah bersorak dan sebak menangis. Berpuluh panggilan telefon yang saya terima dari kawan jauh dan dekat ingin mengetahui cerita lanjut berhubung sidang media itu. 

Timbul juga tanda tanya apakah Muhyiddin yang dijadualkan akan membuat perutusan khas di sebelah petangnya ada kait dengan sidang akhbar Anwar itu.  

Bagaimana pun selepas beberapa jam kemudian setelah satu pihak demi satu pihak membuat kenyataan menjawab dakwaan Anwar itu ia menjadi reda. Muhyiddin yang muncul dalam sidang media khasnya tidak membayangkan yang beliau tertekan dengan kenyataan Anwar itu. 

Ketua-ketua parti politik masing-masing yang bersekongkol dengan Muhyiddin menubuhkan kerajaan PN membuat kenyataan menafikan kerajaan PN tumbang dan mengakui yang ahli parlimen masing-masing kekal dengan parti dan tidak ada seorang pun yang belut menyokong Anwar. 

Kenyataan ketua-ketua parti atau kumpulan itu daripada Pas, MCA, GPS, semua menyatakan sokongan sokongan kepada Muhyiddin melainkan kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang negatif apabila beliau mengakui beliau tidak ada kuasa untuk mencegah mana-mana ahli parlimen Umno dan BN daripada menyokong Anwar. 

Kenyataan Zahid itu kemudian dijadikan sebagai asas dan modal berlaku perpindahan sokongan daripada ahli parlimen Umno dan BN kepada Anwar bagi mencukupi nombor dan disifatkan Saifuddin sebagai bukti kerajaan Muhyiddin sudah tumbang.

Manakala kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara yang memaklumkan memang Yang diPertua Agong menyatakan kesediaan untuk menerima menghadap Anwar Ibrahim dan isteri, menjadi bukti terhadap apa yang disebut Anwar dalam sidang akhbar berkenaan.

Sehingga saat ini sidang akbar Anwar dan dakwaannya walaupun dinafikan keras oleh pihak PN, tetapi  masih menjadi misterius apabila Yang diPertuan Agong dengan tiba-tiba terpaksa dirawat di IJN. Seandai Al-Sultan Abdullah tidak ke IJN mungkin ia sudah menjelaskan keadaan sebenarnya. Tegasnya walaupun ia diragui dan diperolok tetapi ia belum menamatkan persoalan mengenai apa didakwa Anwar itu. 

Kesimpulannya walaupun apa disebut Anwar itu sesuatu yang pernah berlaku sebelum ini dan sudah disinis pahit oleh Dr Mahathir dan beberapa yang lain menjadikan ia sebagai cerita dan gimik politik, namun ia masih tetap satu topik menarik untuk difikirkan dan ianya sempat menyebabkan tidur orang politik termasuk Muhyiddin dan barisan anggota kabinetnya tidak lena seperti malam-malam sebelumnya sehinggalah Anwar dipanggil menghadap Agong nanti.

Dan bagi saya pula matlamat dan tujuan sidang akhbar oleh Anwar itu mencapai tujuannya, (yakini untuk Anwar jadi PM) sekiranya berlaku perpindahan sokongan ahli parlimen Umno kepada Anwar, atau pun berpatah balik Azmin Ali dan gengnya kepada Keadilan dan apabila Muhyiddin Yassin melepas jawatan. Tanpa berlaku dua dari tiga itu ia tidak mencapai matlamat daripada sidang akhbar berkenaan. [wm.kl.8:23 pm 23/09/2020]

 

Peluang sama rata, tapi KEADILAN dan Warisan Plus ada kelebihan

 


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Abdul Rahman Yakub berpandangan beliau mempunyai peluang yang sama rata dengan lima calon lain.

 Namun, beliau menganggap KEADILAN dan Warisan Plus mempunyai kelebihan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 "Peluang semua calon sama, sama-sama ada kekuatan tersendiri. Peluang yang tinggal adalah menarik hati pengundi sama ada mereka boleh mempercayai kita apa yang cuba diperjuangkan, saya fikir itu jadi penentu.

 "Kita berharap mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi yang bertanding di bawah parti KEADILAN dengan kerjasama rakan gabungan, peluang itu bertambah baik," katanya.

 Rahman juga mendedahkan bagaimana kesemua enam orang calon termasuk dirinya yang bertanding di DUN Klias mempunyai hubungan keluarga.

 "Boleh dikatakan semua calon ada pertalian keluarga sama ada dekat atau jauh memang ada pertalian antara satu sama lain. Saya sendiri sangat kenal dengan mereka.

 "Dulu orang selalu mengatakan keluarga ramai itu kelebihan tapi dalam konteks kami, keluarga saya keluarga mereka juga, jadi dari segi ini tidak ada kelebihan, pengundi terbuka dan bebas memilih," katanya.

 Pada masa sama, Rahman menganggap keutuhan Warisan Plus akan menjadi faktor utama kemenangan PRN Sabah pada 26 September ini.

 "Di pihak sebelah ada perpecahan ketara rakan komponen bertembung sama sendiri seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) bertembung dengan Umno dan Bersatu padahal satu komponen, ini menunjukkan perpecahan.

 "Sebaliknya Warisan Plus bersetuju menyelesaikan beberapa soalan asas siapa ketua menteri, kita tidak ada perbalahan, kita bersetuju Datuk Seri Shafie Apdal sebagai bakal ketua menteri jika berjaya menjadi kerajaan.

 "Perbezaan ketara apabila Muhyiddin melantik Hajiji, tapi tiba-tiba Zahid pula mengatakan tidak semestinya begitu kita akan bincang.

 "Maknanya mereka tidak bersepakat dan rakyat akan melihat perpecahan ini sebagai satu kelemahan, tidak ada keikhlasan sedangkan Warisan Plus lebih ikhlas dan tidak ada banyak persoalan.

 "Kita mahu supaya kemenangan ini dikongsi bersama bukan kemenangan seorang tapi kemenangan bersama Warisan, Upko, DAP dan Amanah," katanya.

 

LEBAI PERASAN PENYAmunTUAN UMMAH KUAT..

 



DENIAL SYNDROME lebai masih macam dulu. Enggan mengakui kekuatan PH adalah kesilapan besar di PRU14. Sejak 1999 macam-macam UMNO BN kata pada pembangkang masa tu, sedikit demi sedikit kuasa mereka terhakis.

PH masih mengakui kekuatan dan kelemahan UMPA$ sebab tu kerja belakang tabir sedang berjalan. 

Denial Syndrome UMPA$ akan MEMBUNUH sokongan. Tak percaya? Tungguuuu... Bermula 2021 mimpi paling ngeri yang lebai pernah alami....

- Zus Din

24 September 2019


Keh..Keh..Keh...KO SALAH BELI SAHAM TU...

 Nak bohong Melayu yang tak tau apa bolehlah. Aku trade forex hari-hari nak tergelak baca ni.

Time turun orang jual la MANGKOK woiii..

Dah dapat tan sri pun bodoh!Image may contain: text that says "Annuar Annuar Musa @AnnuarMusa Sekali lagi bursa saham merudum akibat Anwar.Pelabur KERUGIAN BERJUTA...Ha dari DSAI menjelang PRN SABAH.Ada dia peduli? Translate Tweet 2:20 PM 23 Sep 20 Twitter for Android"

ishhhh...Ni la kangkung..Nak membodek pun patut patut la ya...

 Image may contain: 1 person, text that says "mala siakini BERITA Hanya PM layak menghadap Agong, kata pakar pakar perlembagaan"i

PRN Sabah: Warisan-PH berpotensi menang

 

 


Gabungan Warisan Plus berpotensi menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

 Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan gerak kerja parti-parti yang bertanding di Sabah, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) kelihatan amat mantap.

 Katanya, sepanjang 5 hari Misi Ziarah Kerja (MZK) yang dihadiri beliau selaku Presiden NGO Rapat, Kapten (B) Zulkefly Othman AJK NGO Pahlawan dan beberapa yang lain, sokongan rakyat terhadap Warisan-PH jelas terserlah.

 "Dalam MZK tersebut kami sempat ke DUN Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api dan Klias.

 "Kesemua calon dan petugas kami lihat bekerja keras bagi kemenangan KEADILAN bersama Warisan Plus. Potensi kemenangan amat cerah terutama dengan suntikan semangat Datuk Seri Anwar pada 20 September 2020.

 "Potensi kemenangan ini juga disumbangkan dari beberapa faktor termasuklah prestasi Kerajaan Warisan Plus selama 2 tahun lalu, muafakat KEADILAN dan Warisan Plus, imej KEADILAN dan Anwar yang cukup diterima di Sabah dan berlakunya perpecahan parti-parti pembangkang Sabah dalam meletakkan calon," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.

 Mantan Naib Presiden dan Setiausaha Agung KEADILAN itu mengucapkan selamat berjuang kepada semua calon-calon yang bertanding; Pete Galim, Mustapha Sakmud, Sazalye Donol, Christina Liew, Abdul Rahman Yakub, Alijus Sipil dan Raymond Ahuar.

 Hari mengundi bagi Sabah ditetapkan pada 26 September ini dengan pertembungan sengit lebih 10 parti yang bertanding.

 

BEKERJASAMA DENGAN ANWAR ADALAH LEBIH BAIK DEMI SERVIVAL PILITIK UMNO SENDIRI

 

Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa apabila Anwar Ibrahim tampil mengadakan sidang media tergemparnya semalam memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru, sebahagian yang menyokongnya itu mestilah daripada UMNO.

Pada peringkat awal, diperkatakan jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar ialah seramai 10 hingga 12 orang.

Disebutkan lagi sokongan itu datang daripada blok Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Ia kemudian diperkukuh dengan kenyataan lunak Zahid Hamidi berhubung rancangan Anwar itu di mana beliau menyebut UMNO tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimennya jika mereka mahu berbuat demikian.

Malah, Zahid Hamidi mengakui beliau dimaklumkan sudah ramai Ahli Parlimen UMNO telah menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

Najib pula seperti menyembunyikan pendiriannya dengan berteka-teki dengan menulis di media sosialnya – Time macam ni kena pastikan bekalan stok cukup – sambil memaparkan gambar pembelian Super Ring, makanan ringan kegemarannya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan sebenarnya terdapat 15 Ahli Parlimen UMNO telah menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin.

Portal itu juga menyebut, dengan sokongan tersebut bermakna kedudukan Muhyiddin sudah pun jatuh dan ini tentunya mengambil kira majoriti yang dimiliki Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini hanya sekitar satu atau dua undi saja.

Ada pula maklumat lain daripada UMNO memberitahu, sokongan kepada Anwar itu sudah mencecah kepada 20 orang setakat ini, sambil mengatakan selepas terbentuknya kerajaan baru nanti, semua Ahli Parlimen UMNO akan turut mengalihkan sokongan mereka secara beramai-ramai.

Dalam hal ini, persoalan pertama ialah siapakah 10, 12, 15 atau 20 Ahli Parlimen UMNO tersebut?

Dan persoalan kedua, kenapa mereka mengambil keputusan menyokong Anwar dan meninggalkan Muhyiddin?

Sementara siapakah mereka yang menyokong Anwar itu kekal sebagai misteri sehingga Ketua Pembangkang itu sendiri mendedahkannya secara rasmi kepada Yang Dipertuan Agong dalam acara mengadap yang dijangka akan berlangsung dalam sehari dua ini, keputusan Ahli-Ahli Parlimen UMNO mengalihkan sokongan secara tiba-tiba kepada Anwar tidak kurang menariknya untuk diperhatikan.

Pendirian itu secara umumnya adalah gambaran bahawa UMNO, lebih-lebih lagi jika benar ia melibatkan Zahid Hamidi dan Najib, sudah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin dan lebih ingin memikirkan survival masa depannya.

Sebenarnya, kerjasama UMNO dengan Anwar dan PH, walaupun ada sedikit pelik terutama kerana ada DAP di dalamnya, tetapi itulah pilihan terbaik dan selamat baginya.

Lagi pun, kalau Pas sudah boleh bekerjasama dan bercium mulut dengan UMNO yang pernah dikafirkannya selama puluhan tahun sebelum ini, apalah sangat setakat UMNO bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan PH yang ada DAP di dalamnya.

Tambahan lagi, UMNO juga sudah biasa bekerjasama dengan MCA, DAP dan Gerakan yang jika difikirkan, semua parti-parti itu tidak banyak berbeza pun dengan DAP.

Bahkan, dengan bekerjasama itu nanti akan memberi ruang kepada UMNO dan DAP untuk saling memahami dan seterusnya melaraskan perjuangan masing-masing demi kepentingan semasa.

Namun, yang lebih penting bagi UMNO ialah apabila ia memutuskan untuk menyokong Anwar dan PH, soal perlunya berbahagi kerusi dengan Bersatu tidak lagi menjadi perkara yang perlu dibangkitkan.

Dengan bekerjasama dengan Anwar, UMNO boleh bertanding di semua kerusi tradisinya tanpa gangguan, manakala PH mengambil kerusi-kerusi campuran yang lain.

Sedemikian itu, UMNO akan kekal sebagai parti Melayu unggul, sambil dapat memastikan Bersatu tidak lagi bernyawa dalam persada politik negara selepas ini.

Pertimbangan ini tentulah jauh lebih baik daripada UMNO terus berunding rumit dengan Bersatu yang pastinya mahu menuntut banyak kerusi Melayu, sedangkan cawangan sendiri tidak banyak mana dan akar umbi langsung tiada.

Daripada membuang masa melayan Bersatu, melawan dan memastikan parti itu berkubur adalah perjuangan yang 100 peratus akan disambut meriah oleh akar umbi UMNO sendiri. (Shahbudindotcom 24/09/2020)

UMNO TAK PUAS HATI DENGAN YIDIN PUNCA BERPALING?

  UMNO TAK PUAS HATI DENGAN YIDIN PUNCA BERPALING?

Sokongan 15 MP Umno punca Anwar dapat majoriti

 

Sokongan 15 MP Umno punca Anwar dapat majoriti
Anwar mengumumkan, beliau sepatutnya menyembahkan nama-nama yang menyokong beliau kepada Yang Dipertuan Agong semalam.

Berdasarkan sumber, portal berita yang baru ditubuhkan dan diketuai oleh Datuk Ahiruddin Atan, wartawan kanan yang rapat dengan Umno itu, The Vibes berkata, inilah penjelasan yang paling wajar kepada kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pengumuman Anwar semalam.

Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, beliau sedar ramai Ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar dan Umno tidak bercadang untuk menghalangnya.

Ini kerana, Umno telah memutuskan sebelum ini mereka tiada kerjasama rasmi dengan Perikatan Nasional (PN), ia hanya melibatkan individu Ahli Parlimen Umno sahaja.

The Vibes berkata, sokongan 15 MP Umno dan kenyataan Zahid inilah penjelasan terbaik kenapa Anwar berkata, majoriti MP yang menyokong beliau adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dalam masa yang sama, Anwar mendapat sokongan sepenuhnya MP bukan Bumiputra.

Dengan sokongan 42 MP DAP, AMANAH (11), Warisan (9), Upko (1) dan PKR (38) ditambah dengan sokongan 15 MP Umno, Anwar kini akan mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

“Ia belum termasuk lagi lima MP yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini bebas dan dua MP dari Parti Sarawak Bersatu yang belum jelas pendirian mereka,” lapor The Vibes lagi.

Media itu juga melaporkan, 15 MP Umno ini telah memberikan sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajan tanpa mengharapkan apa-apa jawatan.

Sebelum ini, ketika ditanya, berapa jumlah sokongan kepadanya dan siapa mereka, Anwar berkata beliau mahu menyembahkan perkara itu kepada Yang Dipertuan Agong.

“Biarlah baginda menjadi orang pertama mengetahui siapa mereka,” kata Anwar dalam sidang medianya semalam.


Heboh Anwar Ibrahim Jadi PM Baru Malaysia? Ini Faktanya!

 

 

 Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he leaves after a press conference in Kuala Lumpur, Wednesday, Sept. 23, 2020. Anwar said he has secured a majority in parliament to form a new government that is “strong, stable and formidable.

Jakarta, CNBC Indonesia - Drama politik Malaysia memasuki babak baru. Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan pemerintahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Dirinya mengklaim sudah mengantongi suara mayoritas di Parlemen untuk membentuk pemerintahan. Audiensi bahkan akan dilakukan dengan Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk pengesahan.

"Bukan, empat, lima atau enam (suara parlemen) tetapi mayoritas," katanya sebagaimana ditulis Malaysia Kini, Rabu (23/9/2020).

"Pemerintahan pimpinan (perdana menteri) Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat selanjutnya akan saya dapatkan setelah menghadap Baginda Agung (Raja) dalam masa terdekat. Insya-Allah," katanya.

Klaim itu muncul kurang dari tujuh bulan setelah Muhyiddin berkuasa. Muhyiddin menjadi PM setelah kekacauan politik yang menyebabkan runtuhnya pemerintahan Mahathir Mohamad.

Baca:

 Siapa Anwar Ibrahim yang 'Gulingkan' PM Malaysia Muhyiddin?



Saat ini koalisi Perikatan Nasional yang dipimpin PM Muhyiddin memiliki 113 suara dari 222 suara parlemen. Namun Anwar disebut sebuah media lokal mengamakan 123 kursi, karena beralihnya suara Partai Nasional Melayu Bersatu (UMNO).

"Pemerintahan pimpinan (perdana menteri) Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat selanjutnya akan saya dapatkan setelah menghadap Baginda Agung (Raja) dalam masa terdekat. Insya-Allah," katanya.

Saat ini koalisi Perikatan Nasional yang dipimpin PM Muhyiddin memiliki 113 suara dari 222 suara parlemen. Namun Anwar disebut telah mengamankan 123 kursi.

"Saat ini dengan jumlah yang saya miliki, Muhyiddin bukan lagi perdana menteri," tegasnya lagi.

Baca:

 Lengkap! Pidato Anwar Ibrahim Soal Pemerintahan Baru Malaysia



Meski demikian, ia berujar akan menyambut Muhyiddin untuk bekerja sama. Menurutnya partisipasi Muhyiddin dalam pemerintahan baru akan memastikan perubahan rezim yang lancar dan damai.

"Saya menyambutnya untuk bekerja sama karena saya tidak punya masalah pribadi dengannya," katanya lagi.

"Kesiapannya untuk bekerja sama akan membantu memastikan transisi yang mulus dan damai dan jika dia siap untuk bekerja sama, dia dapat menawarkan jasanya melalui posisi yang sesuai."

Klaim pemimpin oposisi itu muncul kurang dari tujuh bulan setelah Muhyiddin berkuasa. Muhyiddin menjadi PM setelah kekacauan politik yang menyebabkan runtuhnya pemerintahan Mahathir Mohamad.

Politik Malaysia panas sejak Februari 2020. Mahathir Mohamad mundur sebagai PM dan kemudian ditunjuk sebagai PM sementara.

Ia mundur persis setelah Anwar Ibrahim mengatakan ada pengkhiatan dalam tubuh koalisinya dengan Mahathir. Mereka saat itu membuat Koalisi Pakatan Harapan.

Koalisi ini merupakan gabungan partai pendukung Mahathir dan Anwar yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sebelumnya mereka berkongsi untuk mengalahkan UMNO pimpinan Najib Razak, Mei 2018 lalu. Saat itu keduanya membuat perjanjian bahwa setelah 2,5 tahun, posisi PM akan diserahkan Mahathir kepada Anwar.

Namun Pakatan Harapan disebut kehilangan suara saat partai lainnya, di mana ada koalisi baru yang dibuat parlemen tanpa memasukkan politisi Anwar Ibrahim. Kisruh ini kemudian memunculkan Muhyiddin Nasir sebagai PM Baru setelah ditunjuk resmi oleh Raja Malaysia.

Sementara Istana Raja Malaysia sendiri membenarkan adanya penundaan pertemuan dengan Anwar. Pasalnya Raja tengah sakit dan menjalani perawatan di rumah sakit.

"Saat itu, Al-Sultan Abdullah masih menjalani perawatan di bawah pengawasan ahli medis di IJN (Institut Jantung Negara," kata Pengawas Rumah Tangga Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Syamsuddin dalam keterangan.

Sebelumnya, sejumlah lembaga global memberi "pesan" khusus soal politik dan ekonomi Malaysia. Panasnya politik akan jadi hambatan berat dalam perekonomian negara itu, yang dilihat investor sebagai ketidakstabilan.

 

 

APA AKAN TERJADI NANTI JIKA KERAJAAN INI TUMBANG?


Ibrahim Mat Isa

Kalau mereka jujur dengan ilmu, kita lihat apa kata mereka jika PN benar-benar jatuh tanpa melalui election.

Pada pendapat hangpa bagaimana?

Atau ayat begini jadi mansuh dan diganti dengan kecaman dan amaran neraka, dosa dan takcium syurga?



BAKAL TAK MUNCOI MUNCOI DAH LAM TV ..


 

JANJI YANG BELUM DITUNAIKAN

MAZ NAH

Janji bayaran tambahan B40 & M40 bulan JUN lepas, ada yang dapat ada yang tidak dapat.. pembohongan Muhyiddin kepada rakyat supaya kekal jadi PM.

Ak tak dapat sesen pun jun lepas. Yiddin tak adil. Turun Yiddin turun 

 Image may contain: 1 person, text that says "BANTUAN PRIHATIN 2.0 B40- isi rumah RM1000 B40- bujang =RM500 M40- isi rumah RM600 M40- bujang RM300 DIBAYAR HUJUNG BULAN OKTOBER 2020 DANJANUARI2021 Donia Kisah DAN JANUARI -PERDANA MENTERI YAB TAN SRI MUHY IDDIN ASIN RABU123/9/2020"

EDISI MEROYAN ASYRAF WAJDI- AKIBAT TAK DAPAT PENCEN

 

MOHD FIRDAUS





Awalnya

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

nak sembang pasal KLSE jatuh teruk disebabkan PC DS Anwar Ibrahim tadi, tak pasal-pasal disekolahkan warga netizen. 

Kerja nak hancing rakyat je 

Sebarkan kehancingan ini






 

EDISI MEROYAN 7 BULAN

 

KAK IDA ABDULLAH


He is talking about himself. A liar, traitor, psycopath who doesn't look into a mirror because the image is 'kabur' 


Image may contain: text that says ". Digi 4G 2:25 PM 71% Tweet Mohamed Azmin Ali Incorrigible liar and oolitica psychopath Twitter for iPhone 105 286 Tweets 169 Arham Merican @AzminAli Hello Anwar, Anwar kita kawan lagi kan...hello hello Tweetyoureply"



TEBUK ATAP ITU HALAL...KESAN MINUM AIR KOLAM RENANG GAMAKNYA

 Image may contain: 3 people, including Norliza Zain, text that says "Rampas kuasa tindakan berdosa. KELUARG 스"

Camne nak tahu kerajaan PN tumbang? Mudah je formulanya. Bila isu ini berkumandang, ertinya kerajaan PN dah ghuyub:

 

W.FAUDZIN

Hek eleehh...tunjuk kat anta buat apa? Suruh Hadi atau Tuan Berahing jadi Agong dulu, baru anta boleh tengok. Takut kot2 geng anta pun ada sain SD ke? Senang anta nak hukum langgar bai'ah cerai talak tiga kan? Hahaha...


Image may contain: 3 people


1. Isu kematian Adib

2. Isu Dong Zhong

3. Isu RUU 355

4. Isu arak dan pemandu mabuk

5. Isu Pramugari buka aurat

6. RCI Tabung Haji

7. Isu Cina Dap

8. Isu Zakir Naik

9. Isu tulisan jawi

10. Isu kelab malam

11. Isu kedai judi

dan berbagai isu lagi yg selama 7 bulan kebelakangan ini sepi