KADAR PENGANGURAN LEBIH 5% – PH

JAHATNYA MAHATHIR


Md Zulaimi Kazin.

Orang politik ini semakin "gila", rakyat yg terkesan akibat Covid langsung tak dibicarakan sebaliknya masih mencatur kuasa. Aku mesti dapat dgn apa yg aku nak... itu ego org politik.

Kawan saya kongsikan maklumat percaturan terkini Tun dan bersedia menerima Syafie Afdal sbg PM katanya.

Malang rakyat Malaysia sbb memiliki orang politik hari2 mencatur kuasa dan tiada kesudahan. Anak muda yg mencari kerja bagaikan mencari seekor semut hitam dimalam gelap gelita tp org politik masih membilang angka utk kembali berkuasa.

Yang terbaik semalam tatkala orang lain kalut dgn kuasa tp saya lihat FBlive Anwar berwacana dgn anak2 muda yg baru tamat belajar tentang masalah dan cabaran, lupakan soal menghitung angka. Bagilah puak2 yg gila kuasa menghitungnya walaupun Anwar yg dituduh gila nak jadi PM.

PS; SAYA TAK FIKIR AMANAH DAN DAP SETUJU.


PAKEJ RANSANGAN EKONOMI MAKCIK KIAH INDAH KHABAR DARI RUPA

USUL PERCAYA SAMA MACAM USUL UNDI TIDAK PERCAYA.APA GUNA PAS BAWA USUL INI.



Usul percaya adalah sama dari segi hasil atau keputusannya dengan usul undi tidak percaya.
Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad telah memohon untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ia telah pun diterima oleh Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Parlimen.
Oleh kerana Sidang Parlimen pada 18 Mei lalu tiada sessi perbahasan, kemungkinan besar usul itu akan diberi laluan untuk dibentangkan dalam sessi yang akan bermula 13 Julai depan.
Usul undi tidak percaya itu adalah untuk menguji dan menentukan sama ada Muhyiddin benar-benar ada sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen seluruh negara.
Berdasarkan sususan tempat duduk pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu, penyokong kerajaan didapati hanya mempunyai kelebihan dua Ahli Parlimen saja.
Kemudian, Ahli Parlimen Seri Aman, Sarawak, Masir Kujat mengisytiharkan dirinya adalah bersama pembangkang, meskipun tempat duduknya diletakkan di barisan kerajaan.
Kata beliau, kedudukannya telah ditentukan dan oleh itu beliau tiada pilihan melainkan duduk saja di tempat yang telah disediakan untuknya pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu.
Selepas itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Dr. Shahruddin Salleh membuat kejutan dengan meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya, satu lagi tamparan terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Seterusnya, Ahli Parlimen Lubuk Antu di Sarawak, Tambat @Jugah anak Mayang daripada PKR mengumumkan keluar parti dan menyokong Muhyiddin serta PN.
Dengan rentetan realiti itu, hakikatnya kedudukan Muhyiddin adalah goyang dan rapuh dalam berhadapan usul undi tidak percaya yang bakal dibawa oleh Tun Mahathir nanti di mana majoritinya hanya sekitar satu atau dua undi saja.
Sekarang, dalam perkembangan terbaru, Pas yang bersama dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah mengesahkan bahawa mereka akan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada Sidang Parlimen bermula 13 Julai depan.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, usul percaya itu dibentangkan untuk menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menerajui negara sejak 1 Mac, baru-baru ini.
Sebagaimana disebut pada awal, dari segi keputusan akhir, hasil daripada usul undi tidak percaya dengan usul percaya adalah sama saja.
Dalam usul undi tidak percaya, oleh kerana tujuannya ialah untuk menunjukkan Muhyiddin tiada sokongan, jika undi menyokong adalah lebih tinggi berbanding undi menentang, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan tergugur melaluinya.
Di sini, pihak yang membawa usul harus berusaha, selain memastikan sokongan pembangkang kekal tidak berubah, juga menambah undi daripada pihak kerajaan yang mungkin ada Ahli Parlimen tertentu mempunyai sebab-sebab tersendiri tidak setuju dengan kepimpinan Perdana Menteri.
Sokongan daripada Ahli Parlimen tertentu kerajaan terhadap usul undi tidak percaya boleh juga dizahirkan dengan cara mereka berkecuali atau tidak hadir Sidang Parlimen yang akan menyebabkan undi pihak kerajaan berkurangan.
Dalam usul undi percaya pula, sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri, Pas yang membawa usul tersebut juga mesti berusaha memperolehi sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
Sebaliknya, kalau sokongan majoriti gagal diperolehi, undi percaya itu dikira gagal dan kedudukan Muhyiddin dikira jatuh.
Dalam usul undi percaya, selain pembangkang sudah pasti tidak memberi sokongan, undi daripada pihak kerajaan sendiri boleh berkurangan daripada yang dijangkakan.
Ia misalnya, jika ada Ahli Parlimen kerajaan menunjukkan sikap tidak menyokong dengan cara tidak hadir Sidang Parlimen atas pelbagai alasan yang boleh direka atau dicipta, tetapi sebenarnya ada perasaan tidak puas hati yang telah lama terpendam atau kerana tidak diberikan sebarang jawatan.
Dalam keadaan sokongan terhadap Muhyiddin hanya berkelebihan satu atau dua undi, ketidakhadiran dua atau tiga Ahli Parlimen kerajaan tentu saja boleh menggugat kedudukan Muhyiddin, baik dalam usul undi tidak percaya atau usul percaya.
Dengan yang demikian, sementara tujuan Tun Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya adalah jelas untuk menumbangkan Muhyiddin, tetapi apakah niat Pas mengemukakan usul percaya itu?
Ini kerana, di sebalik niatnya mahu menunjukkan bahawa Muhyiddin memiliki sokongan, ia boleh juga memperlihatkan Perdana Menteri sudah tiada sokongan.
Tentulah sebenarnya lebih lurus jika Pas hanya berdiam diri saja dan tidak gatal tangan mengemukakan usul percaya yang dalam masa sama boleh menjejaskan kedudukan Muhyiddin dalam kedudukan sokongan yang dimilikinya begitu kabur dan tidak menentu.
Apakah dalam hal ini, Pas sedang ada perancangan bersama UMNO agar pilihanraya mengejut segera diadakan dan Muafakat Nasional boleh meletakkan calonnya sendiri sebagai Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 27/06/2020)

MAHATHIR NAK PELINGKUP PH.


Muhd muklis mohd syarif

Banyak misleading fact; saya malas nak ulas bab ini sebab nanti ramai yang trigger tapi kalau fakta semua ke laut dan cuba water down fact; that it self already makes me itchy Mohd Hilmi Hilmi Johar Ismail

*1. Tun M telah mungkir janji peralihan jawatan PM sebelum ini.*

Dia tak perlu letak jawatanpun even kalau jemin dan my tarik sokongan sebab benda ini semua di luar parlimen. Tengok MY sekarang pun tak cukup sokongan, releks aje jadi PM atap. nampak macam facts tapi water down. Dalam perlembagaan negara terang2 tulis kena letak jawatan kalau kalah undi tak percaya di parlimen. Bukan luar parlimen

2. *2. Tun M lantik Menteri tidak mengikut senarai yg diberikan oleh parti.*

Lol sedap ayat "PKR menghadapi perpecahan dalam parti sendiri." Remind me again siapa yang kena halau dari parti dia sendiri? The fact yang jemin dah jadi MB lepas tu letak jawatan sebab sailang menteri kanan? The fact yang Tun langgar senarai yang PKR bagi. Likewise saya boleh guna argument yang sama; kenapa Tun tak nak pecat MY awal-awal kalau dah tahu dia khianat? Akui ajelah Tun sebenarnya kena khianat lepas dia sendiri rancang untuk khianat. He overshoot his plan and no one is buying it anymore

*3. Tun M tak buat reform*
*4. Polisi Tun M menyebabkan rakyat benci pada PH*

Ah how nice collective responsibility bila tang kegagalan. Yang dia sengaja bagi MY jadi menteri KDN buat apa? Either dia sengaja bagi lemah PH atau dia sendiri loosing control over his ministers. Lepas tu lantik wayta tu buat apa? Sengaja nak incite hatred di kalangan melayu kan?

*5. Tun M letak jawatan tanpa bincang dgn PH. Kenapa skrg nak balik jawatan PM*

Oh part ini tersilap dah emosi, you cannot running the country on emotional basis. Dah lah letak jawatan tak bincang, lepas tu bila PH panggil mesyuarat tak datang. Bila dah tak datang PH cadangkan Anwar jadi calon PM. Saya saksi hidup jangan nak twist chain of event. Lepas tu dia sendiri hanya dapat dalam 58 sokongan vs anwar 107. Bila dua2 tak cukup majority baru YDPA panggil untuk undi ikut en-bloc. Dan jangan lupa yang Tun pernah cadang dia jadi PM tanpa pembangkang; how insane is that idea; nak jadi macam korea utara?

*7. Tun M menyebabkan PH berpecah*

"PH tak berpecah. PH sokong DSAI tetapi jumlah tak cukup." Lol; likewise, number Tun pun tak cukup. So pot calling cattle black?

*8. Tun M mmg benci pada Anwar. Tak boleh percaya.*

Like audio yang dia kata dia tak suka anwar dan DAP walaupun anwar dah maafkan dia? benda yang simple macam ini pun awak spin? shame on you

*9. Apa jaminan selepas 6 bulan Tun M akan serah jawatan? Kenapa perlu 6 bulan? Apa yg dia boleh buat dlm tempoh 6 bulan?*

Mula2 6 bulan lagi lepas tu 1 tahun. Even bila ada wawancara dengan star (kalau tak silap); moderator tanya soalan clear cut; kalau PH-Plus dapat tubuh kerajaan, bila Tun nak handover pada Anwar? Easy answer dia boleh cakap dengan firm lepas 6 bulan, tapi dia masih lagi berbelit2. Ini tang tak dapat kuasa. kalau dah dapat nanti lain lagi la

*10. PH akan terus dibenci rakyat sekiranya Tun M masih bersama PH.*

Remember tajung piai? remember apa Ilham Centre tulis yang PH akan lebih kuat tanpa Tun?

*11. Tun M sengaja beri pimpinan Amanah dan DAP jawatan sebab nak pecahkan PH dan pinggirkan Anwar.*

Yes, nampak macam sengaja puji DAP dan Amanah sebab nak buat PH distrust each other

I am not trying to open the pandora's box but i just hate when people spinning stuff. Dan bila cytro penyamun Najib Razak londeh melondeh yang anak2 Tun dapat benefit dari kontrak kerajaan; satu jawapan yang concrete pun tak ada except main tu quoque falasi ( awak pun sama).

Nampak yang ijtihad DSAI kali ini betul, apa yang dia cerita dari 20 tahun lepas makes sense. You can't build the nation yang hanya kayakan sesetengah kroni dan majoriti rakyat miskin.

Ada tengok orang tuduh DSAI korup bagi tender dekat anak-anak dia? Sebab tak ada la depa mula main isu moral; unless you have a tunnel vision and your IQ is subpar with biscuit marie; that i cannot help.

Sorry if anyone offended by this post; i did try to stay neutral until i saw this post.


INGAT KE TIMUR TENGAH MOHON BANTUAN.


Ibrahim Mat Isa

Duta Timur Tengah pi melawat kandang lembu Emang Manang. Aku terfikir juga, Emang Manang ni pak Arab ke, Melayu makang ikang? Oh.. tugas hakiki duta Arab gitu agaknya .Ingatkan ke Timur Tengah mohon pinjaman sebab negara tak ada duit...lawat lembu sahaja???



TERGEMPAR : MOKHTAR SENIK DIPUKAU

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'MOKHTAR SENIK DI PUKAU Assalamualaikum Tuan-tuan selepas pihak kami scan Tuan Guru Mokhtar Senik dari jarak jauh, kami dapati Tuan Guru telah di sihir dan di pukau oleh bomoh siam, segala yang dilakukan oleh TG adalah tanpa sedar, semuanya dikawal oleh jin di dalam badan. Kami telah mengenal pasti siapakah telah memperdajalkan Tuan Guru, berkepala botak dan berdarah siam. Buat masa sekarang ini melakukan rawatan Tuan Guru untuk menghalau jin di dalam badan. sedang Diharap tuan-tuan jangan terhasut dengan fitnah yang dilemparkan oleh komunis DAP. Sebarkan'

PKR BUKAN DALAM PH PLUS???

Image

owhhh...KENA PINJAM PULAK...?


HAMSINA HAMZAH

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥..
Ada orang tu kata Najib Razak tinggal rizab RM2-3 trilion untuk kerajaan belanja.. Kenapa tiba-tiba sekarang nak kena pinjam pulak❓
𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥..
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul kata kerajaan PN banyak duit, kewangan negara cukup stabil tak perlu nak pinjam.. Kenapa tiba-tiba sekarang nak kena pinjam pulak❓
Rupa-rupanya.. Menteri Kewangan tahu 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝘀e𝗸a𝗿an𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗥𝗠𝟭 𝘁𝗿𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 ‼
Tak heranlah jika simpanan KWSP korang bakal jadi mangsa tak lama lagi..
Sumber:
Kerajaan akan meminjam sehingga RM35 bilion dari dalam negara

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teks


PELANCARAN TERPAKSA DIBATALKAN-EZAM NOR



PRU AKAN DIAWALKAN DAN BETULKAH PN AKAN MENANG DENGAN MENAKJUBKAN ?PH PULA SUDAH TIDAK LAKU KERANA MENGABAIKAN PENYOKONG SENDIRI



HAMDAN TAHA

Melihat suasana politik semasa saya di maklumkan pru ke 15 akan di awalkan selewat lewatnya sebelum bulan 12 ini.
Jika PN dapat bersama dan kukuhkan hubungan mereka dan PRU kali ini masih beri jaminan TSMY akan kekal sebagai PM insyaAllah kerusi kerusi semua di kawasan mejoriti Melayu akan di menangi PN.
Menjelang bulan Januari tahun ini TSMY bagi pandangan saya masih di lihat sebagai X faktor kepada kekuatan PN. Tetapi X faktor itu belum tentu akan kekal sehingga habis tempoh pilihanraya pru ke 14 atau pun tiga tahun dari sekarang...jika faktor X itu penting jawapannya pru wajib di lakukan dalam tempoh terdekat.
Pandangan saya juga pru kali ini berbeza kerana ada beberapa negeri tidak akan turut membubarkan dewan negeri mereka. Selangor,Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan,perak,pahang saya jangka kan tidak akan membubarkan dewan negeri kerana tidak menguntungkan kecuali johor dan barangkali melaka. Sabah juga tidak akan membubarkan negeri mereka jika masih shafie menjadi CM...
Sekarang rakyat masih merasakan keadaan baik hutang kereta dan rumah masih tidak berbayar sehingga bulan 12. Tetapi jika masuk sahaja bulan januari keadaan dan pemikiran rakyat sudah berbeza. Tekanan kehidupan akan bermula terasa bermula bulan january.
PH pula mereka sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan sokongan. Saya merasakan PH berada dalan keadaan yang tidak cukup baik untuk berdepan dengan PN. Parti parti di dalam PH tidak cukup bersedia jika berdepan PN sekadar isu kerajaan ikut atap atau kerajaan rampas kuasa tidak cukup menarik buat rakyat malaysia.
Jika saya teliti secara adil parti paling parah sekali kali ini ialah Amanah. Setakat ini saya hanya yakin dan percaya hanya Mat Sabu sahaja boleh kekal menang itu pun tidak ada jaminan. Tun Dr M jika terus bertanding di langkawi dan mukriz juga di kerusi jerlun bagi saya kali ini mereka akan tahu langit itu tinggi tidak boleh di capai lagi.
Kerusi PD untuk dato seri anwar juga bukan semudah baru baru ini. Banyak sebab boleh kita bahas kenapa sukar buat PH kali ini....tapi saya lihat dua sebab paling berat untuk berdepan PN...
1. PH buat masa ini gagal menyakinkan pengundi Melayu,dan pengundi Melayu pula yang telah mengundi PH pada pru ke 14 ada yang tidak mahu lagi keluar mengundi kerana kerenah orang politik yang menjemukan. Gabungan PN itu sendiri adalah jentera yang kuat untuk menarik pengundi Melayu...
2. Pengundi Luar yang tidak lagi ghirah untuk mengundi PH. Orang cina dari luar negara tidak lagi bersedia untuk balik Malaysia semata mata untuk mengundi. Ramai juga orang muda dari bangsa India dan Cina tidak berminat lagi untuk keluar mengundi. Semua ini akan merugikan PH
Selain dari itu slogan kali ini ada kepada PN bukan PH contoh pru ke 14...jatuh kan Najib...jatuhkan perasuah...jatuhkan kerajaan Najib sangat popular di kalangan rakyat....sekarang sudah tidak ada slogan yang cukup menarik....
Menjual nama Dato Seri Anwar bakal PM bagi pihak PH juga sudah tidak cukup kuat....apatah lagi jika menjual nama Tun Dr M.....
Apapun syarat utama ialah PN dapat agihkan kerusi dengan baik dan adil. Kedua tidak berlaku pertandingan tiga penjuru. Ketiga PN perlu umum Perdana menteri ialah Tan Sri Muhyuddin dan TPM akan di ujudkan untuk Umno, jika Azmin tidak di lihat sebagai calun bakal PM saya yakin PN akan menang dengan penuh gaya dan menakjubkan.....



VIDEO MENARIK : Kesilapan Menteri Agama PH Respon Kpd Semua Isu? Watak Keterlaluan Ada Dlm Semua Parti? Siapa PM PH?



RENTASAN MINGGUAN 071 | PANAS!!! INI PUNCA TUN MAHATHIR PERLU DICALONKAN SEBAGAI PM-9?


MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 071
1. MENGAPA UMNO MAHU PARLIMEN BUBAR? 2. TINGGALKANLAH ASOBIYAH ITU! 3. KATA PENGANALIS: LUPAKAN IMPIAN PERDANA MENTERI KALI KETIGA 4. BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR DAHULU, KATA AMANAH



MASA BOLEH KELENTONG


Dam Ryung


Korang INGAT LAGI TAK.. Dua minggu lepas..

Menteri Kewangan PN bagitau, aset KWSP sekarang konon dah ada RM1 trilion.

Pada hari sama juga dia saja bagitau rakyat 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗡 akan pinjam RM35 bilion dari 'dalam' negara..?

Korang rasa 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗡 pinjam dari mana..??


Dari Najib ka atau penyangak² Umno..

Tak heranlah kenapa 𝗔𝗕𝗔𝗛𝗸𝗮𝘂 begitu ghairah suap semua MP Umno dan Pas pelbagai jawatan dalam GLC, malah ahli keluarga anak bini mereka juga tak terkecuali sudah dilantik jadi 'Board of Director' dalam beberapa agensi kerajaan.

Korang rasa KERAJAAN PN nak bayar semua tu nak pakai duit dari mana..?!

#PNipu
#PNyangak

'Mahathir has served twice as PM, it's time we move on', says Malaysia's Anwar


DENGAR APA KATA ANWAR DAN SUDAH TENTU RAMAI YANG TERKESAN : Anwar Ibrahim: Politik Ini Bukan Sepak Terajang Politikus Mencari Helah Taktik Untuk Merebut Kuasa



VIDEO DENGAR DENGAN JELAS : Anwar Ibrahim: Anak Muda Ini Pilih Kerja? Tak Pandai? Malas? Kita Dengar Sendiri



_KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN_



Jumaat, 26 Jun 2020

Kerajaan Malaysia mesti lebih agresif dan berani menjamin pekerjaan di tengah kemerosotan ekonomi

Kemerosotan ekonomi semakin memburuk. Berdasarkan angka terkini Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran telah melonjak dari 3.2% pada bulan Januari kepada 5.0% pada April 2020. Ini adalah kadar pengangguran bulanan paling buruk dalam tempoh lebih sepuluh tahun. Ia akan kian meningkat dengan bertambahnya pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat sepanjang bulan Mei dan Jun.

Kadar 5.0% (bersamaan hampir 800,000 orang) adalah sangat tinggi. Malangnya, kadar ini tidak menekankan masalah yang sedang kita hadapi. Akibat teknikaliti dalam pengiraan angka tersebut, sekurang-kurangnya dua kelompok tidak termasuk dalam kadar pengangguran 5.0% ini:

● Pertama, 4.9 juta individu yang tidak dimasukkan ke dalam kiraan. Standard yang digunakan Jabatan Statistik dan panduan yang disediakan International Labour Organisation (ILO) mengklasifikasikan kumpulan individu ini sebagai bekerja kerana mereka diandaikan mempunyai pekerjaan untuk kembali semula pada masa akan datang. Namun bersalahan dengan jangkaan ini, tiada jaminan sebenar bahawa pekerjaan tersebut akan terus wujud. Supaya risiko ini diberi perhatian, kalau pun 10% daripada kelompok ini kehilangan pekerjaan mereka, maka kadar pengangguran akan bertambah dua kali ganda berbanding angka April 2020.

● Kedua, 161,000 orang yang telah terkeluar daripada pasaran kerja dan atas sebab itu mereka dikira menganggur oleh Jabatan Statistik. Ramai antaranya yang boleh disebut sebagai telah hilang semangat. Dengan kata lain, mereka telah berputus asa mencari pekerjaan.

Keanehan dalam mengira kadar pengangguran pada saat yang begitu tidak menentu memungkinkan kita meremehkan ketegangan dalam pasaran kerja. Justeru itu, kerajaan mesti mengambil pendekatan yang lebih bersifat pencegahan terhadap data tersebut dan bertindak lebih agresif dalam menangani kemerosotan ekonomi ini, daripada segi menjamin pekerjaan serta menyokong penghasilan peluang pekerjaan baharu.

Perluas sektor kesihatan dan sistem pendidikan awam

Melampaui pemindahan tunai dan bantuan sosial yang diperlukan untuk jangka masa pendek, ketersediaan peluang pekerjaan berkualiti adalah penting dalam membina asas ekonomi yang kukuh bagi memulihkan ekonomi dan mengekalkan standard kehidupan seluruh rakyat Malaysia.

Memandangkan pekerjaan dalam sektor swasta kian menghilang dalam kemerosotan ini, Pakatan Harapan percaya bahawa kerajaan mesti memainkan peranan yang lebih besar dalam mencipta peluang pekerjaan baharu, terutamanya dalam sektor awam.

Kami mencadangkan supaya sektor kesihatan dan pendidikan awam diperluaskan dalam tempoh dua tahun akan datang. Sementara peluasan ini akan memperkukuh sistem kesihatan dan menyediakan peluang pendidikan tambahan untuk lebih ramai rakyat Malaysia, ia juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, di saat sektor swasta sedang membuang pekerja. Jika dilaksanakan, cadangan ini membolehkan pengambilan jururawat, doktor, guru, pembantu makmal, pembantu pengajar, pensyarah dan penyelidik; antara lainnya.

Perlu berani

Dua cadangan ini adalah antara beberapa cadangan besar yang boleh dilaksanakan kerajaan. Banyak yang boleh dilakukan dengan cepat. Contohnya, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini ada merancang untuk melancarkan program Malaysia@Work pada suku kedua 2020. Program insentif gaji dan pengambilan kerja ini dapat menghasilkan 350,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun untuk rakyat Malaysia. Memperluaskan program ini dengan melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan seperti yang dinyatakan tadi akan membantu menghasilkan peluang pekerjaan tambahan yang berkualiti.

Pada saat kemerosotan ekonomi yang dahsyat seperti ini, kerajaan mempunyai peranan unik untuk menstabilkan ekonomi dan memelihara kebajikan orang ramai. Covid-19 sedang mendefinisi semula peranan kerajaan. Normal baharu menuntut kerajaan beralih arah dan bersikap berani mencuba pendekatan-pendekatan dan idea baharu yang sebelum dirasakan tidak boleh dilakukan. 

Kerajaan perlu melakukan apa termampu demi menjamin dan mencipta pekerjaan bagi melindungi mata pencarian rakyat Malaysia pada waktu sukar ini. Adalah lebih penting untuk nenangani masalah ini dan membuat keputusan tegas untuk menyelesaikannya berbanding berspekulasi tentang pilihan raya mengejut. Kegagalan untuk bertindak tegas akan meninggalkan parut ekonomi serta kesan jangka panjang terhadap kualiti kehidupan seluruh rakyat Malaysia. 

YB DS Shamsul Iskandar  
Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

YB Datuk Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik 
(DAP)

RUMAH URUT DIBENARKAN BEROPERASI DI BUMI KERAJAAN ISLAM PAS TERENGGANU






JADILAH PENDAMAI, KATA AMANAH






Khalid berkata AMANAH dan DAP telah memujuk Tun Dr Mahathir agar menerima Anwar sebagai Perdana Menteri manakala anak beliau Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala beliau sendiri sebagai menteri mentor. Khalid menjelaskan bahawa menteri mentor ini masih berpengaruh, kerana PAKATAN HARAPAN tidak akan melakukan seperti Tun Abdullah Badawi, mahupun Dato' Seri Najib Razak yang tidak melayan Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri. “Kita cuba pujuk dan beri keyakinan dia kepada gabungan ini,” kata Khalid yang turut menjelaskan peranan menteri mentor perlu diperjelaskan dengan baik agar semua pihak senang dengan cadangan itu.

BAIKNYA HATI MAHATHIR...ADAKAH IA MACAM BAIKNYA HATI ABANG JAMIL DALAM MADU TIGA?


“Baik betul hati Abang Jamil tu ya Pak,” kata Rohani, anak Pak Ali kepada bapanya.

Sebelum itu Rohani diberikan wang RM50 oleh Jamil untuk dia membawa bapanya ke klinik bagi rawatan sakit yang dialaminya sejak sekian lama.

“Ya, baik,” kata Pak Ali ringkas,

Tetapi, sebaik Rohani berlalu pergi ke biliknya, Pak Ali seraya berkata, “Baik ada makna tu.”

Di atas adalah sebahagian daripada dialog dalam filem Madu Tiga, lakonan Seniman Agung P Ramlee bersama Seniwati Sarimah.

Bermula dengan bantuan RM50 itu, Jamil berjaya membuatkan Rohani terpesona dengannya, lalu kemudian dapat menjadikan anak Pak Ali yang mempersona itu sebagai isterinya yang ketiga.

Kata kuncinya – bantu.

Dalam perlembangan politik semasa, Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan mahu membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, bantuan itu mestilah dengan syarat meletakkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu.

Kata Tun Mahathir, Anwar tidak mempunyai sokongan yang cukup dan beliau mahu membantu Presiden PKR itu mencapai cita-citanya.

“Terdapat pihak yang menentang keras jika dia dicalonkan sebagai Perdana Menteri, mereka tidak akan sokongnya.

“Dan kita perlukan sokongan daripada parti kerajaan supaya mempunyai majoriti yang cukup.

“Saya bimbang dia tak dapat majoriti cukup jika bergantung pada dia seorang.

“Saya hendak bantu dia,” kata Tun Mahathir dalam wawancara dengan media Hong Kong, Asia Times.

Kononnya dengan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selama enam bulan terlebih dahulu, Tun Mahathir akan dapat membantu Anwar menjadi Perdana Menteri dengan janji akan melakukan peralihan kuasa kepadanya selepas itu.

Kata kuncinya juga sama – bantu.

Jamil mengumpan bantuan kewangan RM50 kepada Rohani untuk tujuan memikat dan menjadikan gadis yang tiba-tiba beliau jatuh cinta itu sebagai isterinya, walaupun ketika itu beliau sudah ada dua isteri, manakala Tun Mahathir yang sudah dua kali jadi Perdana Menteri juga cuba mengumpan Anwar dengan bantuan ingin merealisasikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

Amboiii…baiknya hati Tun Mahathir, sama macam baiknya hati Abang Jamil kepada Rohani, anak Pak Ali.

Dah tua-tua dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri pun masih ada perasaan mahu membantu Anwar lagi jadi Perdana Menteri.

Tetapi, bolehkah janji membantu Anwar oleh Tun Mahathir itu dipercayai atau ia seperti bantuan RM50 oleh Jamil kepada Rohani untuk mengubati sakit bapanya, Pak Ali?

Selepas berjaya menjadi Perdana Menteri, meski dengan janji hanya enam bulan, apakah selepas itu Tun Mahathir benar-benar akan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar?

Satu lagi musykilnya, kalau betul beliau ingin membantu Anwar, mengapa setelah Anwar menolak untuk bekerjasama dengannya, Pengerusi Bersatu terpecat itu masih tetap mahu menjadi Perdana Menteri melalui jalan lain bersama DAP dan Amanah?

Ini bantu seikhlas hati atau bantu ada makna macam Abang Jamil? (Shahbudindotcom 26/06/2020)

SEBELUM BUBAR PARLIMEN, UMNO BUBARKAN DUN JOHOR DAHULU – SALAHUDDIN

KHALID SAMAD TIDAK PERLU UNGKIT PENGAMPUNAN AGONG JIKA MAHU PERTAHANKAN TUN M


YB Khalid Samad teruk dihentam nitizen apabila cuba mempertahankan Tun M dengan mengungkit kembali pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim.
Ingin kita jelaskan, mendapatkan pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim adalah salah satu yang kita janjikan sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Ini adalah untuk memungkinkan Anwar diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M. Bukan kerana jasa dan kehendak peribadi jauh sekali kerana kebaikan Tun M. Ertinya, jika kita berjaya mendapatkan kuasa di Putrajaya, sesiapa pun PM dari PH akan berbuat demikian kerana itu adalah janji kita kepada rakyat. Kebetulan Tun M adalah PM sementara yang kita pilih. Untuk makluman juga, pengampunan Agong ini bukan hanya dilakukan oleh PM seorang tetapi ada lembaga pengampunan atau badan tertentu dibentuk untuk proses ini.
Tidak perlu Khalid Samad ungkit cerita sedemikian kalau pun Khalid Samad telah kekeringan hujah untuk mempertahankan Tun M. Kalau kita mahu ungkit, lagi banyak Tun M makan jasa daripada beliau berjasa. Jasa beliau paling besar kepada kita adalah meletakkan jawatan PM dan kini mahu ambil semula.
Saya rasa adalah wajar Khalid Samad konsisten dengan hujahnya bahawa untuk mendapatkan mandat rakyat, tiada orang lain yang layak dan dapat sokongan Ahli Parlimen, kecuali Tun M. Kekalkan hujah itu lebih baik daripada mengungkit perkara yang bukan-bukan dan tiada kaitan pun.
Sekarang tanpa sokongan Anwar, Tun mungkin telah cukup jumlah dan eloklah segera jumpa Agong agar Khalid boleh jadi menteri semula dengan cepat.
WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


PKR tak mahu jatuhkan kerajaan pengkhianat PN?


Kenapa DSAI tak mahu mengangkat Tun jadi PM?
Sebelum tu tengok video ni betul2. Dengar sendiri pengakuan Tun menjatuhkan DSAI. Dalam video ni banyak point kita boleh dapat. Tapi aku cuma nak ulas 2 point terbersar.
Point 1
Dalam video ni jelas Tun mengaku Anwar tak bersalah. Dia menangkap Anwar untuk kepentingan kelangsungan politik dia. Tun langsung tak fikir siapa pun kat sebelah dia. Kalau dia rasa dia nak kick dia kick.
Point 2
Jelas lagi sahih Tun mengatakan kalau ada kuasa, dia boleh buat apa je dia nak. Dia mengaku dengan kuasa dia ada dia boleh salahguna kuasa. 'Tangkap Anwar campak dalam tahanan'.
Video ni bukan untuk merosakkan hubungan PH dengan kumpulan Tun dan Warisan. Cuma nak bagi semua tahu bahawa Anwar tak mahu kena khianat lagi oleh Tun. 2 kali Anwar kena khianat. Cukup lah setakat tu.
Wahai AMANAH dan DAP, lihat la perangai orang yang kamu nak di angkat jadi PM ni. Tun baru tunjuk taringnya 3 bulan lepas. Adakah kamu masih lg percaya dengan Tun lepas apa yang jadi? Cukup lah ditipu.
Lagi satu, kalau ada orang tanya siapa sebenarnya yang salah, Tun ke Anwar? Korang tunjuk video ni bagi diorang faham. Kalau tak faham gak sah la tu walaun.
0:00 / 2:53